Minggu, 17 Februari 2008

THIS WEEK......

Minggu ini aku akan menghadapi banyak test.

Strategy Marketing Management, Service Marketing dan Relationship Marketing. Semua nya ada test dan boleh di katakan subjek yang agak tough.

Itu tak termasuk presentation yang akan aku terlibat juga.

Minggu yang agak sibuk.

Mungkin kurang posting entri.

Bye.

Kamis, 14 Februari 2008

BULLET FOR MY VALENTINE : MY BLOODY VALENTINE

Walaupun tajuk entri ini ada perkataan valentine, ini tidak bermakna aku ingin bercerita tentang sambutan Hari Valentine atau bercerita tentang pengalaman valentine aku.

Seingat akulah, aku tidak pernah menyambut hari kekasih ini. Walaupun pada masa itu aku ada teman wanita, tapi aku memang tidak sambut. Aku rasa tak payah lah aku hendak bercerita kenapa aku tak sambut benda alah ini kerana pada umumnya semua orang pun tahu tentang hari tersebut.

Tapi, ada juga benda yang ada perkataan valentine yang aku suka

1.Bullet for My Valentine

Bullet for My Valentine adalah sebuah band yang memainkan lagu bergenre metalcore/heavy metal dari USA. Album pertama band ini, The Poison, merupakan antara album yang aku minati. Mereka baru sahaja mengeluarkan album kedua mereka yang bertajuk Scream Aim Fire.

2. My Bloody Valentine

Ini merupakan tajuk lagu Good Charlotte dalam album kedua mereka, sebelum mereka merapek pada album-album seterusnya.

Nampaknya entri ini agak melalut sekarang, jadi biar aku hentikan kekalutan ini sebelum ia akan berlarutan semakin teruk.

Sebenarnya, sejak memasuki tahun 2008 ini, aku agak kekurangan idea untuk menulis. Mutu penulisan aku juga bagai sudah hilang (tak delah bermutu sangat pun penulisan aku sebelum ini) tapi rasanya macam dah merosot dari dulu.

Aku bagaikan sukar untuk menulis entri panjang lebar seperti tahun lepas. Jika kamu ada terbaca 3-4 entri aku tahun lepas tentang kisah silam aku yang jiwang dan panjang lebar dengan ayat puitis (macam sial je aku rasa masa tulis entri ini), pasti kamu ternampak perbezaan nya.

Ah!!! Biarlah! Aku rasa nanti gaya penulisan aku akan jadi seperti dulu kembali.

Oleh kerana tajuk entri ada perkataan "Bloody" di mana ia datang dari kata akar "blood", jadi aku ingin bercerita sedikit tentang darah.

Sejak kebelakangan ini, bila aku membuang kahak atau hingus, kahak dan hingus itu akan keluar bersama darah. Kadang-kadang akan keluar darah sahaja.

Keadaan ini agak merisaukan aku. Jadi aku bertanya pada mak aku. Mak aku cuma berkata suhu badan aku panas dan menjadi penyebab hidung aku berdarah. Di tambah pula dengan aku yang sering tidur lewat dan masa tidur yang tak tentu arah telah menyumbang lagi punca darah yang keluar dari hidung aku itu.

Bila aku cerita pada roomate aku, dia kata aku ada penyakit serius dan kalau aku pergi, dia nak MP4 aku. Yang sorang lagi nak laptop aku.

Celaka punya member, doakan aku mati pulak. Lepas tu ada hati pulak tu nak ambil barang-barang aku. Dapat pulak!!!!!!

Jadi aku andaikan yang badan aku panas menjadi punca kahak dan hingus aku berdarah. jadi aku ingin tanya sedikit soalan kepada kamu.

"Bagaimana mahu menurunkan tahap suhu badan aku yang panas ini?"

"Ada tak makanan atau minuman yang boleh menurunkan suhu badan aku ini?" (Tolong jangan bagi jawapan air badak kerana aku sudah banyak kali minum air badak tu dan suhu badan aku tak berubah pun)

Rasanya entri ini agak panjang juga ya. Ya. Berjaya juga aku buat entri yang agak panjang untuk tahun 2008 ini. Nanti aku akan buat entri yang lebih panjang lagi.

Tolong beri jawapan pada persoalan aku itu ya. Aku berhenti di sini kerana aku rasa aku sudah teruk sangat merepek dalam entri kali ini.....

Rabu, 13 Februari 2008

AND I ALWAYS THINKING ABOUT THE FUTURE...

Minggu ini aku agak sibuk sedikit. Tetapi aku sempat jua mencuri masa untuk menaip entri ini.

Parlimen baru saja di bubarkan tengahari tadi. Ini bermakna pilihanraya sudah dekat. Kemungkinan besar pilihanraya akan di langsungkan pada 1 Mac 2008, yang aku dengar melalui rumours la...

Jadi, aku akan pergi membuang undi untuk pertama kali dalam hidup aku. Ini bukanlah perkara yang besar sangat, tetapi aku terasa sedikit teruja juga.

Ok, malas mahu cerita pasal politik.

Sebenarnya sejak kebelakangan ini, aku selalu terfikir tentang masa depan aku sebelum tidur. Aku selalu terfikir dan terasa risau pasal masa depan aku. Aku sering rasa macam aku ni seorang yang tidak punya masa depan.

Pernah tak kamu terfikir sedemikian rupa? Adakah benda ini normal bagi seseorang? Adakah ini cuma mainan perasaan?

Macam mana kalu betul? Aku sekarang berumur 24 tahun dan masih belajar dan belum bekerja. Adakah kamu rasa aku ni seorang yang dah lewat sangat umurnya untuk masih bergelar seorang pelajar dan masih belum bekerja?

Macam-macam yang aku fikir kan. Abang aku berkahwin semasa berumu 26 tahun sedangkan aku semasa umur 25 tahun nanti baru mahu cari pekerjaan.

Benda-benda ini sering bermain di benak pemikiran aku dan sering membuat kan aku risau tak tentu hala.

Adakah aku akan berjaya dalam kehidupan aku walaupun aku lambat memulakan alam pekerjaan nanti? Entah la....

Only time will tell.............

Minggu, 10 Februari 2008

FACE/OFF WITH THE EX

Aku baru kembali dari cuti semester selama seminggu. Sebagai seorang pelajar, cuti seminggu memang tidak pernah cukup rasanya.

Walaupun cuti itu amat pendek, tetapi masih meninggalkan beberapa perkara yang agak menarik (pada diri aku) dan mungkin boleh mengimbau kenangan lama aku.

Tanpa aku sangka-sangkakan, aku telah bertembung mata dengan ex-girlfriend aku yang pertama sewaktu cuti itu. Kita gelarkan dia Mir (bukan nama sebenar) ya? Pertemuan berlaku di satu-satunya kedai runcit melayu di taman aku.

Sejak putus, aku hanya pernah jumpa dan bercakap 3 kali sahaja dengan dia. Semuanya berlaku di UiTM Segamat. Tak sangka pula dia juga menyambung pelajaran nya di situ.

Mir: Lama tak jumpa. Apa khabar?

Aku: Ok-ok je.

(Seterusnya adalah perbualan tidak penting jadi aku terus ke bahagian penting sahaja)

Mir: So, awek macam mana sekarang?

Aku: Awek yang mane?

Mir: Lepas kita putus, awak ada couple dengan budak KL kan?

Aku: Oh! Tu dah putus lama dah. Kekal 7-8 bulan je. That was a mistake.

Mir: Ape yang mistake nye?

Aku: That girl and that relationship.

Mir: Hehe.. Nape cakap orang putih pulak ni.

Sebenarnya aku agak gugup ketika berbual dengan dia pada masa itu. Tu yang sampai terkeluar bahasa inggeris aku yang broken habis tu. Sungguh memalukan...

Mir: Lepas tu bukan awak ada couple dengan satu lagi ke masa belajar dekat...

Aku: Dah putus masa malam raya 2006 dan masih single sampai sekarang...

Mir: Tak cari baru?

Aku: Busy la...

Mir: Awak ada blog kan? Terjumpa friendster awak. Pastu terjumpa blog awak sekali.

Aku: Owh. Ye ke?

Mir: Tak de cerita pasal kite ke dalam blog awak tu?

Aku: Hehe... Belum lagi setakat ni. Nanti la. Kalau rajin nak korek cerita lama...

Mir: Oh ye. Maybe saya tunang akhir tahun ni. Nanti kenduri datanglah.

Aku: Insyaallah kalau tak de benda.

Mir: Ok bye.

Perbualan tamat begitu sahaja. Aku tahu dia sudah ada teman baru ketika menuntut di UiTM dulu melalui adik lelakinya. Ya, aku masih akrab dengan adiknya walaupun aku sudah putus ikatan dengan dia.

Nampaknya, dia bakal bertunang tidak lama lagi. Aku masih keseorangan.

Aku pulang ke rumah. Cuba mencari memori manis aku bersamanya sewaktu dahulu. Banyak juga yang aku ingat tetapi tiada satu pun yang aku anggap cukup manis untuk dijadikan "memori manis".

Berbeza dengan hubungan yang aku dengan ex-awek aku yang aku anggap sebagai "mistake" itu, walaupun sedikit, tetapi banyak juga yang mampu membuat aku tersenyum. (kita gelarkan awek nombor dua aku ini sebagai mistake mulai sini).

Jadi, adakah aku salah menilai perhubungan aku selama ini? Atau aku sudah berjaya melupakan Mir tetapi masih mengingati mistake?

Kadang-kadang aku ada juga teringat kepada mistake. Tetapi kami sudah sepakat untuk putus kerana menganggap hubungan kami adalah hubungan yang gagal dan tidak akan berjaya. Atau sebenarnya kami yang salah menilai ketika itu?

Aku masih ada nombor telefon mistake. Perlukah aku menghubungi dia dan memulakannya semula?

Perlukah? Perlukah? Perlukah? Perlukah? Perlukah? Perlukah? Perlukah? Perlukah? Perlukah? Perlukah? Perlukah? Perlukah?

Argh!!! Nanti-nantilah aku cari awek lain. Benda yang lepas usah di kenang. Tak gitu?

P/S: Dalam entri yang lepas, saudara FairuzMokti ada meninggalkan soalan di bahagian komen aku, "kenapa kau berblog..??" Jawapannya, sila baca enti ini. Sekian.

Senin, 04 Februari 2008

MENJAWAP PERSOALAN KAMU

Aku menerima banyak komen tentang blog aku ini. Samada komen itu di komen oleh pembaca blog aku secara terus di ruang komen atau secara tidak terus.

Secara ti dak terus merujuk kepada cara komen melalui friendster dan myspace, samada melalui ruang komen friendster/ myspace atau secara message yang di baca di dalam inbox.

Ada seorang gadis telah menghantar message ke friendster aku:

"Your blog is so funny.... I mean, funny in the right way."

Aku sebenarnya kurang faham samada ini ialah pujian atau sindiran. Sweety, lain kali komen secara berterus terang ya?

Seorang blogger, bernama Wandai, meninggalkan komen di friendster aku. Rasanya bunyi komennya macam ini:

"Aku suka baca blog kau. Keselambaan..." (Wandai, kalau salah ayat ini, maafkan aku)

Terharu aku membaca komen ini. Akhirnya Wandai berjaya membuat blog melalui wordpress. Semoga terus berjaya dengan blog kamu.

Ok. Sekarang kita ke tajuk yang sepatutunya dibincangkan dalam entri ini. Aku mahu menjawab persoalan dari pembaca aku yang biasanya di soal melalui message friendster dan myspace atau secara bersemuka dengan aku.

Aku rasa, ini sessi ketiga aku menjawab soalan kamu di dalam blog aku. Tak kisahlah. Layan....

Soalan 1

Apsal entri kau sekarang ni pendek-pendek je? - Soalan dari kawan aku melalui message myspace

Jawapan 1

Aku sibuk sikit semester ini. Banyak subjek tough aku ambil semester ini. Jadi harap kau faham keadaaan aku.Lagipun aku macam belum dapat tune yang sesuai sejak tahun 2008.

Soalan 2

Kenapa tak buat entri kisah-kisah silam kau macam dulu? - Identiti penyoal dirahsiakan atas kehendak beliau.

Jawapan 2

Sebenarnya banyak juga aku mahu kongsikan tentang kisah silam aku. Tapi, kalau cerita pasal kisah silam aku, aku kena taip entri yang panjang. Sekarang ini agak sukar untuk aku taip entri yang panjang (rujuk jawapan 1 di atas).

Soalan 3

Sampai berapa lama kau nak memblog nih? - Kawan aku, Amri, secara bersemuka semasa tengah berbual tentang hal-hal politik.

Jawapan 3

Entahlah. Kita tunggu dan lihat. Kalau aku terus berblog, mungkin isi kandungan akan berubah apabila aku dewasa kelak? Entah. Tidak berani jawab soalan itu.

Soalan 4

Aku nak beli blog kau ni dengan harga sejuta. Nak tak? - Soalan dari orang yang aku tidak kenal. sebenarnya dalam mimpi yang aku alami semalam. Hehe...

Jawapan 4

Aku tidak sempat jawab sebab aku tiba-tiba tersedar.

Soalan 5

Adakah apa yang kau tulis dalam blog kau adalah kisah benar? Tentang pengalaman hidup kau lah maksud aku... - Kawan aku yang bergelar malapetaka. Aku chat dengan dia Ahad lepas dan ini benda pertama dia soal aku. Cilakak punya kawan. Tanya la khabar aku dulu.

Jawapan 5

Ya! Mestilah benar. Mungkin pada dialog perbualan ada sedikit tipu kerana kadang-kadang aku dah tak ingat dialog perbualan aku dengan seseorang. jadi aku reka ayat itu melalui isi penting perbualan yang aku ingat. Itu kira tipu ke?

Soalan 6

Kau ingat blog kau best ke? Blah la. Poyo je blog kau ni. - Oleh seorang minah yang tiba-tiba nak marah dengan aku melalui message myspace. Lepas tu nak add aku as friend pulak. Terus aku mark as spam kat dia.

Jawapan 6

Aku tak pernah nak anggap blog aku best pun sebab banyak blog yang best-best di alam cyber ni. Blog aku biasa-biasa je. Ni blog aku. Peduli ape kau blog ni best ke tak?

Sekian sessi menjawap soalan yang tidak bermakna ini. Harap kamu gembira atau mungkin bersedih sebab membuang masa membaca entri sampah ini. Salam....

Sabtu, 02 Februari 2008

GELI MAT!!!!

Setelah berbual perkara sedih (sedih sangat pulak) pasal arwah atuk dan nenek aku dalam entri sebelum ini, mari kita berhibur sedikit.



Haha.... Geli Mat!!!!

DATUK DAN NENEK

Aku terima SMS semasa khamis malam.

"Mirul, kita balik esok pukul 8 pagi la. Atok aku meninggal la."

Malam tadi, aku teringat kembali tentang SMS itu. Membuatkan aku terkenangan kisah hidup aku bersama arwah atuk dan nenek.

Aku rasa, aku amat jarang (atau mungkin kurang atau tidak pernah langsung) mendapat kasih sayang dari seorang yang bergelar atuk dan nenek.

Di sebelah ayah aku, nenek telah meninggal dunia ketika ayah aku berumur 18 tahun lagi. Ini bermakna ayah aku belum berkahwin lagi ketika arwah nenek meninggal dunia. Aku hanya melihat gambar arwah nenek aku sahaja.

Atuk sebelah ayahku pula meninggal ketika umurku belum pun mencecah setahun.

Ramai pak cik dan mak cik aku yang berkata bahawa muka aku memang serupa dengan muka arwah atuk ku. Lagipun, semasa aku lahir sehingga hayat terakhir arwah atuk aku, aku merupakan cucu kesayangannya dan dia sering mendukung aku dan menjaga aku semasa ayah dan ibu ku pergi berniaga.

Ada seorang mak cik aku yang suka melihat aku. Katanya, bila dia melihat muka aku, kerinduan mak cik aku ni kepada arwah ayahnya terubat sedikit.

Arwah atuk aku sebelah ibu aku pula meninggal ketika aku berumur 4-5 tahun. Mungkin 4 untuk lebih tepat. Meninggal ketika sedang minum di warong. Aku kurang rapat dengan arwah atuk aku kerana aku tinggal di Johor dan arwah tinggal di Selangor. Lagipun, aku kecil lagi ketika itu.

Arwah nenek sebelah ibu aku meninggal ketika aku darjah 6. Beberapa minggu sebelum aku mengambil peperiksaan UPSR. Ketika dia sakit, dia menyuruh aku belajar bersunguh-sunguh dan dapat kan 4A dalam UPSR 9masa ni masih 4A lagi, belum jadi 5A macam sekarang). Arwah meninggal pada tanggal 9 jun 1996 (9/6/96).

Jadi kepada kamu yang masih ada atuk dan nenek tu, kasihilah mereka selagi hayat mereka masih ada. Setiap manusia akan pergi jua satu hari nanti, jadi kasihi mereka dan jangan sesali apabila mereka telah tiada lagi.
_________________________

Nanti. Belum habis lagi.

Aku ada bercerita tentang hal atuk dan nenek ini kepada ayahku. Ayahku menjawab ringkas...

"Kalau Aam nak rasa dapat atuk dengan nenek, bagi abah kawin dengan pompuan muda yang ada mak bapak lagi. Mesti dapat atuk dengan nenek."

Ha...Ye la tu, abah. Dapat pulak kan?