Rabu, 17 Desember 2008

JANGAN KAMU NAK SALAHKAN JURULATIH DAN PENJAGA GOL SAHAJA... PENYERANG JUGA BERSALAH... DAN PERTAHANAN

Umum sudah tahu yang pasukan Malaysia pulang awal (lagi) dalam kejohanan bolasepak Piala Suzuki pada minggu lepas.

Sesudah penjaga gol Malaysia, Helmi Eliza Elias, menghiburkan penonton dengan aksi kelakar badut di tengah padang sehingga menyebabkan Malaysia tersingkir dari kejohanan, timbul pula isu adakah jurulatih Satiananthan, akan disingkirkan dari posisinya menjadi perbualan. Akhirnya pihak FAM perlu mengekalkannya.

Rasanya, tidak manislah kalau kita cuma salahkan jurulatih dan penjaga gol. FAM sendiri perlu buka mata dan mengaku kesalahan mereka. Setelah sekian lama, Malaysia sering gagal di pentas ASEAN, FAM hanya tahu menuding jari pada jurulatih dan pemain sahaja. FAM sendiri kena mengaku kesalahan mereka yang sering memporak perandakan liga bola sepak kita.

Ok. Malas nak cerita pasal tu semua. Tapi semua orang asyik menyalahkan penjaga gol dan jurulatih Malaysia. Tahukan kamu bahawa penyerang juga menjadi punca kekalahan skuad kita di Phuket? Kenapa?

Ini kerana Aidil Zafuan telah pun kahwin secara senyap-senyap dengan Rita Rudaini. Difahamkan mereka telah berkahwin di Songkhla, Thailand. Mungkin kerana risau jika-jika tok kadi yang menikahkan mereka itu juga berada di stadium dan memecahkan rahsia ini, itu sebabnya Zafuan gagal bermain dengan baik.... Atau mungkin dia memang teruk kot.

Entahlah macam-macamlah dunia ni. Tetapi berita ini memang mengecewakan keluarga Zafuan. Ya lah, mak mana yang tak sedih kalau anaknya membelakangkan keluarga. Malu pun ia juga tu. Macam gambar kat bawah ni tulis, perasan malu lebih sukar nak di buang dari peluh.

Apa-apa pun, tahniah pada Rita Rudaini dan selamat berbahagia bersama suami muda anda.

==================================

Belum buat cerita baru di Tears Don't Fall. Masih keliru nak buat cerita jenis apa pula lepas ini.

Kamis, 11 Desember 2008

PERBUALAN PENDEK

Berikut adalah beberapa perbualan pendek yang aku alami atau aku dengar sepanjang beberapa minggu lepas:

PERBUALAN 1

Antara Boss Tempat Aku Praktikal (BTAP) dengan jejaka handsome bernama Amirul (aku)

BTAP:
Macam mana kerja kat sini? Ok tak?

Aku:
Ok je, pak cik. (Aku panggil boss aku pak cik je).

BTAP:
Office aku ni memang kecoh sikit. Tapi kalau kau tengah tak happy, memang elok la kau datang sini.

Aku:
(Ketawa)

BTAP:
Ni... Kat sini, kau tak payah datang awal-awal sangat. Dalam pukul 9:30 ke, 10:00 ke. Ok la. Kau buat kerja sikit sampai lunch hour, lepas tu kau balik. Kat sini kau jangan buat kerja banyak-banyak. Nanti kau sakit badan.

Ha, tengok tu! Boss aku suruh aku balik awal. Bukan aku yang saja mau balik awal tau...

PERBUALAN 2

Antara kawan aku (kawan) dengan aku.

Aku: Aku benci betul la time cuti sekolah ni.

Kawan:
Kenapa pulak?


Aku:
Kau tengok la kat Summit ni. Penuh dengan budak-budak melepak. Buat semak je. Dah tu memekak je.


Kawan:
Ye la tu.. Biasa la, budak-budak baru nak naik.


Aku:
Tu la... Semak aku rasa. Benci aku.


Kawan:
Agaknya kan, masa kita jadi budak sekolah dulu, mesti student-student U masa tu benci kat kita jugak macam kita benci budak sekolah melepak kat Summit ni.


(Diam sekejap...)


Aku:
Ye la kot... Tapi bila budak-budak ni dah besar, dah masuk U jugak, mesti diorang pun rasa menyampah gak kat budak-budak sekolah ni.


Kawan:
Ye la tu....


(Diam kejap...)


Kawan:
Tapi kalau diorang tak masuk U, macam mana?


(Diam lagi...)


Aku:
Tapi aku rasa masa kita sekolah dulu, perangai kita tak macam diorang kan? (Saja tak nak jawap soalan tadi)


Kawan:
Ye kot...


(Diam lagi...)


Aku:
Jom pergi McD. Makan Prosperity Burger.


Kawan:
Jom....


Perbualan tiada hala tuju...

Sudah update episod baru di Tears Don't Fall

Selasa, 02 Desember 2008

KISAH PRAKTIKAL

Hai!!!!!!

Bertemu lagi dalam blog aku yang tak berapa nak sihat ini.... Setelah sekian lama aku gagal untuk mengupdate blog ini atas alasan kesibukan tahap gaban, akhirnya aku berjaya juga mengupdate kan blog ini.

Sebenarnya aku juga amat rindu untuk menulis di blog ini. Dan amat rindu juga untuk membaca blog-blog kamu.

Ok. Sebenarnya banyak benda yang aku ingat tulis untuk kamu semua. Tetapi oleh kerana sudah terlalu lama tidak menulis, aku sudah hilang kesemua idea untuk aku luahkan ke blog ini.

Ok. Umum sudah tahu yang aku kini sedang menjalankan kegiatan atau aktiviti yang digelar praktikal. Disesetengah IPTA atau IPTS, ia juga digelar sebagai L.I (Latihan Industri), Industrial Training, Working Training, atau Training sahaja.

Praktikal ini bertujuan konon-kononnya untuk memberikan pengalaman berkerja kepada para siswazah. Tetapi kebiasaannya pelajar yang praktikal hanya akan diberikan tugas untuk menjadi tukang photostat, tukang faks dokumen, susun fail, pembancuh kopi, tukang bank-in kan duit, berbual dengan mak cik cleaner, keluar merayap bersama pekerja pejabat tempat kamu praktikal itu (dengan erti kata lain, curi tulang sama-sama) dan juga keluar dating dengan pelajar IPTA/S yang juga menjalankan praktikal di tempat kerja yang sama (aku hampir buat benda ini... Hampir!!!!)

Sebelum ini, aku pernah menjalankan praktikal di TM Batu Pahat (Telekom) semasa aku belajar di Politeknik Merlimau. Dan aku tak sangka aku perlu sekali lagi membuat praktikal sekarang di UiTM Segamat.

Aku kini sedang menjalankan praktikal di sebuah syarikat yang aku terpaksa rahsiakan namanya untuk keselamatan aku dah syarikat tersebut. Aku praktikal di Batu Pahat sahaja. Kenapa? Sebab aku dapat berjimat dari membayar duit sewa rumah dan lain-lain perbelanjaan kerana aku kini menentap di rumah ibu bapa ku... hehehehe...

Syarikat ini merupakan milik bapa kepada housemate aku, Yan (bukan nama dalam I.C.). Yan juga praktikal di syarikat ini. yan akan mengambil aku di rumah setiap pagi dan kami ke pejabat bersama-sama.

Aku memulakan praktikal pada 1 Disember yang lalu. Pada hari Isnin yang lalu. Setakat entri ini di tulis, aku sudah 2 hari menjalankan aktiviti praktikal. Mari kita lihat jadual kerja aku dan tugas-tugas yang aku lakukan sepanjang 2 hari ini.

ISNIN

9:15 Pagi
Pergi ke pejabat bersama Yan. Bila sampai di pejabat, tiada orang yang berada di sana.

9:30 Pagi
Pejabat di buka. 10 minit kemudian, bos (ayah Yan) sampai. Berkenalan dengan pekerja-pekerja lain.

10:00 Pagi
Mula membuat tugasan (cepat betul dah dapat kerja). Menyusun data-data perniagaan syarikat tersebut di mana data tersebut adalah rahsia syarikat dan aku tidak boleh memberitahu kepada kamu. hehehehe....

12:30 Tengahari
Berhenti buat kerja. Main internet. Masuk myspace. Laju siot internet kat office ni.

1:30 Tengahari
Keluar makan. Pergi ke kedai yang agak jauh.

2:45 Petang
Pulang ke rumah selepas lunch.

SELASA

10:00 Pagi
Sampai ke pejabat. Lebih lewat dari semalam.

10:15 Pagi 
Mula buat kerja sedikit.... Sambil berinternet lagi.

12:45 Tengahari
Balik ke rumah. Dah penat bekerja.

5:00 Petang
Keluar main bowling dengan mak aku.

Kamu lihat sendiri jadual kerja aku. Sibuk tak aku ketika praktikal ni? Hahahahahahaha.....

Aku dah update episod baru cerpen aku di Tears Don't Fall.