Jumat, 30 September 2011

Bola Sepak dan Perpecahan Negara: Yugoslavia

Sudah agak lama aku tak menulis sesuatu mengenai sukan kegemaran ramai, bola sepak. Hari ini aku ingin menulis sejarah ringkas mengenai salah satu pasukan bola sepak yang boleh dikatakan boleh tahan hebat juga, iaitu Yugoslavia.

Mungkin ramai yang sudah terlupa akan pasukan ini. Bagi adik-adik yang lahir di era 90'an, mesti rasa pelik kerana tidak pernah mendengar nama negara ini. Mesti adik-adik merasa cikgu Geografi adik-adik sudah menipu adik-adik kerana tidak pernah memberitahu tentang kewujudan negara ini.

Jangan risau adik-adik sekalian. Negara ini sudah tidak wujud lagi di muka bumi ini. Negara ini telah berpecah dan telah mewujudkan beberapa negara lain. Malahan, Yugoslavia sendiri sudah menukar nama negaranya.

Hari ini, aku akan menceritakan sejarah Yugoslavia. Tapi bukanlah secara menyeluruh, tetapi hanya bercerita mengenai sejarah bola sepak negara ini.


Yugoslavia



Footbal Association of Yugoslavia mula ditubuhkan pada tahun 1919, sama dengan tahun penubuhan High School Batu Pahat (sekolah aku tu!). 

Pasukan bola sepak Yugoslavia adalah pasukan bola sepak yang mewakili negara Kingdom of Yugoslavia (1920-1941), Socialist Federal Republic of Yugoslavia (1946-1992) dan Federal republic of Yugoslavia (1992-2003). Sebenarnya, semua negara yang sama tapi nama yang berlainan kerana pucuk pimpinan yang bertukar kerana perang saudara dan lain-lain sebab.

Pasukan kebangsaan Yugoslavia ditubuhkan pada 1919 di Zagreb (kini Ibu Negara Croatia) dengan nama Jugoslovenski nogometni savez. Paukan kebangsaan Yugoslavia membuat penampilan antarabangsa di Sukan Olimpik Musim Panas 1920 di Antwerp, Belgium menentang Czechoslovakia. Yugoslavia tewas teruk 7-0.

Pada 1929, Yugoslavia telah memindahkan persatuan bola sepak mereka ke Belgrade, Ibu Negara Yugoslavia ketika itu (dan kini Ibu Negara Serbia). Yugoslavia menyertai Piala Dunia 1930, iaitu Piala Dunia pertama diadakan. Serbia berjaya menewaskan pasukan gergasi, Brazil 2-1 pada perlawanan pembukaan kumpulan mereka dan menewaskan Bolivia 4-0 untuk melayakan diri ke pusingan separuh akhir. Namun mereka tewas di pusingan separuh akhir di tangan Uruguay 6-1. 

Pasukan Yugoslavia ketika pertandingan piala dunia ini kebanyakannya diwakili oleh pemain berbangsa Serbia kerana pemain berbangsa Croatia telah memboikot untuk mewikili pasukan kebangsaan kerana Yugoslavia mengubah kedudukan ibu pejabat pasukan bola sepak mereka dari Zagreb ke Belgrade.

Perang Dunia Kedua telah membuatkan aktiviti Persatuan Bola Sepak Yugoslavia terhenti seketika. Selepas perang tamat, Yugoslavia telah mendaftar sebagai ahli dalam UEFA.

Yugoslavia telah menjadi tuan rumah EURO 1976 yang disertai oleh 4 buah negara, Yugoslavia, Jerman Barat, Belanda dan Czechoslovakia. Perlawanan diadakan di dua buah stadium, di Zagreb dan di Belgrade. Yugoslavia hanya mampu mendapat tempat ke-4 sahaja.

Pasukan Yugoslavia menyertai Piala Dunia sebanyak 8 kali dengan 2 kali sampai di separuh akhir, 4 kali menyertai EURO dengan 2 kali menjadi naib johan. Pasukan Yugoslavia juga menyertai Sukan Olimpik dalam acara bola sepak sebanyak 10 kali dan memenangi pingat emas pada Olimpik 1960 dan memenangi pingat perak 3 kali dan pingat gangsa sekali.

Sebenarnya Pasukan Yugoslavia juga layak menyertai EURO 1992 tetapi telah digantung kerana sedang terlibat dengan peperangan dengan negara dibawah jajahannya dalam Yugoslav Wars, dan digantikan dengan Denmark yang kemudiannya memenangi pertandingan tersebut. Yugoslavia juga tidak dibenarkan untuk menyertai pusingan kelayakan Piala Dunia 1994.

Dragan Dzajic merupakan pemain Yugoslavia yang mempunyai  cap terbanyak dengan 85 penampilan. Stjepan Bobek pula memegang rekod pemain paling banyak menjaringkan gol dalam pasukan Yugoslavia dengan 38 gol.


Sejarah Pepecahan

Bermula tahun 1991, tercetus perang saudara di Yusgoslavia yang bernama Yugoslav Wars. Perperangan antara Yugoslavia dan wilayah jajahannya berlangsung diantara tahun 1991 hingga 1995. Peperangan menyebabkan beberapa wilayah jajahan Yugoslavia mendapat kemerdekaan dan berpecah dari Yugoslavia.

Dengan perpecahan ini, beberapa negara baru wujud dan mewujudkan beberapa persatuan bola sepak yang baru di Eropah.



Croatia


Croatia mendapat kemerdekaan dari Yugoslavia pada 8 Oktober 1991. Croatia telah mendaftar persatuan dan pasukan Crotia pada tahun 1993 dengan menewaskan Switzerland 4-0 dan bermain pertandingan kompetitif pada EURO 1996.

Semenjak ditubuhkan, Croatia hanya terlepas bermain di Piala Dunia pada tahun 2010 dan EURO pada tahun 2000.

Ada cerita menarik tentang pasukan bola sepak Croatia tapi aku akan cerita secara panjang lebar lain kali.



Slovenia


Slovenia mendapat kemerdekaan pada tahun 1991 dari Yugoslavia dan bermain dalam perlawanan pertama mereka pada tahun 1992, seri 1-1 dengan Estonia.

Slovenia layak ke EURO pada tahun 2000 dan sudah dua kali bermain di pentas Piala Dunia iaitu pada edisi 2002 dan 2010.



Bosnia and Herzegovina


Bosnia and Herzegovina mendapat kemerdekaan pada 6 April 1992. Bosnia bermain dalam perlawanan pertama mereka pada tahun 1993 ketika menundukkan Iran 3-1.

Bosnia and Herzegovina belum pernah melayakkan diri di dalam mana-mana perlawanan kompetitif, tetapi beberapa kali hampir melayakkan diri seperti Piala Dunia 2010 ketika mereka tewas 1-0 secara aggregate kepada Portugal. 



Republic of Macedonia


Macedonia mendapat kemerdekaan pada 8 April 1993 dan bermain perlawanan pertama mereka dalam tahun yang sama, mengalahkan Slovenia 4-1.

Macedonia boleh dikatakan pasukan paling lemah antara semua pecahan negara dari Yugoslavia. Belum layak untuk mana-mana perlawanan kompetitif.



Montenegro


Setelah perpecahan semua negara, Yugoslavia meneruskan perjuangan bola sepak dengan hanya tinggal dua negara di dalam jajahannya, Serbia dan Montenegro. Yugoslavia gagal melayakkan diri dalam mana-mana pertandingan, mungkin kerana sudah kehilangan banyak pemain setelah perpecahan tersebut terutamanya Croatia. 

Yugoslavia terus menggunakan nama Yugoslavia sebagai nama negara mereka sehingga tahun 2003 dan kemudian menukar nama negara mereka kepada Serbia and Montenegro.

Serbia dan Montenegro berjaya melayakkan diri ke pertandingan Piala Dunia 2006. Selepas tamat Piala Dunia 2006, Montenegro mendapat kemerdekaan dan mewujudkan negara baru dan pasukan bola sepak yang baru.

Montenegro bermain perlawanan pertama pada 24 Mac 2007 menewaskan Hungary 2-1.



Serbia


Selepas pepecahan tersebut, Serbia meneruskan perjuangan dengan menggunakan nama ‘Serbia’ sahaja. Serbia berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia 2010. 

Serbia telah mendapat pengesahan untuk mewarisi rekod dan sejarah pasukan bola sepak Yugoslavia. Dengan kata lain, segala rekod Yugoslavia dari tahun 1919 kini milik Serbia. Mungkin kerana Persatuan Bola Sepak Yugoslavia yang terletak di Ibu Negaranya, Belgrade, kini sudah menjadi Ibu Negara Serbia.

Begitulah serba sedikit sejarah Serbia. Mungkin tak lama lagi, Kosovo pula akan muncul dengan pasukan bola sepak sendiri. 



Kosovo


Kosovo sudah pun mendapat kemerdekaan dari Serbia pada tahun 2008 tetapi atas beberapa sebab, Kosovo belum diiktiraf sebagai sebuah negara yang sah oleh beberapa negara kerana beberapa negara enggan mengesahkan Kosovo sebagai sebuah negara merdeka.

Kosovo juga belum mendapat pengesahan FIFA kerana menurut peraturan FIFA, hanya negara yang merdeka layak bertanding dalam kejohanan FIFA. Tunggu pula kemunculan Kosovo tak lama lagi.


P/S: Entri ini pernah aku terbitkan dalam salah sebuah blog aku yang kini sudah berkubur, Atas Padang. Entri ini telah diubahsuai sedikit sebelum aku publishkan di blog ini.

Rabu, 28 September 2011

johnny english reborn

malam semalam decide nak tengok wayang lepas portfolio.
yela nak lepas tension,tapi tak dapat sebab balik semua orang tido tak sedarkan diri sebab 
terlampau penat dah berapa hari tak tido asyik buat drawing tak berhenti.
so hari ni yang ikut pun hanya 6 orang.
nih antara muka2 yang rajin keluar.tak kira malam ke siang.
tiket pun dah beli,pukul 12.40 a.m,midnight.
anything pasal movie nih boley la search sendiri.haha...









bubye...

Kerjalah


Hidup ini perlu kerja.

Kalau tak kerja, mana nak dapat duit.

Kalau tiada duit, mana nak beli kelengkapan harian.

Tapi nak dapat kerja yang seronok, bukan mudah.

Bila dapat kerja yang seronok, management pula yang annoying.

Apa boleh buat, dunia ini penuh dugaan.

Kita tak kan dapat semua benda yang kita idamkan.

Harap aku terus bersabar menempuh dugaan ini.

Amin!

===============

Dan aku masih ingat pesanan mentor aku pada hari pertama aku berkeja:

"‎LOVE YOUR JOB, BUT NEVER FALL IN LOVE WITH YOUR COMPANY 'COZ U NEVER KNOW WHEN THE COMPANY STOPS LOVING YOU"

portfolio

sampai pun masa dia...
tapi nih baru portfolio 1,bkn portfolio 2.yang ke2 nih lg truk nanti.aduyai...
nih pun dah kne reject design.macam mane nak backup project yang lain.
mane yang nk buat nih.tak tentu arah tak taw nak selesaikan yang mane satu.
tangan nih ada 2,satu tuk drawing,satu tuk pegang kertas jek.
bukan robot...
ada masa lagi sebulan untuk tiga project yang nak selesaikan.
nih dah mula rasa nak giveup.
penat buat,tapi tak dapat ape
buat lebih lain pulak cerita nanti...
ape pun kene kuat kan semangat.



salam

Senin, 26 September 2011

Cerita Dari Sudut Lain #3: Kalau Dah Bukan Jodoh......

Nota: 
Cerita Dari Sudut Lain bukanlah entri bersiri. Tetapi hanyalah entri yang merupakan himpunan cerita pendek yang aku tulis. Ia hanyalah rekaan semata-mata, tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

============

Razak, seorang pekerja di sebuah perbadanan kerajaan, adalah seorang pekerja yang rajin. Bukan setakat rajin, tapi baik juga budi pekerti dan akhlaknya.

Namun begitu, Razak merupakan anak yatim piatu. Hidupnya sebatang kara. Dari umurnya 5 tahun lagi, dia sudah tinggal di rumah anak-anak yatim.

Di situlah tempat dia belajar erti kehidupan.Di situlah tempat dia mendapat kasih sayang. Segala-galanya di sana.

Dia tidak tahu bagaimana dia ditempatkan di sana. Dia masih terlampau muda. yang pasti, dia ditinggalkan oleh ibunya di sana. Ayahnya sudah meninggal ketika umurnya 5 tahun. Itulah yang sering diceritakan oleh Mak Yam, pengasuh di rumah anak yatim tersebut.

Namun tiada siapa yang tahu mengenai latar belakang Razak ditempat kerjanya. Mereka tahu razak merupakan anak yatim tapi tidak tahu kisah-kisah lain mengenai Razak.

Ditempat kerjanya, Razak baik dengan Kak Intan. Kak Intan merupakan ketua kerani di tempat kerjanya. Kak Intan mempunyai 3 orang anak perempuan dan seorang anak angkat, juga seorang perempuan.

Kesemua anak-anak Kak Intan sudah kahwin. Kak Intan menjodohkan anak-anaknya dengan rakan-rakan di pejabatnya. Mana yang berperilaku baik dan berkenan di mata Kak Intan, terus Kak Intan jodohkan dengan anaknya.

Sekarang, tinggal anak angkat Kak Intan sahaja yang belum dijodohkan. Menurut cerita rakan sepejabat yang pernah ke rumah Kak Intan dan pernah terjumpa dengan anak angkatnya itu, mereka semua berkata yang anak angkat kak Intan jauh lebih cantik dan menawan berbanding 3 orang anak kandungnya.

Dan kini, Kak Intan berniat untuk menjodohkan anak angkatnya dengan Razak. Khabar angin mengenai perkara ini bertiup kencang di pejabat. Razak berpura-pura tenang bila mendengar perkhabaran itu tapi hatinya sangat teruja seperti seorang anak kecil yang mendapat hadiah iPad dari ibubapa mereka.

"Razak, datang rumah akak esok. Akak nak ajak Razak makan malam." Kak Intan mempelawa Razak.

Razak tahu pelawaan itu adalah bertujuan untuk mempertemukan dia dengan anak angkat Kak Intan.

"Ok. Saya datang." Jawab Razak dengan tenang, tetapi dalam hati Razak hanya tuhan sahaja yang tahu bagaimana terujanya perasaan dia ketika itu.

Keesokkan harinya, Razak sampai ke rumah Kak Intan. Razak disambut oleh Kak Intan dan anak angkatnya. Suami Kak Intan tiada, out-station.

Buat pertama kalinya, Razak bertentang mata dengan anak angkat Kak Intan. Juliza namanya. Dan memang betul kata orang, Juliza memang sangat cantik. Seumur hidup Razak, inilah perempuan paling cantik yang razak pernah lihat dengan mata kepalanya sendiri.

Mereka bertiga pun menjamu selera. Menurut Kak Intan, semua lauk pauk untuk makan malam itu dimasak oleh Juliza. Sedap. Bukan sahaja mempunyai rupa paras yang cantik serta bentuk badan yang cantik, tapi bakat masakannya juga memang tak kurang hebat.

Selepas selesai makan malam, mereka bertiga berbual-bual. Kak Intan dan Razak yang banyak berbual. Juliza lebih keapada menjadi seorang pendengar sahaja.

"Razak, kalau tak keberatan, boleh tak kamu ceritakan sikit tentang latar belakang keluarga kamu?" Tanya kak Intan.

Razak tanpa segan silu menceritakan hal peribadinya kepada Kak Intan dan Juliza. Walaupun tak pernah diceritakan kepada orang lain, tapi kali ini lain cerita. Kak Intan bakal menjadi ahli keluarganya selepas dia berkahwin dengan Juliza. Tiada apa yang perlu dirahsiakan.

"Eh? nanti. Mak kamu nama dia Hasmah Binti Tarjo ye? Duduk dekat Parit Raja, Baru Pahat?" Tanya Kak Intan.

Razak mengamnggukkan kepala.

"Ayah kamu nama dia Rahman bin Tumin?"

Razak mengangguk lagi.

"Akak kenal ke mak ayah saya?"

"Mana tak kenalnya. Akak ni asal sana juga. Mak kamu tu kawan baik akak dulu."

Razak mengangguk lagi. Muka Juliza berubah selepas mendengar perbualan mereka.

"Kalau macam tu Razak, Juliza ni adik kamu. Selepas mak kamu tinggalkan kamu dekat rumah anak yatim, mak kamu pun melahirkan Juliza. Dia tinggalkan Juliza pada akak. Lepas tu akak pun pindah ke KL. Baguslah. Tak sangka kamu dapat jugak jumpa ahli keluarga kamu malam ni. Kira memang jodoh kamulah ni."

Razak duduk terjelepuk. Sangkanya, Juliza bakal menjadi isterinya. Tapi rupanya lain pula jadinya.

Memang sudah jodoh untuk dia bertemu dengan adiknya malam ini. Tapi. bukan jodoh ini yang diharapkan buat Razak pada malam ini...


Jumat, 23 September 2011

Muzik & Anda #1: Lagu Buat Insan Yang Mencari Cinta

Lagu kadangkala boleh menjadi pembakar semangat dalam diri kita. Tidak kiralah apa semangat yang boleh dibakar oleh lagu tersebut.

Sebagai contoh, lagu "Fikirkan Boleh" yang selau ditayangkan oleh RTM setiap kali pasukan bola sepak negara ingin beraksi dikatakan boleh membakar semangat pemain bola sepak negara.

Itu bola sepak. Kali ini kita fokus kepada orang yang masih single, masih bujang, tidak mempunyai teman dan ingin mencari teman. 

Kamu keseorangan. Kamu tengok kawan-kawan kamu semua sudah punya pasangan masing-masing. Kamu masih keseorangan. Forever alone. Maka kamu pun berharap kamu juga mempunyai seorang kekasih untuk dicintai.

Jadi untuk kali ini, aku ingin berkongsi beberapa lagu yang boleh dijadikan sebagai pembakar semangat atau lagu tema dalam kehidupan seseorang yang sedang sibuk mencari kekasih. Lagu-lagu yang aku pilih kebanyakannya sesuai digunakan untuk lelaki dan wanita.

Lagu-lagu yang aku pilih adalah berdasarkan lirik dan makna lagu tersebut. Untuk lebih memahami pemilihan lagu, sila Google sendiri lirik penuh untuk lagu-lagu yang aku nyatakan di bawah. Jangan jadi pemalas nak harap aku letak lirik sekali.


The Rock feat Ahmad Dhani - Munajat Cinta


The Rock merupakan side-band Ahmad Dhani, yang terkenal dengan band Dewa 19. Lagu ini popular sekitar akhir tahun 2008. 

Dari segi lirik, terang-terang lagu ini menunjukkan kisah seorang yang ingin mencari kekasih. 

"Tuhan kirimkanlah aku.. Kekasih yang baik hati.. Yang Mencintai aku.. Apa adanya..."

Satu lirik yang bagi aku agak mendalam. Dan kalau digunakan lirik tersebut di dalam doa selepas sembahyang, dengan niat ingin cepat bertemu jodoh, memang tak salah pun.

Dengan lirik yang bersifat sedih dan dicampur dengan khorus yang menyerupai doa, lagu ini memang sangat catchy dan boleh menjadi pembakar semangat buat insan yang single untuk mencari teman dengan segera.

Dan khorus yang menyerupai doa ini juga menyebabkan kak long-kak long yang bertudung labuh pun meminati lagu ini (true stroy).


Savage Garden - I Knew I Loved You


Bagi adik-adik yang berusia belasan tahun atau awal 20'an, mungkin tak pernah mendengar nama band ini kerana band ini sudah pun berpecah pada tahun 2001. 

Savage Garden, bunyinya macam ganas tapi adik-adik janganlah terpedaya dengan nama band ini. Duo ini lebih banyak menghasilkan lagu-lagu balada dan pop yang bisa membuat hati adik-adik semua cair.

Duo yang berasal dari Australia ini, meletup dengan lagu I Knew I Loved You, yang di-release-kan pada akhir tahun 2009. Lagu ini berjaya menjadi juara di Carta Billboard USA selama 3 minggu.

Lagu ini mengisahkan seorang lelaki yang jatuh cinta pandang pertama terhada perempuan yang baru pertama kali beliau jumpa. Lelaki tersebut dapat merasakan yang cinta tersebut sudah lama bercambah di hati, sebelum mereka bertemu lagi.

Isi lagu telah diterjemahkan melalui video klip di atas. Baru pertama kali berjumpa di dalam LRT, si penyanyi dapat rasakan chemistry sudah wujud dalam diri mereka. Oh, ya. Perempuan dalam video klip tersebut ialah Kristen Dunst.

Dan sebagai seorang pengguna tetap LRT setiap hari, aku selalu berharap situasi seperti dalam video klip ini terjadi pada diri aku. Setiap kali ada perempuan cun masuk dalam LRT, hari aku mesti kuat berdebar.

Tapi setakat ini, masih belum terjadi lagi...


Dewa 19 - Arjuna



Lagu ini dipetik dari album ke-6 band ini yang bertajuk Cintailah Cinta. Tajuk asal lagu ini ialah Arjuna Mencari Cinta.

Rasanya, dari tajuk lagu tersebut pun, kamu dah boleh agakkan kenapa lagu ini berada dalam senarai ini. Dan rasanya kamu juga patut sudah boleh agak apa isi yang cuba di sampaikan dalam lagu ini.

"Akulah arjuna.... Yang mencari cinta... Wahai wanita... Cintailah aku..."


Queen - Somebody To Love


Ini bukan lagu Somebody To Love versi Justin Bieber. Itu lagu yang bosan kamu tahu? Lagu veris Queen ini lagu tahap legend!

Lagu ini di-release-kan pada November 1976, dan terkandung di dalam album ke-5 kumpulan Queen, A Day At The Race.

Lagu ini memang mempunyai melodi dan lirik yang sangat mendalam. Lagu ini mengisahkan tentang takdir, keadaan seseorang yang terdesak, mencari soul mate dan kisash seseorang yang kekurangan pengalaman dalam percintaan, yang menyebabkan dia sering gagal dalm percintaan.

Melodi lagu yang unik dicampur pula dengan persembahan vokal padu dari salah seorang penyanyi terhebat di dunia, Freddie Mercury, menyebabkan lagu ini menjadi salah satu lagu terbaik buat pembakar semangat bagi lelaki/perempuan single untuk terus mencari pasangan hidup.


"Somebody, somebody.... Can anybody find me somebody to love? "

===============

Sampai di sini sahaja buat masa ini. Ada beberapa lagi lagu yang boleh aku tulis. Tapi oleh disebabkan aku dah malas, mungkin aku akan sambung lain kali.

Pendapat kamu pula, adakah ketiga-tiga lagu yang aku letak di sini kena dengan tema yang aku tulis? Atau kamu ada lagu pilihan sendiri? Sila kongsikan di ruang komen.

Kamis, 22 September 2011

Tidak Seperti Apa Yang Kamu Fikirkan

Nota:  
Super Hypermarket adalah nama rekaan yang aku reka untuk mengelakkan aku menulis nama tempat kerja aku di sini. Ia tidak wujud. Aku malas nak tulis nama tempat kerja aku di sini. Siapa yang dah tahu aku kerja dekat mana, jangan gatal-gatal nak tulis dekat ruangan komen

============

Telefon bimbit aku berbunyi.

Bukan satu perkara yang luar biasa. Telefon aku memang sentiasa akan berdering semasa waktu bekerja, sampaikan aku terpaksa membawa charger ke pejebat kerana menjelang pukul 3 petang, bateri aku mesti sudah masuk ke paras bahaya.

"Hello, ini encik Amirul ke?"

"Ya, saya." Jawab aku ringkas.

"Saya nak tanya sikit. Dekat Super Hypermarket cawangan encik ni, ada jual tak TV Sony model 4560?"


"Oh. Itu saya tak tahu. Saya bukan kerja dekat department tu."


"Oh. Tapi encik kan kerja dekat Super Hypermarket? Tak kan lah encik langsung tak tahu langsung model tu ada jual ke tidak?'


"Maaflah encik. Saya bukan kerja dekat department tu. So, saya memang tak tahu. Lebih baik encik tanya pada orang yang jaga department tu. Atau pun encik boleh telefon customer services. Mungkin mereka boleh membantu."

"Apa lah. Nama je kerja dekat Super Hypermarket, tapi tak tahu model tu ada jual ke tak?"

Aku terus putuskan talian. Lagi lama aku layan, buat aku marah saja nanti. Sudah aku kata aku tak kerja dekat department tu, faham-fahamlah.

Lagipun, kau ingat semua orang kerja dekat Super Hypermarket tahu hal dekat Super Hypermarket tu ke? Tahu tak ada banyak department dalam sayrikat aku tu dan bukan semua department ada kaitan dengan hypermarket.

Cuba kau tanya orang yang kerja dekat department HR kalau dia tahu tak TV tu ada stok atau tidak. Cuba kau tanya orang yang kerja dekat depratmnet IT kalau dia tahu ke tidak.

Jadi, jangan main sembur sahaja. Fikir-fikir sikit. Janagn jadi manusia yang bebal. Kalau aku dah kata "Saya tak kerja dekat department tu", sila faham kan ayat tu. Faham tak, mangkuk?

Kepada pembaca blog ini, jangan ikut perangai bodoh pak cik yang call aku tu. Kalau korang ikut jugak, aku lempang kepala korang.

Kenduri kahwin...

hm minggu lepas miggu baju kurung.
keluar masuk baju kurung saja.
dah la baju kurung tak banyak.
asyik ada event je.ada kenduri lah,majlis dekat cllge lagi....
pergi kenduri kahwin nih dekat hotel annexe,otw ke pantai teluk cempedak.
yang tolong inform kat rumah nih lambat.dia orang lelaki senang siap cepat.kitaorang yang perempuan nih,faham2 jelah...pergi dengan sakit perut,nampak sangat nak makan free,hikhikhik...
tak da lah,tapi tak taw nape sakit perut.
memang sampai sana da pukul tiga lebih and orang da kurang tak ramai.
event nih housemate nyerrr family.so tu yang dia jemput member2 dye datang termasuk jujue walaupun bukan satu kelas and satu sem.
hehehe....
tapi tak pe la,jujue kawan dengan akak senior.diaorang baik2.
pergi mane2 asyik bergambar je dengan diaorang nih,semua kaki cmera.
besttt...


..salam..

Rabu, 21 September 2011

Adakah Dunia Sedang Mempermainkan Aku?

Semenjak kebelakangan ini, aku dapat rasakan dunia bagai cuba mempermainkan aku. Bagai cuba memperlekehkan aku.

"Itu dia kucing yang kita dapat tangkap semalam, Amirul. Betul la kata Amirul. Ada 2 ekor kucing yang selalu buat onar dekat dalam shopping complex ni."


"Sekor kucing jantan. Sekor lagi kucing betina. Kalau nak buang, elok kita buang dua-dua ekor ni kat tempat yang sama. Nampak macam kucing ni memang hidup berpasangan."

Aku cuma mengangguk-angguk mendengar kata-kata mak guard (security guard perempuan) itu berkata-kata. Hanya perkataan 'pasangan' yang melekat dalam kepala aku.

Aku tak tahu kenapa, tapi semenjak dua menjak ini aku selalu rasa benda-benda yang berkaitan jodoh, atau pembayang sebagai jodoh, selalu berlegar-legar depan mata aku.

"Semalam kita orang dapat tangkap orang nak mencuri." kata pak guard.

"Orang mana?" Tanya aku.

"Orang Arab. Yang best tu, diorang ni boyfriend-girlfriend. Memang bagus la, pasangan bercinta mencuri sama-sama."

Aku terdiam lagi. Lagi padanan jodoh muncul di depan mata aku.

"Coklat ni, kena beli dua. Baru boleh dapat hadiah." Kata promoter coklat itu pada aku.

Beli dua baru dapat hadiah. Ada macam bayangan jodoh juga kan?

Undangan kahwin kawan-kawan, jangan ceritalah. Itu satu lagi bayangan yang berkaitan jodoh.

Dan tahap kesabran aku kepada permainan duniawi terhenti bila hari-hari aku dapat SMS bodoh dari Maxis ini:

"Nikmati Speesh PERCUMA 14 hari! Chat, main game dan juga boleh mencari kenalan dan juga jodoh."

Ah, yes! Sampai SMS pun nak perli aku pasal hal jodoh. Adakah dunia sedang mempermainkan aku?

Senin, 19 September 2011

Cerita Dari Sudut Lain #2: Sorok Muka

Nota: Cerita Dari Sudut Lain bukanlah entri bersiri. Tetapi hanyalah entri yang merupakan himpunan cerita pendek yang aku tulis dari cerita-cerita kehidupan kita yang kita lalui atau kita dengar dari orang lain.


============

Kisah terjadi pada awal dekad 2000'an

Azman berdiri tegak. Dia memandang tepat ke arah tempat sasarannya dan kawan-kawannya.

Azman memandang dua kawannya, Othman dan Karim.

"Karim, betul ke tak kantoi ni? Aku takutlah.." Azman mula menyuarakan kebimbangan.

"Jangan takut la. Kalau kita buat cepat dan betul, kita mesti tak kantoi punyalah." Balas Karim cuba meyakinkan Azman yang mula ragu-ragu.

"Memang betul kalau kita buat cepat, kita tak kena tangkap. Tapi orang boleh cam muka kita! Muka kita ni terang-terang orang boleh nampak."

Karim senyum. Dia sudah agak itulah soalan yang bakal ditanya oleh Azman.

"Nah! Ambik ni. Buat sorok muka."

Karim menghulurkan cermin mata hitam yang mempunyai bungkai yang agak besar dan topi kepada Azman dan Othman.

"Ini je nak pakai buat sorok muka?" Azman bertanya lagi.

Karim mengangguk. Othman pula tak banyak cakap. Othman dengan segera mengenakan topi dan cermin hitam itu.

"Ish! Aku tak yakin la benda ni boleh sorokkan muka kita.." Keluh Azman.

Tiada respom dari 2 sahabatnya itu. Jadi, Azman menyambung lagi.

"Aku risau kalau orang dapat cam muka. Buat report polis pasal kita. Kita ni dah la bawah umur. Confirm kita kena sumbat Henry Gurney nanti." Sambung Azman panjang lebar.

Tiba-tiba, Othman yang membisu seribu bahasa dari tadi mula bersuara.

"Macam ni lah, Azman. Aku dengan Karim dah biasa buat benda ni. Tak pernah kantoi pun. Jadi, kalau kau rasa nak ikut kami, jom! Tapi kalau kau rasa takut, baik kau blah je. Lepas tu jangan menyemak pulak cati kitorang lepas tu."

Azman terdiam mendengar ayat penyata bercampur dengan sedikit bau amaran.

"Jadi, confirm lah spek hitam sama topi ni boleh buat orang tak cam muka kita nanti?"

Karim dan Othman mengangguk serentak.

"OK, jom!" Kata Azman.

Azman segera mengenakan topi dan cermin mata hitam itu. Mereka pun masuk ke tempat sasaran yang mereka telah tetapkan.

Karim sudah bersedia. Sebelah tangannya ada di dalam poket seluar jeans nya.

"Welcome, boss." Tegur tauke punya tempat kepada mereka semua.

Karim pun cepat-cepat mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Karim pun menghunuskan benda tersebut kepada tauke kedai tersebut.

OK. Salah. Bukan menghunus tetapi menghulurkan benda tersebut kepada tauke kedai itu.

"Boss! Macam biasa, bagi "VCD Blue". Kali ni, gua nak yang made in Thailand punya."

Tauke kedai VCD memahami kehendak Karim. Dia segera menghulurkan "VCD Blue" tersebut dalam beg plastik berwarna hitam.

"Apa pasat lu orang pakai spek hitam besar sama topi besar mau bili VCD sahaja."

"Mau sorok mukalah. Kalau orang lain nampak gua beli VCD Blue, malulah. Satu kampung mau berkokok cerita pasal kitorang nanti."

Mereka semua gelak seketika. Selepas diberikan duit pulang, mereka bertiga pulang dengan hati yang gembira.

"Nak tengok dekat rumah mana ni?" Tanya Othman.

"Tengok dekat rumah aku! Mak dengan kerja shift petang hari ni!" Jawab Azman dengan gembira.

Baru dia sedar, bukan susah sangat pun kalau nak beli VCD Blue ni.


Nota kaki: VCD Blue bermaksud VCD lucah. Bukannya VCD lagu kumpulan Boyband dari UK, Blue, yang pernah popular dengan lagu One Love dulu. Harap Maklum

Sabtu, 17 September 2011

Open House Rayerrr

open house dekat rumah kak sha.
yup,area tempat aku selalu pergi pantai dengan bf jujue time free.
hm...area PANTAI GELORA,
otw gak ke pantai TELUK CEMPEDAK yang popular pantai yang cantik kat kuantan nih.
 tempat tuh macam tempat rekreasi gak la.
petang2 ramai orang duk berehat,adapun berkelah and jogging...
btw jujue tak taw la ape nama taman rumah dia.
make sure nye pergi makan,hahaha...rakus.
tapi datang still makan sikit gak.
coz before tuh jujue dari rumah kakak mus dekat bukit goh and tido sehari kat sana.
so kita orang memang before balik kena makan.
ma kak sha nih memang pandai masak and rajin memasak.
shedap shangat....sampai ada orang tuh makan bertambah.
dah la kat rumah akak dia da makan.
pada open house tu ada la makanan yang diserve macam
mee jawa,nasi impit,rendang and kuah kacang,nasi beriani,kek pisang,kek lapis 
and kuih raya yang bermacam jenis....
huuuishhhh banyak nyerrrr...
... kenyang - kenyang - kenyang ...
yang ada pergi lak geng2 sem6,sem 5 and jujue sorang sem3..
haha tak pe2 jujue memang selalu join budak senior.
.memang penat lah duduk dengan diaorang nih.asyik gelak saje.
ada je lawak yang diaorang nak buat...
and memang kaki bergambar.
sampai tengok penat dah nak senyum...
btw memang best and thanks pada kak sha and family especially her mom coz masak sedap and invite jujue and mus pada opn house rayer nihhhh.
bubye....



Jumat, 16 September 2011

Benda-Benda Amerika Yang Mungkin Boleh Di Malaysia-kan


Semenjak video Malaysian Boy ditayangkan di TV, banyak pihak mengkritik kerana lagu ini merupakan lagu saduran dari lagu American Boy nyanyian Estelle featuring Kanye West.

Ada yang memberikan kritikan yang membina. Ada yang mengutuk. Ada yang mengatakan tak patriotik kerana mengambil lagu dari Amerika untuk membuat lagu yang bersifat patriotik.

Bagi aku, aku tak kisah sangat. Korang bising-bising pun, lagu Negaraku itu pun lagu saduran dari luar negara juga. Apa nak hairan sangat kan?

Kita dah melihat lagu Amaerican Boy telah di Malaysia-kan menjadi Malaysian Boy. Jadi sempena Hari Malaysia yang kita sambut hari ini, mari kita lihat apa lagi yang kita boleh Malaysia-kan dari benda-benda Amerika yang lain.


Filem: American Gigolo


Apa benda ni? 
American Gigolo mengisahkan Julian Kaye (Lakonan Richard Gere) yang menjadi pelacur lelaki di Los Angeles. Punca kenapa dia menjadi pelacur lelaki ialah kerana dia seorang lelaki yang tertarik dengan kshidupan mewah - kereta mahal, baju jenama dan makan ditempat yang mahal - dan hanya kerja itu yang mampu merealisasikan impiannya.

Kemudian Julian berdepan pelbagai ragam dari pelanggannya. Ada yang pembunuh la, ada yang bermasalah dengan suamilah....

Aku pernah tonton cerita ini sekali sahaja, dan aku pun sudah tidak ingat jalan cerita ini (mungkin aku patut download filem ini). Satu-satunya yang aku ingat tentang filem ini ialah lagu tema untuk filem ini, nyanyian band Blondie - Call Me. dan lagu ini juga menyebabkan aku meminati beberapa lagu Blondie yang lain.


Apa yang jadi kalau ia di Malaysia-kan?
Jadilah Gigolo Malaysia. Aku tak pasti siapa yang patut memegang watak ini tapi mungkin boleh bagi watak ini kepada Ady Putra. Aku dapat rasakan dia boleh memegang watak gigolo dengan baik.

Sinopsis ceritanya, seorang anak muda yang datang dari kampung untuk ke bandar dengan harapan boleh hidup senang dan mewah di kotaraya. Tapi anak muda ini memandang rendah kepada pancaroba kotaraya. Akbatnya, dia hanya mampu menjadi cleaner.

Untuk merealisasikan impiannya, beliau menjadi seorang gigolo. Pelanggannya kebanyakannya datin-datin yang tua (Rosnah Mat Aris misalnya).

Adakah ia akan berjaya?
Tidak! Sudah pasti filem ini akan mendapat kritikan dan hentaman dari orang ramai. Kalau FINAS lepaskan pun, sudah pasti filem tersebut menerima 36 babak yang telah dipotong.

Lagipun, gigolo bukan suatu yang sihat dimata rakyat Malaysia. Sudah pasti para-para NGO dan Pemuda PAS akan membuat demonstrasi jalanan untuk menghalang tayangan filem ini?


Filem: American Gangster


Apa benda ni?
Sebuah filem yang memaparkan kisah benar taiko gangster bernama Frank Lucas yang berjaya menyeludup heroin dengan menggunakan perkhidmatan kapal terbang yang digunakan semasa Perang Vietnam. Seorang detective telah menyiasat kes ini. Lakonan Denzel Washington dan Russel Crowe.

Apa yang jadi kalau ia di Malaysia-kan?
Kita sudah ada KL Gangster. Tapi itu KL, bukan Malaysia. Jadi filem Malaysian Gangster perlulah diolah dan menunjukkan keganasan gangster dari pelusuk Malaysia.

Kita boleh mulakan cerita dengan gangster Johor dan gangster Kelantan tak puas hati, lalu mereka pergi ke KL dan bergaduh di sana. Gangster KL tak puas hati bila tempat dia dilanggar oleh 2 gang lain. Nak pergi menghalang, jumlah mereka sikit jadi mereka mintak pertolongan dari gangster Selangor. 

Jalan cerita ini berterusan sehinggalah gangster Sarawak dan Sabah juga turun ke Semenanjung untuk bergaduh. Setiap gangster akan bercakap menggunakan loghat negeri masing-masing.

Adakah ia akan berjaya?
Ya! Melihat trend filem bergenre gangster (Kongsi & KL Gangster) mendapat sambutan baik, rasanya filem Malaysian Gangster pasti laku juga. Tapi ia sedikit sebanyak boleh meningkatkan sentimen kenegerian dan mungkin menghalang semangat 1Malaysia nanti.


Lagu: Green Day - Last of the American Girl


Apa benda ni?
Sebuah lagu dari Green Day, yang dipetik dari album ke-8 band ini, 21st Century Breakdown. Lagu ini mengisahkan seorang lelaki yang bercinta dengan seorang perempuan yang berhaluan kiri (dari pandangan politik).

Apa yang jadi kalau ia di Malaysia-kan?
Kalau diadaptasikan ke dalam Bahasa Malaysia, sudah pasti lagu ini akan digam oleh pihak kerajaan. Jadi kita ubah isi lagu ini.

Kalau diterjemah ke dalam Bahasa Malaysia, ia menjadi Wanita Malaysia Terakhir. Lagu ini mengisahkan dunia di masa hadapan yang berada dalam keadaan kelam-kabut. Kebanyakan rakyat Malaysia sudah dijangkiti oleh sejenis wabak merbahaya dan mati.

Akibatnya, tinggallah beberapa rakyat Malaysia sahaja yang hidup. Kebanyakannya lelaki. Seorang Melayu, seorang Cina, seorang India. Dan hanya ada seorang sahaja perempuan yang hidup.

Oleh kerana resam hidup manusia yang ingin hidup berpasangan, mereka semua terpaksalah memikat satu-satunya gadis Malaysia yang masih hidup itu untuk dijadikan teman hidup.

Adakah ia akan berjaya?
Kamu rasa? Tapi kalau baca dari isi lagu yang aku ubah itu, ia lebih sesuai dijadikan skrip filem dari sebuah lagu. Dan kalau bertul skrip itu berjaya difilemkan, ia sudah pasti akan menjadi filem yang teruk seperti filem 2 Alam.


Lagu: Green Day - American Idiot


Apa benda ni?
Sebuah lagi lagu dari Green Day, yang dipetik dari album ke-7 band ini, American Idiot. Lagu ini kuat berbau politik, di mana Green Day dengan lantangnya menyuarakan kritikan kepada kerajaan Amerika yang sedang memerintah.

Apa yang jadi kalau ia di Malaysia-kan?
Mungkin akan menjadi Bodoh Malaysia. OK, bunyinya tak berapa enak. Jadi kekalkan dalam bahasa penjajah, Malaysian Idiot.

Sudah pasti lagu ini tidak boleh mengikut isi lirik yang sama dengan versi Green Day. Kalau mengkritik kerajaan melalui lagu secara terang-terang, sudah pasti akan menerima hukuman yang berat.

Jadi, perlukan lagu ini diubah menjadi lagu yang menceritakan kebodohan rakyat Malaysia berfikir atau perbuatan bodoh yang sering dilakukan oleh rakyat Malaysia?

Adakah ia akan berjaya?
Tidak jika diubah isi lirik ini. Tapi jika dikekalkan dengan isi Green Day, iaitu mengkritik kerajaan, pasti lagu ini berjaya melekat di hati dan minda para pendengar. Dan juga sudah pasti akan membuatkan si penulis lirik dan penyanyi disumbat ke dalam ISA.

Eh? Bukan ISA dah kena mansuh ke?

==========

Ok. cukuplah sampai di sini repekan aku yang tak bermakna ini. Jumpa lagi di entri yang lain. Selamat Hari Malaysia!

Rabu, 14 September 2011

Konvokesyen

hm...sedihnya.senior dah konvo.
tinggal la arkiputra dengan senior dan junior yang lain.
susah nak dapat kawan macam diaorang nih,baik sangat.
nanti diaorang dah tak da,macam mana lah arkiputra agaknya.nak harapkan yang ada sekarang memag hancur lah.masing2 penting diri,apatah lagi nak handle arkiputra nih.
hancussss....

jue pun duduk dengan akak senior nih.nanti diaorang dah tak da..
and...bf jue insyaallah tak kemana kot.kerja dekat kuantan ek....
hehehe

hari konvo tuh sedih tak dapat nak bersama dengan diaorang semua.nak ambik gambar... =(
sebab jujue ada kelas studio time tuh.
tapi jujue lari dari kelas kejap,hehe sempat la duduk dengan diorang.tapi tak pe,nanti kalau ada masa nanti bila konvo dekat UTM plak jujue pergi tengok korang okay....
 and untuk awak special present from me and your family... ;-)
awak kerja dulu and nanti kita akan sambung study sama2.itu janji kita...
tak lama,setahun setengah jek.
awak jangan pergi kerja jauh2,nanti kesian saya tak da sape nak jaga saya kat sini.
miss you guys...





mereka semua adalah sseorang bakal arkitek yang berjaya..
byebye =)


Cerita Dari Sudut Lain #1: Kisah Dua Graduan

"Cleaner!!!" Satu jeritan memecahkan kesunyian pejabat.

Tiada sahutan.

"CLEANER!!!" Jeritan kali ini lebih kuat. Mengejutkan beberapa pekerja yang sedang tekun melakukan kerja, atau sedang sibuk bercucuk tanam di alam maya.

Mustapha datang. Walaupun hanya nama jawatannya yang dipanggil dan bukannya nama betulnya, dia tahu yang ada tugas yang belum disempurnakan sehingga manusia yang paling ditakuti (kerana pangkatnya) itu memekik memanggilnya.

"Kenapa kau tak mop office aku ni?" Tanya orang yang memanggil Mustapha.

"Saya..."

"Dah, dah. Aku tak nak dengar alasan. Aku bagi kau 20 minit. Mop lantai tu. Lepas tu lap sekali cermin tu. Dah berhabuk sangat dah." Arah orang yang memanggil Mustapha tanpa memberikan Mustapha peluang untuk menerangkan alasannya.

Mustapha pun dengan segera melakukan tugas mengikut arahan orang atasan itu.

Selepas selesai. Mustapha pun segera keluar dari pejabat itu. Dia tidak mahu orang itu memanggilnya dan memberikan arahan yang bukan-bukan kepadanya.

Mustapha duduk bersandar di kerusi yang terletak di ruang legar di tingkat bawah pejabat itu. Di sebelahnya ada seorang lelaki yang lengkap dengan baju kemeja dan tali leher. Mustapha tidak pernah nampak lelaki ini.

"Pekerja baru, mungkin." Bisik hati Mustapha.

Pekerja baru tersebut hanya diam, tunduk menenung lantai yang berkilat, berkilat kerana di mop oleh Mustapha pagi tadi.

"Awak tahu tak, saya ada degree dalam Biological and Pharmaceutical Sciences dari University of Dhaka?" Mustapha tiba-tiba memulakan bicara.

"Ya! Saya dari University of Dhaka di Bangladesh. Universiti itu dapat nombor 64 dari senarai 100 Universiti Terbaik Asia yang AsiaWeek's keluarkan baru-baru ini. Universiti yang telah melahirkan Presiden Bangladesh sekarang ini, Zilur Rahman."

Pekerja baru yang berbaju kemeja dan bertali leher itu hanya mendiamkan diri. Terus tegar memandang lantai yang bersinar itu. Mungkin dia takjub melihat lantai yang berkilat itu kerana agak sukar untuk kita dapat melihat lantai berkilat begitu di pejabat-pejabat yang ada di Malaysia.

Mustapha tidak ambil pusing samada pekerja baru itu mendengar luahan hatinya. Dia tetap ingin meneruskan luahan hatinya.

"Awak tahu, saya adalah pelajar cemerlang dalam kursus saya. Saya sentiasa dapat pointer 3.70 ke atas setiap semester. Saya pernah dapat pingat dari Presiden Bangladesh ke atas kemenangan saya dalam pertandingan inovasi yang diadakan di London semasa saya dalam semester terakhir saya."

"Tapi sekarang, saya hanya jadi cleaner di sini. Kerja saya cuma sapu sampah, mop lantai, kasi cuci toilet, angkat sampah, bersihkan cermin.. Semua kerja tu tak de kena mengena dengan degree yang saya ada. Saya nak kerja yang ada kaitan dengan degree yang saya belajar di universiti dulu..." 

Luah hati Mustapha panjang lebar. Sengaja diluahkan perasaannya kepada pekerja baru itu kerana dia tahu yang pekerja itu tak kan ambil pusing dengan kata-katanya.

Tiada seorang pekerja pun yang pernah hirau dengan kewujudan dirinya sebelum ini. jadi, dia anggap yang pekerja baru itu juga hanya akan "dengar telinga kanan, keluar telinga kiri" terhadap kisah hidup yang diluahkannya itu.

"Bro, janganlah sedih sangat." Tiba-tiba pekerja baru itu bersuara. Mustapha terkejut kerana tak sangka pekerja baru itu mendengar semua rintihan hatinya yang diluahkan tadi.

"Kau kira untung jugak ada kerja. Aku ni pun ada degree jugak. Dari UPM. Tapi dah 2 tahun aku menganggur. Ini interview ke 75 dalam masa 2 tahun ni, tapi aku tak dapat kerja jugak. Interview hari ni pun memang aku tak dapatlah sebab salah sorang yang interview tadi anak sedara boss dekat sini." 

Mendengar luahan hati itu, baru Mustapha sedar yang lelaki ini bukanlah pekerja baru di sini. Tapi orang yang datang untuk temuduga kerja di pejabat ini.

"Sekurang-kurangnya kau dapat juga kerja walaupun tak menggunakan degree kau. Aku ni? Graduan menganggur, tau?"

Dan mereka pun terus bertukar-tukar cerita tentang kisah ketika menuntut di universiti. Kisah kehebatan universiti masing-masing, kisah sistem universiti, kisah perkara-perkara nakal yang mereka lakukan di universiti dan segala cerita di universiti yang lain.

Dengan sekelip mata, dua graduan ini terus menjadi kawan baik.

Senin, 12 September 2011

Dugaan

ya allah...sakitnya.
apa yang terjadi sekarang.
frust frust frust frust,yup....FRUST.
rasa dah buntu sangat sampai tak tahu nak buat ape nak betulkan keadaan.
masa dah panjang berlalu.semuanya sia-sia jek.
penat lelah buat,tapi tidak dihargai hasil tangan sendiri.
macam sampah dibuat.
hina nya.

kehidupan nih dah sama semua.
tak kira tua ke muda,banyak terpengaruh.tak ada ape yang beza.
manusia selalu melakukan kesilapan,tak semuanya betul.
 ia amat menyakitkan.

barang diambil boleh dibayar,tapi diri dibenci wang bukan halalkannya.
tapi diri akan merubah kan segalanya.
tak ada lagi kehidupan yang berlaku.hilang disebabkan kesilapan manusia.
terlalu mementingkan diri sendiri.
orang yang lemah menjadi bahan.yang jadi punca segala masalah.

situasi memakan diri hingga gelap dunia dilihat.
tak ada cahaya untuk menjalani kehidupan.
barulah manusia tergelak dengan kehebatannya.
yang tua terus dengan kesilapan yang tidak diketahui.
sehingga dunia hancur...


Bicara Lelaki Bujang #1

Pada satu hari.....

Aku sedang duduk minum bersama head maintenance dan seorang lagi maintenance muda di tempat kerja aku. macam biasa, pekena teh tarik di kedai mamak.

"Umur kau dah berapa, bro?" Tanya si head maintenance pada aku.

"27. Kenapa?" Balas aku.

"Kau belum kahwin lagi kan?" Tanya beliau lagi.

Aku jawab soalan tersebut dengan anggukan sahaja sebab aku sedang minum. Karang habis tersembur kalau aku menjawab sambil minum teh tarik tersebut.

"Kawan-kawan sebaya kau, mesti ramai yang dah tunang kan?" Tanya dia lagi.

"Tunang apanya. Ramai yan gdah kahwin dah." Jawab aku tegas seperti ahli politik yang sering mempermainkan perasaan hamba rakyat.

"Kawan-kawan aku ramai yang dah bertunang." Sambung head maintenance itu.

Umur beliau sudah mencecah 25 tahun, 2 tahun muda dari aku. Memang itu masa umur yang sesuai buat lelaki bertunang.

"Kau bila lagi? Semua kawan-kawan kau dah bertunang?" Kacau aku pada head maintenance itu.

"Aku pulak? Kau tu. Dah tahap patut kahwin." Sergah dia pula.

"Bukan apa, kau dah ada calon." Aku kacau dia memandangkan head maintenance aku sedang masyuk bercinta dengan salah seorang sales manager di sini.

"Kau kahwin dulu, baru aku." Jawab dia sambil gelak besar.

"Tapi aku pelik la. Kawan-kawan sebaya aku pun ramai yang dah bertunang dan kahwin." Tiba-tiba seorang lagi maintenance muda yang dari tadi asyik senyap, tiba-tiba bersuara.

Maintenance ini baru bekerja di sini. Baru 5 bulan. Dia pun masih muda. Baru berumur 20 tahun.

"Aik? Kau bukan baru 20 tahun ke? Kenapa kawan-kawan sebaya kau dah ramai yang bertunang?" Tanya aku.

"Entah la. Aku pun tak tau. Lagipun, aku tak de duit nak kahwin. Nak enjoy dulu." Balas dia dengan nada bersuka ria.

"Memanglah kau tak kahwin lagi. Kerja pun pemalas, mana nak ada duit nak meminang anak orang. Aku suruh buat kerja, kau bantai tidur. Orang pemalas macam kau ni, memang tak kahwin sampai ke tua. Hidup nak enjoy je. Kerja tak nak buat!" Sound keras dari head maintenance kepada maintenance muda itu.

Aku hanya mampu ketawa melihat maintenance muda itu terkebil-kebil dengan muka 10 sen selepas kena sound setepek dengan head maintenance itu.

Semenjak dari itu, kalau kami bercerita tentang hal tunang, kahwin dan awek, maintenance itu hanya diam seribu bahasa. Tak mahu sejarah berulang, barangkali.

Moral of the Story: Jangan malas ketika sedang bekerja dan jangan cerita hal-hal enjoy masa lepak dengan boss anda

Jumat, 09 September 2011

Anniversary

Pada 10.09.2010 tarikh yang bermakna buat jujue and bf jujue,mus...
now pada tarikh tu,cukup setahun kitaorang bersama..

saya hepy sangat dapat kenal dengan awak.
awak banyak sangat tolong saya.awak tak pernah tinggalkan saya sorang,selalu teman saya kemana.
walaupun saya keluar sorang,awak sanggup cari saya kat luar sebab risaukan saya.
awaklah cikgu saya,yang bagi semangat kat saya,yang teman saya shopping,yang teman saya nangis and banyak lagi...hehehe
awak selalu buat kelakar,tapi saya tak nak gelak.kesian awak...
saya saje je nak kasi awak nervous...and selalu kacau awak time drive.sory ;-p
saya harap relation kita kekal and kita akan tunaikan sama-sama janji kita.
saya sayang awak.

"HAPPY ANNIVERSARY"
"...ABDUL MUSTAFA AND SITI JULIA..."





..salam..


PINKY

Yeaahh i know rata2 ramai gegurl(hantu bonceng) kt luar suke kan warna pink nih.
nampak pink je,cute la.....nak beli lah.
pink nih serasi sangat dengan gegurl,nampak lembut jek.
kalau boleh barang semua nak pink,huhuhu...
tapi barang jujue tak da lah semua pink...
exmple jujue ada lappy pink
baru berapa bulan pakai...lappy baru.ganti kan acer yang sakit hari tuh.
sekarang da baik da...

but ada sesetengah gurl gak yang fanatik kat clour pink nih.
semua benda pink. tak da colour lain pada diri dia.
kalau beg tuh cari tak da colour pink,kne jugak cari kat tempat lain sampai jumpa colour pink dia tuh.
pelik kan....

...this my dream...
...nnt awak da kerja tunaikan yek impian saya nih...
hikhikhik








sweet nye... ` I WANT IT '



Kadar Hantaran Masa Kini

Petang semalam, aku terbaca statement di bawa hdekat Facebook. Aku tak pasti siapa yang mula-mula post benda ini di Facebook:


Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran di Seluruh Semenanjung (TAK TERMASUK CUKAI 6%) :-

UPSR, PMR/SRP : RM1,000 - RM3,000
SPM : RM3,000 - RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000 - RM12,000
DEGREE : RM12,000 - RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000 - RM20,000
PHD : RM20,000 - RM30,000


Aku tak pasti samada benda ini sebagai satu gurauan ataupun realiti. Tapi aku sudah dengar cerita dari kawan-kawan yang abangnya mengeluarkan hantaran sebanyak RM 12,000 untuk bakal isterinya yang mempunyai Master.

RM 12,000 tu. Dan kalau kamu lihat kadar di atas, memang tepat sekali jumlah yang kawan abang aku kena bayar.

Jika kadar ini diguna pakai, memang parahlah semua lelaki di Malaysia. Kalau ikut jumlah duit aku dalam bank, aku hanya layak berkahwin dengan gadis yang hanya mempunyai lulusan PMR.

Masalahnya, mana nak cari perempuan yang ada lulusan PMR? Sekarang ini, paling teruk pun orang ada SPM. Itupun ramai perempuan yang pandai sekarang. Sudah ada degree. Matilah aku.

Itu baru duit hantaran. Belum kira perbelanjaan dulang hantaran, perbelanjaan kenduri kahwin, sewa baju pengantin, belanja photoshoot dan macam-macam lagi. Itu belum kira pula perbelanjaan selepas kahwin.

Mahu tak mahu, kenalah buat pinjaman nak kahwin. Adalah 3 alternatif untuk buat pinjaman.

Yang pertama, buat pinjaman pada bank. Bank sekarang memang ada menyediakan personal loan untuk orang yang ingin berkahwin. Tapi, apa jadi kalau kita gagal membayar pinjaman setiap bulan? Adakah isteri kita bakal ditarik oleh bank macam kereta kena tarik?

Yang kedua, pinjam dari Ah Long Bukit Beruntung. Pinjam dari ah long memang tinggi risikonya. Lagi-lagi kalau dia tahu kita pinjam untuk kahwin. nanti kalau tak dapat bayar, mahu dia datang rogol bini kita beramai-ramai.

Yang ketiga, pinjam dari mak ayah kita. Yang ini pinjaman paling selamat. Tiada tekanan diberikan untuk kita buat bayaran balik. Silap hari bulan, mahu mereka halalkan sahaja pinjaman tersebut. 

Tapi itupun kalau kamu berasal dari keluarga yang senang. kalau kamu berasal dari keluarga susah, mak ayah pun tiada duit. nak buat macam mana?

Para lelaki sekalian, pening kepala bukan melihat kadar hantaran tersebut. Yang perempuan jangan suka sangat sebab dapat hantaran tinggi. Duit hantaran itu untuk mak ayah kamu. Kalau hantaran tinggi, nanti suami kau juga yang terkial-kial sesudah kahwin. Makan pasirlah kamu selepas kahwin nanti.

Bagi bakal mertua sekalian, janganlah kamu tergamak nak meletakkan harga tinggi. Jangan sampai kena chop jual anak pula nanti. nanti anak perempuan kamu juga yang terseksa selepas kahwin.

Tapi memandangkan keadaan ekonomi Malaysia sekarang, dengan harga barang asyik naik, harga petrol tak pernah turun dan kini top up pun kena cukai 6% tak mustahil kadar hantaran ini bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi. Dan kalau jadi kenyataan, maka semakin ramailah golongan anak muda yang tak berkahwin (dan bakal menggalakkan zina pula, mungkin?)

Dan tiba-tiba, ada pula kawan aku (Farwalis) yang edit statement di atas dan diubah menjadi seperti di bawah ini:


Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Pasaran Terkini :

Ada Friendster : RM1,000 - RM3,000
Ada MySpace : RM3,000 - RM8,000
Ada Tumblr : RM8,000 - RM12,000
Ada Facebook : RM12,000 - RM15,000
Ada Twitter : RM15,000 - RM20,000

Ada butik online jual tudung : RM20,000 - RM30,000


kalau macam ini, aku nak cari bakal isteri yang buta IT. Mesti murah. Kot-kot, boleh dapat percuma. Hahahahahaha.....