Minggu, 29 Maret 2009

KEPUTUSAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2008 DAN KETIADAAN TUN MAHATHIR

Datuk Seri Shahrizat berjaya menang sebagai Ketua Wanita UMNO yang baru. 

Jelas Zaman Tan Sri Rafidah telah berakhir dan momokan beliau yg mahu mengekalkan jawatan satu penggal lagi akibat rasa tercabar dan dendam atas alasan Dato Seri Sharizat menolak pelan perubahan kuasa nyata memakan diri

Ok. Lupakan Rafidah Aziz.

Semasa kemenangan Datuk Seri shahrizat, Datuk Shahrizat dalam ucapannya mengucapkan rasa terima kasih kepada Tun Mahathir.

"Terima kasih saya ucapkan kepada Tun Mahathir."

Semua yang hadir bertepuk tangan dan bersorak. 

"Terima kasih juga saya ucapkan kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi."

Hanya sikit yang bertepuk tangan dan bersorak.

Apa maksudnya? Adakah mereka masih merindui kepimpinan Tun M? Adakah mereka lebih respect kepada Tun M?

Hanya mereka yang ada jawapan itu....

======================================

Semasa keputusan pemilihan Ketua Wanita, Keputusan Pemilihan Ketua Pemuda UMNO juga diumumkan malam tersebut.

Seperti yang semua tahu, Khairy Jamalludin yang memenangi jawatan tersebut (bullshit!!) dan calon favorite aku, Dato' Mukhriz Mahathir tewas dan berada di kedudukan ke-3.

Dan semua orang tahu yang Tun Mahathir tidak hadir pada pembukaan mesyuarat Perhimpunan Agung UMNO kerana sudah mengetahui yang anaknya akan kalah.

Tidak!!

Tum berkata, alasan Tun yang tidak hadir kerana Pemuda UMNO secara langsung dan terbuka merestui politik rasuah.

Kata Tun lagi, "Mereka memilih sebagai ketua mereka seorang yang telah didapati bersalah menggunakan wang dan sogokan dalam usahanya untuk dipilih sebagai Ketua Pemuda. Samada dia dibenar bertanding atau tidak, tidak menidakkan dianya adalah perasuah."

"Juga saya hairan kenapa untuk mengira hanya 790 undi mengambil masa lebih dari enam jam? Apakah pengira undi tidak tahu kira? Atau apakah sesuatu sudah diusahakan untuk menjayakan menantu Perdana Menteri. Ini menjadi soalan bukan daripada saya seorang tetapi oleh semua orang ramai. Tak usahlah Perdana Menteri bercakap berkenaan dengan menolak rasuah kerana menantu yang perasuah diberi keistimewaan luar biasa."

Bukan aku kata, tapi Tun yang kata.

Tak percaya? Baca blog Tun M di sini. Untuk lebih jelas, baca entri ini.

KJ, jangan rasa senang hati sangat ya?

And Tun Mahathir, you still the best of the best.

Dan, Najib pasti berdepan cabaran besar untuk mengembalikan kepercayaan orang Melayu kepada UMNO. Good luck with that.

Aku dah sambung episod baru di Tears Don't Fall

Senin, 23 Maret 2009

(AKU KEMBALI) TEKA TEKI UNTUK KAMU SEMUA

SOALAN:

Dato' Ali Rustam dan Khairy Jamaluddin (KJ) keduanya didapati bersalah kerana politik wang. Tetapi, kenapa Dato' Ali Rustam sahaja yang digantung dan KJ tidak?

Kalau kamu teka yang KJ menggunakan pengaruh Pak Lah untuk melepaskan diri... Kamu salah.

JAWAPAN:

Selembab-lembab KJ, sekurang-kurangnya dia tidak menyokong untuk memberikan pangkat Dato' kepada Shah Rukh Khan.

Untuk mengelakkan pangkat Dato' akan dikurniakan kepada George Michael, Elton John atau Kitaro, Dato' Ali Rustam pun di gantung.

Kan baik jika darjah kebesaran di Malaysia hanya di anugerahkan untuk wargenara Malaysia sahaja kan?

Aku dah update episod baru cerpen aku di Tears Don't Fall

Minggu, 15 Maret 2009

(MASIH HIATUS).BEST WEEK EVER!!!! MAN UTD 1-4 LIVERPOOL


Perlawanan yang paling tertekan aku tonton sepanjang musim ini. Kenapa? Kerana semasa menonton perlawanan ini, aku dikelilingi cousin, pak cik dan abang aku yang merupakan peminat susah mati Man Utd.

Cuba bayangkan, aku seorang penyokong Liverpool dikelilingi 7-10 orang penyokong Man Utd.

Tapi aku lega kerana aku yang akhirnya melonjak keriangan.

Thanks to Torres, Gerrard, Aurelio and Dossena (again?) for the goal.

Hilang sikit tekanan membuat thesis (ye la tu...)

To Man Utd fans, you maybe win the title this season but the war between The Reds Army and Red Devil are won by Liverpool FC this season.

OK. Aku janji aku akan kembali dalam minggu ni dengan episod baru cerpen aku nanti.

Rabu, 11 Maret 2009

AKU MASIH HIATUS (CUTI DARI MEMBLOGGING), TAPI AKU TETAP NAK TULIS ENTRI INI

2 minggu lepas..

Perbualan telefon antara aku dan kawan ku, ABC (bukan nama dalam surat beranak)...

Aku: Apsal kau call aku?

ABC: Aku nak cakap sikit kat kau ni.

Aku: Cakap apa?

ABC: Malam ni dekat Barnebeu (betul ke ejaan stadium Real Madrid ni?), Real Madrid menang 4-0 dengan Liverpool. Nanti bila lawan kat Anfield, Real Madrid bagi chance sikit la. Madrid kalahkan Liverpool 1-0 je la kat Anfield.

Aku: Wwaaa... Yakin betul kau ye.

ABC: Mesti la. Real Madrid la beb.

Dan malam tersebut, Liverpool mengalahkan Real Madrid 1-0 di Barnebeu.

2 minggu kemudian...

Akhirnya, tak sangka pulak aku yang Liverpool berjaya melaukkan Real Madrid dengan jaringan 4-0.

Apa yang ABC ramalkan, menjadi kenyataan. Cuma, dia salah ramal pasukan yang menang je. Ya!! Liverpool yang menang.

Gol pertama hasil jaringan Fernando Torres. say my name... SAY IT!!! (kata Torres dalam bahasa Sepanyol. Aku tolong terjemah untuk kamu).

Meraikan bersama rakan sepasukan.

Torres meraikan gol ke-3 Liverpool hasil jaringan kapten, Steven Gerrard. Gol ke-2 ialah penalti oleh Gerrard juga. Malas aku nak upload gambar banyak-banyak.

Dossena yang jarang bermain dengan baik untuk Liverppol pun mampu menjaringkan gol bila berdepan Real Madrid. Ayam betul.

Penjaga gol Real Madrid, Iker Cassilas berkata dalam hati: "Kalau aku tau nak kalah teruk  macam ni, baik aku pergi Stadium J-Corp tengok Johor FC lawan VB Sport (AFC CUP)

Kepada kawan ku ABC dan penyokong Real Madrid di Malaysia, Real Madrid mungkin hebat di La Liga tapi bila berdepan kelab Inggeris, Real Madrid gagal menunjukkan taring kerana Juande Ramos tak pandai baca taktik kelab inggeris. Sebab tu la dia pegang Tottenham jadi terbarai.

Dan ini juga mengekalkan rekod yang Real Madrid kalah dalam semua perlawanan menentang Liverpool di Champions League.

Sekian....

Aku nak sambung cuti. Minggu depan baru ada update yang baru berserta episod baru cerpen di Tears Don't Fall. bye.....