Tampilkan postingan dengan label Raya. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Raya. Tampilkan semua postingan

Senin, 05 September 2011

Fenomena Sepanjang Sebulan Berhari Raya

Hari ini, sudah masuk Hari Raya yang ke-7. Dalam diam-diam, sudah seminggu kita berhari raya. Dan dalam diam juga, esok aku terpaksa berkapitalis (bekerja) semula. Buat mereka yang sudah mula mengkapitaliskan diri hari ini, selamat bekerja.

Ada beberapa perkara yang biasa kita dapat lihat apabila hari raya melangkau lebih dari tempoh seminggu. Berikut adalah fenomena biasa yang kita dapat lihat selepas seminggu berhari raya.


Rumah Terbuka

Seperti biasa, setiap kali hai raya, mesti ada rumah terbuka. Aku sendiri tak pasti siapa yang memulakan fenomena rumah terbuka. Tiada pula page wikipedia tentang rumah terbuka, kalau tidak mesti aku dah tahu.

Ada beberapa sebab kenapa orang membuat rumah terbuka. (1) Menjamu rakan dan sahabat handai. Setahun sekali, tak salah pun. (2) Mahu menayang perabot import baru yang dibeli sempena hari raya. Ya lah, macam mana orang nak tahu kita beli perabot baru kan? Tak kan nak letak kerusi meja dekat halaman rumah pulak kan?

Rumah terbuka bukanlah perbuatan membuka pintu dan menyuruh tetamu datang semata-mata, ia pasti akan disertakan dengan menu makanan yang maha banyak pilihan untuk para tetamu. 

Setiap hujung minggu, pasti kita akan menerima jemputan rumah terbuka. Kadang-kadang, sehari sampai 2-3 jemputan kita dapat. Sampai kita boleh buat jadual untuk pergi ke rumah terbuka. Dapatlah mengurangkan budget makan untuk bulan tersebut.

Tapi, menghadiri rumah terbuka akan menyebabkan sesuatu yang tidak digemari oleh kaum hawa iaitu....


Naik Berat Badan

Kalau sehari pergi ke 2-3 rumah terbuka, melantak tak ingat dunia, macam mana bentuk badan tak naik macam tong drum.

Sebelum raya, masing-masing berlagak, "Kau tengok ni, aku dah boleh pakai balik seluar jeans masa aku anak dara ni", "Pegh, berat badan aku turun 8 kg la."

Selepas raya, semua dialog itu berubah menjadi keluh kesah kenaikan berat badan yang sangat drastik. Kadang-kadang, berat badan naik melebihi berat badan normal sebelum bulan puasa bermula.

Bila berat badan sudah meningkat naik, maka terpaksalah mereka semua menjalankan satu aktiviti lazim dilakukan iaitu...


Diet

Bukan senang nah diet. Lagi-lagi apabila kawan-kawan asyik sibuk menjemput ke undangan rumah terbuka. Nak menolak, nanti apa kata kawan-kawan pula. Lagipun, rezeki jangan ditolak.

Nak tak nak, terpaksalah diet selepas musim raya tamat. Nak menurunkan punyalah susah. Kdang-kadang, ada yang ambil masa sampai puasa tahun depan, baru dapat berat badan normal kembali.

Bila badan sudah normal, tiba hari raya lagi. Dan proses ini terus berulang dan terus berulang.

Tapi tak semua orang berdiet kerana bentuk bdan yang makin menaik bagaikan di pam-pam. Ada juga yang berdiet kerana....


Kekeringan Wang Ringgit

Setiap kali menjelang hari raya, duit bakal menjadi faktor utama dalam penentuan kemeriahan sambutan hari raya seseorang atau keluarga tersebut.

Jika besar bonus yang kamu terima dari company kamu, maka seronoklah sambutan hari raya kamu. Jika tidak, terpaksalah ambil part time job untuk memastikan hari raya yang bermakna.

Ada yang membuat perniagaan menjual kerepek dan kuih raya, ada yang buat part time jual butang baju melayu, songkok dan samping dan bermacam-macam lagi.

Sebaik sahaja selepas raya, duit bonus dan duit perniagaan part time semua habis digunakan. Mahu tak mahu, terpaksalah turut serta menjalani aktiviti diet.

Ingat, tak semua orang yang berdiet selepas hari raya ialah orang yang sudah naik berat badan. Orang yang pokai juga akan turut berdiet bersama.

Dan bila terpaksa berdiet dan pemikiran yang asyik melayang kerana memikirkan hal duit, ia sedikit sebanyak bakal menjejaskan mood untuk kita...


Kembali Bekerja

Semangat dan mood untuk bekerja memang masih pudar. Kepala masih dalam mood cuti dan raya. Rasa berat hati dan berat kaki nak memanjat tangga pejabat mula terbayang. Bebelan boss yang bakal membuatkan rasa ingin menerajang kepala boss sekuat hati sering timbul dalam hati.

Damn lah! Sepatutnya hari raya, bagi cuti sebulanlah!

Untuk mendapatkan kembali mood raya terpaksalah...


Menunggu Hari Raya Korban

Walaupun Hari Raya Korban kurang meriah dan popular seperti Hari Raya Aidilfitri, but raya is still raya. Aku tak tahu dengan keluarga orang lain. Tapi Keluarga aku menyambut Hari Raya Korban dengan meriah.

Kami berkumpul sekeluarga dan menyambut dengan rendang dan ketupat juga. Meriah dan havoc seperti Hari Raya Aidilfitri juga. 

==========

Sampai di sini sahaja karutan aku buat masa ini. Rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin buat pembaca blog ini.

Sesiapa yang pergi ke rumah terbuka, jaga pemakanan. Jangan sampai tahap gula dalam darah dan kolestrol kamu melambung pula nanti.

Kamis, 01 September 2011

Suasana Hari Raya

Masih dalam mood raya. masih dalam Suasana hari raya.

Jadi, nikmati persembahan kumpulan Ekspresi yang menyanyikan semula lagu raya popular dari Anuar Zain dan Elina, Suasana Hari Raya.


Jika anda ingin melihat lagu-lagu lain dari Ekspresi, anda boleh melawat channel Youtube penyanyi kumpulan ini, MrApies087's. 

Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin.

Minggu, 28 Agustus 2011

Aku dan Hari Raya

Random stuff & thought about hari raya.

Aku & Raya 1

Tahun 1994, pak cik aku tiba-tiba bagitahu yang dia dapat tiket percuma untuk rakaman satu show dekat Angkasapuri. Aku tak ingat nama rancangan tersebut, tapi rancangan tersebut ialah rancangan khas untuk hari raya. 

Penonton yang datang kena pakai baju melayu dengan songkok, kononnya nak nampakkan suasana hari raya. Aku tak ingat sangat bila rakaman tersebut dibuat, samada sebelum bulan puasa atau semasa bulan puasa.

Aku tak ingat sangat siapa artis yang perform masa rakaman tersebut. Tapi yang aku ingat, KRU merupakan artis utama malam itu. KRU bukan setakat buat performance malam tu, tapi turut menjadi pengacara sekali.

Masa tu, KRU tengah jambu lagi. Masa tu, Norman masih jadi kegilaan anak dara, Edry masih belum pandai cipta lagu dan Yusry belum lagi menduda dan belum jumpa Lisa Surihani lagi.

Aku tak ingat berapa banyak lagu yang KRU nyanyikan malam itu. Tapi aku ingat yang KRU ada menyanyikan lagu Di Dalam Dilema. Video dekat bawah adalah sedutan dari persembahan pada tahun 1994 tersebut:


Macam yang aku katakan, persembahan ini dirakam pada 1994. Dalam sekelip mata, 17 tahun sudah berlalu. 2011 sudah muncul.

Dalam 17 tahun ini, KRU sudah menjadi artis yang berjaya. Tidak lagi tertumpu kepada nyanyian sahaja. Kini mereka sudah berjaya memasuki bidang perfileman. KRU sudah lebih kaya berbanding 17 tahun lepas.

Dan aku, masih seperti 17 tahun yang lepas. Tiada perubahan. Bila aku nak kaya pulak ni?


Aku & Raya 2

Lagu raya Anuar Zain & Ellina adala hsalah satu lagu raya kegemaran aku. Aku sendiri tak tahu apa sebabnya aku suka lagu ini. 

Sekurang-kurangnya lagu ini jauh lebioh sedap dari lagu raya DJ Suria FM yang buat aku nak muntah setiap kali aku dengar lagu tersebut.

Sesiapa yang tak pernah tengok Anuar Zain semasa belum akil baligh dan siapa itu Ellina, silakan.



Aku & Raya 3

Masa aku sekolah rendah dulu, ada satu iklan yang sangat popular ketika itu. Kalau bandingkan dengan zaman sekarang, kira macam sama popular dengan iklan Petronas pada zaman sekarang.

By the way, kenapa tiada iklan raya Petronas tahun ini?

Iklan popular yang aku maksudkan ialah iklan raya EON.

Iklan ini sebenarnya dibuat pada akhir 80'an. Tapi diulang siar sehinggalah awal 90'an.

Iklan ini menampilkan Jamal Abdillah dan Raja Ema. Jamal Abdillah masih belum terjebak dengan najis dadah ketika iklan ini dirakam (mungkinlah).

Raja Ema pula masih hot ketika iklan ini dirakam. Pada sesiapa yang tak tahu, Raja Ema adalah hot stuff ketika zaman mudanya. Kiranya, tahap populariti beliau lebih kurang sama seperti Siti Nurhaliza. 

OK, mungkin tak sepopular Siti tapi dia sangat popular ketika itu. Bukan setakat di Malaysia, tapi juga di Indonesia. Raja Ema banyak juga berlakon dalam filem Indonesia. Termasuk beberapa filem yang mempunyai babak yang agak kontroversi.

Kenapa iklan ini agak popular? Kerana lagu di dalam iklan ini agak catchy. Lagu ini sering menjadi mangsa aku dan rakan sedarjah. Kami selalu tukarkan lirik lagu ini jadi kelakar (kelakar bagi kamilah).

Sesiapa yang tak pernah melihat iklan ini, silakan. Tengok bertapa hotnya Raja Ema ketika itu.


==========

Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Aku ingiin meminta maaf jika ada penulisan aku yang membuatkan hati kamu terguris. Ah, ini blog aku. Suka akulah nak tulis apa kan? Hahahaha!

Kepada yang pulang ke kampung, pandulah dengan selamat. Ingat orang yang tersayang.

Jumat, 26 Agustus 2011

Balik Kampung Part3

Cerita 1


"Kau bila balik kampung?" Tanya Bob pada Rizal.

"Malam karang aku baliklah." Jawab Rizal dengan penuh semangat.

"Berapa lama kau cuti?"

"Seminggu."

"Wah! lama kau cuti?"

"Saje ambik cuti panjang. Asyik kerja aje pun, bukan boleh jadi kaya."

Mereka gelak serentak.

Tahun ini Rizal sangat bersemangat mahu pulang ke kampung. Segala pakaian sudah dikemas dan disumbat ke dalam bagasi besar semenjak 3 hari lepas.

Tak sabar rasanya mahu pulang ke kampung. Mahu bertemu emak dan ayah yang dicintai. Berjumpa dengan adik-adiknya yang sudah pasti tidak sabar mahu menadah tangan meminta duit raya dari dia.

Dan tidak ketinggalan bertemu tunang kesayangannya di kampung. Tahun ini merupakan tahun terakhir Rizal beraya sebagai seorang bujang. Tahun hadapan, hidupnya pasti lebih ceria disamping bakal isteri tersayang.

Selepas habis waktu bekerja, Rizal cepat-cepat pulang ke rumah. Selepas berbuka, dia cepat-cepat bersiap. Angkat semua bagasi dan kuih raya yang dibeli di Jalan Tunku Abdul Rahman dan menunggu teksi. 

Teksi sampai. Rizal denga nsegera memunggah segala barangan ke dalam teksi dan terus meminta teksi gerak dengan segera.

Sampai sahaja ke Pudu Raya, Rizal segera keluar dan menuju ke tempat menunggu bas. Dia melihat jam. Ada setengah jam lagi sebelum bas bergerak.

Selepas membeli air kotak dan sedikit kudapan, Rizal duduk menunggu bas. Di dalam benak minda Rizal, terbayang saat-saat dia dan keluar memasak ketupat esok. memang sudah menjadi tradisi mereka sekeluarga berkumpul memasak ketupat dan rendang.

Malam raya pula, mereka akan beramai-ramai memasang langsir baru dan memasukkan kuih ke dalam balang. Pada larut malam, mereka bakal berkumpul di depan TV menonton rancangan Sampaikan Aidilfitri di TV3.

"Bas ke Kluang sudah sampai di platform 3."

Itu basa aku!

Rizal melompat. Dengan segera dia pergi menuju ke paltform 3 dan menuruni tangga menuju ke arah bas.

Sebaik sahaja dia mahu  masuk ke dalam bas, pemandu bas meminta tiket dari Rizal.

"Tiket bang."

Rizal pun menyeluk poketnya. Tiada tiket. Rizal segera mengeluarkan dompetnya dan memeriksa kalau-kalau tiket ada di dalam dompet. Tiada.

Rizal dengan segera membongkar begnya. Segala isi perut bag dikeluarkan. Masih tiada. Tiba-tiba baru dia teringat, dia terlupa hendak membeli tiket bas.

Rizal menepuk dahi. "Bodoh! Macam mana aku boleh lupa beli tiket ni?"

Dan akhirnya Rizal pun menangis melalak dan tidak menyangka hari raya dia sebagai bujang bakal disambut di Kuala Lumpur.


Cerita 2

"Faiz, kau balik kampung bila?"


"Saya tak balik kampung tahun ni..."


"Tak balik? Kenapa kau tak balik kampung raya nanti?"

Faiz tak menjawab. Dia hanya tersenyum pahit ke arah Roslan yang menanyakan soalan tersebut.

Faiz duduk kembali di meja kerjanya. Ingin menunpukan perhatiannya pada kerja.

Faiz melihat keadaan sekelilingnya. Tiada seorang pun kawan-kawannya yang sedang membuat kerja. Semuanya sibuk bercerita tentang persediaan raya dan kenangan raya semasa kecil. Semuanya dalam mood raya.

Faiz cuba memekakan telinganya. Dia tidak mahu mendengar cerita raya kawan-kawannya. Namun, dia tetap terdengar. Dicampur dengan hilai tawa kawan-kawannya, segalanya bagaikan duri tajam yang menikam telinganya.

Malam itu, Faiz termenung. Faiz tidak tahu apa yang ingin dibuat semasa hari raya nanti. Tak mungkin dia akan pulang ke kampung tahun ini... Kerana tiada apa yang ingin dicari di kampung.

2 tahun lepas, Faiz kehilangan ayahnya yang mati lemas di sungai. Ayahnya yang sedang memancing di atas sampan kecilnya lemas apabila sampanya dilibas oleh buaya.

Selepas kematian ayahnya, emaknya mengalami tekanan perasaan. Dan pada hari raya ke-4 tahun lepas, emak Faiz pula pulang ke rahmatullah.

Faiz adalah anak tunggal dalam keluarganya. Ahli keluarganya yang lain entah ke mana. Dia tidak tahu mana hilangnya pak cik, mak cik dan sepupunya. Kepulangnya ke kempung tidak membawa apa makna lagi. Kampung bagaikan tidak wujud lagi di dalam hidupnya.

Namun dia sedar, dia perlu pulang ke kampung jua. Untuk melawat pusara ibubapanya.

Jika orang lain pulang disambut ibubapanya, tapi tidak bagi Faiz. Tapi dia tidak akan sesekali mengsedekahkan surah Al-Fatihah setiap kali selepas solat kerana itu sahaja yang mampu dibuat buat 2 insan tersayang.

==========

Bagi yang pulang ke kampung tidak lama lagi, pandulah dengan selamat. Dan jangan sesekali buat lawak sensitif kepada orang yang tak dapat cuti raya atau tidak pulang ke kampung raya nanti. Buruk padahnya.

Rabu, 24 Agustus 2011

Balik Kampung Part 2

Kesinambungan dari entri lepas....

"Raya ni kamu balik kampung tak, Mirul?"

"Kampung kamu kat mana?"

"Bila kamu balik kampung?"

Itulah soalan lazim yang aku dengar dari rakan sekerja aku menjelang raya ini. Balik kampung adalah sesuatu yang sangat lazim di hari raya. Hilang satu punca nikmat hari raya kalau tak pulang ke kampung halaman.

Tapi sampai bila tradisi ini akan bertahan?

Saban tahun, anak muda yang tinggal di desa mula meninggalkan kampung halaman dan berhijrah ke bandar besar (termasuk aku) untuk mencari pekerjaan. Pada hari raya, mereka pulang ke kemapung halaman. Maka timbullah istilah balik kampung.

OK. Katakanlah semua anak muda di desa lepasan universiti meninggalkan kampung halaman untuk mencari pekerjaan di bandar. Jadi tinggallah kedua orang tua mereka di kampung. Anak muda pulang ke kampung untuk melawat ibubapa mereka. Anak muda yang berasal dari kampung semuanya sudah bermastautin di bandar.

Tapi kita tahu kekuasaan Allah. Satu hari nanti, ibubapa mereka akan pergi meninggalkan alam ini. Apabila kedua orang tua tersebut sudah tiada lagi, maka anak muda yang sudah bermastautin di bandar itu tidak lagi pulang ke kampung kerana sudah tiada siapa yang mereka mahu jenguk.

Adakah dengan ini istilah balik kampung akan pupus?

"Tapi Mirul, macam mustahil je semua orang nak pindah ke bandar. Mesti ada lagi yang nak tinggal dekat kampung kan?"

OK. Mungkin betul juga. Mustahil semua anak muda mahu meninggalkan kampung halaman dan bekerja di bandar. Tapi istilah 'balik kampung' masih boleh pupus dengan satu lagi cara.

Selain dari pulamg menjenguk ibubapa dikampung, apakah lagi perkara lain yang menyebabkan warga kota rindu untuk pulang ke kampung halaman?

Ya. Tepat sekali. Suasana kampung.

Suasana di kampung sangat jauh berbeza dengan suasana di bandar. Di bandar, segalanya bergerak dengan pantas. Kalau kau lambat, kau bakal tercicir. Masing-masing dalam tekanan untuk mencapai cita-cita di bandar.

Berbeza dengan dikampung, kehidupan dikampung lebih perlahan. Lebih aman. Penduduk kampung dalam menjalani hidup dengan hati yang tenang tanpa tekanan.

Di kampung, udaranya lebih segar berbanding udara di kotaraya yang penuh dengan asap kereta, jerebu dan lain-lain lagi asap & angin yang tidak diketahui asal usulnya.

Suasana yang kampung yang lebih tenang, dengan sawah yang terbentang luas, air sngai yang sejuk dan segar berbanding air paip, dan sikap kejiranan yang ada dalam penduduk kampung adalah beberapa perkara yang menjadikan kampung sebagai escapism buat warga kota yang tension melalui tekanan hidup di bandar.

Tapi apa akan jadi jika satu persatu ciri-ciri kampung ini lenyap?

Kebanyakan kampung kini melalui modenisasi tanpa sedar. Kebanyakan rumah tradisi kampung yang diperbuat dengan papan mula digantikan dengan rumah batu.

Pokok-pokok getah dan kelapa sawit kini sudah berubah menjadi lebuhraya.

Sungai yang mengalir deras dengan air yan gsejuk dan menyegarkan kini tidak ubah seperti sebuah parit sempit & kotor.

Tiada lagi lembu dan kerbau kelihatan di kampung. Yang ada hanyalah kucing, anjing dan babi hutan yang sering sesat dan masuk ke dalam rumah Pak Samad.

Jika perkara-perkara ini terjadi, adakah masih wujud kampung? Akan meriahkah aktiviti 'balik kampung' jika kampung berubah menjadi sedemikian rupa? Masihkah ada nikmat balik kampung lagi?

Tidak mustahil satu hari nanti istilah balik kampung bakal dilupakan dan menjadi salah satu perkara sejarah dalam hidup manusia. Perubahan mengubah manusia. Modenisasi mengubah sosial dan tempat tingaal seseorang manusia.

Diharap kampung-kampung di Malaysia masih mampu dikekalkan supaya tradisi balik kampung menjadi sesuatu yang lebih bermakna, bukan hanya sekadar pulang menjenguk keluarga di kampung semata-mata.

Jadi, raya tahun ini kamu dapat cuti tak? Beraya di mana kamu tahun ini?

Selasa, 23 Agustus 2011

Balik Kampung Part 1


Rasanya setiap kali Hari Raya Aidilfitri tiba, lagu ini pasti akan kita semua dengar keluar dicorong-corong radio, atau keluar di kaca televisyen tetapi dinyanyikan semula oleh artis sekarang dengan rentak mereka sendiri sehingga menghancurkan tune sebenar lagu ini.

Tapi lagu ini merupakan satu-satunya 'bukan lagu raya' yang dianggap sebagai lagu raya. 

Lagu ini sebenarnya lagu mengenai anak muda yang sudah lama tidak pulang ke kampung (samada sebab tiada duit untuk balik kampung, tiada masa untuk balik kamoung sebab susah nak mohon cuti ataupun anak yang dah lupa daratan, dah susah baru pandai cari emak bapak dekat kampung) berasa amat excited untuk pulang kembali ke kampung.

Dalam lirik lagu ini pun, tak sentuh langsung pasal hari raya. Cuma menceritakan rasa excited yang pemuda yang teringin sangat pulang ke kampung. Tidaklah diketahui samada apa motif sebenar kepulangan si pemuda tersebut, samada rindu kepada emaknya ataupun kepada awek nya.

Dengan kata lain, lagu popular dendangan Arwahyarham Sudirman ini sama sekali bukan lagu raya. Tapi, kenapa lagu ini sinonim dengan hari raya?

Ini kerana subjek lagu ini ialah 'balik kampung', benda yan gsering dilakukan oleh warga kota menjelang raya.

Ok. Aku akan bercerita tentang fenomena balik kampung dan apa akan jadi kepada aktiviti ini pada masa depan dalam entri akan datang. Tiba-tiba rasa malas pula nak menaip panjang-panjang.

Jumpa lagi dalam netri seterusnya esok.

Jumat, 19 Agustus 2011

WOTS TOP TEN LIST: 10 Tanda Hari Raya Aidilfitri Semakin Hampir


Sudah agak lama segmen ini tidak muncul di blog ini.

Hari ini, sudah 19 Ogos 2011. Ini juga bermakna kita sudah 19 hari berpuasa. Tinggal lagi 10/11 hari lagi untuk kita menyambut hari kemenangan buat semua umat Islam (yang berpuasa), iatu Hari Raya Aidilfitri.

Bahang untuk menyambut hari raya semakin dirasai. Kanak-kanak tidak sabar kerana mereka bakal menerima sejumlah duit raya. Sang isteri tak sabar mahu melihat rumah dengan perabot baru yang dibeli sempena hari raya, dan sang suami pula hilang sabar melihat dompet yang menipis menjelang raya.

Hari ini, mari kita lihat tanda-tanda yang kita akan nampak apabila hari raya semakin hampir. Biasanya tanda ini akan lebih jelas kita akan nampak pada hari Isnin yang akan datang ini.


WOTS TOP TEN LIST: 10 Tanda Hari Raya Aidilfitri Semakin Hampir

10. Kita menerima kad raya/SMS raya

Kalau zaman dulu, menerima kad raya adalah sesuatu yang kebiasaan. Jumlah kad raya yang diterima akan menjadi ukuran tahap populariti seseorang. Semakin banyak, semakin kembang hidung.

Tapi di zaman moden ini, kad raya bukan satu benda yang relevan lagi. Kad raya kini diganti dengan SMS. Kadang-kadang jadi sesak juga. Bila terlampau banyak SMS diterima, inbox akan penuh. Kena jugalah delete SMS-SMS tersebut.


9. Berita budak putus jari akibat mercun buatan sendiri menghiasi dada akhbar (muka hadapan jika kamu baca Metro)

Yang ini aku paling tak faham. Tiap-tiap tahun akan keluar berita macam ini, tapi budak-budak macam tak belajar dari pengajaran. Bila sudah putus jari, baru buat muka kesian. Mintak simpati. 

Come on, kids. Jangan buat sesuatu yang budak tahun lepas gagal buat. Mercun buatan sendiri adalah suatu yang kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah tidak akan berjaya buat. Ingat pesan abang ini ya adik-adik sekalian!


8. Ops Sikap yang ke berapa juta entah akan dimulakan

Ops Sikap, suatu benda yang pasti kita akan dengar setiap tahun. Bukan setakat semasa hari raya, masa krismas, masa tahun Baru Cina, pun ada Ops Sikap.

Cuima aku kurang faham apa fungsi Ops Sikap. Adakah Ops Sikap adalah ops untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya sempena hari kerayaan, ataupun ops untuk mengira berapa jumlah orang yang terkorban di jalan raya? 

Kerana setiap tahun, jumlah korban semakin meningkat, dan aku rasa definasi Ops Sikap lebih dekat dengan definasi mengira jumlah mangsa korban jalan raya dari mengurangkan jumlahnya.




7. Saf  Sembahyang Terawikh tinggal satu saf

Rasanya, aku tidak perlu menerangkan apakah sebab perkara ini terjadi? Semua orang pun tahu apa sebabnya bukan?

Makin lama, jemaah semakin malas. Jangan sampai tinggal imam dengan bilal saja yang buat terawikh pulak.


6. Jualan murah di sana-sini

Setiap kali musim perayaan, pasar raya akan mengambil kesempatan untuk membuat jualan murah. Tidak kiralah samada jualan murah yang betul, atau jualan murah yang memperdayakan pengguna.

Oleh kerana Hari Raya Aidilfitri adalah perayaan yang paling besar di sambut di Malaysia, promosi jualan murahnya juga kadangkala lebih unik sehingga menyebabkan Mak Besah yang sudah ada 7 pasang baju raya juga bakal turun untuk bertempur dalam promosi jualan murah tersebut


5. Lagu raya mula berkumandang di radio

Tidak terasa bahang hari raya tanpa kehadiran lagu raya. Kombinasi lagu raya lama yang masih evergreen sehingga sekarang dan lagu raya baru (yang banyak mengarut dari yang menarik). akan keudara di radio, menaikkan semangat kita untuk menyambut hari raya.

Dekat office aku, lagu raya sudah dipasang 2 hari sebelum puasa. Jadi, aku kini dalam fasa muak mendengar lagu raya. Aku sedang menunggu satu lagi benda muncul di kaca TV iaitu....


4. Iklan raya mula menghiasi kaca TV

Ya! Iklan raya! Setiap tahun, syarikat-syarikat di Malaysia akan berlumba-lumba mengeluarkan iklan raya yang menarik dan mampu meninggalkan mesej kepada penonton yang melihatnya.

Semenjak kemunculan iklan raya Petronas (yang mana kebanyakannya ialah hasil karya Arwah Yasmin Ahmad) yang menonjolkan iklan raya bermesej, syarikat-syarikat lain juga mula mengikut jejak langkah untuk membuat iklan yang mempunyai mesej juga.

Semenjak pemergian Yasmin Ahmad, iklan petronas sudah hilang "kick", dan semenjak itu, iklan raya TM bagaikan menjadi iklan raya terbaik menggantikan iklan Petronas.


3. Kawasan Jalan Masjid Jamek mula dipenuhi manusia secara maksimum, tidak kira hari berkerja atau hari cuti

Ini biasanya timbul bahana dari shopping raya last minute. Ada pro dan contra bagi yang bershopping last minute.

Contra, terpaksa bersesak dengan orang yang ramai dan kemungkinan stok pakaian yang ingin dibeli sudah habis.

Pro, barangan dia jual dengan harga yang murah. Jualan penghabisan stok. Lagi-lagi kuih raya yang kena lelong pada malam raya. Murah gila!


2. Banner Selamat Hari Raya berserta gambar wakil rakyat yang tidak pernah pun melawat kawasan mula digantung

Ini adalah perkara paling wajib dilakukan oleh ahli politik, tidak kira part kerajaan atau pembangkang, lakukan untuk membeli jiwa rakyat.

Teknik ini kadang-kadang bejaya membutakan mata rakyat. Walaupun wakil rakyat tersebut tidak pernah datang melawat kawasan, dengan hanya meletakkan banner tersebut, rakyat terus terpedaya dan berkata, "Bagus betul wakil rakyat kita. Sanggup buat banner dan gantung untuk tatapoan rakyat marhaen macam kita ni."

Yeah, right!


1. Bila kita rasa duduk dekat office pun sudah tidak ada makna lagi

Kepala asyik ingat cuti, raya dan kampung. Dah tak de nak fikir pasal kerja lagi. Hari raya berjaya mengatasi semuanya, termasuk bebelan daripada boss anda.

=============

Ok. Sampai di sini sahaja. nak ucap Selamat Hari raya, macam awal lagi. Lain kalilah aku ucap.



Rabu, 15 September 2010

Raya dulu, Raya sekarang Part 2

Budak-budak Datang Beraya

Raya Dulu

Peace!!! Kami nak duit raya.. Maksud kami, nak beraya.
Pantang nampak pintu terbuka, ada saja sekumpulan budak-budak datang beraya dengan senyuman sampai ke telinga.

Pada bulan Syawal yang mulia inilah budak-budak mengambil kesempatan untuk menjalankan misi mereka memenuhkan tabung ayam dengan pergi ke rumah-rumah jiran untuk mengutip duit raya. Muka jiran masing-masing pula menjadi tak mulia kerana merungut sebab terpaksa bagi duit raya pada budak-budak yang datang.

Dalam sehari, mesti ada lebih kurang 3-4 kumpulan pemungut duit raya datang bersanggah dekat rumah aku. Budak-budak bukannya teringin sangat nak makan kuih raya atas meja. Niat di hari memang mahu memenuhkan tabung ayam secepat mungkin. 

Bukan senang boleh dapat lesen kutip duit pada rumah jiran tetangga tanpa kena marah atau maki hamun. Kadang-kadang ada yang kutip mengalahkan Ah Long. 

Kadang-kadang ada budak-budak yang berperangai bangsat. Lepas dapat duit raya, terus buka sampul dan tengok kandungan duit raya. Lepas tu ada pula komen susulan:

"Sikit je Pak Berahim bagi. Banyak lagi pak cik yang duduk kat simpang tu bagi."

"50 sen je? Ni nak beli coklat pun tak cukup ni."

"Sikit je bagi. Baik tak payah bagi."

Kalau aku tinggal rumah keseorangan, memang aku tak layan budak-budak datang beraya ni. Kalau budak-budak bagi salam, memang aku keraskan diri dalam rumah. Siap slow-kan volume TV supaya tak terkantoi dengan budak-budak tu. Bagilah salam berapa puluh kali, memang aku buat pekak. Aku jawab salam dalam hati. Tak jawab dosa pulak kan?

Raya Sekarang

Hari ini dah masuk Hari Raya Ke-6 tapi rumah aku belum lagi menerima serbuan para-para askar pemungut duit raya tahun ini. Aku pun tak tahu mana mereka menghilang. Tahun lepas pun sepi juga rumah aku tanpa kunjungan mereka.

Mungkin budak-budak sekarang lebih gemar lepak di rumah sambil melayan drama raya lakonan peserta realiti TV. Ataupun mereka lebih suka melayari internet semasa Hari Raya (macam aku). Maklumlah, dalam Facebook pun dah ada application 'Duit Raya' kan?


Mercun, Bunga Api dan Meriam Buluh

Raya Dulu


Mercun dan bunga api adalah elemen utama dalam Hari Raya. Sama macam Chinese New Year, malam raya memang tak ubah seperti medan perang. Pelbagai mercun menjadi pilihan untuk dibakar. Kalau para-para bapak membakar duit dengan merokok, anak-anak pula membakar duit dengan mercun dan bunga api.

Kalau dalam satu kampung/taman, mesti ada 3-4 puak berlawan bunyi mercun. Kalau ada satu puak dah mula letupkan Thunder Clap, puak-puak lain akan balas dengan meletupkan mercun yang lebih kuat bunyinya. Jangan mimpilah nak tidur dengan lena masa malam raya tu.

Ada yang berotak MacGyver sikit, buat mercun buatan sendiri. Keluarkan belerang dari 2-3 jenis mercun, letak dalam besi paip. Bunyi memang kuat tak ingat. Kadang-kadang bunyi letupan mercun juga akan disulami dengan bunyi jeritan budak-budak yang mungkin sudah putus jari-jemari kerana gagal membuat formula yang tepat untuk mercun buatan sendiri itu.


Jangan ambil mudah dengan meriam buluh. Benda ni budak-budak kampung saja yang pakar. Budak-budak bandar memang main bunga api Pop-Pop sajalah. Bukan senang nak buat meriam buluh. Tapi bila main, memang seronok. 

Rasanya meriam buluh bolehlah dikategorikan sebagai mercun buatan sendiri, tapi tak pernah lagi aku dengar budak-budak putus jari main main meriam buluh.

Raya Sekarang

Baru bunyi mercun roket meletup, kereta polis dah datang round kampung/taman. Yang paling haram sekali, kawan aku pernah cerita yang ada polis datang taman dia sebab ada budak main mercun Pop-Pop. Celaka. Tak kan Pop-Pop pun dah kena banned kot?

Pengharaman mercun serba sedikit menjejaskan kemeriahan Hari Raya. Sebenarnya mercun bukanlah bahaya sangat kalau main dengan bimbingan ibubapa (macam rancangan TV yang diklasifikasikan dengan PG: Parents Guide). 

Meriam buluh? Bertuah kalau boleh jumpa budak-budak yang boleh buat meriam buluh sekarang. Kalau ada pun, tak ramai yang boleh buat. Mungkin adalah sikit-sikit budak-budak kampung yang boleh buat. Kira macam insan terpilihlah yang ada ilmu buat meriam buluh ni. Kira macam Neo dalam The Matrix lah.

Ok. Cukup sampai di sini. Belum ada mood nak tulis panjang-panjang lagi.

Selasa, 14 September 2010

Raya dulu, raya sekarang

Memang aku dapat rasakan yang raya sekarang memang lain dengan raya dulu. Bukan sebab kemeriahan sebaba kalau nak bercerita tentang kemeriahan raya, mesti korang kata, "Kau rasa raya tak meriah sebab kau dah tua."

Aku nak ceritakan kelainan antara raya dulu dengan raya sekarang.

Raya Dulu

Pada pagi raya era tahun 80'an dan 90'an, memang sangat sinonim rancangan sarkas, silap mata dan kartun pagi-pagi raya dulu.


Di pagi rayalah biasanya anak-anak Melayu di Malaysia mengenali apa itu sarkas. Pagi-pagi raya yang mulia, sejurus selepas bermaaf-maafan, kita berpeluang untuk menonton aksi akrobatik, clown, haiwan yang dilatih untuk membuat aksi, aksi-aksi stunt trapeze, jugglers dan lain-lain.

Bila difikir-fikirkan balik, memang mengarut juga pagi-pagi Raya boleh layan sarkas. Tapi semenjak sarkas tak lagi disiarkan pada pagi Raya, aku rasa sampai sekarang aku tak pernah tengok sarkas disiarkan di TV. Kalau budak-budak zaman sekarang nak menonton sarkas, bolehlah tengok The Royal London Circus yang berasal dari Danga Bay, Johor bahru.


Siapa yang tak kenal David Copperfield dulu? Kebanyakan anak-anak muda sekarang kenal David Copperfield melalui rancangan magic yang biasa disiarkan pada pagi raya. Masa dulu, budak-budak percaya yang si David ni bela syaitan sebab terlalu hebat bila buat magic.

David Copperfield pernah hilangkan kereta kebal, hilangkan Statue of Liberty, hilangkan Eiffel tower, terbang di Grand Canyon, belah badan perempuan, tanggalkan badan dia jadi 2 dan macam-macam lagi magic-magic pelik.

"Ni memang sah bela setan!" Tuduh kita pada si David masa dulu.

Tapi sekarang, selepas menonton Breaking the Magician's Code: Magic's Biggest Secrets Finally Revealed di AXN. Semua orang cakap, "Hekeleh... Menipu je David Copperfield ni rupanya. Semuanya trick je".

Sekarang kalau nak tengok magic show, bukak saje AXN. Mesti ada punya. Tapi budak-budak zaman sekarang lebih banyak kenal Criss Angel dan Cyril Takayama.


Kartun adalah satu rancangan wajib untuk tayangan di pagi raya. Bukan setakat pagi raya, kadang-kadang tiap-tiap kali ada cuti umum atau perayaan, mesti ada kartun.

Aku ingat lagi aku pernah menonton sebuah kartun bertajuk The Nutcracker Prince. Tapi aku cuma dapat tengok setengah jam saja sebab terpaksa pergi beraya ke rumah saudara. Nasib baik 2-3 bulan lepas tu, TV2 keluarkan ulangan cerita tersebut dalam segmen cuti sekolah.

Watak utama cerita The Nutcracker Prince, Hans/The Nutcracker Prince, menggunakan suara Kiefer Sutherland, yang sekarang popular sebagai Jack Bauer dalam cerita 24.

Raya Sekarang

Tiada lagi sarkas, tiada lagi magic show, tiada lagi kartun. Raya sekarang lebih banyak segmen nyanyian, drama-drama sedih dan lain-lain.

"Saya nak lawan Lady Gaga ni. Boleh?"
Raya zaman sekarang, memang banyak betul rancangan nyanyian. yang paling banyak ialah Dato' Siti Nurhaliza. Bukak TV1, Siti. Bukak TV3, Siti. Bukak Astro Ria pun Siti jugak?

Habis Siti, ada pulak Fenomena Faizal Tahir, Akustika Raya dan bermacam-macam lagi. Pendek kata, semuanya mesti ada segmen nyanyian. Walaupun kadang-kadang, lagu yang dinyanyikan oleh artis tu bukan lagu raya pun tak pe, janji segmen nyanyian, memang boleh saja.

Rasukan Ablasa. Seramlah sangat.
Credit: Ohbulan.com
Raya dulu, orang suka tengok magic tahyul David Copperfield. Raya sekarang, orang masih menonton cerita-cerita tahyul tapi tengok filem Melayu seram yang tak seram langsung yang disiarkan pada hari raya. Habis filem hantu Melayu, filem hantu Indon pulak.

Aku sendiri tak berapa faham kenapa perlu ditayangkan filem-filem hantu pada hari Raya. Mungkin untuk memberikan moral support kepada hantu dan syaitan yang kena kurung dalam neraka selama sebulan Ramadhan. Kira macam kasi peluang Syaitan beramah mesra balik bersama para manusia di depan TV kot.

Satu lagi jenis rancangan yang selalu disiarkan di kaca TV, Astro terutamanya, ialah rancangan yang dijayakan oleh artis realiti TV hasil ciptaan Astro.

Para-para peserta Akademi Fantasia di berikan peluang untuk menjadi pelakon (walaupun objektif AF lebih kepada menghasilkan penyanyi), belakon dalam drama Raya. Penonton akan disajikan dengan drama Raya yang kononya bergenre komedi tetapi tak kelakar berserta lakonan serba kayu dari artis-artis realiti tersebut. Aku rasa, lebih baik tengok sarkas dari tengok lakonan mereka sebab lokanan mereka pun lebih kurang sarkas jugak.

Ok. Ini sahaja buat masa sekarang. Nanti kalau ada apa-apa terpetik dalam kepala aku, aku tulis lagi.

Selasa, 07 September 2010

Aku, Hari Raya dan SMS

SMS 1

Aku ingat tahun ni, aku malas nak hantar SMS Hari Raya, kecuali pada kawan-kawan yang rapat sahaja.

Dari 400 nombor yang ada dalam hand phone aku yang aku hantar, tak sampai 10% yang balas balik.

Jadi, tahun ini aku menjalankan polisi "Siapa SMS pada aku, baru aku SMS pada dia."

Lagipun kawan-kawan aku yang lain dah berkerjaya. Jadi, kawan-kawan yang berkerjayalah yang hantar SMS pada aku. Tak gitu?


SMS 2

Bila aku hantar SMS Hari Raya, aku akan taip dengan ejaan penuh. Tak gunakan short form. Baru nampak rasmi. Lagipun, semenjak kebelakangan ni, aku memang jarang taip pendek walaupun dalam SMS. Ada beberapa perkataan yang biasanya aku tulis dalam bentuk short form. Mungkin sebab dah terbiasa.

"Saya Amirul Idham dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Saya ingin menghulurkan sepuluh jari memohon kemaafan atas sehala kesilapan zahir dan batin. Semoga berbahagia bersama keluarga tersayang di pagi raya."

Lebih kurang macam tu lah SMS raya aku tahun lepas (atau mungkin beberapa tahun yang lepas). Aku hantar kepada kawan-kawan. Aku tak sedar secara kebetulan aku terhantar pada sepupu aku.

Sepupu aku perempuan. Masih bersekolah. Dengan kata lain, masih bawah umur. Dengan pantas dia membalas kembali SMS raya aku.

"AmBoi. AyaT abg Am x bLeh blAh tu. Ayat sKemA abis niew. Dh mcm peRdaNa menTeri gitew. mmg saluTe abis niew."

Ini yang aku tak tahan kalau budak bawah umur balas SMS. Mesti guna ayat pelik-pelik (itew, gitew) dan ejaan huruf besar kelam kabut di mana huruf besar boleh terpacul pada tengah-tengah perkataan.

Nasib baiklah aku ni abang sepupu yang penyayang. Aku memahami perangai sepupu aku. Nasib baik aku sudah bersedia dengan situasi begini.

Aku balas:

"Sowey. Abang Am tak paham bahasa itew. Abang Am bukannya budak skowlah atau budak indie macam Atul gitew."


SMS 3

Setelah aku hantar SMS Raya yang panjang berjela aku taip macam di atas, masa untuk menunggu kawan-kawan membalas SMS aku.

Macam aku katakan. Kadang-kadang, tak sampai 10% yang balas balik SMS aku. Ada pulak yang balas SMS aku dengan agak ala-kadar.

Ada yang balas balik dengan pantun, tapi macam pantun yang digubah oleh budak-budak Darjah 1.

"Burung Merak, Burung Gagak,
Selamat Hari Raya Jugak."

Atau ada yang balas dengan ayat di bawah:

"Selamat Hari Raya jugak."

"Ok. Sama la, bro."

Atau ada yang lebih bangsat balas SMS raya aku dengan ayat:

"Thanks!"

"Ok."

Punyalah panjang aku taip, dia balas balik satu perkataan. Jadi, dah nampak kenapa aku malas nak hantar SMS Raya tahun ini?


SMS 4

1 Ramadhan, kawan aku hantar SMS yang berbunyi begini:

"Aku nak membudayakan balik kad raya tahun ni. So, bagi aku alamat kau."

Bagus juga idea kawan aku. Sekurang-kurangnya dia ada usaha untuk menghidupkan kembali kad raya yang kian pupus. Aku terus taip alamat aku dah hantar kepada dia.

26 Ramadhan, aku hantar SMS kepada kawan aku:

"Mana kad raya aku? Tak dapat-dapat pun? Kau dah hantar ke belum?"

Kawan aku membalas:

"Malaslah aku nak hantar. Nanti kau tunggu je lah SMS Raya aku."

Akhirnya, impian untuk mendapat kad raya dari kawan musnah sama sekali. Nasib baik pak cik aku hantar kad raya pada aku. Merasa jugak kad raya kan?

Moral of the story: Niat yang baik tidak akan menjadi tanpa usaha dan kekuatan hati.


SMS 5

Kawan aku SMS aku, minta SMS raya dari aku:

"Bro, ada message raya yang best-best tak? Foward kat aku."

Aku pun foward SMS Raya pada kawan aku. Tak lama kemudian, kawan aku membalas kembali SMS.

"Banyaklah kau! Ni bukan SMS raya. Bagi yang lain."

Mana tak mengamuk kawan aku. Aku bagi SMS:

"Jingle bells, jingle bells
Jingle all the way
Oh, what fun it is to ride
In a one horse open sleigh"

Nasib baik aku tak buat lawak SMS tahun ni. Kalau tidak, mesti aku dituduh salah seorang yang berkomplot buat Iklan Raya TV3 yang ala-ala krismas tu. Jangan-jangan ada pulak yang tuduh aku ejen Illuminati dan Freemason. Lulz!!!

==========

Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog Warmness On The Soul. Semoga Aidilfitri ini memberikan sinaran kebahagiaan kepada anda semua.

Jumat, 18 September 2009

KENAPA RAYA INI KURANG MERIAH BAGI AKU

Raya tahun ini merupakan raya era baru dalam hidup aku. Poyo gila ayat. Bukan apa, maksud aku raya kali merupakan raya pertama aku beraya sebagai status bukan pelajar lagi.Aku telah menamatkan pembelajaran pada bulan April yang lepas. 

Raya tahun ini sepatutnya juga merupakan era baru sebagai seorang yang matang. Dengan umur aku yang telah mencapai 25 tahun pada bula Julai lepas, aku sepatutnya telah menjadi tauladan dan contoh yang baik kepada pelajar-pelajar IPT yang berada Malaysia dan juga kepada budak-budak sekolah yang baru nak up dengan menjadi pendengar Indie yang setia (kadang-kadang poser sahaja) dan memakai baju dengan ayat-ayat murahan seperti "Saya Sayang Mak Saya", "Saya Sayang Awak", "Tak Indie Hilang Di Dunia", "Saya Masih Single" dan lain-lain.

Ok, maaf budak-budak sekolah yang baru nak up kalau kamu tersinggung dengan perenggan di atas. Ah, aku apa peduli.

Ok. Raya pada era baru dalam hidup aku ini kurang menarik bagi aku kerana ada beberapa (yang berasal dari aku) yang menyebabkan aku rasa raya kali ini kurang menarik. Jom usha senarai aku yang tidak seberapa ini.

1. MASALAH INTERNET YANG TIBA-TIBA LEMBAB

Minggu terakhir di bulan Ramadhan, aku ternampak perubahan mendadak pada kelajuan internet broadband aku. Tiba-tiba internet menjadi sangat lembab mengalahkan siput sampai nak upload Facebook pun boleh memakan masa antara 10-20 minit. Memang la panas membara kan. Semasa entri ini ditulis, internet masih lembab walaupun kini aku berada di kampung aku di Kampung Nakhoda.


2. AKU MASIH SINGLE RAYA INI

Untuk raya ke-3 berturut-turut, aku masih single. Sebenarnya aku sudah berjaya mendapatkan teman wanita tetapi setiap kali pun mesti gagal bertahan sebelum hari raya. Hahaha... Mungkin sebab umur teman wanita aku yang muda 6-7 tahun lebih muda dari aku.


3. AKU MASIH GAGAL MENDAPATKAN PEKERJAAN

Dialog raya tahun lepas, "Tahun depan mama dengan abah tak payah lagi bagi duit raya kat Aam sebab Aam dah kerja tahun depan."

Tahun ini, aku masih menganggur. Habuk sahaja dalam poket.


4. AKU TIDAK LAGI MENDAPAT SUBSIDI DUIT RAYA TAHUN INI

Rujuk dialog di atas. Bukan setakat ibubapa aku sahaja, pak cik aku semua juga akan memutuskan subsidi aku itu. Oh...


5. BAJU RAYA AKU WARNA PINK

Untuk pertama kalinya aku bakal mencemar duli, mencabuli pendirian, merosakkan reputasi dan menodai maruah aku kerana terpaksa memakai baju raya warna pink. Pemilihan warna baju raya kali ini telah diputuskan oleh para-para mak cik aku sekalian.

Apa gelak-gelak? Tampar sorang-sorang karang.


Di sini aku ingin mengambil kesempatan ini (bukan ambil kesempatan pada kaum wanita ya?) untuk memohon maaf kepada semua pembaca Warmness On The Soul dan Tears Don't fall jika ada entri aku yang mengguris perasaan atau membuatkan kamu sakit jiwa ketika membaca entri aku kerana tatabahasa yang berterabur seperti budak darjah 2 atau kesilapan ejaan yang sering aku lakukan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua.

Kalau kamu lihat aku lambat update entri, itu maksudnya aku Berhari Raya di Vietnam bersama Elly Tran Ha.

Kamis, 25 September 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Kepada semua pembaca blog Warmness On The Soul dan Tears Don't Fall, di sini aku ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf jika ada nukilan aku yang mungkin menyinggung perasaan kamu, membuat kamu marah, membuat kamu ketawa sampai pecah perut, tension hingga pecah kepala, marah hingga terbatal puasa dan lain-lain lagi.

Sempena di pagi lebaran ini, di harap anda semua dapat menyambut Hari Raya di sisi keluarga tercinta. 

Update blog yang seterusnya ialah selepas aku naik cuti hari raya. Sekian, Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Minggu, 21 Oktober 2007

PERJALANAN AIDILFITRI AKU

9 Oktober

Test 2 Managerial Economic pada pukul 8 hingga 10 pagi. Selesai test, aku balik rumah, lepak-lepak sementara menunggu ke kelas Sales pukul 1 tengahari. Kawan aku yang ambik aku dekat rumah pukul 2 petang. Bila sampai ke kelas, kelas dah pun selesai. Kami tanda attendance lepas tu terus berangkat.

Aku tidur sepanjang perjalanan ke Batu Pahat. Sedar-sedar dah sampai di depan rumah. Laju gila minah ni bawak kereta. 1 jam 10 minit dari Segamat ke Batu Pahat. Ikut Bukit Kepong. Memang laju. NAsib baik aku tidur

10 Oktober

Aku bersama ibu dan ayah pulang ke kampung di Kampung Nakhoda, Selayang Lama, Gombak. Walaupun kampung aku tu dah tak serupa kampung sangat, tapi aku suka kampung aku. Naik bas pukul 12 tengahari. Sampai di puduraya pukul 4:30 petang. Biasa lah, traffic Jam

11 Oktober

Keluar bersama abang aku. Shopping raya. Bukan apa, cuma nak cari kasut baru. Tapi last-last, beli baju dan seluar sekali.

Akhirnya, dalam tempoh sejam shopping, aku dapat beli kasut Converse, 1 seluar jeans BUM, 2 helai baju dan tali pinggang. Kalau perempuan yang shopping, sejam belum dapat apa-apa lagi tu.

12 Oktober

Sehari sebelum raya, aku, ayah aku dan abang aku di tugaskan untuk memasak rendang dan ketupat. Tahun ini, Pak Uteh aku di tugaskan untuk membuat lemang. Nasib baik. Kalau tak lepak nak jaga semua.

Malam temankan anak saudara aku dan sepupu kecil (dan juga sepupu yang dah boleh jadi emak dan ayah) main bunga api. Lepas tu acara isi kuih raya dalam balang sambil tengok drama malam raya lakonan Rosyam Nor.

Lewat malam, hampir pukul 1 pagi. Apeng SMS aku. Aku dan Apeng berkongsi kampung yang sama. Dia datang ke rumah aku sebab nak menentukan kedudukan rumah aku ni, esok dia nak beraya dekat rumah aku.

Apeng datang naik Perdana. Perdana pak cik dia...kata dia lah. Lepas berbual pendek, Apeng pun chow. Dia janji nak beraya esok

13 Oktober

Hari raya!!! Semua ahli keluarga aku berkumpul di rumah pusaka arwah atuk dan nenek. Tema baju raya tahun ini berwarna hijau. Semua ahli famili aku pakai baju warna hijau kecuali keluarga Pak Uteh aku. Kenapa? Aku malas nak jawab. Isu sensitif.

Petang tu aku tunggu Apeng. Tak sampai-sampai pulak. AKu SMS dia, haram dia balas mesej aku.

14 Oktober

Raya kedua di mulakan dengan kami semua beraya di rumah mertua abangku. Kemudian, kami bergerak ke Mantin untuk beraya di rumah sepupu mak aku.

Di Mantin, Apeng call aku. Dia baru nak beraya aku. Nampaknya tak de rezeki tahun ini. Tahun depan la nampaknya apeng...

15 Oktober

Pulang ke Batu Pahat. Mula beraya di sana pula.

Aku kira jumlah duit raya aku tahun ini. Untuk pengetahuan kamu, aku masih menerima duit raya. Menurut peraturan famili aku, selagi seseorang itu masih belajar dan tidak bekerja, mereka masih layak menerima duit raya, tak kira berapa umur nya. Aku masih dalam golongan itu.

Berapa duit raya aku? Ada la RM 500++. Duit itu akan di gunakan untuk tujuan menambahkan prestasi laptop aku dan lain-lain aktiviti yang bermoral.

Banyak dah aku taip ni.... Jumpa lagi.

Senin, 08 Oktober 2007

SEBELUM AKU PULANG BERHARI RAYA

Sebelum aku pulang ke kampung halaman untuk menyambuta hari raya, aku mahu mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada famili, kawan-kawan dan semua yang mengenali aku.

Tidak lupa juga kepada pembaca blog dan rakan-rakan seperjuangan yang turut serta dalam dunia blogosfera ini. Maaf zahir dan batin.