Aku agak sibuk dalam 2 minggu yang lepas. Aku telah menghadiri beberapa sessi temuduga dan aku menghadirkan diri ke Hari Kerjaya di PWTC tempoh hari dalam usaha mencari kerja setelah menamatkan pengajian aku ini.
Kemudian, atuk kepada sepupu aku telah kembali ke rahmatullah pada hari Khamis yang lepas. Ini menambahkan lagi tahap ke sibukan aku untuk mengupdate blog ini.
Namunpun begitu, dalam kesibukan yang melanda sempat jugalah aku menonton wayang. Aku tonton dua cerita dalam 2 minggu ini. Star Trek dan Night At The Museum: Battle of the Smithsonian.
Asalnya, aku dan sepupu aku mahu menonton cerita Push, jadi kami memilih TGV KLCC. Yang pelik tu, punyalah banyak cerita yang ditayangkan, cerita Push tak ditayangkan di TGV KLCC sedangkan wayang lain ada. Sungguh mengecewakan. Punyalah penat pergi KLCC sebab nak tengok cerita Push di TGV, sekali tak de la pulak.
Akhirnya, aku memilih Star Trek. Walaupun hati aku sedikit gusar memandangkan sejarah hitam sebelum ini. Boleh dikatakan hampir semua filem Star Trek sebelum ini membosankan. Termasuk juga siri televisyen mereka (kecuali Enterprise yang agak tidak membosankan berbanding yang lain). Oleh kerana tidak mahu menonton cerita Bohsia: Jangan Pilih Jalan Gelap, kami pilih jalan menuju angkasa.
Faktor lain yang menyebabkan aku bersetuju untuk menonton Star Trek ialah Zachary Quinto (memegang watak Sylar dalam siri Heroes), turut berlakon dalam filem ini sebagai Spock. Aku amat meminati lakonannya dalam siri Heroes dan menjadikan faktor penarik untuk aku menonton Star Trek. Ditambah pula interview bersama pengarahnya, J.J. Abrams, yang berkata "filem kali ini sesuai ditonton untuk peminat dan bukan peminat Star Trek yang sejati kerana dia sendiri bukan peminat Star Trek."
Tapi secara keseluruhannya, Star Trek memang menghiburkan. Yang lebih menarik ialah kerana filem ini menggunakan watak-watak klasik dari siri pertama Star Trek (dikenali sebagai Star Trek: The Original Series) seperti James T. Kirk, Spock, Uhura, Hikaru Sulu dan penampilan istimewa Leonard Nimoy, pemegang watak Spock yang asal. Ditambah dengan campuran elemen aksi, kejutan, komedi dan visual effect yang menarik, 5 Bintang untuk Star Trek.
Night At The Museum 2 juga menarik. Kalau dibandingkan dengan yang pertama, aku rasa yang ini lebih menarik. Lebih banyak watak baru ditonjolkan dan aksi humor yang lebih teratur dari pada yang pertama. 4 Bintang.
Ok. Berbalik pada tajuk entri aku yang sebenar.
Semasa aku di KL, aku telah berbual dengan sepupu aku (lelaki) yang mempunyai seorang adik perempuan. Jadi aku bertanya kepada dia jika ada kawan baiknya bercinta dengan adiknya itu. Sepupu aku cuma menjawab "Rasa macam lain macam jek...".
Jadi, mari kita bincangkan.
1. Apa perasaan kamu jika kawan baik kamu bercinta dengan adik perempuan atau kakak kamu? (bagi pembaca wanita, abang atau adik lelaki kamu)
2. Adakah kamu akan menghalang atau membiarkan perhubungan tersebut? Kenapa kamu menghalang atau membiarkan hubungan itu?
3. Kalau kamu menghalang tetapi mereka tetap meneruskan juga perhubungan itu, sanggupkah kamu memutuskan tali persahabatan antara kamu dan kawan kamu?
Ok, jom bincang bersama.
Aku dah update Tears Don't Fall
Tidak ada komentar:
Posting Komentar