Rabu, 13 Oktober 2010

Barney Stinson's Theory: The Cheerleader Effect

Pernahkah kamu sekalian pembaca blog aku, tengok 'How I Met Your Mother'?

Kalau tak, memang rugi. How I Met Your Mother ialah sebuah sitkom yang mengisahkan Ted Mosby (lakonan Josh Radnor) mencari wanita idamannya di New York. Ted tinggal disebuah apartmen dan sering berbual dengan kawan-kawan baiknya tentang kehidupan mereka pada masa kolej dan juga waktu sekarang dan juga kisah cinta Ted.

Salah seorang kawan ted ialah Barney Stinson. Barney Stinson ialah seorang womanizer yang biasanya mempermainkan perempuan untuk one night stand. Barney tidak percaya pada institusi perkahwinan dan selalu 'meracun' Ted supaya jangan berkahwin.

Barney Stinson dilakonkan oleh Neil Patrick Harris yang dalam kehidupan realitinya adalah seorang gay. Seorang gay melakonkan watak lelaki womanizer. Ironi?


Satu perkara yang menarik tentang Barney ialah Barney penuh dengan teori dan peraturan yang berkaitan dengan perempuan dan dating. Teori-teori tersebut adalah hasil rekaannya sendiri yang diberikan nama sebagai "The Bro Code" dan "The Playbook". Segala teori dan, tips dan peraturan Barney sudah pun dibukukan dan boleh kamu cari di kedai buku (aku serius. Memang betul-betul dah dibukukan).

Salah satu teori ciptaan Barney ialah The Cheerleader Effect.

"Mirul, apa The Cheerleader Effect tu?"

Glad you ask! Bila kamu nampak sekumpulan cheerleader (pasukan sorak @ pom-pom girl) jalan secara berkumpulan, mesti kamu semua akan anggap yang semua cheerleader tersebut adalah hot dan sexy. Tapi sebenarnya tidak. Tak semua cheerleader hot.

Ada dua sebab kita nampak semua cheerleader hot dan sexy: (1) Kerana uniform cheerleader dan (2) kerana mereka jalan secara beramai-ramai. Bila kamu nampak sekumpulan cheerleader beruniform jalan bersama-sama, jangan pandang mereka secara berkumpulan tapi pandang betul-betul secara individual. Take a hard look individually. Mesti kamu perasan yang sebenarnya, dalam sekumpulan cheerleader, cuma  2-3 orang saja yang betul-betul hot dan sexy. Yang lain-lain cuma tumpang 'tuah' pada cheerleader yang hot dan sexy tu.

Barney memperkenalkan The Cheerleader Effect pada Season 4 episod 7, Not a Father's Day. Menurut Barney, The Cheerleader Effect juga dikenali sebagai Bridesmaid Paradox, Sorority Girl Syndrome dan pada pertengahan 90'an, the Spice Girls Conspiracy. Dalam Spice Girls tu berapa orang saja yang betul-betul hot dan sexy, tapi kita nampak macam semuanya hot dan sexy.

The Cheerleader Effect boleh juga digunakan pada orang lain, tak semestinya cheerleader saja. Contoh, dekat sekolah/kolej/universiti, mesti ada sekumpulan perempuan yang perasan budget hot akan duduk, jalan dan bergaul dalam kumpulan. Cuba gunakan teori The Cheerleader Effect, mesti kamu nampak keberkesanannya.

Pada perempuan, kamu juga boleh menggunakan teori ini bila nampak sekumpulan lelaki hot dan sexy. Teori ini tak tersekat hanya untuk perempuan sahaja.

Bagi kau, teori ini memang berkesan. Baru-baru ini, aku cuba menggunakan teori The Cheerleader Effect di BP Mall. Aku cuba pada sekumpulan amoi yang berskrit pendek. Semua 6 orang dalam kumpulan amoi-amoi tersebut pakai skirt pendek, tapi kenyataannya cuma 2 orang yang betul-betul hot dan sexy. Yang lain-lain, cuma menumpang 'tuah'.

Aku juga menggunakan teori ni pada sekumpulan awek Melayu UTHM yang melepak di situ. Cuma 3 daripada 7 orang yang betul-betul sexy dan hot, yang lain biasa-biasa sahaja. Macam mana aku boleh tahu mereka student UTHM? 2 daripada 7 orang masih memakai kad matriks walaupun berada di luar universiti. Memang pelajar yang taat setia.

Apa kata kamu semua mencuba The Cheerleader Effect dan kamu mesti nampak yang kebanyakan perempuan/lelaki yang cuba secaya-upaya untuk jadi hot dan sexy seperti kawan-kawan mereka.

Teori ini juga mengajar kita supaya don't judge a books by its cover.Hot dan sexy datang secara semulajadi, bukan datang secara buatan.

Senin, 11 Oktober 2010

Pelakon kerjanya ialah berlakon

Tiba-tiba ingatan aku melayang dan teringat satu peristiwa yang terjadi 2-3 minggu sebelum bulan Ramadhan tiba. Semasa itu aku sedang melepak-lepak minum petang bersama kawan-kawan aku di sebuah warong. Kata orang Johor, mengeteh.

Terdapat sebuah TV di warong tersebut yang sedang menayangkan satu drama Melayu yang aku tak tahu tajuknya. Yang pasti, heroin drama tersebut ialah Ayu Raudhah. Ayu Raudhah memegang watak-watak perempuan yang solehah sebab dia pakai tudung dalam drama tersebut.

Tiba-tiba aku terdengar satu suara dari meja sebelah yang mengulas pasal Ayu Raudhah.

"Kalau aku jadi menteri, aku dah gam Ayu Raudhah ni. Dia ni berlakon je pakai tudung. Kalau kat luar, dia ni seksi habis. Dia ni memalukan orang Islam dengan perempuan bertudung."

Aku ingat lagi kes yang sama pernah jadi pada Tiz Zaqyah. Tiz Zaqyah memegang watak Nur Amina dalam drama Nur Kasih, wanita solehah bertudung dan baik hati. Ramailah yang memuji Nur Amina sebagai seorang perempuan Melayu terakhir dan menjadi pilihan mak cik-mak cik jadi bakal menantu.

♪♫ Nur Kasih.... Nur Kasih..♫♪
(Sila nyanyi ikut style Yassin)
Apabila gambar Tiz Zaqyah sedang bersosial, semua mula mengeji Tiz Zaqyah. Mereka mengatakan yang Tiz Zaqyah seorang hipokrit kerana memegang watak wanita bertudung.

Bakat terpendam Tiz Zaqyah... Menayangkan cleavage
Persoalannya, Tiz Zaqyah dan Ayu Raudhah adalah pelakon. Pelakon kerjanya ialah berlakon. Melakonkan watak yang telah diberikan dan mereka dibayar untuk mereka lakonkan. Watak yang dilakonkan belum tentu menunjukkan keperibadian mereka yang sebenar.

Kalau mereka melakonkan watak perempuan solehah bertudung, belum tentu mereka mempunyai perilaku yang sama di luar set lakonan (aku bukan menuduh Ayu Raudhah dan Tiz Zaqyah ni jahat. Sebagai contoh sahaja. Ini adalah hanya merujuk kepada perbuatan mereka yang tidak bertudung di luar sana. Jangan saman saya pulak).

Begitulah juga sebaliknya. Kalau mereka melakonkan watak pelacur, mereka bukannya pelacur diluar set. Jika Sofea Jane berlakon watak perempuan jalang (Perempuan, Isteri dan...), tapi dia bukan perempuan jalang di luar set. Nabila Huda berlakon watak bohsia (Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam), tapi dia bukannya seorang bohsia di luar set.

Jadi, rasanya tak payahlah kamu mempersoalkan pasal kehidupan mereka di luar set dengan dengan watak yang mereka bawakan dalam drama. Mereka adalah pelakon, kerja mereka ialah berlakon. Diri mereka dengan watak yang mereka lakonkan adalah jauh berbeza biasanya.

Dan memang dah jadi kebiasaan, bila ada seorang pelakon perempuan yang melakonkan watak wanita bertudung solehah, mesti ada wartawan hiburan akan menyoal, "Bila rasa-rasanya nak bertudung?" atau "Adakah anda akan mengekalkan imej bertudung diluar set?" (biasanya wartawan Melodi) walaupun kadang-kadang yang menyoal pelakon tu ialah seorang perempuan yang juga tak bertudung. LOL! Pakai tudung dulu, baru suruh orang lain pakai tudung la, cik adik.

Ada juga sesetengah peminat yang menggesa pelakon-pelakon ini terus mengekalkan imej bertudung dalam drama. Biasanya, dalam ruanga surat khabar bahagian hiburan banyak keluar benda ni. Secara jujurnya, kalau mereka pakai tudung, agak-agak boleh tak mereka dapat tawaran berlakon lagi?

"Tapi Mirul, sekarang ni dah ada drama Melayu yang bergenre keislaman. Contohnya macam Epilog Syurga Cinta. Kan heroin cerita tu pakai tudung?"

Memang ada drama dan filem bergenre Keislaman, tapi tak banyak drama dan filem yang ada elemen-elemen macam tu. dan yang paling penting, berapa kerat sangat orang yang tengok drama bergenrekan KeIslaman ni? Yang ada Astro tu, berapa kerat sangat yang tengok channel Astro Oasis? Berapa ramai yang tengok drama-drama Astro Oasis?

Aku boleh jamin, tak ramai budak-budak remaja yang tengok drama channel Oasis tu. Aku sendiri pun jarang. Aku cuma pernah tengok drama bersiri Cinta Sempurna, Cinta Tikar Sejadah, Geng Surau dan beberapa cerita lagi. Drama lain aku tak layan. Penawar Shifa pun best jugak tapi tu bukan drama.

Contoh paling mudah, berapa banyak yang tengok Akademi Fantasia, Mentor, One In The Million dan Show Down 2010 kalau nak dibandingkan dengan orang yang tengok Imam Muda atau Akademi Al-Quran? Macam tu jugak penilaian untuk seseorang tengok drama bergenre Keislaman kalau dibandingkan dengan orang yang tengok drama romantik peluk sana-peluk sini. Jangan jadi hipokrit la tak nak mengaku pulak kan?

"Tapi Mirul, bertudung tu wajib untuk semua umat Islam perempuan. Wajib menutup aurat."

Ya. Aku tahu. Menutup aurat adalah wajib untuk semua umat Islam perempuan. Tapi dah kerja mereka yang menyebabkan mereka sukar nak bertudung. Senang cerita, macam pemain bola sepaklah. Pakai seluar pendek, nampak lutut. Lutut tu kan aurat jugak. Itu antara pelakon-pelakon tu dengan tuhan. Kita sebagai manusia tak layak nak menilai mereka.

Senang cerita, kalau kamu semua betul-betul nak tengok artis kegemaran kamu bertudung, selepas sembahyang kamu doa supaya kamu semua terus kekal bertudung (kalau kamu bertudunglah) dan doa supaya artis kegemaran kamu tu dapat hidayah untuk bertudung.

Mungkin dia takkan dapat hidayah serta merta. Mungkin dia dapat hidayah lepas kahwin, atau mungkin lepas dapat anak, atau mungkin selepas dapat anak kedua, atau mungkin selepas kahwin dengan Dato anak tiga. who knows?

Ingat! Tak semua orang dapat hidayah dari untuk bertudung daripada kecik. Ada orang yang hidayahnya datang lambat sikit. Tak semua orang dilahirkan dengan sifat yang sempurna. Jangan cepat sangat nak menilai orang dengan cepat.

Dan kalau kamu bertudung, janganlah kamu pandang hina pada perempuan yang tak bertudung. Macam aku katakan, itu antara pelakon-pelakon tu dengan tuhan. Kita sebagai manusia tak layak nak menilai mereka. Syurga dan neraka adalah milik Allah.

Dan satu lagi. Kalau ada pelakon baru yang kamu tak kenal, pertama kali berlakon dapat watak perempuan bertudung, jangan letakkan harapan yang tinggi sangat yang kononnya pelakon tersebut memang bertudung dalam kehidupan realitinya. nanti harapan kamu punah bila keluar gambar mereka tengah seronok clubbing.

Ingat, pelakon kerjanya ialah berlakon!

Jumat, 08 Oktober 2010

Mengenali jenis-jenis teman lelaki anda

Entri untuk kaum wanita.

Tapi tak salah dan tak berdosa pun kalau lelaki yang baca.

Berapa lama kamu sudah berkasih sayang dengan teman lelaki kamu? 5 tahun? 3 tahun? 6 Bulan? Baru nak declare couple weekends ini? Baru kenal tadi masa tengah tunggu teksi?

Adakah kamu rasa kamu sudah cukup mengenali teman lelaki kamu dari segi luaran dan dalaman? (Bukan dalam 'seluar dalam'. Itu cerita lain).

Mungkin ada antara kamu yang masih belum betul-betul kenal teman lelaki kamu walaupun dah lama bersama. Hari ini merupakan hari bertuah kamu kerana membaca blog ini (mungkin juga malang).  Biar aku bagitahu tanda-tanda untuk kamu mengenali jenis-jenis teman lelaki kamu.

Jenis Kaki Bola

Kalau kamu ajak balak kamu date masa Sabtu malam atau Ahad malam, memang payah balak kamu nak setuju. Kenapa? Sebab masa tu lah malam EPL akan bersiaran langsung. Kalau balak kamu peminat La Liga OK jugak sebab La Liga biasanya kick-off pukul 2-3 pagi.

Setiap kali balak kamu belikan baju kepada kamu, mesti dia bagi jersey bola pasukan kegemaran dia. Memang boleh bergaduh jadinya kalau kamu pakai jersey pasukan musuh ketat kepada pasukan kegemaran dia. Kalau kamu memang tak minat bola sepak, akan dipaksanya kamu menyokong team kegemarannya dan meminta kamu hafal nama-nama pemain dalam pasukan kegemarannya itu.

Tempat dating kegemaran balak kamu ialah stadium bola sepak (itu pun kalau dia layan Liga Super Malaysia. Daulat FAM!) ataupun kedai mamak yang ada skrin putih besar dan pakej sukan Astro. Senang sikit, boleh dating sambil tengok bola (multitasking). Dan kamu akan perasan yang balak kamu akan lebih banyak tengok ke arah skrin putih daripada memandang muka kamu walaupun kamu dah pakai bedak banyak-banyak dan mendedahkan separuh cleavage kamu.

Jenis Kaki Sukan/Lasak/Adventure

Setiap kali dating, mesti ajak kamu ke tasik. Masa kali pertama dating, kamu excited tak ingat. Ya lah, dating tepi tasik berdua-duaan. Mesti romantik. Rupa-rupanya ajak jogging. Kena pulak kamu jenis yang memang tak pernah bersukan, memang pancit masa separuh joging dan akhirnya dating kamu berakhir dengan kamu terlantar dalam hospital/klinik sebab pengsan.

Dalam setahun, mesti balak kamu akan ajak kamu pergi camping, panjat gunung atau buat apa-apa aktiviti lasak bersama walaupun anda seorang perempuan yang lemah lembut dan tak tahan lasak.

Akibatnya, dalam setahun mesti kamu akan menyumpah seranah dan terpaksa bergelut dengan nyamuk dan agas di dalam hutan.

Jenis Skema, Nerd dan Geek

Setiap kali ajak dating, lokasi wajib ialah perpustakaan. Hari ni dating di seksyen sastera, esok dating di seksyen sains, lusa dating di seksyen business and economy dan seterusnya.

Setiap kali dating, mesti balak kamu akan membawa buku untuk dibaca. Kalau tak pun, bawa buku nota kecil atau kertas kajang yang boleh dilipat dua dan boleh disimpan kemas pada poket atas baju kemeja yang penuh dengan nota (boleh juga dijadikan 'toyol' semasa exam).

Tak perlu risau jika komputer kamu rosak. Balak kamu akan menyelesaikan masalah komputer kamu dengan sekelip mata. Jimat kos. Malahan, ada extra service untuk meng-upgrade-kan komputer kamu dengan percuma.

Lebih suka membaca komik daripada membaca buku novel cerita. Jangan sekali-kali mengutuk filem sains fiksyen di depannya kerana cerita-cerita sains fiksyen merupakan "cerita suci" buat mereka.

Menurut Clive Magazine keluaran September, perempuan sekarang lebih suka memilih geek dan nerd sebagai balak mereka kerana golongan ini lebih pandai menjaga hati wanita dan lebih mendengar perempuan dari golongan lain. Bolehlah aku declare jadi nerd dan geek lepas ni.

Jenis Lelaki Berjiwa Wanita

Balak kamu merupakan peminat setia Twilight Saga yang lebih hardcore dari kamu. Malahan, dia boleh menangis setiap kali menonton Twilight Saga walaupun itu merupakan kali ke-10 balak kamu menontonnya.

Lebih suka menonton filem bergenre Comedy Romantic kerana menganggap filem bergenre action dan penuh dengan effect CGI adalah 'terlalu ganas' untuk hatinya.

Lebih kerap merajuk daripada kamu. Setiap kali kamu bertelingkah, pasti akan berakhir dengan si balak yang menangis dan kamu yang terpaksa memujuknya.

Mudah menangis bila mendapat perkhabaran gembira walaupun khabar gembira tersebut hanyalah si balak dapat pointer 3.02.

Tisu merupakan kawan baik balak kamu dan kalau berlakon pementasan, watak yang akan menjadi rebutannya ialah watak lelaki sedih selepas ditinggalkan wanita.

Suka dengar Sinar FM pada waktu malam dan segmen kegemaranya ialah segmen Luahan Hati bersama Jamal Jamalludin.

Jenis Kaki Perempuan

Setiap kali keluar dating, hand phone mesti di matikan atau di-silent mode-kan. Ini untuk mengelakkan awek yang lain call balak kamu masa tengah asyik berdating dengan kamu.

Selalu salah sebut nama kamu. Kalau nama kamu Sarah, mesti salah sebut nama lain. Bukan sekali salah sebut, banyak kali pulak tu dan dengan 2-3 nama yang berlainan.

Mempunyai koleksi adik angkat sama banyak dengan jumlah kontinjen atlet Malaysia yang bertanding di Sukan Komanwel Delhi 2010 (If you wonder how many Malaysian's Athlete in Delhi, it's 193).

Bermulut manis, pandai berkata-kata, bijak bermadah dan pandai memujuk. Jangan kamu ingat balak kamu romantik sebab mempunyai ciri-ciri di atas. Ada udang disebalik batu. Kata-kata madah dan romantik yang balak kamu gunakan pada kamu adalah hasil recycle dari ayat yang sama masa balak kamu gunakan untuk tackle awek lain.

Sentiasa menjaga penampilannya, rambut sentiasa tersisir kemas, baju sentiasa bergosok tanpa ada satu kedut dan sentiasa wangi bermandikan sebotol perfume. Tapi jangan ingat dia berkemas untuk kamu. Sebenarnya dia berkemas untuk perempuan lain yang ditemui semasa enak ber-dating dengan kamu.

Lebih banyak memandang perempuan lain daripada menadang kamu semasa sedang dating. Malahan, tanpa segan silu meminta nombor telefon perempuan lain di depan kamu.

Jenis Kaki Politik

Dalam seminggu, mesti ada sekali dia ajak kamu ber-dating sambil pergi ceramah politik. Setiap benda yang dibualkan dengan kamu mesti nak dipolitikkan, sampaikan tengok Piala Dunia pun dipolitikkan (1Malaysia, 1Dunia. Pernah dengar slogan itu?).

Kalau kamu menyokong parti lawan, memang boleh jadi perang besar. Habis segala fakta dan sejarah (yang entah betul entah tidak) dikoreknya. Kalau dia menyokong BN, memang dikutuknya Anwar Ibrahim sebagai peliwat dan ejen Yahudi. Kalau dia menyokong PR, memang dikutuknya Najib sebagai penghabis duit rakyat dan takut bini.

Seriously, baik kamu dapat balak kaki bola dari dapat balak kaki politik. Ramai dah kawan-kawan aku mengadu tak tahan dengan balak fanatik pada politik sampai tak boleh dikawal.

Jenis Anak Ikan

Dalam usia baru berusia 22 tahun, balak kamu sudah mampu membawa kereta mewah berharga RM 100 ribu ke atas walaupun balak anda hanyalah seorang student. Yang paling pelik, dia bukannya datang dari keluarga yang kaya.

Segala pakaian dan barangan yang dipakai oleh balak kamu dari kasut sampailah ke hujung rambut, semuanya dari jenama yang mahal. Bila kamu tanya, "Dari mana awak dapat duit beli semua ni?". Dia akan tersenyum dan berkata, "Ada mak cik saya belanja."

Kawan-kawan perempuan balak kamu semuanya datang dari golongan lanjut usia dan sebaya dengan emak kamu dan semuanya mempunyai pangkat 'Datin' dipangkal nama. Malahan, pergaulan dan perbualan antara mereka agak 'mesra' untuk ditafsirkan sebagai pernbualan antara 'anak saudara dan mak cik'.

Bila kamu tanya, "Siapa tu?". Dia akan jawab, "Mak cik saya." Kamu tanya lagi, "Mak cik sebelah mak ke, sebelah ayah?". Dia akan jawab, "Mak cik jauh. Bau-bau bacang. Awak tak kenal."

Apa yang kamu tak tahu, balak kamu diperlakukan seperti buah bacang di ranjang datin-datin tersebut.

Jenis Gay

Kalau dia langsung tak pernah curi pandang amoi pakai skirt pendek paras peha atau awek Melayu yang mendedahkan cleavage ranum ketika keluar ber-dating dengan kamu, itu bukan setia tapi gay!

Kalau dia selalu berkata "Tough betul badan laki tu", "Jambu betul balak kawan awak tu" atau "Besar betul bontot balak tu" lebih kerap dari berkata "Licin sungguh peha amoi tu", "Besar betul breast awek tu" atau "Cutenya dia tu, macam Leah Dizon", memang sah dia gay!

Dan kalau dia suka Justin Bieber dan menggunakan lagu Justin Bieber sebagai ringtone hand phone-nya, check mate! It's a capital GAY!!!!!!!

Jadi, balak kamu dalam kategori mana? Aku ada tertinggal mana-mana kategori lagi ke? Share with me.

Kamis, 07 Oktober 2010

Aku dan Sukan Komanwel

Komanwel 1

Tengah aku mengadap Pasukan Hoki Malaysia diratah rakus dengan Pakistan 4-1, aku menerima satu SMS.

"Apasal performance Malaysia teruk sangat kali ni?"

"Teruk? Aku rasa macam ok je." Balas aku balik.

"Dah masuk hari ke-3 dah ni, Malaysia baru dapat 3 pingat emas, kau kata ok? Biasanya, masuk hari ke-3 dah dapat belas-belas pingat. Ni baru 3 je. Satu lagi, mana Thailand? Langsung tak menang apa-apa ke?"

Sambil tersenyum riang aku balas balik SMS kawan aku tu.

"Bodoh. Tu Sukan SEA la. Sukan SEA memang la Malaysia senang dapat pingat."

Lepas aku membalas SMS tadi, baru aku teringat aku tertinggal sesuatu.

"Satu lagi, Thailand masuk pulak Sukan Komanwel."

==========

Komanwel 2

Tengah aku mencari-cari acara sukan yang seronok untuk aku mengadap, aku dapat satu lagi SMS.

"Bro, kalau ada acara renang berirama sama gimnastik, bagitau aku."

Aku balas balik.

"Bro, lu ni sangap sangat ni."

Rabu, 06 Oktober 2010

Aku dan Ringtone

Kring! Kring!

Ringtone 1

Biasanya aku akan pilih lagu yang jarang orang guna untuk ringtone. Memandangkan aku peminat muzik rock, metal dan segala jenis muzik yang heavy, memang lagu-lagu jenis itu yang aku gunakan untuk dijadikan ringtone. Dan memang sah-sah orang jarang-jarang gunakan lagu metal untuk ringtone.

Tapi kadang-kadang, aku gunakan lagu-lagu 80'an yang mempunyai muzik yang agak unik pada permulaan lagu dan jarang-jarang orang gunakan. Contohnya macam sekarang ni, aku gunakan lagu Everybody Wants To Rule The World nyanyian kumpulan Tears For Fears.

Satu hari, tengah aku melepak dengan seorang kawan, tiba-tiba ada orang call aku. Maka bergemalah lagu Tears For Fears tersebut. 

Selepas habis berbual, kawan aku terus bertanya,

"Lagu apa tadi tu beb?"

"Everybody Wants To Rule The World. Tears For Fears." Jawab aku ringkas.

"Apsal tak pakai lagu Rock ke? Metal ke? Bukan ke kau biasa pakai lagu macam tu buat ringtone?" 

"Saje je. Tukar selera."

"Hekeleh! Apa kau ni? Tak Rock la. Hilang la semangat Rock. Apa kau ni? Dulu kata nak pakai lagu-lagu Metal je jadi ringtone." Kawan aku mula tak puas hati.

"Sekali sekala tukar. Asalkan bukan lagu Justin Bieber sama Justin Timberlake sudah."

"Ala... Tak kental la kau ni. Tengok macam aku. Sampai sekarang pakai ringtone lagu Metal."

Tiba-tiba hand phone kawan aku berbunyi. Aku tak perasan lagu apa yang dia pakai buat ringtone. Tapi aku tahu dia pakai lagu kumpulan In Flames.

"Kau tengok. Ini baru Metal sejati."

Kawan aku pun menjawab panggilan tersebut.

"Hai, sayang. I tengah lepak dengan Aam ni. You tengah buat apa? Dah makan. Ihik, ihik... You ni ada-ada je la. I tak tengok perempuan lain pun..."

Maka kawan aku pun terus berbual dengan awek-nya dengan nada manja dan merenyam.

Ringtone Metal, tapi dalam hati ada taman.

==========

Ringtone 2

Aku ada seorang kawan perempuan. Kita panggil dia Ila (dia ta bagi aku guna nama betul dia dalam blog ni). Ila suka meletakkan ringtone yang berlainan pada setiap ahli keluarga dan kawan-kawannya yang rapat. 

Bila terdengar ringtone lagu, dah tahu siapa yang call tanpa perlu melihat nama di skrin hand phone. Lagu dipilih berdasarkan personaliti atau ciri-ciri tertentu.

"Lagu ni, aku set kan untuk bapak aku." Ila medengarkan aku lagu Keindahan Pantai nyanyian arwah M. Shariff.

"Lagu ni pulak aku set kan untuk mak aku." Ila membuka lagu Fracissca Peter. Aku lupa lagu apa.

"Ni pulak lagu untuk adik aku." Ila membuka lagu We Made You, lagu Eminem.

"Ni pulak lagu untuk abang aku." Lagu American Idiot, Green Day.

Kemudian dia terbuka lagu Fuck You, nyanyian Lily Allen.

"Lagu tu kau set untuk siapa?" Tanya aku.

Sambil tersenyum, Ila menjawab, "Ex-boyfriend aku."

Walaupun maksud lagu tersebut lebih kepada bersifat politik, tapi rasanya sesuai juga kalau dihamburkan pada ex-boyfriend dia.

==========

Ringtone 3

Tengah aku menunggu teksi di perhentian teksi, datang 2 orang lelaki. Seorang tu lelaki yang boleh dikatakan average guy, seorang lagi berimejkan Mat Rock, berambut panjang, memakai T-Shirt Metallica dan seluar jeans koyak pada bahagian lutut.

Tengah rancak mereka berbual, tiba-tiba hand phone salah seorang dari mereka berbunyi. Lagu Korea. Rupanya hand phone si Mat Rock yang berbunyi.

Selepas selesai berbual, si average guy terus menegur si Mat Rock.

"Apahal kau pakai lagu Korea?"


"Awek aku susurh la."


"Pegh! Baju Metallica, ringtaone lagu Korea!"

Dan si average guy pun tanpa segan silu meneruskan usaha mengutuk si Mat Rock. Aku tumpang gelak dalam hati.

P/S: Kepada awek di luar sana, jangan paksa boyfriend anda gunakan ringtone yang mungkin bakal menjatuhkan maruahnya dikhalayak ramai.

==========

Ringtone 4

Kawan: Lagu apa kau buat ringtone tu?

Aku: Everybody Wants To Rule The World.

Kawan: Lagu apa tu? Tak pernah dengar pun.

Aku: 80's song.

Kawan: La... Pakai la lagu yang moden sikit. Lagu yang tengah top sekarang. Ikut peredaran zaman sikit.

Aku: Ok. Cuba kau suggest satu lagu.

Kawan: Pakai la lagu Justin Bieber. Kan dia tengah top.

Sebagai seorang anti pop murahan, aku menjawab dengan tegas:

Aku: Justin Bieber? Muka kau tu dah berapa lama tak kena ludah?

Senin, 04 Oktober 2010

Berakhirnya legasi Roti Canai dan Nasi Lemak

Bukan roti canai di warong ayah dan mak aku.
Sekadar hiasan.
Hari ini, 4 Oktober 2010, merupakan tarikh yang menandakan berakhirnya legasi Roti Canai dan Nasi Lemak dalam keluarga aku.

Ayah dan mak aku mencari rezeki untuk keluarga dengan berniaga. Berniaga yang aku maksudkan di sini bukanlah buka company business juta-juta Tanjak Holding macam drama-drama Melayu yang kamu tengok di TV, tapi sekadar berniaga warong.

Ayah dan mak aku berniaga di Perhentian Bas Batu Pahat Lama bermula pada tahun 1982, selepas ayah aku berhenti dari askar untuk menjaga arwah atok yang sudah uzur dan menyambung legasi perniagaan keluarga. Pada asalnya, arwah atok aku berniaga di pasar.

Perhentian Bas Batu Pahat yang lama terletak di tapak dimana Menara MPBP berada sekarang. Orang Batu Pahat menggelarkan Menara MPBP sebagai Bus Stand Menara. Tapak bus stand ketika itu lebih tersusun dan lebih cool daripada Bus Stand Menara sekarang. Sebelah perhentian bas tersebut ada Parkson Ria, yang kini sudah menjadi Court Mammoth.

Nama warong ayah dan mak ialah Kedai Wira. Aku tak berapa pasti kenapa parents aku memilih Wira sebagai nama warong. Mungkin kerana ayah aku seorang askar dan perkataan wira agak sinonim dengan wira.

Ayah dan mak aku berniaga roti canai, nasi lemak dan mee goreng pada waktu pagi dan nasi berlauk pada waktu tengahari. Ayah dan mak aku keluar rumah pada waktu pagi dan pulang bila hampir waktu Maghrib setiap hari.

Pada tahun 1992, ayah dan mak aku diarahkan berpindah ke tapak baru iaitu Perhentian Bas dan Teksi Sementara Jalan Omar (Bus Stand Jalan Omar) kerana perhentian bas tersebut diruntuhkan bagi digantikan dengan Menara MPBP. Yang seronoknya, Bus Stand Jalan Omar dekat dengan The Summit, shopping complex yang dahulunya gempak tapi kini tak ubah seperti salon bersaiz super.

Ayah dan mak membuat keputusan untuk berniaga separuh hari sahaja, dari pagi untuk sarapan sehingga tengahari. Selepas tengahari, ayah aku berkerja dengan orang lain pula.

Ayah dan mak aku kekal berniaga disitu walaupun mendapat arahan supaya berpindah kembali ke Bus Stand Menara. Dengan ruang niaga yang kecil di bus stand menara dan susah untuk mendapatkan pelanggan di sana.

Tapi pada 15 Julai 2010, segalanya berakhir. Itulah tarikh kali terakhir ayah dan mak aku berniaga. Ayah dan mak aku telah membuat pemeriksaan kesihatan sebagai persediaan terakhir untuk menunaikan haji ke Makkah tahun ini pada tarikh tersebut. Mak aku disahkan oleh doktor dalam keadaan kurang sihat untuk pergi menunaikan haji pada tahun ini.

Semenjak itu, ayah aku membuat keputusan untuk berhenti berniaga untuk memberikan ruang untuk mak aku berehat. Mereka juga terpaksa menangguhkan niat menunaikan haji untuk tahun ini sehingga mak aku benar-benar sudah pulih.

Dan pada 28 September yang lepas, ayah aku secara rasminya telah pun menjual warong tersebut kepada orang lain dan mula berniaga pada hari ini.

Bila aku fikir-fikirkan, sedih juga bila ayah aku terpaksa menjual warong tersebut tapi apakan daya, emak aku memang sudah tidak berupaya untuk berniaga lagi. Dan pada usia 56 tahun, aku rasa adalah baik juga ayah dan mak aku bersara dari meniaga warong. Mereka sudah terlampau tua untuk bekerja seberat itu.

Berniaga memang banyak mengajar erti kesabaran dalam diri aku. Bila aku menolong ayah dan mak aku di warong, aku biasanya akan berdepan dengan customer yang berlagak sombong. Kebanyakan mereka adalah pekerja sektor kerajaan. Bukanlah aku nak chop semua pekerja sektor kerajaan sombong, tapi kebetulan pula ramai pekerja sektor kerajaan yang makan di warong ayah aku sombong-sombong belaka.

Dengan berbaju kemeja dan tie, mereka datang ke warong ayah aku dengan penuh bergaya. Bila aku datang minta order, semua buat tak tahu pada aku. Biarkan aku berdiri macam bercakap dengan orang pekak. Bila order makanan dengan aku, meninggi suara, buat-buat tak pandang aku. Masing-masing buat tak pandang aku.

Dan bila aku tersalah hantar air atau makanan (aku terhantar air mereka ke meja sebelah dan terhantar air meja sebelah ke meja mereka), memang aku kena marah. Macamlah satu kesialpan besar yang boleh mendatangkan mudarat besar pulak.

Yang paling menyakitkan hati, curtomer yang sombong ni bukanlah berpangkat besar, Kadang-kadang cuma kerani di Pejabat Daerah atau Pejabat Tanah Batu Pahat. Babi! Baru jadi kerani, dah berlagak sombong. Mungkin itulah sebabnya mereka semua ditakdirkan menjadi kerani. Agaknya kalau pangkat tinggi sikit, memang lupa mak bapak kat kampunglah jawabnya. Yang berpangkat tinggi, datang kedai ayah aku, tak pulak buat perangai sombong.

Di warong ini jugalah aku berkenalan dengan pelbagai jenis manusia. Memang betul kata orang, don't judge a book by it's cover. Di warong ini aku terjumpa dengan orang yang berpakaian selekeh tapi baik hati dan sebenarnya lagi kaya-raya dari orang yang datang dengan kemeja kemas, tie dan berseluar slack. Jangan pandang rendah orang melalui pakaian mereka. 

Kadang-kadang customer yang datang di warong ayah aku dengan baju yang buruk rupa-rupanya tuan punya syarikat pembinaan. Dan yang datang dengan kemeja kemas dan ber-tie pula ialah penipu skim cepat kaya. True story.

Bermula pertengahan 90'an, ayah aku mula bekerja dengan orang lain selepas waktu tengahari kerana pendapatan di warong kurang mencukupi. Oleh itu,aku dan abang aku belajar untuk menabung dan cari duit sendiri bila mengidam untuk membeli sesuatu. Aku dan abang aku tahu, ayah dan mak aku boleh sahaja menunaikan pemintaan kami, tapi kami tak sampai hati nak meminta pada mereka. 

Dengan pendapatan yang agak kurang banyak jika dibandingkan dengan pekerja pejabat yang memakai baju kemeja, aku dan abang faham situasi kewangan keluarga aku dan kami kurang meminta kepada mereka. 

Aku dan abang aku membeli telefon bimbit sendiri semenjak zaman di IPT lagi. Aku dan abang aku juga berkongsi duit beli PlayStation2. Terkejut juga ayah dan mak bila aku dan abang membawa pulang PS2 ke rumah. Abang aku yang pada masa itu baru mula bekerja dan belum banyak simpanan duit mengeluarkan duitnya dan aku mengeluarkan duit PTPTN. 

Kami membeli PS2 pada tahun 2003 dan sampai sekarang ia masih elok. Walaupun ada beberapa orang kawan ingin membeli PS2 tersebut, tapi aku tak kan jual PS2 tersebut kerana ianya mempunyai kenangan bersama antara aku dan abang aku. Aku agak sentimental bila berkaitan dengan keluarga aku. Itulah antara sebab kenapa aku dan abang aku sangat rapat bersama. Itulah sebab kenapa kami sekeluarga sangat rapat.

Dan syukur apabila masuk tahun 2005, keadaan kewangan keluarga aku agak kukuh. Bukan bermakna family aku sudah kaya, tetapi lebih kukuh daripada dahulu. Ayah dan mak menghadiahkan aku sebuah laptop. Walaupun latop itu sudah rosak, tapi aku tak kan buang laptop tersebut sebagai tanda kenangan.

Sebenarnya, banyak lagi perkara yang boleh aku tuliskan tentang warong yang diwarisi dari arwah ayah atok aku itu. Tapi cukuplah buat masa ini. Dan hasil daripada roti canai dan nasi lemak itulah yang telah membesarkan aku dan abang aku dan menyekolahkan kami sehingga ke universiti.

Walaupun ada sesetengah orang malu nak mengaku yang mak ayah mereka meniaga warong, tapi bukan aku. Aku dengan bangganya mengaku aku merupakan anak kepada penjual roti canai dan aku telah dibesarkan melalui duit roti canai. 

Sayangnya, kedua orang tua aku kini terpaksa bersara. Sayang aku tak dapat nak menunjukkan kepada anak aku bahawa aku dibesarkan melalui duit warong itu dan menunjukkan kepada anak-anak aku yang atok dan nenek mereka merupakan peniaga roti canai. Tapi sayangnya, semua itu tak berkesempatan. Tapi pada usia sekarang, memang baik bagi ayah dan mak bersara dari segala kepenatan itu.

Terima kasih kepada pencipta roti canai kerana idea kamu telah membuatkan keluarga aku mencari makan melaluinya.

Sekali lagi aku ingin katakan, aku bangga menjadi anak kepada penjual roti canai. Dan aku berjanji aku tak kan jemu-jemu dan berhenti memakan roti canai dan nasi lemak seumur hidup aku.

Sabtu, 02 Oktober 2010

WOTS TOP TEN LIST: 10 Tanda Anda Seorang Weirdo Komputer dan Internet

Lama juga aku tak buat segmen yang formatnya aku ciplak daripada David Letterman (Damn, I miss this show. Wei, Star World! Bila nak keluarkan David Letterman balik ni?)

Kali ini, aku mahu fokus kepada si penggila  komputer atau internet yang terlampau taksub sampai ke tahap weirdo. Kebanyakan tentang weirdo komputer ni aku baca biasanya dekat oversea, belum ada lagi yang wujud di Malaysia (ke sebab aku tak tahu?).

Komputer weirdo datang dalam pelbagai bentuk. Ada yang terlampau taksub dengan games, ada yang taksub dengan chatting, ada yang taksub dengan Facebook, ada yang taksub dengan e-mel, ada yang taksub dengan porn site dan pelbagai jenis taksub dan takjub lagi.

Disebabkan perasaan taksub yang melampau-lampau itu, mereka akhirnya bagaikan melekat dengan komputer, tak boleh dipisahkan seperti kata pepatah, bagaikan aur dengan tebing, bagaikan isi dengan kuku dan bagaikan anjing dan bayang-bayang.

Bila dah terlampau lama melekat dengan komputer, mereka akan jadi kurang bersosial dan dengan itu, cara mereka berinteraksi dengan manusia lain akan berubah. Ada yang mula jarang-jarang bercakap dengan manusia, ada yang terus tak jumpa manusia.

Banyak cakap tak guna (ke banyak taip?) mempersembahkan:

WOTS TOP TEN LIST: 10 Tanda Anda Seorang Weirdo Komputer dan Internet

10. Anda menonton semua cerita di wayang dan TV di komputer anda dengan men-download semua cerita. Malahan, anda sanggup pasang TV Card di komputer anda untuk menonton TV, walaupun ada TV 40 inci di ruang tamu, kerana tidak mahu berenggang dengan komputer anda.

9. Anda lebih selesa berbual dengan ahli keluarga anda melalui Twitter dan Facebook chat sahaja kerana anda percaya yang face-to-face conversation adalah tidak relevan lagi.

8. Anda masih berchatting menggunakan IRC walaupun Yahoo Messenger dan Skype sudah lama wujud.

7. Anda tidak keluar dari rumah anda selama 3 tahun kerana anda sedar yang anda boleh membeli barangan keperluan anda melalui E-Bay, Amazon, Lelong.com, Mudah.my dan lain-lain lagi.

6. Anda periksa e-mel anda setiap 3 minit.

5. Komputer/laptop anda tidak pernah ditutup lebih dari setengah jam dan hanya anda seorang sahaja yang boleh menutup komputer/laptop anda. Jika ada orang lain yang menutupkan komputer/laptop anda, anda rasakan bagaikan anda telah dicabuli.

4. Anda merupakan top contributor atau top post dalam setiap forum yang anda sertai dan semua post anda ada berkaitan dengan video game, torrent untuk movie, cara-cara untuk hacking, porn film dan teori konspirasi (Illuminati and Freemason alert here!).

3. Anda ada 5 akaun palsu Facebook dan MySpace yang anda gunakan semata-mata untuk stalking gadis perempuan-perempuan hot dan seksi.

2. Anda ada 5 akaun palsu facebook dan MySpace yang anda gunakan untuk menyamar menjadi seorang perempuan untuk stalking perempuan-perempuan lesbian. Ppppffftttt!!!

1. Anda bermain Warcraft, Counter Strike, DOTA, FIFA 11 dan permainan yang sewaktu dengannya, lebih lama daripada waktu anda bekerja di pejabat.

P/S: Aku dapat idea untuk tulis entri kali ini daripada kawan aku Sufian atau nama manjanya Yan, yang mana kawan Si Yan tak keluar dari rumah selama 6 bulan (ke setahun?) sebab terlampau taksub main game di komputer dan PS. Ffffuuuuu!!!! Memang gila. Yan, harap-harap kau berjaya pujuk kawan kau tu pulang ke pangkal jalan.