Senin, 15 Agustus 2011

Ciri-Ciri Lelaki Douchebag

Apa itu Douchebag?




Para pelakon Jersey Shore, contoh terbaik Douche Bag

Berikut adalah beberapa definasi Douchebag berdasarkan dari Urban Dictionary:

"Someone who has surpassed the levels of jerk and asshole, however not yet reached fucker or motherfucker."

"An individual who has an over-inflated sense of self worth, compounded by a low level of intellegence, behaving ridiculously in front of colleagues with no sense of how moronic he appears."

"Somebody who you think is a complete retard and doesn't know anything about what they're talking about."

Senang cerita, kalau kamu nampak lelaki yang jenis selalu ingat dia bagus dan orang lain semua tak bagus, suka memperlekehkan orang, dan selalu berperangai annoying, itulah dia lelaki dalam kategori Douchebag. 

Golongan Douchebag biasanya paling mudah dikesan semasa waktu sekolah menengah dan sewaktu belajar di universiti dan kolej. Kalau kamu ada jumpa lelaki Douchebag di pejabat kamu, consider yang lelaki tersebut belum menginsafi diri beliau.

"Amirul, apa ciri-ciri Douchebag secara terperinci? Aku tak tahu la?"

OK. Jangan risau. Hari ini, aku dengan baik hatinya akan menerangkan ciri-ciri Douchebag dengan lebih teliti.


Penampilan Douchebag

Rambut biasanya akan buat style spike (rambut cacak) dengan menggunakan gel yang berlebihan. Maksudnya, terpacak, kelihatan basah dan bersinar. Kenapa kena buat rambut macam tu? Supaya dari jauh orang sudah dapat detect yang anda seorang Douchebag.

Rambut adalah benda paling penting dalam penampilan mereka. Kalau rambut si Douchebag ditiup angin, mereka akan cepat-cepat cari cermin untuk membetulkan rambut mereka. Tak kiralah cermin kereta, side mirror motor, cermian sliding door ataupun air becak (lecak), janji benda yang boleh memantukan imej.

Dari segi pakaian pulak, ada 2 jenis. Yang pertama, yang suka beli baju yang bercorak & warna flamboyant, baju yang punya warna yang terang (striking) dan berwarna-warni. Biasanya baju-baju ini boleh didapati di kedai Tropicana Life. Saiz baju mestilah 2 kali besae dari saiz yang sepatutnya.

Jenis yang kedua, jenis yang suka pakai baju polo yang ada nombor besar pada dada atau pada lengan dengan logo polo sebesar mungkin pada dada (biasanya jenama Ralph Lauren). Tapi kalau setakat pakai baju polo sahaja, itu bukanlah Douchebag. Pemakai baju Polo perlulah pop-up collar baju (tegakan/naikkan collar baju) ala-ala Eric Cantona, barulah lengkap ciri-ciri Douchebag.

Seluar pula biasanya jeans, samada jeans panjang yang menutup aurat lutut atau pun jenis seluar 3 suku. Sama seperti baju, saiz seluar jenas perlulah besar 2 kali dari saiz sepatutnya. Tali pinggang tidak diperlukan supaya seluar jeans yang dipakai terlondeh sedikit dan menampakkan boxer yang mereka pakai.

Douchebag juga suka memakai sesuatu di kepala mereka. Cap (topi) adalah objek kegemaran kaum ini, terutamanya cap putih. Head band boleh juga menggantikan topi, walaupun kadangkala pemakaian hand band adakalanya tidak kena dengan baju yang dipakai.

Douchebag juga suka memakai rantai atau gelang. Lagi banyak, lagi bagus, sampai penuh dekat leher rantai yang entah apa-apa entah. Dan yang pasti, gelang dan rantai yang dipakai mestilah jenis bling-bling.

Tidak lupa juga pada cermin mata hitam (sunglasses) kerana memakai cermin mata hitam akan membuatkan anda nampak lebih cool (dari pandangan Douchebag lah). Douchebag biasanya suka memakai cermin mata hitam walaupun pada waktu malam untuk mementingkan gaya penampilan mereka. Sama juga seperti memakai baju tebal-tebal ketika waktu panas.

Sangat menitik beratkan muscle badan. Pergi ke gym adalah kegemaran mereka dan membina muscle yang besar sehingga berketul-ketul adalah objektif utama mereka. Bagi mereka, muscle yang besar mampu menutup kekurangan muka mereka yang hodoh supaya perempuan hot mudah tergoda dengan mereka.


Cara perbualan Douchebag

Biasanya Douchebag suka bercakap dengan kuat. Lagi kuat, lagi terserlah sifat Douchebag mereka. Kadang-kadang, susah nak bezakan antara mereka sedang bercakap atau sedang menjerit kerana cara mereka bercakap dan menjerit sama kuat.

Kenapa Douchebag seuka bercakap dengan kuat? Kerana mereka sukakan perhatian. They are attention seeker. They are attention whore.

Kalau boleh, mereka suka mencarut kuat-kuat. Lagi menarik bagi mereka jika mereka mencarut dalam Bahasa Inggeris, kononnya nampaklah yang mereka ni power speaking London sebab pandai mencarut dalam Bahasa Inggeris.

Mereka suka menggunakan perkataan/ayat "totally" ketika ingin beretuju dengan statement kawannya. Selain itu, Douchebag biasanya akan menggunakan perkataan "brah" untuk menggantikan perkataan "bro".

Apabila para Douchebag berkumpul, tajuk utama perbualan adalah tentang perempuan hot semata-mata. Sukan juga bukanlah satu subjek yang mereka akan bualkan.


Sifat-sifat seorang Douchebag

Seperti yang aku katakan diatas, rambut adalah sesuatu yang sangat dititikberatkan oleh seorang Douchebag. Jadi, pantang nampak cermin, mereka akan berhenti dan memeriksa rambut mereka.

Douchebag biasanya aka bergerak secara berkumpulan. Mereka akan menjadi kera sumbang jika berseorangan dan tidak mampun menyerlahkan ciri-ciri dan aura Douchebag mereka secara berseorangan.

Seorang Douchebag biasanya suka membuka radio dengan sekuat-kuatnya ketika memandu kereta. Speaker kereta biasanya ditukar dengan speaker yang lebih kuat supaya satu bandar boleh dengar muzik yang mereka mainkan di dalam kereta.

Muzik yang selalu dipasang di dalam kereta biasanya bergenre dance, trance, progressive dan muzik dan lagu-lagu yang selalu dimainkan di disko (muzik fentau) kerana mampu mencuri perhatian orang untuk waktu singkat, sesuai dengan sifat mereka yang sukakan perhatian. 

Selain itu, muzik-muzik bergenre itu juga dalah useless, sama seperti Douchebag yang juga bersifat useless. Muzik genre tersebut juga biasanya hanya mampu bertahan untuk sementara sahaja, sebelum dibiarkan muzik tersebut mati begitu sahaja tanpa meninggalkan bekas dibenak fikiran, sama juga seperti Douchebag yang biasanya tidak akan diingati oleh masyarakat.

Douchebag biasanya suka memperlekehkan orang-orang yang bekerja sebagai pak guard, kerja di pam minyak, cleaner, tukang kebun dan sebagainya. Bagi mereka, orang-orang ini tidak layak bercakap dengan mereka. Sifat sombong mereka kepda golongan ini akan meningkat 200% jika ada perempuan hot di sisi mereka.

Biasanya Douchebag akan bersopan santun, bercakap lembut dengan perempuan-perempuan hot, sexy atau gedik dan mampu berbual dengan panjang lebar dengan mereka.

Tapi mereka akan bercakap dengan kurang ajar, malas nak layan dengan perempuan yang tak cantik, gemuk atau perempuan bertudung. Kalau boleh, mereka tak mahu ada orang nampak mereka berbual dengan perempuan jenis ini.

Douchebag tidak akan sesekali lepak di kedai maka atau warong kecik. Ia bagaikan sesuatu yang mampu mencalarkan imej seorang Douchebag. Mereka biasanya melepak di restoran makanan segera seperti McDonald, Burger King, KFC, Subway dan sewaktu dengannya.

Marry Brown, A&W & McDota tidak masuk dalam senarai tempat lepak seorang Douchebag kerana restoran tersebut tidak cukup gah bagi pandangan mereka.

Douchebag suka merungut dan merengus. Bagi mereka, dunia ini semuanya tak betul dan tidak adil kepadanya. Padahal seluruh penduduk dunia ini yang selalu terfikir yang dunia sangat tidak adil kerana membenarkan manusia yang bersikap Douchebag ini hidup di dunia.

Douchebag suka mengutuk kawan-kawan yang suka membaca komik dan menonton anime. Tapi sebenarnya, mereka pun selalu buat juga. Tapi biasanya secara sorok-sorok supaya tidak ternampak oleh kawan-kawan yang lain.

Douchebag selalu menganggap perempuan sebagai satu 'alat' yang tidak mempunyai tujuan hidup dan menjadi alat permainan yang boleh dilontar ketapi apabila tidak diperlukan.

Setiap kali bercakap dengan perempuan, Douchebag jarang membuat eye contact dengan perempuan yang sedang berbual dengannya. Biasanya, Douchebag hanya akan merenung bahagian dada perempuan, lebih-lebih lagi kalau perempuan tersebut menayangkan cleavage mereka. lagi dalam cleavage perempuan tersebut, makin dalamlah renungan mereka.

Kepada para perempuan, jangan sesekali jatuh cinta dengan Douchebag kerana perkataan "komitmen" dan  "tanggungjawab" tidak akan sesekali melekat dalam prinsip hidup mereka. Bagi mereka, tujuan hidup mereka hanyalah untuk berparti, cari perempuan dan hidup tanpa komitmen.

Seorang Douchebag mesti memiliki sebiji kereta. Kalau tak pun, dalam sekumpulan Douchebag, salah seorang daripadanya perlu mempunyai kereta supaya mereka dapat travel bersama. Seperti yang aku katakan, Douchebag akan bergerak dalam kumpulan.

Jika Douchebag berasal dari keluarga yang kaya, maka dia bolehlah mengepow parents-nya untuk menghadiahkan sebiji kereta yang mahal.

Jika berasal dari keluarga yang biasa, dapat kereta yang harga biasa-biasa pun tak mengapa. Tapi sudah pasti kereta tersebut akan di make-up dengan accessory suapay kereta tersebut nampak seperti kereta yang mahal. Dan yang paling penting sekali, speaker kereta tersebut perlulah kuat dan mampu memecahkan didengari dari jarak 10 batu supaya masyarakat umum dapat tahu kehadiran Douchebag di dalam komuniti masyarakat mereka. 

==========

Bagitulah serba sedikit penerangan ciri-ciri Douchebag mengikut pemahaman dan penilaian aku. Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang Douchebag, sialah tonton rancangan Jersey Shore di MTV dan perhatikab semua pelakon lelaki dalam rancangan tersebut.

Jika anda mempunyai 75% sifat yang aku tulis di atas, tahniah kerana kamu kini sudah bergelar Douchebag.  Kamu kini bakal menjadi antara manusia yang dibenci dalam komuniti kamu. Tahniah!




"Are you a Douchebag? Come party with us, brah!"

Jumat, 12 Agustus 2011

Kisah Di Bulan Puasa

Berikut adalah entri yang aku ceduk dari blog lama aku, Lepas Laku.

Semua kisah terjadi tahun lepas, semasa bulan Ramadhan.


Puasa 1

Pada satu hari di awal Ramadhan.

Pagi-pagi buta dah ada yang sibuk-sibuk call aku. 

Aku tengok pada skrin hand phone aku. Terpapar sebaris nombor yang tiada dalam simpanan phone book dalam hand phone aku.

Aku angkat.

"Assalamualaikum. Sahabat, apa khabar? Lama tak dengar cerita? Kerja mana sekarang? Apa bikin?"

Belum sempat aku nak bersuara, sudah panjang lebar si pemanggil menjawab.

"Waalaikummussalam. Siapa ni?"

"Aku la. Tak kan tak kenal aku, kawan baik kau."

Aku mula berfikir ligat mencari senarai kawan baik dalam otak aku. Aku gagalkan padankan suara si pemanggil dalam list kawan baik aku. Mungkin aku masih mengantuk dan gagal berfikir dengan baik.

"Siapa ni?" Aku tanya.

"Aku la. Tak kan tak ingat?"

"Ye lah. Siapa?"

"Pegh. Sampai hati kau tak ingat kat aku? Aku ingat lagi kat kau tau Razali."

Aku terus putuskan talian. Cilaka. Bila masa nama aku Razali pulak.

Dia terus menelefon beberapa kali. Aku silent-kan handphone. Malas nak layan. Aku sambung tidur.

2-3 jam kemudian, aku bangun. Aku lihat ada SMS pada hand phone aku. Si pemanggil tadi menghantar SMS pula.

"Razali, aku la Syafiq. Lama dah tak jumpa kau. Jom jumpa. Aku belanja kau buka hari ni. Amacam?"

Tiba-tiba aku rasa macam nak mengaku jadi Razali selepas membaca SMS tersebut.



Puasa 2

"Woi!!! Tak puasa?" Tegur aku pada seorang kawan.

"Cis! Berani kau tuduh aku tak puasa?" Kata kawan aku yang datang ke rumah aku pukul 2 petang dengan rokok terselit di jari tangan kanan nya.

Cilaka!

Rabu, 10 Agustus 2011

Menguji Kesabaran Dalam Cara Yang Pelik

Ini adalah entri ke-500

Aku merehatkan dulu segmen Lagu Yang Selalu Aku Dengar untuk memberikan laluan pada entri ini sempena entri ke-500.

Bulan Ramadhan biasanya dikaitkan dengan bulan untuk menguji kesabaran. 

Hari ini aku mahu bercerita tentang satu kisah "menguji kesabaran" yang pernah terjadi kepada aku. Tapi kejadian ini tak terjadi dalam Bulan Ramadhan, tapi cara orang ini yang kononnya cuba menguji kesabaran aku agak.... Pelik.

Kejadian terjadi semasa tahun 1999, semasa aku sedang bersekolah dalam tingkatan 3.

Aku sedang tekun (konon) menyudahkan kerja rumah (homework) yang bertimbun. Maklumlah, tahun yang ada exam besar, mesti cikgu melonggokan kerja rumah macam hidup seorang student ada 40 jam sehari untuk menyiapkan semua kerja rumah tersebut.

Tengah aku tekun (konon) menyiapkan kerja rumah, tiba-tiba telefon berdering. Bukan hand phone ya, tapi telefon rumah. Zaman aku dulu, budak sekolah tak mampu beli hand phone. Bukan macam zaman sekarang, budak Darjah 3 pun pakai iPhone. Aku jugak yang masih terperuk dengan Nokia 6680.

Ok. Jauh sudah menyimpang.

Aku pun dengan berat hati bangun untuk meninggalkan kerja rumah yang aku suka buat tersebut (tipu), aku pun pergi mengangkat telefon tersebut.

"Hello." Aku memulakan bicara.

Senyap. Tiada balasan dari corong.

"Hello." Aku menyebut 'hello' lagi, takut-takut kalau si pemanggil tidak dengar teguran pertama aku.

Masih tiada jawapan.

"Hello" kali ketiga aku menyebut perkataan ini dengan harapan mendapat balasan.

Masih senyap.

Bosan menunggu, aku terus letak telefon. Sebenarnya benda macam ini memang rutin terjadi dekat tempat tinggal aku. Budak-budak taman aku suka main telefon. Call, lepas tu tak nak cakap. Jadi aku anggap ini adalah salah satu siri mengacau dari budak-budak tersebut.

Aku duduk menghadap kerja rumah aku kembali. Banyak lagi. Kalau boleh kena siapkan secepat yang mungkin. kejap lagi nak tengok Smack Down dekat TV3.

Tiba-tiba telefon berdering lagi. Aku bangun dan pergi menjawab panggilan tersebut. Tapi sama seperti di atas, sudah banyak kali aku meng-"hello-hello", tapi masih tiada jawapan.

Aku bosan, dan sedikit marah kerana konsentrasi aku nak menyiapkan kerja rumah terganggu. Aku meletakkan ganggang.

Belum sempat aku duduk, telefon berbunyi lagi. Aku pergi menjawab lagi namun skrip sama berulang lagi. Aku penat meng-"hello-hello", tapi masih senyap tapi jawapan.

Aku sudah mula berasa sedikit bengang. Sedikit marah.

Tiba-tiba telefon berbunyi lagi. Aku dah mula rasa kemarahan sudah sampai ke kemuncak. Aku terus mengangkat telefon. Dan sekali lagi, selepas aku ber"hello-hello" berulang kali, tetap tiada balasan.

Aku mula menyirap, lalu terus memaki, "Lain kali, kalau dah tahu bisu, tak payahlah telefon!"

"Amboi! garangnya kau. Sedap-sedap nak maki orang!" Tiba-tiba terdengar suara yang membalas makian aku.

Aku terkejut. Rupanya ada orang yang telefon kali ini. Aku sudah mula cemas.

"Kau ni anak Bakar ke?" Tanya suara tersebut.

"Ha'ah" Jawab aku lemah. Cilaka! Macam mana la orang tua ni boleh telefon pulak.

"Kenapa kau jawab telefon marah-marah orang ni?" Tanya pak cik tersebut.

Maka aku pun menerangkan secara panjang lebar kisah di atas tadi.

"Sebenarnya, bukan budak-budak yang kacau kau. Tapi pak cik yang buat macam tu tadi." Terang pak cik tersebut membuatkan aku sedikit terkejut.

"Kenapa pak cik buat macam tu?" Tanya aku. Kali ini perasaan malu dan paiseh tadi hilang berganti dengan perasaan marah dan geram.

"Oho! orang tua lahanat ni yang dok pedajal aku dari tadi. Call tapi tak nak jawab-jawab!" Hati aku mula berkata-kata.

"Sebenarnya, pak cik saja buat macam tu. Pak cik nak uji kesabaran kau ni." Kata orang tua itu dengan sikit nada keras.

Aku sudah geram. Suka-suka nak kacau aku yang tengah sibuk. Ketika itu darah muda mula mendidih. Dan secara tiba-tiba, aku tersebut dua ayat yang sampai sekarang aku pun tak sangka aku akan sebut:

"Pak cik suka-suka nak uji kesabaran orang ni kenapa? Pak cik ingat pak cik ni tuhan ke?"

Sebaik lepas aku menghamburkan ayat tersebut, pak cik itu naik marah. Terus nak maki aku. Sebelum sempat dia membalas, aku letak. Aku terus cabut wayar telefon. Pergi mampuslah dia. Esok-esok saja dia telefon ayah aku.

Esoknya, bapak aku bercerita tentang pak cik tersebut. Aku sudah lupa nama kawan ayah ak utersebut. Yang pasti, bapak aku cerita yang pa kcik tu naik marah dan chop aku kurang ajar.

Tapi bapak aku pun gelak bila dengar kisah kejadian ini. Lega juga aku. Seram juga kalau bapak aku marah aku.

Yang aku pelik, dia beria-ia nak uji kesabaran aku. Tapi bila dia kena sikit, dia pulak yang melenting macam orang tak cukup Iman.

Jadi pengajarannya kepada semua, jangan nak jadi tuhan (playing god) nak menguji kesabaran orang sesuka hati. Hanya tuhan yang layak menguji kita kerana dia saja yang tahu tentang diri kita dan sejauh mana kita mampu bertahan.

jangan cuba nak menguji kesabaran orang lain kalau diri sendiri pun bukan sempurna sangat. Baru kena sembur balik, terus nam melompat mengamuk pulak.

Dan jangan juga cuba meniru gaya aku tadi. Tak baik. Sila jawab telefon dengan baik.

Sekian.

===========

Sudah 500 entri aku menaip. Terima kasih kerana memberikan sokongan kepada blog yang tidak seberapa ini. 


Terima kasih!

Senin, 08 Agustus 2011

Barney Stinson's Theory: Hot-Crazy Scale

Sila baca entri ini untuk mengenali siapa Barney Stinson dan teorinya.

Peristiwa ini terjadi pada tahun lepas.

"Aku pergi KL dengan sorang awek masa cuti Deepavali hari tu," kawan aku membuka bicara. Aku rahsiakan nama kawan aku. Kita gelarkan dia Karim Daud.

"Cun awek tu?" Tanya aku.

"Cun beb. Memang hot. Tapi hot tu yang membawa aku sengsara," kata kawan aku dengan nada sedikit sedih.

"Apehal pulak?" Tanya aku lagi. Kerja aku dalam perbualan kali ini memang asyik nak bertanya saja.

"Gila kau. Dalam 2 hari, aku habis RM 1,400 tau," Terang Karim Daud.

"Biar betul? Apa kau buat sampai boleh habis RM 1,400 dalam 2 hari?"

"Kau tau tak, dia ajak makan kat tempat yang mahal-mahal. Sekali makan habis dekat RM200. Tu belum masuk shopping lagi," terang Karim Daud.

"Peh... Perempuan ni memang hot. Tapi gila," tiba-tiba terpacul ayat tersebut.

Dan tiba-tiba aku teringat tentang satu teori yang pernah dibentangkan oleh Barney Stinson yang bernama Hot-Crazy Scale dalam How I Met Your Mother season 3 episod 5 "How I Met Everyone Else".

"What is Hot-Crazy Scale?"

Glad you ask! Hot-Crazy Scale ialah scale/graph yang menunjukkan tahap perempuan hot supaya ia selari dengan tahap crazy (gila) nya.

Sila lihat Hot-Crazy Scale yang ditunjukkan di bawah:


Graph yang ditunjukan oleh Barney Stinson ini menunjukkan yang semakin hot seorang perempuan itu, maka semakin gilalah tingkah laku beliau.

Berikut adalah penerangan panjang lebar dari Barney Stinson:


Gila tak semestinya membawa maksud tidak siuman, tapi gila dari segi tindakan. Maksudnya, membuat sesuatu yang diluar dugaan. Contohnya macam kawan aku kena tu lah. Boleh habiskan duit kawan aku RM 1,400 dalam masa 2 hari.

Tapi oleh kerana perempuan itu hot, dia dibenarkan untuk menjadi gila. Sekurang-kurangnya dia hot walaupun gila.

Nampak kawasan yang berwarna merah dihujung bawah sebelah kanan graph itu? Itu tandanya, perempuan yang kamu kenal itu dalam kategori merbahaya dan perlu dielakkan.

"Kenapa perempuan yang ada dalam kawasan warna Merah itu merbahaya dan perlu dielakkan?"

Kerana bahagian yang bahagian merah itu menunjukkan yang dia tidaklah hot sangat, tapi gila. Kalau hot tapi gila, adalah juga kelebihannya. Sekurang-kurangnya dia hot walaupun gila. Tapi kalau tak hot, lepas tu gila. memang rugilah.

Jadi, jadikan graph ini sebagai kayu pengukur buat perempuan-perempuan hot. Ingat, semakin hot perempuan itu, semakin gila perangainya. Kenapa? Kerana mereka fikir mereka hot dan mereka mampu melakukan apa sahaja dan lelaki akan menerima segala perbuatan gilanya kerana dia hot.

 Dan jika perempuan itu tidak hot dan cuba berlagak hot dan cuba membuat perangai gila, sila tingggalkan dia dan cari awek lain.

Sekian. Petua tidak berfaedah dari Barney Stinson dan disampaikan oleh aku semula.

Jumat, 05 Agustus 2011

Perkara Yang Anda Perlu Lakukan/Alami Untuk Bergelar "Orang KL"

Kalau kamu semua peminat siri How I Met Your Mother, kamu mesti ada menonton episod Subway Wars, iaitu episod ke-4 dalam musim ke-6 siri tersebut.

Dalam episod tersebut, Robin Scherbatsky, seorang yang berwarganegara Kanada, mengaku yang dia kini sudah menjadi orang New York. Kawan-kawan Robin mengetawakan Robin dan berkata Robin perlu melakukan/mengalami 3 perkara untuk mendapat gelaran menjadi seorang New Yorker.

Perkara-perkara tersebut ialah (1) mencuri teksi dari seseorang yang amat memerlukan teksi ketika itu, (2) menangis di dalam kereta api bawah tanah dan tidak menghiraukan pandangan orang lain ketika itu dan (3) membunuh lipas dengan menggunakan tangan.

Itu adalah 3 perkara yang diperlukan untuk mendapat gelaran "Orang New York" (dalam cerita tersebutlah. Dalam realiti, aku tak pasti. Aku belum pernah ke New York).

Jadi, apa pula perkara yang perlu kita lakukan/alami untuk bergelar "Orang KL"? Berikut adalah senarai perkara yang ada perlu lakukan/alami untuk bergelar "Orang KL".


Tersangkut dalam kesesakan jalan raya

Atau dalam bahasa lebih mudah, traffic jam. KL sangat sinonim dengan traffic jam. Pergi kerja kena harung traffic jam. Balik kerja pun kena lagi. Hidup di Kota Raya KL memang begini.

Perlu bangun pagi dan bertolak dari rumah seawal pukul 6 pagi untuk mengelakkan traffic jam adalah perkara biasa di KL. Ya, walaupun waktu kerja bermula pukul 8:30 pagi, pukul 6 pagi sudah perlu keluar rumah. Gila bukan?

Kalau di Batu Pahat, masuk kerja pukul 8 pagi, pukul 7:45 pagi baru keluar rumah pun, tak de hal punya lah.


Bersesak dalam LRT dan Komuter

Selain dari pergi kerja menaiki kenderaan sendiri, kenderaan awam menjadi alternatif lain buat "Orang KL". Tapi jangan sangka menaiki LRT dan Komuter dalam mengelakkan kesesakan.

Peratusan untuk kamu bersesak dan berhimpit dalam LRT dan komuter ialah... 100%.

Bersesak dalam LRT tidaklah teruk sangat. Ini kerana LRT bergerak dengan laju dan air cond dalam LRT adalah sejuk.

Komuter? Bergerak dengan perlahan, selalu berhenti dan air cond yang sangat perlahan. rasanya angin kentut lebih kuat anginnya dari air cond dalam komuter.


Berbuka puasa di pejabat dan kereta

Ini adalah perkata biasa di Kuala Lumpur. Tempat kerja dan rumah sangat jauh. Kalau balik rumah juga, dengan terpaksa tersangkut dalam traffic jam dan perjalanan yang jauh, nescaya kamu perlu berbuka dalam kereta.

Kalau kamu sempat beli juadah berbuka, bolehlah juga berbuka dengan makanan yang sedap. Kalau tidak, nescaya kamu terpaksa berbuka dengan menelan air liur sendiri atau berbuka dengan korek hidung.

Tapi sebenarnya, korek hidung tak membatalkan puasa.

Atau sesiapa yang tidak selesa untuk makan di dalam kereta, samada yang sangat sensitif dalam menjaga kereta atau tidak pandai mahu bawak kereta dengan sebelah tangan pegang stereng dan sebelah tangan lagi pegang Popiah Basah SS Ali, maka berbuka di pejabat adalah alternatif terbaik.

Tapi kalau berbuka di pejabat, pukul berapa pula baru sampai rumah?

Aku belum pernah mengalami perkara ini. Tapi menurut abang aku, hari ini aku bakal berbuka di dalam kereta. Baik, aku akan tunggu dengan hati yang berdebar.


Mencari parking lebih dari setengah jam

Mencari parking adalah antara perkara paling mencabar yang perlu diharungi oleh "Orang KL". mencari parking adalah perkara yang sangat susah, sama susah seperti ingin mencari calon suami atau isteri yang baik pada zaman sekarang.

Biasanya, perkara ini bakal terjadi pada hujung minggu, terutamanya pada hujung minggu di pusat membeli belah yang sentiasa menjadi tumpuan orang.

Cuba cari parking di Sunway Pyramid pada hujung minggu, lagi-lagi selepas waktu tengahari. Confirm makan masa lebih dari setengah jam untuk mencari "lampu hijau" di ruang parking di sana.


Bercakap dalam bahasa campur-campur, Bahasa Malaysia - Bahasa Inggeris

Di Kuala Lumpur, bercakap dalam Bahasa Inggeris adalah satu kebiasaan. Jika kamu dudk di bandar kecik seperti di Batu Pahat, Muar atau mersing, dan kamu ajak kawan kamu berbual dalam Bahasa Inggeris, kamu akan di chop tak siuman, cuba berlagak sebab dalam A1 dalam English semasa SPM ataupun di chop sebagai pengkhianat bangsa oleh Ibrahim Ali.

Di Kuala Lumpur, ini adalah perkara biasa. "Orang KL" biasanya mesti tahu bertutur dalam Bahasa Inggeris. Lagi-lagi jika kamu bekerja di syarikat swasta.

Tapi ada alternatif lain. Kamu boleh bercakap ssecara bercampur-campur. Mencampur-adukan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Ini adalah untuk mengelakkan anda terpaksa berhenti lama untuk memikirkan ayat dalam Bahasa Inggeris jika kamu terlupa (atau tak tahu) beberapa perkataan ketika cuba bertutur dalah Bahasa Inggeris. Boss kamu pun tak berapa kisah kalau kamu mencampurkan bahasa asalkan dia boleh tahan.

Tapi kalau dapat boss yang berasal dari bangsa Caucasian (orang putih) yang sepatah haram tak tahu Bahasa Malaysia, nak buat macam mana? 

==========

Ok. Cukup sampai di sini sahaja, sebab aku sudah malas nak taip panjang-panjang. Nanti kalau ada idea lagi, aku sambung dalam entri bahagian ke-2.

Jadi, akmu tinggal di Kuala Lumpur? Pernah kamu alami semua ini? Atau kamu ada lagi yang kamu rasa perlu ditambah? Sila kongsikan di ruangan komen.

Rabu, 03 Agustus 2011

Lagu Yang Selalu Aku Dengar #5: Fastball - Out of My Head

Seperti biasa, setiap hari Rabu aku akan memperkenalkan lagu-lagu yang aku selalu dengar dari simpanan aku di dalam laptop atau iPod dalam segmen yang kini telah menjadi segmen tetap dalam blog aku, Lagu Yang Selalu Aku Dengar.


Bagi yang baru membaca blog ini, segmen 'Lagu yang selalu aku dengar' ini segmen dimana aku akan memperkenalkan lagu-lagu dari era 80'an, 90'an dan awal era 2000'an (lingkungan tahun 2000 sehingga 2005) kepada generasi baru (Generasi Indie) yang aku rasa tidak pernah mendegar lagu-lagu ini.

Atau mungkin juga aku akan letak lagu-lagu baru, tetapi lagu-lagu ini jarang (atau tidak pernah langsung) diputarkan di radio-radio yang kamu dengar saban hari.

Selain itu, segment ini juga akan memberikan sedikit info tentang lagu yang dipilih seperti erti lirik lagu tersebut, bagaimana lagu tersebut dihasilkan, fakta menarik tentang lagu tersebut dan lain-lain.

Kali ini, aku ingin memperkenalkan kepada kamu semua band yang dikenali sebagai Fastball.


Fastball - Out of My Head

Fastball adalah band yang berasal dari Austin, Texas, Amerika. Band ini mula mencipta nama pada tahun 1994.

Nama band ini meletup setelah mereka mengeluarkan album kedua mereka, All the Pain Money Can Buy, pada tahun 1998. Bagi aku, ini album terbaik mereka.

Album ini mengandungi 3 lagu hits yang berjaya memanjat tinggi di Carta Billboard dan mencipta nama untuk band ini. Lagu-lagu popular yang datang dari album ini ialah The Way, Fire Escape dan Out of My Head.

Ketiga-tiga lagu ini memang menarik tapi aku pilih Out of My Head kerana ia mempunyai makna yang menarik disebalik lagu ini.

Lagu Out of My Head ini ditulis berinspirasikan sebuah kisah benar. Lagu ini ditulis berdasarkan kisah Lela  dan Raymond Howard, sepasang suami isteri yang sudah tua yang pergi ke sebuah festival bersama dengan memandu kereta. Selepas pergi ke festival tersebut, mereka berdua meneruskan perjalanan dengan memandu tanpa hala tujuan.

Pasangan tersebut dikatakan hilang. Wartawan dan pihak polis pun membuat siasatan ke atas kehilangan mereka dan barulah mereka sedar yang Lela dijangkiti sindrom Alzheimer, manakala Raymond pula sahaja sembuh dari menjalani pembedahan otak. Berkemungkinan kehilangan mereka boleh disebabkan kedua-dua mereka sudah kehilangan daya memori mereka.

Wartawan dari Austin American-Statesman  menulis beberapa siri artikel tentang kehilangan mereka untuk membantu dan memberikan gambaran kepada orang awam jika-jika mereka ada menjumpai pasangan tersebut.

Pemain bass Fastball, Tony Scalzo, mendapat idea untuk menulis lagu berdasarkan artikel dan cerita dari pasangan tua ini. Tony berpendapat "Peristiwa ini (kehilangan mereka) terjadi atas kaitan cinta dan romantik."

Tony menambah, "Mereka keluar berdua-duaan (walaupun tahu mereka mempunyai risiko untuk terjadi sesuatu dipertengahan jalan), dan mereka mahu berseronok seperti pertama kali mereka berdua bertemu dan keluar bersama".

Selepas Tony Scalzo menulis lagu dan lirik tersebut, barulah mereka mengetahui yang pasangan tersebut sudah meninggal dunia. Kedua-dua mayat ditemui di dasar lembah di Buffalo Gap,Texas, 3 jam perjalanan dari destinasi asal mereka.

Fastball kemudian mengambil keputusan untuk menjadikan lagu tersebu tsebagai tribute kepada pasangan tua tersebut. Mereka me-release-kan single ini pada awal tahun 1999.

How's that? A little bit romantic and a sad story to end with. Jadi apa kata kamu dengarkan lagu tersebut. Di bawah ada video dan lirik lagu ini. Enjoy!


Sometimes I feel
Like I am drunk behind the wheel
The wheel of possibility
However it may roll
Give it a spin
See if you can somehow factor in
You know there's always more than one way
To say exactly what you mean to say

Was I out of my head? Was I out of my mind?
How could I have ever been so blind?
I was waiting for an indication
It was hard to find
Don't matter what I say only what I do
I never mean to do bad things to you
So quiet but I finally woke up
If you're sad then its time you spoke up too

Was I out of my head? Was I out of my mind?
How could I have ever been so blind?
I was waiting for an indication
It was hard to find
Don't matter what I say only what I do
I never mean to do bad things to you
So quiet but I finally woke up
If you're sad then its time you spoke up too

Was I out of my head? Was I out of my mind?
How could I have ever been so blind?
I was waiting for an invitation
It was hard to find
Don't matter what I say only what I do
I never mean to do bad things to you
So quiet but I finally woke up
If you're sad 
Then its time you spoke up too...

Suka lagu ini? Apa kata kamu download dan masukkan ke dalam iPod atau MP3 player kamu. Lagu ini sangat catchy dan pasti kamu akan sukakannya. Enjoy!

Senin, 01 Agustus 2011

Perihal Aku dan Ramadhan

Ramadhan datang lagi!!!

Pejam, celik, pejam, celik... Bulan Ramadhan datang lagi. Bulan Ogos 2011 menandakan semua umat Islam di seantero dunia bakal menyambut bulan Ramadhan.

Berikut adalah serba sedikit pengalam aku semasa bulan Ramadhan sepanjang hidup aku. Kira timeline hidup akulah ni.


Ramadhan 1993
Untuk pertama kali aku berjaya puasa penuh dalam usia 9 tahun. Agak lambat juga aku dapat puasa penuh berbanding kawan-kawan lain yang berjaya puasa penuh ketika darjah satu. Aku malas nak puasa masa aku kecik agaknya. Tapi selepas itu, Alhamdulillah aku tak pernah ponteng puasa suka-suka lagi.


Ramadhan 1998 - 1999
Aku menyambut puasa serentak dengan serangan Demam Campak atau dalam bahasa penjajah, Chicken Pox. Terpaksa jugalah aku tuang puasa 3-4 hari. Aku pergi ke sekolah dalam keadaan belum sembih 100%, badan aku masih banyak bekas dari chicken pox. Nasib baik tanda tersebut dah nak hilang, jadi rakan sekelas tak berapa perasan sangat.


Ramadhan 2001

Aku menyambut puasa sambil menjawab soalan SPM. Agak terganggu juga fikiran akibat dari perut kosong. Pertama kali aku menjawab soalan dalam keadaan puasa sebelum aku merasai semula semasa aku di Politeknik Merlimau dan UiTM Segamat, menjawab soalan final exam dalam keadaan lapar.

Semasa SPM dijalankan, Yang di-Pertuan Agaong ketika itu, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj ibni Hisamuddin Alam Shah Al-Haj telah mangkat pada 21 November 2001. Nasib baik peperiksaan SPM tidak ditunda.


Ramadhan 2003
Aku menyambut Ramadhan di dalam asrama Politeknik. Macam-macam perangai budak-budak tak puasa. Beli nasi sorok dalam beg, makan Maggi sambil kunci bilik. Kalau ada yang datang ketuk bilik, memang tak kan bukak punya.

Kadang-kadang, aku dan kawan-kawan saja mengacau orang yang tak puasa. Bila tahu ada member yang tengah sedap menyuap dalam bilik yang terkunci, kami buat-buat ketuk pintu bilik mereka. Buat-buat ubah suara dan bagi salam. Kecut perut dan kecut telur masing-masing.

Pengalaman kurang menarik ketika aku berpuasa di dalam Politeknik, hampir setiap hari aku sahur makan Maggi. Ada jugalah beberapa kali aku dapat makan Nasi Goreng dari seseorang yang bagi aku setiap kali aku nak bersahur.


Ramadhan 2004
Aku menyambut Ramadhan di Batu Pahat kerana aku sedang menjalani praktikal di Telekom Malaysia. Tiada apa yang menarik sangat kecuali ternampak penolong manager dekat tempat aku praktikal tersebut tak puasa. Dengan tenang dia kata, "Saya gastrik teruk".


Ramadhan 2005
Aku menyambut puasa di rumah sewa di Merlimau semasa aku belajar di Politeknik Merlimau. Aku berpuasa bersama Yusra, Jimmy, Pejal, Hebat dan Alhafiz. 

Bazaar Ramadhan dekat Pekan Merlimau pun boleh tahan melantun, pukul 12 tengahari dah buka. Sampaikan Pejal dengan selamba beli Nasi Ayam pukul 2 petang, sambil melindung muka dengan helmet full face.

Kawan-kawan aku mula pelik dengan perangai aku yang tak makan nasi semasa berbuka. Hari-hari melantak murtabak.

Ada beberapa kali Yusra masak tomyam untuk berbuka. Biasanya sementara menunggu waktu berbuka, kami layan Teen Titans dan X-men di Cartoon Networks. Yes! berbuka sambil tengok kartun adalah kemenangan terbesar.


Ramadhan 2006 dan 2007
Aku menyambut Ramadhan di 32 Jementah bersama Cendol, Baox, Lula, Apeng, Pujam, Herman, dan Murang (tak semua watak muncul dalam kedua-dua sessi Ramadhan).

Dua tahun berpuasa di 32 Jementah, bazaar selalu yang kami singgah ialah Bazaar UiTM dan Bazaar Sedih. Bazaar sedih dibuka seawal 12 tengahari, mempunyai 5-6 kedai sahaja tapi ada satu kedai kuih yang sedap.

Pujam juga mengenalkan aku dengan Murtabak Roti Jala. Murtabak tersebut bukan dibaluti dengan tepung, tapi Roti Jala. Tiap-tiap hari aku makan 2 keping. Biasanya, Yang Izhani yang ajak aku beli Murtabak Roti Jala sebab murtabak tersebut hanya di jual di Bazaar Bandar Segamat.

Sepanjang berada di 32 Jementah, aku dihidangkan dengan pelbagai cara untuk ponteng puasa oleh Bell. Bell ni kalau bab ponteng puasa memang dah tahap Legend... Wait for it.... Dary...


Ramadhan 2008
Aku menyambut Ramadhan di rumah sewa baru di Taman Sri Pelangi di Segamat bersama-sama Yan, Hafiz, C-Sen dan Raman. Sepanjang aku tinggal di rumah itu, hanya sekali sahaja aku berbuka di rumah tersebut.

Selebihnya, aku dan Hafiz akan berbuka di rumah sewa ABC. Berbuka sambil menonton Sports Center. Selepas buka, layan PS2. Menu utama aku dan Hafiz sepanjang Ramadhan ialah murtabak. Dan Ramadhan tahun ini juga, buat pertama kalinya ABC mengaku yang aku lagi handsome dari dia.


Ramadhan 2009
Aku masih ingat lagi pada hari pertama berpuasa, ayah aku terjatuh dari motor. Seminggu sebelum puasa, motor ayah aku di langgar dari belakang dan ayah aku jatuh dari motor juga.

Nasib baik ada Yan ada. Malam tu selepas berbuka, Yan bawak aku dah ayah aku ke hospital untuk scan kalau ada kecederaan dalaman. Lama juga ayah aku dalam bilik x-ray. Aku dan Yan lepak di kafe sambil menonton perlawanan pembukaan EPL musim itu, Chelsea lawan Wigan.

Tahun ini juga, ritual harian aku setiap petang ialah menunggu ketibaan Yan untuk ke Bazaar Ramadhan Pesta.  Bukan nak beli banyak sangat, cuma rasa seronok bila berjalan di bazaar. Beli 2-3 jenis kuih saja. Macam mana mahu memilih kedai jual kuih yang sedap? Kalau awek cun yang jual kuih tersebut, kedai itulah yang menjadi pilihan.


Ramadhan 2010
Aku dan keluarga aku menyambut bulan Ramadhan dalam keadaan sedikit sedih, pilu, bimbang dan sewaktu dengannya. Emak aku telah di diagnos menghidap penyakit yang agak serius. 

Emak aku tidak digalakkan membuat kerja berat. Jadi, aku pun mengambil alih tugasan emak aku. Setiap hari, aku tak tidur sampailah pukul 4 pagi. Kemudian aku terus masakkan sahur untuk keluarga. Biasanya, aku cuma masak nasi goreng berlaukkan samada ikan goreng, ayam goreng atau ayam black pepper. 

Selepas selesai masak, aku akan kejutkan emak & ayah aku sambil hati berdebar menunggu komen dari mereka berdua tentang masakan aku. Nasib baik semua komen bersifat positif. Ala, nasi goreng je pun.

Begitu juga dengan lauk berbuka. Tapi semasa memasak lauk berbuka, emak aku ada sekali di dapur kerana emak aku tak percaya aku boleh masak dengan sendiri. Takut lari pulak rasanya nanti. Jangankan emak aku, aku sendiri pun tak percaya aku boleh masak seorang diri.


Ramadhan 2011
Tahun ini, aku bakal menyambut bulan Ramadhan bersama Abang aku dan keluarganya di Shah Alam. Dan ini juga pertama kali aku menyambut Ramadhan sebagai seorang yang sudah bekerja. Adakah seronok berpuasa dalam alam pekerjaan? Kita tunggu dan lihat.


Begitulah serba sedikit kisah aku di  bulan Ramadhan. Buat pembaca blog WOTS, selamat menyambut Bulan Ramadhan dan selamat berbuka. Semoga amalan Puasa kita diterima oleh Allah SWT. Semoga Ramadhan ini akan menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.