Jumat, 30 September 2011

Bola Sepak dan Perpecahan Negara: Yugoslavia

Sudah agak lama aku tak menulis sesuatu mengenai sukan kegemaran ramai, bola sepak. Hari ini aku ingin menulis sejarah ringkas mengenai salah satu pasukan bola sepak yang boleh dikatakan boleh tahan hebat juga, iaitu Yugoslavia.

Mungkin ramai yang sudah terlupa akan pasukan ini. Bagi adik-adik yang lahir di era 90'an, mesti rasa pelik kerana tidak pernah mendengar nama negara ini. Mesti adik-adik merasa cikgu Geografi adik-adik sudah menipu adik-adik kerana tidak pernah memberitahu tentang kewujudan negara ini.

Jangan risau adik-adik sekalian. Negara ini sudah tidak wujud lagi di muka bumi ini. Negara ini telah berpecah dan telah mewujudkan beberapa negara lain. Malahan, Yugoslavia sendiri sudah menukar nama negaranya.

Hari ini, aku akan menceritakan sejarah Yugoslavia. Tapi bukanlah secara menyeluruh, tetapi hanya bercerita mengenai sejarah bola sepak negara ini.


Yugoslavia



Footbal Association of Yugoslavia mula ditubuhkan pada tahun 1919, sama dengan tahun penubuhan High School Batu Pahat (sekolah aku tu!). 

Pasukan bola sepak Yugoslavia adalah pasukan bola sepak yang mewakili negara Kingdom of Yugoslavia (1920-1941), Socialist Federal Republic of Yugoslavia (1946-1992) dan Federal republic of Yugoslavia (1992-2003). Sebenarnya, semua negara yang sama tapi nama yang berlainan kerana pucuk pimpinan yang bertukar kerana perang saudara dan lain-lain sebab.

Pasukan kebangsaan Yugoslavia ditubuhkan pada 1919 di Zagreb (kini Ibu Negara Croatia) dengan nama Jugoslovenski nogometni savez. Paukan kebangsaan Yugoslavia membuat penampilan antarabangsa di Sukan Olimpik Musim Panas 1920 di Antwerp, Belgium menentang Czechoslovakia. Yugoslavia tewas teruk 7-0.

Pada 1929, Yugoslavia telah memindahkan persatuan bola sepak mereka ke Belgrade, Ibu Negara Yugoslavia ketika itu (dan kini Ibu Negara Serbia). Yugoslavia menyertai Piala Dunia 1930, iaitu Piala Dunia pertama diadakan. Serbia berjaya menewaskan pasukan gergasi, Brazil 2-1 pada perlawanan pembukaan kumpulan mereka dan menewaskan Bolivia 4-0 untuk melayakan diri ke pusingan separuh akhir. Namun mereka tewas di pusingan separuh akhir di tangan Uruguay 6-1. 

Pasukan Yugoslavia ketika pertandingan piala dunia ini kebanyakannya diwakili oleh pemain berbangsa Serbia kerana pemain berbangsa Croatia telah memboikot untuk mewikili pasukan kebangsaan kerana Yugoslavia mengubah kedudukan ibu pejabat pasukan bola sepak mereka dari Zagreb ke Belgrade.

Perang Dunia Kedua telah membuatkan aktiviti Persatuan Bola Sepak Yugoslavia terhenti seketika. Selepas perang tamat, Yugoslavia telah mendaftar sebagai ahli dalam UEFA.

Yugoslavia telah menjadi tuan rumah EURO 1976 yang disertai oleh 4 buah negara, Yugoslavia, Jerman Barat, Belanda dan Czechoslovakia. Perlawanan diadakan di dua buah stadium, di Zagreb dan di Belgrade. Yugoslavia hanya mampu mendapat tempat ke-4 sahaja.

Pasukan Yugoslavia menyertai Piala Dunia sebanyak 8 kali dengan 2 kali sampai di separuh akhir, 4 kali menyertai EURO dengan 2 kali menjadi naib johan. Pasukan Yugoslavia juga menyertai Sukan Olimpik dalam acara bola sepak sebanyak 10 kali dan memenangi pingat emas pada Olimpik 1960 dan memenangi pingat perak 3 kali dan pingat gangsa sekali.

Sebenarnya Pasukan Yugoslavia juga layak menyertai EURO 1992 tetapi telah digantung kerana sedang terlibat dengan peperangan dengan negara dibawah jajahannya dalam Yugoslav Wars, dan digantikan dengan Denmark yang kemudiannya memenangi pertandingan tersebut. Yugoslavia juga tidak dibenarkan untuk menyertai pusingan kelayakan Piala Dunia 1994.

Dragan Dzajic merupakan pemain Yugoslavia yang mempunyai  cap terbanyak dengan 85 penampilan. Stjepan Bobek pula memegang rekod pemain paling banyak menjaringkan gol dalam pasukan Yugoslavia dengan 38 gol.


Sejarah Pepecahan

Bermula tahun 1991, tercetus perang saudara di Yusgoslavia yang bernama Yugoslav Wars. Perperangan antara Yugoslavia dan wilayah jajahannya berlangsung diantara tahun 1991 hingga 1995. Peperangan menyebabkan beberapa wilayah jajahan Yugoslavia mendapat kemerdekaan dan berpecah dari Yugoslavia.

Dengan perpecahan ini, beberapa negara baru wujud dan mewujudkan beberapa persatuan bola sepak yang baru di Eropah.



Croatia


Croatia mendapat kemerdekaan dari Yugoslavia pada 8 Oktober 1991. Croatia telah mendaftar persatuan dan pasukan Crotia pada tahun 1993 dengan menewaskan Switzerland 4-0 dan bermain pertandingan kompetitif pada EURO 1996.

Semenjak ditubuhkan, Croatia hanya terlepas bermain di Piala Dunia pada tahun 2010 dan EURO pada tahun 2000.

Ada cerita menarik tentang pasukan bola sepak Croatia tapi aku akan cerita secara panjang lebar lain kali.



Slovenia


Slovenia mendapat kemerdekaan pada tahun 1991 dari Yugoslavia dan bermain dalam perlawanan pertama mereka pada tahun 1992, seri 1-1 dengan Estonia.

Slovenia layak ke EURO pada tahun 2000 dan sudah dua kali bermain di pentas Piala Dunia iaitu pada edisi 2002 dan 2010.



Bosnia and Herzegovina


Bosnia and Herzegovina mendapat kemerdekaan pada 6 April 1992. Bosnia bermain dalam perlawanan pertama mereka pada tahun 1993 ketika menundukkan Iran 3-1.

Bosnia and Herzegovina belum pernah melayakkan diri di dalam mana-mana perlawanan kompetitif, tetapi beberapa kali hampir melayakkan diri seperti Piala Dunia 2010 ketika mereka tewas 1-0 secara aggregate kepada Portugal. 



Republic of Macedonia


Macedonia mendapat kemerdekaan pada 8 April 1993 dan bermain perlawanan pertama mereka dalam tahun yang sama, mengalahkan Slovenia 4-1.

Macedonia boleh dikatakan pasukan paling lemah antara semua pecahan negara dari Yugoslavia. Belum layak untuk mana-mana perlawanan kompetitif.



Montenegro


Setelah perpecahan semua negara, Yugoslavia meneruskan perjuangan bola sepak dengan hanya tinggal dua negara di dalam jajahannya, Serbia dan Montenegro. Yugoslavia gagal melayakkan diri dalam mana-mana pertandingan, mungkin kerana sudah kehilangan banyak pemain setelah perpecahan tersebut terutamanya Croatia. 

Yugoslavia terus menggunakan nama Yugoslavia sebagai nama negara mereka sehingga tahun 2003 dan kemudian menukar nama negara mereka kepada Serbia and Montenegro.

Serbia dan Montenegro berjaya melayakkan diri ke pertandingan Piala Dunia 2006. Selepas tamat Piala Dunia 2006, Montenegro mendapat kemerdekaan dan mewujudkan negara baru dan pasukan bola sepak yang baru.

Montenegro bermain perlawanan pertama pada 24 Mac 2007 menewaskan Hungary 2-1.



Serbia


Selepas pepecahan tersebut, Serbia meneruskan perjuangan dengan menggunakan nama ‘Serbia’ sahaja. Serbia berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia 2010. 

Serbia telah mendapat pengesahan untuk mewarisi rekod dan sejarah pasukan bola sepak Yugoslavia. Dengan kata lain, segala rekod Yugoslavia dari tahun 1919 kini milik Serbia. Mungkin kerana Persatuan Bola Sepak Yugoslavia yang terletak di Ibu Negaranya, Belgrade, kini sudah menjadi Ibu Negara Serbia.

Begitulah serba sedikit sejarah Serbia. Mungkin tak lama lagi, Kosovo pula akan muncul dengan pasukan bola sepak sendiri. 



Kosovo


Kosovo sudah pun mendapat kemerdekaan dari Serbia pada tahun 2008 tetapi atas beberapa sebab, Kosovo belum diiktiraf sebagai sebuah negara yang sah oleh beberapa negara kerana beberapa negara enggan mengesahkan Kosovo sebagai sebuah negara merdeka.

Kosovo juga belum mendapat pengesahan FIFA kerana menurut peraturan FIFA, hanya negara yang merdeka layak bertanding dalam kejohanan FIFA. Tunggu pula kemunculan Kosovo tak lama lagi.


P/S: Entri ini pernah aku terbitkan dalam salah sebuah blog aku yang kini sudah berkubur, Atas Padang. Entri ini telah diubahsuai sedikit sebelum aku publishkan di blog ini.

Rabu, 28 September 2011

johnny english reborn

malam semalam decide nak tengok wayang lepas portfolio.
yela nak lepas tension,tapi tak dapat sebab balik semua orang tido tak sedarkan diri sebab 
terlampau penat dah berapa hari tak tido asyik buat drawing tak berhenti.
so hari ni yang ikut pun hanya 6 orang.
nih antara muka2 yang rajin keluar.tak kira malam ke siang.
tiket pun dah beli,pukul 12.40 a.m,midnight.
anything pasal movie nih boley la search sendiri.haha...









bubye...

Kerjalah


Hidup ini perlu kerja.

Kalau tak kerja, mana nak dapat duit.

Kalau tiada duit, mana nak beli kelengkapan harian.

Tapi nak dapat kerja yang seronok, bukan mudah.

Bila dapat kerja yang seronok, management pula yang annoying.

Apa boleh buat, dunia ini penuh dugaan.

Kita tak kan dapat semua benda yang kita idamkan.

Harap aku terus bersabar menempuh dugaan ini.

Amin!

===============

Dan aku masih ingat pesanan mentor aku pada hari pertama aku berkeja:

"‎LOVE YOUR JOB, BUT NEVER FALL IN LOVE WITH YOUR COMPANY 'COZ U NEVER KNOW WHEN THE COMPANY STOPS LOVING YOU"

portfolio

sampai pun masa dia...
tapi nih baru portfolio 1,bkn portfolio 2.yang ke2 nih lg truk nanti.aduyai...
nih pun dah kne reject design.macam mane nak backup project yang lain.
mane yang nk buat nih.tak tentu arah tak taw nak selesaikan yang mane satu.
tangan nih ada 2,satu tuk drawing,satu tuk pegang kertas jek.
bukan robot...
ada masa lagi sebulan untuk tiga project yang nak selesaikan.
nih dah mula rasa nak giveup.
penat buat,tapi tak dapat ape
buat lebih lain pulak cerita nanti...
ape pun kene kuat kan semangat.



salam

Senin, 26 September 2011

Cerita Dari Sudut Lain #3: Kalau Dah Bukan Jodoh......

Nota: 
Cerita Dari Sudut Lain bukanlah entri bersiri. Tetapi hanyalah entri yang merupakan himpunan cerita pendek yang aku tulis. Ia hanyalah rekaan semata-mata, tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

============

Razak, seorang pekerja di sebuah perbadanan kerajaan, adalah seorang pekerja yang rajin. Bukan setakat rajin, tapi baik juga budi pekerti dan akhlaknya.

Namun begitu, Razak merupakan anak yatim piatu. Hidupnya sebatang kara. Dari umurnya 5 tahun lagi, dia sudah tinggal di rumah anak-anak yatim.

Di situlah tempat dia belajar erti kehidupan.Di situlah tempat dia mendapat kasih sayang. Segala-galanya di sana.

Dia tidak tahu bagaimana dia ditempatkan di sana. Dia masih terlampau muda. yang pasti, dia ditinggalkan oleh ibunya di sana. Ayahnya sudah meninggal ketika umurnya 5 tahun. Itulah yang sering diceritakan oleh Mak Yam, pengasuh di rumah anak yatim tersebut.

Namun tiada siapa yang tahu mengenai latar belakang Razak ditempat kerjanya. Mereka tahu razak merupakan anak yatim tapi tidak tahu kisah-kisah lain mengenai Razak.

Ditempat kerjanya, Razak baik dengan Kak Intan. Kak Intan merupakan ketua kerani di tempat kerjanya. Kak Intan mempunyai 3 orang anak perempuan dan seorang anak angkat, juga seorang perempuan.

Kesemua anak-anak Kak Intan sudah kahwin. Kak Intan menjodohkan anak-anaknya dengan rakan-rakan di pejabatnya. Mana yang berperilaku baik dan berkenan di mata Kak Intan, terus Kak Intan jodohkan dengan anaknya.

Sekarang, tinggal anak angkat Kak Intan sahaja yang belum dijodohkan. Menurut cerita rakan sepejabat yang pernah ke rumah Kak Intan dan pernah terjumpa dengan anak angkatnya itu, mereka semua berkata yang anak angkat kak Intan jauh lebih cantik dan menawan berbanding 3 orang anak kandungnya.

Dan kini, Kak Intan berniat untuk menjodohkan anak angkatnya dengan Razak. Khabar angin mengenai perkara ini bertiup kencang di pejabat. Razak berpura-pura tenang bila mendengar perkhabaran itu tapi hatinya sangat teruja seperti seorang anak kecil yang mendapat hadiah iPad dari ibubapa mereka.

"Razak, datang rumah akak esok. Akak nak ajak Razak makan malam." Kak Intan mempelawa Razak.

Razak tahu pelawaan itu adalah bertujuan untuk mempertemukan dia dengan anak angkat Kak Intan.

"Ok. Saya datang." Jawab Razak dengan tenang, tetapi dalam hati Razak hanya tuhan sahaja yang tahu bagaimana terujanya perasaan dia ketika itu.

Keesokkan harinya, Razak sampai ke rumah Kak Intan. Razak disambut oleh Kak Intan dan anak angkatnya. Suami Kak Intan tiada, out-station.

Buat pertama kalinya, Razak bertentang mata dengan anak angkat Kak Intan. Juliza namanya. Dan memang betul kata orang, Juliza memang sangat cantik. Seumur hidup Razak, inilah perempuan paling cantik yang razak pernah lihat dengan mata kepalanya sendiri.

Mereka bertiga pun menjamu selera. Menurut Kak Intan, semua lauk pauk untuk makan malam itu dimasak oleh Juliza. Sedap. Bukan sahaja mempunyai rupa paras yang cantik serta bentuk badan yang cantik, tapi bakat masakannya juga memang tak kurang hebat.

Selepas selesai makan malam, mereka bertiga berbual-bual. Kak Intan dan Razak yang banyak berbual. Juliza lebih keapada menjadi seorang pendengar sahaja.

"Razak, kalau tak keberatan, boleh tak kamu ceritakan sikit tentang latar belakang keluarga kamu?" Tanya kak Intan.

Razak tanpa segan silu menceritakan hal peribadinya kepada Kak Intan dan Juliza. Walaupun tak pernah diceritakan kepada orang lain, tapi kali ini lain cerita. Kak Intan bakal menjadi ahli keluarganya selepas dia berkahwin dengan Juliza. Tiada apa yang perlu dirahsiakan.

"Eh? nanti. Mak kamu nama dia Hasmah Binti Tarjo ye? Duduk dekat Parit Raja, Baru Pahat?" Tanya Kak Intan.

Razak mengamnggukkan kepala.

"Ayah kamu nama dia Rahman bin Tumin?"

Razak mengangguk lagi.

"Akak kenal ke mak ayah saya?"

"Mana tak kenalnya. Akak ni asal sana juga. Mak kamu tu kawan baik akak dulu."

Razak mengangguk lagi. Muka Juliza berubah selepas mendengar perbualan mereka.

"Kalau macam tu Razak, Juliza ni adik kamu. Selepas mak kamu tinggalkan kamu dekat rumah anak yatim, mak kamu pun melahirkan Juliza. Dia tinggalkan Juliza pada akak. Lepas tu akak pun pindah ke KL. Baguslah. Tak sangka kamu dapat jugak jumpa ahli keluarga kamu malam ni. Kira memang jodoh kamulah ni."

Razak duduk terjelepuk. Sangkanya, Juliza bakal menjadi isterinya. Tapi rupanya lain pula jadinya.

Memang sudah jodoh untuk dia bertemu dengan adiknya malam ini. Tapi. bukan jodoh ini yang diharapkan buat Razak pada malam ini...


Jumat, 23 September 2011

Muzik & Anda #1: Lagu Buat Insan Yang Mencari Cinta

Lagu kadangkala boleh menjadi pembakar semangat dalam diri kita. Tidak kiralah apa semangat yang boleh dibakar oleh lagu tersebut.

Sebagai contoh, lagu "Fikirkan Boleh" yang selau ditayangkan oleh RTM setiap kali pasukan bola sepak negara ingin beraksi dikatakan boleh membakar semangat pemain bola sepak negara.

Itu bola sepak. Kali ini kita fokus kepada orang yang masih single, masih bujang, tidak mempunyai teman dan ingin mencari teman. 

Kamu keseorangan. Kamu tengok kawan-kawan kamu semua sudah punya pasangan masing-masing. Kamu masih keseorangan. Forever alone. Maka kamu pun berharap kamu juga mempunyai seorang kekasih untuk dicintai.

Jadi untuk kali ini, aku ingin berkongsi beberapa lagu yang boleh dijadikan sebagai pembakar semangat atau lagu tema dalam kehidupan seseorang yang sedang sibuk mencari kekasih. Lagu-lagu yang aku pilih kebanyakannya sesuai digunakan untuk lelaki dan wanita.

Lagu-lagu yang aku pilih adalah berdasarkan lirik dan makna lagu tersebut. Untuk lebih memahami pemilihan lagu, sila Google sendiri lirik penuh untuk lagu-lagu yang aku nyatakan di bawah. Jangan jadi pemalas nak harap aku letak lirik sekali.


The Rock feat Ahmad Dhani - Munajat Cinta


The Rock merupakan side-band Ahmad Dhani, yang terkenal dengan band Dewa 19. Lagu ini popular sekitar akhir tahun 2008. 

Dari segi lirik, terang-terang lagu ini menunjukkan kisah seorang yang ingin mencari kekasih. 

"Tuhan kirimkanlah aku.. Kekasih yang baik hati.. Yang Mencintai aku.. Apa adanya..."

Satu lirik yang bagi aku agak mendalam. Dan kalau digunakan lirik tersebut di dalam doa selepas sembahyang, dengan niat ingin cepat bertemu jodoh, memang tak salah pun.

Dengan lirik yang bersifat sedih dan dicampur dengan khorus yang menyerupai doa, lagu ini memang sangat catchy dan boleh menjadi pembakar semangat buat insan yang single untuk mencari teman dengan segera.

Dan khorus yang menyerupai doa ini juga menyebabkan kak long-kak long yang bertudung labuh pun meminati lagu ini (true stroy).


Savage Garden - I Knew I Loved You


Bagi adik-adik yang berusia belasan tahun atau awal 20'an, mungkin tak pernah mendengar nama band ini kerana band ini sudah pun berpecah pada tahun 2001. 

Savage Garden, bunyinya macam ganas tapi adik-adik janganlah terpedaya dengan nama band ini. Duo ini lebih banyak menghasilkan lagu-lagu balada dan pop yang bisa membuat hati adik-adik semua cair.

Duo yang berasal dari Australia ini, meletup dengan lagu I Knew I Loved You, yang di-release-kan pada akhir tahun 2009. Lagu ini berjaya menjadi juara di Carta Billboard USA selama 3 minggu.

Lagu ini mengisahkan seorang lelaki yang jatuh cinta pandang pertama terhada perempuan yang baru pertama kali beliau jumpa. Lelaki tersebut dapat merasakan yang cinta tersebut sudah lama bercambah di hati, sebelum mereka bertemu lagi.

Isi lagu telah diterjemahkan melalui video klip di atas. Baru pertama kali berjumpa di dalam LRT, si penyanyi dapat rasakan chemistry sudah wujud dalam diri mereka. Oh, ya. Perempuan dalam video klip tersebut ialah Kristen Dunst.

Dan sebagai seorang pengguna tetap LRT setiap hari, aku selalu berharap situasi seperti dalam video klip ini terjadi pada diri aku. Setiap kali ada perempuan cun masuk dalam LRT, hari aku mesti kuat berdebar.

Tapi setakat ini, masih belum terjadi lagi...


Dewa 19 - Arjuna



Lagu ini dipetik dari album ke-6 band ini yang bertajuk Cintailah Cinta. Tajuk asal lagu ini ialah Arjuna Mencari Cinta.

Rasanya, dari tajuk lagu tersebut pun, kamu dah boleh agakkan kenapa lagu ini berada dalam senarai ini. Dan rasanya kamu juga patut sudah boleh agak apa isi yang cuba di sampaikan dalam lagu ini.

"Akulah arjuna.... Yang mencari cinta... Wahai wanita... Cintailah aku..."


Queen - Somebody To Love


Ini bukan lagu Somebody To Love versi Justin Bieber. Itu lagu yang bosan kamu tahu? Lagu veris Queen ini lagu tahap legend!

Lagu ini di-release-kan pada November 1976, dan terkandung di dalam album ke-5 kumpulan Queen, A Day At The Race.

Lagu ini memang mempunyai melodi dan lirik yang sangat mendalam. Lagu ini mengisahkan tentang takdir, keadaan seseorang yang terdesak, mencari soul mate dan kisash seseorang yang kekurangan pengalaman dalam percintaan, yang menyebabkan dia sering gagal dalm percintaan.

Melodi lagu yang unik dicampur pula dengan persembahan vokal padu dari salah seorang penyanyi terhebat di dunia, Freddie Mercury, menyebabkan lagu ini menjadi salah satu lagu terbaik buat pembakar semangat bagi lelaki/perempuan single untuk terus mencari pasangan hidup.


"Somebody, somebody.... Can anybody find me somebody to love? "

===============

Sampai di sini sahaja buat masa ini. Ada beberapa lagi lagu yang boleh aku tulis. Tapi oleh disebabkan aku dah malas, mungkin aku akan sambung lain kali.

Pendapat kamu pula, adakah ketiga-tiga lagu yang aku letak di sini kena dengan tema yang aku tulis? Atau kamu ada lagu pilihan sendiri? Sila kongsikan di ruang komen.

Kamis, 22 September 2011

Tidak Seperti Apa Yang Kamu Fikirkan

Nota:  
Super Hypermarket adalah nama rekaan yang aku reka untuk mengelakkan aku menulis nama tempat kerja aku di sini. Ia tidak wujud. Aku malas nak tulis nama tempat kerja aku di sini. Siapa yang dah tahu aku kerja dekat mana, jangan gatal-gatal nak tulis dekat ruangan komen

============

Telefon bimbit aku berbunyi.

Bukan satu perkara yang luar biasa. Telefon aku memang sentiasa akan berdering semasa waktu bekerja, sampaikan aku terpaksa membawa charger ke pejebat kerana menjelang pukul 3 petang, bateri aku mesti sudah masuk ke paras bahaya.

"Hello, ini encik Amirul ke?"

"Ya, saya." Jawab aku ringkas.

"Saya nak tanya sikit. Dekat Super Hypermarket cawangan encik ni, ada jual tak TV Sony model 4560?"


"Oh. Itu saya tak tahu. Saya bukan kerja dekat department tu."


"Oh. Tapi encik kan kerja dekat Super Hypermarket? Tak kan lah encik langsung tak tahu langsung model tu ada jual ke tidak?'


"Maaflah encik. Saya bukan kerja dekat department tu. So, saya memang tak tahu. Lebih baik encik tanya pada orang yang jaga department tu. Atau pun encik boleh telefon customer services. Mungkin mereka boleh membantu."

"Apa lah. Nama je kerja dekat Super Hypermarket, tapi tak tahu model tu ada jual ke tak?"

Aku terus putuskan talian. Lagi lama aku layan, buat aku marah saja nanti. Sudah aku kata aku tak kerja dekat department tu, faham-fahamlah.

Lagipun, kau ingat semua orang kerja dekat Super Hypermarket tahu hal dekat Super Hypermarket tu ke? Tahu tak ada banyak department dalam sayrikat aku tu dan bukan semua department ada kaitan dengan hypermarket.

Cuba kau tanya orang yang kerja dekat department HR kalau dia tahu tak TV tu ada stok atau tidak. Cuba kau tanya orang yang kerja dekat depratmnet IT kalau dia tahu ke tidak.

Jadi, jangan main sembur sahaja. Fikir-fikir sikit. Janagn jadi manusia yang bebal. Kalau aku dah kata "Saya tak kerja dekat department tu", sila faham kan ayat tu. Faham tak, mangkuk?

Kepada pembaca blog ini, jangan ikut perangai bodoh pak cik yang call aku tu. Kalau korang ikut jugak, aku lempang kepala korang.