Selasa, 09 Juni 2009

NOKIA MELANCARKAN PRODUCT LINE TERBARU

Kesan kegawatan dan kemerundungan ekonomi dunia telah menyebabkan banyak syarikat yang selama ini gah akhirnya jatuh menyembah bumi.
 
Paling terbaru, syarikat General Motor (GM) yang terkenal dengan Hummer keluaran syarikat mereka pun telah bankrap dan terpaksa melelong Hummer mereka ke satu firma di China.
Mengejutkan bukan? Belum cerita pasal AIA dan syarikat-syarikat lain lagi tu.

Nokia syarikat telefon bimbit yang terkenal di seluruh dunia ini juga menerima tempias yang hebat. Nokia kini bukan sahaja berdepan dengan pesaing mereka seperti Samsung, Sony Ericsson, Motorola dan syarikat –syarikat lain, malah syarikat Komputer terkenal, Apple, yang kini telah menghasilkan iPhone 3G yang mampu menggugat model-model telefon ciptaan Nokia.

Untuk mengelakkan Nokia terjerumus ke lembah bankrap seperti GM, Nokia mengambil langkah drastic untuk mengeluarkan produk baru yang berlainan dengan dulu. Nokia kini tidak mahu menumpukan idea mereka ke atas Telefon Bimbit semata-mata. Mereka kini mengeluarkan product line baru iaitu selipar jepun.
Tak percaya? Sendiri kasi tengok.



Hahahaha….. Gurau je seh….

Aku dah update episode baru Tears Don’t Fall.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar