Sabtu, 28 Februari 2009

H.I.A.T.U.S.

Sorry lama tak update.

Aku tengah busy gila dengan thesis dan beberapa perkara dalam hidup aku ni.

So dengan ini, aku mengumumkan yang aku nak bercuti memblogging sebentar. Mungkin dalam seminggu kot.

So, harap menunggu update aku nanti ya?

Cuti ini juga termasuk pada blog Tears Don't fall.

Bye and take care.

Kamis, 19 Februari 2009

KENAPA SUPERHERO LUAR NEGARA TIDAK MUNCUL DI MALAYSIA? PART 3

Maaf. Lama tak update. Agak sibuk dengan thesis hari ini.

Ok. Mari kita terus menyusuri bahagian ke-3 untuk entri separa bosan ini.

GHOST RIDER
Nama: Ada 3 watak yang pernah memegang watak Ghost Rider ni. Carter Slade, Johnny Blaze (bersara dari jadi Ghost Rider. Superhero pun boleh bersara?) dan Danny Ketch.

Kebolehan: Kekuatan superhuman, boleh mengawal api samada api biasa atau api dari neraka (ye la tu), boleh travel dari satu alam ke alam yang lain, rantai berapi dan lain-lain.

Kamu semua patut tahu yang Ghost Rider amat sinonim dengan motor berapinya itu. Jika Ghost Rider beraksi, mesti naik motor. Tanpa motor, Ghost Rider umpama Skuad Malaysia yang longlai di belasah oleh UAE 5-0 tanpa kapten nya, Shukor Adan (kalau dia ada, mampukah Malaysia menang? ...... NOT!!!!)

Ghost Rider memang berkuasa di jalan raya di Amerika, tapi di Malaysia Ghost Rider terpaksa berdepan cabaran dari para Mat Rempit yang begitu ramai.

Sehebat-hebat Ghost Rider, Ghost Rider tetap tewas di tangan Mat Rempit kerana Ghost Rider tidak mampu membuat aksi-aksi berbahaya seperti Mat Rempit.

Antara aksi tersbut ialah aksi "Superman", aksi pacak, aksi wikang dan lain-lain lagi.

Selain itu, Ghost Rider juga jealous kerana tiada bohsia yang mahu naik motornya. Maklumlah, motor asyik berapi je, terbakar bontot bohsia yang naik motor dia.

Dan yang penting sekali, Ghost Rider juga tidak mampu membuat video lucah yang dirakam menggunakan Telefon Bimbit yang berformat 3gp itu. Oleh kerana jealous Ghost Rider tak mahu ke Malaysia lagi.

THE FLASH
Nama: Ada beberapa orang pernah memegang watak sebagai The Flash: Jay Garrick (bersara. Superhero pun boleh bersara?), Barry Allen (mati pada tahun 1985 tapi hidup balik pada 2008), Wally West (pergi ke demensi yang lain tapi kembali semula ke dunia 2008), Bart Allen (mati jugak. Tapi hidup kembali sebagai Kid Flash).

Fakta Menarik: Kesemua Pemegang watak The Flash muncul dalam satu komik iaitu The Flash: Rebrith.

Kebolehan: Boleh bergerak dengan pantas (mungkin sama laju dengan kelajuan cahaya). Nama gelaran pun fastest man alive. 

Kalau di Amerika, The Flash memang lelaki terpantas di sana. Tiada siapa berani mencabarnya. The Flash mampu mencilok ke sana-sini dengan kelajuan yang pantas. Tiada orang lain di Amerika yang mampu melawan kepantasan dan kebolehan mencilok itu.

Tapi tidak di Malaysia. The Flash perlu bersaing dengan Mat Despatch untuk gelaran terpantas dan hebat mencilok itu. Jika boss Mat Despatch berkata, "Kau kena hantar surat ni pada Syarikat XXX dalam masa 10 minit.." maka dengan sepantas kilat Mat Despatch menhantar surat tersebut.

Bukan setakat Mat Despatch sahaja, The Flash juga terpaksa bersaing dengan Mat Courier dan Mat Pizza. Banyak sangat pencabar, The Flash pun malas mahu ke sini.

CAPTAIN AMERICA
Nama: Steve Rogers. (ada orang lain pernah pegang watak ni tapi aku lupa dah).

Kebolehan: Kekuatan badan yang luar biasa, stamina yang tak pernah letih, mahir dalam semua seni bela diri, pakar taktikal dalam peperangan dan macam-macam lagi.

Kenapa Captain America tak muncul di Malaysia? Mudah. Bukankah kita sedang menjalankan kempen memboikot produk dari Amerika? (walaupun kempen ini akhirnya menjadi satu lagi kempen hangat-hangat tahi ayam). 

Jadi melihat kedatangannya tidak mendapat sambutan dari rakyat Malysia, baik dia chow je...

Fakta menarik: Kamu mesti tak tahu yang Captain America ni ada versi spin-off di UK. Namanya Captain Britain.


Ha... Jangan lupa. Malysia ada Kapten Boleh.

Siap boleh bawak kereta lagi. Kelas gitu...

Bersambung.......

Aku dah update episod baru Tears Don't Fall.

Jumat, 06 Februari 2009

KENAPA SUPERHERO LUAR NEGARA TIDAK MUNCUL DI MALAYSIA? PART 2

Ok. Malas nak banyak cerita. Aku sambung lagi dari entri yang lepas.

IRONMAN

Nama: Tony Stark

Kerja: Pemilik Stark Industries, mencipta senjata dan lain-lain.

Tempat kerja: Stark Industries la… Tak kan kat kedai My Mom Chicken Rice Linda Onn pulak.

Kebolehan: Baju besi yang mampu membuatkan dirinya jadi kuat, boleh terbang, ada senjata yang boleh menembak pada suit besi itu, dan lain-lain.

Kenapa tidak muncul di Malaysia?

Seperti yang kamu tahu (kalau tak tahu, kamu Berjaya menambah pengetahuan dengan hanya membaca blog sampah ini), Ironman hanyalah orang biasa. Dia menjadi superhero dengan memakai baju besi yang sangat canggih dan sophisticated itu. Tanpa baju itu, dia hanyalah sampah (haha..). Kira macam Batman lah, superhero tanpa kuasa.

Ironman sebenarnya pernah kejap muncul di Malaysia, tetapi kemudian balik ke USA kerana ketakutan. Apa yang dia takutkan?

Ironman takut kepada si pemungut besi buruk yang makin berleluasa di Malaysia. Kerja mereka ialah mengutip besi-besi buruk dan dijual di pusat kitar semula atau pembeli besi buruk untuk menyara hidup.

Kadang-kadang, ada pengutip besi yang lebih extreme sikit. Bukan setakat besi buruk, besi tak buruk pun dia sebat dan jual. Janji dapat duit. Sampaikan penutup saliran pembentung yang ada di tengah jalan (yang bulat tu) pun mereka ambil dan jual.

Di taman aku, ada yang lebih handal. Ada 3 buah rumah yang hilang pintu pagar besinya. Di percayai pagar mereka di potong, di curi dan mungkin sudah selamat di jual di pusat pembelian besi buruk (tak tipu ni).

Bayangkan, pintu pagar pun diorang rembat. Kerana Ironman takut melihat ketaksuban rakyat Malaysia pada besi, Ironman tidak berani stay dekat sini kerana dikhuatiri baju besinya itu juga akan terjual sebagai besi buruk.

DAREDEVIL

Nama: Matt Murdock

Kerja: Peguam

Daredevil ialah superhero yang buta. Ya!! Tak Nampak apa-apa. Dia buta. Sebagai superhero buta, dia menjadi salah satu superhero yang paling istimewa. Ialah, kalau ada orang kurang sempurna di kalangan kita, kita panggil insan istimewa. Jadi di kalangan superjero, Daredevil ni di kira sebagai superhero istimewalah.

Kenapa tidak muncul di Malaysia?

Daredevil takut untuk bertapak di Malaysia kerana dia sering ternampak orang buta di Malaysia bermain muzik di jalanan seperti di Central Market, Puduraya, Jalan Masjid India atau di pasar-pasar malam sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Oleh kerana kerajaan Malaysia dan syarikat-syarikat di Malaysia tidak prihatin kepada golongan OKU ini, (walaupun sebenarnya mereka mempunyai kelulusan diploma dan universiti), tapi mereka tidak diberikan peluang berkerja dan akhirnya terpaksa mencari rezeki dengan bermain muzik di jalanan (pernah terpapar di Edisi Siasat).

Kerana melihat nasib golongan OKU tidak terbela di Malaysia, jadi Daredevil amat takut kalau-kalau nasib dia akan menjadi sedemikian rupa, bermain muzik dijalanan. Adalah mustahil Daredevil mampu menjadi peguam jika pihak kerajaan tidak mengendahkan nasib golongan OKU ini (jadi serius la pulak).

ICEMAN

Nama: Bobby Drake

Kerja: Pelajar di Xavier Institution.

Kuasa: Mampu memanupulasikan ais, menjadikan air kepada ais tapi tidak mampu membuat ais kacang atau ABC sesedap Pak O di Batu Pahat.

Kenapa tidak muncul di Malaysia?

Mudah sahaja. Patut kamu juga sudah tahu sebabnya. Cuaca Malaysia amat panas sekarang kerana kesan daripada Pemanasan Global.

Aku duduk Batu Pahat ni, rasa panas gila. Bila pergi ke Segamat, lagi panas. Pergi Melaka, bertambah panas. Balik kampong kat Selayang, rasa macam kena panggang dalam oven. Oh, rupanya makin ke utara makin panas ke?

So, kamu tahukan apa sebabnya? Kerana terlampau panas, agak sukar Iceman nak bertahan di bumi Malaysia. Para penjahat pun tahu macam mana mahu menewaskan dia, lawan dia pada waktu tegahari. Sure cair punya. Iceman pasti tidak mahu menjadi sebahagian dari lopak air atau lecak di tengah jalan.

Ok, tunggu bahagian 3 pulak.

Oh, ya. Aku dah tukar layout blog ni. Kamu suka? Ada poll kat sidebar ni. Jangan lupa mengundi.

Aku dah update Tears Don’t Fall.

Minggu, 01 Februari 2009

KENAPA SUPERHERO LUAR NEGARA TIDAK MUNCUL DI MALAYSIA? PART 1

Maaf. Lama sudah aku tidak update blog ini. Bukan apa. Penat sebab pada cuti tahun baru cina yang lepas, aku bercuti ke Cameron Highlands. Ok. Sekarang aku update.

Aku ada terbaca di akhbar baru-baru ini, seorang wartawan veteran, Datuk Johan Jaafar, yang menyatakan yang konon-kononnya superhero luar negara (terutama Superman) dicipta untuk menaikan semangat orang yahudi.

Bagi aku ini cerita lama. Dah basi. Dah lama aku tahu pasal ni (aku harap kamu juga tahu tentang ini). Jadi aku tak pasti samada penggiat seni dan wartawan di sana tahu atau tidak bahawa hampir 80% cerita dari Hollywood mempunyai unsur membangga-banggakan kaum yahudi. Tak percaya? Tontonlah National Treasure. Dan boleh dikatakan kesemua pengeluar filem Hollywood adalah milik Yahudi (Colombia Picture, Fox dan lain-lain nama besar).

Ok. Aku malas nak kupas benda ni. Aku nak kupas benda lain. Mengenai superhero. Untuk bulan Febuari ini (mungkin hingga Mac) tema blog aku ini ialah superhero. Semua kisah superhero sahaja.

Pernahkah kamu semua terfikir kenapa ya kebanyakan superhero atau super villain tidak pernah menunjukkan diri mereka di bumi Malaysia ini? Asyik-asyik kalau wujud, mesti di luar Negara sahaja. Mari kita kupas isu ini macam aku kupas buah limau mandarin yang bersepah-sepah di rumah aku sempena raya cina ini.

SUPERMAN
Nama sebenar: Clark Kent (bumi), Kal-El (Planet Kripton)

Asal: Smallville dan Planet Kripton.

Pasangan: Lana Lang dan lepas tu Louise Lane.

Kerja: Wartawan. Bukan Wartawan hiburan jadi dia tidak kenal Zubir, Huzza tau Mama Juwie.

Tempat Kerja: Daily Planet

Kuasa: Boleh Terbang, Kuat mengalahkan Badang, Kebal dan tidak lut pada sebarang senjata atau api, ada x-ray vision, boleh dengar panggilan orang dari jauh… Banyak kuasa mamat ni. Tapi sayang… Rabun la pulak.

Kelemahan: Lemah pada batu Kriptonyte.

Kenapa tidak muncul di Malaysia?

Antara sebab pertama ialah beliau sebenarnya ada meminta kerja di syarikat akhbar tempatan seperti NSTP dan Kumpulan Utusan tetapi menolak kerana di letakan di bahagian hiburan.

Sebab kedua ialah pakaian beliau. Seperti yang kita maklum, Superman memakai seluar dalam di luar. Memandangkan perbuatan tersebut tidak manis pada kita yang beradat ketimuran, superman tidak mahu dipulaukan atau dikutuk kerana penampilannya. Juga takut disumbat kedalam Hospital tampoi atau Tanjung rambutan kerana di Malaysia, hanya orang gila pakai seluar dalam di luar.

Ketiga, kadang-kadang Superman ni suka salin baju dalam pondok telefon. Tapi, kat Malaysia ni mana ada pondok telefon. Public Phone pun habis di jahanamkan akibat vandalism.

Keempat, kerana ternampak tugu ini di Dataran Penggaram Batu Pahat dan beranggapan itu ialah Batu Kryptonyte.

Dipercayai Superman amat takut dengan ukiran batu ini kerana menyangka ia Kryptonyte.


BATMAN
Nama: Bruce Wayne

Asal: Gotham City

Pasangan: Tak pasti. Tapi rasanya dia kahwin dengan Catwoman dan dapat anak yang bernama Batwoman.

Kerja: Pemilik Syarikat Wayne Enterprise. Antara Superhero yang kaya ni.

Tempat Kerja: Wayne Ent.

Kuasa: Tak de. Berharap pada gadget-gadget yang canggih tapi effektif. Batmobille adalah kegemarannya.

Partner: Robin. Pernah timbul kontroversi di USA yang kononnya Batman dan Robin ialah gay (tak tipu ni).

Kenapa tidak muncul di Malaysia?

Seperti yang kamu tahu atau perasan (atau mungkin tak perasan. Tak pe, aku beritahu ni), yang Batman hanya keluar pada waktu malam. Di Gotham City, Batman Berjaya menguasai bandar tersebut pada waktu malam dan boleh sesuka hati beliau nak bawa kereta laju-laju di sana.

Tapi tidak di Malaysia. Di Malaysia, jalan raya kita di kuasai oleh mat rempit bodoh, bohsia murahan, mat drift dan brader drag. Mereka dah chop kawasan mereka sendiri dan Batman dah tak de port lagi nak membawa kereta beliau laju-laju. Tu tak masuk mak nyah longkang dan pelacur jalanan pulak tu. Dan juga gay boy di Blue Boy.

SPIDERMAN

Nama: Peter Parker

Asal: New York

Pasangan: Gwen Stacy (awek first sebelum Marie Jane. Tidak wujud dalam filem, hanya ada dalam komik. Dah mati di bunuh Green Goblin), Marie Jane Watson (MJ), Felicia Hardy atau Black Cat (awek Spiderman. Reject Spiderman sebab hanya suka pada Spiderman apabila dia pakai kostum sahaja. Tapi akhirnya jatuh cinta tapi melepas pada MJ).

Kerja: wartawan… ke jurukamera?

Tempat Kerja: Daily Bugle

Kuasa: Boleh melekat di dinding, boleh keluar sarang labah-labah pada tangan, kekuatan badan yang kuat, boleh sembuh dari sebarang virus, ada spider sense yang boleh tahu ada bahaya akan muncul

Kenapa tidak muncul di Malaysia?

Mudah sahaja. Kalau dekat New York tu, boleh dikatakan semua bangunan yang ada disana semuanya tinggi-tinggi belaka. Jadi tiada masalah untuk beliau bergayut.

Kalau dekat Malaysia, banyak ke bangunan yang tinggi-tinggi? Kalau dekat KL pun, bangunan yang tinggi-tinggi semuanya berjauhan jaraknya. Susah sikit nak bergayut. Kalau Spiderman duduk Segamat lagi susah kerana cuma ada satu sahaja bangunan yang tinggi di sini.

Ok, sambung lain kali. Aku dah update episode baru di Tears Don’t Fall