Minggu, 21 Oktober 2007

KEMBALI BERAKSI

Ya!!! Aku dah kembali ke rumah sewa aku...

Ini juga bermaksud, final exam aku bermula esok!!!! Cuak juga aku sebenarnya. Nasib baik paper hubungan etnik yang memulakan tirai peperiksaan, satu subjek yang ringan. Kalau Managerial Economic atau Channel Management yang membuka tirai, maka aku yang akan menutup tirai dahulu.

Aku sebenarnya rasa belum bersedia untuk final exam ni. Masih dalam mood raya. SALAH! Masih dalam mood cuti! Seronok betul cuti. Di tambah pula semester ini tiada cuti petengahan semester dan semasa cuti semester yang lepas, aku mengambil kelas intersessi.

Aku rasa aku memerlukan cuti yang lebih panjang. Tapi final exam sudah bermula. Mahu tak mahu aku kena berdepan dengan exam tahun ini.

Harap semester ini keputusan aku lebih memberangsangkan. Selamat berjaya aku ucapkan kepada kawan-kawan aku dan juga rakan-rakan blogging yang akan menghadapi peperiksaan. May the force be with you

Senin, 08 Oktober 2007

SEBELUM AKU PULANG BERHARI RAYA

Sebelum aku pulang ke kampung halaman untuk menyambuta hari raya, aku mahu mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada famili, kawan-kawan dan semua yang mengenali aku.

Tidak lupa juga kepada pembaca blog dan rakan-rakan seperjuangan yang turut serta dalam dunia blogosfera ini. Maaf zahir dan batin.

LEPAS SATU LAGI HALANGAN, ESOK ADA SATU LAGI HALANGAN

Tadi aku baru lepas membuat major presentation untuk subjek Sales Management. Kumpulan aku berjaya membuat presentation yang paling terbaik dalam kelas, mendapat pujian dari Encik Isa.

Tapi apa yang aku risaukan, esok pukul 8 pagi. Ya! Ada test ECO 555. Test yang paling aku takuti dan paling risau. Malam ni menjadi malam penentuan. At least, aku kena lulus subjek ni. Aku tak mahu repeat kali ke-3.

Aku harap aku berjaya esok. Dah, malas nak taip panjang-panjang. Dah nak berbuka. Kalau nak baca post yang panjang, baca pasal post sebelum ini, A State Of Mind. Belajar bersyukur.

Dah, baik aku berhenti sekarang sebelum aku mengarut lagi panjang.

Minggu, 07 Oktober 2007

A STATE OF MIND


Tadi aku baru menonton sebuah filem dokumentari tentang salah satu negara komunis di dunia, Korea Utara di channel Discovery Channel, A State Of Mind.

A State of Mind merupakan filem dokumentari arahan Daniel Gordon, mengenai dua orang pelajar perempuan (yang terlibat dengan gimnastik), berumur lingkungan 10 - 15 tahun, berlatih 8 bulan untuk persediaan Sukan Rakyat Korea Utara, atau di kenali sebagai 2003 Pyongyang mass game.

Mass Game merupakan persembahan yang di atur oleh kerajaan Korea Utara yang melibatkan 100, 000 gimnas lelaki dan perempuan negara mereka membuat persembahan di depan pemerintah negara mereka sebagai tanda terima kasih dan hormat. Pemerintah mereka sekarang ialah Kim Jong-il. Peserta yang dapat turut serta dalam Mass Games amat berasa bangga kerana dapat membuat persembahan di hadapan jeneral mereka itu.

Apa yang menarik tentang filem ini ialah jarang ada pengusaha luar yang dapat membuat filem tentang negara ini kerana Korea Utara terkenal dengar dasar tertutup kepada dunia luar. Malah, biasanya orang asing (yang terpilih) cuma boleh melawat negara tersebut dalam tempoh 2 hari sahaja.

Selain itu, filem ini juga menunjukkan bagaimana taat nya rakyat negara mereka pada negara dan pemerintah negara mereka, dan juga cara hidup mereka di Korea Utara. Mereka tidak mendapat apa-apa pendedahan dari negara luar termasuk dari segi hiburan, pendidikan atau apa-apa medium luar negara. Ya! Kalau kamu duduk di Korea Utara, kamu mungkin tak kenal siapa Linkin Park, Britney Spears dan Paris Hilton.

Cara hidup rakyat Korea Utara juga sangat berlainan. Mereka akan di berikan tempat tinggal untuk setiap keluarga dan setiap rumah akan di berikan sebuah radio yang hanya mampu mendapatkan sebuah radio sahaja, iaitu saluran radio kerajaan. Radio kerajaan cuma mengeluarkan berita tentang negara mereka dan juga lagu-lagu dari artis Korea Utara. Yang sadisnya, radio tersebut tidak boleh ditutup, cuma boleh diperlahankan volume nya sahaja. Betul-betul nak memupuk semangat taat pada negara.

Cuba bayangkan, kalau kita jalan-jalan sambil menyanyi, mesti kita akan nyanyi lagu-lagu artis yang terkenal (atau pun tidak) dari Malaysia atau luar negara. Tapi berbeza dengan rakyat Korea Utara. Kamu tahu lagu apa mereka nyanyi semasa jalan-jalan atau melepak dengan kawan-kawan?

"Majulah Korea Utara. Panjang kan Umur jeneral Kim Jong-il"

Kalau kita, ada ke nak nyanyi lagu-lagu macam tu?

Selain itu, saluran TV mereka pun cuma ada 1 sahaja, juga saluran kerajaan yang banyak memaparkan berita berkenaan negara mereka, dokumentari negara mereka dan kejayaan atlit negara mereka.

Sistem pendidikan mereka juga berbeza. Mereka ada belajar bahasa inggeris juga tetapi yang menarik nya, cikgu mereka akan mengajar satu subjek untu membenci Amerika Syarikat dan negara-negara lain yang bersekutu dengan Korea Selatan semasa perang Korea dahulu.

2 orang budak perempuan yang berlatih bersungguh-sungguh untuk Mass Games tersebut supaya dapat membuat persembahan di depan Jeneral mereka. Jika mereka dapat membuat persembahan tersebut tanpa kesilapan, mereka di anggap sebagai ahli komunis yang sempurna. Tapi akhirnya Jeneral Kim Jong-il tidak hadir semasa persembahan tersebut.

Rupanya baru aku tahu yang Mass Games ini juga diadakan di semua negara-negara komunis. Negara komunis amat menitik beratkan sukan gimnastik. Patutlah negara-negara blok komunis dan bekas negara komunis seperti Russia, China, Romania dan lain-lain lagi, hebat dalam sukan gimnastik.

Tapi aku tabik kepada pengarah filam ini, Daniel Gordon, yang membuat dokumentari ini. Sebelum ini beliau juga pernah membuat filem dokumentari, The Game of Their Lives, tentang pemain bola sepak Korea Utara semasa Piala Dunia 1966. Ingat tak Piala Dunia itu? Ya. Skuad Korea Utara berjaya mengalahkan Itali 1-0 dalam pertandigan tersebut. Gol oleh Pak Doo-Ik, menjadi mimpi ngeri Itali sehingga hari ini. Pak Doo-Ik yang berpangkat koperal dalam askar, di naikkan pangkat menjadi sarjan kerana gol itu.

Setelah menonton filem tersebut, aku berasa lega dan syukur kerana tinggal di Malaysia. Bukan negara komunis dan bebas membuat pilihan sendiri untuk hidup. Walaupun ada beberapa keputusan pemerintah Malaysia yang aku kurang senangi, namun aku lega kerana pemerintahan beliau, Malaysia kekal aman dan sentosa. Harap Malaysia terus kekal seperti ini, jangan cuba menerapkan fahaman komunisme di dalam Malaysia.



Gambar Upacara Mass Games

AKU NAMPAK MONYET PAKAI BAJU BATIK NAIK BAS JUMAAT LEPAS

Hari jumaat lepas, aku pulang ke rumah aku di Batu pahat. Aku tahu, selasa depan aku akan balik untuk cuti raya, tetapi aku pulang atas hal-hal kekeluargaan.

Aku pulang ke Batu Pahat keseorangan kali ini. Dan aku pulang menaiki bas. Bukan bas ekspres, tapi bas tambang, atau ada juga orang panggil bas lompat atau loncat. Aku tak tahu kenapa orang menggelarkan bas tersebut sedimikian rupa walaupun bas tu tak lah melompat atau meloncat. Tapi aku lebih suka menggelarkan nya bas perang.

Semasa menunggu bas di Bus Station Segamat, aku perasan yang ramai budak asrama ingin pulang ke kampung masing-masing. Cuti raya untuk mereka sudah bermula. Macam mana aku tahu mereka budak asrama? Mudah saja, mereka perlu pakai baju batik kalau nak keluar asrama.

Jumlah mereka ramai, dan mereka pakai baju batik yang berlainan corak. Mungkin dari sekolah yang berlainan. Akhirnya bas sampai. Maka berebutlah mereka macam kambing lari masuk ke kandang sebab hujan. Berebut-rebut nak naik. Diorang ni tak tahu beratur ke? Berasak-asaklah mereka naik ke bas.

Jumlah budak asrama termasuk beberapa penumpang lain (yang tak memakai baju batik) yang mahu naik ke bas ke Air Hitam tu tak sampai 20 orang pun. Kenapa nak berebut-rebut. Tempat duduk dalam bas tu boleh menampung hampir 40 orang penumpang. Jadi, semua orang pun akan dapat tempat duduk. Aku tak nampak sebab kenapa nak berebut-rebut naik. Ke mereka tak belajar matematik dekat sekolah? Ataupun semuanya fail dalam subjek tersebut?

Yang paling membuatkan aku agak marah ialah sebab budak-budak asrama ni sanggup menolak seorang pak cik tua yang hendak naik bas tersebut. Nasib baik pak cik tu tak jatuh. Bukan sekali, tapi 2 kali pak cik tu di tolak. Sekali dengan budak lelaki, sekali dengan budak perempuan. Perempuan pun sama je perangai rupanya.

Kemudian di atas bas, memekak pulang budak-budak ni dalam bas. Terjerit-jerit macam monyet dalam bas. Menjerit-jerit ke arah seorang budak sekolah perempuan cun (bukan budak asrama sebab tak pakai baju batik), dengan tujuan hendak tackle awek tu. Come on lah, mana ada cara tackle awek menjerit jerit "Oi budak depan. Aku nak nombor telefon kau." Nampak sangat masih hanyir.

Yang membuatkan aku marah, makin lama makin kuat pulak mereka menjerit. Driver bas dah sound pun, diorang masih buat tak tahu. Mereka semakin galak. Kali ni mereka melompat-lompat dalam bas pula. Memang macam monyet.

Akhirnya, ada seorang brother berbadan sasa bangun dari tempat duduk beliau dan sound budak-budak ni. Baru lah senyap sikit mereka semua. Aku berterima kasih kepada brother tersebut. Baru lah aku boleh tidur akhirnya.

Akhirnya aku sampai ke rumah. Esok nya, semasa aku hendak keluar dengan abang aku, aku ternampak dengan salah seorang budak yang membuat perangai monyet di atas bas tu. Rupa-rupanya salah seorang budak asrama tu tinggal satu taman dengan aku. Tak sangka aku duduk satu taman dengan monyet. Aku rasa monyet tu patut di tangkap dan di hantar ke zoo.

LOVE HURTS

Sejak kebelakangan ini, aku suka dengar lagu ini, nyanyian Incubus. Nak kata aku baru putus cinta, tak juga. Cuma aku suka lirik lagu ini.

Sedikit petikan lirik lagu ini...

Love hurts...
But sometimes it's a good hurt
And it feels like I'm alive.
Love sings,
When it transcends the bad things.
Have a heart and try me,
'cause without love I won't survive.



Love Hurts - Incubus

Kamis, 04 Oktober 2007

JADUAL FINAL EXAM AKU DAH KELUAR!!!

Jadual final exam aku tahun ini dah keluar. Ni jadualnya:

Isnin 22/10/07 - Hubungan Etnik

Isnin 29/10/07 - Bahasa Arab

Rabu 31/10/07 - Managerial Economic

Khamis 1/11/07 - Sales Management

Isnin 5/11/07 - Global Retailing

Selasa 6/11/07 - Channel Management

Sabtu 10/11/07 - Marketing Communication

Yang menggembirakan aku cuma minggu pertama sebab ada seminggu gap antara exam. Tapi aku sangat sibuk semasa minggu kedua. Aku harap dengan adanya gap yang panjang tu, aku dapat belajar ECO 555 dengan lebih baik. Aku tak nak mengulang paper ni lagi.

Macam mana pulak dengan jadual final exam kamu semua? Adakah seperti apa yang kamu harapkan? Atau tidak?