Sebenarnya aku pernah menulis benda ini dalam entri 2 tahun lepas. Tapi aku saja mahu kupas balik isu ini.
Bercouple dengan adik-beradik ini biasanya boleh menjadi isu yang besar juga.
Seorang lelaki, mempunyai seorang kawan yang betul-betul baik. Bukan yang jenis sekadar kawan. Ini memang jenis kawan sehidup semati. Kawan sama ketawa dan sama menangis. Dialah kawan yang paling baik yang pernah ada sepanjang dia hidup.
Tiba-tiba si kawan ini bercouple dengan adik perempuannya. Pasti situasi akan berubah.
Sebagai contoh dalam cerita F.R.I.E.N.D.S. Ross dan Chandler berkawan baik, semenjak dari zaman sekolah lagi. Tiba-tiba Chandler bercouple dengan adik Ross, Monica. Pada awalnya, Ross sendiri sukar menerima kenyataan ini. Aku masih ingat lagi ayat "My sister and my best friend?" diulang oleh Ross berulang kali dalam episod tersebut.
Aku pernah dengar cerita dari seseorang (ok. sebenarnya aku dah lupa siapa) tapi menurut beliau, dia ada seorang kawab baik. Tapi semenjak kawan baik dia bercouple dengan adik dia, terus tiba-tiba dia renggang dengan kawan dia. Nak kata bergaduh, tak juga, Tapi terus renggang tiba-tiba.
Tapi ada jugak yang tak kisah. Bagi diorang, lebih senang kalau adik mereka bercouple dengan orang yang mereka percayai.
Jadi, persoalan untuk hari ini:
1. Apa perasaan kamu jika kawan baik kamu bercinta dengan adik perempuan atau kakak kamu? (bagi pembaca wanita, abang atau adik lelaki kamu)
2. Adakah kamu akan menghalang atau membiarkan perhubungan tersebut? Kenapa kamu menghalang atau membiarkan hubungan itu?
3. Kalau kamu menghalang tetapi mereka tetap meneruskan juga perhubungan itu, sanggupkah kamu memutuskan tali persahabatan antara kamu dan kawan kamu?
Kalau zaman dahulu, menjadi anak seni iaitu menjadi penyanyi dan pelakon adalah sesuatu yang hina dan dipandang masyarakat, tapi sekarang dianggap sebagai ikon dan pujaan orang ramai.
Maka berebutlah anak muda mencuba nasib untuk menyertai rancangan realiti untuk merealisasikan impian tersebut. Ada juga yang mencuba dengan jalan lain kerana percaya rancangan realiti tak semestinya berjaya 'melancarkan' karier mereka.
Tapi kadang-kadang, dah berusaha macam mana sekali pun, masih tak berjaya jadi anak seni yang berjaya. Kata orang-orang tua, dah tak de rezeki.
Berikut adalah beberapa tanda yang menunjukkan anda memang tiada rezeki dalam dunia seni.
WOTS TOP TEN LIST: Tanda Anda Tiada Rezeki Di Dunia Seni/Hiburan
==========
10. Tiada siapa tahu lagu nyanyian kamu. Kamu hanya dikenali sebagai "Ini la artis yang kena tangkap basah tu", "Ini la penyanyi yang tak boleh nyanyi live tu", "Ini la yang rampas Dato M dari bini dia tu" dan sewaktu dengannya..
9. Kamu memenangi rancangan realiti nyanyian. Selepas kemenangan kamu, kamu berjalan kai dan tiada seorang yang kenal dengan kamu. Yang berlanggar bahu dengan kamu pun siap maki kamu, "Hoi! Buta ke?"
8. Kamu menyertai sebuah rancangan realiti nyanyian, tersingkir di minggu pertama, tidak menerima sebarang offer untuk sebarang persembahan nyanyian, dan akhirnya terpaksa berkerja di kedai runcit 2 tahun kemudian.
7. Selepas 30 tahun berkecimpungan dalam dunia lakonan, kamu tidak pernah menjadi watak utama dalam drama atau filem yang anda bintangi. Peranan paling penting yang pernah kamu dapat ialah menjadi ketua kampung dalam sebuah filem. Itu pun hanya muncul dalam 5 scene sahaja.
6. Kamu muncul dalam rancangan talk show dan pengacara rancangan tersebut gagal menyebut nama anda dengan betul dan seringkali salah menyebut nama filem yang kamu bintangi kerana dia tidak kenal kamu.
5. Kamu hanya pernah muncul di surat khabar sebanyak 3 kali sepanjang karier seni kamu. Kamu juga jarang sekali keluar di dalam majalah hiburan. Dan paling menyedihkan, majalah hiburan paling bermutu rendah, Mangga, pun tak nak buat ambil kamu jadi cover majalah mereka.
4. Kamu memenangi rancangan realiti tetapi kerjaya seni kamu sepi selepas itu. Dan kamu hanya menjadi perhatian media kembali setelah tersebar berita yang kamu berkahwin senyap-senyap di luar pengetahuan ibubapa kamu. Eh? Macam aku kenal siapa artis yang berperangai macam ni...
3. Setiap kali kamu berada di set pengembaraan filem/drama, pengarah asyik bertanya, "Kau ni siapa?"
2. Kamu tidak pernah di terjah oleh skuad gosip Melodi, walaupun sekali. Mereka pun buat nampak tak nampak saja kalau bertembung dengan kamu.
1. Anda berlakon dalam Filem yang bertajuk 2 Alam sebagai salah seorang watak utama.
==========
Ok. Sampai di sini sahaja buat masa ini. Kalau anda mahu terbabit dalam dunia seni, jadikan ini sebagai garis panduan. Kalau banyak tanda-tanda di atas terjadi pada anda, baik anda balik kampung dan jadi petani moden sahaja sebab petani moden pun boleh dapat pendapatan lagi tinggi dari pelakon sekarang ini.
Rasanya semua pernah dengar lagu lagu sempena Hari Raya Aidilfitri. Selamat Hari, Raya, Aidilfitri, Musafir di Aidilfitri, Kepulangan yang dinanti dan banyak lagi.
Bukan setakat hari raya, Krismas, Tahun Baru Cina, Deepavali dan semua perayaan dalam dunia ada lagu. Setiap hari perayaan mesti diwarnai dengan lagu.
Tapi jangan ingat hari-hari biasa tiada lagu khas macam hari-hari perayaan. Jom kita usha sikit lagu-lagu untuk hari-hari biasa yang kita tempuhi.
Sebeanrnya banyak lagu yang ada mention nama-nama hari tapi aku akan ambik satu lagu untuk setiap hari.
Isnin
Manic Monday dari The Bangles. Rasanya ramai orang lebih familiar dengan lagu Eternal Flame dari band ini.
Manic Monday memang sesuai dengan hari Isnin yang biasanya dipenuhi dengan kesibukan di pejabat, perasaan tension bila kerja berlambak di office. Bolehlah dengar lagu ini dalam kereta bila on the way balik ke rumah dari office.
Selasa
Antara lagu Lynyrd Skynyrd (cara menyebutnya: Lĕh-'nérd 'Skin-'nérd) yang aku tahu dan pernah dengar. Bukan band kegemaran aku. Tapi lagu ini boleh tahan juga lah.
Rabu
Penyanyi yang legend dan sering menjadi influence bagi penyanyi yang ada sekarang. Sebenarnya, aku memang tak berapa layan sangat Tori Amos. Lagu-lagu Tori Amos agak berat. Peminat Justin Bieber memang tak layan lagu-lagu Tori Amos.
Tapi aku dengar lagu ini keluar di MTV masa awal tahun ini. Dan aku rasa macam OK juga lagu ini. Cuba try test dengar lagu ini.
Khamis
Antara lagu David Bowie yang aku pernah dengar dan aku minati. Tapi, lagu David Bowie kegemaran aku masih Life On Mars?
Jumaat
Perlukah aku bercerita tentang lagu ini? Kalau kamu tak pernah dengar, nampak sangat kamu asyik main Facebook semata-mata bila online di internet.
Sabtu
Secara jujurnya, aku tak pernah dengar lagu ini. Aku letak lagu ini sebab tak tahu lagu apa yang ada perkataan 'saturday' dalam tajuknya.
Band tahun 70'an, lagu berbau disco.
Ahad
Antara lagu top No Doubt. Masa ni, No Doubt berada di zaman kegemilangannya. Serius, aku merindui No Doubt di era zaman kegemilangan mereka.
==========
Itulah serba sedikit lagu-lagu yang memepunyai nama hari pada tajuk lagu mereka. Sebenarnya ada banyak cuma aku pilih mana yang aku pernah dengar saja.
Kamu ada tahu lagu yang mempunyai nama hari pada tajuk lagu mereka? Share with me.
Oleh disebabkan aku penat dan malas nak update panjang lebar, aku tinggalkan satu persoalan pada kamu semua.
==========
Situasi 1
Selepas aku sembuh 100% dari 'kecederaan' sunat, ada suara-suara yang mengacau aku pada masa itu:
"Wah! Dah elok sunat kan? Lepas ni bolehlah kahwin."
Situasi 2
Beberapa bulan sebelum aku habis belajar di UiTM untuk program ijazah, ada orang berkata pada aku:
"Wah! Kau dah nak habis study. Lepas ni kau dah kerja, boleh la kau kahwin."
Situasi 3
Sewaktu ditempat kerja, ada seorang pak cik di pejabat tu tanya aku:
"Kau umur berapa tahun dah, Mirul?"
"27." Jawab aku tenang.
"Wah. Umur dah wajib kahwin tu."
Situasi 4
Perbualan 2 pemuda yang aku dengar tak lama dulu
"Kau umur dah 33 dah, bila kau nak kahwin?" Tanya pemuda 1.
"Nantilah. Aku tak puas enjoy single life ni."
==========
Persoalannya, sebenarnya bila masa yang sesuai untuk seseorang berkahwin?
Bila sudah elok dari sunat?
Bila sudah dapat kerja?
Bila umur sudah menginjak naik?
Bila sudah puas enjoy?
Bila duit sudah cukup?
Bila sudah bosan asyik timbak dinding dalam bilik air tiap-tiap malam?
Bila duit sudah cukup?
Bila sudah terjumpa "The One" atau mister perfect/dream girl?
Bila semua kawan-kawan dah kahwin dan kau sorang saja yang masih membujang?
Bila emak sudah tolong carikan jodoh untuk berkahwin?
Bila kakak semua dah kahwin sebab tak nak langkah bendul?
Bila setiap kali kau nampak awek hot, hati kau bergelora tak tentu arah?
Bila mak cik-mak cik kau mula bertanya, "Sepupu kau tu dah kahwin, kau bila lagi?"
Bila ayah dan mak kamu mula berkata, "Abah & mak ni teringin juga nak rasa ada cucu."?
Sila pilih salah satu jawapan atau bagi jawapan sendiri kalau jawapan di atas tiada yang berkenan di hati. Sila bagitahu kenapa anda pilih jawapan itu dan kalau boleh masa mahu jawab soalan di atas, sila related kan dengan hidup anda sekarang.
Tagline cerita 3,2,1 Cinta mengingatkan aku kepada satu perbualan aku dengan kawan aku, lebih kurang 3 tahun lepas, berkaitan dengan lelaki, perempuan dan nisbah.
"Aku ada terbaca satu artikel. Berkemungkinan, tahun 2015 nanti, nisbah perempuan dengan lelaki boleh jadi 9:1" kata kawan aku membuka bicara.
"Kau bayangkan, kita ada 9 pilihan perempuan untuk dijadikan isteri. Fuh! Syok nya!!!" Sambung kawan aku penuh excited.
Dari kata-kata kawan aku, aku dapat rasakan yang beliau ada potensi untuk berpoligami satu hari nanti.
"Kau jangan berangan sangat nak ada banyak pilihan. Kau jangan ingat kau ada 9 calon la." Kata aku cuba membunuh rasa teruja kawan aku.
"Apahal pulak? Betul la beb. Kita sekarang dah ada 9 pilihan." Kata kawan aku, tidak puas hati dengan kenyataan aku.
"Ok. Memang la nisbah tu 9:1, so lelaki ada 9 pilihan. Tapi meh sini aku ceritakan 9 kategori perempuan tu dalam nisbah 9:1 kau tu."
"Hah? 9 kategori? Apa maksud kau ni?" Kawan kau masih belum berpuas hati.
"Macam ni. Macam kau cakap, lelaki ada 9 pilihan perempuan. Tapi tak semua tu kena dengan kau. kau kata 9 nisbah satu kan? Meh sini aku ceritakan satu-satu kategori tui."
1. Ahli Keluarga
Dalam kategori pertama, perempuan yang datang dari ahli keluarga kau sendiri. Mak, nenek, mak cik, kakak, adik... Itu semua perempuan yang kau tak boleh kahwin.
2. Perempuan yang tak berkenan dengan engkau
Ini jenis perempuan yang memang tak berkenan dengan kau. Kau buatlah apa saja, bagi bunga seratus kuntum, kau berenang lautan api, kau petik bintang-bintang di langit, pun dia tak kan terima kau. Dah nama pun tak berkenan kan?
3. Perempuan yang engkau tak berkenan
Yang ini terbalik dari yang atas. Tak kiralah apa yang perempuan tersebut buat pada kamu, sanggup dimadukan, sanggup dikulikan oleh engkau, tapi kau tetap tak berkenan dengan kau
4. Pengkid & Lesbian
Perlukah aku terangkan secara panjang lebar pasal mereka?
5. Perempuan yang sudah tidak percayakan lelaki
Perempuan yang sudah 6 kali putus cinta, perempuan yang ditinggalkan pada hari perkahwinan, janda yang baru bebas dari suami yang jenis kaki pukul bini dan anak... Ini contoh perempuan yang memang dah tak percayakan lelaki lagi. Jangan mimpi nak tackle perempuan jenis ini.
6. Perempuan yang mementingkan kerjaya
Zaman sekarang, perempuan yang berkerjaya bukan lagi satu benda yang pelik. Kadangkala, perempuan yang mementingkan kerjaya lebih senang kalau tidak berkahwin. Lebih mudah bergerak secara solo, tiada suami yang mengongkong dan tiada komitmen kepada anak.
7. Perempuan yang sudah berpunya
Perempuan yang sudah berpunya membawa maksud, perempuan yang sudah berkahwin. Sudah jadi emak orang. Orang lain dah chop dulu. Lupakan sahaja.
8. Perempuan yang sudah bermadu
Ini kawan baik kepada kategori nombor 7, iaitu perempuan yang berkahwin. Ok, mungkin boleh jadi musuh. Lelaki ini dah berkahwin, tapi oleh kerana bernafsu kuda.. Maaf kan aku.. Berkemampuan, maka dia pun berpoligami.
Bila berpoligami, dia akan ambil perempuan dari quota orang lain. Sebagai contoh, Salih Yaakob. Dia kahwin dengan budak universiti. Bermaksud, dia dah rampas quota untuk lelaki yang umur awal 20'an.
==========
"Aku dah terangkan 8 jenis perempuan kan? Tinggal satu lagi jenis. Itulah bakal isteri kau. Jadi, nisbah 9:1 tadi pun jadilah 1:1 balik. Ada faham?"
Kawan aku gelak dalam kebingungan. Aku pulak gelak tanpa sebab. Mungkin aku gelak sebab aku berjaya mencipta semua point tersebut secara singkat dan spontan.
Otak aku memang hebat kalau fikir pasal benda tiada faedah.
Ketika berada di Shah Alam, aku sering menggunakan teksi sebagai pengangkutan rasmi aku. Dengan satu panggilan telefon, teksi akan sampai tercegat di depan pondok guard.
Sepanjang aku menggunakan perkhidmatan teksi di Shah Alam, ada satu perkataan yang aku boleh simpulkan terhadap sikap pemandu teksi di Shah Alam, peramah. Kadang-kadang peramah sangat.
Aku tak tahu lah kalau kamu terdapat pemandu teksi yang pendiam atau sombong, tapi semua teksi yang aku naik, semuanya peramah. Bukan peramah biasa, tapi super peramah.
Umur pemandu teksi kebanyakannya sudah cukup tua untuk aku panggil pak cik. Cuma sekali sahaja aku dapat pemandu teksi yang muda, lebih kurang umur abang aku.
Sebaik aku masuk ke dalam perut teksi, pemandu pasti dengan segera membuka mulut memulakan perbualan.
Antara topik yang sering menjadi perbualan ialah sukan, politik, isu semasa, cerita peribadi, dan pelbagai lagi.
Suatu hari, aku menaiki teksi yang mana pemandu tersebut berumur 50'an. Mengikut alamat beliau, pemandu tersebut ialah anak watan Shah Alam.
"Nak ke mana ni, nak?" Tanya si pemandu.
"Bawak saya ke Seksyen 18." Jawab aku ringkas.
"Seksyen 18? Cari apa ke sana?"
"Saya nak ke Maybank." Jawab aku ringkas sambil tersenyum Senyum itu sedekah.
Pemandu yang aku panggil dengan gelaran 'pak cik' itu memandu kereta dengan tenang. Sambil berbual dari soalan "Anak ni ke sana nak buat apa?" sampailah soalan "Apa petua Salih Yaakob kahwin lebih ya? Dia tekan 'ayat' ke?"
Tiba-tiba ada seorang pendatang berbangsa Indonesia melintas ikut suka hati dia tanpa memandang kiri dan kanan. Nasib baik pak cik teksi mempunyai tindakan refleksi ala-ala ninja, sempat jugalah dia menekan brek. Kalau tidak, sudah pasti ibubapa terpaksa buat kenduri. Kenduri arwah.
"Hish! Indon ni! Melintas tak tengok kiri kanan. Nasib baik aku tak langgar. Menyusahkan aku betul."
Bermula dari rungutan si pemandu teksi, maka tajuk perbualan tersebut terus bertukar menjadi kisah pendatang asing.
"Orang Indonesia ni, kalau datang nak mencari rezeki tu, aku tak kisah sangat. Ini yang jenis merompak, meragut.. Tak berkenan betul aku." Pak cik teksi memulakan topik baru dengan penuh emosi.
"Itu lah. Saya paling geram yang kes hari tu. Dah lah dia merompak rumah orang tu, siap dirogolnya bini dia. Perompak tu rogol perempuan tu depan suami dengan anak dia pulak tu." Aku 'tambah lauk'.
"Itu la. Kalau datang sini nak cari rezeki, carilah rezeki betul-betul. Ini dia buat jenayah pulak. Nanti kalau kita tangkap, pukul diorang ni, dah nanti orang-orang kat negara diorang tu kata rakyat kita ni tak layan orang dia baik-baik pulak." Pak cik teksi masih meluap-luap.
"Bangla pun sama jugak. Yang jenis gatal-gatal tu. Hari tu kawan saya kata, housemate dia kena raba dengan Bangla. Kurang ajar betul."
Pak cik teksi tak 'tambah lauk' selepas rangkap ayat yang aku katakan tadi. Tak apa. Aku tambah lagi.
"Kes perempuan Malaysia kena raba dengan Bangla ni bukan kes baru. Dah banyak kali kena dah. melampau betul lah Bangla-Bangla ni."
Pak cik teksi masih diam. Tiada 'tambah lauk' dari beliau. Aku mula rasa pelik. Aku pun mendiamkan diri juga.
Tiba-tiba pak cik teksi tersebut bersuara.
"Tak semua Bangla jahat, nak. Macam Bangla yang kahwin dengan anak pak cik tu... Baik orangnya." Kata pak cik teksi dengan nada yang lembut dan sedikit sedih.
Alamak! Sekali ini pak cik teksi sudah touching sama aku sebab aku kutuk Bangla da. Manalah aku tahu yang anak dia kahwin dengan Bangla.
Aku harap aku tak naik teksi pak cik ni di masa akan datang.
P/S: Aku dan semua rakyat Malaysia tak marah kalau pendatang yang datang ini betul-betul datang Malaysia nak cari makan. Aku tak nafikan ada sesetengah pendatang yang datang, baik orangnya. Tapi kalau yang jenis datang sini, lepas itu buat hal, memang mendapatlah kau.
Malas aku mahu intro panjang-panjang. Mari kita sambung dengan rancangan lain yang aku pernah tonton sewaktu aku masih kecil, muda, belum mumayiz, suci hati dan sewaktu dengannya. Kali ini lebih banyak dari entri part 1.
Teenage Mutant Ninja Turtle
Ini opening sequence versi pendek. Untuk opening sequence versi panjang yang selalu aku tegok, sila tengok di sini.
Tanpa segan silu aku ingin membuat pengakuan, Ninja Turtle adalah kumpulan adiwira pertama yang berjaya mencuri hati aku.
Empat ekor kura-kura, terkena sisa toksik dan menjadi mutant, dibela oleh seorang manusia yang terkena sumpahan hingga menyebabkan beliau berubah rupanya menjadi seperti seekor tikus. Malah diajar ilmu mempertahankan diri kepada 4 ekor kura-kura itu.
Jalan cerita yang tak masuk akal tetapi menjadi kegilaan kepada semua kanak-kanak ketika itu. Leonardo (yang memakai kain balut biru dan mempunyai pedang) adalah hero kegemaran aku.
Di Amerika, cerita ini ditayangkan pada tahun 1987 sehingga 1996. Di Malaysia, aku mula menonton kartun ini pada tahun 1990 (umur 6 tahun).
Malah, filem pertama yang aku tonton di wayang ialah filem live action Ninja Turtle. Yang itu aku cerita lain kali.
Ultraman Ace
Percaya atau tidak, Ultraman Ace ditayangkan di Jepun pada tahun 1972 hingga 1973. Dan aku hanya menontonnya pada tahun 1992-1993, setiap hari Sabtu pukul 12:30 tengahari.
Pada asalnya, Ultraman Ace terdiri daripada 2 orang, Hakuto dan Minami. Mereka akan melagakan cincin yang mereka pakai dan berubah menjadi Ultraman.
Di pertengahan cerita, mereka semua mengetahui yang Minami sebenarnya ialah keturunan Puteri Bulan dan Minami perlu pulang ke Bulan. Minami menyerahkan Cincin Ultra kepada Hakuto, maka jadilah Hakoto Ultraman Ace seorang diri.
Ultraman Ace merupakan Ultraman yang pertama aku tonton di kaca TV. Walaupun kemudiannya TV 3 ada menyiarkan Ultraman, Ultraman Taro dan Ultra Seven, aku tetap setia dengan Ultraman Ace.
Hakuto! Minami!
M.A.S.K.
M.A.S.K. bukanlah cerita The Mask lakonan Jim Carrey itu. Tetapi M.A.S.K. membawa maksud Mobile Armored Strike Kommand.
Kisah animasi ini mengisahkan tentang sebuah pasukan yang bernama M.A.S.K. yang diketuai oleh Matt Trakker menentang musuh mereka yang bernama V.E.N.O.M (Vicious Evil Network Of Mayhem) yang diketuai oleh Miles Mayhem.
Mereka bertempur menggunakan kenderaan mereka yang menyerupai kenderaan biasa. Tetapi apabila waktu bertempur, kenderaan mereka boleh berubah menjadi kenderaan yang penuh dengan senjata. Mereka juga akan memakai helmet yang mempunyai kuasa yang mereka gelarkan masks apabila bertempur dengan pihak musuh.
Setiap masks mempunyai nama dan kuasa yang berlainan. Ada masks yang boleh menembak laser, ada masks yang membolehkan si pemakai terbang, ada masks yang membolehkan mewujudkan imej holograms dan lain-lain.
Kartun animasi ini disiarkan pada sekitar tahun 1989 sehinggalah 1994 di RTM.
Aku merupakan pengumpul permainan M.A.S.K. satu masa dahulu. Kamu boleh rujuk pada entri ini.
Spiral Zone
Spiral Zone ialah siri animasi yang di tayangkan di Amerika pada tahun 1987 sehingga 1988. Siri animasi ini dibuat berdasarkan toy line keluaran Bandai.
Jalan cerita Spiral Zone bermula apabila saintis tentera, Dr. James Bent, telah berpaling tadah dan mencipta satu Zone Generators diseluruh dunia. Sesiapa yang terperangkap dalam lingkungan generator tersebut akan menjadi zombie dan digunakan Dr. James (kini bergelar Overload) sebagai pengikutnya.
Siri ini ditayangkan sebanyak 65 episod. Masa kecik dulu, aku geram bila melihat mainan Spiral Zone. Serius aku katakan, memang cantik mainannya. Tapi mahal gila. Jadi, aku pendam sahaja hajat untuk memiliki mainan tersebut.
Saber Rider and The Star Sheriff
Saber Rider and The Star Sheriff (SRATSS) ialah rancangan animasi yang berasal dari Jepun (Star Musketeer Bismarck), dan dialihsuara menjadi SRATSS.
SRATSS ditayangkan di Amerika pada tahun 1987 sehingga 1988. Ada beberapa jalan cerita telah diubah dalam versi Jepun dan jersi Amerika. Dalam versi Amerika, hero dalam siri ini ialah Saber Rider (warna hitam naik kuda) manakala versi Jepun pula, heronya ialah Firebolt (warna merah naik kereta).
SRATSS juga adalah siri animasi pertama yang mana watak utama iaitu hero dan heroin (Saber Rider & April Eagle) tidak bersatu, sebaliknya April Eagle bercinta dengan Firebolt. Saber Rider pula bercinta dengan seorang perempuan yang hanya menjadi watak tambahan dalam cerita ini.
Are You Afraid of The Dark?
Mungkin tak ramai yang pernanh menonton Are You Afraid of The Dark?, tapi rancangan ini adalah antara kegemaran aku.
Are You Afraid of The Dark? (AYAOTD) adalah rancangan yang menisahkan sekumpulan kanak-kanak yang menggelarkan diri mereka The Midnight Society berkumpul didepan ungun api dan bercerita tentang cerita hantu.
Cerita hantu yang diceritakan boleh tahan seramnya (untuk budak sekolah rendah) tapi kebiasaannya akan berakhir dengan happy ending. Tapi ada juga kalanya cerita tersebut berakhir dengan watak utama dalam cerita tersebut mati dibunuh oleh hantu.
AYAOTD ditayangkan di TV Singapura, jadi kemungkinan besar ramai kamu yang tidak pernah menontonnya. Aku rasa nak hantar e-mel pada Nickelodeon supaya menayangkan kembali cerita ini.
X-Men
Siri animasi X-Men ini merupakan titik permulaan perkenalan aku kepada salah sebuah kumpulan adiwira paling unik dan terkenal di seluruh dunia, X-Men.
Di Amerika, X-Men disiarkan pada tahun 1992 hingga 1997. Di Malaysia, ia ditayangkan pada tahun 1994 sehingga 1998. X-Men mempunyai 76 episod dan aku bersyukur kerana RTM menyiarkan kesemua episod X-Men, dari episod 1 sehinggalah episod terakhir.
Rancangan animasi ini telah memulakan minat aku kepada X-Men. Aku kemudiannya mula mencari komik-komik X-Men, tapi aku bukan peminat filem-filem X-Men.
Episod terakhir siri animasi ini, Professor X meninggalkan X-Mansion dan menyerahkan kuasa menjaga Cyclops. Professor X pergi ke planet tempat tinggal kaum Shi'Ar, mengikut Liandra. Ya, Professor X tinggalkan Bumi untuk mengikut aweknya.
Genesis Climber Mospeada
Macam pernah ku dengar lagu ini, tapi di mana ya? Ya, inilah lagu yang kumpulan Hujan pernah gunakan dahulu untuk lagu mereka, Lonely Soldier Boy.
Genesis Climber Mospeada, or simply Mospeada, adalah rancangan animasi 25 episod dari Jepun. Animasi ini ditayangkan pada tahun 1983 sehingga 1984 di Jepun. Di Malaysia, ia ditayangkan sekitar tahun 1992.
Secara yang bergenre robot seperti ini memang senang menjadi ikutan budak-budak lelaki (seperti aku), cuma aku agak tidak puas hati kerana cerita ini terlampau pendek. 25 episod? Really? Really?
Tapi sebelum aku menonton Mospeada, ada satu lagi animasi Jepun yang berasakan robot yang aku minat iaitu.....
Macross
Macross (atau nama penuhnya The Super Dimension Fortress Macross) adalah sebuah siri animasi yang juga bergenrekan robot yang ditayangkan di Jepun pada tahun 1982 sehingga 1983. Animasi ini mempunyai 36 episod.
Jika dibandingkan dengan Mospeada, Macross menampilkan lebih banyak robot dan babak pergaduhan robotnya lebih epik.
Dan untuk pertama kalinya, aku terpaksa menerima hakikat yang kartun juga boleh mati. Dalam Macross, ada beberapa scene yang menunjukkan babak beberapa watak utama dalam siri animasi ini mati dalam perjuangan mereka.
What a sad moment....
Mighty Morphin Power Rangers
Untuk semua opening sequence Power Rangers yang aku tonton, sila lihat di sini.
Tak dinafikan, Power Rangers adalah siri Super Sentai yang popular pada masa dulu. Power Rangers adalah adaptasi dari siri Super Sentai dari Jepun, Kyōryū Sentai Zyuranger.
Kalau ikutkan, sampai sekarang pun Power Rangers masih ditayangkan di TV. Tapi sudah berubah pelakonnya. Aku hanya menonton 3 musim pertama Power Rangers, yang mana pada masa itu masih mengekalkan pelakon-pelakon asal.
Pada asalnya, Power Rangers mempunyai 5 ahli: merah, hitam, biru, merah jambu dan kuning. Kemudian muncul Power Rangers jahat, Green Rangers, yang mana kemudian menjadi baik, dan juga merupakan kegemaran aku.
Green Rangers kemudian bertukar menjadi White Rangers yang jauh lebih awesome tak lama kemudian. Malah sehingga kini, pelakon yang memegang watak Green Rangers dan White Rangers ini, Jason David Frank, masih membuat penampilan istimewa sebagai pelakon undangan dalam rancangan ini. Beliau sekarang seorang mixed martial art fighter.
Video di atas menunjukkan semua cara Power Rangers berubah, dari musim pertama sehingga musim ketiga.
Di Amerika, siri ini ditayangkan sebanyak 145 episod. Aku rasa di Malaysia banyak potong. Nasib baik saluran TV Singapura, TV5, menyiarkan episod lengkap.
Oh ya. Pelakon yang memegang watak Power Rangers Kuning, Thuy Trang, sudah meninggal dunia pada 3 September 2001, akibat kemalangan jalan raya. Dia berumur 27 tahun ketika itu.
Dash! Yonkuro
Ini satu lagi rancangan animasi yang berjaya menjadi trend dan kegilaan kanak-kanak ketika itu. Siapa yang tak tengok Dash! Yonkuro, memang out-dated lah.
Dash! Yonkuro ialah kisah mengenai perlumbaan yang menggunakan Tamiya Mini 4WD. Setiap pasukan mempunyai 5 orang ahli dan masing-masing mempunyai model Mini 4WD yang tersendiri.
Watak utama dalam kartun ini ialah Yonkuro Hinomaru, iatu ketua kumpulan bagi Dash Warrior dan merupakan pemilik kereta Dash 1: Emperor dan kemudian menggunakan Dash 01: Super Emperor.
Siri animasi ini menjadi kegilaan kanak-kanak sehingga semua membeli model Tamiya Mini 4WD. Malah, pertandingan juga sering diadakan untuk mereka berlawan kereta siapa yang paling laju. Kira kalau menang rasa macam jadi Yonkuro lah.
Aku juga memiliki koleksi Tamiya Mini 4WD. Untuk melihat koleksi aku, sila klik di sini.
Gaban (Polis Angkasa Gaban)
Gaban atau tajuknya dalam Bahasa jepun, Uchuu Keiji Gavan, adalah Metal Hero Series pertama di Jepun. Metal Hero Series bermaksud watak hero yang memakai suit metal dan mempunyai perwatakan seperti pembela keadilan, menyerupai polis dan sheriff.
Polis Angkasa Gaban (Space Sheriff Gavan) ditayangkan pada tahun 1982 sehingga 1983, sebanyak 44 episod. Di Malaysia, cerita ini ditayangkan sekita tahun 1992 sehingga 1993.
Gaban adalah antara siri popular ketika itu. Aku tak pernah miss cerita Gaban. Kalau tak salah aku, Gaban ditayangkan pada waktu petang pada pukul 4:30 petang.
Antara dialog dalam cerita Gaban yang akan peminat pasti akan ingat ialah: "Dalam masa 0.07 saat, Gaban telah berjaya menukarkan bajunya menjadi Polis Angkasa Gaban", "Gaban Z belah 3!" dan "Gaban telah disedut ke Ruang Angkasa Setan".
Aku tak ingat apa pengakhiran cerita ini tetapi kalau tak salah aku Gaban ada melamar penolongnya, Mimi (baju pink), menjadi isterinya. Kalau tak salah aku lah.
Kalau Gaban ditayangkan pada pukul 4:30 petang, pukul 4 petang pula ada satu lagi rancangan kegemaran aku. Rancangan kegemaran aku itu ialah...
Suria Perkasa Hitam (Kamen Rider Black & Kamen Rider RX)
Suria Perkasa Hitam (kadangkala dirujuk sebagai Satria Baja Hitam) adalah siri satu TV series yang dalam siri Kamen Rider.
Kamen Rider Black ditayangkan di Jepun pada tahun 1987 sehingga 1988. Di Malaysia, ia ditayangkan pada hari yang sama dengan Gaban.
Kisah ini bermula apabila Kitaro Minami dan abang angkatnya, Nobuhiko Akizuki, diculik oleh Gorgom dan diubahsuai menjadi cyborg. Kitaro berjaya melarikan diri sebelum di brainwash (proses terakhir dalam pengubahsuaian tersebut) dengan pertolongan abang angkatnya. Namun abang angkatnya ditahan dan di brainwash lalu menjadi musuh kepada Kamen Rider.
Siri Kamen Rider ditayangkan sebanyak 51 episod. Selepas taman siri Kamen Rider Black, producer mengambil keputusan untuk meneruskan siri ini dengan menggunakan pelakon yang sama. Maka timbul pula Kamen Rider RX.
Kamen Rider RX bermula 6 bulan selepas jalan cerita Kamen Rider Black tamat. Kali ini, Kamen Rider RX bertempur dengan pasukan Crisis Empire pula. Rancangan ini ditayangkan sebanyak 44 episod. Tapi aku rasa, Kamen Rider RX tidak ditayangkan di TV Malaysia. Aku menonton rancangan ini di TV Singapura.
Kenderaan Kamen Rider ialah sebuah motor yang bernama Belalang Tempur! Cool! Aku ingat lagi masa aku darjah 2 dulu, aku buat topeng Kamen Rider masa Pendidikan Seni. Cool dowh!
============
Cukup sampai di sini dahulu buat masa sekarang. Sebenarnya ada banyak lag kartun yang aku nak konsikan seperti Biker Mice From Mars, Captain Planet, Transformers, G.I. Joe, Voltron, Thunder Cats dan lain-lain lagi.
Tengoklah. Kalau aku rajin, aku buat part 3. Kalau tak... Ini sajalah penamatnya...