Tampilkan postingan dengan label Cerita Dari Sudut Lain. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Cerita Dari Sudut Lain. Tampilkan semua postingan

Senin, 03 Oktober 2011

Cerita Dari Sudut Lain #4: Kelab Jiwa Luka

Nota: 
Cerita Dari Sudut Lain bukanlah entri bersiri. Tetapi hanyalah entri yang merupakan himpunan cerita pendek yang aku tulis. Ia hanyalah rekaan semata-mata, tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

============



Lokasi: Kuala Lumpur
Tempat: Sebuah bilik yang penuh dengan kerusi khas untuk perjumpaan atau mesyuarat
Waktu: Petang Ahad

Khalid:
Apa khabar semua? Saya Khalid. Pengerusi untuk perjumpaan pertama Kelab Jiwa Luka.


Semua:
Hai Khalid!


Khalid:
Nampaknya kita berjaya mengumpulkan 4 orang sahaja untuk hari ini. Tak apa. Saya yakin jumlah ahli yang akan menyertai kelab ini akan bertambah dari masa ke semasa.

Baiklah. Saya yakin kamu dah berkenalan antara satu sama lain. Tapi saya yakin kamu cuma kenal nama kamu sahaja, tapi tidak mengenali masalah yang dihadapi antara kamu.

Saya nak kamu seorang demi seorang bangun dan perkenalkan diri kamu dan cerita latar belakang kamu serna sedikit dan terangkan kenapa kamu boleh berada di sini.


Taufiq:
Hai, semua! Saya Taufiq. Saya berumur 27 tahun. Saya seorang eksekutif di sebuah syarikat swasta.


Semua:
Hai, Taufiq!


Taufiq:
Saya sebenarnya baru ditinggalkan oleh tunang saya semasa hari pernikahan kami. Semasa kami nak bernikah, saya dapat tahu dia sudah melarikan diri dengan lelaki lain. Dah 3 bulan berlalu, tapi sampai sekarang tak tahu khabar berita dia.


Semua diam sambil menggelengkan kepala. Sedih dan terharu mendengar luahan Taufiq.


Khalid:
Baiklah. Bersabar ya, Taufiq? Kita di sini untuk membantu kamu untuk menghadapi detik-detik ini dengan lebih kuat dan bersemangat. OK. Seterusnya, sila perkenalkan diri?


James:
Hai. Saya James Wong. Saya berumur 30 tahun.


Semua:
Hai, James!


James:
Saya baru mendirikan rumah tangga setahun yang lepas. Saya dah mengenali isteri saya semenjak saya dan isteri saya berkenalan semenjak kami berjumpa pertama kali sebagai pekerja yang baru masuk kerja di syarikat yang sama, 6 tahun lepas.

Pada 2 bulan pertama perkahwinan kami, semuanya OK. Entah kenapa, kemudian semuanya berubah. Dia dah mula menghindari saya. Saya dan dia bagaikan dua orang asing yang tinggal sebumbung. Saya tak tahu kenapa.

Rupanya, ex-boyfriend dia dah datang balik selepas 2 bulan kami berkahwin. Ex-boyfriend dia sedang menggoda dan meracuni fikiran dia supaya meminta penceraian. Tolonglah! Saya sayangkan isteri saya tu.


Khalid:
Sabar, James. Kita bersama akan membantu James menyelesaikan masalah James ni. Ok, seterusnya?


Sabri:
Saya Sabri. Umur saya 35 tahun.


Semua:
Hai, Sabri!


Sabri:
Saya sudah 8 tahun berkahwin dengan isteri saya. Kami dikurniakan 2 orang anak perempuan. seorang berumur 7 tahun, seorang lagi 4 tahun.

Rumah tangga kami tak pernah mengalami sebarang masalah, sehinggalah 3 minggu lepas. Semasa ulang tahun perkahwinan kami, saya membawa dia pergi makan malam di sebuah restoran eksklusif.

Semasa makan malam tersebut, tiba-tiba doia meluahkan perasaan hatinya. Dia kata, "Saya dah tak sayangkan abang lagi. Sudah ada lelaki lain yang mencuri hati saya."

Terdiam saya masa tu. Saya rasa macam nyawa saya dicabut. Jiwa saya bagaikan mati. Sedih saya dengar luahan hati isteri saya tu.

Tolonglah saya pujuk isteri saya. Bukan untuk saya saja, tapi untuk anak-anak saya juga.


Khalid:
Tenang, Encik Sabri. Saya faham perasaan hati Encik Sabri. Bersabar. Kami akan membantu untuk membantu encik menyelesaikan masalah encik. Ok, next?


Shafiq:
Hai. Saya Shafiq. Saya berumur 24 tahun.


Semua:
Hai, Syafiq.


Syafiq:
Sebenarnya... Hhhmm...


Khalid:
Jangan segan-segan. Ceritakan masalah anda.


Syafiq:
Sebenarnya, saya ada 3 orang awek sekarang ni. Saya tak tahu nak pilih yang mana satu. Boleh tak encik-encik semua tolong saya pilihkan mana satu yang terbaik?


Syafiq pun dibelasah oleh semua ahli perjumpaan tersebut dan telah diharamkan untuk menyertai perhimpunan tersebut.

Senin, 26 September 2011

Cerita Dari Sudut Lain #3: Kalau Dah Bukan Jodoh......

Nota: 
Cerita Dari Sudut Lain bukanlah entri bersiri. Tetapi hanyalah entri yang merupakan himpunan cerita pendek yang aku tulis. Ia hanyalah rekaan semata-mata, tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

============

Razak, seorang pekerja di sebuah perbadanan kerajaan, adalah seorang pekerja yang rajin. Bukan setakat rajin, tapi baik juga budi pekerti dan akhlaknya.

Namun begitu, Razak merupakan anak yatim piatu. Hidupnya sebatang kara. Dari umurnya 5 tahun lagi, dia sudah tinggal di rumah anak-anak yatim.

Di situlah tempat dia belajar erti kehidupan.Di situlah tempat dia mendapat kasih sayang. Segala-galanya di sana.

Dia tidak tahu bagaimana dia ditempatkan di sana. Dia masih terlampau muda. yang pasti, dia ditinggalkan oleh ibunya di sana. Ayahnya sudah meninggal ketika umurnya 5 tahun. Itulah yang sering diceritakan oleh Mak Yam, pengasuh di rumah anak yatim tersebut.

Namun tiada siapa yang tahu mengenai latar belakang Razak ditempat kerjanya. Mereka tahu razak merupakan anak yatim tapi tidak tahu kisah-kisah lain mengenai Razak.

Ditempat kerjanya, Razak baik dengan Kak Intan. Kak Intan merupakan ketua kerani di tempat kerjanya. Kak Intan mempunyai 3 orang anak perempuan dan seorang anak angkat, juga seorang perempuan.

Kesemua anak-anak Kak Intan sudah kahwin. Kak Intan menjodohkan anak-anaknya dengan rakan-rakan di pejabatnya. Mana yang berperilaku baik dan berkenan di mata Kak Intan, terus Kak Intan jodohkan dengan anaknya.

Sekarang, tinggal anak angkat Kak Intan sahaja yang belum dijodohkan. Menurut cerita rakan sepejabat yang pernah ke rumah Kak Intan dan pernah terjumpa dengan anak angkatnya itu, mereka semua berkata yang anak angkat kak Intan jauh lebih cantik dan menawan berbanding 3 orang anak kandungnya.

Dan kini, Kak Intan berniat untuk menjodohkan anak angkatnya dengan Razak. Khabar angin mengenai perkara ini bertiup kencang di pejabat. Razak berpura-pura tenang bila mendengar perkhabaran itu tapi hatinya sangat teruja seperti seorang anak kecil yang mendapat hadiah iPad dari ibubapa mereka.

"Razak, datang rumah akak esok. Akak nak ajak Razak makan malam." Kak Intan mempelawa Razak.

Razak tahu pelawaan itu adalah bertujuan untuk mempertemukan dia dengan anak angkat Kak Intan.

"Ok. Saya datang." Jawab Razak dengan tenang, tetapi dalam hati Razak hanya tuhan sahaja yang tahu bagaimana terujanya perasaan dia ketika itu.

Keesokkan harinya, Razak sampai ke rumah Kak Intan. Razak disambut oleh Kak Intan dan anak angkatnya. Suami Kak Intan tiada, out-station.

Buat pertama kalinya, Razak bertentang mata dengan anak angkat Kak Intan. Juliza namanya. Dan memang betul kata orang, Juliza memang sangat cantik. Seumur hidup Razak, inilah perempuan paling cantik yang razak pernah lihat dengan mata kepalanya sendiri.

Mereka bertiga pun menjamu selera. Menurut Kak Intan, semua lauk pauk untuk makan malam itu dimasak oleh Juliza. Sedap. Bukan sahaja mempunyai rupa paras yang cantik serta bentuk badan yang cantik, tapi bakat masakannya juga memang tak kurang hebat.

Selepas selesai makan malam, mereka bertiga berbual-bual. Kak Intan dan Razak yang banyak berbual. Juliza lebih keapada menjadi seorang pendengar sahaja.

"Razak, kalau tak keberatan, boleh tak kamu ceritakan sikit tentang latar belakang keluarga kamu?" Tanya kak Intan.

Razak tanpa segan silu menceritakan hal peribadinya kepada Kak Intan dan Juliza. Walaupun tak pernah diceritakan kepada orang lain, tapi kali ini lain cerita. Kak Intan bakal menjadi ahli keluarganya selepas dia berkahwin dengan Juliza. Tiada apa yang perlu dirahsiakan.

"Eh? nanti. Mak kamu nama dia Hasmah Binti Tarjo ye? Duduk dekat Parit Raja, Baru Pahat?" Tanya Kak Intan.

Razak mengamnggukkan kepala.

"Ayah kamu nama dia Rahman bin Tumin?"

Razak mengangguk lagi.

"Akak kenal ke mak ayah saya?"

"Mana tak kenalnya. Akak ni asal sana juga. Mak kamu tu kawan baik akak dulu."

Razak mengangguk lagi. Muka Juliza berubah selepas mendengar perbualan mereka.

"Kalau macam tu Razak, Juliza ni adik kamu. Selepas mak kamu tinggalkan kamu dekat rumah anak yatim, mak kamu pun melahirkan Juliza. Dia tinggalkan Juliza pada akak. Lepas tu akak pun pindah ke KL. Baguslah. Tak sangka kamu dapat jugak jumpa ahli keluarga kamu malam ni. Kira memang jodoh kamulah ni."

Razak duduk terjelepuk. Sangkanya, Juliza bakal menjadi isterinya. Tapi rupanya lain pula jadinya.

Memang sudah jodoh untuk dia bertemu dengan adiknya malam ini. Tapi. bukan jodoh ini yang diharapkan buat Razak pada malam ini...


Senin, 19 September 2011

Cerita Dari Sudut Lain #2: Sorok Muka

Nota: Cerita Dari Sudut Lain bukanlah entri bersiri. Tetapi hanyalah entri yang merupakan himpunan cerita pendek yang aku tulis dari cerita-cerita kehidupan kita yang kita lalui atau kita dengar dari orang lain.


============

Kisah terjadi pada awal dekad 2000'an

Azman berdiri tegak. Dia memandang tepat ke arah tempat sasarannya dan kawan-kawannya.

Azman memandang dua kawannya, Othman dan Karim.

"Karim, betul ke tak kantoi ni? Aku takutlah.." Azman mula menyuarakan kebimbangan.

"Jangan takut la. Kalau kita buat cepat dan betul, kita mesti tak kantoi punyalah." Balas Karim cuba meyakinkan Azman yang mula ragu-ragu.

"Memang betul kalau kita buat cepat, kita tak kena tangkap. Tapi orang boleh cam muka kita! Muka kita ni terang-terang orang boleh nampak."

Karim senyum. Dia sudah agak itulah soalan yang bakal ditanya oleh Azman.

"Nah! Ambik ni. Buat sorok muka."

Karim menghulurkan cermin mata hitam yang mempunyai bungkai yang agak besar dan topi kepada Azman dan Othman.

"Ini je nak pakai buat sorok muka?" Azman bertanya lagi.

Karim mengangguk. Othman pula tak banyak cakap. Othman dengan segera mengenakan topi dan cermin hitam itu.

"Ish! Aku tak yakin la benda ni boleh sorokkan muka kita.." Keluh Azman.

Tiada respom dari 2 sahabatnya itu. Jadi, Azman menyambung lagi.

"Aku risau kalau orang dapat cam muka. Buat report polis pasal kita. Kita ni dah la bawah umur. Confirm kita kena sumbat Henry Gurney nanti." Sambung Azman panjang lebar.

Tiba-tiba, Othman yang membisu seribu bahasa dari tadi mula bersuara.

"Macam ni lah, Azman. Aku dengan Karim dah biasa buat benda ni. Tak pernah kantoi pun. Jadi, kalau kau rasa nak ikut kami, jom! Tapi kalau kau rasa takut, baik kau blah je. Lepas tu jangan menyemak pulak cati kitorang lepas tu."

Azman terdiam mendengar ayat penyata bercampur dengan sedikit bau amaran.

"Jadi, confirm lah spek hitam sama topi ni boleh buat orang tak cam muka kita nanti?"

Karim dan Othman mengangguk serentak.

"OK, jom!" Kata Azman.

Azman segera mengenakan topi dan cermin mata hitam itu. Mereka pun masuk ke tempat sasaran yang mereka telah tetapkan.

Karim sudah bersedia. Sebelah tangannya ada di dalam poket seluar jeans nya.

"Welcome, boss." Tegur tauke punya tempat kepada mereka semua.

Karim pun cepat-cepat mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Karim pun menghunuskan benda tersebut kepada tauke kedai tersebut.

OK. Salah. Bukan menghunus tetapi menghulurkan benda tersebut kepada tauke kedai itu.

"Boss! Macam biasa, bagi "VCD Blue". Kali ni, gua nak yang made in Thailand punya."

Tauke kedai VCD memahami kehendak Karim. Dia segera menghulurkan "VCD Blue" tersebut dalam beg plastik berwarna hitam.

"Apa pasat lu orang pakai spek hitam besar sama topi besar mau bili VCD sahaja."

"Mau sorok mukalah. Kalau orang lain nampak gua beli VCD Blue, malulah. Satu kampung mau berkokok cerita pasal kitorang nanti."

Mereka semua gelak seketika. Selepas diberikan duit pulang, mereka bertiga pulang dengan hati yang gembira.

"Nak tengok dekat rumah mana ni?" Tanya Othman.

"Tengok dekat rumah aku! Mak dengan kerja shift petang hari ni!" Jawab Azman dengan gembira.

Baru dia sedar, bukan susah sangat pun kalau nak beli VCD Blue ni.


Nota kaki: VCD Blue bermaksud VCD lucah. Bukannya VCD lagu kumpulan Boyband dari UK, Blue, yang pernah popular dengan lagu One Love dulu. Harap Maklum

Rabu, 14 September 2011

Cerita Dari Sudut Lain #1: Kisah Dua Graduan

"Cleaner!!!" Satu jeritan memecahkan kesunyian pejabat.

Tiada sahutan.

"CLEANER!!!" Jeritan kali ini lebih kuat. Mengejutkan beberapa pekerja yang sedang tekun melakukan kerja, atau sedang sibuk bercucuk tanam di alam maya.

Mustapha datang. Walaupun hanya nama jawatannya yang dipanggil dan bukannya nama betulnya, dia tahu yang ada tugas yang belum disempurnakan sehingga manusia yang paling ditakuti (kerana pangkatnya) itu memekik memanggilnya.

"Kenapa kau tak mop office aku ni?" Tanya orang yang memanggil Mustapha.

"Saya..."

"Dah, dah. Aku tak nak dengar alasan. Aku bagi kau 20 minit. Mop lantai tu. Lepas tu lap sekali cermin tu. Dah berhabuk sangat dah." Arah orang yang memanggil Mustapha tanpa memberikan Mustapha peluang untuk menerangkan alasannya.

Mustapha pun dengan segera melakukan tugas mengikut arahan orang atasan itu.

Selepas selesai. Mustapha pun segera keluar dari pejabat itu. Dia tidak mahu orang itu memanggilnya dan memberikan arahan yang bukan-bukan kepadanya.

Mustapha duduk bersandar di kerusi yang terletak di ruang legar di tingkat bawah pejabat itu. Di sebelahnya ada seorang lelaki yang lengkap dengan baju kemeja dan tali leher. Mustapha tidak pernah nampak lelaki ini.

"Pekerja baru, mungkin." Bisik hati Mustapha.

Pekerja baru tersebut hanya diam, tunduk menenung lantai yang berkilat, berkilat kerana di mop oleh Mustapha pagi tadi.

"Awak tahu tak, saya ada degree dalam Biological and Pharmaceutical Sciences dari University of Dhaka?" Mustapha tiba-tiba memulakan bicara.

"Ya! Saya dari University of Dhaka di Bangladesh. Universiti itu dapat nombor 64 dari senarai 100 Universiti Terbaik Asia yang AsiaWeek's keluarkan baru-baru ini. Universiti yang telah melahirkan Presiden Bangladesh sekarang ini, Zilur Rahman."

Pekerja baru yang berbaju kemeja dan bertali leher itu hanya mendiamkan diri. Terus tegar memandang lantai yang bersinar itu. Mungkin dia takjub melihat lantai yang berkilat itu kerana agak sukar untuk kita dapat melihat lantai berkilat begitu di pejabat-pejabat yang ada di Malaysia.

Mustapha tidak ambil pusing samada pekerja baru itu mendengar luahan hatinya. Dia tetap ingin meneruskan luahan hatinya.

"Awak tahu, saya adalah pelajar cemerlang dalam kursus saya. Saya sentiasa dapat pointer 3.70 ke atas setiap semester. Saya pernah dapat pingat dari Presiden Bangladesh ke atas kemenangan saya dalam pertandingan inovasi yang diadakan di London semasa saya dalam semester terakhir saya."

"Tapi sekarang, saya hanya jadi cleaner di sini. Kerja saya cuma sapu sampah, mop lantai, kasi cuci toilet, angkat sampah, bersihkan cermin.. Semua kerja tu tak de kena mengena dengan degree yang saya ada. Saya nak kerja yang ada kaitan dengan degree yang saya belajar di universiti dulu..." 

Luah hati Mustapha panjang lebar. Sengaja diluahkan perasaannya kepada pekerja baru itu kerana dia tahu yang pekerja itu tak kan ambil pusing dengan kata-katanya.

Tiada seorang pekerja pun yang pernah hirau dengan kewujudan dirinya sebelum ini. jadi, dia anggap yang pekerja baru itu juga hanya akan "dengar telinga kanan, keluar telinga kiri" terhadap kisah hidup yang diluahkannya itu.

"Bro, janganlah sedih sangat." Tiba-tiba pekerja baru itu bersuara. Mustapha terkejut kerana tak sangka pekerja baru itu mendengar semua rintihan hatinya yang diluahkan tadi.

"Kau kira untung jugak ada kerja. Aku ni pun ada degree jugak. Dari UPM. Tapi dah 2 tahun aku menganggur. Ini interview ke 75 dalam masa 2 tahun ni, tapi aku tak dapat kerja jugak. Interview hari ni pun memang aku tak dapatlah sebab salah sorang yang interview tadi anak sedara boss dekat sini." 

Mendengar luahan hati itu, baru Mustapha sedar yang lelaki ini bukanlah pekerja baru di sini. Tapi orang yang datang untuk temuduga kerja di pejabat ini.

"Sekurang-kurangnya kau dapat juga kerja walaupun tak menggunakan degree kau. Aku ni? Graduan menganggur, tau?"

Dan mereka pun terus bertukar-tukar cerita tentang kisah ketika menuntut di universiti. Kisah kehebatan universiti masing-masing, kisah sistem universiti, kisah perkara-perkara nakal yang mereka lakukan di universiti dan segala cerita di universiti yang lain.

Dengan sekelip mata, dua graduan ini terus menjadi kawan baik.