Kamis, 11 Februari 2010

32 JEMENTAH DALAM KENANGAN

Bila aku sudah bosan dan tak tahu nak buat apa, aku baca balik semua entri blog aku dari yang pertama sampailah sekarang. Boleh buat aku ketawa bila aku baca hasil penulisan aku yang lama. Ayat macam haram. Langsung tak de ciri-ciri kematangan (macamlah sekarang matang sangat).

Kemudian, aku pergi ke blog rakan sebilik aku sewa aku menetap di rumah sewa di Segamat semasa menuntut di UiTM Segamat, Cendol. Kami semua sepakat memberikan nama timangan kepada rumah sewa kami. Nama rumah sewa kami 32 Jementah. Kepada pembaca baru blog aku, kamu boleh baca entri ini (Lagenda 32 Jementah) untuk mengenali dengan lebih mendalam ahli 32 Jementah berserta perangai mereka sedikit sebanyak.

Aku baca blog Cendol dari awal, sampai sekarang. Aku telah terjumpa beberapa gambar yang menarik dari blog beliau.

Oleh kerana aku pun kebuntuan untuk mengemas kini blog ini, biar aku hidangkan kamu dengan beberapa keping gambar untuk tatapan anda semua.


Ini ialah gambar gitar kesayangan Cendol. Dengan gitar ni aku cuba berguru dengan Cendol. Tapi tak ke mana. Mungkin sudah tertulis yang aku kekurangan bakat dalam bidang muzik.

Memang amat jarang nak tengok gitar tersebut penuh dengan tali. Kalau putus, kena tunggu 2-3 bulan untuk melihat Cendol beli tali gitar yang baru. Maklumlah, rumah kami ada banyak gitar. Boleh pinjam gitar member yang lain. Gita Baox ada... Gitar Apeng ada... Gitar Lula ada...

Tapi jangan cuba-cuba nak pinjam gitar Lula bila Lula dah start main Yesterday dari The Beatles. Itu maksudnya emosi Lula sedang terganggu. Laju yang paling hebat pernah Lula nyanyi menggunakan gitarnya ialah Gadis Bertudung Putih.


Yang ni gitar Apeng. Rasanya gitar ni jarang-jarang tak cukup sifat. Biasanya gitar Apeng menjadi gitar simpanan kepada Cendol. Stiker pada gitar menjadi trademark.

Sayangnya aku tidak jumpa gambar gitar Baox kerana ada cerita menarik tentang gitar Baox. tapi tak salah kalau nak bercerita tentang Baox dan gitarnya.

Dalam satu hari, Baox mesti pegang gitar sekurang-kurangnya sekali. Baox merupakan seorang peminat tegar metal dan underground. Baox juga mempunyai band sendiri yang bernama Mentharas.

Dalam komputernya, penuh dengan video klip kumpulan-kumpulan Metal yang mustahil kita dapat dilihat ditayangkan di MTV ataupun Channel V. Sambil mendengar lagu-lagu Metal atau menonton video klip, Baox akan mencapai gitar tersebut dan sing-a-long dengan lagu tersebut.

Tapi itu dulu, sekarang Baox dah berubah. Sekarang Baox dah pandai layan lagu K-Ci & Jojo, All My Life. Dengar cerita sekarang dah jadi peminat tegar P. Diddy dan Kanye West. Cilaka!!!!! Tak tahulah apa nasib gitar Baox tersebut. Mungkin nasib gitar Baox lebih malang dari gitar Cendol sekarang.


Ini bilik Bell dan Apeng. Nampak kemas. Bantal teratur, katil kemas, buku tak bersepah. Memang satu pujian boleh diberikan pada mereka berdua.


Yang ini pula bilik aku dengan Cendol. Ok, jangan salah anggap. Bilik ni bukan bersepah tapi kami saja sepahkan barang pada sekeliling bilik ini kerana kami berdua menerapkan tema "Rockers" pada bilik kami, sebab tu nampak bersepah.

Tapi kata peribahasa inggeris, don't judge a book by it's cover. Begitu juga pada kamu. Don't judge a person by their room. Walaupun bilik aku dan Cendol bersepah, tapi budi perkerti kami berdua jauh lebih baik dari Apeng dan Bell.

Apeng akhlaknya boleh dikatakan mulia lagi. Tapi Bell..... Kalau kamu rajin, kamu carilah dalam blog aku cerita tentang Bell. Klik pada bahagian tag 32 Jementah, dan kamu boleh baca perihal Bell. Ok, bagi kamu preview sikit. Baca entri ini.


Ini pula almari aku. Kalau kamu semua tengok, ada pelbagai variasi dan warna. Ada t-shirt, t-shirt berkolar, jersi bola, sleeveless shirt, baju kemeja dan lain-lain. Dengan pelbagai warna hitam, merah, putih, biru... Tapi mungkin kamu boleh nampak yang aku minat warna merah sebab ada 3 helai baju yang berwarna merah.


Ini almari Cendol. Cuma ada satu baju kemeja. Lain-lainnya t-shirt dan nyata sekali semuanya bewarna hitam. Sekali tengok, macam rumah mayat. Perangai Cendol pun ada iras-iras mayat. Memang betul-betul match made in Heaven.

Itu sahaja buat kali ini.Tapi kenangan 2 tahun di 32 Jementah memang tidak dapat kami semua lupakan dan tidak mungkin kami akan laluinya sekali lagi.

Aku dah update Tears Don't Fall dan Lepas Laku.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar