
Selasa, 30 Juni 2009
KEMPEN DERMA DADAH? APA KEJADAHNYA NI?

Selasa, 09 Juni 2009
NOKIA MELANCARKAN PRODUCT LINE TERBARU
Sabtu, 04 April 2009
A PICTURE'S WORTH A THOUSAND WORDS DAN HIATUS LAGI
Sesiapa yang tak kenal mamat dua ekor dalam gambar ni, yang tengah berdiri tu namanya Frank Lampard dan yang tengah menonggeng tu namanya John Terry.Jumat, 07 November 2008
SETIAP MANUSIA PASTI AKAN MELAKUKAN KESILAPAN
Ya!! Memang telah tertulis yang tiada manusia yang di ciptakan sempurna tanpa melakukan kesilapan (kecuali Nabi Muhhammad S.A.W.), jadi tidak hairanlah kalau kamu akan melakukan kesilapan dalam hidup kamu.
Kadang kala, ada manusia yang selalu melakukan kesilapan di dalam hidup mereka. Ada yang amat berhati-hati dalam membuat sesuatu tindakan, namun masih juga melakukan kesilapan.
Ada manusia yang sering melakukan kesilapan mereka tetapi kesilapan yang dibuat adalah kesilapan yang kecil dan kesilapan yang dibuat tidak membeikan kesan atau impak buruk terhadap kehidupan mereka.
Ada manusia yang amat jarang membuat kesilapan. Mungkin hanya melakukan 1 kesilapan sahaja sepanjang kehidupan mereka tetapi kesilapan yang dibuat adalah amat besar hingga mampu memusnahkan hidup mereka.
Ada juga yang membuat kesilapan dan menjadi bahan ketawa dan hiburan terhadap kesilapan yang mereka buat. Contohnya ada pada gambar dibawah:
.jpg)
Ok, mungkin kurang jelas. Biar aku zoom kan kepada kamu...
.jpg)
Ya!!! Tertulis di situ "PINTU KECESAMAN". Sepatutnya "PINTU KECEMASAN". Inilah contoh kesilapan yang sering menjadi bahan ketawa orang...
Ehem... Intro entri ni bunyi macam serius sahaja. tapi sampah je isi nya... Hehehe...
======================================
Aku dah update episod cerpen yang baru di Tears Don't Fall.....
Rabu, 22 Oktober 2008
.....DAN AKU BERHARAP PANDANGAN WANITA TERHADAP LELAKI AKAN BERUBAH SELEPAS MEMBACA ENTRI INI
Maaf... Aku agak jarang-jarang mengupdate blog aku sejak kebelakangan ini. Bukan aku malas atau sudah bosan dengan dunia blog, tetapi aku kurang sihat atau stabil sejak kebelakangan ini.
Malah, aku juga agak jarang melawat blog rakan-rakan kerana aku sering tertidur cepat dan tertidur tanpa aku sedar. Maksudnya, semasa aku mahu membuka laptop aku pada pukul 11 malam, bila aku buka suis, aku tutup mata sekejap, dan sedar-sedar sudah pukul 9 pagi.
Tabiat batuk dengan teruk semasa tidur membuatkan kawan-kawan serumah ku berasa tidak tenteram dan selesa mahu tidur. Maafkan aku ya kawan-kawan serumah.
Dalam aku tidak sihat, aku ada melayari internet dan terjumpa keratan akhbar ini di blog atau website seseorang... Aku tidak ingat di mana. Cuba baca keratan akhbar di bawah.
[Klik pada gambar untuk saiz yang lebih besar]
Aku, aku terangkan sedikit kepada kamu. Menurut survey yang dijalankan, merenung ke atau melihat breasts (buah dada dalam bahasa ibunda kita) adalah baik untuk kesihatan seseorang lelaki dan boleh memanjangkan umur.
Melihat buah dada (aku rasa baik aku guna istilah breasts saja. Lebih manis bunyinya) selama 10 minit adalah sama baik dengan bersenam di gym selama setengah jam. Merenung breast mampu merendahkan tekanan darah dan mampu mengelakkan serangan jantung.
Jadi, mulai hari ini, aku ingin menyeru kepada para wanita supaya jangan salah anggap kepada kami kaum lelaki kerana merenung ke arah breast kamu. Kami hanya ingin menjadi lebih sihat dan hidup lebih lama. Jangan anggap kami mata keranjang. Kami lakukannya untuk kesihatan (hehehehe.....). Kami pun bukan nak sangat merenung breasts kamu semua (ketawa nakal... huhuhu...).
Kepada kaum wanita, jangan marah jika kawan-kawan atau teman lelaki kamu merenung ke arah breasts kamu. Ini semua adalah untuk kesihatan (ketawa lagi... Hahahahaha...)
Aku mula terfikir kini. Mungkin Hugh Hefner (orang yang mencipta Majalah Playboy), masih panjang umur walaupun kini berumur 82 tahun. Adakah dia panjang umur kerana selalu melihat breast model-model yang berbogel dalam majalah Playboy dan di Playboy Mansion nya? Entahlah... Mungkin sahaja kot?
================================
Aku dah update episod baru cerpen aku di Tears Don't Fall. Dah abis dah cerita ni.
Kamis, 16 Oktober 2008
KENAPA KUALITI KERJA PEKERJA DI SEKTOR KERAJAAN KURANG BERBANDING SEKTOR SWASTA
Umum sudah tahun yang kualiti kerja bagi staf di Sektor Kerajaan adalah kurang sedikit berbanding pekerja di Sektor Swasta.
Ok. Mungkin kurang banyak.
Tidaklah aku menuduh semua pekerja di Sektor Kerajaan begitu (masih ada yang berkualiti tinggi, tapi tidaklah begitu ramai) tetapi boleh dikatakan 80% (atau mungkin lebih) mengamalkan gaya kerja ala-kadar.
Aku pernah bekerja di Telekom Malaysia (kini namanya TM). Aku rasa mungkin pada masa itu, TM baru mengubah portfolio syarikat mereka dari Sektor Kerajaan ke Sektor Swasta.
Cara pekerja mereka bekerja memang memeningkan kepala aku. Ada seorang pekerja Sales Departmen, duduk di pejabat sepanjang hari. Tidak keluar untuk mencari pelanggan.
Jika kamu bekerja di City Bank, dan kamu adalah bekerja di Bahagian Sales, kamu tidak patut berada di pejabat sepanjang masa. Kamu hanya perlu punch-in, kemudian keluar mencari pelanggan supaya mencapai target sales untuk bulan tersebut.
Itu tak campur pula dengan seorang makcik kerani yang tiap pukul 12 tengahari sudah pulang ke rumah kerana ingin menonton rancangan Diari Akademi Fantasia (pada musim tersebut, Diari AF keluar pada pukul 12:30 tengahari dan 8:30 malam) dan hanya pulang pada pukul 3 petang.
Kalau hari Jumaat petang pula, memang jarang-jaranglah mereka akan pulang ke pejabat setelah lunch our.
Kawan aku, ABC, yang bekerja di Agro Bank (baru diswastakan pada pertengahan tahun ini), dengan nama asal Bank Pertanian, juga memberi komen yang sama terhadap rakan sejawat dia di pejabat.
ABC ni selalu jugalah marah kepada pekerja lain kerana cara kerja mereka yang acuh tak acuh itu. Tak masuk lagi dia pernah memarahi bossnya dengan ayat "Bos ni lembap la!!!"
Kenapa perkara tersebut terjadi? Mungkin kerana mereka yang bekerja dengan kerajaan telah menetapkan "mind set" didalam kepala mereka, "Ala, kerja kerajaan ni selamat sikit. Kalau malas pun tak pe, tak kan kena buang kerja."
Ini mungkin menjadi salah satu faktor utamanya. Setelah mengkaji serba sedikit tentang perkara ini, aku akhirnya berjaya menjumpai punca yang menyebabkan sikap pekerja di Sektor Kerajaan menjadi sedemikian rupa.
Mereka tersalah tafsir maksud "Sentiasa memberikan 100% dalam pekerjaan" menjadi seperti gambar di bawah:
Dan sekarang, baru kita tahu kenapa mereka bersikap demikian....
Aku dah update episod baru cerpen aku di Tears Don't Fall.
Senin, 28 Juli 2008
LAGI GAMBAR PELIK
Aku tidak berapa pasti adakah gambar ini benar atau tidak. Tapi kalau di lihat-lihatkan, macam betul sahaja gambar ini.
Cuba anda lihat dan menilai sendiri.
Klik pada gambar untuk saiz yang lebih besar.Adakah ini kesan daripada kenaikan minyak?
Tapi patut drive lori ini letak dengan tulisan yang lebih besar, supaya semua pemandu di jalanraya atau lebuhraya boleh nampak.
Sangkut kain rentang sebesar-besarnya ke supaya semua boleh nampak.
Entahlah... Dunia dan maju. Zaman dah berubah....
Aku dah update episod baru di Tears Don't Fall.
Selasa, 22 Juli 2008
APA YANG GANJIL PADA GAMBAR INI?
Aku mahu menguji ketajaman mata dan kepekaan mida kamu semua hari ini.
Caranya mudah sahaja. Kamu semua hanya perlu melihat gambar di bawah dan teka, apa yang salah, ganjil, pelik, atau tak kena pada gambar yang di tunjukkan.
Ok. Kita mula. Apa yang salah, ganjil, pelik, atau tak kena pada gambar di bawah?

Tengok betul-betul ya?
Dapat tak jawapan?
Tak dapat? Tengok lagi gambar tu betul-betul
.
.
.
Pada sesiapa yang dah dapat, tahniah. Yang tak dapat tu, aku bagi klu. Tengok apa yang aku bulatkan pada gambar bawah ni.
Ok. Kamu mesti dah dapat kan?
Jawapannya, ada gambar Bandi Amuk pada iklan keropok lekor ini.

Aku tidak pasti samada syarikat keropok lekor ini ambil dia sebagai model atau duta untuk produk mereka atau memang Bandi Amuk yang menubuhkan syarikat untuk mengusahakan keropok lekor ini.
Malah kawan aku juga cakap yang ada serbuk kari yang juga terpapar muka beliau di pek pembungkusan tersebut.
Apa-apa pun, tahniah aku ucapkan pada Bandi kerana telah maju setapak lagi dalam kerjaya beliau. Semoga berjaya Bandi. Yeah, YYYEEEAAAHHH!!!!!!!
Aku dah update episod baru di Tears Don't Fall.


