Rabu, 27 Mei 2009

BINCANG-BINCANG

Sebelum memulakan coretan untuk entri kali ini, aku ingin memohon maaf kerana lama juga aku tidak mengemaskini blog ini. Aku agak sibuk kebelakangan ini.

Aku agak sibuk dalam 2 minggu yang lepas. Aku telah menghadiri beberapa sessi temuduga dan aku menghadirkan diri ke Hari Kerjaya di PWTC tempoh hari dalam usaha mencari kerja setelah menamatkan pengajian aku ini.

Kemudian, atuk kepada sepupu aku telah kembali ke rahmatullah pada hari Khamis yang lepas. Ini menambahkan lagi tahap ke sibukan aku untuk mengupdate blog ini.

Namunpun begitu, dalam kesibukan yang melanda sempat jugalah aku menonton wayang. Aku tonton dua cerita dalam 2 minggu ini. Star Trek dan Night At The Museum: Battle of the Smithsonian.

Asalnya, aku dan sepupu aku mahu menonton cerita Push, jadi kami memilih TGV KLCC. Yang pelik tu, punyalah banyak cerita yang ditayangkan, cerita Push tak ditayangkan di TGV KLCC sedangkan wayang lain ada. Sungguh mengecewakan. Punyalah penat pergi KLCC sebab nak tengok cerita Push di TGV, sekali tak de la pulak.

Akhirnya, aku memilih Star Trek. Walaupun hati aku sedikit gusar memandangkan sejarah hitam sebelum ini. Boleh dikatakan hampir semua filem Star Trek sebelum ini membosankan. Termasuk juga siri televisyen mereka (kecuali Enterprise yang agak tidak membosankan berbanding yang lain). Oleh kerana tidak mahu menonton cerita Bohsia: Jangan Pilih Jalan Gelap, kami pilih jalan menuju angkasa. 

Faktor lain yang menyebabkan aku bersetuju untuk menonton Star Trek ialah Zachary Quinto (memegang watak Sylar dalam siri Heroes), turut berlakon dalam filem ini sebagai Spock. Aku amat meminati lakonannya dalam siri Heroes dan menjadikan faktor penarik untuk aku menonton Star Trek. Ditambah pula interview bersama pengarahnya, J.J. Abrams, yang berkata "filem kali ini sesuai ditonton untuk peminat dan bukan peminat Star Trek yang sejati kerana dia sendiri bukan peminat Star Trek."

Tapi secara keseluruhannya, Star Trek memang menghiburkan. Yang lebih menarik ialah kerana filem ini menggunakan watak-watak klasik dari siri pertama Star Trek (dikenali sebagai Star Trek: The Original Series) seperti James T. Kirk, Spock, Uhura, Hikaru Sulu dan penampilan istimewa Leonard Nimoy, pemegang watak Spock yang asal. Ditambah dengan campuran elemen aksi, kejutan, komedi dan visual effect yang menarik, 5 Bintang untuk Star Trek.

Night At The Museum 2 juga menarik. Kalau dibandingkan dengan yang pertama, aku rasa yang ini lebih menarik. Lebih banyak watak baru ditonjolkan dan aksi humor yang lebih teratur dari pada yang pertama. 4 Bintang.

Ok. Berbalik pada tajuk entri aku yang sebenar.

Semasa aku di KL, aku telah berbual dengan sepupu aku (lelaki) yang mempunyai seorang adik perempuan. Jadi aku bertanya kepada dia jika ada kawan baiknya bercinta dengan adiknya itu. Sepupu aku cuma menjawab "Rasa macam lain macam jek...".

Jadi, mari kita bincangkan.

1. Apa perasaan kamu jika kawan baik kamu bercinta dengan adik perempuan atau kakak kamu? (bagi pembaca wanita, abang atau adik lelaki kamu)

2. Adakah kamu akan menghalang atau membiarkan perhubungan tersebut? Kenapa kamu menghalang atau membiarkan hubungan itu?

3. Kalau kamu menghalang tetapi mereka tetap meneruskan juga perhubungan itu, sanggupkah kamu memutuskan tali persahabatan antara kamu dan kawan kamu?

Ok, jom bincang bersama.

Aku dah update Tears Don't Fall

Minggu, 10 Mei 2009

KATEGORI-KATEGORI PENYOKONG BOLA SEPAK. KAMU YANG MANA SATU?

Hari ini aku agak produktif. Boleh taip 3 entri. 1 entri untuk Tears Don't Fall dan 2 lagi untuk blog ini. Entri yang satu lagi tu anda boleh tengok di bawah entri ini. Sebenarnya cuma membalas tag sahaja.

Ok. Kita mulakan perbincangan. Setelah melakukan pemerhatian, aku dapat mengkategori penyokong bola sepak kepada beberapa kumpulan. Kepada yang bukan peminat bola sepak pun, anda digalakkan membacanya. Jom!!!!!

1. PEMINAT DIE HARD

Yang ni boleh dikategorikan sebagai peminat sejati kepada pasukan yang disokongnya. Tanyalah apa sahaja pasal kelab kesayangan mereka, siapa penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam kelab, bila pasukan ditubuhkan, siapa yang membuat penampilan terbanyak dalam kelab, apa kedudukan kelab dalam liga semasa musim 1910-1911, semua boleh dijawab dengan tenang.

Bagi yang berada, mungkin mereka telah pun menyaksikan pasukan kegemaran mereka beraksi didepan mata sendiri, iaitu mereka telah terbang keluar negara dan menonton pasukan mereka beraksi di stadium mereka, bukan setakat di Astro sahaja.

Dan janganlah kutuk pasukan kegemaran mereka ni di depan mereka, nescaya akan memulakan pergaduhan mulut serta merta.

2. PEMINAT BEREMOSI & SAMSENG

Mereka juga peminat setia (mungkin) tetapi mereka juga meletakkan emosi ditempat kedua selepas pasukan kegemaran mereka.

Bila mereka pasukan mereka menang, mereka akan bersuka-ria sampai tak ingat dunia. Tapi kalau kalah..... Habislah orang disekelilingnya. Boleh jadi semua kena marah. Mahu dibakar kereta di luar stadium... Macam penyokong pasukan Kelantan hari tu.... Hehehe...

Kalau penyokong jenis ini duduk di England, mereka di gelar sebagai Hooligan.

3. PEMINAT BOLA DAN JUDI

Setiap kali pasukan kegemaran mereka bermain, mereka akan bertaruh. Bet la kata orang muda-muda. Dan kalau menang, akan dipujanya pasukan kegemaran itu. Kalau kalah... Boleh dibakar jersi pasukan tersebut.

Pernah sekali aku nampak seorang melayu dan cina bet untuk satu perlawanan bola sepak. Benda dalam pertaruhan, kereta mereka. Akhirnya si Melayu yang menang. Bila kami semua usha kereta apa yang Melayu tu menang... Boleh tahan. Honda Civic beb...

Tapi keraguan ada pada peminat ini. Adakan mereka betul-betul minat kelab yang di letakkan pertaruhan itu atau adakan dia betul-betul minat berjudi sahaja?

4. PEMINAT BIASA-BIASA

Peminat yang paling rilek sahaja. Dia tidak kisah kalau pasukannya menang atau kalah, dia tidak kisah kalau kawan-kawannya mengutuknya kerana pasukan yang disokong kalah. Baginya, bola sepak hanya permainan.

Dia juga tidak akan mengutuk kawan lain jika pasukan kawannya kalah. Dia juga tidak akan bermegah dan hantar SMS kepada semua kawannya jika pasukan yang dia sokong berjaya memenangi liga atau piala.

Amat cool. Cold as ice.

5. PEMINAT PADA NAMA SAHAJA

Contoh: Ali berkata pada kawannya, "Aku penyokong Arsenal." Tetapi Ali amat jarang melihat pasukan mereka itu beraksi. Dalam setahun, ada la 5-6 kali sahaja dia tengok, itupun belum tentu sampai habis. Lebih sedih lagi bila dia sendiri tak kenal siapa nama pemain yang bermain dalam kelab kesukaannya itu. Adalah juga kawan aku dalam kategori ini sebenarnya.

Peminat jenis ini wujud kerana mungkin kawan-kawan serumahnya semua minat bola sepak dan tidak mahu ditinggalkan seorang diri di rumah apabila kawan-kawan semua pergi ke kedai mamak untuk menonton bola.

6. PEMINAT SATU PASUKAN SAHAJA a.k.a. PEMINAT BODOH SOMBONG

Mereka peminat pada satu pasukan dan hanya menonton siaran langsung apabila pasukan kegemarannya sahaja yang bermain.

Contoh: Abu ialah penyokong Manchester United (MU). Dia hanya menonton siaran langsung Pasukan MU sahaja. Jadi bila dia terbaca di akhbar atau majalah pasal pasukan lain, dia akan kata begini: "Siapa Gerrard yang main kat Liverpool ni bagus sangat ke? Kalau dia bagus nape tak main kat MU sebab pemain MU kat semua bagus-bagus?" Atau ayat macam ini, "Sape Lampard ni? Bagus sangat ke dia main midfield ni? Ada sebagus Daren Fletcher ke?"

Jangan ingat tak de ya jenis yang macam ni. Memang wujud. Malahan, ayat yang aku gunakan sebagai contoh itu ialah ayat yang aku dengar sendiri yang dicakap oleh peminat jenis ini. Bukan ayat rekaan.

Penyokong jenis ini juga amat tidak boleh menerima kenyataan jika pasukan mereka kalah. Bagi mereka, pasukan mereka bagus dan kuat dan mustahil boleh kalah. kalau kalah pun mesti pasukan lawan main tipu atau pengadil berat sebelah. Mereka tidak boleh terima ayat ini dari kawan mereka, "team kegemaran kau main teruk la hari ni.."

Mana ada pasukan yang tak pernah kalah dalam dunia dan mana ada pemain yang boleh main cemerlang dalam semua perlawanan yang dia main. Face the fact my friend and open up your mind.

7. PEMINAT PEMAIN HANDSOME

(Kategori khas untuk perempuan... dan golongan "adik-adik"... hehehe..)
Pada pembaca perempuan, lihat gambar di bawah:

Namanya Xabi Alonso. Pemian midfield Liverpool. Adakah dia handsome atau cute?

Ramai perempuan kata (termasuk sepupu dan kawan aku) yang kata dia handsome atau cute atau kedua-duanya sekali. Kalau mahu tengok gambar dia dalam pose yang lebih menarik, sila google sendiri.

22 orang belari dalam padang (tak campur pengadil) mata mereka hanya tertumpu pada seorang pemain sahaja... Pemain yang handsome. Pernah jadi situasi begini...

Aku tengah duduk, menantikan perlawanan Liverpool yang akan bermula sekejap sahaja lagi. Seorang wanita datang ke arah aku.

Wanita: Liverpool main eh?
Aku: Yup.
Wanita: Yeah... Nak tengok.

Wanita itu duduk. Senarai pemain yang akan bermain malam itu keluar. Tiada nama Xabi Alonso.

Wanita: Alonso tak main ke, Abang Am?
Aku: Tak. Dia injured.
Wanita: Tak nak tengok la.. (terus bangun)...

Ok. Satu contoh sahaja tak menarik. Bagi satu lagi.

Wanita: Semalam MU main eh? Menang berape eh?
Aku: 3-0
Wanita: Beckham score berapa?
Aku: Tak score pun..
Wanita: Tak kan la dia tak score
Aku: Dia main wing kanan, bukan striker. Tugas Beckham hantar bola pada striker untuk striker score.
Wanita: Ah!!! Kau tipu. Aku tau kau jealous sebab Beckham tu handsome dan pujaan ramai perempuan kan...??? (terus blah)

Siot. Aku cakap benda betul dan kenyataan sebenar bola sepak, aku pulak kena tuduh jealous. Geram juga melayan kerenah perempuan macam ni. Mereka akan menjerit setiap kali pemain handsome mereka menyentuh bola dan marah apabila pemain handsome mereka kena tackle dan berkata, "orang ni saja je tackle Alonso... Tau la muka tak Handsome, dengki kat Alonso yang cute tu....."

Adoi... Tolong la jangan buat benda macam ni pada bola sepak. Buat la pada Akademi Fantasia sahaja.

Tapi aku respect peminat perempuan yang berada dalam kategori di bawah ini.

8. PEMINAT BOLA SEPAK DARI JANTINA PEREMPUAN YANG SEJATI

Golongan ini bukan menonton bola sepak kerana pemain handsome tetapi kerana permainan itu sendiri. Aku pernah jumpa seorang sahaja perempuan setakat ini iaitu awek kawan aku. Tapi dia cakap semua adik beradik perempuan dia minat bola macam dia. So, ada lebih dari satu la dekat Malaysia ni (jangan kira di England).

Awek kawan aku ni penyokong team yang lain dari kawan aku. Awek sokong Liverpool, kawan aku sokong Arsenal. Mereka akan menonton perlawanan bola sepak sama-sama. Awek ni bukan setakat tengok, malah kenal pasukan lain dan pemain yang bermain di pasukan lain. Awek ni lagi bagus dari sampah dalam kategori no. 6.

Awek ini juga tahu peraturan bola sepak lebih dari sesetengah kawan lelaki aku. Dia juga arif dalam taktik dan susunan formasi dalam bola. Hebat gila pompuan ni.

Malah, awek ini juga main game bola sepak. Bukan game Fifa atau winning eleven di PS2 sebab game tu budak umur 6 tahun yang selalu bertenggek dekat CC main Counter Strike pun boleh main. Tapi game taktikal bola sepak macam Championship Manager, Fotball Manger, Fifa Manger, Fantasy Manager...

Kalau la aku dapat awek macam ni.... huhu... Eh? Dia ada adik kan?

9. HANYA PEMAKAI JERSI ATAU T-SHIRT YANG MEMPUNYAI LAMBANG PASUKAN BOLA SEPAK

Biasanya perempuan juga. Contoh: Si balak peminat pasukan Chelsea, jadi si balak hadiahkan aweknya jersi atau t-shirt yang mempunyai lambang Chelsea.

Si awek perlu memakai baju tersebut bila diarahkan oleh si balak (biasanya bila pasukan si balak sokong menang malam semalam).

Mereka ni sebenarnya tak boleh di kira dalam golongan peminat bola sebenarnya. Tapi mereka ni awek yang setia. Tahniah kerana menjadi awek yang setia.

10. BUKAN PEMINAT BOLA SEPAK

Golongan ini bukan peminat bola sepak. Mereka tidak kisah tentang bola sepak, siapa yang akan menang Piala Dunia, siapa pengurus musim depan untuk Real Madrid atau Chelsea, adakah Tevez akan meninggalkan MU, dan lain-lain.

Aku tak kisah dengan penyokong jenis ini... Tapi aku benci orang dalam kategori di bawah.

11. BUKAN PEMINAT BOLA SEPAK DAN PEMBENCI BOLA SEPAK + BODOH MACAM KERBAU

Mereka ni dah la tidak meminati bola sepak. Lepas tu siap kutuk. Kenapa aku kata mereka bodoh macam kerbau? Sebab aku pernah dengar mereka mengeluarkan ayat ini:

"Apa la bodoh ramai-ramai kejar sebijik bola. cuba bagi bola tu sorang satu, tak payah nak kejar-kejar lagi. Bodoh betul la bola sepak ni.."

Siapa yang bodoh ni? Kalau sorang satu dah ada sebiji bola, macam mana nak main? Bola dah penuh dalam padang, nak main macam mana? Penjaga gol bukan nak bola, kerja dia nak menepis bola. Siapa yang bodoh sebenarnya ni?

Ada lagi yang lebih menarik. Masa tu 3-4 tahun lepas, masa tu kapten Liverpool, Steven Gerrard, meminta kenaikan gaji. dan si bodoh ni hanya membaca tajuk berita sahaja, tapi tak baca butiran berita tersebut. Lalu si bodoh ini berkata:

"Ha... Tu la... Main bola je. Gaji kecik, tak boleh tanggung anak bini. Main bola ni membazir je. Bodoh semua pemain bola ni. Kerja yang tak menguntungkan. Sebab tu aku tak minat nak tengok permainan yang bodoh macam bola sepak ni."

Walhal pada masa itu, gaji Gerrard ialah Pound Sterling 80,000 seminggu dan dia meminta kenaikan menjadi Pound Sterling 100,000 seminggu. Sekarang gaji dia Pound Sterling 125,000 seminggu. Siapa yang bodoh ni? Kalau tak tau, jangan suka-suka nak cakap ye?

Ok maaf. Emo sikit...

Ok, kamu ada di kategori mana?

Sambungan Tears Don't Fall available now. Episod yang mendebarkan ni.

TAG DARI CIK ZIANA

Lama rasanya aku tidak di tag. Kali ni tag datang dari Cik Ziana. Jom kita teruskan....

1. 3 NAMES IN YOUR INBOX CELLPHONE?
(aku kurang faham dengan soalan ini. Tiga nama paling terbaru hantar SMS ke atau 3 nama yang sering SMS aku? So, aku jawab dua-dua sekali)

Paling baru hantar SMS:
1. Iqa (sepupu aku)
2. ABC (nickname kawan aku ni...)
3. Ika Piko

Paling banyak hantar SMS:
1. Abang
2. Mama
3. ABC

2. YOUR MAIN RINGTONE?
= A-Ha: Take On Me. Best lagu ni. 80's song.

3. WHAT U DID AT 12 LAST NIGHT?
= Serve internet sambil tunggu Liverpool lawan West Ham pukul 12:30

4 . WHO WAS THE LAST PERSON U WENT OUT WITH? WHERE?
= Kawan aku, Sufian. Pergi Parkson tengok T-Shirt dengan seluar jeans murah sebab sale. Seluar Jeans BUM harga RM 200 dah tinggal RM60 beb.

5. THE COLOR OF THE T'SHIRT YOU'RE WEARING? NOW?
= Hitam.

6. THE LAST THING U DID
= Telefon abang aku.

7. 3 OF YOUR EVERYDAY FAVORITE ITEMS?
a) Laptop aku
b) iPod
c) Handphone eh.. PS2 kot...

8. THE COLOR OF YOUR BEDROOM?
= Hijau dan kuning. Pelik kan?

9. HOW MUCH MONEY IN YOUR WALLET NOW?
= RM 257.70

10 . HOW'S LIFE?
= Penganggur Profesional. Ada kerja kosong di tempat kamu? Bagitahu aku ya?

11. YOUR FAVORITE SONG?
= Banyak nih.

12. WHAT WILL U DO NEXT WEEKEND?
= KL kot.

13. WHEN WAS THE LAST TIME U SAW UR MOM?
= Baru tadi.

14. WHERE IS SHE NOW?
= Dalam bilik tengah tengok TV.

15. WHEN WAS THE LAST TIME YOU TALKED TO YOUR PARENTS?
= Tadi masa makan bersama.

16. WHO IS THE LAST PERSON THAT TEXTED U?
= ABC

17. WHERE DID U HAVE UR DINNER LASTNIGHT?
= kat rumah

18. THE LAST SURPRISE YOU GOT?
= entah la... dah lama tak dapat surprise ni...

19. LAST THING U BORROWED FROM UR FRIENDS?
= DVD

20. WHO IS UR BF/GF OR HUSBAND/WIFE?
= Masih single sejak 2007....

21. WHAT DO YOU FEEL NOW?
= Ngantuk. Baru lepas makan sampai kenyang gila.

22. WANNA SHARE WITH WHO?
= dengtan bantal

23. WHO KNOWS UR SECRET?
= Ada la orang tertentu.

24 . THEY KEEP UR SECRET?
= Yup

25. ARE YOU ANGRY WITH SOMEONE?
= Tak.

26. WHAT DO YOU ORDER AT MCD?
= Kalau time Raya Cina, aku order Prosperity Burger. Kalau waktu skang ni, Spicy McDuluxe.

27. THE LAST TIME YOU FELT SO SAD?
= 2-3 hari lepas

28. WHAT IS UR WISH FOR TOMORROW?
= Satu lagi hari yang baik.

29. WHO WILL U TAG NEXT?
= tak tag. Malas nak tag orang lain...

Rabu, 06 Mei 2009

FILEM MELAYU YANG AKU RASA BEST DAN PUAS HATI APABILA MENONTONNYA

Entri lepas, banyak mengutuk dan mengeji. Kali ini, puji-pujian. Jom.....

Los Dan Faun
Pengarah: Afdlin Shauki

Situasi Menonton:
Dengan abang aku, di wayang. Entah abang aku baitau ke tak isteri dia dia pergi wayang dengan aku masa tu. Menonton filem ini secara curi-curi.. (tak boleh cerita dalam blog ini)

Ulasan:

Filem melayu yang paling terbaru aku tengok kat wayang (jangan ingat aku mau tengok bohsia ya?).

Untuk pertama kalinya, habis sahaja menonton wayang aku sakit perut. Kenapa? Sebab cerita ini buat aku ketawa dari start sampai la habis cerita tersebut.

Cerita yang mengisahkan penyiasatan, rasanya jarang filem atau drama Malaysia buat cerita penyiasatan (gerak khas bukan cerita penyiasatan ok?), di sulam dengan komedi yang ringan dan bermesej dan tak merapu. Aku sungguh tak sangka Adlin Aman Ramlie boleh berlakon kelakar gila macam ni. Mula-mula macam cuak juga mahu tengok sebab dalam drama Dakolin Dakosi, lawak Adlin ni merapu.

Bukan setakat kelakar, kes penyiasatan yang di siasat juga begitu kompleks juga sebenarnya. Ditambah watak tambahan yang membantu lawak watak utama (Khir Rahman, Stephen Rahman Hughes, Ida Nerina), cerita ni aku rasa cerita terbaik Afdlin Shauki. Tak sabar aku nak tunggu cerita terbaru dari dia.

Rating:

5 Bintang + 1 Bintang untuk lawak Brokeback Mountain + 3 Bintang untuk lawak Khir Rahman (Ini kita tak tau lagi) + 1 Bintang untuk Stephen Rahman yang cakap bahasa melayu dalam slang english


Buli Balik
Pengarah : Afdlin Shauki

Situasi Menonton:
Dengan abang aku juga. Aku rasa akak ipar aku ada sekali masa ni.

Ulasan:
Satu cerita jenaka yang akhirnya berakhir dengan babak drama sedih. Cerita ini bukan sahaja lawak, tetapi juga mempunyai mesej tersirat seperti jangan membuli orang, jangan berdendam, jangan lupa diri bila kita sudah senang dan jangan lupa kawan-kawan yang selama ni membantu anda.

Kenapa aku pilih cerita Buli Balik berbanding Buli? Kerana aku rasa mesej dan skrip cerita ini lebih baik dari siri pertamanya, dan aku rasa lakonan Afdlin dalam cerita ini lebih baik dari Buli.

Rating:
5 Bintang + 2 Bintang untuk iklan kuruskan perut buncit oleh Din Beramboi (adakah perut anda dapat dilihat daripada Karachi?)

Baik Punya Cilok
Pengarah: Adoi... Mesti la Afdlin Shauki jugak...

Situasi Menonton:
Aku tak ingat. Rasanya dengan sepupu-sepupu aku kot....

Ulasan:
Kisah empat sahabat (rasanya Awie first time belakon watak komedi), dengan satu misi, mendapatkan kembali cincin pusaka nenek Wak (AC Mizal) yang telah di gadai. Setiap orang pun ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Wak hebat memancing tapi tidak boleh menipu. Aben (Afdlin) hebat membuat gadget tapi pengsan dalam situasi cemas, Bob (Awie) kaki pukul tapi mat sastera dan mat jiwang dan Jerry seorang kaki belit tapi kuat berjudi.

Apa yang menarik, jika ada babak yang perlu di cerita dalam bentuk flashback, ia akan di ceritakan secara dikir barat. Tu tak masuk bahasa sastera si Bob lagi. Ada babak pergaduhan yang menarik. Rasanya cerita Afdlin ni jarang ada babak macam ni.

Rating:
5 Bintang + 1 Bintang untuk dikir barat + Bahasa Sastera Bob

(Sebenarnya cerita Afdlin semua best bagi aku. So, ni aku senaraikan 3 sahaja. Cuci pun best juga)

Kami The Movie
Pengarah: Effendee Mazlan & Fariza Azlina Isahak.


Photobucket

Situasi Menonton:
Di wayang. Bersama sepupu aku, Iqa. KLCC kot.

Ulasan:
Cerita yang agak bagus. Aku mengikuti siri ini bermula dari Kami The Series lagi. Cerita ini sebenarnya mengimbau kenangan aku dan kawan-kawan sebaya ku semasa zaman underground sedang bertahta. Bukan zaman indie sekarang ini. Itulah salah satu sebab kenapa aku terpaku menonton drama dan filem ini.

Bermula dengan mesej dan jalan cerita yang ringan dengan bermotifkan muzik, jalan cerita ini yang disulami dengan babak serius dan lawak dan akhirnya berakhir dengan tragedi.

Aku beri pujian kepada DJ Dragon Red, Nas-T, yang memegang watak sebagai Abu. Tak sangka dia boleh berlakon dan membawa watak selamba dan kelakar. Boleh dikatakan dia watak yang menceriakan keadaan ketika suram.

Lagipun, filem ini boleh dikategorikan dalam kategori Teen Movie, di mana jarang amat producer di Malaysia yang mahu membuat filem bergenre ini. Datuk kepada Teen Movie di Malaysia mestilah Gila-Gila Remaja dan Teen Movie yang paling sampah ialah SH3 (lakonan Fasha Sandha dan Ruffedge).

Rating:
5 Bintang + 2 Bintang untuk lakonan selamba Nas-T

Zombi Kampung Pisang
Pengarah: Mamat Khalid


Situasi Menonton:
VCD original yang abang aku beli. Aku pelik gila kenapa abang aku suka sangat cerita ini, sekali tengok pecah perut.

Ulasan:
Ya. Kamu mesti pelik kenapa aku kata filem ini bagus. Dengan budget yang rendah serta muka Zombi yang nampak sangat di tepek dengan bedak sejuk, memang satu solekan yang buruk.

Tapi apa yang menariknya, ialah lawak untuk cerita ini tidak merapu dan mesej yang disampaikan dalam jenaka tersebut memang sampai. Cerita ini juga mempunyai mesej Patriotik yang rasanya semuanya boleh nampak dengan jelas (babak "Tugu Negara" dan Zombi berdiri tegak masa lagu Negaraku dinyanyikan).

Selain itu, ada mesej yang sering diterangkan oleh Awie seperti jangan Vandalisme dan merempit. Tak tinggal suara AC Mizal yang sering didengari dalam babak mencemaskan, dialog yang di ucapkan semuanya kelakar.

Rating:
5 Bintang - 1 Bintang solekan buruk Zombie + 1 Bintang untuk Que Haidar dan baja subsidi serta "Zomba"nya. dan aksi arwah Loloq dan band nya.

Leftenan Adnan
Pengarah: Aziz M. Osman

Situasi Menonton:
Dekat wayang. Tayangan midnight.. Bersama.... Aku lupa... Huhu...

Ulasan:
Antara filem perang yang baik di Malaysia (Embun bukan filem perang, faham?). Mungkin tidak mampu melawan babak Saving Private Ryan, tapi untuk tahap filem Malaysia, bagus!!!!

Aziz M. Osman menggarap cerita ini dengan baik. Bermula dari Adnan Bin Saidi (lakonan Hairie Othman yang mantap) dari kecil sehingga menjadi askar. Bagaimana perhubungannya dengan isterinya (Umie Aida) dan sahabat nya, lakonan Rusdi Ramlie.

Babak Lt. Adnan melihat sahabatnya ditembak di depan matanya memang menyayat hati dan babak apabila Lt. Adnan berseorangan bertempur di Bukit Candu. Dia menyuruh orang-orangnya berundur dan dia seorang diri bertempur menentang Askar Jepun.

Semasa babak Lt. Adnan dikepung askar Jepun, memang aku terasa bangga dan sedih melihat bagaimana peritnya Lt. Adnan berjuang mempertahankan negara.

Mungkin couple belakang aku tu rasa lain sebab mereka sibuk beromen masa Lt. Adnan sibuk berperang.

Rating:
5 Bintang + 1 Bintang atas lakonan baik Hairie Othman.

Bukit Kepong
Pengarah: Tan Sri Jins Shamsuddin

Situasi menonton:
Mestilah TV. Cerita ini keluar pada tahun 1981. Aku belum lahir lagi.

Ulasan:
Tadi aku kata filem Leftenan Adnan antara filem perang yang baik. Tapi bukan yang terbaik. Ya!!! Bukit kepong yang terbaik.

Sebenarnya sudah agak lama aku tidak melihat filem ini. Tetapi filem ini memang terbaik. Tan Sri Jins berjaya menonjolkan babak perang yang baik dan karekter watak setiap polis dan keluarga mereka dengan baik. Babak mereka terbunuh dan melihat ahli keluarga mereka ditembak memang menyayat hati.

Tak de siapa ke mahu buat remake filem ini?

Rating:
5 Bintang + 2 Bintang babak seorang isteri melihat suaminya ditembak dan darah suaminya menitik jatuh ke mukanya.

Ok. Kebanyakan filem yang aku senaraikan ini adalah terbaik pada aku, mungkin tidak pada kamu. tetapi aku mahu bagi sati tips. Kalau cerita itu arahan Afdlin Shauki, pergilah ke wayang dan tonton. Kamu pasti puas hati. Jangan jadi macam kawan aku yang kecewa menonton Sifoo Dan Tonga. Hahahaha....

Oh ya. Satu lagi. Kalau dikumpulkan Angelina Jolie, Jessica Alba, Brad Pitt, Tom Cruise, Tom Hanks serta Keanu Reeves serta budget filem US Dolar 100 juta tapi pengarahnya Prof Madya A. Razak Mohaideen, pasti hancur filem itu. Sangat confirm.

Ok. Chow dulu.

Aku dah update episod baru di Tears Don't Fall.