Kamis, 30 April 2009

CERITA MELAYU SAMPAH YANG PERNAH AKU TONTON DAN RASA SESAL KERANA MENONTONNYA TIDAK HILANG HINGGA KE HARI INI

Tak payah intro panjang-panjang. Jom Usha:

(Semua filem ini tidak disusun mengikut nombor, just randomly je aku tulis)

 MAMI JARUM

Arahan: Prof Madya A. Razak Mohaideen

Situasi menonton:

Rasanya pada Hari raya tahun lepas. Masa tu pukul 3 pagi, semua orang sudah lena di ulit mimpi tapi mata aku sangat cerah dan segar. Buka TV, cari channel tv sampai la ke Astro Kirana dan terpaparlah cerita ini. Memandangkan saluran sukan semuanya memaparkan sukan Golf dan American Football (suck American sport) dan channel Star World memaparkan Cofee With Karran, maka option aku amat sikit ketika itu.

Ulasan:

Aku sebenarnya Cuma tengok setengah jam terakhir, tapi dah cukup terasa sampahnya. Agak kelam kabut jalan ceritanya dan Nampak pelakon macam terburu-buru, di campur dengan lawak bodoh standard Prof Madya A. Razak Mohaideen.

Yang paling menjijikan ialah babak terakhir, dimana kononnya Mami Jarum tu dah insaf, tengah sembahyang dan berdoa. Lepas tu, anak dia masuk (over gedik Rita Rudaini)mengumpat pasal jiran sebelah mengandung anak luar nikah. Emaknya terus selak telekung dan tunjuk gelang berderet pada lengannya. Macam menghina Islam pulak. Atas sejadah dan dalam telekung pun nak mengumpat orang.

Rating:

3 Tong Sampah + 2 Tong Sampah untuk gelak kuda Rita Rudaini

MAIN-MAIN CINTA

Arahan: Prof Madya A. Razak Mohaideen lagi

Main pondok-pondok je cerita ni

Situasi menonton:

Tengah malam, tiada rancangan menarik di TV. Sepupu aku datang selepas pulang dari pasar malam dan meninggalkan CD cetak rompak yang dibeli di rumah aku. Bapak aku yang tengah boring pun terus menyuruh aku pasang CD tu.

Ulasan:

Pertama kali si Adam AF2 dan Misha Omar belakon. Bila baru pertama kali berlakon, korang mesti tahu kualiti lakonan mereka. Adam terlampau malu sangat dan control macho dan Misha memang kayu habis. Jalan cerita memang tipikal Prof Razak berserta yang memang boleh dibaca. Baru habis satu CD, bapak aku Tanya, “Kau nak tengok lagi ke cerita tu?”. Aku geleng. Tutup VCD player dan kitorang bukak TV balik. Tengok orang lawan Dart lagi baik.

Rating:

4 Tong Sampah. 2 untuk Adam, 2 untuk Misha Omar

1.       Mistik

Arahan: Prof Madya A. Razak Mohaideen (rasanya la. Tapi memang ya kot. Tolong siapa-siapa confirm kan)

Situasi menonton:

Masa aku belajar di Politeknik Merlimau. Menonton dari VCD cetak rompak. Aku tak ingat aku tonton di bilik siapa sebab memang sakit jiwa menontonnya.

Ulasan:

Aku ada tengok “The making of Mistik” di TV. Rita Rudaini dengan gahnya berkata, “Dalam senarai pelakon ni, saya dengan Chico Harahap je yang ada pengalaman berlakon dengan luas, lain semua pelakon baru. So, memang diorang semua kena mintak tunjuk ajar dari saya.”

Tunjuk ajar apa? Tunjuk ajar jadi sampah?

Pegh. Jalan cerita cerita ni, memang sampah gila babi punya. Aku tak tau la apa perasaan orang yang tengok cerita ini di wayang. Jalan cerita simple dan tak membina, di tambah lakonan Rita Rudaini  yang memegang watak sebagai wanita lasak @ tomboy @ pondan baru lepas operate alat kelamin memang tak menjadi dan Nampak sangat di buat-buat.

Di tambah pula dengan jeritan annoying yang di buat oleh Rita Rudaini. Memang sakit jiwa. Kalau cerita tu keluar TV, aku cepat-cepat tukar channel sebab tak mahu mendengar jeritan annoying Rita Rudaini tu. Aku tidak tahu kesudahannya sebab aku memilih untuk tidur dari sakit telinga mendengar jeritan ala pondan kena rogol itu.

Rating:

10 Tong Sampah + 2 Tong Sampah untuk lakonan dibuat-buat oleh Rita Rudaini + 5 Tong Sampah untuk jeritan annoying Rita Rudaini.

      Mendam Berahi

Arahan: Z. Lokman

Filem aksi terhebat di rantau ni konon.

Situasi Menonton:

Juga pada waktu Hari raya. Tengah mabuk kuih raya. Cerita yang kononnya penuh aksi ini menjadi bahan ketawa oleh aku dan abang atau sepupu aku. Tak berapa ingat siapa yang menonton dengan aku.

Ulasan:

Aku ada melihat “The Making Of Mendam Berahi”. Dari babak di belakang tabir, Nampak filem ini macam boleh pergi jauh. Rupanya, tak boleh pergi langsung.

Aku sedikit teruja apabila melihat ada babak-babak letupan pada iklan promo untuk filem ini. Dan pada tahun hadapannya, aku ketawa sakan melihat aksi siol para pelakon dari cerita ini.

Jalan cerita yang mengarut dan boleh diduga. Macam tengok Awang Spanar, malah rasanya Awang Spanar  lebih menghiburkan. Aku tak tahu la apa yang ada dalam kepala Z. Lokman ni. Ada hati mengaku hampir setaraf P. Ramlee. Oh ya. Ini merupakan filem terawal (mungkin pertama) bagi Rita Rudaini.

Rating:

5 Tong Sampah +  1 Beg Plastik Sampah kerana menipu dengan babak letupan yang tidak munahsabah.

Aku Kaya The Movie

Situasi Menonton:

Dalam bilik bersama roommate yang berasal dari Perlis semasa aku belajar di Politeknik Merlimau. Roomate aku, K (bukan nama sebenar. Cuma huruf pertama bagi namanya), ialah seorang peminat filem melayu yang tegar. Dia memang tak layan cerita Hollywood (sekarang ni aku tak tau la). Sampah macam mana pun cerita Melayu tersebut, akan di tonton sampai tamat. Tetapi, hari ini akan mengubah segalanya.

Ulasan:

Memang berbeza dengan cerita VCDnya. Yang versi VCD tu boleh terima. Tapi versi filem ni memang tak boleh Blah. Aku dapat bertahan 15 minit sahaja. Masuk babak Bandi Amuk keluar masa zaman batu, aku dah dapat Nampak kesampahannya itu. Aku bangun dan terus baring atas katil. 15 minit kemudian, K pun tutup computer dan baring di katil dia. Aku Tanya apsal tak tengok sampai habis. Dia balas, “Mengarut ceritanya.” Maka terpalitlah sejarah yang K akhirnya mereject cerita Melayu.

Rating:

1 Lori Sampah Alam Flora + 1 Lori Sampah Southern Waste.


Kesimpulan:

Sebenarnya banyak lagi aku nak tulis tapi aku dah penat. Ni antara yang sampah la aku letak ni.

Entah kenapa la cerita Melayu ni banyak yang sampah dari yang best. Risau juga aku kerana apabila selalu sangat di sogok dengan cerita sampah, maka rakyat Malaysia berkemungkinan akan berfikiran sampah juga nanti. Tolonglah wahai pengarah dan penerbit, fikirlah baik-baik sebelum membuat sesuatu filem.

Tapi, kebanyakkan filem sampah ialah hasil arahan Prof A. Razak Mohaideen dan lakonan Rita Rudaini. So, korang piker la sendiri. Hahaha…..

Next entri, aku ceirta pasal filem Melayu yang best pula.

Aku dah update episode baru di Tears Don’t Fall.

3 komentar:

  1. Hahaha lawaklah awak ni. Lori sampah pun bolehlah...

    BalasHapus
  2. Tak Suka Tak payah la tengok. Sedap kutuk karya orang ya

    BalasHapus
  3. orang tulis ni hidup lagi tk? mesti dah berumur dho sbb ni 2009...just ask,hope reply

    BalasHapus