Rabu, 30 Januari 2008

HERO AND ZERO: JANUARY 2008

Sudah 2-3 hari juga aku tidak update blog ini. Aku agak sibuk kebelakangan ini. Malah minggu ini merupakan minggu yang agak banyak cabaran bagi aku.

Baiklah, aku mahu mewujudkan segmen baru dalam blog aku ini. Segmen ini di beri nama Hero & Zero, di mana setiap bulan aku akan memilih 1 atau mungkin lebih, orang yang berjaya (hero) atau si gagal (zero) tidak kira dalam apa jua kategori. Aku juga tidak pasti samada segmen ini mampu bertahan hingga akhir tahun. Sama-sama kita tunggu dan lihat.

HERO

ESTRANGED




Berjaya membuat upset terbesar dalam karier mereka dengan mengalahkan nama besar seperti Datin Seri Siti Nurhaliza, Mawi (eh, mamat ni nama besar ke?) dan lain-lain lagi dalam Anugerah Juara Lagu 2007 baru-baru ini.

Estranged membawa pulang wang sebanyak RM 37 000 hasil kemenangan 2 kategori iaitu Lagu Pop Rock Terbaik dan Juara Lagu 2007. Tahniah dan harap terus maju jaya.

ZERO

FAIZAL TAHIR



Mula-mula, masuk satu team nasyid. Bila team nasyid tu dah popular sikit, keluar dari team nasyid tu, simpan rambut panjang sikit dan masuk pertandingan One In A Million. Pakai baca dengan logo Superman dan akhirnya di cap sebagai Superman Malaysia... Konon la..

Sehari sebelum pertandingan One In A Million tu, buat komen dengan berkata "Saya yakin saya akan menang" dan memperlekehkan pihak lawan dan akhirnya kamu kalah.

Lepas tu buat album, dan bukak baju seluar masa konsert live di 8TV. Lepas tu kena gam 3 bulan dan akhirnya di gam dari menyertai pertandingan akhir Anugerah Juara Lagu di mana ramai orang kononnya yakin yang mamat ni boleh menang tahun ni.

So, jadi kan ini pengajaran kepada kamu semua. Kalau nak popular mendadak, jangan bukak baju masa konsert, baik buat video macam Vanilla Sky, lagi bagus.

Minggu, 27 Januari 2008

ESTRANGED MENANG ANUGERAH JUARA LAGU

Tahniah kepada kumpulan Estranged kerana berjaya memenangi Anugerah Juara Lagu 2007.

Estranged yang mempertaruhkan lagu Itu Kamu cipataan penyanyinya, Rich, berjaya memenangi Lagu Terbaik Dalam Kategori Pop Rock dan mendapat hadiah terbesar, Anugerah Lagu Terbaik atau Anugerah Juara Lagu.

Tahniah sekali lagi di ucapkan. Ini secara tidak langsung telah berjaya mengangkat martabat band dari kelompok Underground (walaupun Estranged sudah sellout..Argh! Who's care? Betul tak Azman?). Tak mustahil satu hari nanti Meet Uncle Hussain, Bittersweet atau Hujan menang Juara Lagu juga nanti (sellout jugak? Who's Care? Betul tak Azman?)

Ini dia, Tribute sikit lah... Itu Kamu dari Estranged.



Segala yang ku pasti akan aku capai tuk mengambil hati mu
Melepasi angkasa cinta ku
Sesudah aku melafazkan kesemua yang diperlu
Ianya seperti suluhan yang terang

Segala yang kau ragui akan ku padam habis dari hati mu
Mengingkari dalaman akal mu
Takkan puas ku, mengiringi semua tawa dan tangisan mu
Anggun jiwamu, pelita yg terang

Hatiku mahu mu
Rupa mu
Masih masih masih masih...

Kau terindah
Masih ada
Yang tercantik
Itu Kamu

Tiada mengapa taupun sampai bila kerna cinta enggan kenal mengalah
Memanah masuk hatiku yang reti
Setelah kau nampak tetap ku masih menunjukkan erti hidupku
Yang mahu bersama kau buat selamanya...

Hatiku mahu mu
Rupa mu
Masih masih masih masih...

Kau terindah
Masih ada
Yang tercantik
Itu Kamu


Sila lawati blog Estranged.

Kamis, 24 Januari 2008

KAMU MAHU JADI POPULAR DENGAN SEGERA?

Kamu mahu jadi popular dengan segera? Lebih mudah daripada Mawi yang terpaksa menyanyi 10 minggu dalam Akademi Fantasia?

Ya!! Aku ada cara yang mudah untuk kamu yang berada dalam kategori berikut:

1. Yang bukan artis tetapi mahu jadi popular

2. Sudah ada band yang bergerak secara underground tapi masih gagal mengalahkan populariti band Hujan, Meet Uncle Hussain atau Bittersweet,

3. Baru mahu menubuhkan band untuk masuk ke bidang underground atau mainstream (orang melayu panggil arus perdana)

4. Atau kamu memang orang gila glamor tak tentu fasal dan mahu popular dengan segera.

Disini aku senaraikan tips bagaimana kamu boleh jadi popular secara mendadak.

1. Tubuhkan band untuk langkah permulaan. kalau dah ada band, tak perlu tubuhkan yang baru dan kalau mahu bergerak secara solo pun boleh juga.

2. Pilih satu lagu yang yang meletup-letup popularnya dan rakam semula lagu itu ikut versi tersendiri. Lebih baik pilih lagu pop kerana ia di terima umum dan ubah melodia nya jadi rock ke, hip hop ke.. Ini untuk memudahkan memanjat tangga populariti dengan lebih mudah.

3. Buat video klip serupa dengan video klip asal, cuma parodi kan ia sedikit. Jika lagu ini dinyanyikan oleh wanita dan kamu seorang lelaki, pastikan kamu pakai baju wanita dalam video klip ini.

4. Apabila video sudah siap, uploadkan ke youtube, metacafe, veoh atau apa-apa laman web yang boleh video streaming.

5. Sebarkan link video anda kepada kawan-kawan dan suruh kawan anda sebarkan pada kawan-kawan anda yang lain pula. Letak link video anda di blog, friendster atau myspace supaya lebih ramai orang yang tahu tentang video anda.

6. Hasilnya.... Anda akan popular sekelip mata.

Mari lihat video di bawah ini. Contoh terbaik sama seperti tips yang aku bagi di atas.



Band yang ada dalam video ini ialah Vanila Sky, band punk-rock, pop-punk yang berasal dari Italy. Band ni tak lah famous mana malahan jualan album pun tidak menggalakkan.

Untuk menjadi popular dalam sekelip mata, mereka membuat lagu cover version dari lagu popular Rihanna, Umbrella. Kemudian, mereka buat video klip sama dengan Rihanna, cuma di parodikan sedikit. Mereka pakai baju Rihanna (baju perempuan tu), buat gaya seksi Rihanna dan menari ala Rihanna.

Setelah itu mereka letakkan video itu di Youtube dan dalam sekelip mata mereka popular. Video mereka telah di lihat lebih 5 juta kali di Youtube malah video ini mula di siarkan di saluran MTV dan VH1 di Amerika dan Eropah. Juga di MTV saluarn Astro 713 dan HITZ.TV saluran Astro 705.

Alasan mereka (yang tertulis di website mereka) menyanyikan lagu tersebut dan dan membuat video sedemikian rupa hanyalah untuk memparodikan atau lebih senang cerita, mahu mempermainkan atau memperbodohkan Rihanna dan lagu Umbrella.

Tapi aku tak rasa begitu. Aku tidak rasa yang mereka mahu mempermainkan Rihanna atau lagu Umbrella itu. Aku rasa mereka lakukan hanya kerana mahu popular dengan cara ekspress.

Bagi pendapat aku, cara mereka ini salah. Kalau mahu popular, jadilah diri sendiri. Tak perlu buat begitu. Aku rasa mereka tidak serius dalam muzik. Mereka hanya mahu menjadi popular dengan lagu dan video umbrella ini.

Dan bagi aku, mereka juga telah memperbodohkan diri mereka sendiri dalam video ini. Memang tidak salah menyanyikan semula lagu orang lain. Tapi cuba buat macam band Quietdrive. Mereka menyanyikan semula lagu popular Cyndi Lauper, Time After Time dengan baik dan tidak buat video mengarut macam Vanilla Sky. Cuba dengar di bawah. Maaf, band ini tiada video.



Harap dekat Malaysia ni tak delah band yang cuba buat video klip macam Vanilla Sky tu. Aku rasa mereka nyanyikan lagu itu dengan agak baik. Cuma video itu telah menjatuhkan maruah kumpulan muzik atau muzic band.

Cuba lah buat macam budak-budak MMU ni. Band Jobbersrobbers ni menyanyikan lagu Aku cinta aku rindu dengan baik Malahan video klipnya pun baik.



Ok. Banyak aku sudah bebelkan ni......

Rabu, 23 Januari 2008

SILA LETAK TAJUK YANG KAMU RASA ADA "PERASA" MELAYU

Aku tidak tahu mengapa, tetapi tiba-tiba bila terbangun daripada tidurku, aku teringat sesuatu.

Ingatkah kamu tentang iklan budi bahasa?

Iklan budi bahasa lakonan Adlin Aman Ramli. Babak iklan tersebut ialah di dalam LRT (atau mungkin di dalam komuter. Aku sudah tidak ingat sangat tapi rasanya memang dalam LRT). Dalam iklan berikut, Adlin Aman Ramli menjadi seorang yang tidak berbudi bahasa, atau dalam bahasa kasarnya, kurang ajar kerana tidak memberikan tempat duduk kepada orang buta dan wanita mengandung dengan berlakon tidur dan sebagainya.

Kalau tidak salah aku, iklan itu hasil arahan Adlin Aman Ramli sendiri. Bagi aku, aku suka iklan itu. Mesej iklan itu amat jelas. Dan penulisan kreatif iklan tersebut amat baik.

Tetapi tahukan kamu bahawa ramai orang yang mengecam iklan tersebut? Ramai yang menghentam iklan tersebut dengan menghantar surat atau sms ke surat khabar. Ada juga yang menghentam melalui blog masing-masing.

Mereka mengecam iklan tersebut kerana kononnya iklan tersebut merendahkan martabat orang melayu. Iklan tersebut konon nya menyatakan yang orang bangsa melayu kurang ajar.

Bagi aku, orang-orang yang memberi kecaman terhadap iklan itu cepat sangat melatah. Kenapa mahu sensitif sangat? Itu cuma iklan yang memberikan pengajaran kepada semua.

Baiklah. Sekarang aku mahu cerita tentang perkara yang aku nampak selama ini. Aku selalu bergerak dari satu tempat ke satu tempat menaiki bas. Dari Batu Pahat ke Segamat, Segamat ke Batu Pahat, Batu Pahat ke Kuala Lumpur, rumah aku ke bandar... Semuanya melalui bas.

Aku biasanya akan duduk di tempat paling belakang. Kenapa? Kerana aku tak mahu di ganggu. Akan aku sumbat mp3 player ke telinga aku atau aku biasa membaca komik di dalam bas. Aku tidak suka di ganggu ketika menaiki bas seorang diri. Kecuali jika ada seorang awek cun yang masih single ingin mengacau aku... Itu aku memang sangat tidak kisah. Ops... Kembali ke tajuk asal.... Ini kerana orang lain biasa akan duduk di tempat duduk sedepan yang mungkin kerana malas nak berjalan ke belakang.

Dari belakang, aku boleh nampak semua penumpang yang naik dan turun dari bas dab juga kedudukan tempat duduk merek di dalam bas.

Sering kali aku nampak orang tua naik ke bas ketika bas sudah penuh. Orang tua seperti ini tidak akan pergi ke belakang untuk cari tempat duduk kerana mereka tidak larat untuk berjalan ke belakang, campur lagi dengan gegaran bas yang sedang bergerak menyekat pergerakan mereka ke belakang.

Jadi mereka akan cari tempat duduk di hadapan sahaja. Tetapi tempat duduk depan sudah penuh. Apa jadi seterusnya? Ya. Orang tua itu akan berdiri sepanjang perjalanan. Amat jarang sekali aku lihat ada orang muda melayu yang akan bagi tempat duduk mereka pada orang tua tersebut. Kalau ada pun, mestilah orang muda dari bangsa cina dan india. Tetapi tidak ramai yang berhati mulia seperti itu.

Jadi membuatkan aku terfikir, adakah bangsa melayu kurang budi bahasa atau dalam bahasa yang lebih kasar, kurang ajar? Adakah kebanyakan (bukan semua) bangsa melayu tertanam sifat itu? Adakah mungkin salah satu sebab aku dudk di belakang bukan hanya kerana ingin mendapat privacy dengan komik dan mp3 player aku, juga kerana tidak ingin kehilangan tempat duduk aku? Adakah sifat kurang ajar itu memang sudah tertanam di dalam diri semua orang melayu?

Baik satu contoh lagi. Membuang sampah merata-rata. Perkara ini sering di buat oleh orang melayu tanpa sedar. Lepas buka bungkusan rokok atau gula-gula atau coklat atau apa-apa sahajalah, mesti akan di buang merata-rata tempat.

Mungkin bagi kamu, kamu akan fikir, "ala, sampah tu kecik je..." Tapi di negara lain. membuang sampah merata rata (tidak kira saiz sampah tersebut) di panggil kurang ajar dan tidak berpendidikan sivik. Yang aku ingin tekankan di sini ialah kurang ajar.

Tidak dapat di nafikan, ramai orang melayu yang buat begitu. Tanpa sedar atau dengan sedar. Sekali lagi ingin aku tanya, Adakah sifat kurang ajar itu memang sudah tertanam di dalam diri semua orang melayu?

Kenapa benda ini sering terjadi bagi kita? Mungkin kerana sewaktu waktu sekolah kita dahulu, kita tidak belajar subjek Pendidikan sivik di sekolah kita?

Aku ada lihat buku sepupu aku yang masih sekolah rendah sekarang. Mereka ada ambil subjek yang di panggil Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Tetapi bila aku baca silibus subjek itu, ia masih tidak cukup dan menepati tajuk subjek itu. Masih terlampau ringkas.

Adakah kamu masih ingat yang majalah Reader's Digest pernah menulis yang Malaysia merupakan negara paling kurang ajar di dunia? Kenapa? Mengikut kata penulis artikel tersebut, rakyat Malaysia memang bagus melayan pelancong dari luar negara, tetapi sifat seperti buang sampah merata-rata, tidak beratur ketika menaiki bas dan semua ini menyebabkan Malaysia di label negara paling kurang ajar.

Jadi, sekali lagi aku mahu petik, adakah Malaysia negara yang kurang ajar atau Melayu yang kurang ajar?

Ok. Sampai sini sahaja. Panjang sangat entri kali ini. Mungkin ada sesetangah melayu di luar sana akan marah dengan aku tentang entri kali ini, Jangan cepat melatah. Cuba fikirkan sedalam-dalamnya dahulu kebenaran nukilan aku kali ini.

Aku juga ingin meminta maaf jika mana-mana kamu yang terasa tentang entri kali ini. Aku bukan nak menghina bangsa sendiri, cuma mahu bagi kamu fikir sahaja. Bila aku kata melayu kurang ajar, bukan aku menuding jari kepada kamu semua sahaja, tetapi juga aku kerana di kad pengenalan aku juga tertera perkataan "MELAYU", jadi aku juga kurang ajar.

Maaf juga kerana tiba-tiba menulis sesuatu yang agak serius, ini kerana aku tidak pernah seserius ini dalam entri sebelum ini. Harap bagi komen yang membina, kalau mahu hentam aku kerana entri ini pun, aku tak kisah. Aku cuma manusia biasa......

Senin, 21 Januari 2008

HATI INI TIDAK KERUAN & SEMANGAT YANG HILANG

Sejak kebelakangan ini...Tidak! Sejak semester baru ini bermula, hati aku jadi tidak keruan. Aku juga hilang semangat. Malas? Perangai itu pula semakin menebal di dalam hati.

Sejak ada beberapa insiden dan halangan yang terjadi dalam proses kehidupan aku sejak semester baru ini, aku mula rasa bosan dan kemahuan untuk meneruskan pengajian aku juga macam sudah melayang di bawa angin.

Aku pernah menyatakan hasrat aku untuk berhenti belajar kepada emak aku semasa semester pertama aku di UiTM lagi, tetapi mak aku suruh aku teruskan jua.

Tetapi apabila ada halangan yang datang sekarang ini, aku jadi semakin malas. DAMN!!!

Tetapi bila mengenangkan yang aku cuma tinggal setahun (atau mungkin setahun setengah) untuk menamatkan pengajian aku, aku rasa sayang pula hendak berhenti.

Kenapa dengan diri aku ini? Ataupun ini cuma blues awal semester? Entahlah...

Maaf. Entri ini tidak bermakna. Minta maaf kerana kamu dah buang banyak masa membaca entri tiada makna ini.

Kamis, 17 Januari 2008

ROCK KAPAK.....ROCK KANGKANG.....ROCK RAMBUT SARANG TEBUAN....

Sedang aku melayari internet petang tadi, aku telah terjumpa dengan blog ini. Blog ini menyimpan lagu -lagu artis melayu zaman rock kapak , rock kangkang , rock rambut sarang tebuan, tracklist album , cover album , dan info yang berkenaan dengan album tersebut.

Jadi, tanpa membuka link blog ini pun, kamu sudah boleh agak apa kandungan blog ini kan? Ya. Blog untuk kamu download lagu-lagu rock kapak melayu yang agak susah hendak di cari sekarang.

Aku puji pemilik blog ini kerana menyediakan lagu-lagu yang susah untuk dicari kini, tidak kira di internet, dalam bentuk mp3, atau pun bentuk kaset atau CD. Pemilik blog ini memang rajin untuk mengupload semua lagu-lagu rock kapak yang berada di persada Malaysia satu masa dulu.

Jadi, aku melayari blog ini. Aku terjumpa dengan bermacam nama band rock kapak yang amat asing dari telinga aku sebelum ini. Pernah tak kamu semua dengan band seperti Penyengat, Teras, Ababil, Aces, Ad Hoc (ini pun boleh jadi nama band ke?), B n W, Espiranza, G.U.Y.S., Helter Skelter, Happy Nightmare dan Jasad Liar? Aku pun banyak yang tidak pernah dengar. Malah kalau kamu baca semua nama band tersebut, aku yakin banyak yang kamu tidak pernah dengar.

Selain dari mp3, blog ini juga meletakkan playlist album, info-info lain mengenai album dan juga yang paling menarik, cover album.

Disini aku meletakkan beberapa cover album yang agak kelakar dan kepada kamu yang ingin menceburi dunia muzik, secara underground atau mainstream, setelah melihat Hujan, Meet Uncle Hussain dan Bittersweet begitu popular dan menjadi kegilaan para-para gadis walaupun penyanyi band tersebut perform live hancur, ini sedikit tips kepada kamu agar kamu tidak membuat cover album, demo atau EP kamu seperti ini.

Budak Kaca Mata - Kilauan Memukau - 1997


Aku juga tak pasti samada Budak kacamata boleh di iktiraf sebagai rock kapak atau tidak, tapi ada dalam blog tersebut. Jadi aku terima sahaja seadanya.


Cuba kamu lihat cover mereka ini. Semua ahli band berposing dengan gaya yang agak jambu, macam tidak kena dengan konsep rock kapak.

Lebih sadis lagi cuba lihat gambar di bawah, pada mamat yang aku bulatkan dengan warna merah tu.


Pada kamu yang ingin membuat album, tolonglah jangan posing manja macam itu. Geli pulak aku tengok lama-lama.


Fantasia - Fantasia - 1988

Antara nama band yang aku tidak pernah dengar dalam blog ini. Berpakaian ala rock kapak dan tangkap gambar di dalam hutan, padang lalang , semak samun, kebun getah atau estet memang ketinggalan zaman pada waktu sekarang. Jika kamu rasa ini cool, aku sarankan band kamu main lagu-lagu rock kapak sahaja, jangan nak main lagu indie macam Hujan dan bittersweet


Halilintar D'Episode - Harga Sebuah Cinta - 1989

Pun aku tidak pernah dengar nama band ini. Sekali pandang cover album ini, aku teringat cover kumpulan girl band, Restu (mungkin di eja dengan begini - Res2) dan M'Steen (salah satu anggota kumpulan ini, kalau tidak salah aku, ialah Intan Azura).


Tangkap gambar sambil baring dengan formasi begitu hanya akan membuatkan band anda di gelar girl band daripada band rock.

High Crime - Identiti - 1989

Agak tidak boleh belah juga tengok cover band ini (ini band rock kapak ke?). Sekali tengok macam poster wayang untuk movie kelakar pula. Mungkin pada masa ini, cover macam ini amat cool....Rasanya...



Ini juga satu cara posing yang agak kelakar. Hahaha...


Magnet - Ajarlah Aku Bercinta, Kawan - 1998

Mula-mula aku mahu tanya kamu. Adakah relevan untuk meletakkan gambar magnet sebesar gajah untuk cover album kamu? Tahu lah nama band korang magnet, tak payahlah rasanya letak gambar magnet, macam kami tak pernah tengok magnet pula.


Tajuk album ini - Ajarlah Aku Bercinta, Kawan - Memang tidak relevan. Jadi kepada sesiapa yang ingin membuat band tu, ingat!!! Jangan letak tajuk album kamu macam ini.

Oh... Ini rupa kumpulan Magnet tu......

Peace - Peace - 1998

Ini lagi teruk. Sekumpulan band lelaki, menanggalkan baju (berlenggeng lah ye, bukan bogel. tapi mungkin...), duduk dalam posisi rapat-rapat dan pandang ke arah berlainan.


Juga ada ciri-ciri girl band dan bukan rock band. Malah, aku rasa cover ini macam ada sedikit......Gay! Hahahah....

Roy - Nekad - 1990

Tiada apa sangat untuk cover ini. Cuma satu aku mahu pesan, jangan pakai boot koboi untuk cover album kamu.


Utopia - Maya Percintaan

Cara pemakaian ini memang sudah tidak sesuai untuk cover album sebegini. Lagi -lagi mamat yang paling depan tu. Baju dia tu bercampur pelbagai warna. Aku mahu terangkan warna apa pun aku tak tahu..


Satu lagi. Jika ingin memilih nama band, pastikan ianya sesuai dengan genre lagu dan nama tajuk album atau lagu kamu. Contoh yang tidak sesuai

Nama band: Jasad Liar
Nama Album: Senikata Cinta
Wah! Nama band dah ganas. Sekali nama tajuk album......
Ok lah. Sampai di sini sahaja sessi aku kali ini. Aku dah mengantuk, esok kelas pukul 8 pagi. Bye...

Selasa, 15 Januari 2008

LONELY SOLDIER BOY

Hari sabtu lepas, aku ada keluar dengan Maria. Masih ingat Maria? Baca entri ini dan entri ini untuk flashback balik.

Maria call aku melalui telefon rumah. Aku tidak pernah bagi nombor telefon rumah atau apa-apa nombor telefon bimbit aku kepada dia. Bila aku tanya dari mana dapat nombor rumah aku, mudah jawapan nya.

"Ala, tengok nama ayah abang dekat pintu rumah hari tu..Cari la dalam buku telefon"

Maria ada datang ke rumah sebelum aku pulang ke Segamat tempoh hari. Mungkin dia nampak papan tanda yang tertera di pagar rumah aku.

Kami keluar berdua sahaja. Adik Maria, Nat, demam pula. Sudah agak lama aku tidak keluar berdua-duaan dengan wanita di Summit Batu Pahat (keluar dengan cousin tak kira). Mungkin kalau Summit ni boleh bercakap, dia akan bertanya juga pada aku.

Kami makan di McDonald setelah aku di belasah teruk dalam permainan bowling. Tak sangka pula Maria hebat. Semasa makan, terkeluarlah soalan yang paling aku tak mahu dengar...

Maria (M): Abang tak teringin nak bercouple ke?

Aku (a): (Terkedu kejap) Eeerrr... Mesti la nak... Dah setahun lebih single nih...

M: Dah tu nape tak cari awek lain? Tak kan tak de calon?

Sebenarnya ada. Bukan seorang sahaja calon, tapi dua-tiga. Tapi calon sahaja ye? Bukan aku sudah pasang dua-tiga.

Aku kenal sudah agak lama calon-calon ini, kerana ada di antara mereka adalah kawan-kawan cousin aku. Yang membuatkan aku sedikit keliru hendak memilih ialah kerana jurang umur kami. Tahun ini aku 24 tahun dan calon-calon aku pula berumur 19 tahun. 5 tahun jurang, aku rasakan satu jurang umur yang agak jauh juga.

Selain itu, ada beberapa aspek lain (yang aku tak boleh bincang di sini) yang menyebabkan aku keliru untuk memilih. Membuatkan aku membiarkan ia tergantung. Aku serba salah. Ada orang kata jurang umur bukan masalah tetapi ada juga yang kata jurang umur jauh sangat.

"Dia tu amik jurusan doktor. Kalau kau nak tunggu dia grad, umur dia dah 25-26 tahun. Masa tu umur kau berapa pulak? Kalau dia dah grad, dia mesti nak kerja dulu. Sanggup ke kau tunggu?", kata-kata beberapa temanku.. Termasuk juga kata hati aku sendiri.

Aku ceritakan semua ini kepada Maria. Dia terdiam dan berfikir. Kemudian Maria menyambung bicara.

M: Bila di fikir-fikirkan. Ada betul dan salah jugak apa yang kawan-kawan abang kata tu. Jurang umur ni boleh bagi kesan positif dan negatif.

A: Entah la. Pening juga fikir. Maria tak de boyfriend ke?

Aku cuba korek rahsia Maria. Maria tidak pernah bercerita tentang kisah cintanya pada aku.

M: Tak pernah dan belum berminat buat masa sekarang. I'm happy to be a single girl.

A: Tak de keinginan ke?

M: Mesti la ada. Tapi belum ready lagi. I want to take it easy.

A: So belum pernah couple?

M: Belum!

A: Belum pernah rasa frust bercinta la ni?

M: Of course and I'm happy with it.. (ketawa)

A: Nat pernah couple?

M: Tak pernah jugak. Same with me. Prinsip kami sama.

Balik selepas keluar dengan Maria, aku mula berfikir. Sampai bila aku nak single ni. Dah setahun lebih ni. Kadang-kadang jealous juga tengok housemate ake semua ada awek. Tapi kadang-kadang rasa free juga bila tak de awek ni.

Sampai bila aku mau single!!!!????

Semua lelaki... Lonely Soldier Boy...

Tak, tak!!! Bukan semua. Aku sorang je....