Selasa, 30 Juni 2009

KEMPEN DERMA DADAH? APA KEJADAHNYA NI?


Ya. Mata anda memang tiada apa masalah pun. Memang di banner itu tertulis "KEMPEN DERMA DADAH" dan bukannya "KEMPEN DERMA DARAH".

Memang ia menjadi satu bahan gurauan tahap dewa. Kejadian banner salah ejaannya ini terjadi di Muar. Baca sikit petikan dari Berita Harian ini.

"MUAR: Hanya kerana tersilap cetak satu huruf ianya menjadi tandatanya dan bahan gurauan bagi orang ramai yang melalui bulatan Jalan Bakri awal pagi ini, Niat murni kempen menderma darah yang diadakan di sebuah sekolah bertukar makna apabila perkataan darah disilap cetak menjadi dadah."

Dari satu sudut, ia menjadi bahan gurauan dan jenaka. Di mana kita boleh ketawa terbahak-bahak setelah membaca banner ini.

Tapi, dari sudut lain pula kita boleh melihat ia sebagai suatau perkara yang memalukan. Kalau kamu perhatikan pada hujung bawah sebelah kanan gambar itu, terdapat poster biru yang menyatakan yang poster itu diluluskan oleh pihak berkuasa untuk ditayangkan.

Di sini, aku rasa pihak berkuasa yang meluluskan poster ini mungkin Majlis Daerah Muar @ Majlis Perbandaran Muar. Tak kanlah pihak berkuasa boleh meluluskan sebarang poster atau banner atau bunting (berapa banyak atau da...) tanpa melihat dahulu apa yang hendak diluluskan itu.

Tolonglah ubah attitude. Sudahlah kini ramai yang mula mempertikaikan cara kerja pekerja di sektor kerajaan. Dengan terjadinya insiden ini, makin ramai lagilah yng galak mengutuk. Ubahlah attitude kerja kamu itu. Janganlah jadi pemalas tidak menentu.

Teringat pula aku pada entri ini yang pernah aku tulis satu masa dahulu.

Oh ya! Jika kamu belum menonton Transformers 2: Revenge of The Fallen, kamu patut menontonnya. Memang sangat menarik berbanding dengan filem pertamanya.

Aku sudah update Tears Don't fall.

Kamis, 25 Juni 2009

JACKO DEAD AT 50


Akhirnya, artis yang penuh kontroversi dan diberi gelaran King of Pop ini menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari Khamis 25 jun 2009 (waktu Amerika Syarikat).

Punca kematian MJ ialah jantungnya gagal berfungsi di rumah sewanya di Los Angeles.

Aku teringat ada berita yang pernah mengatakan yang Michael Jackson ini telah pun menganut agama Islam. Mj dikatakan menganut agama Islam setelah melihat dua orang kawannya yanh juga bertindak sebagai producer album barunya yang kini telah beragama Islam. MJ berkata dia melihat 2 kawannya itu hidup lebih tenang dan sempurna selepas beragama Islam.

Salah seorang abangnya juga (aku tak ingat yang mana) juga telah menganut agama Islam dan menjadikan dia semakin cenderung untuk memeluk agama Islam.

Dan tak salah aku, dia ada menjual semua pakaian koleksi peribadi beliau seperti jaket, mahkota raja dan pakaian yang sering digunakan dalam concert tour atau video klipnya pada awal tahun ini.

Punca di menjual semua pakaian itu tidak diketahui tapi dari pengamatan aku, aku tengok pakaian yang dijual itu semuanya ada salib kecil yang menjadi perhiasan pada pakaian itu.

Samada dia benar sudah menukar agamanya menjadi Islam ataupun tidak, Michael Jackson akan tetap dikenang sebagai ikon music, seorang penari yang hebat dan seorang penyanyi yang punya banyak idea kretif dan tidak pernah difikirkan orang dalam pembuatan video klip. Pasti kamu semua pernah melihat video klip Black or White yang mencatat rekod dunia apabila ditonton lebih 500 juta orang diseluruh dunia semasa world premier video itu.

Justin Timberlake tu hanya boleh bermimpi jika kononnya dia bakal pengganti MJ. Dia hanyalah MJ wannabe sahaja.

"who’s goin to heal the world now? who’s gonna tell u that u r not alone? who’s gonna unite the black & white? who’s able to walk backward & look damn cool? which zombie can dance better than him? u r truly world HISTORY" - Adam Tan, salah seorang pembaca The Star (di ambil dari website The Star)

Michael Jackson 1958 - 2009.

Selasa, 23 Juni 2009

SATU LAGI TRANSFORMASI BAGI BLOG INI DAN KENAPA AKU LAMA TAK UPDATE BLOG INI SERTA MIMPI YANG MELANDA AKU

Ok. Aku kembali. Seperti biasa, bila aku lama sudah lama sangat tidak update blog kesayangan kamu ini, aku akan tampil dengan alasan. Samada alasan itu masuk akal atau tidak, itu kita tak tahu lagi.

CHAPTER 1 - THE 3-COLUMN

Mungkin kamu kini sudah sedar yang aku sudah menggunakan 3-column layout untuk blog ini.

Aku merasakan bila aku gunakan 2-column untuk layout, ia jadi serabut. Walaupun 3-column ini nampak serabut juga, tetapi 2-column lebih serabut. Lagipun, aku tak pernah guna 3-column layout untuk blog aku. Apa salahnya jika aku buat pembahuruan.

Aku juga ada membuat beberapa adjustment pada widget-widget di bahagian sidebar. Dan juga telah menyebabkan aku kehilangan beberapa link di bahagian blog roll. Aku memang cuai.

CHAPTER 2 - FAIL TO UPDATE

Secara jujurnya, aku ada banyak entri yang aku simpan di dalam simpanan aku. Hanya perlu klik "PUBLISH POST" untuk mempubliskan entri aku. Cuma aku rasa ada beberapa entri yang tak sesuai aku publish di blog aku buat masa sekarang kerana mungkin boleh menyentuh sensitiviti pembaca dan orang lain.

Jadi, aku akan terus menyimpan entri tersebut dan menunggu masa yang sesuai untuk aku publish kan atau aku akan terus peruk kan sahaja entri itu. tunggu dan lihat sahaja ya?

CHAPTER 3 - DREAM

Ok. Aku mahu cerita pada kamu tentang mimpi yang aku alami sejak beberapa kali. Kamu boleh gelak bila mendengar tentang mimpi aku dan berkata aku paranoid, tetapi aku tetap mahu bercerita juga.

Mimpi aku simple sahaja. Aku bermimpi yang aku sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak kembar tak seiras, satu lelaki dan satu perempuan.

Yang tak menariknya, aku tak nampak siapakah muka isteri aku dalam mimpi aku itu. Dalam mimpi aku itu, aku cuma nampak belakang badan isteri aku sahaja.

Rambut panjang lepas dari bahu sedikit, rambut hitam (sudah pasti aku tak kahwin dengan minah saleh) dan suara isteri aku itu agak lembut.

Aku dah mimpikan perkara yang sama dalam 2-3 kali. Jadi agak menggangu fikiran. Cuma apa yang berlegar dalam kepala aku sekarang ialah adakah mimpi itu benar? Adakah ia satu petanda pada aku? Adakah aku kini mempunyai kebolehan Precognitive Dreaming (mampu melihat masa hadapan melalui mimpi), sama seperti Angela Petrelli? (Aku ni betul-betul dah terlampau banyak menonton cerita Heroes).

Biarkan sahaja ia menjadi mimpi yang tak bermakna.

Aku dah update episod baru Tears Don't Fall.



Get your own Poll!

Selasa, 09 Juni 2009

NOKIA MELANCARKAN PRODUCT LINE TERBARU

Kesan kegawatan dan kemerundungan ekonomi dunia telah menyebabkan banyak syarikat yang selama ini gah akhirnya jatuh menyembah bumi.
 
Paling terbaru, syarikat General Motor (GM) yang terkenal dengan Hummer keluaran syarikat mereka pun telah bankrap dan terpaksa melelong Hummer mereka ke satu firma di China.
Mengejutkan bukan? Belum cerita pasal AIA dan syarikat-syarikat lain lagi tu.

Nokia syarikat telefon bimbit yang terkenal di seluruh dunia ini juga menerima tempias yang hebat. Nokia kini bukan sahaja berdepan dengan pesaing mereka seperti Samsung, Sony Ericsson, Motorola dan syarikat –syarikat lain, malah syarikat Komputer terkenal, Apple, yang kini telah menghasilkan iPhone 3G yang mampu menggugat model-model telefon ciptaan Nokia.

Untuk mengelakkan Nokia terjerumus ke lembah bankrap seperti GM, Nokia mengambil langkah drastic untuk mengeluarkan produk baru yang berlainan dengan dulu. Nokia kini tidak mahu menumpukan idea mereka ke atas Telefon Bimbit semata-mata. Mereka kini mengeluarkan product line baru iaitu selipar jepun.
Tak percaya? Sendiri kasi tengok.



Hahahaha….. Gurau je seh….

Aku dah update episode baru Tears Don’t Fall.

Rabu, 03 Juni 2009

KUIZ: KAMU ADALAH GOLONGAN WANITA DARI KATEGORI APA?

Ok. Selamat datang ke satu lagi ruangan baru dan pastinya merapu dalam blog separuh sihat ini, Ruangan Kuiz .

Untuk kuiz kali ini, aku tujukan kuiz ini kepada pembaca wanita, walaupun ada berapa kerat sahaja wanita yang membaca blog ini. 

Kepada kaum lelaki, suruhlah kakak, adik perempuan, kawan perempuan, awek, mak cik, ibu kandung, ibu tiri, atau jiran sebelah kamu buat kuiz ini. Tapi kalau kamu sendiri nak buat pun tak mengapa. Tak berdosa pun.

Ok. Mula.

Soalan 1:
Siapa yang kamu ambil sebagai role model/ idola kamu?

a) Nabi Muhhammad S.A.W. dan cendakiawan Islam yang lain.

b) Paris Hilton

c) Mia Hamm, Nastia Liukin, Nurul Fatiha Abd Hamid, Nurul Huda Abdullah, Datuk Nicol Ann David… Tak kira la mereka dari mana atau terlibat dalam sukan apa. Yang penting mereka atlet wanita.

d) “Ibu sayalah.”

e) “Entah la. Mungkin diri saya sendiri?”

f) Fasha Sandha


Soalan 2:
Filem,  siri TV atau saluran TV yang kamu sering tonton

a) Al-Hidayah, Forum Perdana Ehwal Islam, Akademi Al-Quran.

b) Paris Hilton: My New BFF di saluran Astro 712 MTV, Filem Mean Girl Lakonan Lindsay Lohan

c) ESPN, Astro Supersport, Star Sport, Liga Super Malaysia

d) 90210, One Tree Hill, The O.C, Gold dan Gincu.

e) “Tiada masa untuk TV. Buku ialah teman baik saya.”

f) The Bitch, Pretty Women.


Soalan 3:
Ayat yang sering kamu ucapkan

a) “Alhamdulillah, Assalammualaikum….”

b) “Whatever!!” ,  “As If….”,  “Totally”, ” Like, oh my God”, “Bitchin’”, “Barf me out!”,” Fer shur  (For sure)"

c) “Jangan cepat putus asa!!!”, “Teruskan berjuang”, “Berjuang hingga titisan peluh yang terakhir”

d) “Saya sayang awak.”, “Mak, saya dah balik.”, “adik dah buat homework ke?”

e) “Mak!!!! Mana buku sains yang saya baru beli tu? Mak buat sandal pintu ke?”

f) “Sorang je ke? Lelaki handsome macam awak ni, tak kan datang disko tak de teman? Tak Nak belanja saya minum ke?”


Soalan 4:
Lagu kegemaran kamu ialah:

a) Lagu Nasyid Rabbani, Raihan dan seangkatan dengannya.

b) Semua lagu dalam album Paris Hilton

c) Lagu-lagu yang boleh membangkitkan semangat semasa mahu bersukan

d) Lagu yang top dan sering berkumandangan di Radio atau MTV

e) “Saya tak dengar radio. Lagu yang saya hafal ialah Negaraku, Lagu Sekolah, Lagu Negeri dan Lagu Selamat Hari Jadi dalam 12 bahasa.”

f) Bitch – Meredith Brooks, Sexy Naughty Bitchy – Tata Young, lagu Techno dan Dance yang selalu di dengar dalam Disko.


Soalan 5: 
Pakaian yang kamu pilih untuk berhibur dan bersiar-siar.

a) “Asalkan ianya menutup aurat saya sebagai wanita.”

b) Pakai-pakaian yang up to date, yang selalu orang pakai dan yang selalu di tunjukkan dalam majalah Remaja, Cleo, Seventeen dan lain-lain. Sebagai orang yang popular (atau perasan popular), kena la pakai fesyen yang tengah popular.

c) Pilihan utama ialah jersi bola sepak. Kasut jogging atau kasut sukan.

d) Pakai yang biasa-biasa sahaja janji anda selesa. 

e) “Saya jarang keluar rumah, jadi susah nak jawab soalan ni.”

f) “Cuba untuk menjadi seksi yang boleh. Pakai seluar jeans sendat dan tak perlu pakai seluar dalam supaya orang boleh  nampak hujung lubang bontot atau skirt pendek  bagi Nampak peha kamu. Dan baju yang boleh bagi nampak “lurah dendam” sedalam yang mungkin supaya datuk-datuk yang tua nak mampus yang sibuk menari dalam dangdut boleh terpikat pada anda.


Soalan 6: 
Tempat yang selalu kamu pergi.

a) Masjid dan Surau. Juga ke Masjis Ilmu.

b) Tempak yang menjadi tumpuan orang ramai. Sebagai orang yang popular, kamu mesti kena berada di tempat tumpuan orang ramai.

c) Padang, tasik untuk berjoging, kedai sukan seperti Adidas dan Nike.

d) Shopping complex untuk tengok wayang atau main bowling.

e) Kalau tak dalam bilik, mestilah ke dalam library.

f) Disko, dangdut, atau rumah sugar daddy kamu.



Soalan 7: 
Apa yang kamu ingin capai dalam hidup kamu.

a) Kebahagiaan di dunia dan akhirat.

b) Menjadi orang paling popular di sekolah, kolej atau tempat kerja.

c) Menjadi atlet wanita paling terunggul dan berpengaruh di Malaysia.

d) Menjadi isteri dan ibu yang baik kepada suami dan anak anda.

e) Melanjutkan pelajaran hingga ke tahap yang paling tinggi. Kalau boleh, lepas tu mahu ambil ijazah dalam bidang lain pula.

f) Cari Dato atau Tan Seri paling kaya dalam Malaysia dan kikis hartanya sampai Dato’ tu jauh muflis dan bercerai-berai.


Soalan 8: 
Apa yang kamu harapkan pada Malaysia untuk masa hadapan?

a) Malaysia menjadi Negara Islam 100% dengan menjalankan hokum perundangan secara islam sperti Negara-negara dalam Liga Arab.

b) Malaysia tidak lagi dipenuhi oleh orang yang popular kerana anda ingin menjadi orang paling popular dalam Malaysia. Popular dari segi apa? Yang tu, kita tak tau lagi.

c) Lebih ramai kaum wanita berani menceburkan diri dalam bidang sukan supaya wanita boleh berdiri sama tinggi dengan kaum lelaki.

d) Malaysia terus aman dan Peace!!! No war!!!

e) Mewujudkan kempen mari membaca secara besar besaran dan mewujudkan lebih banyak perpustakaan bergerak supaya semua rakyat Malaysia memilih buku sebagai bahan hiburan.

f) Lebih banyak Datuk dan Tan Seri kaya lepak dalam dangdut.


Soalan 9: 
Haiwan yang boleh menggambarkan sikap kamu.

a) Kucing. Sangat jinak dan disukai ramai.

b) “Merpati. Jinak-jinak merpati lah kata orang. Diberi makan, dia datang. Tapi bila nak datang dekat, kami lari. Lagi kalau orang yang tak popular yang nak mendekati saya.”

c) Harimau. Berani, gagah, tidak akan menyerah kalah, di geruni dan berjuang sehingga akhir.

d) Kura-kura sebab saya bijak macam kura-kura menipu arnab (tapi dari segi lain anda lembab macam kura-kura).

e) Anjing Betina… Well… You know why…


Soalan 10: 
Tiga barang yang perlu ada bersama anda sepnjang masa.

a) Yasin kecil, Al-Quran elektronik dan tasbih.

b) Cermin kecil, make-up sarat satu beg tangan anda dan bulu kening palsu.

c) Kasut sukan, wrist bend, dan jam randik untuk ukur speed larian saya.

d) Handphone, iPod dan dan basic powder.

e) Buku, kalkulator dan kad pinjaman buku di perpustakaan Negara.

f) Duit, duit dan duit…… Dan sugar daddy… Oh. Dah empat ye?


Soalan 11: 
Pandangan kamu tentang kawan-kawan.

a) Kawan yang baik ialah kawan yang sanggup menegah kamu dari membuat perkara mungkar dan mengajak kamu melakukan kebaikan.

b) Saya tak gelar mereka kawan, tapi pengikut saya. Mereka perlu memuji saya sebaik sahaja saya selesai mengenakan make-up. Perlu mempopularkan diri saya. Perlu berpakaian seperti saya. Pandai mengeluarkan kata-kata ejekan atau penghinaan pada kaum nerd dan geek, juga golongan pelik di sekolah/ kolej.  Kalau Nampak lelaki handsome, jangan tackle tapi kena bagi saya dahulu untuk mencuba dan bersedia berkhidmat apa sahaja untuk saya.

c) Kawan ialah orang yang sanggup memberikan semangat dan sokongan sehingga saya Berjaya mencapai cita-cita saya dan datang pada pertandingan sukan yang saya sertai walaupun dia sebenarnya tak minat sukan.

d) Kawan yang baik ialah kawan yang sanggup ketawa dan menangis bersama.

e) Kawan saya mestilah pakai cermin mata tebal macam saya. Pandai macam saya. Hobi mestilah membaca, pun macam saya. Dan paling benci golongan orang popular yang suka membuli nerd, macam saya.

f) “Why I need friends when I have my sugar daddy on my side?”


Soalan 12: 
Kalau kamu ternampak lelaki tampan berada di sekitar kamu, apa reaksi kamu.

a) Bertenang saja. Jodoh pertemuan ditangan tuhan.

b) Kalau setakat tampan, tapi tak popular pun tak guna. Orang popular macam saya perlukan teman lelaki yang sama popular dengan saya, bukan menumpang popularity saya.

c) Tengok pakaian dan personalitinya. Kalau berpakaian sukan dan juga meminati sukan, OK. Kalau setakat pakai baju warna pink gambar Mickey Mouse atau Spongebob Squarepants, esok ajelah…

d) Buat-buat macam tak Nampak dia. Kena jual mahal sikit, baru Nampak value kewanitaan anda tinggi.

e) Tak boleh bercouple. Dosa. Study dulu.

f) Kalau tampan tapi kocek kosong, go to hell la….


PERNILAIAN

Kalau jawapan kamu banyak A: Kamu muslimah yang solehah.

Alhamdulillah… Kamu memang wanita yang baik. Sentiasa bertudung dan berpakaian menutup aurat. Bercakap dengan sopan dan lemah lembut. Ajaran agama merupakan tiang kehidupan anda. Solat lima waktu tak pernah tinggal dan juga perkara lain dalam Rukun Islam kamu lakukan. 

Tidak pernah mengeluarkan kta-kata kesat, sangat sabar, tenang dan sentiasa menganggap segala yang perkara buruk yang terjadi pada kamu mempunyai hikmah tersendiri.

Hobi kebanyakan golongan ini ialah membaca Al-Quran, berzanzi dan berzikir.

Sangat beruntung kepada mana-mana lelaki yang berjaya mendapatkan anda.

Lelaki pilihan: pastilah yang beriman dan mampu membimbing anda ke jalan yang benar dan diredhai.

Bak kata pepatah, pijak semut tak mati.

Kalau jawapan kamu banyak B: Kamu ialah “Drama Queen” atau “Diva”.

Kamu merupakan “team leader” dalam kumpulan kamu. Kamu perlukan kawan yang kamu gelar pengikut kamu. Tugas mereka ialah untuk memastikan kamu nampak popular.  Pengikut kamu juga bertugas sebagai tukang puji kepada kamu.

Kamu jenis suka mengarah jadi kamu memerlukan pengikut disekeliling kamu. Kamu jarang bergerak berseorangan tanpa pengikut kamu. Jika pengikut kamu lebih popular dari kamu, kamu akan singkirkan dia. 

Kamu juga hanya akan dating dengan orang yang popular di sekolah/ kolej sahaja. Hobi harian kamu ialah menghina dan memperkecilkan golongan tak popular, budak emo, dan juga para-para nerd dan geek (ulat buku). Kamu berkerja keras setiap hari untuk memikirkan kata-kata hinaan yang mampu meruntuhkan keyakinan para-para nerd itu.

Hobi kebanyakan golongan ini ialah tengok cermin, pakai make-up walaupun nak tidur, puji diri sendiri, tunggu pujian dari kawan, control ayu 24 jam, membaca (majalah fesyen), memikirkan kata-kata hinaan baru pada golongan tak popular dan membuli para nerd dan geek.

Lelaki pilihan: Yang paling penting ialah popular dan kacak, tak kisah lah kalau lelaki tu bodoh macam lembu.  Dan yang paling penting, mampu membuatkan drama queen yang lain berputih mata.

Kalau jawapan kamu banyak C: Kamu ialah Minah Sukan/ lasak.

Sukan dan aktiviti lasak adalah agenda harian anda. Sehari kalau tak keluarkan peluh, kamu akan rasa hidup kamu tak sempurna pada hari tu.

Selain dari bersukan, aktiviti lasak seperti memanjat gunung, camping dan lain-lain lagi juga menjadi pilihan kamu.

Tiada masa nak bergosip atau nak make-up. Pakai apa sahaja yang ada. Tak perlu memikirkan samada warna baju dan beg tangan matching ataupun tidak.

Hobi anda sudah semestinya bersukan.

Lelaki pilihan: Lelaki yang juga aktif bersukan.

Kalau jawapan kamu banyak D: Kamu ialah wanita yang biasa-biasa sahaja.

Anda dalam kategori wanita biasa. Kamu biasanya tak suka menonjol sangat dan tidak anti-sosial sangat. Kira low profile la.

Kamu tidaklah contol ayu sangat, dan juga tidaklah lepas laku sangat. Tidaklah beria-ia dengan make-up tebal.Kiranya kamu ni dalam golongan sederhana dari serba serbi. Kamu enjoy dalam kehidupan kamu dan menghargai apa yang kamu ada.

Kamu disenangi oleh ramai orang dan senag bergaul dengan semua jenis lapisan umur dan golongan yang lain. Biasanya, golongan ini jarang di ambil perhatian oleh golongan "drama queen" tapi biasanya golongan ini yang sebenarnya mendapat perhatian oleh lelaki dalam diam.

Hobi kamu ialah biasa-biasa sahaja. Tiada hobi yang menonjol.

Lelaki pilihan: Pun lelaki yang sederhana. Kalau boleh, biarlah lelaki itu juga kurang menonjol. kamu tak mahu jadi couple of the year yang buat wedding of the year dan berakhir dengan divorce of the year.

Kalau jawapan kamu banyak E: Kamu ialah wanita ulat buku dan anti-sosial.

Anda ulat buku. Itu bermakna anda seorang yang bijak. Namun anda ada masalah dalam bersosial. Ada 2 soalan yang sering bermain dalam minda anda. Adakah mereka tidak mahu bergaul bersama anda atau anda yang menjauhkan diri dari mereka.

Pakaian anda biasanya tidak menonjol malah ada sesetangahnya agak old fashion. Kalau anda rabun, cermin mata berbingkai hitam tebal menjadi pilihan. Penampilan anda menjadi punca mengapa anda sukar didekati oleh wanita dan juga lelaki. Tapi sebenarnya anda baik hati. Biasa la, manusia memang selalu menilai luaran sahaja.

Oleh disebabkan anda jarang berbual dengan orang lain, kadangkala apa yang anda katakan boleh menyakitkan hati orang. Mungkin anda terlampau jujur hingga menyebabkan kata-kata anda tidak bertapis dan menyakitkan hati orang lain.

Tapi dalam hati anda sebenarnya, anda sering kali mahu jadi popular dan menanti seorang lelaki yang datang dan mampu mengubah kamu menjadi popular.

Anda seringkali menjadi bahan buli dan hinaan dari golongan drama queen. Tapi jangan risau. Biasanya, bila sudah dewasa, golongan drama queen kurang berjaya dalam hidup berbanding anda. Golongan macam anda ni yang akan merasai kesenangan di kemudian hari. Malah imej anda juga pasti akan berubah menjadi lebih baik nanti.

Hobi anda? Mestilah membaca dan belajar. Semua jenis buku anda baca. Buku pelajaran, novel, kamus, atlas, peta dan macam-macam lagi benda yang boleh di baca.

Lelaki pilihan: Sudah pasti bukan dari golongan anda kerana lelaki dalam golongan ini suka wanita dalam golongan lain. 

Kalau banyak sangat jawapan kamu ialah F, kamu semstinya bitch!!!

Ya. Anda golongan bitch. Anda tidak kisah untuk melakukan apa sahaja asalkan anda mampu mendapatkan apa yang anda idamkan.

Duit adalah segalanya untuk anda. Tanpa duit, anda rasa hidup anda sia-sia.

Anda sering bertukar lelaki. tak kiralah dari usia lebih muda hingga sebaya dengan arwah atuk kamu, anda sapu semua. Janji kaya.

Anda tidak kisah di hina dan diberi gelaran kurang enak. Janji kamu sendiri bahagia dalam kehidupan kamu.

Hobi kamu ialah mencari mangsa baru lebih kaya dari apa yang anda ada sekarang. Pastilah kena cari di disko atau dangdut dan bukan di Myspace atau Facebook.

Lelaki pilihan: Dato' K, duda Nora Danish, atau mana-mana Dato' yang berumur 80 tahun ke atas supaya dia cepat mati dan anda mendapat harta mereka.

Sekian. Terima kasih kerana membuang masa membuat kuiz tak berfaedah ini.

Oh ya! Jangan percaya dengan kuiz ini. Semuanya adalah rekaan penulis sebab dah boring gila.

Aku dah update Tears don't Fall.