Selasa, 23 Juni 2009

SATU LAGI TRANSFORMASI BAGI BLOG INI DAN KENAPA AKU LAMA TAK UPDATE BLOG INI SERTA MIMPI YANG MELANDA AKU

Ok. Aku kembali. Seperti biasa, bila aku lama sudah lama sangat tidak update blog kesayangan kamu ini, aku akan tampil dengan alasan. Samada alasan itu masuk akal atau tidak, itu kita tak tahu lagi.

CHAPTER 1 - THE 3-COLUMN

Mungkin kamu kini sudah sedar yang aku sudah menggunakan 3-column layout untuk blog ini.

Aku merasakan bila aku gunakan 2-column untuk layout, ia jadi serabut. Walaupun 3-column ini nampak serabut juga, tetapi 2-column lebih serabut. Lagipun, aku tak pernah guna 3-column layout untuk blog aku. Apa salahnya jika aku buat pembahuruan.

Aku juga ada membuat beberapa adjustment pada widget-widget di bahagian sidebar. Dan juga telah menyebabkan aku kehilangan beberapa link di bahagian blog roll. Aku memang cuai.

CHAPTER 2 - FAIL TO UPDATE

Secara jujurnya, aku ada banyak entri yang aku simpan di dalam simpanan aku. Hanya perlu klik "PUBLISH POST" untuk mempubliskan entri aku. Cuma aku rasa ada beberapa entri yang tak sesuai aku publish di blog aku buat masa sekarang kerana mungkin boleh menyentuh sensitiviti pembaca dan orang lain.

Jadi, aku akan terus menyimpan entri tersebut dan menunggu masa yang sesuai untuk aku publish kan atau aku akan terus peruk kan sahaja entri itu. tunggu dan lihat sahaja ya?

CHAPTER 3 - DREAM

Ok. Aku mahu cerita pada kamu tentang mimpi yang aku alami sejak beberapa kali. Kamu boleh gelak bila mendengar tentang mimpi aku dan berkata aku paranoid, tetapi aku tetap mahu bercerita juga.

Mimpi aku simple sahaja. Aku bermimpi yang aku sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak kembar tak seiras, satu lelaki dan satu perempuan.

Yang tak menariknya, aku tak nampak siapakah muka isteri aku dalam mimpi aku itu. Dalam mimpi aku itu, aku cuma nampak belakang badan isteri aku sahaja.

Rambut panjang lepas dari bahu sedikit, rambut hitam (sudah pasti aku tak kahwin dengan minah saleh) dan suara isteri aku itu agak lembut.

Aku dah mimpikan perkara yang sama dalam 2-3 kali. Jadi agak menggangu fikiran. Cuma apa yang berlegar dalam kepala aku sekarang ialah adakah mimpi itu benar? Adakah ia satu petanda pada aku? Adakah aku kini mempunyai kebolehan Precognitive Dreaming (mampu melihat masa hadapan melalui mimpi), sama seperti Angela Petrelli? (Aku ni betul-betul dah terlampau banyak menonton cerita Heroes).

Biarkan sahaja ia menjadi mimpi yang tak bermakna.

Aku dah update episod baru Tears Don't Fall.



Get your own Poll!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar