Senin, 19 Januari 2009

MEET UNCLE HUSSAIN JUARA ANUGERAH LAGU KE-23


Anda pasti terkejut membaca tajuk entri ini jika anda tidak melihat siaran langsung Juara Lagu malam semalam. Memang ada ramai orang yang menganggap keputusan tersebut agak kontroversi, tapi juara dah sebulat suara memberikan kemenangan pada Meet Uncle Hussain.

Aku sebenarnya tidak meletakkan harapan kepada band indie untuk menang malam tersebut kerana lagu Estranged, Yang Pernah, bagi aku tidak sehebat lagu Itu Kamu yang mengungguli Juara Lagu ke-21.

Meet Uncle Hussain pun aku tidak meletakan harapan kerana aku dah banyak kali melihat persembahan live Meet Uncle Hussain samada di TV atau di Gig. Dan apa aku rumuskan, penyanyi mereka, Lan, amat teruk menyanyi kalau live ni. Kira memang tak boleh nyanyi live la dia ni.

Tapi di malam Juara Lagu, semuanya berlainan. Lan berjaya menyanyikan lagu tersebut dengan baik sekali. Memanglah tidak sebaik Faizal Tahir, tapi nyanyian Lan malam tersebut merupakan nyanyian live terbaik yang pernah aku dengar.

Tahniah juga kepada Faizal Tahir (dia buakn mat rock ya?) kerana berjaya mengungguli kategori Lagu Balada terbaik, Vokal terbaik dan Persembahan Terbaik. Agak kreatif juga persembahan Samapai Syurga tu.

Aku ingat, Faizal Tahir yang akan menang Juara Lagu kerana pengacara tersebut cakap macam ini, "... Keputusan ini memang keputusan yang dijangkakan oleh orang ramai.."

Stacy pun memberikan persembahan menarik. Seperti biasa, minah Sabah ni dengan selamba menari dan menyanyi tanpa semput sedikit pun. Tinggi stamina Stacy ni.

Apa-apa pun, kemenangan Meet Uncle Hussain merupakan kesinambungan kemenangan Estranged, yang membuktikan yang muzik indie kini mula di terima oleh pendengar di arus perdana.

Indie merupakan kesinambungan daripada muzik underground dan aku sebagai salah seorang penggemar muzik underground dan sering pergi ke gig pada masa dulu dan kadang-kadang kena lari sebab gig tu kena rush dengan polis, kini amat berbangga kerana masyarakat kini sedia memberi peluang pada pemuzik underground dan indie di arus perdana. dan juga sudah tidak memandang serong lagi.

So, harapnya tahun depan giliran Hujan, Bittersweet, Butterfingers dan yang lain-lain pula. Ayuh bangun pemuzik underground dan indie!!!!!!!

Bacaan Lampau: Entri ini dan Entri ini juga.

====================================

Lupa nak bagitahu, dah ada model baru untuk blog aku. Michelle McCool namanya. Seorang penggusti wanita di WWE. Divas WWE lah senang cerita. Entah kenapa sejak kebelakangan ini aku suka dengan perempuan yang beraksi lasak dan bersukan. Kenapa ya?

===================================

Update terbaru Tears Don't Fall kini sudah ada.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar