Selasa, 31 Juli 2007
1 OGOS FRIENDSHIP DAY KE? MARI MENYINGKAP SEJARAH KEMERDEKAAN MALAYSIA
Ok. Sekarang aku belum ada mood nak cerita pasal kemerdekaan. Tapi mungkin aku akan sedikit bersikap patriotik dan akan menyingkap sejarah kemerdekaan Malaysia. Mungkin aku akan lebih banyak bercerita tentang sejarah Malaysia dalam post akan datang.
Ape? korang tak suka. AH!!! Blog aku, suka aku la ape aku nak tulis.
Semalam, pukul 12:02 pagi, aku dapat SMS bertulis lebih kurang macam ni:
Happy Friendship Day. Whatever happen, will be friend forever.
SMS lain pun berbunyi lebih kurang macam tu jugaklah. Semua pasal friendship day. Sampai sekarang ni, aku dah dapat belasan SMS pasal Friendship Day ni.
Betul ke hari ni Friendship Day? Aku pernah dengar tapi tak tahu bila. Aku pun cari la dekat internet. Aku dapat info yang Friendship Day ni merupakan hari Ahad pertama dalam bulan Ogos. Tapi ada sesetengah negara ambil 1 Ogos sebagai Friendship Day. Malaysia sambut ke bende alah ni? Entah la... Kalau sambut, kena guna nama Hari Persahabatan. Maklumlah, Kempen Cintai Bahasa Malaysia.....
Tak kira lah bila, terima kasih kepada kawan-kawan yang wish aku. Semoga persahabatan kita berkekalan... Amin....
Info tentang Friendship Day, Klik Sini...
ANALISA BULAN JULAI
Kalau korang semua perasan, bulan Julai ni merupakan bulan yang paling banyak aku post di blog aku ni. Ini merupakan post yang ke 31 dalam bulan Julai ini, macam aku post satu post tiap-tiap hari sepanjang Julai ini. Kenapa ye? Mungkin ada beberapa faktor yang menyebabkan aku banyak memblogging kebelakangan ini:
1. Sebab aku tak sibuk sangat. Ya, belum sibuk dengan kata lain, aku akan sibuk nanti. Sibuk dengan apa? Aku baru sahaja mendaftar masuk untuk semester baru pada awal bulan Julai. Ini bererti, aku belum ada banyak assignment, kuiz dan test. Bulan Ogos ni memang sah-sah akan ada banyak kuiz dan Test 1 akan berjalan. Malah, kebanyakan assignment perlu di hantar pada bulan Ogos. Maybe bulan depan aku akan kurang blogging sikit agaknya.
2. Banyak benda yang aku nak ceritakan. Dari hal aku kehidupan aku (di mana hari hujan lebat dan ada gadis cute peluk aku, kisah reunion dengan kawan-kawan lama), kisah kawan-kawan aku(Lula accident dan malapetaka), hal-hal panas terutama persembahan hambar skuad bola sepalk kita dan macam-macam lagi.
Maybe bulan depan aku tak seaktif bulan ini (maybe ya. Kalau tak faham bahasa inggeris, maybe maksud nya mungkin). Mungkin aku masih aktif seperti ini atau mungkin lebih aktif dari bulan ini. Kita tunggu dan lihat.
Kamu semua nak tahu fakta tentang bulan Julai??? Klik sini.
Senin, 30 Juli 2007
REWIND: KISAH KERETA APENG & KERETA BELL
Tayar kereta Apeng pecah tak ingat punye
Lula sedang menunjukkan skill yang amat sikit Rakyat Malaysia tahu, skill membuka tayar dengar satu tangan sambil menghisap rokok.
Setelah mendapat tunjuk ajar daripada Lula, Apeng mencuba skill di atas tadi. Setelah 8 kali gagal, akhirnya Apeng pakai dua-dua tangan nya
Akhirnya mereka menggunakan alat yang betul untuk membuka tayar setelah menghadapi kesukaran ketika membuka tayar menggunakan tangan
Apeng: Sempat pulak budak Lula ni tido time-time genting ni. Hentak dengan tayar ni kang.
KISAH KERETA BELL
Kereta Bell belum pernah lagi megalami kecederaan serius sangat. Tapi kereta Bell ni sinonim dengan perkataan habis minyak. Kereta beliau sering di lihat tersadai di tepi jalan kerana habis minyak. Sampai lecturer dia pun pernah berkata, "Saya selalu jugak tengok kereta awak tersadai tepi jalan. Kereta awak yang colour hijau tu kan?"
Begitulah kisah kereta kawan-kawan ku di rumah ini. Kereta-kereta yang lain tak de masalah lagi setakat ni. Macam mana pun aku amat berterima kasih kepada kawan-kawan aku kerana sudi menumpangkan aku untuk ke kelas. Tanpa kamu semua, tak sampailah aku ke kelas. Aku harap satu hari nanti korang semua dapat kerja best, bergaji besar, lepas tu boleh beli kereta-kereta besar, best dan berkualiti. Amin......
UPDATE: KEADAAN TERKINI KERETA LULA DI BENGKEL
(Gambar ehsan dari Encik Bell. Sorry sebab buat kau terbangun. Aku tak sengaja, aku ingat kau taruk Hand Phone kat sebelah kau. Nanti aku belanja kau nasi lemak kat kedai depan. Hehehe...)
Tuan punya kereta berposing sambil tersenyum. Walaupun muka tersenyum tapi dalam hati kecilnya berkata, "Kopak la aku nih nampaknya.."
Dalam rumah sewa aku ni, seramai 5 orang kawan-kawan aku yang mempunyai kereta. Dan setakat ni, 3 daripadanya pernah kecundang di medan perang (pernah mengalami kerosakan la). Lula merupakan orang terbaru yang masuk dalam senarai sentuhan kecundang ini. Lagi dua ialah Bell dan Apeng. Insyaallah, aku akan ceritakan pada post akan datang. Mesti cerita punye beb. Hahahaha.... Anyway, harap kereta kawan-kawan ku ini tak kan kecundang lagi dan berharap kereta Lula kembali kepangkuan Lula semula dengan segera dan selamat. Amin....
KISAH SI ARNAB YANG EMO DAN GAMBAR TENSION
"Apsal ko pakai layout gambar arnab? Macam pompuan punya je?"
Atau pun....
"Apsal arnab dalam layout friendster kau tu berdarah? Kan arnab tu binatang yang comel, nape nak ade darah-darah pulak?"
Ok. Aku jawab soalan kamu semua. Kenapa aku pakai layout tu? Sebab arnab tu bukanlah arnab yang jenis comel-comel dan sinonim dengan para-para gadis. Tapi arnab ni special sikit. Nama layout tersebut ialah Emo Rabbit. Emo Rabbit ialah seekor arnab yang nampak lembut tapi dia berani meyuarakan apa saja dan kadang-kadang berani bertindak di luar dugaan.
Emo Rabbit juga berani menempuh dugaan yang kadang-kadang sampai sanggup mengorbankan jiwa dia sendiri. Tu yang berdarah-darah tu. Dia tak menghiraukan apa jua cabaran yang mendatang. Arnab ini mempunyai jiwa yang kental dan tak menghiraukan semua tu demi perjuangan untuk diri sendiri.
Puas hati dengan penjelasan aku? Tak puas hati? Ah, arnab tu tak ganggu korang dalam mimpi pun kan?
Soalan atau komen lain yang sering aku dapat ialah...
"Kenape gambar tu? Awak tengah tension ke?"
atau pun...
"Mirul, ko tukar gambar ko tu. Nyampah lak aku tengok gambar tu."
Ok. Kenapa aku pakai gambar ni? Sebab gambar tu mempunyai ciri-ciri seni estetika yang tinggi. Gambar tu macam ada related dengan gambar Emo Rabbit. Tapi bukan bermakna aku bercita-cita nak jadi seekor arnab. Tidak!! Tidak sekali-kali. Cuma gambar tu memang seni habis. Hehe...
Aku guna gambar yang sama untuk profile Friendster, Myspace dan Profile bloggers aku. So kalau aku tukar gambar, aku akan tukar tiga-tiga sekali. Tapi gambar yang aku pakai tetap mempunyai nilai-nilai seni estatika yang tinggi. Hehe... Kepada Suhana, aku tak kan tukar gambar profile aku tu senang-senang. Gambar yang perlu aku gunakan mesti ada value yang tinggi. Baru boleh jadi pengganti yang sesuai.
Para-para gadis, puas hati dengan penjelasan aku? Jadi jangan tanya lagi. Nanti aku tukar layout Emo Pig pula... Baru korang tahu. Kena samak komputer korang...
HUJAN DAN KELAS AKU BATAL SEPANJANG HARI
Hari isnin juga merupakan hari paling sibuk dalam jadual belajar aku. Kelas aku bermula seawal pukul 8 - 10 pagi dengan subjek Hubungan Etnik, pukul 10 - 12 tengahari Managerial Economic, pukul 4-6 petang Sales Management dan 8 - 10 malam Global Retailing. Banyak sungguh kelas aku.
Tapi apa terjadi hari ni???
Bila aku sampai kelas pagi tadi (agak lewat aku sampai, dalam pukul 8:15 pagi), aku tengok classmate aku tengah lepak-lepak luar kelas. Bila aku tanya, mereka jawab Ustaz Nawawi tak datang. Kawan aku, Kulon, ajak lepak dan makan kat bilik dia di SR. Dari mulut Kulon jugak aku dapat berita yang kelas malam aku hari ni iaitu Global Retailing batal. Tak de kelas Global Retailing untuk minggu ini. YYYYAAAHHHHOOOO!!!!
Aku pergi kelas Managerial Economic pada pukul 10 pagi. Kelas ada hari ni setelah Encik Hassan tak menunjukkan batang hidung selasa lepas. Kami semua di sambut dengan kuiz yang agak sukar. Bukan agak la, memang sukar pun. Sorang pun tak dapat jawab soalan yang kedua tu. Balik pukul 12 tengahari.
Bila sampai ke rumah aku terus tidur. Sedapnya tidur. Maklumlah, hari hujan. Sejuk je. Pukul 3:30 petang, aku gagahkan diri untuk bangun dan ke kelas sebab memikirkan aku dah pun ponteng kelas dia sekali. Setiba nya aku kat UiTM classmate aku dah nak balik dah. Ciss!!! Kelas batal. Kenapa la Encik Isa tak bagitahu awal-awal. kalau tak mesti aku belum bangun lagi. Aku rasa Encik Isa ni belum pernah buat kelas hari Isnin. Batal je memanjang.
So, akhirnya hari aku yang paling sibuk menjadi hari paling rileks. Kan bagus hari-hari macam ni....
Minggu, 29 Juli 2007
D'OH!!!!
Kecewa aku bila GSC Summit Batu Pahat tak menayangkan Simpson...
Kenapa ada diskriminasi di sini?? Aku nak tengok Simpson!!!!!!!





