Rabu, 26 September 2007

3 GOL TORRES BUAT AKU GEMBIRA

Satu perasaan puas terbit di hati aku apabila akhirnya Liverpool berjaya memecahkan kebuntuan kemenangan setelah seri dalam 3 perlawanan terakhir.

Liverpool turun tanpa Gerrard, Reina, Alonso, Babbel dan Kuyt dan menurunkan 2 pemain muda iaitu Lucas Leiva dan Sebastian Leto dalam barisan utama. Namun begitu, Liverpool mampu memberikan keputusan yang cemerlang.

Persembahan Liverpool pada separuh masa pertama agak goyang, tetapi berbeza semasa separuh masa ke-2. Dominasi Liverpool berjaya membuahkan kemenangan yang di tunggu-tunggu.

Yossi Benayoun berjaya menjaringkan gol pertama beliau untuk Liverpool setelah membuat satu larian cantik sebelum merembat kencang. Beliau berjaya membuktikan yang dia mampu bermain dalam kesebelasan utama.

Fernando Torres berjaya menjaringkan hatrik pertama beliau untuk Liverpool. Torres ingin membuktikan yang beliau telah menjadi striker yang di cari-cari oleh Rafael Benetiz selama ini. Ini menjadikan jumlah gol jaringan beliau menjadi 6 dalam 9 penampilan untuk Liverpool, dua kali masuk sebagai pemain gantian.

Pemain muda dari Argentina, Sebastian Leto bermain dengan baik di posisi wing kiri. Ini membuatkan Kewel lebih sukar untuk merebut kembali posisi beliau dalam kesebelasan utama dalam skuad Liverpool.

Penjaga gol simpanan yang di turunkan hari ini, Charles Itandje gagal menyinar. Dia yang berkata akan bermain dengan baik untuk merampas posisi Reina, gagal menyerlah dan gol kedua Reading sepatutnya boleh di selamatkan.

Aku berharap Liverpool dapat meneruskan rentetan kemenangan seterusnya.

Minggu, 23 September 2007

KEPULANGAN YANG DI NANTI....OLEH LULA

Akhirnya secara rasminya, kereta Lula sudah pun selamat pulang ke tangan Lula kembali pada hari jumaat yang lepas.

Bagai belut pulang ke lumpur, Lula meraikan kepulangan kereta nya dengan merayap bersama Naz.

Tetapi sehingga hari ini, kereta lula ni masih sukar nak di hidupkan. Aku baru je lepas tolak kereta dia kejap ni.

Ni gambar-gambar kereta Lula yang dah sihat kembali:

Tuan kereta bersama kereta nya
Tayang enjin sikit
Enjin yang telah di baik pulih seperti biasa
Box yang baru telah digantikan

Jadi dengan ini, dengan secara rasmi nya aku menutup laporan kereta Lula. Tiada lagi laporan kereta beliau kecuali jika kereta ini masuk bengkel lagi.... Hehe

VIRUS YANG KIAN MEREBAK DALAM DIAM

Virus ialah zarah kecil yang boleh berjangkit selain organisma biologi. Virus ialah parasit intrasel obligat, yang bermaksud mereka boleh membiak dengan cara menawan sel sel lain kerana mereka tidak berupaya untuk membiak sendiri.

Istilah virus biasanya merujuk kepada zarah zarah yang menjangkiti eukariot (organisma multisel dan organisma unisel) manakala istilah faj digunakan untuk zarah zarah yang menyerang prokariot (bakteria dan organisma seperti bakteria). Selalunya zarah zarah ini membawa asid nukliek (DNA atau RNA) yang dilindungi dengan lapisan pelindung daripada protein atau protein-lipid.

Dalam sains komputer, istilah virus juga digunakan bagi mewakili aturcara yang menjangkiti aturcara lain.

Itulah definasi virus jika soalan tersebut keluar semasa anda mengambil peperiksaan. Tak ira lah SPM, PMR, Marketing Communication, Strategic Management dan juga Research Metadology (Ya, Baox. Everything is research. Virus pun research juga).

Dan aku tak sangka ada sejenis telah merebak di rumah sewa aku di 32 Taman Rakyat Jementah ini. Virus ini merebak dalam diam. Dia merebak secara perlahan-lahan pada mulanya dan akhirnya merebak dengan pantas dalam 2-3 hari ini.

Virus ini tidak merbahayakan kesihatan tetapi boleh merbahayakan orang yang sedang berpuasa dan boleh membuatkan orang yang puasa boleh membatalkan puasa akibat penat ataupun mengidamkan air tebu semasa berbuka.

Ya. Virus yang aku maksudkan tersebut ialah virus kereta mati dan mengakibatkan sessi menolak kereta beramai-ramai bersama rakan penyewa rumah yang lain.

Panjang kan nama virus ini? Aku pendekkan kepada virus menolak kereta yang rosak.

Seperti biasa, virus ini bermula dengan kereta Bell. Berlaku pada awal-awal semester. Boleh dikatakan juga kereta Bell merupakan kereta yang paling kerap di jangkiti virus ini. Kereta Bell kerap di lihat tersadai di tepi jalan.

Aku bersama-sama apeng dan roomate aku, cendol terlibat dalam sessi serangan pertama virus ini. Puas kami menolak kereta Bell, untuk bagi enjin nya hidup. Akhirnya berjaya juga.

Seterusnya, kereta apeng pula yang kena. Juga di jangkiti virus ini beberapa kali. Juga perlu menolak beberapa kali untuk hidup.

Malam kelmarin, setelah puas merayap dengan keretanya yang baru keluar dari bengkel, Lula berasa hampeh setelah melihat keretanya juga terkena virus tersebut. Mungkin, keretanaya masih rindu akan bengkel yang di huni nya selama sebulan lebih. Maka, kami pun beramai-ramai menolak keretanya.

Kemudian kereta yang paling mendapat perhatian ramai di rumah, kereta yang paling master dekat rumah kami.... kereta Baox. Puncanya bermula apabila kereta Apeng gagal hidup enjinnya. Maka, jalan terakhir, menggunakan jumper untuk menghidupkan enjin nya.

Rumors mengatakan yang Apeng menggunakan kereta Baox sebagai batu loncatan untuk menghidupkan keretanya. Akhirnya, kereta Apeng berjaya hidup dan beliau selamat pulang ke rumah. Tetapi kereta Baox menerima nasib berbeza.

Niat murni Baox yang ingin pulang ke rumah terbantut kerana kereta beliau pula yang tak hidup. Ulasan dari Baox, "Cilakak Apeng. Dia dah sampai rumah, dia tinggalkan taik kat aku."

Beramai-ramai lah kami menolak kereta Baox. Herman dan Pujam, 2 ahli rumah yang belum menimba pengalaman menolak kereta turut serta kali ini. Setelah beberapa kali menolak, kereta Baox gagal hidup hingga menyebabkan Lula mengidam berbuka dengan air tebu.

Ada juga seorang jiran berstatus nenek menasihatkan kami supaya menghantar kereta ke bengkel. Ye lah nenek....

Kadang-kadang dah rasa yang kerja menolak kereta menjadi agenda rutin dalam kehidupan kami. Aku dan roomate aku yang tak de kereta pun sudah penuh dengan pengalaman menolak kereta di dada kami. Mungkin juga kami boleh menulis begini di resume kami nanti:

Pekerjaan: Pelajar dan part time tolak kereta

Ya. Tolak kereta. Bukan tarik kereta. Satu perkerjaan yang jarang di lalui oleh orang lain. Di harap kereta kawan-kawan ku selamat dan tidak akan di jangkiti virus lagi. Tetapi, ada khabar angin yang bertiup kencang menyatakan yang selepas ini giliran kereta herman. Kita tunggu dan lihat.....

Sebelum anda menutup blog ini dan tengok-tengok Myspaca atau Friendster anda, sila lihat gambar di bawah.

Ya. Rambut Bell. Tapi sekarang dia dah botak kan kepala. Hatinya cukup kering untuk membuat fesyen rambut seperti ini tetapi tak cukup kering untuk pergi Test dengan rambut begini.

Jumat, 21 September 2007

CORETAN TANPA HALA TUJU BAHAGIAN KE-2

Aku sebenarnya tiada idea nak menulis, tapi hati dan keinginan aku untuk post entri baru membuak-buak. Jadi, sekali lagi aku akan membuat coretan tanpa hala tuju ini.

1. Nurin Jazlin Jazimin

Mari kita semua sedekah kan al-fatihah kepada adik Nurin Jazlin.

Sungguh zalim manusia yang membuat demikian rupa kepada insan kecil yang masih mentah di dunia ini. Kenapa perlu di perlakukan demikian. Kenapa zalim sangat manusia dekat dunia ini?

Aku harap, penjenayah yang membunuh Nurin akan diberkas dan di kenakan hukuman yang setimpal. Binatang macam mereka tak sepatutnya di layan dengan baik.

Tetapi, adakah undang-undang Malaysia akan menghukum penjenayah dengan setimpal?

Kalau di lihat, kadang-kadang kes atuk, bapa tiri yang rogol cucu, anak sendiri akan di kenakan hukuman yang tak setimpal. Penjara setahun atau denda RM 5,000. Setimpal ke dengan jenayah merogol darah daging sendiri?

Bagi aku, ada sesetengah undang-undang jenayah Malaysia terlampau ringan untuk penjenayah. Aku harap ia akan di gubal dengan lebih adil

2. Penyokong Chelsea

Ramai penyokong Chelsea mula risau dan ingin berpaling tadah setelah pemergian Mourinho.

Ahad ini, Chelsea menentang Man Utd. Kita tengok bagaimana prestasi pengurus baru pilihan Roman Abramovich memimpin Chelsea.

3. Kereta Lula

Ya! Kereta Lula sudah kembali ke pangkuan tuannya!!!!

Seperti sirih pulang ke gagang, Lula terus menghilang di waktu malam setelah mendapat kembali kereta kesayangan nya.

4. Kami

Aku semakin suka menonton cerita Kami. Cerita yang berpaksikan muzik indie dan dunia underground.

Tak sangka ramai kawan-kawan aku juga yang meminati cerita ini. Semasa aku pulang ke Batu Pahat, aku dan kawan-kawan sibuk bercerita tentang cerita ini. Ada yang mengimbau zaman-zaman sekolah semasa kami semua obsess dengan dengan muzik underground, semasa kami semua aktif pergi menonton Gigs.

Mampukah cerita kami mengembalikan zaman kegemilangan underground yang sebenar?

Mampukah cerita ini mengangkat martabat muzik underground supaya tidak di pandang serong oleh orang yang tidak faham dan mengenali muzik underground?

Kita tunggu dan lihat.

Lawat web ini untuk informasi tentang cerita Kami, gig projek kami dan lain-lain. Projek Kami


Banner Cerita Kami

Juliana Evans memang cute. Pakai baju sekolah pun tetap cute

KAMI . The TV Series

KAMI . The TV Series

Kamis, 20 September 2007

CORETAN TANPA HALA TUJU

Dah lama aku tidak post entri ke blog aku. Post terakhir adalah pada selasa. Mungkin bagi kamu hanya 2 hari, tapi tidak pada aku.

Ada banyak sebab aku tidak post entri. Aku sangat sibuk dengan asignment. Asignment Marketing Channel memang susah. Lagi-lagi kalau major asignment. Tapi tak boleh salahkan asignment. Tugasan tersebut telah diberikan oleh Encik Zambri 2 bulan lepas, tapi akibat kerja last minute, aku dan Kulon buat asignment tersebut dalam 2 hari sahaja. Tetapi masih mendapat pujian dari lecturer.

Ada beberapa benda yang aku nak cerita dalam entri kali ini. Mungkin agak mengarut, baca kalau ada kelapangan:

1. Liverpool FC

Minggu ini aku agak kecewa dengan persembahan Liverpool. Seri dengan Portsmouth aku masih boleh terima kerana kebanyakan pemain Liverpool beraksi untuk negara masing-masing dalam pusingan kelayakan EURO 2008.

Tapi semasa menetang Porto FC, Liverpool memaparkan aksi yang lesu dan letih. Bagi aku, Liverpool bernasib baik untuk seri.

Tak pe, mana ada kelab bola yang menang semua perlawanan. Aku yakin Liverpool akan bangkit.

2. Chelsea FC

Aku agak terkejut bila mendengar berita tentang perletakan jawatan Jose Mourinho dari Chelsea. Beliau di gantikan dengan Avram Grant.

Aku memang terus terang tidak suka dengan Mourinho yang bongkak dan selalu bercakap besar, tapi bagi aku, Roman Abramovich melakukan kesilapan dengan memecat beliau.

Pengganti Jose, Avram Grant merupakan seorang warga Israel, dengan kata lain beragama Yahudi. Aku dapat tahu yang Roman Abramovich beragama yahudi. Dalam senyap, Roman juga banyak merekrut orang berbangsa Yahudi ke dalam pasukan jurulatih dan management Chelsea. Jadi, pemecatan Jose di sebabkan sintemen keagamaan?

Ada khabar angin yang menyatakan yang mungkin Jose Mourinho akan menggantikan Martin Jol dari Tottenham Hotspurs? Tunggu...

3. Mengimbau kenangan silam

Semalam, seorang ex-classmate aku semasa aku belajar di Melaka menelefon aku. berborak panjang juga kami.

Perbualan kami banyak mengimbau kenangan silam semasa kami sedang belajar di Melaka. Selepas perbualan itu, membuatkan aku terfikir sejenak. Aku betul-betul merindui kehidupan aku yang lepas. Fikiran aku terus menerawang ke masa zaman persekolahan aku. Dan aku tersedar yang aku telah banyak kehilangan benda yang aku suka dalam kehidupan aku.

I miss the good old day...

4. Mimpi

Aku banyak bermimpi. Semalam, aku bermimpi semasa aku tidur selepas sahur. Semasa aku tidur tengahari pun, aku boleh bermimpi.

Macam-macam yang aku mimpikan, tentang laptop aku yang tertumpah air, aku jalan-jalan naik vespa di Melaka dengan roomate aku, nampak orang tak puasa makan dalam van jenazah, mendengar cita-cita roomate aku yang ingin ke kayangan dan banyak lagi.

Aku rasa mimpi itu sangat pelik. Ada orang kata, mimpi cuma mainan tidur. Ada yang kata, mimpi tu petanda. Dan kadang-kadang memang ada mimpi aku yang menjadi petanda dalam kehidupan aku.

Kali ini, adakah mimpi ini akan berguna pada aku? Entah lah....

5. Puasa

Alhamdulillah, aku masih puasa penuh. Aku harap aku tidak sakit hingga aku terpaksa tinggal puasa.

Ada member-member aku yang sudah mula memasang lagu raya di mp3 masing-masing. Dan ada yang dah pun menggunakan lagu raya untuk ringtone handphone. Masing-masing dah mula ambik feel raya....

Ok, sampai sini sahaja coretan aku. Aku nak sahur. Selamat berpuasa semua.

Senin, 17 September 2007

BUDAYA TAG BERTERUSAN DI BLOG AKU

Ya. Aku kena tag lagi. Dan ya. roomate aku tag aku sekali lagi.

Betul kata kawan aku. Sekali dah kena tag, mesti kena tag lagi berulang kali. Tapi lama-lama seronok juga benda alah tag ni.

Tajuk tag kali ini agak seronok, 3 kisah pemontengan puasa yang paling sengal pernah aku dengar / alami. Aku rasa ada banyak juga yang aku nak kongsi. Ada satu kisah yang roomate aku dah tahu. So, aku nak tulis yang lain. Yang dia pun tak pernah dengar lagi. Aku cuba bagi cerita yang terbaik.

Aku tak pernah ponteng puasa sejak darjah 4. Bukan nak membangga diri, cuma ayah dan emak aku membuat peraturan ketat kepada anak-anak nya pasal puasa. Tapi kisah kawan-kawan aku masih ada.

3 kisah pemontengan puasa yang paling sengal pernah aku dengar / alami

Kisah 1

Kisah aku dan kawan-kawan yang menetap di taman yang sama masa aku sekolah rendah. Masa tu aku darjah 4, di mana aku belajar untuk puasa penuh. Aku lepak dengan anak-anak jiran aku dan beberapa kawan lain. Tengah kami lepak-lepak, tiba-tiba jiran aku tu (aku gelar sebagai F dan G) keluar kan super ring. Tau tak super ring? Alah, jajan atau kudapan ringan yang selalu kita makan masa sekolah rendah. Diorang berdua bukak dan terus makan depan kitorang. Kami pun bertanya lah kepada F dan G,

Kami: Korang tak puasa ke? Mak bapak korang tak marah ke?
F & G: Mak bapak kitorang tak kisah pun kalau kitaorang tak puasa. Bapak kitorang best, bukan macam bapak korang.

Sebaik sahaja habis bercakap, tiba-tiba bapak F dan G, juga merupakan imam taman tu, boleh terpacul dekat belakang kami

Bapak F & G: Kurang ajar punya anak, kau tak puasa eh? Sapa ajar korang tak puasa.....(dan berbagai lagi kata-kata kesat yang tak mampu aku nak tulis kat sini. Marah sungguh imam sorang ni)

Dia tarik anak-anak nya balik di rumah, dan bantai anak-anaknya itu macam dah tak de pedoman. Teruk juga lah si F dan G tu kena bantai.

Moral: Kalau nak ponteng puasa, jangan guna bapak sebagai alasan

Kisah 2

Kisah Ex-girlfriend aku. Kami tinggal setaman, dan rumah kami tak jauh pun. Jalan kaki pun dah boleh sampai.

Biasanya, bila aku nak ke rumah dia. Aku akan call dia terlebih dahulu. Tapi kali ni, aku saja nak bikin surprise. Aku pergi ke rumah nya.

Bilik ex aku ni merupakan bilik paling depan sekali. Tingkap rumah dia betul-betul sebelah pintu utama rumah dia. Aku kadang-kadang intai dia dari tingkap je. Hehe...

Memanglah rumah dia berpagar tetapi oleh di sebabkan aku merupakan bakal menantu mereka(pada masa itu), aku bebas masuk keluar rumah tersebut.

Masa aku sampai rumah ex aku tu, aku tak bagi salam sebab aku nampak tingkap bilik dia terbuka. Biasanya, kalau tingkap dia terbuka, itu bermakna dia ada dalam bilik. Maka aku buka pagar dan terus usha dia melaui tingkap tu. Mana lah tau, dapat tengok dia pakai seluar pendek atau boxer... Hehehe...

Sekali aku nampak dia tengah makan karipap. Aku sergah dia. Kelam-kabut dia cuba sorok kan karipap tu dari aku. Tapi aku dah nampak pun.

Rupa-rupanya, mak dia tengah buat karipap untuk di jual oleh mak cik dia. Bila mak dia sidai baju, dia sebat karipap tu barang 5-6 ketul dan makan dalam bilik. Sayangnya, perbuatan dia tu terkantoi oleh aku. Hehe.. Nak kata uzur, tak juga. Memang tak nak puasa lah tu...

Moral: Kalau nak makan dalam bilik, sila tutup tingkap anda

Kisah 3

Kisah ni di ceritakan oleh seorang junior aku masa aku menuntut di Politeknik Merlimau. Kisah budak junior tu sendiri, di kampung beliau. Kita namakan dia sebagai H.

Kejadian ni terjadi masa H sekolah rendah. Aku dah lupa bila. Masa tu H ni tengah lapar. Dia cuba ponteng puasa. Ada air kotak dan kek dalam peti ais dia.

Setelah merembat air kotak dan kek tu, H cuba mencari port terbaik untuk dia memonteng puasa tu. Setelah melilau mencari tempat, akhirnya dia mengambil keputusan untuk makan di atas pokok yang agak jauh jugalah dari rumahnya tu. Pokok tu terletak betul-betul di tepi sungai.

Maka panjatlah H ke atas pokok tersebut dan makan lah beliau di situ. Rupa-rupanya, bapak H telah nampak kelibat H yang makan di atas pokok tu.

Denagan perlahan-lahan, bapak H pergi ke pokok tersebut dan meyergah H.

H yang terkejut dengan sergahan tersebut, terus hilang imbangan badan dan jatuh ke dalam sungai tepi pokok tu.

Lepas naik dari sungai, bapak dia pun cakap, kalau tak puasa cakap lah, "tak payah nak jadi monyet."

Moral: Jangan menyamar monyet kalau tak nak puasa

Ok, sekarang kena tag orang pula kan? Ni senarai orang yang aku tag:

1. Gimmie. Tag aku yang sebelum ni pun kau belum buat kan?
2. Yua. Along, buat tag ni.
3. Punjunk. Aku tag ko. Bagi cerita baik eh?

UPDATE: KEADAAN TERKINI KERETA LULA DI BENGKEL PART 4

Ya. Kita kembali ke segmen yang paling di sukai oleh Lula dalam blog aku ni, update kereta dia la, apa lagi.

Tapi kali agak berlainan, kerana kali ini aku turut serta dalam lawatan ke bengkel. Tak macam selalu, dimana aku dapat gambar lalu membuat ulasan berdasarkan maklumat dari Lula sendiri, kali ini, ulasan selepas aku sendiri tengok kereta dia tu. dan gambar aku sendiri yang ambik.

Lula pulang ke rumah sejurus selepas ponteng kelas 4 petang tadi, terus offer aku untuk ikut dia pergi tegok kereta dia. Aku pun on saje lah.

On the way ke bengkel, tauke bengkel sudah pun menelefon Lula dan kata yang kereta dia sudah siap dan dah ready untuk di ambil. Maka, dengan hati yang berbunga, Lula pun lincah ke bengkel.

Sebaik sampai ke bengkel, kami pun melihat keadaan kereta Lula itu. Rupa-rupanya tauke bengkel tu tak perasan yang box (tempat menyimpan barang tu) pecah dan sudah rosak. Malahan, ada beberapa skru yang hilang. Bengekl ni sebat skru tu kot.

Jawabnya, kereta tu terpaksa la terperuk kembali di bengkel. Bila kereta ni boleh siap? entah la. Maka kecewalah Lula.

Kereta Lula sudah siap sedia untuk beraksi di jalan raya
Box yang rosak dan tak boleh di tutup
Nampak tu. Bekas pecah tu. Macam mana la tauke bengkel tu boleh tak nampak
Grill Kelisa Lula sekarang sudah berwarna hitam. Tak payah la Lula nak sembur