Tampilkan postingan dengan label Wrestling. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Wrestling. Tampilkan semua postingan

Jumat, 10 Juni 2011

Top 20 Lagu Tema Wrestler WWE Yang Aku Gemari Part 2

Ini merupakan entri sambungan dari entri yang lepas. Kalau belum baca entri tersebut, boleh baca entri tersebut di sini.

==========

Honorable Mention

Sebelum aku menyambung senarai Top 10, aku ingin menyenaraikan beberapa lagu tema yang hampir masuk dalam senarai Top 20 ini.

Kane - Slow Chemical (Finger Eleven)

Pada asalnya, aku ingin meletakkan lagu ini. Lagu ini adalah pengubahsuaian dari lagu tema Kane yang biasa kita dengari, cuma ditambahkan lirik oleh band Finger Eleven.

Pada asalnya, aku ingin meletakkan lagu tersebut di dalam senarai, tetapi entah kenapa aku mengeluarkan pada saat akhir. Tapi mujur aku tak letak dalam senarai kerana aku gagal menjumpai lagu tersebut dalam Youtube.


Undertaker - You're Gonna Pay



Lagu ini digunakan oleh Undertaker sebagai lagu tema ketika membawa gimik mat rempit Harley Dividson selepas menggunakan lagu American Bad Ass (Kid Rock) dan Rollin' (Limp Bizkit).

Undertaker menggunakan lagu tema ini selepas berubah dari watak face (watak baik) ke watak heel (watak jahat) pada sekitar tahun 2002-2003.


Jack Swagger - Get On Your Knees (Age Against The Machine)



Satu-satunya lagu tema Jack Swagger semenjak masuk ke WWE pada tahun 2008. Lagu ini dinyanyikan oleh band Age Against The Machine, band tribute untuk Rage Against The Machine.

Lagu yang agak baik tapi rasa macam kurang sesuai dalam list aku. Jack Swagger adalah "Kurt Angle celup" yang cuba dicipta oleh WWE. Mempunyai skill yang agak baik but do to the poor booking, he stuck in stupid storyline seperti storyline perbalahan antara Michael Cole dan Jerry Lawler.


Beth Phoenix - Glamazon



Satu-satunya lagu tema Beth Phoenix dalam WWE semenjak menyertai pada tahun 2006. Lagu yang sesuai dengan gimik beliau sebagai 'perempuan kuat'.

Tapi tak cukup kuat untuk masuk senarai Top 20.


Sheamus - Written In My face



lagu yang agak rancak dan sesuai dengan tuan punya badan. Sheamus membuat debut di ECW dengan lagu ini, dan masih menggunakan lagu ini sehingga sekarang.

==========

Ok. Kita teruskan dengan senarai Top 10 sekarang.

10. Nexus - We Are One (12 Stones)


Setelah stable (kumpulan) The Legacy (yang dianggotai oleh Randy Orton, Ted DeBiase Jr. dan Cody Rhodes) berkubur, WWE sudah kehilangan faction yang mampu memporak perandakan WWE. Sehinggalah kemunculan Nexus.

Nexus (versi asal) dianggotai oleh Wade Barret (ketua), Justin Gabriel, Heath Slater, Darren Young, Daniel Bryan, Michael Tarver dan Skip Sheffield. Debut mereka di Raw dengan memecahkan dan meruntuhkan gelanggang WWE memang satu permulaan yang baik.

Nexus menggunakan lagu We Are One nyanyian 12 Stones, lirik lagu ini memang tepat sekali menggambarkan Nexus ketika itu. Kumpulan yang bersatu padu dan ingin menunjukkan kebolehan mereka dihadapan semua penonton.

Lagu ini cukup memberikan aura kepada Nexus. Setiap kali mereka keluar dengan lagu ini, rasa gerun dan benci kepada kumpulan ini timbul.

Tapi Nexus akhirnya menjadi stable yang hidup segan mati tak mahu selepas Wade Barret ditendang keluar dari Nexus, disusuli dengan pengunduran Justin Gabriel dan Heath Slater yang menubuhkan The Corre di Smackdown.

CM Punk menjadi ketua baru Nexus dan gagal membawa kredibiliti Nexus kembali memuncak seperti zaman pemerintahan Wade Barret. Lebih kecewa apabila Nexus kini menggunakan lagu tema CM Punk, The Fire Burns. 

Walaupun aku gemar lagu tema CM Punk (dan akan muncul dalam senarai ini sebentar lagi), aku lebih prefer Nexus muncul dengan lagu We Are One yang lebih bertepatan dengan tema stable ini.


9. The Rock - Electrifying


"If you smell.......!!!! What The Rock, is cookin'." Bila berkumandang suara The Rock (yang biasanya diletakkan pada setiap pemulaan lagu temanya) semua peminat pasti akan bersorak.

Lagu tema terbaru The Rock bertajuk Electrifying hasil Jim Johnston, producer yang sudah berkerja untuk WWE semenjak tahun 1985 lagi. The Rock mula menggunakan lagu tema ini semenjak kepulangannya kembali ke WWE setelah 7 tahun menyepi di Raw pada 14 Februari tahun ini.

Electrifying adalah remix dari lagu-lagu tema The Rock yang lama, iaitu Do You Smell It, If You Smell.. dan ...Is Cookin'. Klik pada tajuk lagu untuk mendengar lagu tema lama.

Tak banyak beza antara lagu tema baru dengan lagu tema baru The Rock. Bezanya hanyalah cara The Rock menyebut frasa awal pada setiap lagu, dan retak lagu tersebut yang semakin lama semakin rancak apabila menjadi versi baru. Dan setiap versi bagaikan melengkapkan kekurangan lagu tema versi yang lama.

Lagu ini memang tepat untuk menggambarkan personaliti The Rock, ditambah lagi dengan suara The Rock dalam lagu ini. lagu ini memang cukup electrify. Penonton akan terasa hype setelah mendengar lagu ini dan terus bersorak. Lagu ini bagaikan menyuruh penonton bersorak tanpa sedar.

Electrifying song for electrifying man in sports entertainment.. No!  Electrifying song for electrifying man in entertainment industry.

If You smell......... What The Rock, is cookin'!


8. Stone Cold - I Won't Do What You Tell Me


Satu lagi hasil kerja Jim Johnston. Stone Cold mula menggunakan lagu ini pada tahun 2000.

Seperti The Rock, lagu tema Stone Cold juga adalah remix dari lagu tema beliau yang lama, iaitu Hell Frozen Over dan Glass Shatters.

Jika The Rock meletakkan catch phrase-nya pada permulaan lagu temanya, Stone Cold pula popular dengan bunyi kaca pecahnya. Setiap kali bunyi kaca pecah berkumandang, penonton sudah sedia maklum Stone Cold akan membuat penampilannya.

Lagu tema yang bersifat keras ini sesuai dengan Stone Cold yang sering naik ke gelanggang dengan beer, kata-kata carutan yang kasar dan juga gelarannya sebagai master of the middle finger.

Give Me a Hell Yeah!!!!


7. Triple H - My Time (DX Band)


Tidak dapat dinafikan yang Triple H adalah heel terbaik yang ada semasa Attitude Era. Triple H menggunakan lagu ini ketika dia menjadi heel terbesar ketika itu. Dan lagu ini memang sesuai dengan attitude jahat dan kejamnya ketika itu.

Lagu ini digunakan oleh Triple H pada tahun 1999 sehingga 200, sebelum Triple H kemudian menggunakan lagu tema baru yang dinyanyikan oleh Motorhead, yang akan muncul dalam senarai ini nanti.

Lagu ini dinyanyikan oleh DX Band, yang juga menyanyikan lagu tema untuk semua ahli DX seperti X-Pac, dan juga lagu tema DX.

Bunyi lagu ini yang mempunyai unsur millennium baru, sesuai dengan Triple H yang menjadi johan WWE ketika WWE melangkah ke abad baru ketika itu (Triple H menjadi johan baru WWE pada 3 Januari 2000 mengalahkan Big Show).

Lagu tema yang hebat tetapi diatasi oleh lagu tema baru Triple H yang lebih hebat.


6. Chris Benoit - Whatever (Our Lady Peace)



Puas aku cari video entrance Chris Benoit di Youtube, tapi aku tak jumpa. Yang aku jumpa hanyalah versi live yang dinyanyikan oleh band asal yang menyanyikan lagu tema ini, Our Lady Peace.

Our Lady Peace adalah band yang berasal dari Canada, yang pernah mengecap sekelumit populariti di MTV melalui lagu Somewhere Out There dan Innocent, menyaikan lagu tema untuk seorang wrestler yang berasal dari Canada, Chris Benoit.

Benoit menggunakan lagu ini dari tahun 2002 sehingga 2007. Lagu ini adalah remix dari lagu tema beliau yang pertama, Shooter, yang digunakan sekitar tahun 2000 hingga 2002. Our Lady Peace mengubah sedikit muzik dan menambahkan lirik untuk lagu tema yang baru ini.

"Kenapa kau tak dapat cari lagu tema Benoit yang baru, Mirul?"

Kerana aku gagal menjumpai lagu tersebut di Youtube. Sesudah kejadian murder-suicide Benoit (membunuh isteri dan anaknya lalu membunuh diri atas pengaruh overdose pill), WWE telah membuang segala rekod Chris Benoit dari website rasmi mereka.

Malahan, semua skill yang lazim digunakan oleh Benoit di atas gelanggang juga telah diaharam untuk digunakan oleh wrestler lain. Bukan setakat di alam realiti sahaja, segala skill Benoit juga ditarik keluar dari video games WWE.

Lagu tema ini juga menerima nasib yang sama. Semua video lagu tema ini (kecuali dinyanyikan secara langsung oleh Our Lady Peace) telah ditarik dan dibanned oleh Youtube atas arahan WWE.

Apapun penamat riwayat Chris Benoit, aku tetap hormati beliau sebagai seorang wrestler yang bagus. Dan, tidak melampau untuk aku katakan yang Benoit adalah wrester technical terbaik yang pernah aku lihat.

Dan lagu ini memang sesuai dengan Benoit. R.I.P. Benoit! The rabid wolverine.


5. Triple H - The Game (Motohhead)



Lagu tema paling popular yang Triple H pernah gunakan. lagu tema ini dinyayikan oleh band kegemaran Triple H, Motorhead.

Lagu ini digunakan selepas Triple H memulakan angle baru selepas mengahwini anak Vince McMahon, Stephanie McMahon dan memulakan faction McMahon-Helmsley pada sekitar tahun 2000.

Lagu ini menjadi favorite ramai, juga menjadi kegemaran Triple H. Walaupun WWE telah membuat beberapa lagu tema baru untuk Triple H, dia tetap mahu menggunakan lagu The Game sebagai lagu temanya. Mentang-mentanglah kau menantu boss, boleh demand lah.

Riff gitar pada pertengahan lagu tersebut menambahkan lagi perasa pada lagu ini. memang satu lagu yang epic!

Time to play The Game!


4. Christian - Just Close Your Eyes (Waterproof Blonde & Story of The Year)


Bermula tahun 2003, Christian mula menggunakan lagu ini sebagai lagu tema barunya apabila beliau mula membawa gimik sebagai Captain Charisma. Lagu ini dinyanyikan oleh band yang bernama Waterproof Blonde. 

Kemudian, Christian meninggalkan WWE pada akhir tahun 2005 untuk menyertai seteru WWE, TNA. Namun begitu, Christian membuat u-turn untuk kembali ke pangkuan WWE pada tahun 2009.

Sebaik pulang ke pangkuan WWE, Christian menggunakan kembali lagu ini sebagai lagu temanya. Tetapi oleh kerana Waterproof Blonde sudah berpecah, WWE mengambil keputusan untuk memberikan band Story of The Year untuk menyanyikan semula lagu ini.


Kenapa kau meletakkan kedua-dua lagu di sini? Kerana aku tak dapat nak menentukan mana satu yang lebih baik. Bagi aku, kedua-dua versi dari kedua-dua band memang terbaik. Masing-masing membawa lagu ini dengan baik. Jadi, ada baiknya aku letak kedua-dua versi di sini.

Untuk mendengar lagu penuh ini dalam versi Waterproof Blonde, sila klik di sini.

Ketika bernaung di bawah TNA, Christian juga diberikan lagu tema yang menarik. Mungkin beliau ditakdirkan untuk mendapat lagu tema yang baik, tapi bukan mendapat karier yang baik di WWE selepas terpaksa dilucutkan kejuaraan World Heavyweight Championship selepas memenangi talipingan tersebut selama 2 hari sahaja.


3. Edge - Metallingus (Alter Bridge)


Metalingus adalah lagu tema ketiga yang Edge gunakan selepas beliau berpecah dari rakan tag team-nya, Christian. Sebelum itu, Edge menggunakan lagu On the Edge dan lagu nyanyian Rob Zombie, Never Gonna Stop, yang juga menjadi lagu team untuk filem Rollerball.

Tapi aku rasa lagu nyanyian Rob Zombie terlalu 'ringan' untuk personaliti Edge. Edge adalah wrestler yang membawa gimik seorang opportunist yang licik dan sering berubah perwatakan dari seorang heel ke watak face dalam sekelip mata dan paling kerap berbanding wrestler lain.

Lagu ini dinyanyikan oleh band yang terhasil selepas pepecahan band Creed, iaitu Alter Bridge. Edge menggunakan lagu ini dari tahun 2004 sehinggalah beliau bersara pada 11 April yang lalu selepas mengalami kecederaan yang mungkin boleh menyebabkan beliau lumpuh.

Ayat "You think you know me" yang disebutkan pada awal lagu tema ini diambil dari lirik lagu tema Edge yang pertama, You Think You Know Me, yang digunakan semasa beliau membuat debutnya pada tahun 1998.

Semasa memberikan kata-kata akhir sebelum bersara semasa rancangan Smackdown edisi 15 April 2011, Edge menyatakan yang dia sangat sukakan lagu tema ini dan menjadi favorite beliau sepanjang karier wrestling-nya.

Walaupun terpaksa bersara awal. Edge sudah memenangi 7 kali World Heavyweight Championship, 4 kali WWE Championship, 5 kali Intercontinental Championship, 12 Kali World Tag Team Championship, 2 kali WWE tag team Championship. 2 kali Money In the Bank, 2001 King of the Ring dan pemenang Royal Rumble 2010.

Lebih menarik lagi apabila perlawanan terakhir beliau ialah kemenangan ke atas Alberto Del Rio di perlawanan untuk merebut talipinggang World Heavyweight Championship. Tak ramai wrestler yang memenangi perlawanan terakhir mereka sebelum bersara. Legenda seperti Mick Foley dan Shawn Michael juga tewas dalam perlawanan terakhir mereka.

Dan yang lebih penting, Edge mempunyai  antara lagu tema terbaik di WWE.

You think you know me.....


2. CM Punk - This Fire Burns (Killswitch Engage)



Tak lengkap list ini kalau tak disertakan dengan lagu tema CM Punk yang awesome ini.

This Fire Burns adalah satu-satunya lagu tema yang digunakan oleh CM Punk semenjak menjejakkan kaki ke WWE pada tahun 2006. Semenjak menjadi ketua kepada Nexus, CM Punk kadangkala keluar dengan lagu tema Nexus,  We Are The One.

Lagu tema ini dinyayikan oleh Metalcore, Killswitch Engage. Pada asalnya, lagu ini diberikan kepada Randy Orton sebagai lagu tema barunya. Randy Orton hanya menggunakan lagu ini untuk satu persembahan sahaja sebelum beralih kepada lagu lain. Lagu ini kemudiannya diberikan kepada CM Punk yang baru menyertai WWE ketika itu.

Memegang prinsip sebagai seorang Straight Edge (I don't drink, I don't smoke, I don't do drugs... I am Straight Edge), CM Punk adalah antara wrestler generasi PG Era yang terbaik.

Dia mempunyai karisma, boleh melakonkan watak face dan heel dengan baik, mampu menjayakan promo dengan baik dan bijak berkata-kata dengan microphone.

Kontrak CM Punk bakal tamat September ini dan CM Punk belum lagi mahu menandatangani kontrak baru kerana diberikan jalan cerita yang kurang baik dari pasukan penulis kreatif WWE.

Aku harap CM Punk tidak keluar dari WWE kerana sudah pasti lagu ini tidak akan berkumandang lagi di WWE selepas pemergian beliau.


And the winner is..... (drum roll)


1. Randy Orton - Voices (Rev Theory)



Lagu tema Randy Orton telah terpilih sebagai pemenang carta yang aku bikin sendiri ini.

Lagu tema Randy Orton, Voices, nyanyian band metal/hard-rock Rev Theory. orton mula menggunakan lagu ini selepas dia menggugurkan gimik Legend Killer untuk membawa gimik The Viper.

Selepas keluar dari stable Evolution (yang dianggotai bersama Triple H, Ric Flair dan Batista), Randy Orton membawa gimik Legend Killer/golden generation of wrestling.

Orton menggunakan lagu tema Burn In My Light (berada di tangga ke-11 dalam carta ini). Lagu ini sesuai dengan gimik Orton ketika itu dilengkapi dengan bunga api yang merenjiskan api bewarna keemasan.

Untuk membawa gimik yang lebih berhati kering dan bersikap dingin, Orton memerlukan lagu tema yang baru. WWE memberikan lagu Burn This Light nyanyian Killswitch Engage kepada beliau.

Orton tidak menyukai lagu tersebut kerana 'kurang kena' dengan gimik The Viper dan hanya menggunakan lagu tersebut untuk satu persembahan sahaja.

Orton kemudian mengambil lagu Voices sebagai lagu tema baru beliau. Lagu ini lebih kena dengan gimik Orton yang berhati kering, berperasaan dingin dan seperti seorang psycho yang seolah-olah dikuasai oleh satu suara di dalam kepalanya.

Walaupun lagu ini tidak mempunyai pace yang rancak seperti lagu This Fire Burns, lagu ini tetap mampu mendebarkan hati penonton apabila mendengar lagu ini berkumandang.

Kamu boleh baca lirik penuh lagu ini di sini dan pasti anda faham kenapa aku katakan lagu ini sangat sesuai dengan Randy Orton.


I hear voices in my head
They council me
They understand
They talk to me

==========

Sampai di sini sahaja senarai lagu tema WWE kegemaran aku. Mungkin ada yang tidak setuju dengan senarai aku ini. Kita manusia yang punya citarasa berbeza, jadi kamu juga mungkin ada senarai kamu yang tersendiri.

Akhir kata, smeoga WWE terus bertahan dan kembali wrestling ke Attitude Era kembali.

Rabu, 08 Juni 2011

Top 20 Lagu Tema Wrestler WWE Yang Aku Gemari Part 1

Muzik dan WWE memang tidak dipisahkan. Bagaikan isi dengan kuku. Bagaikan aur dengan tebing. Bagaikan anjing dan bayang-bayang. Eh?

Sejak dari dulu lagi, muzik memainkan peranan penting dalam WWE. Salah satu fungsi muzik ialah menjadi lagu tema bagi setiap wrestler yang bertanding.

Muzik tema biasanya akan dimainkan ketika seseorang wrestler itu keluar untuk bertanding. Muzik tema setiap wrestler itu biasanya membayangkan diri dan personaliti setiap wrestler tersebut. Tanpa muzik tema, maka hambarlah persembahan WWE malam itu.

Tanpa banyak celoteh, mari aku tunjukkan Top 20 lagu tema wrestler WWE yang aku gemari. Bagi bukan peminat gusti, anda boleh dengar setiap lagu-lagu tema yang ak usenaraikan. Manalah tahu jadi kegemaran kamu pula nanti.


20. Vince McMahon - No Chance in Hell (Peter Bursuker)


Kita mulakan dengan muzik tema dari pemilik WWE, Vince McMahon, dinyanyikan oleh Peter Bursuker. McMahon sudah menggunakan muzik ini sebagai lagu tema ini dari tahun 1998 lagi, ketika dia mula bermusuh dengan wrestler kegemaran ramai ketika itu, Stone Cold Steve Austin.

Lagu ini boleh dikatakan lagu tema yang paling lama bertahan dalam WWE. Selama 13 tahun. Kebiasaannya, setiap wrestler akan mendapat lagu baru dalam tempoh tertentu.

Walaupun Vince McMahon bukannya seorang wrestler, tetapi lagu tema beliau adalah lebih baik dari beberapa lagu tema wrestler yang lain.


19. Zack Ryder - Radio (Watt White)


Memang tak dinafikan, Zack Ryder bukanlah wrestler yang terkenal. Zack Ryder hanya akan muncul dalam side show WWE yang tidak terkenal. Tapi entah kenapa, lagu tema ini melekat dalam kepala aku.

Mungkin kerana channel Youtube beliau yang begitu kelakar, itu yang menyebabkan aku meminati lagu ini. Lagu ini dinyanyikan oleh Watt White. Zack Ryder sudah menggunakan lagu ini semenjak Mei 2009 lagi.

Dengan populariti beliau di Youtube, aku yakain WWE akan memberikan beliau peluang untuk lebih menonjol tidak lama lagi. Woo woo woo. You know it!


18. X-Factor - "What 'Chu Lookin' At?" (Uncle Kracker)


Ramai yang tak suka lagu ini. Malah, ia pernah diundi sebagai antara top 30 lagu tema terburuk di WWE. Tapi bagi aku, lagu ini agak cool.

Lagu ini dinyanyikan oleh Uncle Kracker. Kamu kenal siapa itu Uncle Kracker? Uncle Kracker ialah artis yang pernah terkenal dengan lagu one hit wonder-nya, Follow Me. Lagu ini agak catchy semasa permulaan.

Lagu ini digunakan oleh stable (kumpulan) yang bernama dianggitai oleh X-Pac, Justin Credible dan A-Train, satu stable yang aku rasa ada potensi untuk naik tapi telah dijahanamkan oleh storyline dan kecederaan X-Pac.


17. Lita - Lovefurypassionenergy (Boy Hits Car)



Lagu ini sebenarnya adalah remix dari lagu tema Lita sebelum ini, It Just Feels right. Boy Hits Car telah mengubah struktur muzik menjadi lebih rancak dan menambahkan lirik dalam lagu tersebut.

Lita adalah divas yang boleh bergusti. Lita bagaikan seorang perwira. Lagu tema yang digunakan oleh Lita berlainan dengan lagu tema divas yang lain. Divas yang lain (kecuali Beth Phoenix) menggunakan lagu bergenre dance, penuh dengan beats dan muzik yang agak "girly".

Tapi Lita menggunakan muzik bergenre rock, memisahkan beliau dengan divas yang lain. Lagu tema Lita adalah satu-satunya lagu tema divas yang ada di dalam senarai ini.


16. John Cena - Basic Thuganomic


Dalam semua lagu Hip-Hop yang pernah menjadi lagu tema dalam WWE, lagu ini adalah lagu Hip-Hop terbaik.

Lagu ini dinyayikan oleh John Cena sendiri. Lagu ini digunakan oleh John Cena semenjak tahun 2003 sehingga 2005. Cena mula menggunakan lagu tema ini selepas dia membawa gimik rapper berkulit putih ala-ala Vanilla Ice.

Lagu tema John Cena yang baru agak membosankan. Aku harap John Cena menggunakan kembali lagu ini. Lagipun, John Cena ketika menggunakan lagu tema ini lebih cool, lebih rapper (selalu rapping jika dibandingkan dengan sekarang), lebih banyak menonjolkan skill dan juga lebih "manusia" dan bukan "superman".


15. Chris Jericho - Break The wall Down (Adam Morenoff)



Semenjak Chris Jericho membuat debutnya di WWE pada tahun 1999, Jericho tidak pernah lekang dengan lagu tema ini. Dari tahun ke tahun, lagu ini hanya diubah secara minor sahaja kerana muzik ini memang sesuai dengan diri Jericho.

Sebelum lagu tema ini bermula, akan muncul jam yang menunjukkan countdown sebelum kemunculan Jericho. dari gimik Y2J sehinggalah gimik terbaru beliau sebagai penyelamat (save us).

Dan kemunculan Jerichi selepas lebih setahun menghilang sedang dinantikan oleh peminat WWE. Dan jika muncul jam countdown di titantron, peminat pasti sudah tahu itu adalah Chris Jericho.


14. Alberto Del Rio - Realeza 



Entah dari mana, tiba-tiba muncul seorang wrestler bernama Albero Del Rio di Smackdown pada bulan Jun tahun lepas. Del Rio muncul dengan kereta mewah setiap kali apabila ingin masuk ke gelanggang.

Oh ya. Semua kereta tersebut adalah kereta miliknya sendiri (kecuali kereta yang dihancurkan oleh wrestler lain selepas perlawanan).

Bagi aku, muzik ini sangat sesuai dengan pewatakan Del Rio sebagai seorang yang datang dari golongan aristokrat Mexico. Muziknya yang penuh dengan muzik tradisi Mexico ini memang tepat untuk mewakili beliau sebagai seorang yang bangga dengan akar umbinya.

Ditambah dengan personal ring announcer-nya sendiri, Ricardo Rodriguez, telah menambahkan lagi rencah dalam lagu tema ini.

Oh, ya. Lagu tema Del Rio ini sekarang menjadi ringtone SMS aku.


13. Batista - I Walk Alone (Saliva)



Lagu ini digunakan oleh Batista dari tahun 2005 (ketika beliau keluar meninggalkan stable Evolution) sehinggalah tahun 2010 (apabila beliau berhenti dari WWE).

Lagu ini merupakan nyanyian band american rock, Saliva. Lagu ini memang sesuai dengan attitude Batista dan gelaran beliau, The Animal.

Saliva ada menyanyikan beberapa lagu tema untuk wrestler lain tetapi semuanya gagal bertahan untuk menjadi lagu tema tetap kecuali lagu ini.


12. The Undertaker - Ain't No grave (Johnny Cash)



Ini merupakan lagu terbaru yang digunakan oleh The Undertaker. Undertaker menggunakan lagu ini sempena kepulangannya kembali ke WWE pada 21 Februari yang lepas untuk perlawanan menentang Triple H di Wrestlemania 27.

Sebaik mendengar lagu ini, aku rasa sangat lega. Sekuarng-kurangnya Undertaker sudah membuang lagu grave yard-nya yang sudah dipakai dari dulu lagi dan aku sudah mula bosan dengan lagu tersebut.

Ini bukan kali pertama Undertaker menggunakan lagu popular sebagai lagu temanya. Undertaker pernah menggunakan lagu Kid Rock, American Bad Ass, ketika kali pertama muncul dengan gimik penunggang motor Harley Davidson sebelum menukar menggunakan lagu Rollin' nyanyian Limp Bizkit.

Berkemungkinan besar, Undertaker hanya akan kembali pada Wrestlemania tahun hadapan kerana kecederaannya yang semakin serius. Mungkin juga perlawanan di Wrestlermania bakal menjadi perlawanan terakhir beliau untuk melengkapkan rekod tanpa kalah beliau di Wrestlemania kepada 20-0.


11. Randy Orton - Burn In My Light (Mercy Drive)



Semasa membuat debutnya di WWE pada tahun 2002, Randy Orton telah diberikan gelaran "legend in the making". Mungkin gelaran tersebut memang tepat buat beliau.

Setelah menempuh beberapa storyline dan beberapa perlawanan hebat selepas debutnya, beliau mengalami patah tangan. Sebaik sembuh, Orton menyertai stable bernama Evolution yang dianggotai oleh Triple H, Ric Flair, Batista dan juga Orton.

Orton merupakan ahli Evolution pertama yang keluar dari stable tersebut selepas memenangi World Heavyweight Championship. Sebaik sahaja keluar, Orton menggunakan lagu ini sebagai lagu tema.

Ditambah dengan pyro yang bercahaya emas dan mendapat gelaran The Legend Killer (kerana berjaya menewaskan beberapa lagenda WWE) lagu ini memang sesuai dengan Orton yang mendapat jolokan generasi emas.

==========

Ok. Sampai sini sahaja entri ini. Aku akan tunjukkan senarai top 10 dalam entri akan datang.

Rabu, 06 April 2011

Persamaan dan Perbezaan: Wrestler & Ahli Politik

Rasanya semua orang tahu siapa itu wrestler dan siapa pula ahli politik.

Semalam, ada seorang kawan aku yang ber-Tweet tentang wrestler (ahli gusti). Ayat terakhir yang ditulis oleh beliau tentang wrestler ialah, "Wrestler sekarang ni sama je macam ahli politik.. Microphone Abuser!"

Dari ayat tersebut, aku terus mendapat idea untuk menulis tentang persamaan dan perbezaan dua profession ini.

Wrestler bermaksud ahli gusti dalam Bahasa Malaysia. Rasanya kamu mesti kenal beberapa wrestler yang mempunyai nama besar seperti The Rock, Stone Cold dan Undertaker (sekadar menyebut beberapa nama).

Kamu mesti tahu apa maksud ahli politik kan? Sekumpulan orang yang selalu kuat bergebang untuk memancing undi rakyat dengan mengeji pihak lawan, mengeluarkan janji manis yang biasanya tak ditunaikan sampailah pilihan raya umum yang akan datang dan macam-macam lagi.

Cakap banyak tak guna, jom kita lihat persamaan dan perbezaaan dua profession ini.

Persamaan antara wrestler dan ahli politik


1. Microphone abuser & catchphrase

Semenjak Stone Cold Steve Austin memenangi pertandingan King of The Ring pada tahun 1996 dan memperkenalkan istilah Austin 3:16, WWE (ketika itu masih dikenali sebagai WWF) telah melangkah ke era baru yang di gelarkan The Attitude Era.

The Attitude Era memerlukan semua wrestler supaya lebih microphone friendly ataupun lebih pandai bercakap melalui microphone, bukan setakat tahu berlawan sahaja.

Oleh kerana itu, segmen untuk wrestler bercakap diwujudkan dalam WWE. Dan apabila wrestler sudah pandai bercakap, maka wujudlah catchphrase seperti "If you smell what The Rock is cookin", "Give me a Hell Yeah!", "I am The Game. And I am that damn good", It's true. It's damn true", "Welcome to Raw is Jericho" dan bermacam-macam lagi.

Bagi ahli politik pula, mereka juga suka dan pandai bercakap. Apabila disuakan microphone, mereka mesti akan bercakap secara panjang berjela walaupun soalan yang diberikan hanya memerlukan jawapan yang pendek.

Kadang-kadang, apa yang mereka katakan akhirnya menjadi catchphrase yang selalu diajuk oleh rakyat jelata seperti "Polis kata jangan!", "Dah lama dah", "Kita jumpa, kita lawan", "Saya sangat berbesar hati kerana para pemudi sudi menderma dara, tapi saya sedih hingga menitikkan air mata apabila para pemuda asyik menghisap dada", "Toll naik sikit, manyak marah saya. You ingat semua ini toll saya punya bapa punya kah!", "Saya gembira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Al-Arqam" dan lain-lain lagi.

Ok. Banyak pula catchphrase dari Sammy Vellu yang aku letak.


2. Suka mengeji pihak lawan/konfrontasi

Pergaduhan antara dua wrestler memang tidak sah jika tidak disertakan dengan sessi keji-mengeji pihak lawan.

Antara sebab kenapa wrestler perlu mempelajari kemahiran bercakap melalui microphone ialah kerana ia akan digunakan untuk mengeji dan mengkonfrontasi pihak lawan.

John Cena memanggil The Rock sebagai 'washed up has been', manakala The Rock pula memanggil John Cena 'Fruity pebbles and baby GAP'. 

Tak kurang juga dengan ahli politik apabila Datuk Seri 1Malaysia akan menggelarkan Nuar Berahim sebagai 'peliwat' manakala si Nuar Berahim pula akan menggelarkan Datuk Seri 1Malaysia sebagai 'ikut telunjuk bini'.


3. Disukai dan dibenci oleh peminat/rakyat

Setiap wrestler yang memegang watak face (watak baik) ataupun heel (watak jahat) mempunyai penyokong dan pembenci yang tersendiri.

The Rock dan John Cena memegang watak face, tetapi dibenci dan diminati oleh orang ramai. Peminat The Rock akan memuja The Rock dan membenci John Cena, begitulah juga vise versa-nya.

Tak jauh berbeza dengan ahli politik. Mereka juga disanjung bagaikan wira oleh sebelah pihak, tetapi dimaki sepenuh jiwa dari sebelah pihak yang lain.

Perlukan aku memberikan contoh? Rasanya kamu semua sudah pasti tahu bukan?



4. Bergerak dalam gabungan atau kumpulan

Tak semua wrestler mempunyai telur untuk bergerak secara solo. Jadi, untuk mengelakkan mereka dipukul secara berseorangan dan lebih mudah untuk memukul pihak lawan jika bergerak secara beramai-ramai.

CM Punk, David Otunga, Mason Ryan, Michael McGillicutty dan Husky Harris bergabung dan membentuk sebuah kumpulan atau gabungan yang bernama The Nexus.

Wade Barrett, Justin Gabriel, Heath Slater dan Ezekiel Jackson pula bergabung dan membentuk sebuah gabungan bergelar The Corre.

Begitu juga dengan ahli politik, mereka perlu bergabung untuk melawan pihak musuh. Hanya ahli politik bebas sahaja yang bergerak secara solo dan biasanya ahli politik bebas adalah golongan yang perasan mereka ini best sangat, konon-kononnya sedang menunggu salah satu pihak, kerajaan atau pembangkang, membuat tawaran untuk menyertai gabungan mereka.

UMNO, MCA, MIC, GERAKAN, PPP, PBB, SUPP, PBS, LDP, PBRS, UPKO, PRS dan SPDP bergabung untuk membentuk gabungan yang diberi nama National Front ataupun Barisan Nasional.

PKR, PAS, DAP dan SNAP pula bergabung untuk membentuk gabungan yang digelar People's Alliance ataupun Pakatan Rakyat.


5. Selalu claim/anggap mereka merupakan juara di hati peminat/rakyat

Setiap wrestler akan menganggap mereka adalah kegemaran peminat. Mereka sering mendapat sokongan dari semua peminat. Mereka adalah juara di hati rakyat.

The Rock sering memanggil peminat beliau sebagai Team Bring It dan menggelarkan diri beliau sebagai The People's Champion.

John Cena pula sering memanggil peminat beliau sebagai The Chain Gang dan mengganggap peminat semua meminati beliau.

Tak jauh berbeza dengan ahli politik. Mereka selalu menganggap yang beliau ialah pilihan rakyat. Ada pihak yang membuat catchphrase "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" dan juga "Jangan bekerja untuk saya, tapi bekerja bersama-sama saya.".

Ada pula yang terus menamakan gabungan mereka sebagai Pakatan Rakyat.

==========

Perbezaan antara wrestler dan ahli politik


1. Keberanian

Kalau ada 2 wrestler yang tidak puas hati antara satu sama lain, mereka akan memaki hamun pihak lawan melalui microphone, dan kemudian bergaduh dengan lawan yang mereka benci itu.

Mereka semuanya berani. Mereka akan bertembung dengan lawan mereka secara face-to-face untuk menundukkan lawan mereka.

Berbeza dengan ahli politik, mereka hanya akan memaki hamun lawan mereka melalui microphone sahaja. Jumpa face-to-face? Jauh sekali.

Seriously, bila kali terakhir kita melihat Najib dan Anwar ada di tempat atau di dalam gambar yang sama?


2. Cara menentukan kalah-menang

Hanya ada satu cara untuk menentukan kalah-menang dalam dunia gusti, iaitu masuk ke dalam gelanggang dan bergusti.

Bagi mereka, pemenang akan ditentukan melalui satu perlawanan dan pihak yang lebih gagah dan kuat akan diangkat sebagai pemenang.

Darah, peluh dan tubuh badan menjadi pertaruhan dalam perlawanan tersebut.

Hanya ada satu cara untuk menentukan kalah-menang dalam dunia politik, iaitu pilihanraya umum ataupun pilihanraya kecil. Ok, itu dah jadi 2 cara sebenarnya.

Bagi mereka, pemenang akan ditentukan melalui satu pilihanraya dan pihak yang mendapat undian tertinggi akan diangkat sebagai pemenang.

Banner, poster dan sessi berkempen menjadi pertaruhan dalam pilihanraya tersebut.

Oh! Jangan lupa pengundi hantu juga.


3. Taktik untuk menjatuhkan pihak lawan

Hanya ada satu cara untuk menjatuhkan pihak lawan dalam dunia gusti, iaitu dengan mengalahkan mereka dalam perlawanan. Mereka akan dianggap hilang maruah apabila mereka tewas dalam perlawanan.

Pihak yang menang boleh menganjing pihak yang kalah kerana pihak yang kalah sudah kehilangan modal untuk bersuara dan mereka terpaksa mengaku yang mereka memang seorang sore loser. 

Manakala taktik menjatuhkan pihak lawan ialah dengan mengutarkan fitnah, mengeji pihak lawan, mengutuk selagi ada modal untuk mengutuk pihak lawan dan yang paling baru, menyebarkan video seks.

==========

OK. Cukuplah sampai di sini sahaja.

Rabu, 09 Maret 2011

WOTS TOP TEN LIST: 10 Wrestler WWE Kegemaran Aku

Ok. Mesti ada yang akan kata, "apa la kau minat tengok wrestling. Kan benda tu semuanya lakonan. Dia dah tentukan dah sape menang sape yang kalah. Lepas tu siap ada segmen cakap-cakap pulak. Apa da...", bila aku menulis tentang wrestling atau dalam bahasa ibunda, gusti.

Wrestling adalah lakonan, sama seperti filem Sylvester Stallone yang berjaya membunuh semua askar Vietnam seorang diri ataupun cerita Pontianak dan Serigala Jadian, Twlight. Kamu boleh baca lebih lanjut dalam entri aku yang terdahulu di sini untuk penjelasan aku secara panjang lebar tentang wrestling.

Semenjak beberapa minggu yang lepas, The Rock telah membuat kepulangan secara mengejut dan bakal dilantik sebagai host untuk WrestleMania XXVII dan Stone Cold Steve Austin juga kembali dan menjadi pengadil jemputan untuk perlawanan antara Jerry Lawler dan Michael Cole.

Kembalinya 2 wrestler popular era 90'an ini telah membuatkan ramai penggemar wrestling yang sudah lama tidak menonton wrestling kembali membuka channel 811 Astro setiap Selasa 10 malam untuk menonton kembali.

Sebagai peminat wrestling, mesti masing-masing punya wrestler kegemaran masing-masing. Begitu juga aku. Jadi, aku mempersembahkan WOTS TOP TEN LIST: 10 Wrestler WWE Kegemaran Aku.

10. Triple H


Rasanya semua penggemar wrestling mesti kenal siapa Triple H. Salah seorang watak heel (watak jahat) yang terkenal dengan keganasan tahap tak bertapis. Bila mengamuk asyik nak capai sledge hammer dan salah seorang ahli stable paling berpengaruh dalam sejarah WWE, D-Generation X.

Triple H membuat debut denga nama gelanggang Hunter Hearst Helmsley, seorang yang berdarah bangsawan. Tapi dia tak lah popular dengan gimmick ini. Akhirnya dia menggunakan gimmick Triple H dan berjaya melonjakkan tahap popularitinya.

Satu benda yang aku suka tentang Triple H, masa dia memegang watak heel, dia memang sangat jahat sampai aku sendiri benci dengan dia. Tapi tak dapat menandingi perasaan benci aku pada Justin Bieber-lah. Paling geram bila dia capai sledge hammer dan hentak lawannya.

Dulu, Triple H adalah wrestler yang aku gemari sampaikan aku ada beli baju Triple H. Tapi selepas berkahwin dengan anak perempuan tuan punya WWE, Stephanie McMahon, aku tengok Triple H dah mula over expose dan mula membosankan. Dia asyik mendapat limelight berlebihan sehingga membunuh karier wrestler lain. 

Tapi macam mana pun, Triple H layak berada di tangga ke-10 dalam list ini.


9. Shawn Michael


Siapa yang mengaku minat wrestling, tapi tak kenal Shawn Michael. Dia memang gila!

Shawn Michael membuat debut pada tahun 1988 selaku tag team paling senggama dalam sejarah WWE, The Rockers. Shawn kemudian memulakan karier sebagai wrestler solo yang memegang pesona seorang lelaki playboy dengan gelaran 'The Heart Breal Kid' dan kemudian menubuhkan D-Generation X.

Walaupun Shawn Micheal bertubuh kecil, tapi dia mempunyai semangat dan skill wrestling yang baik. Shawn Michael juga berani melakukan aksi berani mati. Setakat terjun dari sangkar setinggi 20 kaki, memang masalah.

Antara yang menjadi icon buat Shwan Michael ialah beliau adalah orang yang mempopularkan ladder match. Beliaulah yang mula-mula memperkenalkan ladder match dan berani membuat aksi berani mati menggunakan tangga.

Tahun lepas, Shawn Michael bersara selepas tewas ditangan The Undertaker di Wrestlemania. Apa-apa pun, Shawn Michael memang seorang show-stopper dan Mr. Wrestlemania.


8. Jeff Hardy


Jeff Hardy lebih banyak menjadi pujaan para gadis kerana kejambuan muka beliau (tapi Jeff Hardy suka serabutkan muka dia dengan jambang, buat rambut style pelik-pelik dan dye rambut warna pelik-pelik. Mungkin nak lari dari stereotype muka jambu), tapi aku kagum dengan skill pelik dan berani mati dari beliau.

Jeff dan abangnya, Matt menyertai WWE pada tahun 1998 sebagai tag-team paling extreme bernama The Hardy Boyz. Tak lama lepas tu, seorang perempuan sexy dan hot yang mempunyai skill berani mati, Lita, menyertai mereka dan menubuhkan Team Extreme.

Jeff Hardy menjadikan Shawn Michael sebagai idola. Jadi tak hairanlah skill Jeff Hardy juga sama extreme dengan isolanya. Tapi Jeff Hardy lebih gila! Dia pernah lompat dari tempat setinggi 40 kaki dan terjun ke atas lawannya.

Setakat jatuh terhempas dari tangga setinggi 16 kaki, kena hempas atas meja, terjatuh atas lantai simen... Itu semua aksi extreme yang biasa Jeff Hardy buat. Jeff Hardy suka melakukan aksi yang diluar jangkaan orang, lagi-lagi kalau bertanding dalam ladder match.

Sekarang Jeff Hardy, bersama abangnya, bergusti di syarikat seteru WWE, NWA. Aku kecewa WWE tak push Jeff Hardy sampai dia merajuk dan angkat kaki ke NWA. Aku harap dia akan kembali semula ke WWE.


7. Kurt Angle


Aku ingat lagi debut Kurt Angle semasa Survivor Series 2008. Boring betul match tersebut. Tapi Kurt Angle cepat belajar dan berjaya menjadi antara wrestler yang mempunyai tahap teknikal yang baik.

Kurt Angle adalah satu-satunya professional wrestler yang memenangi pingat emas dalam acara Gusti Roman-Greco di Sukan Olimpik.

Kurt Angle memulakan karier beliau sebagai seorang heel (watak jahat). Tapi sememangnya Kurt Angle memang hebat melakonkan watak heel.

Kurt Angle bukan setakat wrestler yang mempunyai skill microphone yang baik, tapi juga dari segi teknikal. Kurt Angle memulakan karier sebagai wrestler yang hanya tahu membuat skill grapple (angkat lawan) yang biasa sehinggalah dia berjaya mengangkat Big Show yang seberat 500 paun dan menjadi pakar dalam gerakan submission (gerakan kunci untuk memaksa pihak lawan mengaku kalah). Skill Ankle lock beliau adalah antara skill submission yang menjadi icon hingga ke hari ini.

Aku terkilan apabila Kurt Angle meninggalkan WWE kerana tidak berpuas hati kerana WWE telah mencampakkan beliau ke ECW roaster. Kadang-kadang WWE ni bangang juga sebab selalu buat gerakkan yang membuatkan wrestler mereka kecik hati dan meningglkan syarikat mereka.


6. Chris Jericho


"Welcome to Raw is Jjjeeerrriiiccchhhooo!!!"

Itulah catchphrase yang selalu diguna pakai oleh Chris Jericho semasa mula-mula perlibatan beliau. Wrestler yang berasal dari Winnipeg, Manitoba, Canada ini membuat debut pada tahun 1999 dengan pesona Y2J (parody kepada Y2K bug yang menggangu sistem komputer semasa tahun 2000).

Walaupun Jericho mempunyai tubuh badan yang kecik, tapi Jericho mempunyai skill yang hebat. Dia juga boleh mengalahkan lawan yang mempunyai badan yang lebih besar dari beliau kerana dia mempunyai pelbagai skill yang boleh disesuaikan untuk setiap lawan.

Dia mempunya skill grapple. Dia juga mempunyai areal skill (skill lompat-lompat) yang hebat dan yang paling penting sekali, skill submission-nya, Wall of Jericho, yang mampu menyeksa lawannya sehingga mengaku kalah. Secara jujur, aku pernah buat skill Wall of Jericho pada kawan aku dulu sewaktu sekolah dan skill ini memang berjaya membuatkan kawan aku mengaku kalah... dan juga menangis.

Chris Jericho lebih hebat membawa watak heel (watak jahat) dari membawa watak baik (face). Satu benda yang aku kagum dengan Jericho ialah skill microphone-nya. Skill Jericho menganjing dan mengutuk pihak lawan memang berada di tahap legend. Tapi belum sampai tahap sehebat The Rock.


5. John Cena


Aku tahu, ramai yang benci John Cena sebab John Cena membawa watak wrestler baik yang mencapai tahap sangatlah baik dan boleh dijadikan contoh idola untuk kanak-kanak sekolah. Aku tak main-main. John Cena memang menjadi icon kanak-kanak di Amerika sehinggakan WWE sanggup mengurangkan aksi ganas melampau dalam rancangan mereka semata-mata kerana peminat John Cena kebanyakannya adalah berumur bawah 18 tahun.

Oleh kerana sikapnya yang terlampau baik, dia sering di booo oleh peminat WWE. Tapi bagaimanapun, aku tetap respect John Cena.

Selepas pemergian superstar besar WWE seperti The Rock dan Stone Cold, dan kemudian kematian Eddie Guerrero dan Chris Benoit, menyebabkan WWE jatuh ke lembah gelap. Rating WWE jatuh secara mendadak dan aku sendiri berhenti menonton wrestling untuk seketika.

WWE mengambil inisiatif untuk memberikan push kepada 3 wrestler baru iaitu John Cena, Randy Orton dan Batista untuk menggantikan semua superstar tersebut. Ternyata langkah itu berjaya. John Cena menjadi salah satu bnama besar dalam industri ketika ini dan berjaya membawa WWE kembali ke kemuncak.

Skill John Cena boleh dikategorikan sebagai biasa-biasa sahaja tetapi kekuatan fizikal beliau telah menjadi aset utama. Setakat angkat Big Show seberat 500 paun memang senang-senang sahaja.

John Cena membuat debut pada tahun 2002. Aku ingat lagi perlawaan pertama John Cena ialah menentang Kurt Angle dalam rancangan Samckdown! Kurt Angle menang perlawanan tersebut tetapi terpaksa berhempas pulas dan John Cena berjaya menunjukkan kebolehan beliau dan membuka mata peminat WWE.

Skill microphone John Cena boleh tahan juga. Kalau dah start menganjing orang, susah nak berhenti.


4. John Morrison


Mesti ramai yang terkejut kenapa mamat ni boleh ada dalam list aku.

John Morrison membuat debut di WWE pada tahun 2004 sebagai Johnny Blaze, sebelum menukar namanya kepada johnny Spade pada minggu hadapannya dan menukar namanya kepada Johnny Nitro 3 minggu kemudian. Dia kemudian meninggalkan WWE dan dihantar semula ke pusat latihan untuk memantapkan skillnya.

Johnny Nitro kembali bersama Joey Mercury dan menubuhkan tag team bernama MNM. Tak lama kemudian, mereka berpecah dan Johnny Nitro bergerak secara solo dan mengubah nama beliau kepada John Morrison.

Kelebihan John Morrison ialah dia berjaya menggabungkan skill wrestling dengan skill parkour. Gabungan kedua-dua skill ini berjaya menghasilkan skill baru yang jarang kita tengok dari wrestler lain.

Mari kita lihat kehebatan skill parkour John Morrison di Royal Rumble:



Yang ini semasa Elimination Chamber. John Morrison bergayut pada atap sangkar setinggi 30 kaki sebelum melompat ke bawah:



John Morrison masih muda dan masih banyak skill yang boleh dipertingkatkan. Aku harap WWE jaga dia baik-baik. Jangan sampai dia juga pergi ke NWA.


3. Chris Benoit


Chris Benoit adalah wrestler yang berasal Montreal, Quebec, Kanada. Beliau membuat debut di WWE pada tahun 2000.

Chris Benoit adalah salah seorang wrestler yang lengkap. Beliau mempunyai teknikal skill yang baik. Skill grapple yang baik. Dan yang paling penting sekali, submission skill yang berstatus tahap legend.

Sesiapa yang kena skila submission Chris Benoit, memang terus mengaku kalah. Teori ini sohih betul sebab aku sendiri pernah apply skill ini pada kawan aku. Naik biru jugaklah muka kawan aku tu hahaha..

Dikala dia di puncak kariernya, seluruh warga WWE tergempar apabila mendengar berita yang Chris Benoit telah terlibat dengan kes murder-suicide. Dia telah membunuh isteri dan anak lelakinya sebelum membunuh diri di rumah mereka di Fayetteville, Georgia, Amerika.

Benoit dikatakan sedang ketagih ubat tahan sakit dan akibat gangguan mental. Untuk bacaan lanjut tentang kes tersebut, kamu boleh baca di sini.

WWE mengambil langkah drastik untuk memadam segala rekod Chris Benoit dalam rekod sejarah kejuaraan WWE. Tindakan WWE adalah untuk menjaga imej syarikat. Tapi adalah sedikit melampau apabila WWE memadamkan semua rekod termasuk di dalam website WWE, bagaikan Chris Benoit tidak pernanh wujud di dalam sejarah WWE.

Apa-apa pun, R.I.P. Chris Benoit.


2. Randy Orton


Wrestler yang terkenal dengan gelaran The Viper ini berjaya berada di tangga ke-2 dalam list senarai wrestler kegemaran aku ini.

Randy Orton membuat debut pada tahun 2002, sama seperti John Cena. Randy Orton telah diserap kedalam stable bernama Evolution yang diketuai oleh Triple H. Randy Orton menjadi salah satu wrestler yang telah di push oleh WWE selain John Cena dan Batista untuk menggantikan superstar yang sudah hilang.

Randy Orton berjaya mendapat breakaway apabila memenangi kejuaraan World Heavyweight Champion dan menjadi juara termuda kejuaraan tersebut.

Randy terus membina reputasi sebagai penggusti solo sehinggalah dia menubuhkan stable-nya sendiri, The Legacy. Orton kemudian memenangi beberapa kejuaraan WWE Championship.

Randy Orton tidak mempunyai badan yang sasa seperti John Cena tetapi dia mempunyai skill wrestling yang unik dan mempunyai kepantasan yang menakjubkan. Skill penyudah beliau, RKO, adalah antara skill yang unik dan terbaik.

Beliau boleh membawakan watak baik dan jahat dengan baik, tapi aku lebih suka dia membawa watak jahat. Bagi aku, dia antara wrestler yang mampu membawa watak jahat yang paling kejam dalam sejarah WWE.


1. The Rock


"If you ssssssmmmmmmeeeelllllllllll.... What The Rock, is cookin'?"

Siapa yang tak kenal The Rock, memang peminat wrestling yang poseur.

The Rock membuat debut pada tahun 1996. Beliau mengunakan pesona lelaki baik yang digelar sebagai Rocky Maivia. Beliau telah diejek oleh peminat kerana mendapat perhatian melampau walaupun tidak mempunyai pengalaman dalam dunia wrestling ketika itu. Dia kemudian ditukarkan menjadi watak jahat dan menjadi ketua kepada stable yang dianggotai oleh bangsa berkulit hitam, Ngero, Nation of Domination.

Semenjak itu, The Rock mula mendapat perhatian dari peminat. Beliau kemudian di push menjadi watak baik kembali dan menjadi antara wrestler kegemaran ramai.

Skill The Rock memang tidak boleh dipertikaikan. Dia mempunyai skill teknikal yang baik, skill submission dan juga kepantasan. The Rock sentiasa memperkenalkan skill baru dalam setiap perlawanan supaya penonton tidak bosan dengan beliau.

Selain itu, The Rock juga mempunyai skill microphone yang luar biasa. Bila The Rock sudah memegang microphone, bersedialah untuk hiburan jenaka yang baik. The Rock pandai membuat lawak dan paling hebat menganjing lawannya.

The Rock bersara dari arena gusti pada tahun 2004 untuk menumpukan perhatian kepada karier lakonannya. Tapi beliau telah membuat comeback pada tahun ini untuk menjadi host Wrestlemania.

==========

Itulah senarai wrestler kegemaran aku. Minta maaflah jika wrestler kegemaran kamu seperti Stone Cold dan The Undertaker tiada dalam senarai ini. Dulu aku minat juga mereka berdua ni, tapi lama-lama aku sudah kurang minat. Masing-masing ada pilihan dan citarasa sendiri kan?

Minggu depan aku akan buat senarai wrestler perempuan kegemaran aku pula.

Jumat, 30 Juli 2010

Kenapa aku suka WWE?


WWE ialah acronym kepada World Wrestling Entertainment.

WWE ialah sebuah badan gusti profesional yang berpangkalan di Stamford, Connecticut, Amerika. Vince McMahon merupakan chairman dan CEO untuk WWE. Dia juga merupakan pengasas idea bagi merevolusikan gusti profesional dengan gaya baru seperti mencipta pesona Hulk Hogan, mencipta 'The Attitude Era' dan banyak lagi. Dahulunya dikenali sebagai WWF (World Wrestling Federation) dan terpaksa menukar nama syarikat kepada WWE pada 5 Mei 2002 selepas kalah kepada World Wide Fund of Nature (WWF).

Ok. Aku bukan nak cerita sejarah wrestling. Tapi aku nak bercerita tentang sebab dan musabab kenapa aku minat WWE.

Aku memang biasa dengar kawan-kawan lelaki aku yang anti WWE selalu kata, "apa la kau minat tengok wrestling. Kan benda tu semuanya lakonan. Dia dah tentukan dah sape menang sape yang kalah. Lepas tu siap ada segmen cakap-cakap pulak. Apa da..."

Kalau kawan perempuan aku pulak biasa cakap macam ni, "Aku paling benci kalau laki tengok wrestling. Apa la tengok cerita gaduh-gaduh ni. Ganas pulak tu." 

Ada yang lebih extreme, "Aku kalau dapat tau je balak aku minat wrestling, memang aku reject." Setakat ini, 4 orang kawan perempuan aku pernah mengungkap ayat tadi dan 2 daripadanya dapat boyfriend yang minat wrestling. Padan muka. Apahal tak reject pulak balak tu?

Ramai orang mempertikaikan wrestling. Ada yang kata ganas lah, ada yang kata lakonan semata-mata, ada yang kata mengarut lah dan bermacam lagi sebab. Sebenarnya wrestling adalah sama sekali dengan TV Series dari Amerika, drama swasta dan filem yang kamu tengok di wayang.

Ramai yang mendebatkan yang wrestling adalah satu lakonan. Segala gerakan, pukulan, penerajang dan keputusan kalah menang telah diatur dan ditentukan sebelum perlawanan bermula. Ya, aku tahu. Sebelum aku mumaiyz aku dah tahu yang wrestling adalah satu lakonan.

Memang wrestling ialah satu lakonan dan semua pergerakan telah dirancang. Tapi apa bezanya dengan filem action yang kau tonton di filem. Aksi tumbuk-menumbuk dalam filem. Hero boleh bergaduh berjam-jam lamanya tanpa rasa penat. Walaupun darah dah banyak yang keluar, walaupun dah kena kepung dengan 20 orang, selamba boleh kalahkan semua.

Segala aksi ganas dan pergerakan ketika bertarung sudah pun tertulis di dalam skrip. Dan jika pelakon utama adalah seorang yang kaku berlakon, hancus dalam babak pergaduhan dan hanya mengharapkan muka yang jambu, pengarah akan sebut "cut" dan pelakon tersebut akan mencuba berlakon babak yang sama untuk beberapa kali lagi sampai babak tersbut menjadi seperti dalam skrip.

Wrestling adalah lakonan? Sama kan dengan filem yang kamu tonton di wayang kan?

Ada yang kata wrestling mengarut sebab ada babak pengusti bertikam lidah di hadapan penonton, ada babak dimana kawan baik dalam tag-team akan mengkhianat kawannya, kawan makan kawan, teman wanita curang dan pergi bermain cinta dengan penggusti yang lain dan macam-macam lagi.

Apa bezanya dengan drama atau filem yang kamu tonton? Babak adik-beradik atau shareholders bergaduh dalam meeting room depan orang ramai sebab nak rampas harta, ada! Babak kawan makan kawan untuk kepentingan diri (kalau drama TV3, makan kawan/adik/abang/kakak/bapak sendiri sebab nak berebut harta), ada! Teman wanita curang dan bermain cinta dengan lelaki lain yang lebih kaya dan kacak, ada! Semua babak dalam wrestling juga ada dalam drama dan filem.

Bagi aku, wrestling adalah sama dengan drama atau filem yang biasa kita tonton selama ini. Bezanya dalam drama dan filem, cara mereka menyelesaikan masalah adalah apabila watak baik berjaya mematahkan strategi si watak jahat dengan membocorkan rahsia si watak jahat di depan orang ramai, berlaku pergaduhan kecil dan polis datang dan menangkap si watak jahat sebagai penutup jalan cerita.

Dalam wrestling pula, si watak baik akan berjaya mematahkan strategi si watak jahat dengan cabar-mencabar  dengan mikrophone di depan penonton, berlaku pergaduhan secara besar-besaran dan terang-terangan di atas gelanggang dan pengadil mengangkat tangan si watak baik selepas memenangi pertarungan sebagai penutup jalan cerita.

Bagi aku, wrestling bagaikan satu soap opera atau teater. Satu drama kisah kehidupan harian yang di pentaskan secara langsung tanpa sebarang "cut" dari si pengarah. Satu perbalahan yang disiarkan di pentas secara langsung buat si penonton yang mahukan hiburan yang berlainan dari drama dan filem yang sering ditonton di televisyen. Satu lakonan yang dipentaskan yang menonjolkan sifat sebenar manusia untuk menjadi penilaian dan pengajaran kepada para penonton.

Wrestling menggambarkan kehidupan dan sifat sebenar manusia. Penuh dengan babak-babak manusia yang sanggup membuat apa saja untuk mendapatkan apa yang mereka ingin miliki. Penuh dengan sikap khianat, hasad dengki, kawan makan kawan, kecurangan, penipuan, penyatuan, persahabatan, membela keadilan, menunukkan sifat semangat yang membara dan menggambarkan bagaimana manusia boleh berjaya kalau kuat berusaha, dari seorang penggusti kecil yang baru bertapak di WWE sehingga dia akhirnya memenangi tali pinggang kejuaraan WWE.

Kenapa aku suka WWE? Kerana ia hiburan yang bertopengkan sifat kemanusian yang sebenar.