Tampilkan postingan dengan label Bincang-Bincang. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Bincang-Bincang. Tampilkan semua postingan

Senin, 18 Juli 2011

Antara Kerja, Keluarga dan Diri Sendiri

Aman seorang pekerja di sebuah syarikat. Dia berpangkat senior eksekutif. Bergaji RM 3,000.00 sebulan. Aman tinggal di sebuah bandar happening bernama Kuala Lumpur. Dia merupakan peminat bola sepak dan merupakan pernyokong kuat Chelsea FC.

Tujuan utama Aman bekerja di Kuala Lumpur ialah supaya dia boleh berlaga bahu dengan artis kegemarannya, Hail Amir. Tapi harapannya tidak pernah tercapai kerana penduduk Kuala Lumpur bukannya 1,000 orang seperti di kampungnya.

OK. Aku dah jauh terpesong ini.

Aman sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Satu berumur 4 tahun dan satu lagi baru berusia 6 bulan. Isteri Aman ialah seorang suri rumah sepenuh masa.

Selepas kerja, Aman akan segera pulang ke rumah kerana ingin bermain bersama anak-anaknya. Aman sering bermain dengan anak-anaknya, walaupun sekejap, dan selalu membacakan buku kepada anak-anaknya sebelum mereka tidur.

Selain itu, Aman juga akan mengambil peluang untuk membaca buku kerana membaca buku sememangnya hobi beliau semenjak azali lagi.

Semakin lama, anak-anak Aman semakin membesar. Aman mula sedar yang gaji beliau tidak mampu menampung keluarganya, lebih-lebih lagi mereka tinggal di Kuala Lumpur. Ditambah pula kenaikan harga petrol dan barang-barang harian setiap tahun. Menantikan harga barang-barang turun bagaikan menantikan bulan jatuh ke riba, bagaikan menantikan kucing bertanduk, bagaikan menunggu Lisa Surihani datang meminang aku...

Aman nekad. Dia mahu berkerja keras supaya mendapat kenaikan pangkat dengan segera dan mampu mendapat gaji yang lebih tinggi demi isteri dan anak-anak.

Aman bekerja siang dan malam. Dia tidak lagi pulang rumah awal untuk bermain dengan anak-anaknya. Dia tidak lagi dapat membacakan buku cerita kepada anak-anaknya sebelum tidur. Dia tidak lagi punya masa untuk melakukan hobi kegemarannya iaitu membaca. 

Dia tidak lagi punya masa untuk menonton pasukan kesayangannya, Chelsea FC. Bukan kerana Aman memotong Astro kerana saban tahun pakej sukan dinaikan harga, tapi kerana terlalu sibuk bekerja.

Dalam tempoh 7 tahun, Aman berjaya naik pangkat sebanyak 4 kali kerana kerajinan Aman yang mengalahkan orang Jepun. Orang Jepun pun tak berani melawan tahap kerajinan Aman.

Kalau pangkat sudah naik, sudah pasti gaji aman pun sudah naik juga. Gaji aman kini jauh lebih banyak dari gaji 7 tahun lepas. Aman dan keluarga tidak lagi dihimpit masalah kewangan malahan mampu hidup senang seperti orang kaya.

Oleh kerana Aman bekerja terlalu kuat sehingga mengabaikan keluarganya, hubungan Aman dan anak-anaknya kian renggang. Anak-anaknya tidak lagi mesra dengan Aman. Anak-anaknya lebih rapat dengan isterinya. Anak-anaknya menganggap Aman bagaikan orang asing. Mereka jarang berbual bersama.

Malahan, Aman juga sudah tidak lagi dapat membaca buku. Boleh dikatakan semua buku yang berada di MPH, Kinokuniya, Popular dan segala jenis kedai buku tidak pernah dibacanya. Aman hanya mampu membaca preview yang ditulis di akhbar atau dari mulut-mulut kawan sepejabatnya.

Dia juga sudah lama tidak menonton bola. Kali terakhir beliau menonton pasukan kegemarannya, Chelsea, Jose Mourinho masih menjadi pengurus kelab tersebut.

Walaupun Aman berjaya membawa kesenangan kepada keluarganya, Aman telah hilang anak-anaknya dan tidak lagi mampu membuat perkara-perkara kegemarannya.

Aman mahukan anak-anak beliau mendapat kesenangan. Mahu menyediakan yang terbaik untuk anak dan isterinya. Aman bekerja keras untuk anak-anak tapi akhirnya beliau kehilangan anak-anaknya. Ironi bukan?

Dalam proses cuba membahagiakan keluarga, kita mungkin bakal terlepas perkara-perkara yang kita pegang selama ini. Dihimpit dengan taraf gaya hidup yang semakin meninggi, adakah manusia satu hari nanti akan hilang nilai kekeluargaan?

Apa pendapat korang?

P/S: Kisah ini digarap dari kisah benar juga. Tapi aku sudah olah sebaik yang mungkin.


Jumat, 01 Juli 2011

Couple Dengan Adik Beradik

Sebenarnya aku pernah menulis benda ini dalam entri 2 tahun lepas. Tapi aku saja mahu kupas balik isu ini.

Bercouple dengan adik-beradik ini biasanya boleh menjadi isu yang besar juga.

Seorang lelaki, mempunyai seorang kawan yang betul-betul baik. Bukan yang jenis sekadar kawan. Ini memang jenis kawan sehidup semati. Kawan sama ketawa dan sama menangis. Dialah kawan yang paling baik yang pernah ada sepanjang dia hidup.

Tiba-tiba si kawan ini bercouple dengan adik perempuannya. Pasti situasi akan berubah.

Sebagai contoh dalam cerita F.R.I.E.N.D.S. Ross dan Chandler berkawan baik, semenjak dari zaman sekolah lagi. Tiba-tiba Chandler bercouple dengan adik Ross, Monica. Pada awalnya, Ross sendiri sukar menerima kenyataan ini. Aku masih ingat lagi ayat "My sister and my best friend?" diulang oleh Ross berulang kali dalam episod tersebut.

Aku pernah dengar cerita dari seseorang (ok. sebenarnya aku dah lupa siapa) tapi menurut beliau, dia ada seorang kawab baik. Tapi semenjak kawan baik dia bercouple dengan adik dia, terus tiba-tiba dia renggang dengan kawan dia. Nak kata bergaduh, tak juga, Tapi terus renggang tiba-tiba.

Tapi ada jugak yang tak kisah. Bagi diorang, lebih senang kalau adik mereka bercouple dengan orang yang mereka percayai.

Jadi, persoalan untuk hari ini:

1. Apa perasaan kamu jika kawan baik kamu bercinta dengan adik perempuan atau kakak kamu? (bagi pembaca wanita, abang atau adik lelaki kamu)

2. Adakah kamu akan menghalang atau membiarkan perhubungan tersebut? Kenapa kamu menghalang atau membiarkan hubungan itu?

3. Kalau kamu menghalang tetapi mereka tetap meneruskan juga perhubungan itu, sanggupkah kamu memutuskan tali persahabatan antara kamu dan kawan kamu?

Jumat, 24 Juni 2011

Bila Sebenarnya Kau Nak Kahwin?

Oleh disebabkan aku penat dan malas nak update panjang lebar, aku tinggalkan satu persoalan pada kamu semua.

==========

Situasi 1

Selepas aku sembuh 100% dari 'kecederaan' sunat, ada suara-suara yang mengacau aku pada masa itu:

"Wah! Dah elok sunat kan? Lepas ni bolehlah kahwin."


Situasi 2

Beberapa bulan sebelum aku habis belajar di UiTM untuk program ijazah, ada orang berkata pada aku:

"Wah! Kau dah nak habis study. Lepas ni kau dah kerja, boleh la kau kahwin."


Situasi 3

Sewaktu ditempat kerja, ada seorang pak cik di pejabat tu tanya aku:

"Kau umur berapa tahun dah, Mirul?"

"27." Jawab aku tenang.

"Wah. Umur dah wajib kahwin tu."


Situasi 4

Perbualan 2 pemuda yang aku dengar tak lama dulu

"Kau umur dah 33 dah, bila kau nak kahwin?" Tanya pemuda 1.

"Nantilah. Aku tak puas enjoy single life ni."

==========

Persoalannya, sebenarnya bila masa yang sesuai untuk seseorang berkahwin?

Bila sudah elok dari sunat?

Bila sudah dapat kerja?

Bila umur sudah menginjak naik?

Bila sudah puas enjoy?

Bila duit sudah cukup?

Bila sudah bosan asyik timbak dinding dalam bilik air tiap-tiap malam?

Bila duit sudah cukup?

Bila sudah terjumpa "The One" atau mister perfect/dream girl?

Bila semua kawan-kawan dah kahwin dan kau sorang saja yang masih membujang?

Bila emak sudah tolong carikan jodoh untuk berkahwin?

Bila kakak semua dah kahwin sebab tak nak langkah bendul?

Bila setiap kali kau nampak awek hot, hati kau bergelora tak tentu arah?

Bila mak cik-mak cik kau mula bertanya, "Sepupu kau tu dah kahwin, kau bila lagi?"

Bila ayah dan mak kamu mula berkata, "Abah & mak ni teringin juga nak rasa ada cucu."?

Sila pilih salah satu jawapan atau bagi jawapan sendiri kalau jawapan di atas tiada yang berkenan di hati. Sila bagitahu kenapa anda pilih jawapan itu dan kalau boleh masa mahu jawab soalan di atas, sila related kan dengan hidup anda sekarang.

Selamat memberi jawapan kepada aku.

Rabu, 20 Oktober 2010

Menara Warisan Merdeka dan beg tangan untuk awek

Situasi 1
Budget 2011
Minggu lepas

Kerajaan Malaysia membatalkan niat untuk memberikan bonus sebulan gaji kepada 1.2 juta penjawat awam tetapi membatalkan hasrat itu kerana ia akan menyebabkan negara meminjam dan menambah hutang sekali gus menyebabkan defisit tinggi Bajet 2011.

“Kalau buat macam ini, negara akan hadapi defisit yang tinggi dalam kos operasi,” kata Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah kepada pemberita selepas melancarkan Program Pusat Khidmat Bergerak Barisan Nasional (BN) di Padang Taman Klebang Jaya, Chemor, Perak.

Beliau mengulas penjelasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia di ibu negara, bahawa kerajaan mahu memberikan bonus sebulan gaji kepada penjawat awam tetapi ini akan mengakibatkan perbelanjaan besar RM3.1 bilion, justeru menggantikannya dengan Bantuan Kewangan Khas RM500 kepada kakitangan awam gred 54 dan ke bawah. Dengan kata lain, "Kerajaan tak de duitlah!"

Tapi yang peliknya, kerajaan anda pulak duit untuk mendirikan Menara Warisan Merdeka 100 tingkat yang dianggarkan menelan belanja RM5 billion.

Mungkin bagi penyokong tegar UMNO dan BN, mesti akan mengecam aku, "Kau ni mesti anti dengan kerajaan, sebab tu kau tak sokong semua projek cadangan kerajaan."

Aku bukannya nak membidas secara suka-suka, tapi perlukah kita satu lagi bangunan pencakar langit sedangkan kita sudah ada KLCC yang menjadi ikon Kuala Lumpur dan Malaysia?

Adakah berbaloi meruntuhkan Stadium Merdeka dan Stadium Negara yang banyak mengukir sejarah dan meninggalkan nostalgia buat rakyat Malaysia?

Kalau kerajaan bagi bonus pada pekerja di Malaysia, mungkin mereka dapat membantu kerajaan sendiri dengan mengundi BN pada pilihan raya akan datang. Membina menara 100 tingkat belum tentu mendapat sokongan pengundi yang kekal.

==========

Situasi 2
Kawan aku
2-3 minggu yang lepas

Sedang aku berjalan dengan seorang kawan aku, Alias (of course bukan nama sebenar), adik Alias menelefon hand phone-nya. Alias berbual dengan adiknya dengan nada marah-marah dan berterusan dengan nada tengking-menengking.

Dari perbualan Alias yang aku curi dengar, aku dapat tangkap yang Alias enggan membelikan top up RM 10 untuk adiknya dengan alasan, "Abang tak de duitlah!"

Selepas menamatkan perbalahan dengan adiknya, Alias terus membawa aku masuk ke dalam sebuah kedai yang menjual handbag. Kata Alias, dia mahu menghadiahkan aweknya handbag yang berharga RM200++ sempena anniversary percintaan mereka yang cukup setahun. Tapi bila aku teringatkan balik, 3-4 bulan yang lepas, Alias juga menghadiahkan handbag untuk aweknya.

Tapi yang peliknya, Kenapa Alias tidak membelikan top up untuk adiknya walaupun ia hanya menelan RM10 sedangkan handbag untuk aweknya pula bernilai lebih dari RM200?

Mungkin bagi penyokong tegar percintaan romantis, mesti akan mengecam aku, "Kau ni mesti anti dengan kawan sebab kau jealous dengan dia, lagipun kau bukannya ada awek."

Aku bukannya nak membidas secara suka-suka, tapi perlukah Alias membelikan satu lagi handbag sedangkan dia baru sahaja membelikan handbag 3-4 bulan yang lepas?

Adakah berbaloi membelikan satu lagi handbag bernilai RM200++ tapi dalam masa yang sama mewujudkan perbalahan antara adik beradik?

Kalau Alias belikan adiknya Top Up, mungkin adiknya boleh membantu Alias jika Alias ditimpa masalah pada masa akan datang. Awek pulak baru kenal setahun, belum tentu kekal.

==========

Kesimpulan:

1. Jangan sesekali membelakangkan orang yang mungkin satu hari nanti akan menyokong dan membantu kita. Buruk padahnya.

2. Jangan manjakan sangat awek. Ingat! Family first.

3. Apa guna buat satu lagi menara setinggi langit. Cukuplah KLCC jadi ikon Malaysia. jangan robohkan tempat bersejarah maca Stadium Merdeka dan Stadium Negara. Dan tak payahlah kita terpengaruh nak lawan buat bangunan tertinggi macam negara arab tu. Mereka semua tu negara kaya (tapi aku still consider mereka selalu membazir), tak mendatangkan faedah sangat pun.

Ada kesimpulan lain yang kamu boleh tambah?

Minggu, 13 Juni 2010

Antara bakar bendera Israel dan Tabung Gazza


Perbualan secara SMS bersama seorang rakan (diubahsuai ayatnya untuk lebih mudah difahami oleh para pembaca).

Kawan:
Kau tau tak kat mana ada jual bendera Israel.

Aku:
Tak tau. Kau nak buat apa dengan bendera tu?

Kawan:
Aku nak bakar bendera tu. Kan ada demo nanti. Kau tak nak joint sekali ke?

Aku:
Tak mau la. Macam mebazir je.

Kawan:
Apa hal pulak? Kita kena tunjukkan rasa yang kita benci kat Israel tu.

Aku:
Aku rasa, dari kita membazir beli bendera Israel lepas tu kau bakar, baik duit bendera tu kau hulur kat tabung bantuan Gazza tu. At least, sampai jugak duit tu kat orang sana untuk buat beli makanan dengan ubat.

Kawan:
Kau ni, macam-macam alasan. Kita kena tunjukkan rasa benci kita pada Israel. Baru diorang tau kita semua benci kat diorang tu.

Aku:
Memang betul. Tapi aku rasa, diorang memang dah tau yang satu dunia benci bangsa diorang. So, baik kita jangan bazirkan duit tu. Kumpulkan, belikan makanan dan hantar ke Gazza.

Kawan:
Tapi bukannya bantuan tu dapat hantar ke Gazza pun.

Aku:
Sekurang-kurangnya, kita mencuba. Lagipun sebelum ni, kita berjaya hantar bantuan tu. Cuma kali ni je kena sekat. Mungkin tak lama lagi sekatan tu akan berakhir.

Kawan:
Bakar bendera tu lagi penting. Jihad.

Aku:
Kalau nak berjihad, kau pergi Gazza tu. Pergi perang mempertahankan martabat Islam. Itu baru jihad. Itu baru Mati Syahid. Kalau kau kena langgar dengan kereta masa kau bakar bendera Israel, belum tentu masuk syurga. Bukannya tiap satu bendera kau bakar, boleh bunuh sorang askar Israel.

Kawan:
Sudah la kau. Macam-macam je ayat kau.

===Sessi SMS tamat===

Aku pelik kenapa kita sanggup habiskan duit membakar Bendera Israel tetapi susah mahu keluarkan duit untuk menderma tabung Gazza.

Kita sanggup berhabis duit untuk menunjukkan rasa benci (membakar bendera) tetapi tidak mahu mengeluarkan duit untuk menunjukkan rasa hati (menderma Tabung Gazza).

Adakah hati kita sekarang sudah dipenuhi rasa benci seperti orang Yahudi?

Adakah menunjukkan rasa benci di khalayak ramai lebih mulia dari menunjukkan rasa hati secara diam-diam dengan menghulurkan derma di tabung derma di masjid?

Apa yang aku taipkan ini adalah satu kisah benar. Bukannya kawan aku ini seorang sahaja, tetapi ramai yang sanggup berdemonstrasi membawa card board dengan ayat mencaci Israel dan membakar bendera tetapi agak susah untuk mengeluarkan duit untuk menderma tabung kemanusiaan.

Bukanlah aku mahu katakan yang membakar bendera Israel itu salah, tetapi bukankah baik kalau dapat diseimbangan kedua-dua perkara yang aku nyatakan di atas tadi. Tetapi kebanykannya memilih cara membakar bendera semata-mata.

Mengapa?

Menjaga imej di depan mata orang ramai?

Atau untuk kepentingan dalam parti politik masing-masing?

Rabu, 27 Mei 2009

BINCANG-BINCANG

Sebelum memulakan coretan untuk entri kali ini, aku ingin memohon maaf kerana lama juga aku tidak mengemaskini blog ini. Aku agak sibuk kebelakangan ini.

Aku agak sibuk dalam 2 minggu yang lepas. Aku telah menghadiri beberapa sessi temuduga dan aku menghadirkan diri ke Hari Kerjaya di PWTC tempoh hari dalam usaha mencari kerja setelah menamatkan pengajian aku ini.

Kemudian, atuk kepada sepupu aku telah kembali ke rahmatullah pada hari Khamis yang lepas. Ini menambahkan lagi tahap ke sibukan aku untuk mengupdate blog ini.

Namunpun begitu, dalam kesibukan yang melanda sempat jugalah aku menonton wayang. Aku tonton dua cerita dalam 2 minggu ini. Star Trek dan Night At The Museum: Battle of the Smithsonian.

Asalnya, aku dan sepupu aku mahu menonton cerita Push, jadi kami memilih TGV KLCC. Yang pelik tu, punyalah banyak cerita yang ditayangkan, cerita Push tak ditayangkan di TGV KLCC sedangkan wayang lain ada. Sungguh mengecewakan. Punyalah penat pergi KLCC sebab nak tengok cerita Push di TGV, sekali tak de la pulak.

Akhirnya, aku memilih Star Trek. Walaupun hati aku sedikit gusar memandangkan sejarah hitam sebelum ini. Boleh dikatakan hampir semua filem Star Trek sebelum ini membosankan. Termasuk juga siri televisyen mereka (kecuali Enterprise yang agak tidak membosankan berbanding yang lain). Oleh kerana tidak mahu menonton cerita Bohsia: Jangan Pilih Jalan Gelap, kami pilih jalan menuju angkasa. 

Faktor lain yang menyebabkan aku bersetuju untuk menonton Star Trek ialah Zachary Quinto (memegang watak Sylar dalam siri Heroes), turut berlakon dalam filem ini sebagai Spock. Aku amat meminati lakonannya dalam siri Heroes dan menjadikan faktor penarik untuk aku menonton Star Trek. Ditambah pula interview bersama pengarahnya, J.J. Abrams, yang berkata "filem kali ini sesuai ditonton untuk peminat dan bukan peminat Star Trek yang sejati kerana dia sendiri bukan peminat Star Trek."

Tapi secara keseluruhannya, Star Trek memang menghiburkan. Yang lebih menarik ialah kerana filem ini menggunakan watak-watak klasik dari siri pertama Star Trek (dikenali sebagai Star Trek: The Original Series) seperti James T. Kirk, Spock, Uhura, Hikaru Sulu dan penampilan istimewa Leonard Nimoy, pemegang watak Spock yang asal. Ditambah dengan campuran elemen aksi, kejutan, komedi dan visual effect yang menarik, 5 Bintang untuk Star Trek.

Night At The Museum 2 juga menarik. Kalau dibandingkan dengan yang pertama, aku rasa yang ini lebih menarik. Lebih banyak watak baru ditonjolkan dan aksi humor yang lebih teratur dari pada yang pertama. 4 Bintang.

Ok. Berbalik pada tajuk entri aku yang sebenar.

Semasa aku di KL, aku telah berbual dengan sepupu aku (lelaki) yang mempunyai seorang adik perempuan. Jadi aku bertanya kepada dia jika ada kawan baiknya bercinta dengan adiknya itu. Sepupu aku cuma menjawab "Rasa macam lain macam jek...".

Jadi, mari kita bincangkan.

1. Apa perasaan kamu jika kawan baik kamu bercinta dengan adik perempuan atau kakak kamu? (bagi pembaca wanita, abang atau adik lelaki kamu)

2. Adakah kamu akan menghalang atau membiarkan perhubungan tersebut? Kenapa kamu menghalang atau membiarkan hubungan itu?

3. Kalau kamu menghalang tetapi mereka tetap meneruskan juga perhubungan itu, sanggupkah kamu memutuskan tali persahabatan antara kamu dan kawan kamu?

Ok, jom bincang bersama.

Aku dah update Tears Don't Fall