Senin, 03 Januari 2011

Dulu dan Sekarang: Kaset & Walkman - CD & Discman - MP3 & iPod

First entry for 2011!!!!

Antara benda yang paling aku suka ialah muzik. Yes! Aku sangat sukakan muzik terutamanya yang bergenre Rock, Metal dan sebangsa dengannya. Ada juga band yang bergenre agak slow yang aku layan tapi Newboyz, Justin Bieber, Lady Gaga dan setaraf dengannya, memang aku tak layanlah.

Medium pertama yang memperkenalkan aku kepada muzik ialah kaset. Budaya mengumpul kaset dalam family aku sebenarnya dimulakan oleh mak aku. Cover kaset masa zaman mak aku dibuat dari plastik hitam. Tapi mak aku buang semua kaset koleksinya bila kami berpindah dari Kampung Peserai ke Taman Seri Penggaram.

Abang aku menjadi individu yang bertanggungjawab memperkenalkan aku kepada dunia kaset. Aku dalam sekolah rendah dan abang aku dah pun belajar di sekolah menengah masa tu. Banyak jugak kaset yang abang aku beli, album tempatan dan international.

Dari abang aku, aku kenal kaset dan band yang aku jarang dengar dari corong radio, TV dan Muzik-Muzik. Abang aku memperkenalkan aku kepada Nirvana, Metallica, Alice Cooper, Alice in Chains dan banyak lagi. Kalau kaset tempatan, M. Nasir, Hattan, Wings, OAG dan lain-lain lagi.

Dua kaset M. Nasir - Saudagar Mimpi dan Canggung Mendonan - bagi aku adalah antara album Made In Malaysia yang terbaik sehingga ke hari ini. Walaupun aku suka genre Rock, aku juga seorang yang sangat mementingkan irama unik dan lirik yang penuh maksud dalam sesebuah lagu. Lagu-lagu M. Nasir memang penuh dengan isi tersirat, sebab itu aku label 2 album M. Nasir ini antara album terbaik Malaysia.

Tak lama lepas tu, abang aku sambung belajar ke UPM. Aku mula hilang sumber kaset. Nak tak nak, aku kena beli kaset sendiri. Aku mula kumpul duit sikit-sikit dan pada usia 13 tahun, aku beli kaset pertama aku. Aku lupa apa nama kaset tersebut tapi kaset kompilasi lagu rock zaman 90'an yang mengandungi lagu dari Spin Doctor, Goo Goo Dolls, Soul Asylum, Better Than Ezra dan lain-lain (aku malas nak bongkar almari aku nak cari tajuk kaset tersebut).

Tapi satu lagi masalah timbul... Radio merah yang selama ini menjadi teman baik aku dan abang aku dalam bilik sudah rosak! Cilakak! Macam mana aku nak dengar kaset yang aku beli ni? Ada satu lagi radio dekat rumah aku tapi kalau mainkan kaset, sound dia kurang sikit. 

Pada masa tu, budak-budak tengah sibuk dengan walkman. Kawan-kawan aku pun semua sibuk tayang walkman masing-masing. Aku mula rasa tercabar. Nak beli walkman yang mahal dengan duit sendiri, memang tak mampulah. 

Hasil hikmat kipas mak cik peringkat dewa melangit, aku berjaya membodek mak cik aku untuk membelikan aku walkman. Mak cik aku bagi walkman jenama cikai saja. Harga bawah RM50, beli dekat Chow Kit. Tapi bagi aku, itu dah cukup memuaskan hati aku. Janji aku boleh layan kaset.

Seperti hukum alam yang kita tahu, jenama cikai tak kan bertahan lama. Baru setahun aku pakai, walkman tersebut terus tak boleh berfungsi. Damn it! Aku nekad nak kumpul duit & sambar walkman yang mahal sikit. Aku target Walkman Sony yang harga RM 150.

Model Walkman Sony yang aku beli dulu.
Aku tak ingat apa nama model walkman ni.
Aku Google, ini lah gambar yang pertama sekali keluar
Lepas separuh duit aku berjaya kumpul, mak aku dengan baik hatinya menghulur duit kepada aku. Jumlah yang mak aku hulur pada aku tu, separuh dari harga walkman idaman aku. Akhirnya, berjaya juga aku beli walkman berjenama. Barulah sound best sikit. Dan yang penting lasak dan tahan lama.

Dalam masa yang sama, aku meneruskan misi aku mengumpul kaset. Harga kaset pada masa tu, RM18.90 untuk kaset artis luar negara & RM13.90 untuk artis tempatan.

Aku mula giat mengumpul kaset secara fanatik pada tingkatan empat. Masa tingkatan satu sampai tiga, duit tak banyak lagi masa tu. Masuk tingkatan empat, duit belanja sekolah agak banyak, bolehlah aku menyimpan untuk beli kaset. Duit yang aku kumpul dalam seminggu membolehkan aku beli sebuah kaset. Tapi tak bermakna aku beli kaset tiap-tiap minggulah.

Hobi mengumpul kaset semakin memuncak selepas habis SPM, bila aku berjumpa kembali dengan Cendol selepas dia berpindah ke Klang. Cendol jugak ada hobi gila mengumpul kaset. Cendol lagi extreme. Sekali dia pergi ke Kedai Kaset Ajak, dia borang 5-6 kaset terus. Itu semua gaji hasil kerja di Kedai Encik Crab.

Koleksi kaset aku mula mencecah ratusan. Semua kaset-kaset ini masih ada dalam gerobok (almari) rumah aku. Mak aku ada suruh aku buang kaset-kaset tersebut. Tidak! Sayang tu. Itulah memori masa silam aku. Aku akan jaga sebaik mungkin kaset-kaset tu. Kaset-kaset tu semua terkandung memori aku semasa sekolah dan belajar di Politeknik.

Tapi Cendol ada sesuatu yang aku tiada. Dia ada Discman. Jenama Sony kalau tak salah aku. Discman mula popular masa aku tingkatan 5. 

Aku tak pasti ini ke model discman Cendol. Aku hentam saja ni...
Aku tak berminat nak beli Discman atas beberapa sebab: (1) Saiz Discman agak besar. Susah nak disimpan. Aku ada satu beg kecil buat aku simpan walkman dan kaset kalau aku travel. (2) Saiz CD yang lebih besar dari kaset. Tak muat beg walkman aku tu (3) CD senang patah. Aku jenis kasar sikit, sebab tu aku malas nak beli CD. Kemungkinan untuk calar atau patah adalah amat tinggi. (4) Harga CD Original mahal. Satu CD harga cecah RM49.90. Boleh beli 2 kaset dengan ada bagi lagi.

Tapi Cendol pun jarang beli CD original. Semua beli pirate CD.

Aku masih setia dengan walkam aku walaupun ramai yang mula beli discman. Sepanjang aku belajar di Politeknik Merlimau, walkman menjadi teman baik aku. Walkman dan kaset menjadi teman aku sepanjang aku berada dalam bas dari Batu Pahat ke Merlimau.

Pada tahun terakhir aku di Politeknik - zaman aku duduk di rumah sewa - Jimmy, housemate aku, memperkenalkan aku dengan satu jenis fail yang dinamakan MP3. Semua lagu yang aku nak, Jimmy download kan.

Kemuncak MP3 dalam hidup aku sampai ke kemuncak bila Baok mengajar aku dan Cendol cara mendownload lagu semasa aku belajar di UiTM Segamat dan tinggal di 32 Jementah. Maka mulalah era "download-mendownload memang cita-cita ku sejak kecil."

Dari situ, aku mula nampak yang walkman aku sudah mula hilang fungsi kerana aku sudah mula download lagu dan memberhentikan proses membeli kaset. Aku mula bosan bila aku hanya boleh dengar lagi-lagu terbaru dari Winamp dari laptop aku. Maka aku pun bercita-cita nak membeli MP3 player.

MP3 player aku sebenarnya di support oleh mak cik aku. Hadiah sempena aku dapat diploma kata mak cik aku walaupun sebenarnya dah 6 bulan aku konvo. Aku beli Sony Walkman Sony NW-E005. Harga dalam RM350++.
Sony NW-E005 yang aku beli
Aku suka MP3 player ni. Kecil, molek dan nampak kelakian MP3 player tersebut. Tapi aku ada masalah dengan benda-benda kecik. Aku selalu hilangkan MP3 player ini. Aku salah taruk. Aku taruk dekat sini, aku cari dekat sana. Mencabar kewibaan dan kesabaran aku.

Selepas setahun, MP3 player tersebut rosak tanpa sebab. Hangin satu badan aku dibuatnya. Kawan aku ada berkata yang MP3 Sony memang kurang tahan sikit. Bengang juga hati aku. Beli mahal-mahal, boleh tahan setahun saja. Jadi aku membulatkan tekad. Aku nak beli iPod! Aku mahu jadi hamba Steve Jobs!

Akhirnya, aku terus menyambar iPod Classic 80GB. Harga pasaran pada masa tersebut RM 1,299. tapi aku beruntung sebab kedai tersebut tengah menjalankan sales. Aku dapat beli iPod Classic tersebut dengan harga RM 999.

iPod Classic aku warna hitam
Semenjak itu, aku pun jadi hamba Steve Jobs. Tapi aku puas hati dengan iPod aku. Walaupun mahal, tapi kualiti bunyi dan gambar (MP4) memang terang dan jelas. Samapi sekarang iPod masih menjadi teman baik aku. Tapi earphone iPod ini dalam keadaan teruk, aku terpijak earphone tu. Hehehehe...

Semenjak menggunakan iPod, aku lebih banyak download lagu-lagu kegemaran aku daripada beli CD atau kaset. Aku tahu, download lagu adalah perbuatan yang salah. Tapi apa boleh buat, harga CD sangatlah mahal dan kalau kau pergi ke kedai muzik dan tanya pasal kaset, nescaya kau akan digelakkan tujuh keturunan.

Tunggulah bila aku dah dapat  kerja, mungkin aku akan memikirkan untuk beli CD original semula. Tapi tak semualah. Yang betul-betul aku minat saja. Yang jenis top dengan 1-2 lagu saja, baik aku download.

Kehidupan muzik aku dipenuhi dengan kaset, CD, MP3, walkman, discman, MP3 player dan iPod. Teknologi bergerak seiring dengan masa yang berlalu. Dan kemajuan sikit-demi sedikit mengubah selera pendengar muzik dari segi cara mereka menilai muzik dan membeli muzik. Itu mungkin aku akan bincangkan lain kali.

Agak-agak dalam 10 tahun akan datang, apa pula yang akan muncul dalam dunia nanti?

Kamis, 30 Desember 2010

Fesbuk Tipu #2: "Saya Gay, Saya Ok!"

Fesbuk Tipu adalah satu lagi segmen yang aku wujudkan dalam blog aku. Tujuan segmen ini ditujukan ialah untuk bergurau senda kerana ia boleh merapatkan silaturrahim atau membuatkan kita bergaduh hingga tak ingat dunia. Kemungkinan juga akan digunakan untuk troll, ketawa-ketawa, LOL dan mungkin buat orang butthurt. 

I did it just for the lulz!

Klik pada gambar untuk tumbesaran gambar

Semenjak video "Saya Gay, Saya Ok!" tersebar di Youtube. Catchphrase ini menjadi popular dikalangan masyarakat internet.

Aku malas nak bercerita pasal Gay sebab aku bukannya pandai sangat pasal hal-hal ni. Masing-masing dah besar dan boleh berfikir yang baik dan buruk. Suka hati kamulah nak straight ke, nak gay. Kalau jadi apa-apa nanti, kamu tanggunglah sendiri.

Dan aku berharap jangan ada kawan aku pula yang keluarkan video "Saya Gay, Saya Ok!" ni. Cukuplah kawan Gay aku yang aku ada sekarang. Jangan kasi panjang list my gay friends aku.

Sekian.

Fesbuk Tipu #1: Tanah Tumpahnya Darahku

Fesbuk Tipu adalah satu lagi segmen yang aku wujudkan dalam blog aku. Tujuan segmen ini ditujukan ialah untuk bergurau senda kerana ia boleh merapatkan silaturrahim atau membuatkan kita bergaduh hingga tak ingat dunia. 

Kemungkinan juga akan digunakan untuk troll.

Sila klik gambar untuk tumbesaran gambar

Gembira melihat skuad Malaysia akhirnya menjulang AFF Suzuki Cup. Dari namanya Piala Tiger, sampailah jadi Piala Suzuki. Terima kasih kepada para pemain kerana memberikan kegembiraan yang sudah lama tak dirasai oleh rakyat Malaysia.

Tanah Tumpahnya Darahku!!!

Rabu, 29 Desember 2010

Alasan lazim kenapa lelaki masih single

Milestone: Entri ke-400 dalam blog ini

Pejam-celik, pejam-celik, dah 400 entri aku menulis (baca: menaip) dalam blog ini. Dah hampir 4 tahun aku berblog, baru hari ini cecah 400 entri. Kira boleh dikategorikan sebagai blogger pemalas juga aku ni.

==========

Kadang-kadang, ramai perempuan tertanya-tanya, "Lelaki tu handsome. Badan sasa, duit pun banyak. Tapi kenapa single je ek?"

Kadang-kadang ada sesetengah lelaki mempunyai alasan tersendiri. Jom kita lihat apa antara alasan yang popular.

Mencari "The One"

Dalam cerita How I Met Your Mother, watak utama dalam cerita ini - Ted Mosby - masih single walaupun umur sudah mencecah 30'an kerana masih tercari-cari perempuan yang dianggap "The One".

"The One" membawa maksud perempuan pilihan yang memenuhi ciri-ciri pilihan. Nak mencari wanita yang ada ciri-ciri "The One" bukan mudah dan mungkin bakal memakan masa. Itu sebabnya mereka masih single.


Membina karier dan cari duit banyak-banyak



Semenjak kemunculan video ini, ramai lelaki yang mula berfikiran untuk memantapkan karier sebelum berani nak meminang anak dara orang.

"Buat apa nak dipandang dengan perempuan mata duitan tu? Cari perempuan lain la.."

Memang lah kita boleh cakap macam tu, tapi kita perlu ingat jugak dengan keadaan ekonomi negara. Harga minyak tiap-tiap tahun naik. Bila harga minyak naik, harga barangan harian pun naik juga. Tak lama lagi, kerajaan bakal mengurangkan subsidi kerajaan pada beberapa harga barangan harian.

Nak tak nak, kenalah mantapkan karier dulu. Dapat gaji besar sikit, barulah seronok nak kahwin. Ini duduk bujang pun asyik miss suap, macam mana nak tanggung bini dengan anak nanti?

Duit sekarang dah jadi satu benda yang perlu dicari dengan banyak sekarang. Ramai dah terjerumus menjadi hamba duit sebab kos sara hidup Malaysia yang semakin meningkat. Itu pasal sekarang ramai orang main MLM.

"Ala... Duit tak banyak pun tak penting, yang penting kasih sayang."

Itu dialog drama Melayu zaman dulu, bai. Zaman sekarang ni, nak tak nak perlu ada duit yang banyak. Boleh ke survive dengan gaji RM 1,200, tinggal dekat KL dan menanggung anak 2 orang?

Jadi, itu sebabnya ada sesetengah lelaki memantapkan karier dulu sebelum berumah tangga dan sengaja hidup secara single. Kalau dah ada awek, takut objektif tak tercapai pulak. Tengah sedap kumpul duit, tiba-tiba hormon gatal memuncak. Terus kahwin.


Muka tak macam pelakon Korea/Hindustan/Sinetron

Semenjak kebanjiran filem hindustan, drama korea dan sinetron dari seberang yang banyak menampilkan pelakon yang bermuka jambu atau lelaki yang suka buat fesyen rambut tutup mata sebelah, taste perempuan di Malaya pun berubah dan berangan-angan untuk mendapatkan pakwe yang mempunyai ciri-ciri tersebut.

Maka, perempuan Malaysia pun mencari lelaki Bangla yang menyerupai pelakon Hindustan dan lelaki Indonesia yang menyerupai pelakon Sinetron yang akhirnya menyebabkan mereka dilarikan ke Lombok. Hanya lelaki Malaysia golongan emo sahaja yang menjadi pilihan perempuan kerana mereka selalu membuat fesyen rambut tutup mata sebelah.


Ramai sangat perempuan cun, hot, sexy dan foxy

Masa zaman aku membesar, budak perempuan yang dalam lingkungan umur aku tak banyak yang pandai bergaya macam budak zaman sekarang. Masa zaman aku, kalau cun pun, memang setakat cun saja lah.

Zaman sekarang, budak perempuan dah pandai dress-up walaupun baru umur 10 tahun. Bila masuk sekolah menengah, dress-up dah macam perempuan dewasa. Yang muka tak cun tapi pandai dress-up pun boleh jadi cun. Yang cun campur lagi dengan dress-up gempak, lagilah double cun.

Itu belum campur dengan awek-awek mixed. Zaman aku sekolah dulu, nak cari awek mixed memang payah. Sekarang ni bersepah awek mixed. Ramai Melayu yang dah kahwin campur. Kahwin dengan bangsa lain bukan jadi benda yang pelik atau taboo zaman sekarang ni.

Biasanya, anak hasil perkahwinan mixed akan menghasilkan anak perempuan yan bermuka comel. Mixed Melayu-Inggeris dah ada. mixed Melayu-Cina dah ramai. Mixed Melayu-Italian pun cun. Mixed Melayu UMNO-Melayu PAS pun ada jugak.

Bila dah ramai awek cun campur dress-up yang gempak, maka julinglah mata lelaki. Sebab tu ramai yang single lagi sebab masih sibuk buat penapisan untuk memilih makwe yang terbaik. Kalau minyak masak murni pun buat proses penapisan 2 peringkat, tak kan pilih awek tak boleh buat proses penapisan jugak kan?


Saya Gay

Antara sebab lelaki single ialah kerana mereka Gay. Ramai orang ingat si lelaki ni single, tapi sebenarnya dia ada pasangan. Cuma pasangannya sama jantina, itu sebab orang tak perasan.

Ada juga Gay yang masih single kerana dua sebab (1) Tak berani nak mengaku dia Gay di depan public, sebab tu para Gay lain tak tahu dia Gay (2) Masyarakat Gay sangat sikit di Malaysia (Ye ke? Citation needed), jadi sukar nak cari pasangan yang memenuhi citarasa.



Tapi semenjak video ini tersebar, rasanya dah tak jadi satu masalah nak mencari pasangan Gay yang sesuai. Janganlah satu hari nanti ada kawan aku pulak keluarkan video dalam Youtube mengaku dia Gay. Cukup-cukuplah kawan gay yang aku ada sekarang ni.


"Dia pilih KLCC, doh!"



Ramai perempuan suka pilih KLCC daripada lelaki. Habis tu lelaki nak bercouple dengan siapa? Nak bercouple dengan Dayabumi? Couple dengan Menara Warisan Merdeka?


Dan alasan yang paling akhir sekali.....


Jepun ada, Amerika ada, Russia ada, Korea ada, Jerman ada... Jangan dilupakan dengan Melayu Boleh, video berformat 3gp.

Sekian.

P/S: Cilakak. Baru aku perasan ayat kat gambar tu salah. Porn la.. bukan pron.

P/S lagi: Baru aku tau yang 'Pr0n' adalah bahasa internet untuk 'porn'. (rujuk leetspeak). Credit to Azrul Angkasawan

Jumat, 24 Desember 2010

Cara untuk mendapatkan mood Krismas seperti di luar negara

Selamat menyambut Krismas @ Merry Christmas kepada semua yang menyambut perayaan ini di Malaysia.

Bagi yang menyambut Krismas di Malaysia, mesti ada yang nak merasa bagaimana agaknya rasa menyambut Krismas seperti di luar negara. Menyambut Krismas dalam keadaan sejuk dan bersalji, pokok Krismas di ruang tamu dan lain-lain.

Di sini aku nak berkongsi tips - yang mana kebanyakannya belum diuji keberkesanannya - untuk mendapatkan mood Krismas seperti di luar negara.


Salji


Pergi ke kedai yang menjual Cendol dan Air Batu Campur (ABC), beli semua ais parut di kedai tersebut. Kemudain, taburkan ais tersebut disekeliling halaman rumah. Baru dapat feel menyambut Krismas dalam keadaan bersalji. Dapatlah anda semua membuat snowman dan snow angle dengan hati bahagia.

Tapi anda perlulah ke 100 buah kedai yang menjual Cendol dan ABC untuk memenuhkan halaman anda dengan salji.

Namun, peratusan rancangan ini akan gagal agak tinggi memandangkan cuaca Malaysia yang agak panas melampau semenjak kebelakangan ini. Jalan penyelesaian yang mudah, pergi saja ke Rumah salji di Mines Wonderland. Boleh rasa sambut krismas seperti orang eskimo bila kamu lepak dalam igloo.

Tak payahlah nak bersedih sangat. Orang yang duduk Australia pun sambut Krismas masa musim panas, tiada salji juga.


Pokok Krismas

Aku pernah tanya kawan yang menyambut Krismas. Dia kata, dekat Malaysia susah nak dapat cari Pokok Krismas. Kebanyakan orang yang menyambut Krismas di Malaysia, biasanya tak meletakkan Pokok Krismas di ruang tamu mereka.

Pokok-pokok yang digunakan sebagai Pokok Krismas di luar negara seperti Douglas-fir, Fraser Fir, Stone Pine dan pelbagai jenis lagi memang susah nak di cari di Malaysia.

Kalau di luar negara, parents akan meletakkan hadiah di bawah pokok krismas di ruang tamu (kononnya macam Santa Clause) pada waktu malam semasa anak-anak sedang tidur. Esoknya, anak-anak akan bangun dan buka hadiah. Di Malaysia, susah nak buat suasana seperti itu kerana sukar nak mencari Pokok Krismas.

Penyelesaiannya, kamu sekeluarga bolehlah berkehmah di luar shoping complex. Kenapa? Kerana setiap shopping complex di Malaysia mesti ada Pokok Krismas yang besar.

Sebelum shopping complex tersebut tutup, letakkan hadiah yang anda nak bagi pada anak di bawah Pokok Krismas. Kemudian, berkhemah di luar shopping complex tersebut. Esok pagi, suruh anak anda buka hadiah yang anda letak di bawah pokok krismas tersebut.

Peratusan untuk rancangan ini gagal ialah 100%. Pertama, kalau anak anda bangun pukul 7 pagi, belum tentu shopping complex dah dibuka. Kedua, dah gila ke nak berkhemah masa Christmas eve? Baik tidur dekat rumah atas tilam yang empuk.

Payah sangat, buat saja pokok krismas gunakan botol macam ni:



Santa Clause

Apalah makna Krismas tanpa Santa Clause. Santa Clause merupakan ikon bagi perayaan Krismas. Di luar negara, ada sesetengah parents yang mengupah agensi untuk menghantar orang yang berlakon sebagai Santa Clause dan datang ke rumah mereka untuk menghiburkan anak mereka.

Di Malaysia, agensi Santa Clause tak wujud. Tapi jangan risau, masih ada peluang untuk anda mengupah orang yang sesuai untuk melakonkan watak Santa Clause. Memperkenalkan...

Tengok pada janggut. Ala-ala Santa Clause

Jangan marah atok Lattif Borgiba. Gurau-gurau. Jangan saman saya.

Kepada semua yang menyambut, Merry Christmas and a happy new year.

Yang beragama Islam, jangan pulak korang sambut Krismas dekat disko. Nanti berulang lagi kejadian tahun lepas. Kejadian yang melibatkan Awal "Saya nak jadi pengacara terhebat sampai rancangan dekat Channel Hindustan dekat Astro pun saya nak jadi pengacara" Ashaari dan Scha "Saya tak minum arak sebab saya demam masa tu" Al-Yahya.

Rabu, 22 Desember 2010

Dulu dan Sekarang: Public Phone



"Abang Am, transfer kredit Abang Am sikit, boleh?" Sepepu aku, Atul, memulakan bicara.

"Nak buat?" Aku tanya walaupun aku dah tahu sebabnya.

"Nak main call sama main SMS la."


"Ah, tak de. Kalau nak, pergi call guna public phone."

Maka, merungut-rungutlah sepupu aku kerana gagal mendapatkan kredit Celcom aku yang berbaki RM150.00++ itu.

Sebagai seorang yang berusia 26 tahun dan lahir pada 1984, aku dan orang lain yang sebaya dengan aku (atau yang lebih tua) memang tak lari dengan penggunaan telefon awam ataupun lebih biasa rakyat Malaysia panggil dengan nama public phone.

Masa aku sekolah menengah dan baru mula nak berjinak-jinak mengenal erti cinta (sebenarnya lebih kepada hormon yang bertindak untuk mengenali jantina yang berlainan dengan diri kita - Senang cerita, memang dah gatal nak bercinta), public phone adalah alat penghubung yang menjadi pilihan.

Selepas berjaya mengurat awek yang aku kenal dari tempat tuisyen (sekolah aku sekolah all-boys. Kalau nak jumpa awek, memang kena tunggu tuisyen la), dan berjaya mendapatkan nombor telefon rumah, maka siri melawat dan bergayut di public phone pun bermula.

Ya adik-adik Indie ku sekalian, zaman abang sekolah dulu, kami mintak nombor telefon rumah dari awek. Bukan macam zaman adik. main mintak-mintak nombor hand phone. Zaman abang sekolah menengah, hand phone ni orang kaya atau business man saja yang pakai.

Bila dah dapat nomobor telefon rumah, aku akan pergi ke public phone dengan segenggam duit syiling dan nombor telefon yang aku tulis pada kertas (I'm bad with number. Bukan setakat teruk dalam subjek math,  menghafal nombor telefon juga adalah satu benda gagal dalam diri aku).

Public phone dekat kawasan taman aku memang bersepah. Dalam lingkungan 25 meter dari rumah aku saja ada 3 public phone. Tapi public phone yang dekat sini selalu penuh, jadi aku kena berjalan sikit ke kawasan rumah kedai dekat taman aku. Tak jauh mana pun. Di kawasan rumah kedai, ada lebih kurang 9 public phone (sekarang aku tak tahu berapa yang tinggal memandangkan banyak yang sudah jadi mangsa vandalism).

Tapi kontra bagi public phone ialah kita terpaksa berebut dengan orang lain. Di taman kawan tempat aku tinggal, public phone tak berapa banyak dan kawan aku terpaksa berebut kalau nak gunakan public phone. Nasib baik taman aku tak berapa besar dan banyak public phone.

Kalau nak menunggu orang bergayut memang boleh berjanggut dibuatnya. Lagi menyampah kalau masa kita baru sampai, tengok mamat/minah yang tengah bergayut tengah menggenggam duit syiling dalam jumlah yang banyak. Lagi tak boleh jalan kalau mamat/minag tersebut bawa duit syiling dalam beg plastik (kira banyaklah duit syiling tu).

Satu lagi kelemahan ialah duit syiling. Memandangkan aku dibesarkan oleh mak dan ayah yang bekerja sebagai peniaga warong, mak aku memang memerlukan duit syiling yang biasa digunakan untuk pulang duit baki. Jadi, susah aku nak mintak tukar duit pada mak aku.

Kenalah pecahkan duit dekat kedai runcit. Nasib baik kedai runcit taman aku jenis selamba. Aku boleh minta pecah duit tanpa membeli sebarang benda. Ada sesetengah kedai, kalau minta duit syiling menang tak dapat. Kenalah pecahkan duit dengan beli gula-gula 10 sen.

Kelemahan ketiga, anjing. Tengah aku happy dan bersemangat nak bergayut, tiba-tiba aku nampak sekumpulan anak-anak bangsa anjing tengah bergurau senda sesama mereka dekat kawasan public phone. Seram juga nak bergayut. Nanti tengah aku syok bergayut, tiba-tiba aku kena kekah dengan anak-anak bangsa anjing tersebut. Kena samak satu hal, nanti keluar headline dekat Metro pula, "Budak bergayut kena gigit dengan sekumpulan anjing gila."

Kelebihan public phone ialah kita boleh bergayut dengan lama. Lagi banyak duit syiling kita masukkan, lagi lama kita boleh bergayut. Kadang-kadang, dengan RM 1, kita boleh bergayut hampir setengah jam. Memanglah murah sebab aku telefon ke npmbor rumah. Call dari public phone ke nombor rumah memang murah.

Satu lagi yang paling menguntungkan, siapa yang tahu hacked public phone, boleh bergayut dengan percuma. Yes! Percuma! Lebih hebat dari Maxis Super Saver. Antara teknik terbaik menggodam public phone ialah dengan menggunakan dawai.

Mula-mula, masukkan duit syiling 20 sen (10 sen atau duit lebih besar dari 20 sen memang tak berkesan). Masukkan duit 20 sen. Kemudian jolok lubang duit syiling dengan dawai sampai keluar satu bunyi (susah aku nak describe bunyi tersebut dalam blog). Dail nombor destinasi, bergayut sampai pengsan. Lepas puas membuat phone sex.. Eemm.. Maksud aku, bergayut - Letakkan ganggang dan duit syiling 20 sen akan keluar balik. Bukan setakat dapat bergayut secara percuma, tapi dapat balik syiling 20 sen tadi. Profit!

Teknik hacking di atas adalah teknik kawan aku. Aku tak pernah buat teknik tersebut. Aku lebih suka buat teknik yang menggunakan unifon card.

"Abang Mirul, apa tu unifon card?"

Unifon card adalah kad yang kita boleh gunakan pada public phone untuk menggantikan syiling. Ada sesetengah public phone yang ada fungsi untuk unifon card (Rujuk gambar di atas). Saiz unifon card sama besar macam kad kredit ataupun kad top-up masa zaman awal-awal dulu.

Setiap kali lepas kita guna, akan timbul satu tanda (macam titik) pada belakang kad menandakan kita tahap penggunaan kita. Yang ini teknik yang simple. Mula-mula, panaskan paku dengan lilin ataupun pemetik api Zippo bapak kau punya. Kemudian, tutup lubang tersebut dengan paku panas tersebut. Lubang pada kad akan tertutup dan kad tersebut boleh digunakan semula. Biasanya, teknik menutup lubang boleh digunakan 2-3 kali untuk satu kad.

Satu lagi teknik ialah dengan memasang dawai halus pada tempat lubang unifon card. Agak susah aku nak terangkan teknik ini tanpa bantuan visual. Tapi teknik ini lebih mujarab dan menguntungkan sebab kad yang sudah dipasang dengan dawai boleh digunakan sampai kau mati dan boleh diwariskan pada anak-cucu.

Semasa akhir era aku bergayut, muncul unifon card generasi baru yang boleh menggagalkan dua teknik yang aku tulis di atas. Unifon card generasi baru ini (rujuk gambar bawah) menggunakan teknologi cip. Jadi, tiada paku panas atau dawai yang boleh digunakan untuk merugikan Telekom Malaysia.

Unifon card yang menggunakan chip
Itu semua cerita dulu, sekarang public phone tak ubah seperti satu peninggalan sejarah atau alat untuk gengster jalanan gunakan untuk menguji kekuatan terpendam (Baca: vandalisme).

Sekarang ini, nak tengok budak-budak sekolah menengah bergayut macam generasi aku atau yang lebih tua memang susah. Budak-budak zaman sekarang semua sudah siap dibekalkan oleh hand phone. Ya, dibekalkan. Aku kena beli hand phone sendiri. Hand phone kini sudah masuk dalam senarai "Barang yang perlu parents belikan semasa membesarkan anak". Top-up pun mak ayah tanggung. Tak perlu lagi bergayut di public phone.

Aku rasa, budak-budak yang lahir bermula dari 1988 sampailah budak-budak yang lahir tahun 90'an, mesti ada yang langsung tak pernah gunakan public phone. Rasanya, kalau aku tanya apa fungsi button "Follow-On-Call", mesti mereka tak dapat jawab macam mereka disoal soalan sejarah masa SPM.

Tapi itulah kenangan antara aku dan public phone. Banyak kisah aku dan public phone. Semuanya jadi kenangan sekarang.

Agak-agak, 10 tahun lagi ada ke public phone dekat Malaysia?

Update: Aku lupa pulak yang budak asrama selalu bergayut dekat public phone sebab sekolah tak benarkan bawak hand phone. Tapi budak-budak yang tak duduk asrama memang jarang-jarang lah bergayut kat public phone sekarang.

Selasa, 21 Desember 2010

Iklan keselamatan jalan raya: Pentingannya kepekaan ketika memandu

Iklan keselamatan jalan raya di Malaysia tahun 1950'an atau 1960'an. Old skool!!!


Biasanya, iklan keselamatan jalan raya pasti akan melibatkan kenderaan dalam iklannya. Ya lah, dah nama pun iklan keselamatan jalan raya.

Kalau tak gunakan kenderaan dalam iklan sekali pun, mesti pengarah iklan akan gunakan apa-apa benda yang boleh menyerupai kenderaan dalam iklan. Sebagai contoh, upih dalam iklan dibawah dijadikan simbol simbolik sebagai kenderaan dalam iklan tersebut.


Tapi, ada juga iklan yang tak menggunakan sebarang kenderaan dalam iklannya untuk menyampaikan mesej keselamatan jalan raya dalam iklannya. Contohnya iklan dibawah:


Iklan tersebut merupakan iklan kempen supaya pemandu kenderaan berat alert kepada penungggang basikal di London, England. Tanpa menggunakan sebarang kenderaan, tapi masih boleh menyampaikan mesej dengan jelas.

Berhati-hati di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang.