Sabtu, 11 Juli 2009

AL-FATIHAH

Pada pukul 8:45 pagi, 11 Julai 2009, iaitu pagi semalam, aku telah mendapat mesej pesanan ringkas (SMS) dari seorang pensyarah aku yang mengajar aku semasa aku melanjutkan pelajaran di Politeknik Merlimau Melaka.

SMS itu datang daripada Cik Nazimah. Setahu aku, Cik Nazimah memang sedang terlantar di dalam hospital di wad ICU. Aku rasa mugkin dia mahu memberitahu aku bahawa dia sudah sihat dan sudah boleh keluar daripada hospital.

Rupanya aku silap.

SMS itu berbunyi begini: "Cik Nazimah kembali ke rahmatullah jam 6 pagi. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya. Mohon kemaafan sekiranya ada."

Terkejut aku. Aku membaca sekali lagi mesej tersebut. Memang benar. Cik Nazimah memang sudah tiada lagi. Mesej yang mungkin di hantar oleh ahli keluarganya mungkin.

Pada pukul 10 pagi lebih, beberapa kawan aku menghantar SMS memberitahu aku perkara yang sama. Aku tidak membalas SMS mereka. Ada yang menelefon aku, samada mahu memebritahu aku atau ingin menanyakan kesahihan berita itu mungkin. Tapi aku tidak menjawab panggilan mereka.

Ini kerana aku masih seperti tidak mahu menerima kenyataan yang Cik Nazimah sudah tiada lagi. Aku tidak mahu mengangkat telefon itu dan memberitahu mereka tentang pemergian Cik Nazimah. Aku tidak mahu akan telefon dan berkata, "Ya, Cik Nazimah sudah tiada...." 

Biarlah merek tahu dari mulut lain kerana mulut aku memang tidak mampu mengucapkan kata-kata itu.

Cik Nazimah memang seorang pensyarah yang baik. Dia seorang yang kelakar ketika mengajar dan sangat memahami anak muridnya. Walaupun kadangkala dia agak tegas kepada anak muridnya, tetapi apa yang dilakukan ialah untuk kebaikan anak muridnya.

Dan kini ianya hanya tinggal sebuah kenangan yang akan di kenang oleh semua anak muridnya.

Dan kini sehingga hampir pukul 5 pagi, aku belum mahu melelapkan mata kerana masih terkenangkan beliau. 

Tapi kali ini, aku sudah boleh menerima kenyataan. Menerima kenyataan yang dia sudah tiada lagi.

Walaupun aku tahu para pembaca blog aku tidak mengenali siapa Nazimah bte Baharin, tetapi aku harap kita dapat bersama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepada rohnya dan berdoa agar rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan di tempat orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.......

Tidak ada komentar:

Posting Komentar