Senin, 19 Januari 2009

MEET UNCLE HUSSAIN JUARA ANUGERAH LAGU KE-23


Anda pasti terkejut membaca tajuk entri ini jika anda tidak melihat siaran langsung Juara Lagu malam semalam. Memang ada ramai orang yang menganggap keputusan tersebut agak kontroversi, tapi juara dah sebulat suara memberikan kemenangan pada Meet Uncle Hussain.

Aku sebenarnya tidak meletakkan harapan kepada band indie untuk menang malam tersebut kerana lagu Estranged, Yang Pernah, bagi aku tidak sehebat lagu Itu Kamu yang mengungguli Juara Lagu ke-21.

Meet Uncle Hussain pun aku tidak meletakan harapan kerana aku dah banyak kali melihat persembahan live Meet Uncle Hussain samada di TV atau di Gig. Dan apa aku rumuskan, penyanyi mereka, Lan, amat teruk menyanyi kalau live ni. Kira memang tak boleh nyanyi live la dia ni.

Tapi di malam Juara Lagu, semuanya berlainan. Lan berjaya menyanyikan lagu tersebut dengan baik sekali. Memanglah tidak sebaik Faizal Tahir, tapi nyanyian Lan malam tersebut merupakan nyanyian live terbaik yang pernah aku dengar.

Tahniah juga kepada Faizal Tahir (dia buakn mat rock ya?) kerana berjaya mengungguli kategori Lagu Balada terbaik, Vokal terbaik dan Persembahan Terbaik. Agak kreatif juga persembahan Samapai Syurga tu.

Aku ingat, Faizal Tahir yang akan menang Juara Lagu kerana pengacara tersebut cakap macam ini, "... Keputusan ini memang keputusan yang dijangkakan oleh orang ramai.."

Stacy pun memberikan persembahan menarik. Seperti biasa, minah Sabah ni dengan selamba menari dan menyanyi tanpa semput sedikit pun. Tinggi stamina Stacy ni.

Apa-apa pun, kemenangan Meet Uncle Hussain merupakan kesinambungan kemenangan Estranged, yang membuktikan yang muzik indie kini mula di terima oleh pendengar di arus perdana.

Indie merupakan kesinambungan daripada muzik underground dan aku sebagai salah seorang penggemar muzik underground dan sering pergi ke gig pada masa dulu dan kadang-kadang kena lari sebab gig tu kena rush dengan polis, kini amat berbangga kerana masyarakat kini sedia memberi peluang pada pemuzik underground dan indie di arus perdana. dan juga sudah tidak memandang serong lagi.

So, harapnya tahun depan giliran Hujan, Bittersweet, Butterfingers dan yang lain-lain pula. Ayuh bangun pemuzik underground dan indie!!!!!!!

Bacaan Lampau: Entri ini dan Entri ini juga.

====================================

Lupa nak bagitahu, dah ada model baru untuk blog aku. Michelle McCool namanya. Seorang penggusti wanita di WWE. Divas WWE lah senang cerita. Entah kenapa sejak kebelakangan ini aku suka dengan perempuan yang beraksi lasak dan bersukan. Kenapa ya?

===================================

Update terbaru Tears Don't Fall kini sudah ada.

Rabu, 14 Januari 2009

SALAH TAFSIR

"Aku sukalah Faizal Tahir tu..."

"Faizal Tahir? Kenapa kau suka sangat kat dia tu?"


"Dia tu rock lah.."


Rasanya mungkin kamu semua juga pernah dengar ayat demikian (atau lebih kurang macam tu lah) dari mulut kenalan atau bukan kenalan kamu. Kalau tidak pun, kamu mesti pernah baca ayat seperti ini (lebih kurang macam ini) di akhbar atau majalh gosip murahan yang berlambak di pasaran Malaysia sekarang ini:

PENYANYI ROCK REALITI FAIZAL TAHIR DI GAM KERANA MEMBUKA BAJU DULU ROCK KINI NASYID: FAIZAL TAHIR

Ok. Disini kamu patut perasan perkataan "rock" yang aku taip di sini. Setakat ini, dah empat kali aku taip perkataan tersebut.

Jadi persoalannya di sini, adakah Faizal Tahir rock atau lebih tepat, seorang rockers?

Jadi, aku yang tengah sibuk praktikal ini masih sempat membuat kaji selidik ke beberapa individu, untuk bertanyakan soalan seperti berikut:

1. Adakah Faizal Tahir itu rock?

2. Kenapa anda kata Faizal Tahir itu rock?

Setelah aku membuat kaji selidik yang tidak berfaedah ini, ini adalah jawapn popular yang aku dapat dari kaji selidik tersebut:

1. Sebab rambut dia panjang

2. Dia menyanyikan lagu rock

3. Sebab pakaian dia ala-ala rock

4. Dia menyanyi menjerit-jerit

5. Dia bukak baju. Kenapa Ella tak bukak baju, dia kan Ratu Rock (jawapan paling tak senonoh dari kawan aku).

Dengan hanya 5 jawapan ini, maka kita semua (kecuali aku. Aku tidak tahu dengan kamu) semua telah melebelkan Faizal Tahir sebagai mat rock.

Adakah kerana dia berambut panjang, dia adalah seorang penyanyi rock? Ustaz Akhil Hay pun rambut panjang juga. Tapi dia nyanyi nasyid sekarang.

Adakah kerana dia suka menyanyikan lagu dengan high note, dia di gelar rock?

Adakah kerana dia membuka baju, dia boleh digelar rock? Pamela Anderson pun ada membuka baju di majalah Playboy, kenapa tak gelarkan dia rock?

Cuba lihat lagu yang dia nyanyikan: Sampai Syurga, Cuba, Kasih Tercipta... Langsung tiada unsur rock. Jadi, kenapa labelkan dia sebagai penyanyi rock?

Jadi, aku harap masyarakat sekarang janganlah suka menafsir orang dan meletakkan gelaran ikut sedap gigi.

Aku tulis entri bukannya apa, bukanlah sebab aku dengki Faizal Tahir, tapi aku cuma rasa kurang enak mendengar orang panggil dia rock. Dia tak rock beb.

Dan lebih teruk lagi, tabiat ini dah menular keluar Malaysia. Bila aku bukak Chanel MTV, ada rancangan MTV ROCK. Dan dalam rancangan tersebut, keluarlah pulak video klip David Cook. Ya! David Cook pun bukan penyanyi rock.

Tapi itu tak cukup untuk membuatkan aku sedih. Bila aku bukak Channel V pulak, ada rancangan V Tunes (Rock). Mula-mula keluar lagu band rock. Tiba-tiba keluar lagu kumpulan The Click Five. Lepas tu keluar pulak Jonas Brothers.

FUCK!!!! Jona s Brothers tak rock ya. Sikit rock pun tak de. Jonas Brothers tu kalau dekat Malaysia, macam Newboyz je. Band yang nyanyi lagu meleleh.

Jadi, tolong jangan label seseorang tu penyanyi rock sesuka hati. Aku tak mahu nanti Dato M Daud Kilau, Saiful OIAM atau Azwan Ali pula dilabel sebagai rock...

Haaa... Banyak sangat aku berfikir ni....

=================================

Ada cerita baru di Tears Don't Fall. Bertajuk Dua Dunia. Enjoy!!!

Jumat, 09 Januari 2009

ENTRI PERTAMA DI TAHUN 2009

Maaf kerana sudah lama aku tidak mengupdate entri baru di sini. Bukannya aku dah give up hendak terus berblog, tapi laptop aku buat hal pula. Laptop aku kini berada di kedai dalam proses mendapat hati dan jantung yang baru. Aku tukar hardisc dan tambah RAM laptop aku tu.

Tahun baru menuntut kita untuk mencipta azam baru. Kadang-kadang ada yang tidak punya azam, cuma renew azam yang tidak tercapai tahun lepas. Aku tidak punya azam tahun ini. Ini bukanlah bermaksud aku menjada manusia yang tidak bercita-cita, tapi malsa aku nak berazam kerana setiap kali aku pasang azam, lain pulak yang aku buat. Baik tak payah pasang azam.

Aku malas nak cerita pasal azam tahun baru, cerita lapuk. Aku nak bercerita sikit pasal 2 buah filem yang aku tunggu-tunggu tahun ini.

Yang pertama, Transformers: Revenge of The Fallaen. Merupakan sequal daripada Transformers the Movie tahun 2007 lalu.

Bagi aku,Transformers yang pertama dulu pun dah cukup gempak. Dan aku amat pasti kali ini lebih gempak. Dengan tambahan pelbagai jenis robot lagi. Ya! Kali ini lebih banyak robot akan terlibat dalam Transformers kali ini. Akan di tayangkan pada akhir bulan Jun, dalam 25-29 Jun nanti.

Yang kedua ialan Dragonball Evolution. Ya! Komik yang kamu baca dengan heronya Son Goku akan keluar di layar perak.

Tapi tak banyak watak yang ada Cuma ada Son Goku yang dilakonkan oleh Justin Chatwin , Bulma (Emmy Rossum) [rambut palsu yang di pakai oleh Emmy membuatkan mukanya dekat-dekat sama dengan Bulma], Raja Pikor (ini bukan Pikor yang ada bersama Goku sekarang, ini bapak kepada Pikor), Chi Chi, Datuk Kame a.k.a. Cikgu Muten (Chow Yun-Fat), Son Gohan(bukan anak Goku, datuk Goku) dan Yamu. Yang lain tak de.

Dan aku rasa juga, tiada harapanlah kita nak lihat Goku menjadi Super Saiya dalam cerita ini. Yang aku pelik, kenapa watak Goku diberi kepada orang putih sedangkan watak Chi Chi orang cina?

Entah filem ini akan berjaya atau tidak, kita sama-sama tunggulah. Harap sentuhan Stephen Chow dalam Dragonball selaku penerbit kali ini tidak menghampakan seperti cj7 dulu.

Mari lihat trailer ni sikit:



Ok,sampai sini sahaja untuk kali ini. Cerita baru untuk Tears Don't Fall dah ada, tapi tak taip lagi. Tunngu laptop aku ok. Malas nak menaip dengan kebisingan budak-budak main counter strike ni.

Rabu, 17 Desember 2008

JANGAN KAMU NAK SALAHKAN JURULATIH DAN PENJAGA GOL SAHAJA... PENYERANG JUGA BERSALAH... DAN PERTAHANAN

Umum sudah tahu yang pasukan Malaysia pulang awal (lagi) dalam kejohanan bolasepak Piala Suzuki pada minggu lepas.

Sesudah penjaga gol Malaysia, Helmi Eliza Elias, menghiburkan penonton dengan aksi kelakar badut di tengah padang sehingga menyebabkan Malaysia tersingkir dari kejohanan, timbul pula isu adakah jurulatih Satiananthan, akan disingkirkan dari posisinya menjadi perbualan. Akhirnya pihak FAM perlu mengekalkannya.

Rasanya, tidak manislah kalau kita cuma salahkan jurulatih dan penjaga gol. FAM sendiri perlu buka mata dan mengaku kesalahan mereka. Setelah sekian lama, Malaysia sering gagal di pentas ASEAN, FAM hanya tahu menuding jari pada jurulatih dan pemain sahaja. FAM sendiri kena mengaku kesalahan mereka yang sering memporak perandakan liga bola sepak kita.

Ok. Malas nak cerita pasal tu semua. Tapi semua orang asyik menyalahkan penjaga gol dan jurulatih Malaysia. Tahukan kamu bahawa penyerang juga menjadi punca kekalahan skuad kita di Phuket? Kenapa?

Ini kerana Aidil Zafuan telah pun kahwin secara senyap-senyap dengan Rita Rudaini. Difahamkan mereka telah berkahwin di Songkhla, Thailand. Mungkin kerana risau jika-jika tok kadi yang menikahkan mereka itu juga berada di stadium dan memecahkan rahsia ini, itu sebabnya Zafuan gagal bermain dengan baik.... Atau mungkin dia memang teruk kot.

Entahlah macam-macamlah dunia ni. Tetapi berita ini memang mengecewakan keluarga Zafuan. Ya lah, mak mana yang tak sedih kalau anaknya membelakangkan keluarga. Malu pun ia juga tu. Macam gambar kat bawah ni tulis, perasan malu lebih sukar nak di buang dari peluh.

Apa-apa pun, tahniah pada Rita Rudaini dan selamat berbahagia bersama suami muda anda.

==================================

Belum buat cerita baru di Tears Don't Fall. Masih keliru nak buat cerita jenis apa pula lepas ini.

Kamis, 11 Desember 2008

PERBUALAN PENDEK

Berikut adalah beberapa perbualan pendek yang aku alami atau aku dengar sepanjang beberapa minggu lepas:

PERBUALAN 1

Antara Boss Tempat Aku Praktikal (BTAP) dengan jejaka handsome bernama Amirul (aku)

BTAP:
Macam mana kerja kat sini? Ok tak?

Aku:
Ok je, pak cik. (Aku panggil boss aku pak cik je).

BTAP:
Office aku ni memang kecoh sikit. Tapi kalau kau tengah tak happy, memang elok la kau datang sini.

Aku:
(Ketawa)

BTAP:
Ni... Kat sini, kau tak payah datang awal-awal sangat. Dalam pukul 9:30 ke, 10:00 ke. Ok la. Kau buat kerja sikit sampai lunch hour, lepas tu kau balik. Kat sini kau jangan buat kerja banyak-banyak. Nanti kau sakit badan.

Ha, tengok tu! Boss aku suruh aku balik awal. Bukan aku yang saja mau balik awal tau...

PERBUALAN 2

Antara kawan aku (kawan) dengan aku.

Aku: Aku benci betul la time cuti sekolah ni.

Kawan:
Kenapa pulak?


Aku:
Kau tengok la kat Summit ni. Penuh dengan budak-budak melepak. Buat semak je. Dah tu memekak je.


Kawan:
Ye la tu.. Biasa la, budak-budak baru nak naik.


Aku:
Tu la... Semak aku rasa. Benci aku.


Kawan:
Agaknya kan, masa kita jadi budak sekolah dulu, mesti student-student U masa tu benci kat kita jugak macam kita benci budak sekolah melepak kat Summit ni.


(Diam sekejap...)


Aku:
Ye la kot... Tapi bila budak-budak ni dah besar, dah masuk U jugak, mesti diorang pun rasa menyampah gak kat budak-budak sekolah ni.


Kawan:
Ye la tu....


(Diam kejap...)


Kawan:
Tapi kalau diorang tak masuk U, macam mana?


(Diam lagi...)


Aku:
Tapi aku rasa masa kita sekolah dulu, perangai kita tak macam diorang kan? (Saja tak nak jawap soalan tadi)


Kawan:
Ye kot...


(Diam lagi...)


Aku:
Jom pergi McD. Makan Prosperity Burger.


Kawan:
Jom....


Perbualan tiada hala tuju...

Sudah update episod baru di Tears Don't Fall

Selasa, 02 Desember 2008

KISAH PRAKTIKAL

Hai!!!!!!

Bertemu lagi dalam blog aku yang tak berapa nak sihat ini.... Setelah sekian lama aku gagal untuk mengupdate blog ini atas alasan kesibukan tahap gaban, akhirnya aku berjaya juga mengupdate kan blog ini.

Sebenarnya aku juga amat rindu untuk menulis di blog ini. Dan amat rindu juga untuk membaca blog-blog kamu.

Ok. Sebenarnya banyak benda yang aku ingat tulis untuk kamu semua. Tetapi oleh kerana sudah terlalu lama tidak menulis, aku sudah hilang kesemua idea untuk aku luahkan ke blog ini.

Ok. Umum sudah tahu yang aku kini sedang menjalankan kegiatan atau aktiviti yang digelar praktikal. Disesetengah IPTA atau IPTS, ia juga digelar sebagai L.I (Latihan Industri), Industrial Training, Working Training, atau Training sahaja.

Praktikal ini bertujuan konon-kononnya untuk memberikan pengalaman berkerja kepada para siswazah. Tetapi kebiasaannya pelajar yang praktikal hanya akan diberikan tugas untuk menjadi tukang photostat, tukang faks dokumen, susun fail, pembancuh kopi, tukang bank-in kan duit, berbual dengan mak cik cleaner, keluar merayap bersama pekerja pejabat tempat kamu praktikal itu (dengan erti kata lain, curi tulang sama-sama) dan juga keluar dating dengan pelajar IPTA/S yang juga menjalankan praktikal di tempat kerja yang sama (aku hampir buat benda ini... Hampir!!!!)

Sebelum ini, aku pernah menjalankan praktikal di TM Batu Pahat (Telekom) semasa aku belajar di Politeknik Merlimau. Dan aku tak sangka aku perlu sekali lagi membuat praktikal sekarang di UiTM Segamat.

Aku kini sedang menjalankan praktikal di sebuah syarikat yang aku terpaksa rahsiakan namanya untuk keselamatan aku dah syarikat tersebut. Aku praktikal di Batu Pahat sahaja. Kenapa? Sebab aku dapat berjimat dari membayar duit sewa rumah dan lain-lain perbelanjaan kerana aku kini menentap di rumah ibu bapa ku... hehehehe...

Syarikat ini merupakan milik bapa kepada housemate aku, Yan (bukan nama dalam I.C.). Yan juga praktikal di syarikat ini. yan akan mengambil aku di rumah setiap pagi dan kami ke pejabat bersama-sama.

Aku memulakan praktikal pada 1 Disember yang lalu. Pada hari Isnin yang lalu. Setakat entri ini di tulis, aku sudah 2 hari menjalankan aktiviti praktikal. Mari kita lihat jadual kerja aku dan tugas-tugas yang aku lakukan sepanjang 2 hari ini.

ISNIN

9:15 Pagi
Pergi ke pejabat bersama Yan. Bila sampai di pejabat, tiada orang yang berada di sana.

9:30 Pagi
Pejabat di buka. 10 minit kemudian, bos (ayah Yan) sampai. Berkenalan dengan pekerja-pekerja lain.

10:00 Pagi
Mula membuat tugasan (cepat betul dah dapat kerja). Menyusun data-data perniagaan syarikat tersebut di mana data tersebut adalah rahsia syarikat dan aku tidak boleh memberitahu kepada kamu. hehehehe....

12:30 Tengahari
Berhenti buat kerja. Main internet. Masuk myspace. Laju siot internet kat office ni.

1:30 Tengahari
Keluar makan. Pergi ke kedai yang agak jauh.

2:45 Petang
Pulang ke rumah selepas lunch.

SELASA

10:00 Pagi
Sampai ke pejabat. Lebih lewat dari semalam.

10:15 Pagi 
Mula buat kerja sedikit.... Sambil berinternet lagi.

12:45 Tengahari
Balik ke rumah. Dah penat bekerja.

5:00 Petang
Keluar main bowling dengan mak aku.

Kamu lihat sendiri jadual kerja aku. Sibuk tak aku ketika praktikal ni? Hahahahahahaha.....

Aku dah update episod baru cerpen aku di Tears Don't Fall.

Jumat, 28 November 2008

HEHEHEHE...!!!!!

Akhirnya aku dah ada talian internet sendiri..

Tapi sekarang amat sibuk...

Sibuk dengan kenduri kahwin sepupu aku...

Dan sibuk sikit kerana akan memulakan latihan praktikal bulan hadapan....

Jadi entri baru bermula bulan disember..

Jumpa lagi bulan depan...

Ala... Tinggal berapa hari je lagi kan?