Senin, 26 Desember 2011

merry christmas

salam.
cakap pasal christmas nih bukan lah nak menyambutnya.tapi nak cerita satu keadan yang tak dijangkakan.bajet cerita macam santa bagi aku hadiah.wahahahaha...
tak da lah...ok lah,pagi tadi aku dah bagun pukul 7.30 semata-mata nak pegi kolej ada kelas studio 8.30 sebab takut lambat.ok aku get ready dengan mata pejam sebab masih ngantuk lagi sebab malam tadi tengok wayang midnight.MISSION IMPOSSIBLE...yuppp best sangat and puas hati sebab berapa kali usha asyik full.ada tom cruise....ok balik2,so aku da siap and start kereta pegi kolej.





sesampai nya kat kolej aku terkejut sebab kereta tak da.em ok tak palah sebab aku tengok jam pun macam awal aku pergi kolej pagi ni.so aku aku round pulak kat area kolej lagi terkejut sebab aku tengok bas kolej tak bergerak sebab elok je aku tengok dia parking depan kolej.aku tak puas hati aku round depan kolej satu kereta pun tak da kat kolej and kolej tutup.

ok ambik site tepi,parking call my bf tanya hari cuti ke?walaupun dia tak tahu sebab dia dah habis study kat situ.terkejut punya pasal...then balik rumah gelak sorang2.cerita kat family memang habis lah kene gelak...orang elok cuti,kau pegi kolej.
bye2...

Jumat, 23 Desember 2011

Bercuti

Semasa zaman aku bersekolah atau melanjutkan pelaran di Politeknik dan UiTM, pergi bercuti adalah perkara yang dinanti-nantikan.

Tapi bila sudah masuk zaman pekerjaan, pergi bercuti adalah saat yang lebih mengujakan, seperti ingin menyambut Hari Raya Aidilfitri pula.

Jadi, aku ingin bercuti. Lebih bermakna bila cuti kali ini akan mengumpulkan kesemua ahli keluarga aku.

Jadi, tiada update entri dalam beberapa hari ini. Aku betul-betul mahu bercuti.


Rabu, 21 Desember 2011

Movie Marathon: Songlap & Mission Impossible: Ghost Protocol

Kali ini, aktiviti movie marathon aku lakukan bersama kawan aku. Filem pilihan aku adalah 2 filem yang baru mula ditayangkan Khamis lepas, Songlap dan Misi Mustahil: Protokol Hantu. Aku tonton kedua filem ini pada hari Isnin yang lepas.


Songlap


Ada beberapa sebab kenapa aku memilih untuk menonton filem ini. Yang pertama, Shaheizy Sam melakonkan watak yang serius.

Selepas berlakon watak lawak dari Adnan Sempit sampailah Bini-Biniku Gangster, akhirnya Shahiezy Sam dapat juga memegang watak serius.

Kedua, pengarah filem ini, Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Ishak merupakan pengarah dan penulis skrip untuk Kami: The Series dan Kami: The Movie, yang mana merupakan antara TV Series dan filem kegemaran aku.

Sebelum aku menonton filem ini, aku ada membaca review dari pengkritik filem profesional, sehinggalah blogger amatur.

Ada yang memberikan komen positif, ada yang negatif. Yang negatif kebanyakannya memberikan komen tentang ending filem ini dan juga jalan cerita ini. 

Rata-rata yang memberikan komen tentang jalan cerita adalah golongan yang mengharapkan jalan cerita filem ini ada unsur-unsur humor seperti Adnan Sempit & Bini-Biniku Gangster. Come on la! Sampai bila kita nak tengok Shahizey Sam berlakon watak tipikal macam itu saja?

Filem ini mengisahkan dua adik beradik Am (Shaheizy Sam) dan Ad (Syafie Naswip) yang terlibat dengan sindiket penjualan bayi. Cerita ini disulami dengan kisah tabiat Am yang merupakan tahi judi, Ad yang sering melawat ibunya yang mana ibunya tidak mengetahui yang Am dan Ad adalah anaknya dan lain-lain lagi.

Tema utama filem ini ialah permedagangan orang, satu topik yang mana nampak bosan bila dikupas dalam rancangan 999 tapi jadi menarik bila ia dijadikan skrip filem.


Ok. Sekarang aku akan senaraikan apa yang aku suka tentang filem ini:

1. Lakonan Shahiezy Sam dalam filem ini. Seperti yang aku nyatakan, aku sudah lama menunggu dia membawakan watak yang lebih serius. Walaupun watak ini tidaklah menguji Sam ke tahap maksimum, tapi sudah cukup untuk dia keluar dari kepompong watak komedinya. Watak Am berjaya menyelamatkan Am dari terus hanyut dengan watak komedi.

2. Chemistry antara Shahiezy Sam dan Syafie Naswip adalah sangat baik. Walaupun Am sering memarahi adiknya sepanjang cerita ini, tetapi ada babak yang menunjukkan yang Am sebenarnya sangat sayang pada adik dia. ciri-ciri kekeluargaan menjadi salah satu isi untuk filem ini.

3. Skrip dan story line yang baik. Macam yang aku katakan tadi, filem ini menggunakan tema pemerdagangan orang sebagai tema, sesuatu yang tidak pernah dibuat dalam filem tempatan. Filem ini juga memaparkan sisi gelap Kuala Lumpur. Garapan skrip membuatkan ia nampak realistik. Jalan cerita filem ini banyak bermain dengan minda penonton. Dan skrip filem ini dipenuhi dengan quote yang menarik.

4. Pelakon tambahan/pembantu yang mantap. Biasanya, pelakon tambahan/pembantu dalam sesebuah filem boleh membantu atau memotong stim filem tersebut. Pelakon pembantu yang kaku & nampak sangat berlakon biasanya akan menjejaskan filem. Tetapi dalam filem ini, semua pelakon pembantu memang dari golongan pelakon profesional yang mantap.

5. Lakonan Sara Ali, seorang pelakon baru, tidak menghampakan. Menggunakan pelakon baru dalam filem merupakan satu risiko besar (Contoh: Kilafairy dalam Karak). Namun, Sara Ali tidak mengecewakan. 

Penamat filem ini yang tergantung. Aku tak tahu kenapa ending filem ini tergantung. Adakah Ad & Hawa selamat sampai ke Kuantan? Adakah Am akan mengikuti adiknya? Tapi bila difikirkan, bagus juga ending tergantung. Asyik nak happy ending saja, tipikal sangatlah pulak kan? Biarlah ending filem ini menjadi tanda tanya, dan membiarkan penonton membuat andaian untuk penamat filem ini.

Lawati website rasmi filem ini: Songlap

Songlap aku kategorikan sebagai filem mesti tonton. Ombak Rindu film of the year? No! Songlap for the win.

P/S: Aku sudah menonton Ombak Rindu juga. Yes! I'm guilty!


Mission Impossible: Ghost Protocol


Mission Impossible: Ghost Protocol (atau dalam bahasa kebangsaan Misi Mustahil: Protokol Hantu) merupakan antara filem yang aku tunggu-tunggu. Aku ingatkan filem ini akan ditayangkan pada pertengahan tahun, rupanya hujung tahun. Tapi penantian aku berbaloi.

Mission Impossible: Ghost Protocol (MI4 mulai selepas ini) merupakan kesinambungan dari 3 filem Mission Impossible yang lepas. Tom Cruise masih kekal membawakan watak Ejen IMF, Ethan Hunt.

Walaupun sudah berumur 49 tahun, Tom Cruise nampak lebih muda dari usia sebenarnya. Kata kawan aku, Tom Cruise sudah berjaya memberhentikan proses penuaannya semenjak 10 tahun lepas.

Dan aku sangat respect kepada Tom Cruise kerana beliau melakukan hampir semua aksi stunt dalam filem ini. Tom Cruise melakukan stunt sendiri dalam scene ketika beliau memanjat Burj Khalifa.



Ok. Sekarang aku akan senaraikan apa yang aku suka tentang filem ini:

1. Sepeti apa yang aku nyatakan di atas, kemantapan lakonan Tom Crusie walaupun sudah berumur 49 tahun. Dia berjaya membawakan watak Ethan Hunt dengan baik. Stunt yang dilakukan dengan baik dan dia berjaya menjiwai watak sebagai seorang ejen perisik yang cool, bersifat dingin tetapi mempunyai keupayaan membuat keputusan dalam masa terdesak dengan baik.

2. Filem ini dipenuhi aksi dari permulaan cerita. Bak kata orang putih, action packed movie. Aksi dalam filem ini boleh dikatakan agak fresh. Beberapa aksi yang betul-betul membuatkan penonton seperti merasai kesakitan yang sama seperti apa yang dirasakan oleh Ethan Hunt (terutama kali aksi dia terhantuk kepala 2-3 kali dalam filem ini).

3. Banyak memorable moment dalam filem ini. Scene menggunakan skrin ketika memasuki Kremlin, scene Kremlin meletup, scene pergaduhan di tempat parking bertingkat yang moden di Mumbai, dan scene memanjat Burj Khalifa. Semua scene ini sangat mendebarkan.

4. Ini juga filem pertama Mission Impossible yang mana Ethan Hunt terpaksa bertindak sendiri tanpa bantuan dari pihak kerajaan mereka. Tiada rancangan, tiada back-up dan tiada pilihan di mana mereka terpaksa melakukan misi ini untuk membersihkan nama mereka.

5. Filem kali ini masih berjaya mengekalkan momentum dari 3 filem sebelum ini, malah yang terbaik dalam  franchise Mission Impossible.

Cuma ada satu yang membuatkan filem kali ini kurang inti pati Misi Impossible nya ialah kekurangan scene penyamaran bertopeng.

Mission Impossible dan penyamaran topeng adalah 2 benda yang sering berkait rapat. Dalam filem kali ini, mereka tidak menggunakan topeng semasa penyamaran ketika cuba masuk ke dalam Kremlin dan topeng mereka rosak ketika cuba membuat topeng di Dubai. Mungkin pengarah cuba membuat kelainan, tetapi kurang seoronok juga apabila elemen penting dalam Mission Impossible ini tiada.

Filem ini memang wajib tonton oleh peminat filem aksi dan juga bukan filem aksi. Siapa tak tengok, dia gila!

Sekian, movie marathon terakhir untuk tahun ini. Kita tunggu tahun depan untuk movie marathon yang akan datang.

Senin, 19 Desember 2011

i needs u




bie !
bie slaluw ckap
" bie sayangkan bebie sanads-2 "
smpai bebiepenat na denga too sumew
tapiy bebie sukew
bie nyh sweet sanads


bie slaluw sbar nan pangai bebie smpai skunx
bie slaluw ckp yg bebie manjew
pdhal , bie yg manjew

bie inads ta bie pewnah citer at bebie yg time bie demam duluw
bie ckap bie ta na mkan ubat
but mama bie paksew jugax suwoh mkan
klaka lha bie nyh ... dha besa pown prangai mcm budax-2 agiy

bie tauw ta ?
bebie syang sanads-2 at bie
bebie ta boleyh pikir macm manew khidupan bebie klau bie ta dew
bie segalew galew nyew bagiy bebie

suatu ariy too kan ,
bie demam
bie katew demam biasew jerk ..
tapiy bebie ta puas aty sesanads
bebie pegiy umah bie
bebie tengox mukew bie pucat sanads

takods bebie tengox bie mcm too skaliy
bie adew pesan at bebie
" bebie ? bebie jgn noty-2 tau klau bie dha ta dew naty .. bie sayangs sanads at bebie smpai biler-2 ..
too janjiy bie .. bebie ttap slamewnyew di aty bie "
bebie ta tauw na ckp per agiy .. lpas jerk bie ckp cm too , bebie tros nangis biler tengox bie mcm nyh ..
jgan lha takods kan bebie .. bebie takods kehilangan bie dlm idowp bebie ...

" bie ! napew bie ckp cm too ? bie dha ta sayangs kan bebie agiy erh ? bie dha na tinggalkan bebie kew ? klau bie ta dew , sapew na jagew aty bebie agiy lpas nyh ? sapew na ckp * I LOVE U * dekads bebie agiy ? sapew na syg bebie bgaimanew bie sayang bebie duluw ? bebie ta boleyh klau ta dew bie dlm idowp bebie ! bie ! bie denga ta apew yg bebie ckp nyh ? bie ! bie jgn arh tiydow .. bebie takods sorang-2 ... bangun lha .. jgn lha pejam matew cm too .."

bebie nangis .. bebie menjerit .. smpai aty bie ta bangun lapkan air matew bebie ..tapiy akhirnyew , bebie sedar , bie takan kembaliy lagiy di bumi iniy .. bie dha pegiy slamew nyew dariy idowp bebie ...
bie pergiy buwads slamewnyer bersamew dengan penyakit bie ..bebie ta mampuw idowp tanpew bie .. tapiy apewkan daye , kehidupan harus diteruskan ..

beie redha ngan sglewnyer .. sehingge kiniy bebie ttap menyimpan kenangan kiter bersamew .. ia tersemat kemas diy aty bebie .. n bebie percayew , setiap kejadian mestiy adew hikmah nyew ...


bebie takan lupew kan bie buwads slmew lamew nyew ... bie * I LOVE U * 

siapalah saia di aty awa

 
 
 
awak ..
izinkan saia meluahkan rasa
awak ..
maafkan saia jikalau awak terasa
awak ..
saia sedar siapa diri saia 
awak ..
saia tahu status diri saia
awak ..
saia telah cerminkan diri saia ini
 
saia tahu yang awa hanya menganggap saia tidak lebih dari kawan biasa
semua itu saia tahu
 
awak ..
saia hanyalah gagak di rimba
tidak layak terbang bersama merak kayangan
 
awak ..
saia tidak mempunyai apa-apa
yang saia ada hanya rasa ini
 
awak ..
saia memang tidak layak n tidak sesuai untuk bersama dengan awa

awak ..
saia telah sedaya upaya cuba untuk tidak menganggap awa istimewa
tapi saia tidak berdaya kerana hati kecil ini menganggap sebaliknya

awak ..
semakin saia cuba melupakan awa
semakin kuat saia mengingati awa
entah kenapa ? saia pun tidak tahu

awak ..
saia tidak tahu kenapa awa begitu dekat dengan hati saia

awak ..
maafkan saia kerana menyukai awa

awak ..
berdosakah saia kerana menyukai awak

awak ..
andainya ini ketentuan takdir
saia doakan awa bahagia

awak ..
jika awa masih mengingati saia
andainya saia sudah tidak ada didunia ini lagi
sedekahkan lah saia doa supaya bahagia
tanda kita pernah kenal semasa di dunia ini

awak ..
terima kasih kerana sudi hadir didalam hidup saia ini
walaupun untuk seketika
saia tetap rasa bahagia ketika mengingati detik-detik itu
walaupun kekadang saia berasa kecil hati dengan apa yang awa lakukan
tapi saia telah melupakan semue itu
saia telah memafkan awa

awak ..
jasa dan budi awa tinggi puncak gunung
tidak ada nilai untuk saia membayarnya
na cari memang tidak bertemu
awak ..
minat halal segala salah dan dosa saia
selama bergurau saia n awa
awak ..
biarlah kisah-kisah silam menjadi kenangan
akan saia simpan kemas dalam hati ini
awak ..
biarlah saia yang terseksa
biarlah saia yang derita
biarlah saia yang sakit hati
biarlah saia kecewa
asalkan awa bahagia
asalkan saia tidak lagi menganggu hidup awa
asalkan awa tidak lagi melayan karenah saia
awak ..
saia sentiasa mendoakan awa yang terbaik
didunia mahupun diakhirat
salam rindu di angin lalu untuk mu kawan


OWKEYH .. hope enjoy post akuw nyh ! tata

kisah pohon epal



Suatu ketika, hiduplah sebatang pohon epal besar dan kanak-kanak lelaki yang
suka bermain-main di bawah pohon epal itu setiap hari.
Kanak-kanak itu suka
memanjatnya hingga ke pucuk pohon, memakan buahnya, tidur dibawah keteduhan
rendang daun-daunnya.
Kanak-kanak lelaki itu sangat sayangkan pohon epal
itu.
Demikian juga pohon epal sangat sayang kepada kanak-kanak kecil
itu.



Waktu terus berlalu.
Kanak-kanak lelaki itu kini telah
dewasa dan tidak lagi bermain-main dengan pohon epal itu setiap hari, seperti
kebiasaannya.



Suatu hari dia mendatangi pohon epal
itu.
Wajahnya nampak sedih.
“Mari ke sini bermain-main lagi denganku” kata
pohon epal itu.
“Aku bukan anak kecil yang bermain-main dengan pohon lagi”
jawab kanak-kanak lelaki itu.
"Aku ingin sekali memiliki mainan, tetapi aku
tiada wang untuk membelinya.”



Pohon epal itu menyahut, “Erm, maaf
aku pun tiada wang.. Tetapi kamu boleh mengambil semua buahku dan menjualnya.
Kamu boleh mendapatkan wang untuk membeli mainan idamanmu” . Kanak-kanak lelaki
itu sangat gembira. Dia memetik semua buah epal yang ada di pohon dan pergi
dengan penuh suka cita.
Namun, setelah itu kanak-kanak lelaki itu tak pernah
datang lagi. Pohon epal itu kembali sedih.



Suatu hari kanak-kanak
lelaki itu datang lagi.
Pohon epal sangat gembira melihatnya datang.
“Mari
bermain-main denganku lagi” kata pohon epal.
“Aku tiada waktu” jawab
kanak-kanak lelaki itu.
“Aku harus bekerja untuk keluargaku. Kami memerlukan
rumah untuk tempat tinggal. Mahukah kau menolongku?”
“Maaf aku pun tidak
memiliki rumah. Tetapi kamu boleh menebang semua dahan rantingku untuk membina
rumahmu” kata pohon epal itu.

Kemudian anak lelaki itu menebang semua
dahan dan ranting pohon epal itu dan pergi dengan gembira.
Pohon epal itu
juga merasa bahagia melihat anak lelaki itu gembira. Tetapi anak lelaki itu tak
pernah kembali lagi. Pohon epal itu sekali lagi merasa kesepian dan
sedih.



Pada suatu musim panas, anak lelaki itu datang
lagi.
Pohon epal merasa sangat gembira menyambutnya.
“Jom bermain-main
lagi denganku” kata pohon epal.
“Aku sedih” kata anak lelaki itu.
“Aku
sudah tua dan ingin hidup tenang. Aku ingin pergi bersiar-siar dan berlayar.
Mahukah kamu memberikan aku sebuah kapal?”

“Maaf aku tidak mempunyai
kapal, tetapi kamu boleh memotong batang tubuhku dan menggunakannya untuk
membuat kapal yang kau mahu. Pergilah berlayar dan bersenang-senanglah
“

Kemudian, anak lelaki itu memotong batang pohon epal itu dan membuat
kapal yang diidamkannya.
Dia pun pergi berlayar dan tidak pernah lagi datang
menemui pohon epal itu.



Akhirnya, anak lelaki itu kembali setelah
bertahun-tahun kemudian.

“Maaf anakku” kata pohon epal itu.
“Aku sudah
tidak memiliki buah epal lagi untukmu.”
“Tak apa. Aku pun sudah tidak
memiliki gigi untuk mengigit buah epalmu” jawab anak lelaki itu.
“Aku juga
tidak memiliki batang dan dahan yang boleh kau panjat” kata pohon
epal.
“Sekarang, aku sudah terlalu tua untuk itu semua” jawab anak lelaki
itu.
“Aku benar-benar tidak memiliki apa-apa lagi yang dapat aku berikan
padamu. Yang tinggal hanyalah akar-akarku yang sudah tua dan sekerat ini” kata
pohon epal itu sambil menitikkan air mata.
“Aku tidak memerlukan apa-apa lagi
sekarang” kata anak lelaki itu.
“Aku hanya memerlukan tempat untuk berehat.
Aku sangat penat setelah sekian lama meninggalkanmu”
“Oooh, bagus sekali.
Tahukah kamu, akar-akar pohon tua adalah tempat terbaik untuk berbaring dan
beristirehat. Mari, marilah berbaring di pelukan akar-akarku dan berehatlah
dengan tenang.”



Anak lelaki itu berbaring di pelukan akar-akar
pohon.
Pohon epal itu sangat gembira dan tersenyum sambil menitiskan air
matanya.



Apa yang dapat kita ambil dari cerita tersebut adalah
ini adalah tentang cerita kita semua
Pohon epal itu adalah ibu bapa
kita.
Ketika kita muda, kita senang bermain-main dengan ayah dan ibu
kita.
Ketika kita semakin besar, kita meninggalkan mereka (seperti sekolah
yang jauh dan universiti), dan hanya datang ketika kita memerlukan sesuatu atau
dalam kesulitan.



Tidak peduli apa-apa pun, ibubapa kita akan
selalu ada untuk memberikan apa yang dapat mereka berikan untuk membuat kita
bahagia.
Kita mungkin berfikir bahawa anak lelaki itu telah bertindak sangat
kasar terhadap pohon itu,
Tetapi kadangkala tanpa kita sedari begitulah sikap
kita terhadap orang tua kita.



Orang inilah yang setiap hari
bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya.
Orang inilah, rela
melakukan apa sahaja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita
lancar.

Sekarang, lihatlah ayah dan ibu anda ketika sedang tidur.
Bagaimana jika saat kita jauh tidak disampingnya, kita tak dapat lagi melihatnya
kerana mereka sudah tidur untuk selamanya.

Rasakanlah getaran cinta yang
mengalir deras ketika mengingat

Betapa banyaknya pengorbanan yang telah
dilakukan mereka ini untuk kebahagiaan anda.

Cintailah mereka kita,
dengan sebenar-benarnya cinta

Ucapkan pada ibubapa kita sekarang, betapa
kita mencintainya; dan berterima kasih atas seluruh hidup yang telah dan akan
diberikannya pada kita.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok hari
mereka “orang-orang dikasihi itu” tidak lagi membuka matanya,
selamanya..



Aduhai ayah, ibu… terima kasih
engkaulah pelita dalam hatiku..

Ya Allah Ya Ghaffar
Tak kuasa
lagi aku merangkai kata ini…

Dan hanya permohonan dari lubuk
hatiku yang penuh noda dan dosa dengan rahmatMu yang meliputi segala sesuatu
Kasihanilah aku dan kedua orang tuaku…

Demi RahmatMu yang mendahului
murkaMu, daku bermohon, ampunilah dosa kedua orang tuaku
Duhai Zat yang
selalu mendengarkan jeritan inilah daku yang merendahkan diri
dihadapanMu.

Amin


OWKEYH .. hope enjoy post akuw nyh ! tata

cinta yang halal



Dibalik episodnya, tentang keindahan, kebahagiaan dan kasih sayang
Tahukah
kita, apa yang mendasari semuanya
Menjadi satu isyarat tentang sebuah
makna
Dalam keutuhan cinta yang membentang

Cinta…
Bagai mutiara
yang tersembunyi dibalik karang
Putih, bersih dan suci diatas
mahligainya
Menjadi satu isyarat tentang sebuah makna
Dalam keutuhan azam
yang membentang

Cinta….
Aku ingin cinta yang putih, bersih dan
suci
Bahkan lebih dari itu tentang cinta
Cinta yang berharga
dalam
Bilangan Asma-Nya
Cinta yang tak hanya sekadar duniawi
Aku ingin
cinta yang halal bersama dalam setiap keberkahanNya
Pun engkau, akan
menjadikannya semakin berwarna
Dalam putihnya hati
nurani

Cinta…
Seperti mutiara yang semakin bercahaya
Bahkan lebih
ketika mahar keimanan menjadi satu asas
Bukan lagi berkata, aku ingin dan aku
mahu
Kerana cinta telah mengajarkan kita tentang keindahan
Hanya sejauh
mana kita mahu
Belajar menjadi sang pecinta sejati

Cinta yang
halal…
Berapa banyak dari kita yang mengharapkannya
Sehingga bukan untuk
menghalalkan segala cara
Kerana cinta mengajarkan kita mengerti dan
memahami
Tentang erti sebuah keikhlasan

Seberapapun engkau, aku dan
kamu
Milikilah cinta diatas cinta yang sebenar
Berpijak pada satu kekuatan
yang satu

Biarlah…
semua akan indah pada waktunya
Tentang
cinta yang halal
Tentang kedewasaan cintaNya, cintaku dan cintamu
Diatas
jalan yang halal dan berakhir dengan keberkatannya


OWKEYH .. hope enjoy post akuw nyh ! tata