Senin, 12 Juli 2010

Kenapa World Cup 2010 kurang menarik

World Cup dah habis!!!!

YEAH!!! Team kegemaran aku, Spain, berjaya memenangi World Cup 2010

Setelah 31 hari bersama Piala Dunia, akhirnya kejohanan 4 tahun sekali yang ditunggu oleh kaum lelaki dan dibenci oleh kaum wanita (yang tidak minat bola sepak) kerana sukar untuk keluar bersama teman lelaki tamat.

Namun begitu, aku masih merasakan Piala Dunia edisi 1998, 2002 dan 2006 lebih menarik (1994 tak kira sebab aku dah tak ingat sangat). Kenapa aku berkata demikian? Mari kita selidik apa sebabnya.

Pasukan pilihan main macam taik!!!

Aku tak tahu apa sebabnya tapi kebanyakan pasukan pilihan atau pun pasukan gergasi bermain dengan teruk.

Perancis, pasukan gergasi yang mempunyai ramai peminat diseluruh dunia bermain dengan teruk. Tersingkir di pusingan awal dengan mengutip 1 mata dan menjaringkan 1 gol. Jurulatih susun formasi macam celaka, jurulatih bergaduh dengan pemain, pemain hebat dihantar pulang, pemain protes tak nak turun berlatih, bila dah kalah jurulatih berlagak sombong pula....

Itali, johan bertahan edisi 2006, pulang awal dengan hanya mengutip 2 mata, tanpa sebarang kemenangan dan menduduki tangga terakhir Kumpulan F di belakang Paraguay, Slovakia dan New Zealand.

England, walaupun berjaya melepasi pusingan pertama tetapi hanya layak selaku naib johan pasukan. Hanya mengutip 1 kemenangan dari 3 perlawanan dan hanya menjaringkan 2 gol. England mempamerkan corak permainan yang membosankan. Dan akhirnya dimalukan Jerman 4-1

Banyak permainan yang lembab dan membosankan

Kebanyakan perlawanan pusingan pertama berlangsung dalam keadaan yang lembab dan membosankan.

Perlawanan yang berlansung pada pukul 7:30 malam dan 10:00 malam biasanya berlangsung dalam tempo yang perlahan dan membosankan walaupun melibatkan pasukan gergasi yang penuh dengan pemain bertaraf bintang.

Mungkin cuaca panas di Afrika Panas pada waktu siang mempengaruhi permainan mereka? Dan juga sesetengah stadium yang terletak dikawasan beraltitud tinggi?

Mutu pengadilan yang teruk

Perlukah aku terangkan kenyataan ini? Dari perlawanan pertama sehingga perlawanan akhir, semuanya teruk

Kecederaan menggangu ramai pemain bintang dan tumpuan

Michael Ballack, John Obi Mikel, Jose Bosingwa dan Nani adalah beberapa bintang tumpuan yang cedera dan gagal beraksi di Afrika Selatan, menyebabkan serba sedikit kemeriahan Piala Dunia terjejas.

Malahan Fernando Torres, Didier Drogba, Cesc Fabregas dan Arjen Robben juga mengalami kecederaan walaupun disenaraikan di dalam skuad kebangsaan masing-masing.

Akibatnya, hanya Robben yang berjaya sembuh namun hanya mula beraksi pada pusingan 16. Manakala Torres, Drogba dan Fabregas gagal beraksi dengan baik.

Pemain bintang cemerlang di liga masing-masing tetapi gagal menyerlah di Afrika Selatan

Wayne Rooney merupakan pemain bintang yang menjadi tonggak harapan England tapi gagal bermain dengan baik dalam keempat-empat perlawanan dan gagal menjaringkan walaupun 1 gol. Frank Lampard menjaringkan 22 gol dalam Liga Inggeris tetapi kebuntuan ditengah padang.

Christiano Ronaldo cemerlang bersama Real Madrid tetapi hanya berjaya menjaringkan 1 gol itupun menentang pasukan belasahan Korea Utara.

Lionel Messi menjadi penjaring terbanyak di La Liga (34 gol) tetapi gagal menjaringkan gol di benua Afrika walaupun mendapat peluang terhidang beberapa kali. Nasib yang sama menimpa Diego Milito yang berjaya menjaringkan 22 gol untuk Inter Milan tetapi hanya memanaskan bangku simpanan.

Kaka? 1 kad merah dan 1 kad kuning dan gagal menjaringkan gol bukanlah sesuatu yang mahu diingati oleh pemain kelahiran Brasilia ini.

Jabulani yang ringan melayang-layang

Setiap edisi Piala Dunia, penaja utama, Adidas, akan membuat bola rasmi untuk setiap edisi. Dan setiap kali bola baru dicipta, pasti akan ada kritikan terhadap bola tersebut.

Bola rasmi, Jabulani, dikritik hebat oleh kebanyakan pemain. Ini kerana bola tersebut terlampau ringan dan mudah melayang atau melencong jika dirembat dari jarak jauh. Ia menyukarkan pemain ketika melakukan sepakan percuma.

Nafas komentator yang kuat

Kalau kamu menonton Piala Dunia secara langsung di TV, kamu pasti dengan suara komentator. Dan kalau kamu dengar dengan teliti, kedengaran komentator menarik nafas dan boleh didengari dengan kuat.

Aku tak pasti kenapa nafas komentator kuat kedengaran. Adakah microphone yang dipakai oleh komentator terlalu dekat dengan mulutnya? Ataupun microphone tersebut ultra sensitif sampai nafas komentator pun boleh didengari?

Vuvuzela yang memekak!!!

Perlu aku terangkan apa itu Vuvuzela dan kenapa semua orang (kecuali orang Afrika) membenci bunyi bingit tersebut?

Banyak juga pemain yang memberikan repon negatif kepada Vuvuzela. Messi dan Ronaldao berkata yang bunyi bingit Vuvuzela mengganggu tumpuan mereka. Malahan, ada sesetengah pemain berkata mereka sukar berkomunikasi di atas padang kerana gangguan bunyi tersebut.

Aku harap tiada mat salleh yang membeli Vuvuzela tersebut berani-berani tiup benda alah tersebut semasa liga EPL, La Liga, Serie A, Bundesliga, Champions League dan Europa League dijalankan.

Jumpa 4 tahun lagi di Brazil!!!

Kamis, 08 Juli 2010

WOTS TOP TEN LIST: 10 Tanda Yang Menunjukkan Ada Sesuatu Yang Tidak Kena Dengan Anda

Selamat kembali ke segmen yang mana formatnya aku ciplak dari David Letterman.

Kali ini, aku ingin menyingkap sama ada anda seorang yang normal ataupun ada sesuatu yang tidak kena dengan anda.

Berikut merupakan WOTS Top Ten List: 10 Tanda Yang Menunjukkan Ada Sesuatu Yang Tidak Kena Dengan Anda

10. Anda ingatkan yang filem Sex and The City merupakan sebuah filem porno.

9. Anda terlalu banyak menonton drama Melayu dari saluran RTM dan bercakap dalam Bahasa Malaysia baku seperti skrip drama RTM tersebut.

8. Anda memilih Malaysia untuk memenangi Piala Dunia 2010, Piala Dunia 2014, Piala Dunia 2018.........

7. Anda menganggap Hannah merupakan ibu negeri bagi salah sebuah negeri di Amerika, Montana.

6. Anda menganggap Madagascar adalah nama sebuah filem animasi dan tidak tahu ia juga merupakan nama sebuah negara kepulauan di Benua Afrika.

5. Anda tidak tahu membezakan antara Rukun Islam, Rukun Iman dan Rukun Negara tetapi anda hafal Rukun Nikah dengan sempurna.

4. Anda berkata English Premier League (EPL) merupakan liga bola sepak yang berlangsung di Amerika Syarikat (Ya. Kawan aku pernah membuat kenyataan ini mengakibatkan dia digelakkan oleh semua orang).

3. Anda merupakan orang yang membuat papan tanda ini:


2. Anda beranggapan kumpulan Newboyz, Boboy dan Antz merupakan kumpulan Rock.

1. Anda beranggapan iPad merupakan jenama baru bagi satu lagi pad (tuala wanita).

Sabtu, 03 Juli 2010

Lontaran ke dalam Leah Lynn Gabriela Fortune

Leah Lynn Gabriela Fortune.

Membaca nama di atas, aku pasti kamu tahu yang nama tersebut merupakan milik seorang perempuan. Siapakah gerangnya Leah Lynn Gabriela Fortune?

Sekarang musim World Cup. Sana sini semua cerita World Cup. Temasya 4 tahun sekali yang di tunggu-tunggu oleh semua.

Apabila bola terkeluar dari kawasan permainan, pemain perlu membuat lontaran ke dalam (throw-in). Bila asyik melihat pemain membuat lontaran ke dalam, tiba-tiba aku teringat akan nama seorang wanita, Leah Lynn Gabriela Fortune.

Siapakah Leah Lynn Gabriela Fortune? Adakah dia seorang model seksi yang sering berposing memakai bikini di tepian pantai? Adakah dia seorang penyanyi latin yang mampu bergelek seperti Shakira? Adakah dia seorang professor ahli fikir yang terkenal dan mencipta teori baru dan menerima anugerah Nobel?

Semuanya salah. Leah Lynn Gabriela Fortune adalah seorang pemain bola sepak wanita yang berasal daripada Brazil.

Selain dapat melihat kembali salah seorang pemain import yang menjahanamkan bola sepak Malaysia, Abbas Saad, di kaca TV semula, kelebihan mempunyai pakej sukan Astro ialah pihak Astro akan menyiarkan sebarang kejohanan bola sepak tanpa mengira jantina dan had umur.

Pada tahun 2008, Astro telah menanyangkan Piala Dunia Wanita Bawah 20 Tahun yang berlangsung di Chile. Di pertandingan inilah aku mengenali Leah Lynn Gabriela Fortune (Leah).

Leah dilahirkan pada 13 Disember 1990 mempunyai ibu bapa berasal dari Amerika. Leah bermain di posisi pertahanan (kalau tak salah aku).

Adakah Leah seorang pemain yang selaju Ronaldo versi wanita? Ataupun bakal messiah seperti Messi? Ataupun panas baran tak tentu hala seperti Rooney?

Semuanya salah. Untuk mengetahui kehebatan dan keunikan Leah, sila tonton video di bawah.



Hebat bukan? Tengok lagi di bawah.



Itulah kehebatan Leah, lontaran ke dalam yang unik dan boleh pergi ke jarak yang jauh yang lebih jauh jaraknya. Malahan, momentum lontaran Leah adalah sama seperti seorang pemain membuat hantaran silang.

Jika dibandingkan dengan lontaran dalam Rory Delap, lontaran Delap memang tidak terlawan jika dibandingkan dengan Leah.

Dan seperti biasa, mesti ada yang ingin mengikut kehebatan Leah. Contohnya seperti dibawah:



Pengajaran di sini: Jangan berdiri terlalu dekat apabila pemain lawan ingin membuat lontaran ke dalam. Mengikut peraturan FIFA, ia adalah foul. Mengikut peraturan dunia, kau merupakan si bodoh yang akhirnya di baling bola tepat ke muka kau.

Jumat, 02 Juli 2010

Tukarlah jadi bahasa apa sekali pun, aku tetap benci dengan lagu ini

Aku rasa semua warga Malaysia dah pernah dengar tentang lagu ini.



Aku tak tahu samada kamu suka atau tidak lagu ini. Bagi aku, lagu ini mengarut, agak bodoh, membosankan dan annoying.

Memang betul, ada lagu dari Indonesia yang enak didengari. Tapi bukan semua. Dan bagi aku, lagu di atas adalah salah satu lagu yang sangat annoying tapi aku tak tahu kenapa orang Malaysia suka sangat lagu bodoh ini.

Ya. Marahlah aku kerana mengutuk lagu kegemaran kamu. Aku tak kisah. Aku cuma meluahkan perasaan aku. Kamu boleh kutuk muzik metal dan rock aku sebagai muzik yang bising dan tiada hala tuju. Jadi tak salah kalau aku kutuk muzik kegemaran kamu pula kan?

Bukan lagu ini yang aku ingin fokuskan di sini. Cuba kamu dengar lagu di bawah ini pula.


Ya. Bunyi macam sama bukan? Memang sama. Lagu ini dinyanyikan oleh Fabrizio Faniello, seorang penyanyi daripada Malta tetapi kini berpusat di Jerman. Lagu ini bertajuk I No Can Do, saduran daripada lagu Cari Jodoh.

Benda pertama yang terlintas di fikiran aku ialah: What the Mothafooka is that? Seriously, selama ini kita tahu yang artis dari barat dan dari bangsa Caucasian biasanya menghasilkan hasil seni yang sangat menarik tidak kira dari segi lagu, filem, lukisan ataupun apa sahaja perkara yang berkaitan dengan seni.

Tapi bila mendengar lagu ini, mungkin aku terlampau memandang tinggi mereka. This also show that even people from Europe have a same bad taste of music like Malaysian.

Bila fikir-fikirkan balik, muzik-muzik barat yang hebat datangnya dari Amerika dan United Kingdom. Malta? Rasanya kamu mungkin dengar minuman Malta, air gandum keluaran Anchor Berhad.

Apa pandangan aku kepada versi lagu cari jodoh versi Inggeris itu? It's sound more stupid than Wali Band version. In fact, bahagian korus lagu tersebut bunyi seperti orang putih membebel tak tentu pasal macam celaka neraka 13 tingkat.

And the video clip... The video clip is stupid and lame as well as the song, either the English version or the Indonesian Version. Astronaut from outer space? Lame idea, lame video.

Aku mula perasan video ini bila ada seorang kenalan di dalam Facebook aku mem-publish-kan video tersebut di wall-nya. Tak lama kemudian, bertamabah 2-3 orang lagi yang turut sarta meletakkan video ini di wall mereka.

Dan kemudian, sudah ramai pula yang meletakkannya di blog masing-masing. Dengan tajuk post entri mereka, "Lagu Wali Band versi English. Best!!"

Best my ass!!!

Jadi, sebelum lagu ini terkenal, baik aku maki hamun dan memberi kutukan secukup rasa sebelum ada orang kata pada aku "Lagu cari jodoh versi Malta tu best. Kau patut dengar."

Nah!!! It's stupid. Same with the Wali Band version.

I wanna say this for a long time. And I gonna say it now. Malaysian do have a bad taste in music.

Seriously, kenapa kamu sanggup layan muzik murahan seperti Wali Band, Radja dan seangkatan dengan mereka? Kalau kamu tak suka layan lagu Malaysia, layanlah lagu dari Amerika atau UK.

Dari muzik Rock hingga ke Hip-Hop. Dari Nirvana hingga ke Backstreet Boys. Dari Rob Zombie hingga ke Britney Spears.

Tak suka dengan muzik orang putih? Korea dan Jepun pun ada juga. Nak juga layan muzik Indonesia? Layanlah Dewa 19, Padi, Sheila On 7... Kenapalah kamu layan muzik-muzik Wali Band dan sekutu.

And again, Malaysian do have a bad taste in music.

I feel bad for the blonde girl in the video. Pretty cute. Tapi terpaksa berlakon dalam video lame ass ini.

Rabu, 30 Juni 2010

The Ultimate Porn King

Not a prom queen.

Kalau di Hong Kong, kita ada Edison Chen.

Edison Chen

Siapa yang tak kenal Edison Chen, artis yang akan mencecah umur 30 tahun oktober ini terlibat dalam satu skandal seks dimana gambar dan video lucahnya bersama beberapa orang artis wanita Hong Kong yang popular tersebar seantero dunia.

Semuanya bermula apabila gambar lucahnya bersama Gillian Chung, salah seorang ahli kumpulan Twins,  tersebar pada 27 Januari 2008 di satu website forum di Hong Kong. Dengan pantas gambar itu di foward ke website forum yang lain.

Gillian Chung

Keesokan harinya, lagi gambar lucah Chen bersama artis lain pula tersebar di alam maya. Keadaan semakin kecoh. 29 Januari, gambar dengan resolusi lebih tinggi pula telah tersebar dan kali ini dengan lebih nyata pelayar internat mampu meneka siapa empunya badan yang berbogel di dalam gambar tersebut.

Gambar-gambar tersebut menunjukkan yang Edison Cheng bukan sahaja bersama seorang wanita, tetapi lebih dari itu. Antara perempuan yang terlibat di dalam gambar-gambar tersebut ialah Gillian Chung (104 keping gambar), Bobo Chan (116), Cecilia Cheung (143 --- juga merupakan isteri kepada Nicolas Tse), Rachel Ngan (13), Mandy Chen (40), Candice Chen (48) dan Vicky Yeung (3) dengan kesemuanya berjumlah 465 keping gambar.

Cecilia Cheung

Dikhabarkan, masih ada gambar yang lain dengan beberapa artis lain yang sebelum ini berkerjasama dengan Chen yang masih belum sempat tersebar kerana si penyebar telah ditahan oleh pihak Polis Hong Kong dan Interpol.

Akibat skandal itu, Edison Chen telah kehilangan tajaan dari Manhattan Titanium, Pepsi, Standard Charted Bank, Samsung, Levi's dan Hong Kong Metro.

Di Amerika, kita ada Tiger Wood. Ngaum!!!

Eldrick Tont Woods a.k.a. Tiger Woods

Siapa yang tak kenal Tiger Woods, pemain golf yang paling berjaya dalam sejarah. Woods merupakan pemain golf yang menghuni ranking pertama dunia paling lama dalam sejarah.

Pada 25 November 2009, The National Enquirer telah mengeluarkan kenyataan yang menyatakan Woods mempunyai skandal dengan seorang pengurus kelab malam, Rachel Uchitel. Sehari kemudian, Tiger Woods telah mengalami kemalangan kerana S.U.V. yang dipandunya telah merempuh beberapa objek sebelum merempuh sepohon pokok tidak jauh dari rumahnya.

Elin Nordegren

Woods menyatakan yang ianya berlaku kerana kecuaian pemanduannya, tetapi ada saksi yang menyatakan yang isterinya, Elin, telah mengejar Woods dengan salah satu kayu golfnya dan menyebabkan Woods kemalangan.

Woods kemudian menarik diri dalam semua pertandingan golf sepanjang baki tahun 2009.

Tidak lama kemudian, US Weekly telah mengeluarkan satu gossip yang mendedahkan perhubungan sulit 2 setengah tahun antara Woods dengan seorang cocktail waitress, Jaimee Grubbs. Mesej suara antara Woods dan Grubbs telah disebarkan dan Woods terus meminta maaf pada hari yang sama.

Tidak lama kemudian, lebih sedozen wanita membuat pengakuan yang mereka pernah melakukan hubungan seks bersama woods. Ada di antaranya ialah pelakon porno. Ada juga sesetengahnya ialah minor celebrity.

Ada sesetengahnya yang membuat pengakuan yang Woods melakukan hubungan seks dengan mereka tanpa apa-apa alat pencegahan (kondom la...). Ada juga yang membuat pengakuan yang mereka mempunyai rekod video seks dan gambar ketika mereka melakukan hubungan seks dengan Woods. Ada juga yang mengaku yang mereka mempunyai anak luar nikah hasil hubungan seks mereka (sudah tentu kerana tidak menggunakan kondom).

Woods mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang semua gambar dan video yang melibatkan dirinya dengan mana-mana perempuan yang telah dikaitkan dengan beliau, disebarkan di internet atau mana-mana media cetak.

Sepanjang skandal seks Woods terdedah, kebanyakan penaja menarik kembali tajaan mereka keatas Woods. Antara penaja yang menarik penajaan mereka ialah Gillete, Accenture, AT&T, General Motors dan Gatorade. Menurut Pady Power, Woods kehilangan hampir 75 juta wang penajaan.

Pada 19 Februari 2010, Woods akhirnya membuat pengakuan yang ditelah curang kepada isterinya. Dia telah hilang kesedaran dirinya dan beranggap dia boleh berbuat apa sahaja tanpa apa sekatan kerana beranggapan popularitinya dan kejayaannya mampu menutup keburukannya.

Isterinya kini sedang dalam proses untuk meminta penceraian dari Woods.

Jangan pandang rendah Asia Tenggara. Memperkenalkan, Ariel Peterpan.

Ariel Peterporn

Ariel atau nama sebenar Nazril Irham merupakan penyanyi sebuah band, Peterpan. Band ini mula terkenal di Malaysia dengan single 'Mungkin Nanti' pada sekita tahun 2004.

Pada awal bulan Jun, ketika dunia sedang menantikan kemunculan Piala Dunia 2010, kita semua telah dikejutkan dengan dengan kemunculan 3 video lucah yang melibatkan Ariel dan Luna Maya (2 video) dan Cut Tari

Luna Maya

Luna Maya, pada umunya ialah teman wanita Ariel, tidak mengiakan atau menafikan tentang video tersebut. Ariel kini ditahan di dalam penjera dan dikatakan sudan mencipta 2 buah lagu semasa ditahan di dalam penjara.

Akibat penyebaran video tersebut, pihak syarikat Lux telah menghentikan iklan yang melibatkan Ariel dan Luna Maya.

Cut Tari

Cut Tari kini telah mendirikan rumah tangga bersama Johannes Yusuf Subrata, telah ditamatkan kontrak dari mengacara rancangan Infotainment Insert.

Dikhabarkan, Ariel juga telah menjalinkan hubungan seks dan merakamkan video bersama 32 artis yang lain. Inspirasi dari Edison Chen mungkin?

Antara nama lain yang turut dilibatkan dengan video seks bersama Ariel ialah Ratu Felisha, Aura Kasih, Andhara Early dan vokalis band SHE, Melly Herlina.

Malah, nama Bunga Cinta Lestari, isteri kepada aktor Malaysia Ashraff Sinclair, juga dikaitkan sebagai salah seorang daripada 32 orang yang turut terlibat dengan Ariel.

Penyebaran video seks Ariel telah menimbulkan fenomena di seluruh dunia sehinggakan Paris Hilton dan Maria Ozawa juga sibuk mencari video tersebut. Dan Maria Ozawa sudah pun berjaya mendapatkan video tersebut dan menontonnya. Maria Ozawa telah pun mengesahkan kenyataan tersebut di akaun rasmi Twitter miliknya:

“Guys, after 2 day search on the web, today I got the real video of peterporn ? Many thanks for my follower in indonesia who give the link..,”

Malahan, Vicky Vette, seorang pelakon porno dari Amerika, ingin bertemu dengan Ariel setelah menilai video seks tersebut dan teringin melakukan video seks bersama Ariel.

Selepas kejadian video seks ini, Ariel Peterpan kini digelar Ariel Peterporn. Tapi tak salah kalau Ariel menukar nama band tersebut kepada 'Peterporn' kerana Ariel tidak lagi boleh menggunakan nama 'Peterpan' untuk band-nya.


Pada awal pembabitan karier nyanyiannya, Ariel pernah dikaitkan dengan satu gossip dimana dia telah pun menyebabkan teman wanitanya mengandung luar nikah dan terpaksa berkahwin dengan lelaki lain.

Dulu, mungkin para peminat akan mempertahankan Ariel kerana personaliti sucinya. Sekarang, bagaimana?


Ada beberapa persoalan aku ingin ajukan di sini.

Kenapa perlu dirakam adegan seks kamu dalam bentuk video ataupun gambar? Untuk kenangan? Untuk dilihat kembali ketika berjauhan?

Sebagai seorang celebrity, adalah tidak wajar mereka merakamkan aksi seks mereka kerana dengan teknologi terkini, sudah pasti ia mudah tersebar di ruang internet. Kalau orang kebiasaan, mungkin perkara ini tidak akan menjadi hal. Tetapi mereka celebrity. Bila video ini telah tersebar, reputasi dan kredibiliti mereka akan tercalar, kehilangan peminat dan juga bakal menggugat periuk nasi mereka di masa hadapan.

Dua persoalan lagi, aku mahu dengar pandangan kamu pula.

1. Antara mereka bertiga, yang mana satu layak mendapat gelaran The Ultimate Porn King?
2. Kalaulah di Malaysia juga akan timbul perkara seperti ini, siapakah yang mempunyai potensi untuk menjadi The Ultimate Porn King versi Malaysia?

Ini aku belum sentuh skandal seks pemain Chelsea, John Terry dan Ashley Cole.

Minggu, 27 Juni 2010

Jerman 4-1 England. Karma dari Geoff Hurst

Gol ke tak tu?




Aku tahu, mesti ramai penyokong England yang tak puas hati bila gol Lampard tak dikira semasa perlawanan Round of 16, England lawan Jerman yang berkesudahan dengan kemenangan besar Jerman 4-1.

Memang jelas lagi terang yang bola tersebut melepasi garisan gol. Tapi apa boleh kata, Jerman menang 4-1. Jerman menjaringkan 4 lagi gol dan England gagal menjaringkan gol.

Mungkin penyokong England sudah melupakan gol Geoff Hurst pada Piala Dunia 1966 yang berlangsung di England dulu.



Perlawanan akhir Piala Dunia 1966, 30 Julai 1966. England menentang Jerman Barat. Ketika itu, Jerman masih ada Barat dan Timur. Tetapi Jerman barat yang terhebat.

Jerman Barat membuka tirai jaringan pada minit ke-12 hasil jaringan Helmut Haller tetapi Geoff Hurst menyamakan kedudukan pada minit ke-18.

Martin Peters membawa England mendahului Jerman Barat pada minit ke-78 tetapi gol minit akhir Wolfgang Weber pada minit ke-89 mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Pada masa tambahan. Hurst menjaringkan gol ketiga England yang penuh dengan kontroversi.

Bola terkena bawah palang, melantun ke bawah dan kemudian ditanduk keluar oleh pertahanan Jerman Barat. 

Pengadil perlawanan, Gottfried Dienst, tidak pasti sama ada bola tersebut sudah melepasi garis atau tidak. Dienst pun dengan segera bertanyakan kepada penjaga garisan, Tofik Bakhramov. Mereka berbual menggunakan bahasa isyarat kerana mereka berdua tidak tahu untuk berbahasa Inggeris (ataupun salah seorang mungkin tak tahu Bahasa Inggeris) akhirnya memberikan gol tersebut kepada England walaupun pemain Jerman Barat terus membantah.

Dan pada minit terakhir permainan, Hurst menjaringkan gol keempat England menjadikan kedudukan 4-2 dan Hurst menjadi satu-satunya pemain yang menjaringkan hattrick pada perlawanan akhir Piala Dunia.

Gol ketiga England tersebut menjadi perbualan hangat dan masih menjadi bahan bantahan oleh pemain dan warga Jerman Barat sehinggalah mereka bergabung dengan Jerman Timur dan membentuk kerajaan Jerman. Warga Jerman tetap menganggap gol tersebut sebagai gol yang 'tidak sah'.

Jerman Barat menganggap yang penjaga garisan, Tofik Bakhmarov, memberikan keputusan berat sebelah kerana beliau berasal dari Azerbaijan SSR, iaitu sebahagian daripada wilayah yang membentuk USSR ataupun Soviet Union - Nama Russia sebelum tahun 1991. 

Jerman Barat beranggap yang Bakhmarov berdendam kerana Jerman Barat telah menewaskan USSR pada peringkat separuh akhir. Bakhmarov berkata di dalam memoirnya yang dia ternampak yang bola tersebut melantun dari jaring bukannya palang. Itulah sebab utama kenapa ia membenarkan gol tersebut.

Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Bakhmarov yang sekali lagi ditanya ketika di atas katil sebelum kematiannya tentang gol Geoff Hurst tersebut, Bakhmarov hanya menyebut satu perkataan. Stalingard.

Stalingard merujuk kepada Perang Stalingard, yang berlangsung pada 27 Jun 1942 sehinggalah 3 Februari 1943 di Stalingard, USSR. Perang tersebut melibatkan pihak USSR dan wilayah-wilayahnya berperang dengan Nazi Jerman (bawah pemerintahan Hitler), Romania, Itali, Hungary dan Croatia.

Walaupun pihak USSR memenangi peperangan tersebut, tetapi pihak Nazi telah membunuh lebih kurang 75, 000 tentera USSR. Berkemungkinan Bakhmarov menyimpan dendam atas kematian mereka terhadap Jerman dan membuatkan Jerman Barat terpaksa berputih mata dengan membenarkan gol Geoff Hurst tersebut.

Di England, Jabatan Kejuruteraan dari Universiti Oxford telah membuat kajian dan telah mengesahkan yang bola jaringan Geoff Hurst belum melepasi garisan gol dan ianya 6cm dari diisytihar sebagai gol.

England terus menggunakan gol Hurst sebagai bahan ejekan kepada Jerman. Peristiwa yang dikenali sebagai Wembley-Tor ini telah menjadi bahan mainan oleh warga England. Iklan Kit-Kat yang mem-parody-kan kisah gol Hurst menjadi mainan warga England buat warga Jerman Barat.

Tetapi, adakah selepas kekalahan 4-1 ditangan Jerman, England akan terus memainkan parody gol Hurst tersebut atau Jerman pula akan mempermainkan gol Lampard yang tidak dikira itu?

Peminat England mungkin akan berkata gol Hurst itu adalah hal kecil kerana mereka menjaringkan 4 gol semasa 1966. Tetapi peminat Jerman juga pasti akan menyatakan benda yang sama, menjaringkan 4 gol, sedangkan England hanya mampu menjaringkan 1 gol dan bermain dengan teruk pada tahun 2010.

Aku bukanlah penyokong Jerman yang mahu menimbulkan konfrantasi dengan penyokong England. Entri ini hanya ingin memberitahu kepada semua yang karma dan bola sepak amat berkait rapat.

Apa itu karma?

Kalau dalam wikipedia, ia membawa maksud (aku hanya petik sebahagian daripadanya sahaja):

"Humans have free will to choose good or evil and suffer the consequences, which require the will of God to implement karma's consequences"

Senang cerita, apa kau buat, kau dapat balasannya. Buat baik, dapat balasan baik. Buat jahat, dapat balasan jahat.

Kalau kau main secara adil, kau akan dapat keputusan yang adil. Tapi Kalau kau main secara tidak adil, kau akan dapat keputusan yang tidak adil.

Itulah yang terjadi antara England dan Jerman. Ketidak keadilan ke atas Jerman pada tahun 1966 dibalas pada tahun 2010.

Jangan lupakan pula Perancis. Ingat peristiwa tangan Thierry Henry ketika menentang Ireland dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2010?



Ireland telah dinafikan tempatnya di Piala Dunia 2010 manakala Perancis layak.

Kemudian, karma memainkan peranan.

Perancis datang dengan pasukan yang lintang pukang, pemain bergaduh dengan jurulatih, jurulatih melakukan protes dan akhirnya tersingkir pada pusingan pertama dengan hanya satu mata dari 3 perlawanan.

Itulah karma dan itulah bola sepak. Di dalam bola sepak, pasti ada karma. Dan pasti ada drama. Sebab itulah bola sepak digelar The Beautiful Game. Ada sukan, ada drama, ada karma da ada kisah pada setiap perlawanan.

Jadikan permusushan antara England dan Jerman sebagai satu lagi kisah klasik dalam lembaran sejarah bola sepak dunia.

P/S: Ozil dan Muller main memang superb. Tabik kepada pemain muda seperti mereka.

Rabu, 23 Juni 2010

Kenapa aku suka acara temasya sukan


Akhirnya acara temasya Sukan Malaysia (Sukma) XIII Melaka 2010 melabuhkan tirai pada hari Sabtu yang lepas.

Oleh kerana kesibukan Piala Dunia Afrika Selatan 2010, Sukma telah dianaktirikan oleh rakyat Malaysia. Tapi tidak boleh juga mahu disalahkan rakyat Malaysia kerana pencabar Sukma ialah Piala Dunia 2010 yang hanya berlangsung 4 tahun sekali dan mempunyai status yang lebih besar dari Sukma.

"Hek eleh... Kau tengok Sukma ke, Mirul?"

Ya. Aku ada menonton Sukma. Memang betul, FIFA World Cup sedang berjalan sekarang tapi Piala Dunia kan disiarkan pada waktu malam, siang aku akan menonton Sukma.

Aku suka menonton rancangan temasya sukan. Dari sekecil-kecil Sukma, sehinggalah temasya sukan yang lebih besar seperti Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik. Sukan Olimpik Musim Sejuk pun kadang-kadang aku tonton. Kadang-kadang, aku layan juga acara track and field seperti IAAF Golden League dan yang sejenis dengannya.

Kenapa aku minat menonton temasya sukan? Adakah ianya sehebat Piala Dunia?

Pengaruh dari ayah aku

Antara sebab awal aku meminati acara temasya sukan ini ialah dari pengaruh ayah aku. Ayah aku merupakan seorang sportsman. Semasa bekerja sebagai tentera sekitar tahun 70'an dan 80'an, ayah aku telah mewakili tentera dalam pelbagai jenis sukan.

Bola sepak, hoki, acara balapan, bola tampar dan banyak lagi... Semua ayah aku pernah main dan mewakili tentera.

Selepas bersara dari tentera (dan bersukan) ayah aku suka menonton acara temasya sukan ni. Mungkin mengingatkan beliau semasa hari mudanya.

Oleh kerana masa zaman dulu rumah aku hanya mempunyai sebuah TV sahaja, kalau ayah aku sedang menonton TV yang lain-lain pun terpaksalah hadap sama. Disinilah timbul minat aku untuk menonton temasya sukan.

Sekarang, kalau ayah aku tiada di rumah, aku sendiri akan menonton rancangan tersebut bersendirian.

Kepelbagaian sukan

Antara sebab utama kenapa aku gemar menonton temasya sukan ialah kepelbagaian sukan yang terdapat di dalam temasya tersebut.

Sebutkan sahaja apa sukan yang mahu kamu tonton. Bola sepak? Rugbi? Tennis? Badminton? Renang? Gimnastik? Bowling padang? Memanah? Acara balapan? Bola tampar? Semuanya ada.

Kepelbagaian sukan akan membuatkan aku rasa kurang bosan dan aku tidak perlu tukar channel lain untuk menonton sukan dari belainan jenis.

Tapi kalau acara equestrian yang disiarkan, memang aku tukar la.

Liputan sepanjang hari

Kalau kamu pernah menonton laporan temasya sukan ini, kamu mesti perasan yang laporan ini akan bermula seawal pagi. Biasanya liputan akan berlansung di TV1 dan TV2.

Laporan akan bermula dari seawall pukul 10 pagi (kadang-kadang pukul 9 pagi) dan berterusan sehingga pukul 1 tengahari. Laporan akan bersambung semula pada pukul 2 petang dan akan tamat sekitar pukul 5 atau 6 petang. Rumusan laporan sepanjang hari akan disiarkan jam 12 tengah malam.

Itu kalau di RTM. Jika di Astro, biasanya akan disediakan 6 saluran khas sempena temasya sukan tersebut (biasanya Cuma Olimpik sahaja), sama seperti apa yang Astro lakukan untuk Piala Dunia sekarang. Jadi, siaran langsung 24 jam tanpa henti.

Melihat manusia memecahkan rekod dan mancatat sejarah

Acara temasya sukan biasanya akan menuntut para atlet untuk berkerja keras untuk mencapai kemenangan. Biasanya, kita akan melihat sesetangah atlet berusaha keras sehingga berjaya memecahkan rekod dunia dan mencatatkan sejarah sebagai antara atlet terbaik dunia.

 Usain Bolt, manusia terpantas dunia

Usain Bolt, pelari 100 meter Jamaica, berjaya menjadi manusia terpantas dan memenangi 3 pingat emas di Sukan Olimpik Beijing 2008. Usain merupakan pemegang rekod bagi acara larian 100 meter dengan 9.58 saat. Juga pemegang rekod 200 meter dengan 19.19 saat dan dalam acara 4 x 100 meter bersama 3 orang atlet lain dengan 37.10 saat.

 Ada siapa berani lawan rekod aku?

Yelena Isinbayeva, atlet lompat bergalah Russia, menjadi wanita pertama dan satu-satunya wanita yang berjaya melepasi ketinggian 5 meter. Yelena telah memenangi pingat emas di Sukan Olimpik 2004 dan 2008. Yelena kini merupakan pemegang rekod bagi acara lompat bergalah wanita dengan ketinggian 5.05 meter.

 Banyaknya, bagi seketul la, Encik Michael

Michael Phelps merupakan perenang Amerika Syarikat yang sudah memenangi 14 pingat emas dalam 2 edisi Sukan Olimpik (2004 dan 2008). Michael Phelps juga merupakan pemenang pigat emas terbanyak dalam satu temasya Sukan Olimpik dengan 8 pingat emas (Beijing 2008) dengan memecahkan rekod dari Mark Spitz (7 pingat emas di Munich 1972).
Perfect 10 girl

Nadia Comaneci ialah gimnas Romania yang berjaya menjadi satu-satunya gimnas yang berjaya memungut markah perfect 10. Nadia berjaya mengutip 5 pingat emas di Sukan Olimpik.

And of course.... The hot athlete

Sudah semestinya bukan? Tanpa perlu aku menerangkan dengan panjang lebar.


Nastia Liukin, gimnas Amerika.



Guo Jinjing, Penerjun China.



Kiira Korpi, peluncur ais dari Finland (sekarang kamu tahukan kenapa aku tonton Olimpik Musim Sejuk)

Atlet Malaysia pun apa kurangnya.

 Nurul Fatiha Abd Hamid, gimnas Malaysia


Sekarang Nurul Fatiha sudah menjadi pengacara RTM

Leong Mun Yee, penerjun negara



Dan Banyak lagi. Kalau aku nak senaraikan semua atlet perempuan dalam dan luar negara yang hot, memang sampai esok belum tentu habis.

Yang terbaru aku nampak di Sukma 2010, Farah Ann Abd Hadi.


Jadi itulah sebab kenapa aku suka menonton temasya sukan. Tapi secara seriusnya, dari kamu asyik menonton rancangan nyanyian realiti, baik kamu tonton temasya sukan dan berikan sokongan kepada atlet Malaysia. Sekurang-kurangnya mereka berjuang demi nama negara, bukan macam artis yang rata-rata perangai jahanam tapi berlagak nak jadi ikon. Lepas tu, semua artis dapat pangkat dato.' Sampai sekarang aku masih tertanya-tanya macam mana Dato' M. Daud Kilau tu boleh dapat pangakta dato?'Atlet Malaysia berapa kerat saja yang dapat pangkat Dato?

Jadi, cintailah Farah Ann Abd Hadi. Eh... Maksud aku, cintailah atlet Malaysia.

I rest my case.