Jumat, 15 Juli 2011

Kalau Nak Break-Up Sebab Dah Ada Calon Lain, Sila Gunakan Ayat Yang Lebih Elok

Situasi 1

"Kenapa awak nak tinggalkan saya?"

"Sebab saya dah tak suka kan awak."

"Tak suka kan saya? Kenapa tiba-tiba tak suka kan saya? Dah 8 tahun kita bercinta. Dari zaman sekolah lagi. Kenapa awak nak putuskan hubungan kita?"

"Sebab awak tu tak handsome. And one more thing. Awak tu jual burger je."

"Salah ke saya jual burger? Jual burger tu haram ke?"

"Bukan la haram. Tapi awak boleh tanggung saya dengan anak-anak ke kalau awak masih jual burger macam ni?"

"Saya akan usahakan. InsyaAllah. Saya pun dah plan nak buat kedai makan lepas ni.."

"Sudah la. Awak punya plan nak bukak kedai makan ni, dari 3 tahun lepas I dah dengar. Tapi awak tak buat-buat jugak."

"Sabar la. saya tengah kumpul modal ni."

"Sudah la. Penat saya tunggu. Lagipun saya dah jumpa pakwe yang lebih handsom & kaya dari awak."

"Sampai hati awak tinggalkan saya."

"Saya ni cantik. Saya habiskan banyak duit untuk beli kosmetik kecantikan. Hari-hari saya jogging nak dapatkan bentuk badan yang cantik ni. Saya berhak memilih lelaki yang sesuai dengan saya. Saya berhak memilih pakwe yang mempunyai rupa paras yang lagi handsome dan kaya dari awak"


Situasi 2

2 tahun kemudian.

"Kenapa you nak tinggalkan I?"

"Sebab I dah tak suka kan you."

"Tak suka kan I? Kenapa tiba-tiba tak suka kan I? Dah 2 tahun kita bercinta. Kenapa you nak putuskan hubungan kita?"

"Sebab I dah muak tengok muka you. I dah jumpa calon lain yang lagi lawa dari you."

"Itu je sebab you nak tinggalkan you?" Sampai hati awak tinggalkan saya."

"Saya ni handsome. Kaya pulak tu. Saya berkerja lintang pukang sebab nak kaya. Saya pergi gym tiap-tiap petang sebab nak dapat body tough macam ni. Saya berhak memilih perempuan yang sesuai dengan saya. Saya berhak memilih makwe yang mempunyai rupa paras yang lagi cantik dari awak"

============

Kalau nak break-up sebab dah ada calon lain, sila gunakan ayat yang lebih elok. Takut ayat tu melantun balik pada kita nanti.

P/S: Kisah di atas digarap dari kisah separuh benar, dan separuh lagi rekaan

Rabu, 13 Juli 2011

Lagu Yang Selalu Aku Dengar #2: Shawn Colvin - Sunny Came Home

Aku kembali lagi dengan entri yang menerangkan tentang lagu kegemaran aku yang kamu (generasi muda) jarang mendengarnya.

Macam aku pernah tulis pada entri yang lepas, lagu-lagu tahun 90'an dan awal 2000 memang sangat kick-ass. Lagu-lagu pada era tersebut sangat bermakna.

Jadi hari ini, aku ingin memperkenalkan satu lagi lagu era 90'an yang terkenal ketika itu.


Shawn Colvin - Sunny Came Home

Lagu ini merupakan satu-satunya lagu Shawn Colvin yang paling berjaya, sehingga mendapat tangga ke-2 dalam Billboard Chart. Kira one hit wonder-lah minah ini.

Lagu ini popular sekitar tahun 1997, ketika ini aku berada dalam tingkatan 3. Walaupun ketika ini, aku agak obsess dengan lagu-lagu rock, keras dan juga scene underground yang sedang menjadi kegilaan anak muda ketika itu, aku ada juga mendengar lagu-lagu di radio. 

Dan lagu ini adalah salah satu yang melekat di dalam kepala aku dan menjadi salah satu kegemaran aku. Lagu ini merupakan single ke-2 yang dipetik dari album kelima beliau, A Few Small Repairs.




Kalau kamu tak dapat tonton video di atas, kamu boleh tonton video dibawah ini. Tapi lagu sajalah, tiada video.


Sunny came home to her favorite room
Sunny sat down in the kitchen
She opened a book and a box of tools
Sunny came home with a mission

She says days go by I'm hypnotized
I'm walking on a wire
I close my eyes and fly out of my mind
Into the fire

Sunny came home with a list of names
She didn't believe in transcendence
It's time for a few small repairs she said 
Sunny came home with a vengeance

She says days go by I don't know why
I'm walking on a wire
I close my eyes and fly out of my mind
Into the fire

Get the kids and bring a sweater
Dry is good and wind is better
Count the years, you always knew it
Strike a match, go on and do it

Days go by I'm hypnotized
I'm walking on a wire
I close my eyes and fly out of my mind
Into the fire
Light the sky and hold on tight
The world is burning down
She's out there on her own and she's alright
Sunny came home
Sunny came home...

Lagu ini secara metaforanya mengisahkan seorang perempuan yang membakar rumahnya sendiri untuk melarikan diri dari kisah silamnya tidak menyenangkan dirinya.

Secara tersiratnya, lagu ini mengisahkan seorang perempuan yang cuba melarikan diri dari kisah silamnya yang tidak membahagiakan untuk menjalani hidup yang lebih baik. Namun, dia perlu melepaskan diri dari pelbagai ranjau untuk mengecap rasa bahagia tersebut.

Ok. Dah macam sinopsis novel pulak aku terjemahkan lagu ini.

Jadi, apa kata kamu dengar lagu ini terlebih dahulu. Jika kamu suka, kamu boleh download dan dengar melalui iPod kamu.

Senin, 11 Juli 2011

Tanda-tanda Anda Patut Memutuskan Hubungan Dengan Kekasih Anda

Memutuskan sesebuah hubungan cinta adalah sesuatu yang sukar untuk dilakukan oleh setiap insan yang bercinta. Lebih-lebih lagi ia akan melukakan hati kita lebih dari hati pasangan kita.

Tapi kadang-kadang, ada beberapa sebab yang menyebabkan anda memutuskan hubungan dengan kekasih anda. Situasi dimana putus cinta adalah lebih baik dari meneruskan hubungan.

Jadi, apakah tanda-tanda yang boleh menjadi penyebab anda wajib memeutuskan hubungan dengan kekasih anda dengan segera? Mari kita lihat senarai di bawah:


Didera dan dipukul sesuka hati

Anda sering dipukul oleh teman lelaki anda. Kadang-kadang, anda dipukul kerana benda yang kecil sahaja. Dan alasan yang sering diberikan oleh teman lelaki kamu ialah, "Abang ni memangh panas baran sikit. Sabar aje la kalau kena lempang" ataupun "Abang ni keturunan pendekar. Lempang orang ni memang kebiasaan."

Buat apa teruskan hubungan kalau hari-hari makan pelempang dan terajang dari kekasih? Ada kemungkinan kalau kamu berkahwin dengan dia, anak-anak pula yang menjadi mangsa.


Tiada cukup masa untuk bersama

Ini lebih kurang cinta jarak jauh lah. Aku tak kata cinta jarak jauh tak berjaya. Kawan aku, Cendol, menjalankan hubungan jarak jauh dan sudah selamat diijabkabulkan dengan isterinya.

Tapi tak semua orang tahan dengan perhubungan jarak jauh. Kalau kamu selalu rasa kesunyian, tak tenteram, selalu termenung dan cepat jealous apabila kawan kamu keluar bersama kekasihnya, silalah putuskan hubungan nada.


Anda selalu sedih dari gembira

Asyik berendam air mata sepanjang perhubungan? Selalu menangis kerana perbuatan atau kata-kata kekasih kamu? Mata kamu selalu bengkak kerana menangis dan terpaksa buat alasan "Semalam aku tengok cerita hindustan. Sedih betul. Aku asyik menanngis sampai mata bengkak-bengkak ni" setiap kali kawan pejabat bertanya tentang mata kamu yang bengakak dan merah?

Baik kamu putus sajalah.


Tidak dihargai dan tidak diambil berat

Setiap apa yang kamu lakukan untuk kekasih kamu, ia tidak pernah dihargai. Malahan siap mengutuk lagi.

Kekasih kamu juga tidak mengambil berat terhadap kamu. Bukannya nak ditatang seperti minyak yang penuh. Cukuplah dengan SMS "Good morning? You sihat? Dah breakfast?" 


Kamu ketagihan

Kamu mempunyai kekasih. Tapi kamu ketagihan. Samada kamu ketagihan dadah, arak, judi atau apa-apa benda negatif.

Bila kamu ketagihan, ada baiknya kamu lepaskan kekasih kamu. Jangan menyusahkan hidup orang lain. Jika kamu ketagihan, kekasih kamu pasti akan membantu dan terpaksa berkorban banyak benda hanya demi kamu. Dan ini akan menimbulkan pandangan serong dari keluarga kekasih anda dan sudah pasti mereka menghalang perhubungan tersebut.

Putus sahaja. Janagan menyusahkan orang lain.


Kamu selalu ditipu kekasih

Ali: Eh? Siapa lelaki yang kelaur dengan awak semalam tu?

Ina: Oh. Just a friend. Sekelas masa sekolah menengah tu.

Ali pun membelek telefon bimbit Ina. Pergi kebahagian galeri untuk melihat gambar di dalam telefonnya.

Ali: Eh? Apsal ada gambar awak tengah berpeluk dengan kawan awak ni?

Ina: Eemm... Eerr.. Oh, sebenarnya kitaorang tengah sekejukan masa tu. Peluk tu sebab nak panaskan badan.

Ok. Nampak sangat menipunya. Kamu dah boleh cari kekasih baru jika situasi ini berlaku.


Selalu menipu kekasih kamu

Sama seperti situasi sebelum ini. Cuma yang bezanya, kamu yang menipu kekasih kamu. Ingat ya, selalu menipu. Perkataan "Selalu" membawa maksud kamu menipu kekasih kamu terlalu kerap. Sekali sekalai bolehlah kerana kadangkala menipu itu benda kebiasaan ketika menjalinkan hubungan.

Jika kamu selalu menipu, itu tandanya kamu bukan benar sukakan dia. Carilah kekasih baru. Habis cerita.


Kamu tiada masa depan bersama dengan kekasih kamu

Ini lebih merujuk kepada kehendak masing-masing terhadap masa depan. Mungkin si lelaki mahukan 3 orang anak, tetapi si perempuan tidak menginginkan anak.

Mungkin si lelaki bercita-cita ingin bekerja di luar negara, tetapi si perempuan pula mahu duduk di Malaysia kerana ingin membuka perniagaan di sini.

Si lelaki dan perempuan mempunyai pilihan masa depan yang berlainan. Cara terbaik ialah duduk berbincang bagaimana keduda-dua impian masa depan kedua-dua belah pihak dapat dilaksanakan.

Selepas berbincang, tapi masih tidak mendapat keputusan yang membahagiakan kedua belah pihak? Putus sahaja.

Kepada peminat siri How I Met Your Mother, anda boleh merujuk kepada kisah percintaan antara Ted dan Robin. Kedua-duanya mempunyai pandangan berlainan terhadap masa depan dan mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan (season 2).


Kamu masih terbayangkan bekas kekasih kamu

Setiap kali kamu keluar date dengan kekasih kamu, memori kamu ber-dating dengan bekas kekasih kamu sering bermain difikiran kamu.

Setiap kali kamu memandang wajahnya, kamu sering teringatkan wajah kekasih kamu. Dan kamu sering tersilap memanggil nama kekasih kamu. Kamu sering tersebut nama bekas kekasih kamu.

Itu bermakna kamu belum move on dari hubungan dengan bekas kekasih kamu. Ada baiknya kamu putuskan hubungan dengan kekasih kamu, dan ambil masa untuk bersendirian dan move on dari perhubungan silam kamu.

Baik putuskan hubungan sahaja. Tak baik seksa diri dan kekasih kamu tu.


Kekasih kamu seorang yang obses tahap melampau kepada sesuatu/seseorang

Setiap manusia ada tahap obsessi masing-masing. Ada yang boleh mengawal obsessi mereka dan ada yang tidak mampu menahannya.

Jika kamu mempunyai kekasih yang obses seperti di bawah, sila tinggalkan mereka:



Itu kalau Twilight. Bagaimana pula dengan obses kepada Justin Bieber?


Itu untuk perempuan. Kalau lelaki pula:



Ok. Lelaku obses Justin Bieber memang buruk rupa dan perangai. 

==========

Apa pendapat kamu pula? Kamu ada tanda-tanda lain yang kamu mahu kongsikan? Silakan. Tulis diruang komen.

Jumat, 08 Juli 2011

Pekerjaan Yang Sering Dikaitkan Dengan Perempuan Cantik & Hot

Kadang-kadang, ada sesetengah pekerjaan yang bagai diwujudkan khas untuk perempuan cantik. Bila sebut nama pekerjaan tersebut, terus timbul wajah perempuan cantik di kepala semua umat lelaki.

Cantik itu subjektif. Kalau aku kata perempuan itu cantik, pasti ada yang tak menyokong pendapat aku. Tapi kalau majoriti mengatakan perempuan itu cantik, maka cantiklah perempuan itu.

Kali ini, aku ingin menunjukkan sesetengah pekerjaan yang sering dikaitkan dengan perempuan cantik.


Cashier

Bila aku mula berkerja, benda pertama yang kawan-kawan aku tanya ialah, "Cashier kat tempat kau cun-cun tak?"

Sama seperti aku, jika aku bershopping berseorangan dan ketika nak membayar barangan, banyak kaunter cashier yang kosong, aku akan memilih untuk ke kaunter yang dijaga oleh cashier yang cun.

Dan membayar di kaunter yang mempunyai cashier yang cun tidak bermakna anda bakal mendapat diskaun, harganya tetap sama.

Menjawab persoalan kawan aku, adakah cashier di tempat aku cun-cun belaka? Itu aku malas nak cerita. Tapi, ada 4-5 orang cashier yang sering membuat hati aku berdebar.

Cantik-o-meter: 35%
Tak semua cashier mempunyai tahap kecantikan yang menarik, jadi aku bagi 35% kemungkinan untuk berjumpa cashier yang cantik. Ada sesetengah pasaraya yang langsung tiada cashier yang cantik.

Hot-o-meter: 10%
Kurang hot kerana mereka dilindungi baju cashier yang tidak menarik.



Penyanyi dan Pelakon

Sudah pasti pelakon dan penyanyi memerlukan paras rupa yang cantik untuk dijadikan daya penarik untuk menjadi pelampung buat bakat yang ada.

Tapi kadang-kadang, bakat kurang tapi muka lawa pun, boleh jadi terkenal juga.

"Mirul, penyanyi kalau ada suara sedap, ada bakat, dah cukup. Tak payah muka lawa sangat pun boleh naik."

Betulkah? Cuba cakap macam tu depan Adibah Noor. Tengok kalau dia setuju dengan statement di atas.

Kalau pelakon pula, tanya Ellie Suriati. Pelakon yang berbakat tapi susah nak tengok lakonannya di TV.

Cantik-o-meter: 80%
Macam aku katakan, tak semua pelakon dan penyanyi ini lawa. 

Hot-o-meter: 75%
Bergantung kepada pelakon samada mereka sanggup berkemban di tepi kolam renang untuk majalah Mangga ataupun tidak.



Pramugari

Bila sebut pramugari, terus terbayang perempuan cantik yang memakai uniform ketat mengikut bentuk badan, mengenakan skirt pendek dan juga berkasut tumit tinggi.

Memang menjadi kriteria utama dalam syarat pemilihan menjadi pramugari yang pramugari perlulah mempunyai perawakan yang cantik.

Kawan aku pernah bertanya, "Kenapa perempuan cantik saja yang dipilih jadi pramugari?"

Aku jawab mudah, "Kalau kapal terbang tu terhempas, sekurang-kurangnya penumpang yang mati tu bahagia jugak sebab nampak benda cantik sebelum mati."

LOL!

Cantik-o-meter: 75%
Tak semua pramugari cantik. Ada juga pramugari yang kureng. Kerana aku pernah jumpa semasa Career Day, di mana Air Asia menggunakan beberapa orang pramugari di booth mereka. Dari 8 yang dibawa, 3 daripadanya gagal menggoda hati aku.

Hot-o-meter: 85%
Jika ada perempuan yang menyukai lelaki beruniform (polis dan askar) perempuan yang beruniform juga mampu menggoda hati lelaki. Cuba tengok uniform pramugari. Bergelora tak hati kamu?



Jururawat/ Jururawat Pelatih

Semasa aku menjalani pembedahan pembetulan hernia pada tahun 2009, aku rasa sangat bahagia. Kenapa? Kerana aku dikelilingi oleh sekumpulan jururawat pelatih yang cun-cun belaka.

Antara jururawat dan jururawat pelatih, pastilah jururawat pelatih menjadi perhatian. Kenapa? Kerana jurulatih pelatih masih muda-muda berlaka lagi.


Cantik-o-meter: 60%
Ada sesetengah jururawat berjaya membuatkan kesakitan aku akibat pembedahan berjaya dikurangkan. Sesetengahnya tidak. Yang tidak berada dalam 25% yang lain.

Hot-o-meter: 75%

Sama seperti pramugari, uniform jururawat memang satu turn-on buat para lelaki.



Atlet/Ahli sukan

Ramai orang mungkin terlepas pandang, tetapi ahli sukan atau atlet wanita sebenarnya ramai juga yang cantik dan hot.

Mungkin kerana mereka sering muncul di kaca TV tanpa sebarang make-up, memakai hanya pakaian sukan dan sering dibasahi peluh.

Tapi atlet terjun, renang dan gimnastik sering menjadi perhatian lelaki. Kenapa? Sendiri mahu ingatlah.

Tetapi, bermula tahun 2000, pemain tennis wanita mula menjadi perhatian. Entah kenapa, secara tiba-tiba industri tennis wanita berjaya menghasilkan pemain wanita yang cantik bertaraf model.

Malahan semenjak itu, atlet perempuan yang cantik mula mendapat perhatian. Atlet yang mempunyai muka yang cantik dan mempunyai pencapaian sukan yang baik (Maria Sharapova - Tennis, Nastia Liukin - Gimnastik, Guo Jingjing - Terjun, Nicol David - Squash, sekadar menyebut beberapa nama) mula mendapat perhatian para lelaki.

Lagipun, lelaki zaman sekarang mula menyukai perempuan yang mampu bergerak aktif.


Cantik-o-meter: 60%
Buat masa sekarang, atlet yang cantik mula muncul satu persatu di persada sukan. Tetapi, ia belum menyeluruh kepada semua atlet di dunia.

Hot-o-meter: 90%
Bagi aku, perempuan yang aktif sangat turn-on. Mungkin juga dengan pakaian ahli sukan wanita berjaya menambahkan jumlah peratusan ini.



Receptionist

Bila kamu pergi ke sebuah syarikat, melalui pintu utama, orang pertama yang bakal kita jumpa di kaunter ialah seorang wanita yang memegang jawatan sebagai receptionist.

Aku rasa amat jarang syarikat meletakkan lelaki sebagai receptionist. Tapi tidak bermakna tiada. Aku pernah juga jumpa receptionist lelaki.

Semasa bulan Mei yang lepas, aku pergi menghantar resume aku ke setiap syarikat & kilang di Shah Alam dalam usaha untuk mencari kerja. Berpuluh-puluh receptionist aku jumpa.

Ada yang muda, ada yang tua. Ada yang cantik, ada yang boleh tahan cun, ada yang biasa-biasa, dan ada yang tak cantik langsung. Ada yang bersopan santun dan ada yang seksi gila sampai aku pun malas nak blah cepat-cepat.

Tapi kebanyakannya memang cantik dan berjaya membuat jiwa bergelora. Terutama receptionist Proton dan MAS.


Cantik-o-meter: 60%
Tak ramai receptionist yang betul-betul cantik. Tapi sekitar Shah Alam, memang tidak mengecewakan.

Hot-o-meter: 90%
Bergantung kepada syarikat mereka berkerja. Kalau si receptionist bekerja di syarikat antarabangsa, maka pakaiannya juga akan menjadi 'antarabangsa' dan sangat hot.



Model

"Weh, jom kita keluar lepak."

"Lepak dengan siapa?"

"Lepak dengan kawan aku. Perempuan la. Ramai beb."

"Cun ke kawan-kawan kau tu?"

"Kawan aku ni kebanyakannya model."

"Ok. Aku siap kejap."

Dialog yang sering aku dengar. Dan kadang-kadang aku sendiri terlibat dalam dialog ini.

Bila sebut model, automatik kita terbayang perempuan yang mempunyai muka yang cantik dan menawan. Bentuk tubuh yang menarik (juga mengghairahkan) dan selalu bergaya dalam keadaan seksi.

Tak perlulah rasanya aku menerangkan kaitan perempuan cantik dengan model. Sendiri fahamlah.

Cantik-o-meter: 100%
Kecantikan itu subjektif. Tetapi tak dapat dinafikan model mempunyai rupa paras yang cantik dan menawan. Kalau tak cantik, macam mana pula nak jadi model kan?

Hot-o-meter: 100%
Benda yang menyebabkan model kelihatan hot ialah cara mereka pose dihadapan kamera. Dengan gaya liuk badan yang berubah-ubah untuk dihadapan kamera, sambil mengenakan pakaian yang anggun, dan kadang kala seksi, dan kadangkala hanya berbikini (Sport Illustrated) dan kadang-kadang pose secara topless... Enough said.

============

Ini pandangan aku tentang pekerjaan yang sering dikaitkan dengan perempuan cantik. Ini hanyalah berdasarkan pengalaman aku yang pernah ternampak/terjumpa/tertontondalam TV/terbaca di website atau majalah/ tentang wanita-wanita yang bekerja dalam industri-industri di atas.

Apa pandangan kamu? Kamu rasa ada pekerjaan lain yang sering dikaitkan dengan perempuan cantik dan hot? Share with me in the comment section.

Rabu, 06 Juli 2011

Lagu Yang Selalu Aku Dengar #1: Soul Asylum - Runaway Train

Era 90'an dan awal 2000 adalah era di mana muzik adalah sangat menarik dan enak untuk didengari (bagi citrasa aku lah).

Pada era 70'an, manusia disogokkan dengan muzik disko. Muzik dari luar negara kebanyakkannya berentak Disco, manakala di Malaysia pula dipenuhi dengan lagu saduran.

Era 80'an pula, muzik mula diwarnai dengan irama Rock, Pop dan Elektronika. Bagi aku, era 80'an sudah menunjukkan kemajuan muzik dan banyak juga lagu tahun 80'an yang aku minati.

Dan era 90'an dan awal 2000 adalah di mana muzik berada di persada agung. Lagu-lagu selepas era tersebut lebih kepada lagu yang sing-a-long song dan lebih komersil. 

Mungkin ada yang kata aku dah tua dan hanya suka pada muzik lama. Tidak juga. Ada juga lagu-lagu zaman sekarang yang menjadi kegemaran aku, cuma tak banyak seperti dulu.

Mungkin ada yang kata kerana aku minat muzik Rock, aku mengutuk lagu zaman sekarang yang rata-ratanya Hip-Hop dan Pop. Tidak juga. Aku berani kata yang lagu Britney Spears di era 90'an dan awal 2000 jauh lebih menyenangkan dari lagunya dari zaman sekarang.

Ok. Macam dah jauh menyimpang. Aku nak bercerita pasal lagu yang aku selalu dengar sebenarnya. Hari ini aku nak fokuskan pada satu lagu yang bertajuk Runaway Train dari band Soul Asylum


Soul Asylum - Runaway Train

Ramai yang menganggap Soul Asylum hanyalah band one hit wonder yang hanya popular dengan satu lagu. Tapi sebenarnya banyak lagu band ini yang menarik. Cuma lagu ini yang banyak menerima air play yang banyak dari radio.

Lagu Runaway Train di ambil dari album Grave Dancers Union, album ke-6 band ini.

Kenapa aku suka sangat lagu ini?

Bagi aku, lagu ini mempunyai melodi yang menarik untuk didengari. Irama yang lembut dah syahdu, sangat menarik kalau aku dengar semasa hari hujan atau tengah berseorangan. Syahdu pula rasanya.

Selain itu, suara vokalis yang agak serak-serak basah memang kena dengan nada lagu ini.

Lirik lagu ini pula membawa bermacam maksud. Ada yang menaksirkan lirik ini mengisahkan kisah 2 orang yang sejiwa dan saling mencintai telah terpisah dan akhirnya berjumpa semula. 

Ada yang menaksirkan sebagai lagu tentang kisah anak yang terpisah dengan ibubapa mereka. Terpisah kerana terpaksa atau pun sengaja, dan pada pengakhirannya berjumpa semula.

Tapi itulah yang digambarkan dalam video klip lagu ini:


call you up in the middle of the night
like a firefly without a light
you were there like a blowtorch burning
i was a key that could use a little turning
so tired that i couldn't even sleep
so many secrets i couldn't keep
promised myself i wouldn't weep
one more promise i couldn't keep

it seems no one can help me now
i'm in too deep
there's no way out
this time i have really lead myself astray

runaway train, never goin' back
wrong way on a one-way track
seems like i should be getting somewhere
somehow i'm neither here nor there

can you help me remember how to smile?
make it somehow all seem worthwhile
how on earth did i get so jaded?
life's mysteries seem so faded
i can go where noone else can go
i know what no one else knows
here i am just drownin' in the rain
with a ticket for a runaway train

and everything seems cut and dry
day and night
earth and sky
somehow i just don't believe it

runaway train, never goin' back
wrong way on a one-way track
seems like i should be getting somewhere
somehow i'm neither here nor there

bought a ticket for a runaway train
like a madman laughing at the rain
little out of touch, little insane
it's just easier than dealing with the pain

runaway train, never goin' back
wrong way on a one-way track
seems like i should be getting somewhere
somehow i'm neither here nor there

runaway train, never comin' back
runaway train, tearin' up the track
runaway train, burnin' in my veins
i run away but it always seems the same


Dalam video klip lagu ini, ada banyak menunjukkan wajah anak-anak yang sudah hilang dari jagaan keluarga mereka. Samada remaja tersebut melarikan diri dari rumah ataupun diculik orang.

Untuk versi Amerika, permulaan video tersebut tertera ayat "There are over one million youth lost on the streets of America" manakalau veri UK pula bermula dengan ayat ini, "100,000 youth are lost on the streets of Britain".

Dengan video ini, banyak anak-anak akhirnya bersatu semula dengan family mereka. Lagi-lagi anak yang diculik semasa kecil dan tidak tahu ibubapa mereka yang sebenar. Mereka terkejut melihat muka mereka berada dalam video klip tersebut dan baru mengetahui cerita sebenar.

Lagu yang menarik dicampur dengan video klip yang berpengaruh, apa lagi yang perlu aku katakan?

OK, sampai sini sahaja aku mengarut untuk kali ini. Bagi sesiapa yang tak pernah lagu ini, silah download (sebab aku tahu kamu tak kan beli punya) lagu ini, letak dalam MP3 player, iPod atau apa-apa device yang boleh memainkan muzik, dan dengar lagu ini.

Senin, 04 Juli 2011

WOTS TOP TEN LIST: Top 10 Linkin Park Songs

Dulu, aku buat Top 10 Aerosmith Songs, ramai yang tak tahu lagu Aerosmith. Jadi untuk kali ini, aku buat lagu yang lebih mesra radio.

Pada mulanya aku mahu buat Top 10 Muse Songs. Tapi kerana Muse kedekut nak mampus, tak bagi orang embed video mereka, jadi aku berubah arah kepada Linkin Park.

Linkin Park adalah sebuah rock band yang berasal dari Aguro Hills, California dan membawa genre Nu Metal, Rock Rap dan Alternative Rock.

Band ini asalnya dianggotai oleh Mike Shinoda, Rob Bourdon, Brad Delson, Dave "Phoneix" Farell dan Joe Hahn. Mereka menggelarkan band mereka sebagai Xero. Kemudian. Chester Bennington datang dan mereka mengubah nama kumpulan mereka menjadi Hybrid Theory sebelum menukar nama band mereka sekali lagi menjadi Linkin Park. 

Hybrid Theory kemudiannya digunakan sebagai tajuk album pertama mereka. Linkin Park sudah pun mengeluarkan 4 studio album setakat ini. Banyak cerita pun tak guna, silalah baca list di bawah:


WOTS Top Ten List: Top 10 Linkin Park Songs


10. Faint



Faint merupakan single ke-2 yang di-release-kan dari album kedua Linkin Park, Meteora.

Masa kali pertama aku dengar lagu ini, aku rasa bagaikan intro lagu ini bagaikan muzik lagu hindustan.

Lagu ini dinyanyikan oleh Mike Shinoda dengan rapping yang sangat laju dan juga jeritan yang menjadi trademark buat Chester Benington.

Video klip lagu ini banyak menunjukan dari bahagian belakang band tersebut yang sedang menyanyi di atas pentas. Lagu pentas yang terang membuatkan kita hanya mampu nampak silhouette mereka sahaja.

Antara lagu yang pantas dari Linkin Park. Susah juga nak rap selaju Mike Shinoda.


9. Crawling


Crawling merupakan single kedua dari album pertama mereka, Hybrid Theory.

Lagu ini mengisahkan tentang seorang perempuan yang terseksa kerana terpaksa bergelut dalam sebuah perhubungan cinta dengan seorang lelaki yang suka mengasarinya dari segi mental dan fizikal.

Sepatutnya, penamat video ini ialah perempuan tersebut membunuh kesemua ahli band Linkin Park. Namun, pengarah agak tidak berpuashati dan mengubah supaya ia lebih mesra penonton.

Lagu ini tidak melibatkan rapping dari Mike Shinoda, yang mana pada mulanya membuatkan aku merasa sedikit janggal mendengarnya, sama seperti One Step Closer.


8. Waiting For The End


Selepas kecewa mendengar single pertama dari album keempat band ini, The Catalyst, lagu ini bagaikan menjadi penyelamat buat album ini. Waiting For The End merupakan single kedua dari album tersebut.

Lagu ini memang berbeza dengan lagu-lagu Linkin Park yang lain. Bukan setakat dari segi bunyi gitar yang agak berbeza, malahan lagu ini mempunyai 'bau' reggae-style yang kuat.

Bagi aku, apabila Linkin park mencipta lagu yang mempunyai rentak yang lebih perlahan dari biasa, lagu tersebut pastinya akan menjadi antara lagu kegemaran dalam album tersebut.

Video muzik untuk lagu ini juga boleh dikatakab unik. Dihasilkan 2 minggu sebelum ditayangkan secara rasmi di MTV dan merupakan hasil kerja seni DJ/turntablist Linkin Park, Joe Hahn.


7. Somewhere I Belong



Apabila sesebuah band berjaya mengaut perhatian melalui album pertama mereka, tekanan akan timbul ketika mereka cuba menghasilkan album ke-2 mereka. Itulah yang dilalui oleh Linkin Park, lebih-lebih lagi apabila album ke-2 mereka dihasilkan di dalam tour bus ketika mereka melakukan tour concert di Amerika.

Somewhere I Belong merupakan single pertama yang diambil dari album kedua band ini, Meteora. Seperti apa yang aku tulis di atas, lagu ini merupakan satu tekanan buat Linkin Park.

Lagu ini merupakan pengenalan kepada isi dalam album Meteora. dan Linkin Park mengambil langkah yang betul apabila menjadikan lagu ini sebagai single pertama untuk album ini.

Gabungkan rapping dari Mike Shinoda dan nyanyian berunusur rock dari Chester Benington menjadi satu adunan yang serasi buat lagu ini.

Lagu ini mengisahkan tentang seseorang yang berasa terasing dari kehidupan orang lain dan cuba mencari tempat yang sesuai buat dirinya.


6. Leave Out All the Rest



Leave Out All the Rest merupakan salah satu lagu yang dimuatkan dalam album Minutes To Midnight dan merupakan single ke-5 dan terakhir yang diambil dari album tersebut.

Lagu ini pada asalnya bertajuk Fear, kemudian ditukar ke When My Time Comes dan akhirnya barulah menjadi tajuk Leave Out All the Rest.

Lagu ini mempunyai 30 variasi lirik untuk lagu ini. Dari 30, mereka mencampurkan kesemua lirik tersebut dan akhirnya terciptalah lagu ini. Lagu ini mempunyai influence dari lagu-lagu mereka dalam album sebelum ini (Easier To Run dan Pushing Me Away) dan juga mempunyai unsur bunyi lagu balada era 80'an.

Dari awal lagi, kesemua ahli Linkin Park sedar yang lagu ini pasti akan di-release-kan sebagai single.

Tajuk lagu ini juga digunakan dalam salah satu episod CSI yang mempunyai tajuk yang sama dengan lagu ini. Lagu ini dimainkan sepanjang episod ini berjalan.

Bagi aku, lagu ini agak di underrated-kan oleh pendengar. Bagi aku lagu ini merupakan antara lagu terbaik yang pernah dihasilkan oleh Linkin Park. Dan video klip untuk lagu ini juga antara video klip terbaik Linkin Park hasil kerja Joe Hahn.


5. What I've Done



What I've Done merupakan lagu yang dimuatkan dalam album ketiga band ini, Minutes To Midnight, album dimana Linkin Park membuat revolusi dalam muzik mereka.

Lagu ini merupakan single pertama dari album tersebut. Lagu ini merupakan lagu yang terakhir ditulis untuk album ini.

Lagu ini sebenarnya merupakan kata pendahuluan buat album ini. Lirik lagu ini menerangkan tentang perubahan muzik band ini kepada peminat, bagaimana mereka sudah 'membunuh' sound muzik mereka yang lama dan digantikan dengan yang baru.

Lagu ini bermula dengan petikan gitar, sebelum riff piano memenuhi ruang muzik dan diteruskan dengan kemasukan beat hip-hop di dalam lagu ini.

Bagi aku, lagu ini menunjukkan kematangan Linkin Park yang sudah bersedia menukar haluan muzik mereka supaya lebih dewasa. Walaupun tindakan Linkin park menerima mixed-review dari peminat mereka, aku masih boleh menerima lagu ini (walaupun pada mulanya agak sukar) dan menganggap sebagai salah satu lagu terbaik yang pernah dihasilkan oleh Linkin Park.


4. New Divide




Bila sebut New Divide, sudah pasti semua orang akan membayangkan filem Transformers.

Lagu ini ditulis untuk OST Transformers: Revenge of the Fallen -The Album. Filem ini menampilkan lakonan Shia LaBeouf, Megan Fox, John Turturro, Ramon Rodriguez, Josh Duhamel, Tyrese Gibson, Peter Cullen dan ramai lagi.

Sebelum ini, lagu Linkin Park - What I've Done - telah dipilih untuk dimuatkan dalam album Transformers, OST untuk filem Transformers yang pertama. What I've Done digunakan dalam trailer dan beberapa iklan promosi Transformers dan juga digunakan semasa babak terakhir dalam filem Transformers.

Tapi What I've Done tidak terpilih sebagai single utama. Before It's Too Late (Sam and Mikaela's Theme) nyanyian Goo Goo Dolls dipilih sebagai single utama.

Mike Shinoda akhirnya terus mencipta New Divide apabila dia dapat mengetahui tentang penerbitan OST Transformers: Revenge of the Fallen - The Album. Akhirnya, New Divide terpilih sebagai single utama.

Bagi aku, lagu ini memang kena dengan tema filem tersebut. Rancak. Sangat berbeza dengan lagu mereka untuk Transformers - Dark of The Moon, Iridescent, yang agak perlahanan rentak lagunya.



3. In The End



In The End merupakan lagu Linkin Park paling berjaya di dalam Carta Billboard, berjaya mendapatkan kedudukan ke-2 dalam carta tersebut.

Lagu ini dimuatkan di dalam album pertama mereka, Hybrid Theory, dan di-release-kan sebagai single ke-4 dari album tersebut.

Antara lagu yang bakal di sing-a-long kan oleh peminat mereka setiap kali mereka menyanyikan lagu ini di konsert atau mana-mana live event.

Satu yang aku kurang berpuas hati ialah.... Kenapa lagu yang hebat ini mempunyai video klip yang bosan dan meaningless?


2. Numb



Numb boleh dikatakan lagu kegemaran semua peminat Linkin Park. Lagu ini dimuatkan dalam album kedua mereka, Meteora, dan merupakan salah satu lagu yang di-release-kan dalam era kegemilangan Linkin Park.

Single Numb di-release-kan pada bulan September 2003. Ia di-release-kan sebagai single ke-3 dan dari album Meteora.

Lagu ini mengisahkan kehidupan seorang pelajar perempuan yang tidak popular disekolah. Seringkali duduk berseorangan dan sering menjadi bahan ejekan kawan-kawan di sekolah. Dia cuba bergaul dengan rakan-rakan lain tapi sering ditinggalkan berseorangan. Malahan, emaknya sendiri kecewa dengan dirinya yang tidak menjadi anak seperti apa yang emaknya harapkan.

Lagu ini merupakan lagu terakhir dalam track list album ini. Malahan, lagu ini mempunyai tema dan merumuskan semua maksud lagu dalam album ini. Baca lirik semua lagu dalam album ini, dan kemudian kamu baca lirik lagu Numb. Kamu akan faham apa maksud yang aku katakan.

Perempuan dalam video klip ini ialah Briana Evigan, seorang penari profesional dan merupakan pelakon yang memegang watak heroin dalam cerita Step Up 2: The Streets.


1. Papercut



One Step Closer adalah lagu yang memperkenalkan Linkin Park di persada dunia dan Crawling pula berjaya menambat hati peminat kepada Linkin Park.

Tapi bagi aku, Papercut adalah lagu yang berjaya membuatkan aku terus mahu mendengar Linkin Park. Lagu ini dimuatkan dalam album pertama mereka, Hybrid Theory. Single bagi lagu ini di-release-kan pada September 2001 sebagai single ke-3 dari album tersebut, dan tidak pernah diedarkan di Amerika.

Ketika Linkin Park mengeluarkan album pertama mereka, Hybrid Theory, pada akhir tahun 2000, aku dengan sepantas kilat mendapatkan album ini. Lagu pertama yang berada dalam track list album tersebut ialah lagu Papercut.

Sebaik mendengar Papercut, aku terus jatuh cinta dengan muzik mereka dan mengishtiharkan diri sebagai peminat Linkin Park (tapi lagu dalam album terbaru mereka amat mengecewakan).

Lagu ini mengisahkan tentang perasaan seseorang yang paranoid. Rentak muzik dan lirik yang simple membuatkan aku tertarik dengan lagu ini, lagi-lagi apabila kebanyakan lagu Linkin Park yang baru semakin mengecewakan aku.

==========

Sebenarnya, agak sukar juga aku nak memilih 10 lagu terbaik Linkin Park. Berikut adalah senarai honorable mention, lagu-lagu yang hampir memasuki senarai ini:

One Step Closer, Breaking The Habit, Pushing Me Away, From The Inside, Given Up, Step Up dan In Pieces.

Jadi, mana satu lagu Linkin Park kegemaran kamu?




Lagu Linkin Park yang mana menjadi kegemaran kamu?Market Research


Jumat, 01 Juli 2011

Couple Dengan Adik Beradik

Sebenarnya aku pernah menulis benda ini dalam entri 2 tahun lepas. Tapi aku saja mahu kupas balik isu ini.

Bercouple dengan adik-beradik ini biasanya boleh menjadi isu yang besar juga.

Seorang lelaki, mempunyai seorang kawan yang betul-betul baik. Bukan yang jenis sekadar kawan. Ini memang jenis kawan sehidup semati. Kawan sama ketawa dan sama menangis. Dialah kawan yang paling baik yang pernah ada sepanjang dia hidup.

Tiba-tiba si kawan ini bercouple dengan adik perempuannya. Pasti situasi akan berubah.

Sebagai contoh dalam cerita F.R.I.E.N.D.S. Ross dan Chandler berkawan baik, semenjak dari zaman sekolah lagi. Tiba-tiba Chandler bercouple dengan adik Ross, Monica. Pada awalnya, Ross sendiri sukar menerima kenyataan ini. Aku masih ingat lagi ayat "My sister and my best friend?" diulang oleh Ross berulang kali dalam episod tersebut.

Aku pernah dengar cerita dari seseorang (ok. sebenarnya aku dah lupa siapa) tapi menurut beliau, dia ada seorang kawab baik. Tapi semenjak kawan baik dia bercouple dengan adik dia, terus tiba-tiba dia renggang dengan kawan dia. Nak kata bergaduh, tak juga, Tapi terus renggang tiba-tiba.

Tapi ada jugak yang tak kisah. Bagi diorang, lebih senang kalau adik mereka bercouple dengan orang yang mereka percayai.

Jadi, persoalan untuk hari ini:

1. Apa perasaan kamu jika kawan baik kamu bercinta dengan adik perempuan atau kakak kamu? (bagi pembaca wanita, abang atau adik lelaki kamu)

2. Adakah kamu akan menghalang atau membiarkan perhubungan tersebut? Kenapa kamu menghalang atau membiarkan hubungan itu?

3. Kalau kamu menghalang tetapi mereka tetap meneruskan juga perhubungan itu, sanggupkah kamu memutuskan tali persahabatan antara kamu dan kawan kamu?