Tampilkan postingan dengan label Movie. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Movie. Tampilkan semua postingan

Rabu, 21 Desember 2011

Movie Marathon: Songlap & Mission Impossible: Ghost Protocol

Kali ini, aktiviti movie marathon aku lakukan bersama kawan aku. Filem pilihan aku adalah 2 filem yang baru mula ditayangkan Khamis lepas, Songlap dan Misi Mustahil: Protokol Hantu. Aku tonton kedua filem ini pada hari Isnin yang lepas.


Songlap


Ada beberapa sebab kenapa aku memilih untuk menonton filem ini. Yang pertama, Shaheizy Sam melakonkan watak yang serius.

Selepas berlakon watak lawak dari Adnan Sempit sampailah Bini-Biniku Gangster, akhirnya Shahiezy Sam dapat juga memegang watak serius.

Kedua, pengarah filem ini, Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Ishak merupakan pengarah dan penulis skrip untuk Kami: The Series dan Kami: The Movie, yang mana merupakan antara TV Series dan filem kegemaran aku.

Sebelum aku menonton filem ini, aku ada membaca review dari pengkritik filem profesional, sehinggalah blogger amatur.

Ada yang memberikan komen positif, ada yang negatif. Yang negatif kebanyakannya memberikan komen tentang ending filem ini dan juga jalan cerita ini. 

Rata-rata yang memberikan komen tentang jalan cerita adalah golongan yang mengharapkan jalan cerita filem ini ada unsur-unsur humor seperti Adnan Sempit & Bini-Biniku Gangster. Come on la! Sampai bila kita nak tengok Shahizey Sam berlakon watak tipikal macam itu saja?

Filem ini mengisahkan dua adik beradik Am (Shaheizy Sam) dan Ad (Syafie Naswip) yang terlibat dengan sindiket penjualan bayi. Cerita ini disulami dengan kisah tabiat Am yang merupakan tahi judi, Ad yang sering melawat ibunya yang mana ibunya tidak mengetahui yang Am dan Ad adalah anaknya dan lain-lain lagi.

Tema utama filem ini ialah permedagangan orang, satu topik yang mana nampak bosan bila dikupas dalam rancangan 999 tapi jadi menarik bila ia dijadikan skrip filem.


Ok. Sekarang aku akan senaraikan apa yang aku suka tentang filem ini:

1. Lakonan Shahiezy Sam dalam filem ini. Seperti yang aku nyatakan, aku sudah lama menunggu dia membawakan watak yang lebih serius. Walaupun watak ini tidaklah menguji Sam ke tahap maksimum, tapi sudah cukup untuk dia keluar dari kepompong watak komedinya. Watak Am berjaya menyelamatkan Am dari terus hanyut dengan watak komedi.

2. Chemistry antara Shahiezy Sam dan Syafie Naswip adalah sangat baik. Walaupun Am sering memarahi adiknya sepanjang cerita ini, tetapi ada babak yang menunjukkan yang Am sebenarnya sangat sayang pada adik dia. ciri-ciri kekeluargaan menjadi salah satu isi untuk filem ini.

3. Skrip dan story line yang baik. Macam yang aku katakan tadi, filem ini menggunakan tema pemerdagangan orang sebagai tema, sesuatu yang tidak pernah dibuat dalam filem tempatan. Filem ini juga memaparkan sisi gelap Kuala Lumpur. Garapan skrip membuatkan ia nampak realistik. Jalan cerita filem ini banyak bermain dengan minda penonton. Dan skrip filem ini dipenuhi dengan quote yang menarik.

4. Pelakon tambahan/pembantu yang mantap. Biasanya, pelakon tambahan/pembantu dalam sesebuah filem boleh membantu atau memotong stim filem tersebut. Pelakon pembantu yang kaku & nampak sangat berlakon biasanya akan menjejaskan filem. Tetapi dalam filem ini, semua pelakon pembantu memang dari golongan pelakon profesional yang mantap.

5. Lakonan Sara Ali, seorang pelakon baru, tidak menghampakan. Menggunakan pelakon baru dalam filem merupakan satu risiko besar (Contoh: Kilafairy dalam Karak). Namun, Sara Ali tidak mengecewakan. 

Penamat filem ini yang tergantung. Aku tak tahu kenapa ending filem ini tergantung. Adakah Ad & Hawa selamat sampai ke Kuantan? Adakah Am akan mengikuti adiknya? Tapi bila difikirkan, bagus juga ending tergantung. Asyik nak happy ending saja, tipikal sangatlah pulak kan? Biarlah ending filem ini menjadi tanda tanya, dan membiarkan penonton membuat andaian untuk penamat filem ini.

Lawati website rasmi filem ini: Songlap

Songlap aku kategorikan sebagai filem mesti tonton. Ombak Rindu film of the year? No! Songlap for the win.

P/S: Aku sudah menonton Ombak Rindu juga. Yes! I'm guilty!


Mission Impossible: Ghost Protocol


Mission Impossible: Ghost Protocol (atau dalam bahasa kebangsaan Misi Mustahil: Protokol Hantu) merupakan antara filem yang aku tunggu-tunggu. Aku ingatkan filem ini akan ditayangkan pada pertengahan tahun, rupanya hujung tahun. Tapi penantian aku berbaloi.

Mission Impossible: Ghost Protocol (MI4 mulai selepas ini) merupakan kesinambungan dari 3 filem Mission Impossible yang lepas. Tom Cruise masih kekal membawakan watak Ejen IMF, Ethan Hunt.

Walaupun sudah berumur 49 tahun, Tom Cruise nampak lebih muda dari usia sebenarnya. Kata kawan aku, Tom Cruise sudah berjaya memberhentikan proses penuaannya semenjak 10 tahun lepas.

Dan aku sangat respect kepada Tom Cruise kerana beliau melakukan hampir semua aksi stunt dalam filem ini. Tom Cruise melakukan stunt sendiri dalam scene ketika beliau memanjat Burj Khalifa.



Ok. Sekarang aku akan senaraikan apa yang aku suka tentang filem ini:

1. Sepeti apa yang aku nyatakan di atas, kemantapan lakonan Tom Crusie walaupun sudah berumur 49 tahun. Dia berjaya membawakan watak Ethan Hunt dengan baik. Stunt yang dilakukan dengan baik dan dia berjaya menjiwai watak sebagai seorang ejen perisik yang cool, bersifat dingin tetapi mempunyai keupayaan membuat keputusan dalam masa terdesak dengan baik.

2. Filem ini dipenuhi aksi dari permulaan cerita. Bak kata orang putih, action packed movie. Aksi dalam filem ini boleh dikatakan agak fresh. Beberapa aksi yang betul-betul membuatkan penonton seperti merasai kesakitan yang sama seperti apa yang dirasakan oleh Ethan Hunt (terutama kali aksi dia terhantuk kepala 2-3 kali dalam filem ini).

3. Banyak memorable moment dalam filem ini. Scene menggunakan skrin ketika memasuki Kremlin, scene Kremlin meletup, scene pergaduhan di tempat parking bertingkat yang moden di Mumbai, dan scene memanjat Burj Khalifa. Semua scene ini sangat mendebarkan.

4. Ini juga filem pertama Mission Impossible yang mana Ethan Hunt terpaksa bertindak sendiri tanpa bantuan dari pihak kerajaan mereka. Tiada rancangan, tiada back-up dan tiada pilihan di mana mereka terpaksa melakukan misi ini untuk membersihkan nama mereka.

5. Filem kali ini masih berjaya mengekalkan momentum dari 3 filem sebelum ini, malah yang terbaik dalam  franchise Mission Impossible.

Cuma ada satu yang membuatkan filem kali ini kurang inti pati Misi Impossible nya ialah kekurangan scene penyamaran bertopeng.

Mission Impossible dan penyamaran topeng adalah 2 benda yang sering berkait rapat. Dalam filem kali ini, mereka tidak menggunakan topeng semasa penyamaran ketika cuba masuk ke dalam Kremlin dan topeng mereka rosak ketika cuba membuat topeng di Dubai. Mungkin pengarah cuba membuat kelainan, tetapi kurang seoronok juga apabila elemen penting dalam Mission Impossible ini tiada.

Filem ini memang wajib tonton oleh peminat filem aksi dan juga bukan filem aksi. Siapa tak tengok, dia gila!

Sekian, movie marathon terakhir untuk tahun ini. Kita tunggu tahun depan untuk movie marathon yang akan datang.

Jumat, 04 November 2011

Movie Marathon: Real Steel & In Time

Hari Rabu yang lepas, aku dan kawan aku membuat aktiviti movie marathon. Apa itu movie marathon? Menonton lebih dari satu filem di wayang dalam satu hari.

Filem pilihan kami ialah In Time dan Real Steel. Aku dan kawan aku memilih 2 filem ini kerana ramai yang mengatakan Real Steel adalah film of the year, manakala In Time pula aku tengok kerana konsep ceritanya yang agak lain dari yang lain.

Aku dan kawan aku tonton In Time dulu, kemudian baru Real Steel. Tapi aku akan review Real Steel terlebih dahulu.

Review ini mungkin mengandungi spoiler. Kalau kamu belum tengok kedua cerita ini dan ingin melihatnya, sila jangan baca review ini.


Real Steel


Cerita ini berkisar pada tahun 2020, di mana manusia tidak lagi terlibat dalam sukan tinju, sebaliknya ditukarkan dengan robot.



Charlie Kenton (lakonan Hugh Jackman), merupakan seorang bekas peninju professional. Oleh kerana manusia tidak terlibat dengan sukan tinju lagi, maka dia pun mengikut trend dan memiliki sebuah robot untuk bertinju tapi sering menemui kegagalan.

Sehinggalah Charlie bertemu dengan anaknya yang sudah lama terpisah (Charlie tidak pernah bertemu dengan anaknya selama ini), Max. Max menemui sebuah robot ditempat pembuangan sampah dan robot tersebut telah mengubah nasib mereka.

Cerita ini dipenuhi dengan perbagai babak. Ada adegan komedi antara Charlie dan Max. Ada juga babak cinta antara Charlie dan Bailley Tallet (Evangeline Lilly, pelakon Lost). Ada babak kekeluargaan antara Charie dan Max. Ada babak penuh dengan CGI yang hebat pada semua babak pertarungan tinju antara robot.

Walaupun ada beberapa babak cliche seperti Charlie menyerahkan semula Max kepada keluarga angkat dan menarik diri dari pertarungan, tetapi kemudian datang semula mengambil Max untuk perlawanan terakhir, tetapi ia adalah satu cliche yang agak baik untuk memainkan emosi para penonton.

Keputusan pertandingan yang tidak menyebelahi Atom (robot milik Charlie dan Max) dalam perlawanan akhir dan memberikan gelaran "The Peoples Champion" kepada Atom adalah pemilihan jalan penamat yang baik buat filem ini.

Bagi aku, filem ini memang jauh lebih hebat dari Transformers 3 (in you face, Michael Bay). Jadi buat peminat filem sains fiksyen dan filem aksi yang penuh dengan aksi CGI, anda patut tonton filem ini.

Hot chicks alert:
Evangeline Lilly sebagai Bailley Tallet dan Olga Fonda sebagai Farra Lemcova.


In Time


Sebelum menggunakan tajuk In Time, pengarah filem ini, Andrew Niccol, asalnya menggunakan tajuk Now dan I'm.mortal, sebelum akhirnya memilih In Time sebagai tajuk filem ini.



Aku sebenarnya tidaklah menggemari Justin Timberlake sangat. Tetapi konsep dan jalan cerita filem ini membuatkan aku menggagahkan diri untuk menonton juga filem ini. Dan ternyata tindakan itu berbaloi.

Cerita ini juga berkisar dari sebuah cerita di masa hadapan, di mana manusia kini telah berjaya mengubah genetik yang menyebabkan sistem penuaan manusia terhenti sebaik sahaja mencapai umur 25 tahun.

Oleh kerana populasi manusia yang semakin bertambah, masa telah mennggantikan duit sebagai mata wang di dunia ini. Dalam filem ini, masa bukan sahaja menjadi mata wang, sebaliknya juga menjadi nyawa seseorang.

Jadi manusia perlu berkerja untuk menambahkan masa untuk memanjangkan hayat kehidupan mereka. Sebaik berumur 25 tahun, jam nyawa mereka akan mula diaktifkan pada lengan kiri mereka. Jika jam tersebut mencecah ke angka sifar, mereka akan mati.

Setiap manusia yang hidup yang berlainan kelas sosial akan hidup di kawasan yang berlainan yang digelar sebagai Time Zone.

Mereka yang berada dalam kelas sosial yang paling rendah dan miskin tinggal di Gettos di Dayton. Mereka bekerja keras setiap hari untuk menambahkan masa untuk mereka terus hidup. Mereka hidup secara daily basis. Setiap kali mereka bangun dari tidur, mereka hanya punya nyawa beberapa jam sebelum menambah jumlah jam kehidupan mereka selepas menerima upah selepas bekerja. Upah yang mereka terima secara harian dan hanya bernilai beberapa jam sahaja.

Manakala golongan kaya pula tinggal di kawasan New Greenwich. Golongan kaya hidup sehingga beratus tahun lamanya kerana..... Kerana mereka kayalah, mereka ada banyak masa.

Kisah bermula apabila Will Salas (Justin Timberlake) bertemu dengan Henry Hamilton, seorang kaya dari Greenwich, yang datang berpoya-poya di kawasan Dayton. Henry mempunyai masa lebih dari seratus tahun. Henry hampir dibunuh oleh sekumpulan perompak masa yang menggelarkan diri mereka Minutemen.

Will menyelamatkan Henry. Henry kemudian berkata yang dia tidak mahu hidup selamanya dan manusia tidak patut hidup buat selamanya. Henry juga menyelar sistem masa yang wujud ini dan menganggap sistem tersebut hanya membuatkan orang yang kaya akan terus kaya dan menindas golongan miskin.

Henry kemudian menyerahkan semua masanya kepada Will lalu membunuh diri. Will kemudian diburu oleh time keeper (kira macam polis pada masa itu) kerana pihak time keeper menganggap Will merompak semua masa milik Henry lalu membunuhnya.

Emak Will, Rachel (Olivia Wilde) mati kerana kehabisan masa. Will yang marah mula teringat dengan kata-kata Henry sebelum dia mati. Henry ada membidas sistem masa yang telah diwujudkan oleh golongan kaya. Maka, bermulalah pengembaraan Will untuk membalas dendam atas ibunya dengan cuba memusnahkan sistem masa yang banyak menindas golongan miskin.

Dari cerita ini, aku dapat simpulkan beberapa isis tersirat:

Masa Adalah Segalanya
Selalu kita dengan ayat ini, tetapi berapa ramai dari manusia yang betul-betul menghargai masa?

Dalam cerita ini, masa bukan setakat menggantikan mata wang, tapi juga nyawa. Jadi masa menjadi sesuatu yang amat dihargai oleh manusia.

Kalau kita tiada wang, kita masih boleh hidup lagi dengan minum air paip. Tapi dalam filem ini, kalau habis masa, maka automatik kita akan mati.

Cuba bayangkan kalau ia betul-betul terjadi dalam hidup kita. Bolehkah kita bertahan untuk hidup begitu?

Filem ini sebenarnya cuba memberikan bayangan bertapa pentingnya masa dalam kehidupan seseorang. Masa adalah elemen yang penting tetapi selalu diabaikan manusia. Inilah yang cuba diterapkan dalam cerita ini.


Menentang Sistem Kapitalis
Dalam filem ini, nilai masa telah ditentukan oleh golongan kaya di Greenwich. Golongan kaya mengawal harga barang dan mengawal jumlah faedah melalui pinjaman bank dengan meletakkan dengan harga yang tinggi sehingga menyebabkan golongan bawahan rasa tertindas.

Untuk mendapatkan masa dengan lebih banyak, mereka terpaksa bekerja lebih keras. Apabila golongan bawahan ini bekerja dengan lebih keras, yang untung adalah golongan kaya itu sendiri.

Dan sebenarnya, inilah yang sedang terjadi pada dunia realiti kita sekarang. Golongan kaya memegang ekonomi dunia. Mereka mengawal mata wang dan juga ekonomi dunia. Mereka menaikkan harga barang, dan golongan bawahan yang merasai bebannya.

Jadi, adakah filem ini membawa mesej "Anti kapitalis" secara tidak sedar kepada para penonton?


Modern Bonnie and Clyde/Robin Hood?
Dalam filem ini, Will Salas dan Sylvia Weis (Lakonan Amanda Seyfried) menjadi pasangan kekasih yang merompak masa di bank dan memberikan masa tersebut kepada semua golongan miskin supaya mereka dapat mengubah nasib mereka.

Benda pertama yang aku nampak ialah mereka berdua menjadi pasangan perompak dan ia seperti satu tribute buat pasangan perompak yang terkenal di Amerika pada tahun 1930'an, Bonnie and Clyde.

Bukan senang nak jumpa pasangan lelaki dan perempuan yang menjadi perompak. Jadi gandingan Will dan Sylvia bagaikan bayangan Bonnie and Clyde.

Modern Bonnie and Clyde
The original Bonnie and Clyde
Tetapi berbeza dengan Bonnie dan Clyde yang merompak untuk diri mereka sendiri, Will dan Sylvia merompak untuk membantu golongan miskin. Perbuatan ini menyerupai Robin Hood yang merompak untuk membantu golongan miskin

Sebanrnya ada banyak lagi mesej tersirat dalam filem ini. Tapi aku dah malas nak menaip dan ada baiknya kamu tonton fielm in isendiri dan cari mesej tersebut.


Hot chick alert
Olivia Wilde sebagai Rachel (Kenapa watak dia mati awal sangat, hah? Tak puas hati) dan Amanda Seyfried sebagai Sylvia Weis (Tapi rambut dia dala mcerita ini akan turn off).

===============

OK. Kedua-dua filem memang superb. Real Steel memang gempak tetapi In Time tak kurang hebatnya. Aku amat suka konsep dan jalan cerita In Time yang unik dan mempunyai banyak mesej yang tersirat.

Sampai jumpa lagi di sessi movie marathon yang akan datang.

Jumat, 20 Mei 2011

Movie Marathon: Thor & Fast Five: Rio Heist

Rasanya macam tak relevan untuk aku keluarkan entri ini sekarang memandangkan kedua-dua cerita ini sudah tidak ditayangkan lagi di pawagam.

Aku sepatutnya mengeluarkan entri ini minggu lepas. Tetapi kerana masalah teknikal (dan kesuntukan masa) aku tidak mengeluarkan entri ini. 

Oleh sebab aku sudah pun menaip panjang lebar dan rasa rugi pula tidak di publish-kan, maka aku tetap mengeluarkan entri ini.

==========

Minggu lepas, aku sempat keluar bersama pengantin baru Cendol, untuk pergi menonton wayang. Cerita pilihan kami (aku) adalah Thor dan Fast 5.


Thor


Thor adalah filem adaptasi dari komik Marvel hasil ciptaan Stan Lee, Larry Lieber dan Jack Kirby. Watak Thor diadaptasi dari watak mythology dari Jerman, iaitu watak seorang tuhan yang mempunyai kaitan dengan guruh, petir dan kilat.

Tapi bila menonton filem ini, Thor seakan-akan bukan lagi memegang watak sebagai tuhan. Tetapi hanya sekadar anak raja yang berada di ruang dimensi yang lain dari bumi.

Filem ini mengisahkan tentang Thor, seorang pewaris tahta Raja Asgard, yang suka bertindak melulu dan selalu membuat keputusan menggunakan kepala lutut sehingga menyebabkan ayahnya murka. Thor kemudian dibuat negeri dari Asgard. Thor telah dicampak ke bumi. Kuasanya telah ditarik dan dia menjadi seperti manusia biasa. Thor perlu bermuhasabah diri untuk mendapatkan kembali kuasanya.

Thor mempunyai seorang adik tiri bernama Loki, yang sentiasa cemburukan kebolehan Thor. Loki akhirnya berjaya merampas tahta dan maka terjadilah satu pertempuran untuk menentukan siapa bakal raja yang paling layak.

Jalan cerita nampak ringkas dan mudah tetapi cerita ini dipenuhi plot yang menarik dan lakonan yang mantap dari para pelakon. Aku merasakan filem Thor ini lebih baik dari semua franchise filem Iron-Man dan Hulk.

Ada post credit scene selepas credit habis dimainkan. Kira macam hidden scene atau easter egg kalau dalam DVD. Siapa yang cabut awal selepas cerita ini tamat, mesti tak melihat scene di bawah ini.



Scene ini menunjukkan hint untuk kesinambungan filem ini dengan filem The Avengers yang bakal ditayangkan tahun depan.

Tabiat post credit scene ini memang sudah bermula dari filem The Incredible Hulk, Iron-Man dan Iron-Man 2 lagi.

Post credit scene untuk Iron-Man


Post credit scene untuk Iron-Man 2



Tukul Thor sudah muncul!

Dengan kemunculan Tony Stark (Iron-Man) dalam filem Hulk, Nick Fury muncul dalam siri filem Iron-Man dan Thor, Tukul Thor dalam Iron-Man 2 dan perisai Captain America dalam Iron-Man dan Iron-Man 2, hint untuk The Avengers sudah semakin hampir. Bulan depan, filem Captain America bakal ditayangkan pula.

The Avengers bakal menampilkan Iron-Man, Hulk, Thor, Captain America, War Machine, Hawkeye, Black Widow (Natasha Romanoff), Nick Fury dan Maria Hill menentang Loki. Bakal menjadi satu filem epic.

Oh ya, Ada satu lagi superhero membuat penampilan cameo dalam filem Thor. Dia ialah Hawkeye. Hawkeye keluar semasa scene Thor cuba merampas tukulnya kembali yang terpacak dan tak boleh dicabut. Orang yang ditugaskan untuk memanah Thor ialah Hawkeye. Credit tu my friend, Rizuan Bulusan for this.

Hot chick alert: Natalie Portman sebagai Jane Foster


Fast & Furious 5: Rio Heist a.k.a. Fast Five


Secara jujurnya, aku tak pernah menonton siri filem The Fast & The Furious diwayang sebelum ini. Semuanya aku tonton melalui laptop aku, hasil kawan-kawan yang rajin men download.

Antara sebab utama aku menonton filem ini di wayang kali ini kerana Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai The Rock, ahli wrestling paling aku minati, berlakon dalam filem kali ini.

Selepas franchise filem The Fast & The Furious ini mendak selepas filem The Fast and the Furious: Tokyo Drift dan kembali dengan impak yang lebih baik melalui Fast and Furious, Fast Five menampilkan aksi yang lebih menarik.

Scene lumba kereta agak kurang dalam filem ini berbanding filem-filem sebelum ini dan filem kali ini lebih fokus kepada misi mereka yang ingin merompak. Menurut pengarahnya, fielm ini memerlukan kelainan dari yang lain untuk memastikan jalan cerita ini lebih segar.

Penampilan The Rock sebagai polis juga membawa suatu idea yang baik. Rasanya The Rock adalah polis paling tough dan hebat yang pernah muncul dalam franchise filem ini.

Walaupun beliau bertindak sebagai watak utama, penampilan beliau sebagai polis yang hebat, bijak dan kadangkala bersifat humor memberikan impak yang menarik.

Hot chick alert: Elsa Pataky sebagai Elena Neves & Gal Gadot sebagai Gisele Harabo.

Oh ya, Fast Five juga ada post credit scene:



Eva Mendez, yang muncul dalam 2 Fast 2 Furious, memberikan fail kepada The Rock yang menyatakan yang Michelle Rodriguez (yang muncul dalam Fast and Furious) masih hidup. Ini bermakna ada sequel untuk filem ini dan The Rock akan berlakon lagi.

Ok. Sekian. Priest dan Pirates of Caribbean sudah keluar. Nanti aku cari peluang untuk menonton.

Senin, 28 Maret 2011

Movie Marathon: Sucker Punch & World Invasion: Battle Los Angeles

Pada hari Khamis yang lepas, aku pergi menonton wayang. Aku melakukan sessi movie marathon.

"Movie marathon tu apa, Mirul?"

Movie marathon adalah sessi dimana aku akan menonton lebih dari satu filem dalam tempoh sehari. Tapi biasanya, aku akan menonton 2 filem berturut-turut. Aku belum pernah melakukan movie marathon lebih dari 2 filem setakat ini

Tapi kali ini agak unik sedikit, kerana aku melakukan secara seorang diri. Yes! Aku menonton wayang marathon secara seorang diri kali ini.

Aku pernah pergi menonton wayang secara seorang diri sebelum ini, tetapi tak pernah pula aku melakukan movie marathon seorang diri.

Kenapa aku tengok wayang seorang diri?

1. Aku seorang lelaki single sekarang. Amoi terakhir yang aku tackle skearang sedang melanjutkan pelajaran di luar negara. Tak kan aku mahu tunggu dia balik pula? 
2. Aku tak tahu mana kawan-kawan aku menghilangkan diri. Bukan main susah lagi aku nak ajak tengok wayang. Biasa laju saja kalau aku ajak (kecuali kalau aku ajak tengok filem Melayu). 

Kesimpulan yang mudah, aku tengok wayang bersendirian. Lebih mudah. And yes, I'm forever alone.

Ini bukan kali pertama aku menonton secara forever alone. Kali pertama aku buat ialah tahun lepas, ketika aku menonton filem Kick-Ass. Filem yang hebat, tak sia-sia menonton seorang diri.

Ok. Untuk entri kali ini, aku mahu mengulas dua buah filem yang aku tonton secara forever alone movie marathon, Sucker Punch dan Battle of Los Angeles.


Sucker Punch







Melihat dari 2 trailer di atas, aku terfikir, cerita ini tentang apa sebenarnya? Ada babak melawan samurai, ada babak melawan naga. Adakah ini satu cerita fantasi? Ataupun cerita tentang pengambaraan epic? Sebenarnya jalan cerita ini sangat mudah. Kisah mengenai sekumpulan gadis yang mahu melepaskan diri dari Pusat Sakit Mental.

Aku suka dengan pembukaan filem ini. Filem berlatar belakangkan tahun 1955 ini dibuka dengan kisah bagaimana watak utama filem ini, Baby Doll (lakonan Emily Browning), dimasukkan ke Pusat Sakit Mental.

Scene tersebut dibuat secara ringkas diiringi dengan lagu Sweet Dreams (Are Made of This) - nyanyian asal dari Eurythmics - tetapi dinyanyikan semula oleh Emily Browning dengan versinya yang tersendiri.

Pengembaraan bermula apabila Baby Doll berjumpa dengan Sweet Pea (lakonan Abbie Cornish), Rocket (Jena Malone), Amber (Jamie Chung) dan Blondie (Vanessa Hudgens) di Pusat Sakit Mental tersebut dan berusaha untuk melepaskan diri.

Oleh kerana Baby Doll tertekan dengan dunia realiti apabila beliau dihantar ke Pusat Sakit Mental, beliau pun berkhayal dan masuk ke satu alam khayalan yang kononnya beliau telah dihantar ke sebuah kelab kabaret dimana mereka perlu belajar menari untuk survive di kelab tersebut.

Baby Doll kemudian mengajak Sweet Pea, Rocket, Amber dan Blondie melarikan diri. Untuk melarikan diri, mereka perlu mengumpul 4 buah item berserta 1 item rahsia.

Apabila mereka menjalankan misi untuk mendapatkan item-item tersebut, sekali lagi Baby Doll masuk ke alam khayalan yang kononnya mereka terpaksa bertempur untuk mendapatkan item-item tersebut. Dalam khayalan, masuk ke satu lagi alam khayalan. Lebih kurang seperti cerita Inception, mimpi masuk ke dalam mimpi yang lain.

Dalam khayalan, kelima-lima gadis tersebut terjebak dengan perlawanan yang melibatkan samurai robot yang menggunakan Gatling Gun, Tentera Jerman semasa Perang Dunia Pertama, bertarung dengan naga, dan robot.

Bagi aku, jalan cerita ini sangat simple. Sekumpulan gadis yang mahu melepaskan diri dari Pusat Sakit Mental. Tetapi pengarah mengubah cara penceritaan dengan menggunakan metafora untuk menambahkan impak dalam filem untuk babak ketika gadis-gadis ini ingin mendapatkan barang yang diperlukan.

Pros Sucker Punch

1. CGI yang sangat mantap. Kehalusan CGI Sucker Punch sama mantap atau lebih mantap daripada CGI cerita Transformers.

2. Scene pertarungan yang menarik. Inilah scene pertarungan yang sepatutnya ada dalam filem-filem yang diadaptasi dari fighting game seperti King of Fighters, Tekken dan Street Fighter.

3. Muzik latar untuk setiap babak sangat menarik dan selari dengan babak tersebut.

4. Jalan cerita ringkas tetapi digarapkan dengan metafora yang menarik. Scene mencuri item ditukar dengan scene pergaduhan memang satu cara yang baik.

5. 5 orang gadis mengenakan pakaian seksi dan terlibat dalam pertarungan. Apa lagi yang lebih menarik apabila menonton perempuan memegang machine-gun? Priceless.


Cons Sucker Punch

1. Sudah semestinya tiada sequal. Kenapa? Kamu kena tonton sendiri. I don't wanna spoil the fun.

2. Carla Gugino is a hot milf. Tapi dalam filem ini, dia tidak menonjol langsung.



Aku bagi 4.5 bintang untuk filem Sucker Punch. Walaupun pengkritik professional memberikan komen negatif terhadap filem ini, tetapi kebanyakan penonton memberikan komen positif untuk filem ini.

Aku tak tahu kenapa tapi filem ini banyak mengiatkan aku kepada filem Kick-Ass.


World Invasion: Battle Los Angeles




Melihat dari trailer di atas, pasti ramai yang berfikir “Ah, another alien movie.” Tapi, ini bukanlah filem alien yang tipikal seperti biasa.

Biasanya dalam babak filem alien yang tipikal, manusia akhirnya berjaya memusnahkan alien menggunakan senjata baru yang mereka cipta seperti laser gun, bom laser atau pun apa-apa senjata baru yang selama ini tidak wujud sebelum ini dan dicipta khas untuk memusnahkan alien tersebut.

Tetapi dalam cerita ini, manusia yang berperang dengan alien menggunakan senjata biasa. Menggunakan senapang, pistol, grenade, bazooka dan senjata ketenteraan yang lain. Sebenarnya filem ini layak digelar sebagai salah satu filem dalam genre war movies.

Filem ini bermula apabila sekumpulan meteor jatuh terhempas ke bumi, dah salah satunya jatuh di pantai di Los Angeles. Semua pasukan tentera diarahkan untuk bersiap sedia apabila mereka mengetahui yang meteor yang jatuh tersebut membawa sekumpulan alien.

Pasukan tentera marin yang diketuai oleh Leftenan William Martinez (lakonan Ramón Rodríguez)  dan juga seorang Staff Sergeant Michael Nantz (Aaron Eckhart) yang sedang menunggu hari beliau bersara, pergi ke Bandar Los Angeles untuk menyelamatkan orang awam yang terperangkap di bandar Los Angeles.

Tetapi, misi mereka tidak semudah itu. Pihak lawan mereka ialah alien yang mempunyai senjata berteknologi tinggi dan mempunyai taktik perang yang sempurna. Satu demi satu askar gugur ketika ingin menyelamatkan diri mereka keluar dari bandar Santa Monica.

Filem ini bukan sahaja dipenuhi dengan babak perang, juga dipenuhi dengan emosi sedih lebih-lebih lagi babak kematian seorang demi seorang askar yang bertugas. Mungkin babak ini agak klise kerana boleh dikatakan semua filem perang mempunyai babak ini, tetapi babak inilah yang menyerikan filem perang.

Babak perang dalam filem ini juga nampak 'real' walaupun mereka hanyalah berperang dengan alien dan bukannya manusia. Babak cemas ketika askar diserang oleh alien secara mengejut semasa awal filem juga agak mencemaskan. Malah, pengarah bijak untuk menyembunyikan identiti dan bentuk alien pada awal cerita berjaya menimbulkan perasaan ingin tahu para penonton.

Michelle Rodriguez yang berlakon dalam filem Avatar sebagai pilot, muncul sebagai seorang tentera udara dalam filem ini. Bezanya, watak Michelle Rodriguez iaitu Tencnical Sergeant Elena Santos, selamat sehingga ke akhir filem ini.

Pros Battle Los Angeles

1. Filem alien yang tidak klise seperti filem alien yang biasa. Lebih ke arah genre filem perang.

2. Babak perang yang menarik dan mencemaskan. Pengarah menggarap babak perperangan seperti peperangan antara manusia.

Cons Battle of Los Angeles

1. Reka bentuk alien yang nampak kurang gah. Kalau reka bentuknya seperti alien filem Predator, mungkin akan nampak alien tersebut lebih ganas.


Aku beri 4 bintang untuk filem ini. Satu filem perang yang baik. Dipenuhi babak yang mencemaskan dan emosi sedih.

Sekian review filem serba malas dari aku.

P/S: Ada yang merungut sebab aku beri 4 bintang untuk filem Hikayat Merong Mahawangsa dalam review sebelum ini. Perlu diingat, apabila aku membuat review untuk filem Malaysia, aku hanya akan menilai mereka setakat dalam industri filem Malaysia dan tidak membandingkan dengan filem luar negara.

Rabu, 23 Maret 2011

A Trip To The Moon

Bercerita tentang filem lama.

Bulan Januari yang lepas, aku dan kawan aku, Fauzi, singgah ke sebuah buku di Johor Bahru. Tak salah aku, MPH dekat City Square.

Semasa aku membelek-belek buku di sana, aku terjumpa buku yang bertajuk 1001 Movies You Must See Before You Die. Sudah semestinya kesemua filem yang berada dalam senarai tersebut adalah filem dari luar negara.

Filem pertama yang berada dalam senarai tersebut ialah sebuah filem Perancis yang bertajuk Le Voyage dans la lune atau dalam Bahasa Inggeris, A Trip to the Moon.

A Trip to the Moon ialah sebuah silent movie (filem senyap atau filem bisu?) yang bergenre science fiction, dan sudah pasti sebuah filem hitam-putih. Filem ini dibuat hasil inspirasi 2 novel yang popular ketika itu: From the Earth to the Moon hasil nukilan Jules Verne yang diterbitkan pada 1865, dan The First Men in the Moon hasil karya H. G. Wells yang diterbitkan pada 1901.

Rasanya kamu mesti pernah mendengar nama Jules Verne (walaupun tak pernah membaca karyanya. Aku pun tak pernah baca karya beliau). Jules Verne adalah antara penulis yang berasal dari Perancis yang popular dengan hasil penulisan science fiction-nya. 

Beberapa naskah tulisan beliau telah diadaptasi menjadi filem beberapa kali seperti A Journey to the Center of the Earth (novel yang diterbitkan pada tahun 1864 dan diadaptasikan menjadi filem untuk beberapa kali. Yang terbaru, pada tahun 2008 dengan tajuk filem yang sama dengan novel), Twenty Thousand Leagues Under the Sea (1870), Around the World in Eighty Days (1873) dan banyak lagi.

Ok. Kembali kepada tajuk asal penulisan aku iaitu mengenai A Trip To The Moon.

Filem ini diterbitkan pada tahun 1902 (ditayangkan pada 1 September 1902) dan diarah oleh Georges Méliès, seorang pengarah Perancis yang terkenal dengan sifatnya yang sangat inovatif dalam pembuatan filem dan pengarah yang terkenal dalam penggunaan special effect. Beliau juga adalah orang yang berjaya mencipta teknik stop trick dalam pembikinan filem.

Durasi filem ini sepanjang 14 minit menggunakan filem jenis lama dan dan 8-11 minit menggunakan filem jenis baru yang digunakan oleh pembikin filem sekarang. Di bawah adalah filem tersebut:



Filem ini menjadi sangat terkenal pada masa itu. Antara scene yang paling diingati dan menjadi ikon sehingga kini ialah scene kapal angkasa yang mendarat di mata Bulan.


Melihat populariti filem tersebut, Georges Méliès cuba memasarkan filem tersebut di Amerika. Tetapi, salah seorang technician film yang berkerja dengan Thomas Edisen telah berjaya membuat salinan tanpa pengetahuan Georges Méliès dan memasarkan filem tersebut diseluruh Amerika.

Walaupun filem tersebut sukses, tetapi Georges Méliès jatuh muflis tidak lama kemudian.

Kumpulan The Smashing Pumpkins menghasilkan video musik lagu mereka yang bertajuk Tonight Tonight yang mempunyai influence yang kuat dari filem A Trip To The Moon.



"Ok, Mirul. Apa jadah kau melabon pasal filem ni panjang lebar ni?"

Sebenarnya, ada 2 benda yang aku fikirkan bila terbaca kisah filem di atas.

Yang pertama, tentang arkib filem-filem lama. Di luar negara, mereka menyimpan semua koleksi filem atau rancangan TV yang disiarkan di TV di arkib perfileman. Mereka boleh mengambil filem-filem lama ini kalau mahu disiarkan semula di TV.

Tapi di Malaysia, kebanyakan filem kita tidak disimpan dengan baik di arkib menyebabkan sesetengah filem sudah hilang dan tidak dapat lagi ditayangkan untuk generasi muda.

Filem P. Ramlee sendiri banyak yang sudah hilang dari simpanan stesen TV. Mungkin benar, masih ada filem P. Ramlee yang ditayangkan di TV tapi hanyalah filem yang sama diulang tayang beberapa kali dalam setahun.  Filem-fielm seperti Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Do Re Mi, Labu Labi (sekedar menyebut beberapa filem) adalah filem yang menjadi kebiasaan ditayangkan di TV.

Sedangkan, P. Ramlee mempunyai banyak lagi filem lain tetapi tidak dapat ditayangkan kerana sudah hilang dan tidak disimpan didalam arkib dengan baik. Filem-filem seperti Aloha, Chinta, Sejoli, Penghidupan, Takdir Illahi, Patah Hati, Anjuran Nasib, Sedarah, Sitora Harimau Jadian dan banyak lagi filem sudah hilang dari arkib negara.

Filem bukan sekadar hiburan tetapi juga suatu sejarah yang boleh menjadi pengajaran dan tatapan untuk generasi baru. Sayang jika filem-filem bersejarah tidak disimpan dan dijaga dengan baik.

Tak payah bercerita tentang filemlah, cuba tanya jika RTM masih ada menyimpan rancangan-rancangan TV terbitan RTM sekitar tahun 60-an atau 70-an. Mungkin tiada lagi. Belum tentu RTM ada menyimpan koleksi lama rancangan Bakat TV atau pun Bintang RTM yang lama dalam arkib mereka. Kalau ada pun, mungkin sudah banyak yang jahanam dan rosak.

Filem bukan setakat perlu disimpan. Ia juga perlu di copy ke dalam filem baru supaya ia terus terpelihara dan tidak rosak dimamah usia. Kalau simpan sahaja sampai filem tersebut mereput, tiada guna juga.

Satu lagi yang aku fikirkan bila melihat filem A Trip To The Moon ialah bagaimana mereka (orang di luar negara) sudah mempunyai visi yang jauh kehadapan berbanding dari kita di Malaysia.

Pada tahun 1902, mereka sudah pula mula membikin filem sedangkan kita masih lagi tunduk dibawah jajahan Britain ketika ini. Malah, jika dilihat dari senarai filem yang dibikin Georges Méliès, beliau sudah pun mula menghasilkan filem ketika tahun 1893.

Dan pada tahun 1902 juga, mereka sudah pun memasang niat dan mempunyai visi untuk pergi ke Bulan sedangkan kita masih lagi hidup di bawah jajahan Britain.

Malah, hasil penulisan Jules Verne sudah bercerita tentang keajiban science fiction di dalam novelnya pada tahun 1863 lagi, manakala H. G. Wells pula sudah menulis tentang time machine dalam novelnya pada tahun 1895.

Ternyata, negara kita jauh ketinggalan dari negara luar yang sudah mencapai status negara maju. Cara mereka berfikir sudah berkembang semenjak abad ke-19 lagi sedangkan kita rakyat Malaysia masih ada yang tersepit di dalam pemikiran kolot dan terlampau mengikut adat, yang kadangkala adat kita bertentangan dengan ajaran agama kita sendiri (adat Melayu yang bertentang dengan ajaran agama Islam).

Bangunan tertinggi, jambatan terpanjang, bendera terbesar, stadium terbesar dan bermacam lagi yang besar, yang tinggi dan yang panjang tidak menjamin status negara maju. Kemajuan sesebuah negara terletak pada rakyatnya.

Negara akan maju jika rakyatnya sendiri menukar gaya pemikiran untuk menjadi maju. Bukalah minda dengan lebih luas dan terimalah benda baru untuk menajamkan minda dan menjadi maju setapak lagi.

Ingat! Negara yang maju bergantung pada rakyatnya, bukan bergantung kepada bangunan yang tinggi.

P/S: Sudahkah anda menonton video A Trip To The Moon di atas? Kalau sudah, tahniah. Anda sudah menonton 1 daripada 1001 filem dalam senarai 1001 Movies You Must See Before You Die. Ada 1000 filem lagi yang harus ditonton. Semoga berjaya dan selamat menonton!

Kamis, 17 Maret 2011

Hikayat Merong Mahawangsa - The Malay Chronicles: Bloodlines


Akhirnya, dapat juga aku menonton filem buatan Malaysia yang dinanti-nantikan dari tahun lepas. Aku agak lambat menonton filem Hikayat Merong Mahawangsa sedangkan semua orang sudah pun menonton pada hari pembukaan filem tersebut. I'm a slowpoke.

Ada 2 jenis set pemikiran yang pergi menonton filem ini. Yang pertama adalah golongan yang meletakkan harapan yang tinggi pada filem ini dan mengharap filem ini adalah setanding dengan filem Hollywood dan mampu menandingi kehebatan filem epik Hollywood seperti 300 dan Pirates of Caribbean.

Yang kedua, orang yang tak meletakkan harapan tinggi kerana sedar industri filem kita masih jauh terkebelakang berbanding Hollywood dan sedar ini adalah cubaan pertama penggiat seni Malaysia dalam menghasilkan filem berbentuk epik.

Aku dalam golongan kedua, kerana aku berpijak dibumi nyata dan masih sedar kekurangan filem Malaysia. Adalah mustahil pengarah, Yusry Abd Halim, mampu menghasilkan filem yang mampu membantai terus filem Hollywood dalam cubaan yang pertama.

Kebanyakan kawan aku yang pergi menonton adalah dalam golongan pertama, dan kecewa sambil berkata, "Cerita ni tak smooth lagi la. Aksi gaduh kelam-kabut, tak macam cerita Hollywood." Give Yusry a break, guys. Ini percubaan pertama beliau. 

Sebelum aku menonton filem ini, aku ada membaca review dari blogger lain. Ada yang memberikan komen positif dan ada juga yang memberikan komen negatif sehingga menghentam teruk filem ini.

Ini sedikit komen aku tentang filem ini:

Loghat/slang Stephen Rahman Hughes

Loghat percakapan Stephen Rahman Hughes, yang memegang watak Merong Mahawangsa, ada sedikit mengganggu. Bila aku dengar dia bercakap, ada terdengar slang 'Mat Saleh'. Tapi lakonan Stephen Rahman Hughes ok. Babak pergaduhan juga okay. Bentuk fizikal beliau memang melayakan beliau untuk memegang watak tersebut.


Puteri China dan Inang berbual dalam Bahasa Inggeris

Babak Puteri China Meng Li Hua (lakonan Jing Lusi) dan Inangnya, Ying Ying (lakonan Nell Ng) berbual dalam Bahasa Inggeris memang ada sedikit pelik. Sepatutnya mereka bercakap dalam Bahasa China, lainlah dengan babak semasa mereka berdua berbual dengan Putera Rome, Marcus Carprenius (lakonan Gavin Stenhouse).

Tapi, bila difikirkan balik, filem 300, yang berkaitan Sparta di Greece, pun menggunakan 100% bahasa Inggeris dan bukannya Greece. Begitu juga filem Gladiator, cerita yang terjadi di Itali dan 100% skripnya dalam bahasa Inggeris dan bukannya Bahasa Itali.

Jadi mungkin perbualan Bahasa Inggeris antara Puteri China dan Inangnya ini masih boleh dimaafkan.

Tapi babak Puteri China mandi memang buat hati aku berdebar juga. Nasib baik ada kelopak bunga yang melindungi badan Puteri China tersebut.


Effect darah

Kalau sesiapa yang dah menonton filem ini, mesti tahu filem ini dipenuhi dengan babak tumbuk-menumbuk, terajang-menerajang dan tikam-menikam. Babak-babak tersebut sudah pasti melibatkan darah. Darah-darah yang terpercik dari luka askar yang ditikam terlalu nampak menggunakan CGI. Darah yang terpancut adakalanya nampak kurang realistik dan terpercik terlampau jauh dari sepatutnya.


Babak pantulan cahaya matahari membakar lanun

Babak ini nampak kurang realistik. Mungkin kerana saiz cermin yang digunakan adalah terlampau kecil untuk membakar semua lanun Garuda. Ditambah pula dengan api yang juga dibuat menggunakan effect CGI. Mungkin babak ini sepatutnya dibatalkan dan digantikan dengan babak penutup yang lebih baik.


Penutup yang agak tergantung

Penutup filem ini agak tergantung. Tiada babak yang menunjukkan yang si Merong selamat pulang kembali ke negara beliau dan berkahwin dengan Embok (lakonan Ummi Nazeera). Aku rasakan babak Embok yang menantikan kepulangan Merong mungkin boleh memberikan impak yang lebih baik untuk penutup flem ini.


Kostum, solekan, dan props 

Dari segi props, latar belakang dan bangunan yang disediakan, memang memuaskan. Memang terasa bukan seperti menonton filem buatam Malaysia. Rumah-rumah kampung, markas Garuda dan juga pelabuhan di Goa memang nampak realistik.

Dari segi solekan dan kostum juga memuaskan. Cuma aku agak pelik dengan kostum Kesum (lakonan Dato' Rahim Razali):


Agak pelik melihat rambut Kesum yang agak tinggi ke atas. Aku tak tahu kenapa, tapi setiap kali watak Kesum muncul, aku rasa nak ketawa. Nasib baik watak Kesum tidak wujud sampai ke babak terakhir.

Skrip cerita ini yang ditulis oleh Amir Hafizi memang memuaskan. Ini hasil ketiga Amir Hafizi yang aku tonton selepas MySpy dan Magika. Dari segi lakonan para pelakon juga agak baik.

Ada komen tentang perubahan yang penulis skrip lakukan seperti mengubah Garuda yang sepatutnya seekor burung gergasi kepada sekumpulan lanun, manakala kapal yang dinaiki oleh Merong, Jentayu, juga sepatutnya seekor burung.

Bagi aku, pengubahsuaian yang dilakukan oleh penulis adalah bersesuaian untuk jalan cerita. Pasti babak berlawan dengan burung tidak akan memberikan impak yang sama seperti babak berlawan antara Merong dan Kamawas (lakonan Khir rahman). Lagipun, pengubahsuaian ini juga untuk memastikan audien di luar negara dapat lebih memahami filem ini.

Janganlah melenting sangat kerana skrip banyak berbeza dari cerita yang sebenar. Ini kan cerita hikayat. Cerita dongeng. Bukannya kisah sejarah sebenar seperti Sejarah Kemerdekaan Malaysia atau Perang Dunia ke-2. Apa salahnya diubahsuai sedikit.

Tentang beberapa kesilapan yang terjadi dalam filem ini juga bagi aku adalah perkara biasa. Cuba Google "biggest Hollywood mistakes" ataupun "hollywood movie mistakes", pasti kamu dapat tengok kesalahan filem Hollywood pula. Filem sehebat Star Wars, Pirates of Caribbean dan Lord of The Ring juga ada melakukan kesilapan.

Aku beri 4 bintang untuk filem ini. Filem ini boleh dikatakan terbaik namun masih banyak ruang buat Yusry memperbaiki mutu kerjanya. Namun pujian harus diberikan kepada Yusry atas kretiviti beliau yang berjaya menghasilkan filem diluar dari kebiasaan filem Melayu

Aku harap KRU Studio tidak akan berhenti untuk menghasilkan filem yang lain daripada yang lain. Harapnya KRU Studio boleh menghasilkan filem action packed seperti Die Hard ataupun filem sains fiksyen seperti Independent Day atau Battle of Los Angeles.

Kamis, 13 Januari 2011

Fesbuk Tipu #4: The Twilight Saga

Dalam ruangan Fesbuk Tipu #3, aku sudah bagi fan Justin Bieber Butthurt. Sekarang, giliran fan Twilight Saga pula.

Klik pada gambar untuk tumbesaran gambar

"Kau ni, Mirul.. Tak romantik la. Kau tau tak cerita Twilight ni kisah cinta terlarang antara manusia dengan vampire. Satu kisah percintaan sedih dan romantik. Kau ni tak romantik lah, Mirul."

Bagi aku, Twilight bukanlah cerita romantik sebenar. Cerita ini lebih nak menjual dua lelaki kacak berbadan ketak-ketak dan berbadan shinning glow yang ditujukan khas buat para gadis.

Kalau nak tengok cerita romantik, aku lebih suka fokus kepada filem yang bergenre romantic comedy (rom-com). Salah satu filem rom-com kegemaran aku ialah 50 First Dates.

Filem ini menampilkan 2 pelakon berpengalaman, Drew Barrymore dan Adam Sandler. Bukan macam Twilight yang menampilkan pelakon newbies. 

50 First Dates digarap dengan jalan cerita yang menggunakan romantik dengan cara yang berlainan dari filem romantik biasa, sehingga ditiru oleh satu drama Melayu, Seribu Kali Cinta.

Dan yang paling penting sekali, lawak daripada orang Yahudi paling kelakar dalam dunia, Adam Sandler, berjaya membuatkan aku ketawa tak berhenti-henti. Ketawa sebab kelakar. Bukannya ketawa macam ketawakan filem 2 Alam yang tak sampai target tu.

Apahal segmen Fesbuk Tipu dah berubah jadi segmen review filem pulak ni? Apa-apa pun, fan Twilight jangan butthurt sangat. Berguraukan mampu menceriakan suasana dan merapatkan silaturahim.

Kamis, 06 Januari 2011

Astro & RTM, sampai bila asyik nak ulang cerita yang sama?


Kalau tak silap aku - setiap Khamis malam Jumaat - TV2 akan menyiarkan filem lakonan dan arahan P. Ramlee.

Kalau dekat Astro pulak, aku tak pasti bila. Tapi Astro memang terkenal dengan "menyiarkan drama dan filem secara berulang-ulang" tiap-tiap hari. Jadi aku tak hairan kalau filem P. Ramlee yang sama disiarkan 3 kali dalam seminggu.

Dan kadang-kadang, lebih annoying lagi kalau Hari Selasa Astro tayangkan Pendekar Bujang Lapok, Hari Khamis TV2 pun tayangkan cerita yang sama. Watdefak? Cerita yang sama ditayangkan oleh dua saluran yang berbbeza dalam minggu yang sama.

Ok, secara jujur aku nak kata yang aku dah mula bosan dengan cerita P. Ramlee. Macam mana tak bosan kalau cerita yang sama diulang belasan kali dalam setahun, sampai aku sendiri dah boleh hafal skrip cerita tersebut.

Not to disrespect P.Ramlee, aku tahu dia lagenda, bapa perfileman Malaysia, orang yang merintis filem Melayu dan lain-lain, tapi aku mula rasa bosan bila filem yang sama ditayangkan berulangkali. Rasa macam dekat Malaysia ini dah tiada lagi filem lain.

Aku terasa juga nak tengok filem lama era 80'an dan 90'an. Kebanyakan filem era tersebut sudah jarang ditayangkan di TV. 

Filem-fielm era 90'an dan 80'an ni kebanyakannya aku tonton semasa aku berada di sekolah rendah dan awal sekolah menengah. Selepas itu, aku rasa filem-filem tersebut macam sudah hilang dari muka bumi. Dan aku rasa anak muda sekarang pun mesti teringin nak menonton filem era tahun 80'an dan 90'an.

Antara filem 80'an yang masih segar diminda anak muda sekarang cuma cerita Gila-Gila Remaja. Itu sahaja satu-satunya cerita yang popular dikalangan anak muda sekarang. Cerita lain, entah ke mana.

Satu-satunya filem lama yang tertusuk diminda anak muda

Aku teringin nak menonton filem-filem era 80'an dan 90'an yang lain seperti cerita  Rentak Desa, Abang 92, Tsu Feh-Sofia, Matinya Seorang Patriot, Anak Sarawak, Tak Kisahlah Beb, Puteri, Rahsia, Ali Setan, Ali Setan 2, Azura, Isabella, Kami (Lakonan Sudirman, bukannya filem Kami Liyana Jasmay tu), Setinggan, Ranjau Sepanjang Jalan, Rozana Cinta 87, Hati Bukan Kristal, Main-Main Hantu, Layar Lara, siri filem Jins Shamsuddin (yang mempunyai perkataan esok pada setiap filemnya), Kembara Seniman Jalanan dan banyak lagi.

Itu sahaja senarai filem yang aku ingat tapi aku yaki pasti ada banyak lagi filem yang hebat tapi aku sudah lupa tajuk filemnya. 

Ok, aku tahu mesti ada yang kata, "Ala.. Bukannya semua filem tu best pun." Tapi kalau dibandingkan dnegan filem sekarang, filem sekarang pun bukannya hebat sangat. Hebat sangatkan 2 Alam? Adakah filem  Syurga Cinta setanding filem Hollywood? Adakah filem Senario Asam Garam kelakar seperti lawak Adam Sandler?

Jadi apa salahnya kalau Astro dan RTM tayangkan pula filem-filem ini. Rehatkanlah fielm P. Ramlee sekejap. Keluarkan filem P. Ramlee pada bulan pemergian beliau sempena untuk memperingati beliau. Bulan-bulan lain, tayangkanlah filem lain pula.

Terutamanya Astro. Sudahlah kena bayar mahal tiap-tiap bulan, tapi asyik nak tayang fielm yang sama saja. Bill pulak tiap-tiap tahun naik macam minyak Ron 97, kalau hujan pun dah hilang reception Jadi, tolonglah tayangkan cerita-cerita lain lain pula untuk menenangkan customer kamu yang hampir meroyan macam aku ini.

Sekali lagi aku nak katakan, aku bukan mahu disrespect atau menidakkan bakat P. Ramlee, cuma mahukan kelainan bila menonton TV.

Kamis, 16 Desember 2010

Lagu tema filem (runut bunyi, OST) terbaik Part 3

Sambungan dari entri part 1 dan entri part 2.

Switchfoot - Meant To Life (Spider-Man 2, 2004)


Meant To Life adalah lagu nyanyian band dari Amerika, Switchfoot (tukar kaki). Lagu ini ditulis untuk OST Spider-Man 2 dan juga dimuatkan dalam album The Beautiful Letdown. Filem Spider-Man 2 menampilkan  lakonan Tobey Maguire, Kirsten Dunst, James Franco dan Alfred Molina.

Menurut vokalis Switchfoot, Jon Foreman, dan pemain bass, Tim Foreman, yang bertindak sebagai penulis lirik dan lagu untuk lagu ini, lagu ini terhasil daripada sajak The Hollow Men nukilan T. S. Eliot, lagu U2 - I Still Haven't Found What I'm Looking For dan novel Of Mice and Men hasil penulisan John Steinbeck.

Banyak bertul sumber inspirasi lagu ini. Patutlah lagunya pun sedap didengari.


R. Kelly - I Believe I Can Fly (Space Jam, 1996)


I Believe I Can Fly adalah lagu nyanyian penyanyi R&B, R. Kelly. Lagu ini ditulis untuk OST Space Jam dan juga dimuatkan dalam album R. Filem Space Jam menampilkan  lakonan Michael Jordan, Bill Muray dan Billy West sebagai suara Bugs Bunny.


Berlin - Take My Breath Away (Top Gun, 1986)



Take My Breath Away ialah lagu nyanyian band Berlin. Lagu ini ditulis untuk OST Top Gun dan juga dimuatkan dalam album Count Three and Play. Top Gun dibintangi oleh Tom Cruise, Kelly McGillis dan Val Kilmer. Lagu ini menjadi single Berlin paling hit namun lagu ini juga menjadi single terakhir buat mereka semua.

Band ini ditubuhkan oleh 5 anak muda tapi mereka sering bertukar ahli band, kecuali penyanyi Terri Nunn dan John Crawford (bassist dan penulis lirik) yang kekal dan menjadi tunjang utama band ini.

Terri Nunn ingin menghantar lagu Take My Breath Away ke producer album OST Top Gun, tapi John Crawford tidak menyukai lagu ini kerana John beranggap lagu ini terlalu "perlahan" buat Berlin. Terri memujuk John dengan berkata "Kita hantar je lagu ni, belum tentu dapat dimuatkan dalam OST Top Gun tu lagi." (Dialog dicipta oleh aku sendiri)

Tapi rezeki menyebelahi Berlin. Take My Breath Away mdipilih untuk dimuatkan ke dalam OST Top Gun dan dipilih menjadi single utama OST tersebut. Lagu tersebut menjadi popular dan menjadi lagu pilihan peminat dimana lagu itu menjadi lagu wajib dinyanyikan oleh Berlin setiap kali konsert.

Oleh kerana masih tidak dapat menerima lagu Take My Breath Away dan percanggahan idea muzik, John keluar dari Berlin. Mereka terpaksa naik turun mahkamah untuk mendapatkan hak nama Berlin. Akhirnya Terri berjaya mendapatkan hak nama band tersebut.

Walaupun lagu Take My Breath Away telah memberikan rezeki kepada Berlin, tapi ia menjadi lagu hit terakhir mereka dan menyebabkan Terri dan John berselisih faham. John tidak hadir dalam rancangan MTV Band Reunited semasa MTV cuba menggabungkan kembali ahli Berlin untuk rancangan TV tersebut.

Maaf aku tak dapat jumpa video original Take My Breath Away. Yang aku mampu jumpa cuma live version di atas. Video di bawah ialah lagu dalam studio version.




P.O.D. - Sleeping Awake (The Matrix Reloaded, 2003)



Sleeping Awake ialah lagu nyanyian band dari Amerika, P.O.D. Lagu ini ditulis untuk OST The Matrix Reloaded: The Album. Filem ini menampilkan  lakonan Keanu Reeves, Laurence Fishburne, Carrie-Anne Moss dan Hugo Weaving. Lagu ini kemudiannya dimuatkan dalam album Payable on Death sebagai bonus track.

Video Sleeping Awake menjadi debut buat pemain gitar, Jason Truby, yang menggantikan Marcos Curiel, yang keluar dari band ini hingga hampir menyebabkan P.O.D. hampir berpecah. Tapi sekarang, Marcos Curiel sudah pun kembali menjadi ahli kumpulan P.O.D. semula.


Irene Cara - Flashdance.... What A Feeling (Flashdance, 1983)



Flashdance... What A Feeling adalah lagu nyanyian Irene Cara, yang ditulis untuk OST Flashdance. Filem Flashdance lakonan Jennifer Beals dan Michael Nouri, adalah berdasarkan kisah benar dari seorang penari Maureen Marder.

Nampak video ini agak familiar? Sebenarnya, Jennifer Lopez ada membuat video klip yang mengikut jalan cerita video klip ini. Video klip I'm Glad adalah berdasarkan daripada video klip lagu Flashdance.. What A Feeling. Sila klik di sini untuk melihat video I'm Glad kerana video ini tidak boleh di embedding-kan.

Malah, Jennifer Lopez juga meniru poster filem Flashdance untuk cover single I'm Glad.

Maureen Marder berang kepada Jennifer Lopez melanggar hak cipta kerana meniru video klip Irene Cara yang berdasarkan cerita Flashdance yang ditulis berdasarkan hidupnya dan ingin menyaman Jennifer Lopez. Kes tersebut berjaya diselesaikan diluar mahkamah.

Video musik Geri Halliwell, It's Raining Men, juga menggunakan scene filem Flashdance pada permulaan dan filem Fame pada scene seterusnya.




Celine Dion - My Heart Will Go On (Titanic, 1997)



My Heart Will Go On adalah lagu nyanyian penyanyi yang berasal dari Kanada, Celine Dion. Lagu ini ditulis untuk OST Titanic dan juga dimuatkan dalam Let's Talk Abaout Love. Filem ini dibintangi oleh Leonardo DiCaprio, Kate Winslet dan Billy Zane. Lagu ini telah menjadi salah satu lagu yang best selling single dalam sejarah dan memenangi beberapa anugerah.

Dlu, aku ada seorang kawan - seorang pendengar muzik metal tegar - yang minat betul dengan lagu ini dan menjadi antara orang terawal yang menghafal lagu ini. Tapi sekarang, haram dia nak mengaku.


Linkin Park - New Divide (Transformers: Revenge of the Fallen, 2009)



New Divide ialah lagu nyanyian band dari Amerika, Linkin Park. Lagu ini ditulis untuk OST Transformers: Revenge of the Fallen -The Album. Filem ini menampilkan lakonan Shia LaBeouf, Megan Fox, John Turturro, Ramon Rodriguez, Josh Duhamel, Tyrese Gibson, Peter Cullen dan ramai lagi.

Sebelum ini, lagu Linkin Park - What I've Done - telah dipilih untuk dimuatkan dalam album Transformers Album, OST untuk filem Transformers yang pertama. What I've Done digunakan dalam trailer dan beberapa iklan promosi Transformers dan juga digunakan semasa babak terakhir dalam filem Transformers.

Tapi What I've Done tidak terpilih sebagai single utama. Before It's Too Late (Sam and Mikaela's Theme) nyanyian Goo Goo Dolls dipilih sebagai single utama. Mike Shinoda akhirnya terus mencipta New Divide apabila dia dapat mengetahui tentang penerbitan OST Transformers: Revenge of the Fallen - The Album. Akhirnya, New Divide terpilih sebagai single utama.


Muse - Neutron Star Collision (Love Is Forever) (The Twilight Saga: Eclipse, 2010)



Neutron Star Collision (love Is Forever) ialah lagu nyanyian band dari Britain, Muse. Lagu ini ditulis untuk OST The Twilight Saga: Eclipse: Original Motion Picture Soundtrack. Filem ini menampilkan  lakonan Kristen Stewart, Robert Pattinson dan Taylor Lautner.

Menurut vokalis Muse, Matthew (Matt) Bellamy, lagu ini ditulis pada tahun 2009 selepas Matt putus dengan teman wanitanya selepas menjalani hubungan cinta yang panjang. Lagu ini ditulis berdasarkan perasaan Matt pada teman wanitanya pada awal perhubungan mereka.

Walaupun aku tidak suka sama sekali dengan Twilight Saga, tapi lagu ini memang mantap. Muse memang antara band yang mampu membuat lagu yang berseni dan genius.

Aku rasa sampai di sini sahaja segmen Lagu tema filem (runut bunyi, OST) terbaik untuk kali ini. Sebenarnya banyak lagi lagu OST yang hebat seperti lagu-lagu dari Bryan Adams ((Everything I Do) I Do It for You - Robin Hood: Prince of Thieves & Have You Ever Really Loved a Woman? - Don Juan DeMarco), Kenny Loggins (Footloose - OST Footloose) dan banyak lagi. Tapi oleh kerana Youtube tidak berkerja sama dengan aku (Embedding disabled by request, this video not available on you region), jadi aku terpaksa menamatkan siri ini.

Dalam ketiga-tiga entri, lagu OST mana yang menjadi pilah anda? (Anda boleh pilih lebih dari satu).






Sabtu, 11 Desember 2010

Aku Tak Bodoh


Dari hari Khamis sampai la hari ini, hidup aku agak sibuk. Bukan sibuk dengan hal-hal kerja, tapi hari-hari aku dipenuhi dengan aktiviti sosial yang berfaedah dan tak berfaedah.

Salah satu aktiviti sosial semalam ialah pergi menonton wayang. Kali kali terakhir aku menonton wayang, aku menonton satu cerita Hollywood yang dibiayai oleh skim MLM terbaik di Malaysia, Unstoppable.

Filem yang aku tonton semalam ialah Aku Tak Bodoh. Filem ini dibintangi oleh Amy Mastura, Riezman Kuzaimi, Namron, Ijat, Rohaizat Hassan (Aizat Hassan), Aeril Zafrel, Datuk Jalaluddin Hassan, Adibah Nor, arahan Boris Boo. Filem ini diadaptasi dari filem Singapura, I Not Stupid Too.


Bagi aku, filem ini memang menarik dan patut ditonton. Filem ini bergenre komedi yang bermesej. Komedi bermesej biasanya membawa mesej yang berat juga, kerana cuba menggabungkan perkara kelakar dengan benda serius. Biasanya komedi bermesej biasanya satu genre yang tidak berapa digemari oleh penonton Malaysia kerana penonton Malaysia lebih gemar menonton filem komedi bersahaja.


Filem ini membawa mesej kekeluargaan yang tinggi. Membawa mesej supaya ibubapa patut memberikan perhatian kepada anak-anak, menerangkan sesuatu dengan jelas pada anak-anak, ibubapa perlu dengar apa yang anak-anak ingin katakan, anak harus sedar dan hargai pengorbanan ibubapa dan ibubapa dan anak-anak perlu respect antara satu dengan lain.


Lakonan mentap dari pelakon berpengalaman luas seperti Namron, Amy Mastura dan Riezman Kuzaimi. Malah, lakonan pendatang baru seperti Aeril Zafrel, Rohaizat Hassan dan Ijat juga mantap walaupun merupakan pelakon baru (walaupun Aeril Zafrel sudah banyak berlakon dalam beberapa drama). Pelakon tambahan seperti mak cik kena ragut, salah seorang ahli kumpulan gengster dan salah seorang pelajar perempuan dalam kelas amat baik.


Walaupun ada babak yang kurang baik digarap semasa babak Aeril dan Rohaizat ditangkap semasa dituduh meragut, semua babak lain digarap dengan baik. 4 1/2 bintang untuk Aku Tak Bodoh. Diharap filem-filem macam ini bakal diterbitkan di Malaysia.
 
Diharap kamu juga memberikan sokongan pada filem ini. Sedih juga melihat filem sebegini baik, tapi dalam wayang cuma ada 10 orang termasuk aku.

Kredit gambar: www.budiey.com

Rabu, 08 Desember 2010

Lagu tema filem (runut bunyi, OST) terbaik Part 2

Milestone: Ini adalah entri ke-100 untuk tahun ini!

Ini adalah sambungan dari entri Part 1. Enjoy!!!

Goo Goo Dolls - Iris (City of Angles, 1998)


Iris adalah lagu nyanyian band dari Amerika, Goo Goo Dolls. Not to be confused with Iris nyanyian Awie. Lagu ini ditulis untuk OST City of Angles dan juga dimuatkan dalam album Dizzy Up The Girl. Lagu ini menjadi lagu paling popular buat band ini. Aku yakin you'll (style AC Mizal pulak) mesti pernah dengar lagu ini.

Filem City of Angels - lakonan Meg Ryan dan Nicholas Cage - mengisahkan kisah malaikat bercinta dengan manusia. Dahsyat tu! Filem ini adalah remake dari filem dari Jerman yang dibuat sekitar 1987, Wings of Desire (Der Himmel über Berlin).

Video di atas adalah video musik versi filem. Versi lebih kurang sama, minus scene from the film.


Seal - Kiss From A Rose (Batman Forever, 1995)


Kiss From A Rose adalah lagu nyanyian penyanyi solo dari England, Seal. Lagu ini ditulis untuk OST Batman Forever, juga dimuatkan dalam album Seal ll.

Rasanya semua tahu kan sinopsis cerita Batman Forever. Sudah tentu kisah superhero menentang penjahat. Filem ini lakonan Val Kilmer (Batman), Chris O'Donnell (Robin), Nicole Kidman (Chase Meridian - Hot!!!), Jim Carey (The Riddler) dan Tommy Lee Jones (Two-Face).

Sekali pandang muka penyanyi lagu ni, mesti hati berkata, "Hodohnya muka dia. Penuh dengan parut ke ape tu?". Tapi jangan tak tahu yang negro ini berkahwin dengan supermodel Heidi Klum. Kalau tak tahu siapa Heidi Klum, sila Google. Buat kaum lelaki, anda pasti menyumpah bila melihat perbezaan antara Heidi Klum dan Seal.


Eminem - Lose Yourself (8 Mile, 2002)


Lose Yourself adalah lagu nyanyian hip-hoppers kulit putih yang tersohor, Eminem. Lagu ini ditulis khas untuk OST 8 Mile.

8 Mile ialah filem lakonan Eminem, Kim Bassinger dan mendiang Brittany Murphy. Juga menampilkan cameo dari beberapa hip-hoppers dan rappers yang terkenal dan yang buat-buat poyo macam terkenal seperti mediang Proof, Xzibit, Obie Trice dan lain-lain.

Filem ini mengisahkan kisah hidup Eminem (diubahsuai sikit) sebelum popular. Lagu Lose Yourself menjadi antara lagu terbaik Eminem dan mendapat kedudukan No.1 dalam carta seluruh dunia dan memenangi Academy Award dan Grammy Award.


Limp Bizkit – Take A Look Around (Mission: Impossible II, 2000)


Take A Look Around adalah lagu nyanyian band Limp Bizkit.  Lagu ini ditulis untuk OST Mission: Impossible II dan juga dimuatkan dalam album ketiga Limp Bizkit - Chocolate Starfish and the Hot Dog Flavored Water - yang juga memuatkan lagu Rollin' dan My Generation.

Filem Mission: Impossible II ialah filem aksi yang penuh dengan scene tumbuk-menumbuk, tembak-menembak, letup-meleteup lakonan Tom Cruise. Filem ini juga lebih dikenali sebagai M:I-2.

Lagu ini asalnya diperkenalkan oleh Limp Bizkit sebagai prank untuk pengenalan album Chocolate Starfish and the Hot Dog Flavored Water.


Survivor - Eye of the Tiger (Rocky III, 1982)


Eye of the Tiger adalah lagu nyanyian band Survivor. Lagu ini ditulis untuk OST Rocky III dan juga dimuatkan dalam album Eye of The Tiger, album ketiga Survivor. Lagu ini berjaya mempopularkan band ini.

Filem Rocky III dibintangi oleh Sylvester Stallone, yang juga menjadi pengarah untuk filem ini. Dalam filem kali ini, Sylvester Stallone berlawan dengan satu lagi jaguh tinju lakonan Mr. T, yang popular dengan watak Bosco "B.A." Baracus dalam TV Series, The A Team.

Lagu Eye of the Tiger menjadi lagu workout kegemaran buat semua orang yang suka bersenam.


Whitney Houston - I Will Always Love You (The Bodyguard, 1992)


I Will Always Love You adalah lagu nyanyian penyanyi solo yang bersuara lantang, Whitney Houston. Lagu ini dirakam untuk OST The Bodyguard. Filem ini dibintangi oleh Whitney Houston dan Kevin Costner.

Ramai yang tak tahu sebenarnya lagu ini bukanlah lagu original Whitney Houston. Lagu ini asalnya dinyanyikan oleh penyanyi country, Dolly Parton, yang juga menulis lagu ini sendiri. 

Lagu versi Dolly Parton lebih kepada genre country. Whitney Houston menyanyikan kembali lagu ini dengan nafas baru dengan merakamkan dalam genre soul/R&B. Lagu versi Whitney lebih diterima umum dan memenangi 16 awards. Tapi, kredit tetap diberikan kepada Dolly Parton yang mencipta lagu ini.


Dashboard Confessional - Vindicated (Spider-Man 2, 2004)


Vindicated adalah lagu nyanyian band dari Amerika, Dashboard Confessional. Lagu ini ditulis untuk OST Spider-Man 2 dan juga dimuatkan dalam album Dusk and Summer, sebagai bonus track. Filem Spider-Man 2 adalah lakonan Tobey Maguire, Kirsten Dunst, James Franco dan Alfred Molina.

Pada asalnya, Chris Carrabba - penyanyi Dashboard Confessional - ingin memuatkan lagu I Need a Sure Thing ke dalam album OST Spider-Man 2. Tapi selepas mendapat keistemewaan untuk menonton filem itu sebelum ditayangkan, beliau mendapat idea dan terus menulis lirik dan melodi Vindicated dalam masa 15 minit. Vindicated pun menggantikan lagu I Need a Sure Thing dalam OST tersebut.

Vindicated dalam bahasa ibunda bermaksud dibenarkan, membersihkan nama, menyangkal, membuktikan dan banyak lagi maksud. Aku pun tak tahu mana satu maksud yang betul.

Sampai sini dulu buat masa sekarang. Nanti kalau aku rajin, aku sambung part 3 pulak. Kalau aku rajin lah! Mana satu yang jadi favorite kamu dalam semua lagu di atas?