Rabu, 31 Oktober 2007

TOLONG AKUI KESALAHAN KAMU

(Entri ini adalah kesinambungan dari entri Pagi Yang Gelap telah di ganggu oleh SMS yang salah)

Selepas selesai paper Managerial Economic yang susah macam haram pagi tadi, aku terus tidur. Malam semalam aku tak cukup tidur sebab study Eco ni. Esok pagi aku ada paper Sales Management. Aku perlu tidur untuk recharge energy aku.

Sewaktu aku enak tidur, tiba-tiba ada SMS mengganggu. Cis!!! Aku pun baca SMS tu.

"Salam. Aku Johari. Joe. Kau kenal aku lagi tak?"

Siapa ni? Aku terkejut. Aku tak de kawan nama Johari. Aku tanya dia kembali.

"Ala, yang SMS kau cari member nama Kamal tu."

Oh. Mamat yang kacau aku dulu. Apa lagi mamat ni nak dari aku?

"Betul ke kau bukan Kamal. Ke kau pakai nombor Kamal sekarang? Kamal jual nombor ni kat kau ke?"

Eh, mamat ni. Lebih-lebih pulak dia ni. Aku balas...

"Aku beli nombor ni dari kedai, bukan atas tangan orang. Aku ada kawan nama Kamal. Sorang budak Perlis, sorang budak JB. Ada mana-mana kena dengan kawan kau?"

"Eh. Kamal member aku ni budak Pahang. Tapi betul la ni nombor dia. Aku yang taip nombor ni, dia sebut depan aku."

"Maybe kau salah dengar. Tak pun salah tekan nombor masa tu."

"Tak. Aku yakin betul. Aku yakin telinga aku ok lagi."

Dan aku tak balas SMS seterusnya dari dia. Membazir aku rasa berbalah dengan orang seperti dia.

Aku puji dia kerana dia ada keyakinan yang tinggi pada diri dia cuma aku tak respect dia sebab dia tak mahu menerima kesalahan diri nya. Mana lah tahu dia yang salah dengar masa kawan dia sebut nombor dia tu.

Dia patut menerima kesalahan diri dia tu. Mengakui kesalahan diri tidak bermakna kita mengakui kekalahan tanpa berjuang atau mengakui kebodohan diri. Kita cuma manusia. Tiada manusia yang sempurna di dunia. Semua manusia membuat kesilapan. Dan sesekali mengakui kekalahan diri adalah baik untuk kita juga.

Dan kita tidak boleh sentiasa menang, kerana kemenangan sahaja akan membuat kita lupa tentang permulaan kita, asal-usul kita. Dan kekalahan akan mengajar kita untuk menjadi lebih matang dan memandang dunia dengan lebih realistik.

Macam Dato Fadzilah Khamsah pula.... Hehe....

Ini entri terakhir untuk bulan ini. Jumpa lagi bulan depan.... Maksud aku, esok lah. Hehehe...

Senin, 29 Oktober 2007

TERPERANGKAP DI PULAU

Hari ini mood aku agak baik, jadi aku nak post entri kedua untuk hari ini.. Sila scrool ke bawah entri ini untuk melihat entri pertama aku untuk hari ini. Entri di bawah adalah untuk menghargai jasa kawan-kawan bloggers ku.

Aku terbangun pagi tapi liat nak merangkak keluar dari katil. Masih mengantuk. Jadi baik aku mengenang kisah silam ku, benda yang sering aku buat kebelakang ini.

Hasil dari suka mengenang kisah zaman silam aku, aku teringat suatu perbualan aku dan beberapa kawan aku semasa di sekolah agama dulu. Perbualan ini tidak lah penting sangat, tetapi tiba-tiba pula peristiwa ini muncul di kepala aku. Seperti kata Azrul, terjadi nya Defragmentasi minda. Minda sedang menyusun peristiwa kehidupan kita.

Aku ingat lagi kawan aku, Khusyairi, bertanya pada kami pada masa itu...

"Korang terperangkap dekat satu pulau.. Dan korang terperangkap dengan 5 orang perempuan. Korang nak terperangkap dengan siapa? Pilih perempuan yang best-best lepas tu bagi sebab. Jangan pilih mak sendiri, tak pun akak atau adik korang pulak."

Kawan-kawan yang lain bersungguh-sungguh menjawab. Ada nak terperangkap dengan rakan perempuan sekelas kami yang cute, dengan penyanyi la, dengan sepupu mereka sendiri (ada kawan aku yang suka pada sepupu sendiri. Tapi sepupu dia hot sekarang ni. Masa kecil dulu pun memang cute je tengok dia. Aku tak salah kan dia).

Ada yang nak terperangkap dengan Pamela Anderson (pengaruh tengok cerita Baywatch di TV5 Singapore) dan lain-lain. Ada yang ingin bersama Shannen Doherty. Aku tak kenal dia. Bukan tak kenal, tapi tak ingat. Walhal aku merupakan peminat setia cerita beliau yang sangat popular satu masa dulu, Beverly Hills, 90210.

Pada masa itu aku tak jawab soalan itu. Aku masih mentah. Masih naif. Masih bodoh untuk faham permainan kehidupan. belum mengenal erti cinta, jatuh cinta dan perasaan suka kepada wanita... Kata orang putih, have a cruch on a girl. Sebenarnya aku masih malu nak bercerita tentang wanita pada masa itu.

Tapi cuba kalau kawan aku tu tanya sekarang, pasti aku dengan laju nya boleh senaraikan. Sekarang biar aku senaraikan pula senarai yang gagal aku buat 10 tahun lepas.

Jika aku terperangakap di pulau dan aku terperangkap dengan 5 orang perempuan, dengan siapa aku mahu terperangkap:

1. Leah Dizon

Siapa Leah Dizon? Beliau merupakan penyanyi, pelakon dan model dari jepun, tetapi di lahirkan di Las Vegas. Umur beliau 21 tahun.

Kenapa aku mahu terperangkap dengan dia?

Sebab dia sangat comel. Aku suka tengok muka dia. Potongan badan pun boleh lah...

Tak kan tu je sebab nya?

Ok. Cuba korang google nama dia. Cari gambar dia. Kamu mesti akan dapat banyak gambar beliau yang berposing seksi. Sekarang kamu tahu kenapa aku mahu terperangkap dengan dia kan? Lagipun aku bakal terperangkap di pulau dengan dia. Kamu pasti dapat jangka kan pakaian beliau di tepi pantai.

Masalah yang bakal aku hadapi

Aku tak tahu bahasa jepun. Tapi dia mesti boleh cakap english kan? Rasanya..

2. Alessandra Ambrosio

Siapa Alessandra Ambrosio? Model kelahiran Brazil.

Kenapa aku mahu terperangkap dengan dia?

Muka nya comel. Lagipun dia model... Kamu patut faham maksud aku.

Tak kan tu je sebab nya?

Sama seperti di Leah Dizon, sila google untuk gambar beliau. kamu patut faham....

Masalah yang bakal aku hadapi

Aku tak tahu berbahasa Brazil. Tapi dia boleh cakap english. Oh ya. Dia ni tinggi orangnya. Kalau berbual sambil berjalan tepi pantai, tengkuk aku sakit jawabnya. Hilang romantik.

3. Raja Farah

Siapa Raja Farah? Merupakan pelakon drama dan filem di Malaysia. Di lahirkan di Kuala Lumpur. Umur baru 19 tahun.

Kenapa aku mahu terperangkap dengan dia?

Muka comel. Macam biasa. Aku pernah jumpa dia di KLCC. Memang comel beb.

Tak kan tu je sebab nya?

Ya. Itu je sebab nya. Memang aku suka tengok dia sejak pertama kali tengok Manggo TV.

Masalah yang bakal aku hadapi

Tiada langsung. Betul tak Farah? Hehe.... Faerrin jangan jealous. Aku tahu kamu sedang cari gadis nama farah.

4. Fazura

Siapa Nur Fazura Sharifuddin? Merupakan pelakon drama dan filem di Malaysia. Anak orang kaya juga dia ni.

Kenapa aku mahu terperangkap dengan dia?

Aku minat dia juga. Tapi sekarang dia dah ada balak pulak. Hu...

Tak kan tu je sebab nya?

Tu je. Dia tak pernah posing seksi dalam majalah. Ke aku yang tak pernah tengok.

Masalah yang bakal aku hadapi

Semua orang tahu yang Fazura ni kaki disco dan mabuk. Sudah banyak gambar (yang boleh di jumpai di internet, terutama laman forum-forum bahasa melayu) yang menunjukkan beliau girang di disco. Kat pulau tu mesti tak de disco.....

5. Maria Sharapova

Siapa Maria Sharapova? Pemain tenis dari Russia. Umur? baru 20 tahun beb.

Kenapa aku mahu terperangkap dengan dia?

Aku memang meminati beliau sejak kejohanan pertama yang di sertai oleh beliau. Beliau berjaya membuktikan yang beliau bukan setakat cantik sahaja, tetapi mampu memenangi kejohanan. Tidak seperti Anna Kournikova. Harap lawa sahaja.

Tak kan tu je sebab nya?

Aku suka tengok perempuan yang aktif bersukan.

Masalah yang bakal aku hadapi

Mungkin dia akan meronta untuk pulang dengan segera untuk bertanding. Dia mesti tak mahu ranking beliau jatuh kalau lama sangat terperangkap dekat pulau tersebut.

Itu senarai aku. kalau kawan aku tu terbaca balik, mesti dia pening kepala tengok perangai aku sekarang ni.

Sesungguh nya entri ini memang tiada faedah langsung. Mungkin bakal menerima reaksi negatif dari pembaca... Terutama nya pembaca gadis dan wanita (mungkin).

Teringat pada cerita Jepun yang bertajuk Shimokita Glory Day (kalau tak salah aku, itu tajuk nya. Maaf kalau wrong spelling). Seorang lelaki yang tinggal bersama 6 orang perempuan seksi dan hot dalam satu rumah. Impian liar (wildest dream kata orang putih) bagi semua lelaki....agaknya.... Yang gay mungkin tiada impian seperti itu.

AMBIGRAM UNTUK AKU

Kalau kamu semua perasan, si bawah player eSnips yang memainkan lagu bertajuk Kamu nyanyian kumpulan Nitrus di atas ini, ada satu tulisan dengan reka corak yang unik. Itu adalah tulisan nama aku, Amirul.

Itu namanya ambigram. Terima kasih banyak-banyak kepada saudara Rizuan a.k.a. bulu-san kerana sanggup membuang masa bernilai nya untuk membuat ambigram untuk aku.

Bukan 1 sahaja yang dia buat, tapi 2. Kalau kamu scroll ke bahagian bawah blog aku, kamu akan nampak hasil kedua ambigram beliau, tertera tulisan amierulez.

Terima kasih kepada beliau sekali lagi, juga encik Azrul yang membantu beliau. Memang korang cool. Kini blog beliau juga tersenarai dalam link list aku di sebelah tepi, bahagian kawan-kawan bloggers.

Kawan-kawan bloggers aku semuanya memang cool. Korang patut lawat blog mereka jika belum berbuat demikian.

Apa itu ambigram? Korang tak tau? Klik sini, cepat!!!!

Minggu, 28 Oktober 2007

AWAS!!!! ADA OTAI DI SEBELAH MU!!

PROLOG

Otai yang aku maksudkan bukan lah cerita lawak bodoh arahan Prof Madya Abd Razak yang sedang ditayangkan di wayang. Tetapi otai bahasa arab.

Sebelum aku cerita ke bahagian itu, biar aku ceritakan dulu beberapa kisah hidupku yang lain dulu.

BAB 1

Semalam, sekali lagi tidur pagi ku di ganggu untuk kesekian kali nya. Kali ini oleh awek Lula. Aku tak tau kenapa aku sering di ganggu pada waktu pagi. Dan orang yang kacau aku mesti orang yang berlainan. Adakah mereka semua telah berpakat untuk menganggu aku secara bergilir-gilir?

BAB 2

Hari ini aku ada paper final bahasa arab pada pukul 9 pagi. Jadi aku bercadang ingin tidur sejurus selepas perlawanan bola antara Liverpool dan Arsenal. Untuk pengetahuan kamu semua, semenjak kebelakangan ini, aku sering tidur pukul 6 atau 7 pagi. Dan tersedar awal kerana sering di ganggu.

Jadi aku ingin tidur awal untuk menstabilkan kembali waktu tidur aku. Malangnya, sehingga pukul 4:30 pagi, aku masih gagal untuk tidur. Lalu aku bangun dan berbual dengan Apeng dengan harapan aku dapat hilangkan rasa berat mata ku ini. Malas dah nak tidur balik. Takut tidur kejap sangat akan menyebabkan aku pening kepala pula.

Tapi bila jam mencecah 5:30 pagi, aku rasa mengantuk gila pulak. Aku cuba tak mahu tidur, tapi gagal. Aku tidur selama sejam. Kemudian terjaga. Lalu aku bersiap dan meminta roomate ku menghantar aku ke UiTM Segamat. Nampak nya aku bakal berdepan dengan paper arab dengan mata separa terbuka.

BAB 3

Sebaik berjumpa dengan Rahman dan beberapa member yang lain, mata aku jadi segar bugar. Syukur. Alamat baik ni. Maka aku masuk ke dewan peperiksaan.

Aku duduk bersebelahan dengan seorang rakan sekelas gadis. Aku tak kenal sangat dia dan mula-mula aku sendiri tak berapa pasti benarkah dia ni classmate aku. Maklumlah, aku sering kali gagal menghadirkan diri ke kelas arab setiap rabu pukul 12 tengahari. Aku namakan gadis tersebut sebagai GO (gadis otai. Gila Otai!!! pun boleh juga).

Maka exam bermula. Aku baca soalan perlahan-lahan. Aku pun menjeling ke meja GO. Laju sungguh dia menulis. Aku buat tak tahu.

Masa berlalu dengan laju. Dah 45 minit masa berlalu. Tiba-tiba aku nampak GO dah pun buat soalan yang terakhir, soalan bina ayat. Laju gila minah ni jawab. Gila otai!!! dan sejurus kemudian dia sudah siap. GO meletakkan pen nya lalu menutup kertas jawapan.

45 minit sudah siap. Aku 2 jam pun susah nak siapkan. Betul-betul otai. Aku dah terasa di psycho oleh GO. Yang pelik dia tak nak keluar dewan. Dia sanggup bersejuk di dalam dewan yang air-cond nya sejuk macam kat Alaska dan memerhatikan budak lain.

Lebih psycho bila dia pandang aku dan kemudian tersenyum. Senyuman dia tu bukan lah senyuman yang membawa maksud "Good Luck" atau "selamat berjuang" atau "ganbate". Tapi suatu senyuman sinis yang membawa maksud "jangan mimpi kau boleh siapkan paper tu" atau "jangan mimpi la nak dapat A" atau "tak payah la susah susah jawab. Bukan betul pun apa yang kau tulis tu".

Dia terus menunggu sampai habis 2 jam walaupun ramai orang yang dah siap menjawab keluar dari dewan. Dia memeluk diri dan tersenyum pada kawan-kawan yang lain. Aku tak tahu apa motifnya.

EPILOG

Aku bersyukur kerana buat kali pertama nya aku dapat jawab semua soalan arab (kecuali bahagian bina ayat. Yang tu susah... bagi aku). Selama ini kalau ada 10 soalan, aku cuma mampu jawab 5 atau 6. Tapi kali ini berbeza. Betul salah, belakang kira. Janji jawab semua.

Paper seterusnya, yang paling di geruni. Managerial Economic pada rabu ini.

Sabtu, 27 Oktober 2007

PERKARA YANG SELALU TERJADI ATAU AKU SERING LAKUKAN KEBELAKANGAN INI

Berikut adalah perkara yang sering terjadi dan aku lakukan kebelakangan ini:

1. DI GANGGU SEWAKTU TIDUR

Aku sering di ganggu sewaktu pagi hari. Dari orang yang salah nombor dan terSMS aku, kawan aku yang kacau aku pagi-pagi buta, adik angkat aku yang SMS setiap pagi dan Herman, housemate aku, yang selalu kacau aku nak pinjam beg laptop dan pendrive.

Kenapa la telinga aku sensitif sangat. Dengar bunyi mesej yang slow pun boleh terjaga. Tapi bila fikir-fikir balik, kalau aku pekak lagi susah kan? Syukur kepada Allah kerana deria pendengaran aku masih ok.

Aku ni jenis kalau dah tersedar, susah nak tidur balik. Walaupun aku mengantuk lagi, terpaksa juga bangun akhirnya. Sungguh menganggu. Jadi aku pun layan MP3 untuk menghilangkan mengantuk ku itu.

2. TERFIKIR TENTANG ALAM PEKERJAAN

Ibu dan ayah aku selalu tanya aku, "Nanti nak kerja dekat mana?"

Soalan yang membuatkan aku buntu. Bukan mereka sahaja yang bertanya. Abang ku, akak ipar ku, para pakcik dan mak cik ku, sepupu-sepupu ku, dan ramai lagi.

Ada yang suruh aku kerja di KWSP sahaja. Senang. Abang aku, akak ipar ku, sepupu ku, pak andak ku dan mak andak ku semua kerja di sana. Senang nak dapat kerja kata mak ku. Dah ada orang dalam.

Entah la. Aku rasa seperti belum bersedia untuk itu semua. Aku sendiri tidak pasti bakal pekerjaan aku selepas ini.

Pernah aku luahkan yang aku nak bekerja di agensi pengiklanan, tetapi di tentang keras oleh ahli famili ku. Mereka kata, ramai cina dalam industri tu, melayu tak boleh hidup. Ada yang kata susah dapat cutilah, selalu balik lambat, kerja banyak dan sebagainya.

Semua ini membuatkan aku lemah semangat dan kebingungan.

3. TERKENANG KENANGAN SILAM

Biasanya selepas bangun tidur (di ganggu tidur pagi), aku akan mengenang kisah silam.

Dari kisah mula belajar ijazah, ke zaman diploma, ke zaman menganggur selepas SPM, ke zaman sekolah menengah, ke zaman sekolah rendah hingga aku masih kecil anak.

Macam-macam aku ingat kan. Teringat kawan-kawan lama, kisah kelakar bersama kawan-kawan, kenangan manis percintaan, kisah patah hati, main ting-ting dengan budak perempuan....juga main pondok-pondok. Ada sesetengah yang menarik, aku akan kongsikan dalam entri yang mendatang.

Tak tahu mengapa, tapi selalu sangat terjadi sekarang ni. Mungkin kenangan ini boleh mematangkan aku yang belum cukup matang ini. Hidup ini suatu perjuangan tanpa henti-henti. Betul kata Ahmad Dhani tu....

4. MAKAN MAGGI DI 7-ELEVEN

Sejak bulan ramadan hingga semalam, aku sering makan maggi di 7-Eleven. Aku sering makan bersama roomate aku, tapi kadang-kadang di sertai oleh housemate yang lain.

Biasa aku makan di 7-Eleven Jementah, di mana aku takrifkan sebagai 7-Eleven paling daif sekali yang pernah aku jumpai.

Stok sering habis dan jarang di perbaharui. Bila dah habis terus barang tu, baru mahu letak stok baru. Kadang-kadang sampai 2-3 bulan produk yang habis tu tak di jual di 7-E tersebut. Entah, aku tak tahu apa yang pengurus cawangan di situ buat. tak nampak ke stok selalu habis?

Itulah senarai pendek yang aku dapat taipkan kali ini. Harap kamu puas hati dengan nya. Tiada lagi ayat jiwang atau peristiwa patah hati dalam entri kali ini.

Berjumpa di entri akan datang. Selamat....

Jumat, 26 Oktober 2007

LOVE HURTS... BUT SOMETIMES IT'S A GOOD HURT

AMARAN: ENTRI INI KUAT BERBAU JIWANG, PATAH HATI DAN KEKECEWAAN BERCINTA. JIKA KAMU TIDAK SUKA DENGAN TEMA-TEMA ITU, SILA ABAIKAN ENTRI INI DENGAN SEGERA

Pada pagi jumaat, pagi semalam lah ye, aku terbangun kerana SMS lagi. Tapi kali ini SMS daripada kawan aku. Bukan SMS yang sial menggangu mimpi indah aku.

Tetapi masa tu, aku sedang mimpi. Mimpi aku dapat soalan bocor paper Managerial Economic. Baru aku nak selak kertas soalan tu, SMS kawan aku telah menggangu mimpi aku itu. Cis sungguh.

Lepas tu, aku lepak. Termenung. Aku ambil MP3 yang aku pinjam daripada roomate aku. Mp3 aku sudah rosak. tengah tunggu masa untuk beli yang baru.

Tiba-tiba, bila sampai pada lagu Incubus, Love Hurts. Terus aku teringat kisah percintaan monyet ku semasa sekolah menengah.

Kisah yang aku ingat kan ini bermula selepas aku putus dengan awek pertama aku, A. Percintaan yang di bina sejak aku form 2 hingga 2 bulan selepas SPM tamat kerana salah faham yang bodoh dan kemudian, ego meninggi antara kami menyebabkan kami terus membawa haluan masing-masing.

(Maaf kan aku kalau ayat di atas terlampau jiwang dan puitis. Aku sedang menghayati. Entri kali ini akan di penuhi dengan ayat sebegini. Harap bersabar. Baik, aku sambung)

Kemudian, aku pun keseorangan. Dalam keseorangan, aku teringat kembali seorang gadis yang belajar sekelas dengan aku semasa kelas tuition add math. Nama nya M, sama nama dengan seorang watak dalam cerita lagenda melayu. Kamu patut tahu kan.

Aku memang berminat dengan dia, tetapi disebabkan aku sudah ada awek, aku tidak kacau dia. Sekadar berkawan. Selepas aku putus dengan A, aku terus menghubungi dia.

Tiap-tiap hari aku menelefon dia. Dia tidak berkerja selepas SPM, aku pula tolong ibu dan ayah aku meniaga pada waktu pagi. Jadi waktu malam atau petang, aku pasti menelefon dia.

Hari ke hari (sebenarnya baru 3 minggu je) kami semakin intim. Perbualan kami menjadi semakin mesra. Rasa cinta mula membibit dalam hati aku. Tapi kadang-kadang aku tak pasti betul ke aku cintakan dia? Atau aku cuma menjadikan dia sebagai bahan untuk melupakan kekecewaan aku dengan A.

AAHHH!!! Aku tak peduli semua itu. Lalu aku rasa tidak boleh di pendam lagi perasaan ini. Aku harus luahkan.

Aku fikir, masa sudah sesuai untuk aku meluahkan perasaan suci aku ini. (Suci sangat la pulak) Lalu aku meluahkan perasaan kepada nya. Nak tahu apa jawapan nya....

"Maaf. Saya tak boleh terima awak."

ZAP!! Bagai petir memanah hati. Bagai Mike Tyson menumbuk perut ku. Bagai terkena cirit-birit ketika hendak ambil paper final.

"Kenapa?", tanya aku ringkas.

"Hati saya telah berpunya."

"Awak dah ada boyfriend?"

"Tak."

"Habis tu."

"Saya dah suka dekat sorang laki ni."

"Dia tau ke awak suka kat dia?"

"Tak. Saya tak pernah luahkan lagi."

"Kalau dia tak terima awak. Macam mana?"

"Saya anggap saya dan dia tiada jodoh."

"Tapi saya suka awak."

"Awak cuma suka saya. Bukan cintakan saya."

"Tapi..."

"Awak... Anggaplah kita tiada jodoh. Kita cuma boleh berkawan sahaja."

"Tapi. Kalau dia tolak awak..."

"Tak pe. Saya sanggup terima."

"Kenapa awak sanggup diperlaku demikian?"
(aku tak cakap macam ni pun masa tu. Saje je nak sedap kan ayat. Ni aku bukan ingat semua pun. Main tulis je. Aku ingat isi penting je)

"Cinta itu buta. Awak pernah bercinta kan? Awak mesti pernah rasa macam ni jugak."

"Tapi..."

"Awak... Anggaplah kita tiada jodoh. Kita cuma boleh berkawan sahaja. Kalau awak tak boleh terima kenyataan, lupakan saya. Tapi saya betul-betul suka berkawan dengan awak. Awak selalu ceriakan saya. Lagipun..."

Aku terus letak ganggang. Tak mahu aku dengar dia bercakap lagi Aku tak boleh terima kenyataan. Apa beza suka dan cinta? Tiba-tiba aku rasa benci pada dia.

Dan ini juga pertama kali aku rasa di tolak oleh wanita. Senang cerita, kena reject lah. Aku tak boleh terima kenyataan semasa itu. Aku masih mentah. Masih naif untuk memahami semua itu. Masih bodoh untuk faham permainan cinta.

5 tahun kemudian, aku di sini. Dan aku kini sudah faham semua itu. Aku juga faham sekarang apa maksud suka dan cinta. Dan ya. Aku suka dia, bukan cinta dia.

Apa jadi pada M? Aku pun tak tahu. Aku cuma ada dengar cerita dia menyambung pembelajaran di Matriks dalam jurusan Sains Hayat. Semoga dia bahagia dengan pilihan hati nya (itu pun kalau dia dapat tackle laki tu lah.)

Dan aku berharap aku dapat jumpa dia. Aku hendak berbual dengan dia. Sebagai kawan. Aku sudah tidak benci pada dia. Dia telah mengajar aku tentang realiti hidup. Tentang permainan hati dan perasaan. Dan penting sekali, mematangkan aku.

Aku? Sudah single selama setahun setelah putus pada malam raya tahun lepas dengan awek nombor 3 ( ada seseorang yang wujud setelah aku gagal tackle M dan menjadi awek nombor 2. tapi tak lama)

Tak pe. Pelahan-pelahan. Jangan gopoh. Tunggu samapai yang betul-betul berkenan dihati.

Betul lirik lagu Incubus tu, "LOVE HURTS... BUT SOMETIMES IT'S A GOOD HURT."

Cinta memang menyakitkan, bila aku di reject. Tetapi memang GOOD HURT kerana telah mematangkan aku..........................

AAARRRRGGHHH!!!!! Jiwang gila entri aku ni. Ayat jiwang nak mampus. Aku pun macam tak percaya pulak aku boleh taip semua ni. Mampus aku kena kutuk dengan korang semua.

Apa nak jadi dengan blog ni? Dah jadi sampah ke? Kamu nilai sendiri.....

SABAR ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN

Hari ini, entah kenapa, susah pula aku nak akses blog aku. Line blogspot buat hal. Susah gila nak masuk dan post entri baru dalam blog ni.

Jangan kan nak post, nak balas komen kamu semua pun susah.

Jadi, jika kamu semua menunggu aku post baru, maafkan aku ya. Bukan salahkan aku, salahkan server blogspot ni.

Kamis, 25 Oktober 2007

PAGI YANG GELAP TELAH DI GANGGU OLEH SMS YANG SALAH

Hari ini merupakan hari keluarga untuk rumah sewa kami. Kami hari ini sebulat-suara telah bersetuju untuk bergotong royong membersihkan kawasan sekeliling rumah.

Hasil daripada gotong royong yang di jalankan petang tadi, kami berjaya melonggokan sebanyak 13-14 bungkus plastik sampah untuk di buang. Hebatkan? Pasti abang pengutip sampah akan berasa pelik melihat rumah kami mampu menghasilkan sampah demikian rupa.

Tetapi hari aku bermula dengan lebih buruk pagi tadi. Sedang enak aku tidur, aku telah diganggu oleh Herman yang ingin meminjam beg laptop aku. Kemudian, di kala aku baru hendak lelap kembali, aku dapat satu lagi gangguan. Hand phone ku berbunyi. Ada SMS masuk.

SMS di sini disebut sebagai Short Message Service atau dalam bahasa melayu nya, Servis Pesanan Ringkas. Bukan lagu dangdut SMS atau lagu yang telah di nyanyikan semula oleh Kumpulan Kristal.

Mula-mula SMS dari kawan aku. Aku balas SMS kawan ku itu. Kemudian tiba satu lagi SMS. SMS itu berbunyi begini:

"Woi kawan. Lama tak dengar cerita. Apa khabar? Dah kawin ke? Anak dah berapa?"

Sapa pulak ni? Aku tengok nombor pengirim, aku tak kenal. Nombor yang aku tak simpan dalam phone book handphone aku.

Aku balas semula,"Aku belajar lagi la. Ni siapa ni eh?"

Dia membalas kembali, "Aku la. Kawan baik kau pun kau tak simpan nombor ke?"

Siapa pulak ni? Biasa aku simpan semua nombor kawan baik aku. Siapa pulak ni?

Aku jawab balik, "sorry la. Tak de nombor kau dalam phone book aku. Sape ni?"

"Aku la. Johari. Joe"

Eh? Aku tak de kawan nama Johari. Roomate aku ada la.

"Eh? Sorry beb. Aku tak de kawan nama Johari. Are you sure you got the right number?"

Tak sangka dalam mamai aku boleh taip dalam english pulak.

"Kau ni bukan Kamal ke?"

Dan di sini kita dah nampak kesilapan mamat ni.

"Nama aku Amirul la beb."

"Oh ya ke. Sorry. Selamat Hari raya."

Dan tidur aku telah di ganggu oleh SMS durjana itu. Cis sungguh. Aku tak suka di ganggu semasa tidur.

Rabu, 24 Oktober 2007

JAWAPAN KEPADA MISTERI MIMPI NADIA

Tadi, semasa aku sedang menonton cerita KAMI di 8TV, adik angkat aku telah pun menghantar SMS kepada aku. Adik angkat aku ni berumur lebih kurang 20 tahun rasanya.

SMS tu tertulis lebih kurang macam ni:

"La, abang cari girl nama Nadia ke? Adik baca blog abang tadi. Adik ada kawan nama Nadia la. Single lagi. Cun tau. Nak kenal tak? Boleh tercapai cita-cita abang masa belum akil baligh tu. Nak tak :-) "

Kamu semua agak apa yang akan balas kepada adik angkat aku?

"Mesti la abang nak... (",)"

Hehe... semua lelaki akan jawap begitu kan? Lagi-lagi kalau kamu sedang kesunyian selepas setahun single.

"Macam mana orang nya kawan adik tu?", balas aku semula.

"Kenal la dulu. Abang nilai sendiri. Kawan dengan dia. Kalau ok, abang carry on la dengan dia. Kalau tak minat ambik jadi adik angkat sudah."

Bijak adik angkat aku. Betul. Kenal dulu dengan dia. Lepas tu kita tengok apa terjadi.

Untung juga ya jadi seorang bloggers ni. Banyak kelebihan nya... (",)

Tongah, aku rasa kau dah boleh buat entri pasal kau nak cari gadis nama Julia pula. Mana la tau dapat jugak. Kalau tak ok, buat adik angkat. Tak gitu... Hehehe....

ADA APA DENGAN NAMA

Nampaknya entri aku berkenaan pencarian gadis bernama Nadia semasa aku belum akil baligh lagi mendapat sambutan dan komen yang pelbagai dari kawan-kawan bloggersfera yang lain. Aku ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan sekalian.

Kepada kawan-kawan yang ada kawan bernama Nadia yang cun dan masih single, jangan teragak-agak untuk foward kan nombor telefon bimbit mereka kepada aku (kecuali Nadia student Diploma Hotel Katering batch aku masa aku belajar di Politeknik Merlimau dan yang bernama Azrul Nadia). Juga jika adakamu kenal gadis bernama Julia, sila foward nombor kepada Tongah.

Sekarang aku nak menjawap soalan daripada kawan-kawan aku. Ada ramai kawan-kawan dan pembaca blog aku yang bertanya kepada aku melalui e-mel, mesej friendster, SMS, secara face-to-face dan lain-lain cara lagi berkenaan nama blog aku ni. Mana kau dapat nama Warmness On the Soul ni? Kenapa tak nama kan blog kau ni bahasa melayu? Dan sebagainya.

Kadang-kadang aku jawab dan kadang-kadang aku biarkan soalan itu tergantung tanpa jawapan. Tapi kali ini aku akan jawap semua persoalan kamu selama ini dalam blog ini supaya semua orang, termasuk yang tak bertanya soalan ini, tidak berada dalam kebingungan lagi.

Soalan 1
Mana kau dapat nama Warmness On The Soul ni?

Warmness On The Soul sebenarnya satu judul lagu daripada kumpulan Avenged Sevenfold. Lagu ini di ambil daripada EP mereka yang juga mempunyai tajuk yang sama dengan tajuk lagu mereka ini, Warmness On The Soul.

Kumpulan Avenged Sevenfold merupakan band yang memainkan lagu-lagu bergenre kan Metalcore, Hard Rock dan Heavy Metal. Tetapi lagu ini berbeza. LAgu ini merupakan lagu paling slow, paling Mellow atau senang cerita, paling jiwang yang pernah di hasilkan oleh band ini. Aku pun agak terkejut yang band ini boleh buat lagu macam ini.

Lagu ini secara keseluruhan nya di penuhi nyanyian penyanyi nya, M. Shadow, secara solo dan di iringi bunyi piano. Bunyi drum dan gitar masuk dalam pertengahan lagu tapi secara biasa. Tiada bunyi metal pun.

Aku ni bukan la kreatif sangat dalam mencari nama blog. Ceduk ikut suka je.

Soalan 2
Kenapa pilih Warmness On The Soul jadi tajuk blog Kau?

Sebab masa aku buat blog ni, aku kebuntuan idea untuk memilih tajuk yang sesuai.

Tiba-tiba, lagu Warmness On The Soul di mainkan di winamp aku. Terdetik hati aku untuk memilih tajuk lagu ini menjadi tajuk blog aku.

Lagipun kebanyakkan peminat Avenged Sevenfold tidak pernah dengar lagu ini atau pun tidak suka lagu ini lalu lagu ini luput dari memori mereka. Jadi secara spontan aku mendapat nama blog aku.

Soalan 3
Kenapa blog kau ni tak di tetapkan dengan satu tema? Maksud aku, kau tulis pasal muzik aje ke, bola sepak je ke?

Itu tak cool beb. Aku tulis ikut suka aku. Apa terlintas dalam otak aku, segera aku tuliskan (atau taip kan untuk lebih tepat).

Aku tak suka blog aku bertema. Nanti kalau aku dah buat tema muzik. Aku tak boleh tulis pasal bola sepak. Aku kena buat blog lain pula khas untuk bola sepak. Itu melecehkan. Jadi ini adalah yang terbaik aku buat.

Soalan 4
Kau tak nak tukar nama blog kau ke bahasa melayu ke? Kau pun blogging dalam bahasa melayu kan?


Walaupun nama blog aku dalam bahasa inggeris, tak bermakna aku tidak cintakan bahasa ibunda kita ini. Lagipun aku tidak rasa salah untuk menggunakan tajuk inggeris untuk blog melayu.

Biar aku bagi contoh kepada kamu. Berapa banyak nama band di Malaysia yang menggunakan nama inggeris untuk Band mereka tetapi menyanyi dalam bahasa melayu? Biar aku senaraikan nama-nama band itu kepada kamu:

Black Dog Bone, Sweet September, Carefree, Boney M...eh. Ni band omputih, Sweet Charity, The Revolvers, Gingerbread, Alleycats, Flybaits, Bloodshed, Wings, May, Search, Rusty Blade, Crossfire, Lefthanded, Black Rose, Teachers Pet, Handy Black, Flop Poppy (erm...ni bahasa inggeris ke?), O.A.G (refer as Old Automatic Garbage), Spider, Def Gab C (yang ni bahasa inggeris jugak ke?), Kamikaze (ha...yang ni siap bahasa jepun lagi), Meet Uncle Hussain, Pretty Ugly, The Muffins, The Times, Sil Khannaz, Jason Lo (ni bukan band la), The Fabolous Cats (hehe..), Jinbara (erm...ni bahasa ape ni? Ke bahasa melayu ni) dan banyak lagi la.

Jadi bagi aku, tidak menjadi masalah untuk aku meletakkan nama blog aku dalam bahasa inggeris walaupun aku blogging dalam bahasa melayu.

Kemungkinan untuk aku tukar nama blog aku ini mungkin ada. Kita tunggu dan lihat.

Begitulah entri aku yang panjang lebar, mengarut dan agak sampah untuk kali ini. Entri yang sesuai jika anda tiada idea tetapi gatal tangan untuk post entri walaupun tiada idea.

Jika kamu ingin download lagu tersebut, boleh melawat Multiply aku. Link multiply aku ada di bahagian tepi tu. Tapi multiply aku sangat cikai. Kosong je kecuali bahagian muzik ada sedikit lagu untuk kamu download. Selamat berjaya.

Kalau mahu dengar dulu lagu itu, sila pergi ke bahagian paling bawah blog aku ni. Akan ada gadget yang boleh memainkan lagu tersebut. Sila klik play. Kalau suka, baru download kat multiply aku.

Selasa, 23 Oktober 2007

MISTERI MIMPI NADIA

Pagi tadi, sebaik aku sedar daripada tidur aku, tiba-tiba aku teringat kosah-kisah semasa aku masih sekolah rendah.

Dan tiba-tiba, aku teringat kisah aku semasa aku masih sekolah rendah. Semasa aku sekitar aku darjah 4 hingga darjah 6. Aku masih ingat lagi, semasa itu aku belum ada girlfriend lagi, walaupun sesetengah kawan aku sudah pun mempunyai girlfriend pada masa itu.

Semasa itu, aku teringin sangat untuk mendapatkan sorang girlfriend yang bernama Nadia. Kenapa? Aku pun tak ingat mengapa aku mahu teman wanita bernama Nadia. Aku masih naif, belum matang, mumaiz, belum berfikiran panjang dan sebagainya sewaktu itu. Jadi aku pun tidak ingat mengapa aku mahu girlfriend bernama Nadia.

Semasa aku sekolah menengah, aku langsung lupa mengenai hal ini, lebih-lebih lagi bila aku berjaya mendapatkan seorang girlfriend pada tingkatan 2. Nama awek aku semasa itu bermula dengan huruf A. Dan semasa aku berumur 23 tahun ini, baru aku teringat semula peristiwa tidak matang itu.

Ironi nya, bila aku fikir-fikir kan semula, sepanjang hidup aku, aku tidak pernah ada girlfriend bernama Nadia. Dan lebih menarik lagi, aku tidak pernah ada kawan pun yang bernama Nadia (aku rasa la). Tapi memang aku yakin aku tak de kawan bernama Nadia. Aku check senarai phone book dalam hand phone aku, memang tiada.

Paling dekat pun sepupu aku bernama Nadia, dan dia masih kecil lagi. Dan kawan kepada kawan aku, bernama Nadia. Aku pernah jumpa dia, tapi tidak pernah pun berbual dengan aku. Sebab dia bukannya kawan aku pun.

Setelah aku fikir-fikir kan, sejurus selepas aku bangun tidur petang tadi. Baru aku faham kenapa aku mahu awek bernama Nadia (mungkin la ni):

N - Nadia
A - Adalah
D - Delusi
I - Indah
A - Aku

Tapi tak mungkin aku boleh fikir benda di atas ni semasa aku sekolah rendah. Perkataan delusi tu pun aku tahu semasa aku sedang belajar peringkat diploma.

Kan bagus aku boleh patahkan balik pemikiran aku semasa aku sekolah rendah. Mungkin aku dapat tahu apa sebabnya aku mahukan girlfriend bernama Nadia. Mungkin.....

Mungkin semasa aku sudah bekerja nanti, aku di jodohkan dengan gadis bernama Nadia? Mungkin kah? Aku pun tak tahu. Time will tell.

P/S: Kepada saudara azrul, aku rasa entri terbaru aku ni pun agak sampah juga.

Senin, 22 Oktober 2007

LEPAS SATU HALANGAN

Petang tadi aku menduduki paper pertama dalam final exam aku, hubungan etnik.

Bagi aku, ok la paper tadi tu. Soalan objektif banyak juga yang mengelirukan tapi boleh la aku jawab (di campur dengan hentam keromo dan membabi buta).

Soalan esei aku jawab menggunakan 20% apa yang tertulis dalam buku teks dan 80% jawapan yang aku fikir mengikut logik akal.

Paper seterusnya, Bahasa Arab, pada isnin depan. Tapi ini bukan alasan untuk aku relax, kena study juga.

Minggu, 21 Oktober 2007

PERJALANAN AIDILFITRI AKU

9 Oktober

Test 2 Managerial Economic pada pukul 8 hingga 10 pagi. Selesai test, aku balik rumah, lepak-lepak sementara menunggu ke kelas Sales pukul 1 tengahari. Kawan aku yang ambik aku dekat rumah pukul 2 petang. Bila sampai ke kelas, kelas dah pun selesai. Kami tanda attendance lepas tu terus berangkat.

Aku tidur sepanjang perjalanan ke Batu Pahat. Sedar-sedar dah sampai di depan rumah. Laju gila minah ni bawak kereta. 1 jam 10 minit dari Segamat ke Batu Pahat. Ikut Bukit Kepong. Memang laju. NAsib baik aku tidur

10 Oktober

Aku bersama ibu dan ayah pulang ke kampung di Kampung Nakhoda, Selayang Lama, Gombak. Walaupun kampung aku tu dah tak serupa kampung sangat, tapi aku suka kampung aku. Naik bas pukul 12 tengahari. Sampai di puduraya pukul 4:30 petang. Biasa lah, traffic Jam

11 Oktober

Keluar bersama abang aku. Shopping raya. Bukan apa, cuma nak cari kasut baru. Tapi last-last, beli baju dan seluar sekali.

Akhirnya, dalam tempoh sejam shopping, aku dapat beli kasut Converse, 1 seluar jeans BUM, 2 helai baju dan tali pinggang. Kalau perempuan yang shopping, sejam belum dapat apa-apa lagi tu.

12 Oktober

Sehari sebelum raya, aku, ayah aku dan abang aku di tugaskan untuk memasak rendang dan ketupat. Tahun ini, Pak Uteh aku di tugaskan untuk membuat lemang. Nasib baik. Kalau tak lepak nak jaga semua.

Malam temankan anak saudara aku dan sepupu kecil (dan juga sepupu yang dah boleh jadi emak dan ayah) main bunga api. Lepas tu acara isi kuih raya dalam balang sambil tengok drama malam raya lakonan Rosyam Nor.

Lewat malam, hampir pukul 1 pagi. Apeng SMS aku. Aku dan Apeng berkongsi kampung yang sama. Dia datang ke rumah aku sebab nak menentukan kedudukan rumah aku ni, esok dia nak beraya dekat rumah aku.

Apeng datang naik Perdana. Perdana pak cik dia...kata dia lah. Lepas berbual pendek, Apeng pun chow. Dia janji nak beraya esok

13 Oktober

Hari raya!!! Semua ahli keluarga aku berkumpul di rumah pusaka arwah atuk dan nenek. Tema baju raya tahun ini berwarna hijau. Semua ahli famili aku pakai baju warna hijau kecuali keluarga Pak Uteh aku. Kenapa? Aku malas nak jawab. Isu sensitif.

Petang tu aku tunggu Apeng. Tak sampai-sampai pulak. AKu SMS dia, haram dia balas mesej aku.

14 Oktober

Raya kedua di mulakan dengan kami semua beraya di rumah mertua abangku. Kemudian, kami bergerak ke Mantin untuk beraya di rumah sepupu mak aku.

Di Mantin, Apeng call aku. Dia baru nak beraya aku. Nampaknya tak de rezeki tahun ini. Tahun depan la nampaknya apeng...

15 Oktober

Pulang ke Batu Pahat. Mula beraya di sana pula.

Aku kira jumlah duit raya aku tahun ini. Untuk pengetahuan kamu, aku masih menerima duit raya. Menurut peraturan famili aku, selagi seseorang itu masih belajar dan tidak bekerja, mereka masih layak menerima duit raya, tak kira berapa umur nya. Aku masih dalam golongan itu.

Berapa duit raya aku? Ada la RM 500++. Duit itu akan di gunakan untuk tujuan menambahkan prestasi laptop aku dan lain-lain aktiviti yang bermoral.

Banyak dah aku taip ni.... Jumpa lagi.

KEMBALI BERAKSI

Ya!!! Aku dah kembali ke rumah sewa aku...

Ini juga bermaksud, final exam aku bermula esok!!!! Cuak juga aku sebenarnya. Nasib baik paper hubungan etnik yang memulakan tirai peperiksaan, satu subjek yang ringan. Kalau Managerial Economic atau Channel Management yang membuka tirai, maka aku yang akan menutup tirai dahulu.

Aku sebenarnya rasa belum bersedia untuk final exam ni. Masih dalam mood raya. SALAH! Masih dalam mood cuti! Seronok betul cuti. Di tambah pula semester ini tiada cuti petengahan semester dan semasa cuti semester yang lepas, aku mengambil kelas intersessi.

Aku rasa aku memerlukan cuti yang lebih panjang. Tapi final exam sudah bermula. Mahu tak mahu aku kena berdepan dengan exam tahun ini.

Harap semester ini keputusan aku lebih memberangsangkan. Selamat berjaya aku ucapkan kepada kawan-kawan aku dan juga rakan-rakan blogging yang akan menghadapi peperiksaan. May the force be with you

Senin, 08 Oktober 2007

SEBELUM AKU PULANG BERHARI RAYA

Sebelum aku pulang ke kampung halaman untuk menyambuta hari raya, aku mahu mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada famili, kawan-kawan dan semua yang mengenali aku.

Tidak lupa juga kepada pembaca blog dan rakan-rakan seperjuangan yang turut serta dalam dunia blogosfera ini. Maaf zahir dan batin.

LEPAS SATU LAGI HALANGAN, ESOK ADA SATU LAGI HALANGAN

Tadi aku baru lepas membuat major presentation untuk subjek Sales Management. Kumpulan aku berjaya membuat presentation yang paling terbaik dalam kelas, mendapat pujian dari Encik Isa.

Tapi apa yang aku risaukan, esok pukul 8 pagi. Ya! Ada test ECO 555. Test yang paling aku takuti dan paling risau. Malam ni menjadi malam penentuan. At least, aku kena lulus subjek ni. Aku tak mahu repeat kali ke-3.

Aku harap aku berjaya esok. Dah, malas nak taip panjang-panjang. Dah nak berbuka. Kalau nak baca post yang panjang, baca pasal post sebelum ini, A State Of Mind. Belajar bersyukur.

Dah, baik aku berhenti sekarang sebelum aku mengarut lagi panjang.

Minggu, 07 Oktober 2007

A STATE OF MIND


Tadi aku baru menonton sebuah filem dokumentari tentang salah satu negara komunis di dunia, Korea Utara di channel Discovery Channel, A State Of Mind.

A State of Mind merupakan filem dokumentari arahan Daniel Gordon, mengenai dua orang pelajar perempuan (yang terlibat dengan gimnastik), berumur lingkungan 10 - 15 tahun, berlatih 8 bulan untuk persediaan Sukan Rakyat Korea Utara, atau di kenali sebagai 2003 Pyongyang mass game.

Mass Game merupakan persembahan yang di atur oleh kerajaan Korea Utara yang melibatkan 100, 000 gimnas lelaki dan perempuan negara mereka membuat persembahan di depan pemerintah negara mereka sebagai tanda terima kasih dan hormat. Pemerintah mereka sekarang ialah Kim Jong-il. Peserta yang dapat turut serta dalam Mass Games amat berasa bangga kerana dapat membuat persembahan di hadapan jeneral mereka itu.

Apa yang menarik tentang filem ini ialah jarang ada pengusaha luar yang dapat membuat filem tentang negara ini kerana Korea Utara terkenal dengar dasar tertutup kepada dunia luar. Malah, biasanya orang asing (yang terpilih) cuma boleh melawat negara tersebut dalam tempoh 2 hari sahaja.

Selain itu, filem ini juga menunjukkan bagaimana taat nya rakyat negara mereka pada negara dan pemerintah negara mereka, dan juga cara hidup mereka di Korea Utara. Mereka tidak mendapat apa-apa pendedahan dari negara luar termasuk dari segi hiburan, pendidikan atau apa-apa medium luar negara. Ya! Kalau kamu duduk di Korea Utara, kamu mungkin tak kenal siapa Linkin Park, Britney Spears dan Paris Hilton.

Cara hidup rakyat Korea Utara juga sangat berlainan. Mereka akan di berikan tempat tinggal untuk setiap keluarga dan setiap rumah akan di berikan sebuah radio yang hanya mampu mendapatkan sebuah radio sahaja, iaitu saluran radio kerajaan. Radio kerajaan cuma mengeluarkan berita tentang negara mereka dan juga lagu-lagu dari artis Korea Utara. Yang sadisnya, radio tersebut tidak boleh ditutup, cuma boleh diperlahankan volume nya sahaja. Betul-betul nak memupuk semangat taat pada negara.

Cuba bayangkan, kalau kita jalan-jalan sambil menyanyi, mesti kita akan nyanyi lagu-lagu artis yang terkenal (atau pun tidak) dari Malaysia atau luar negara. Tapi berbeza dengan rakyat Korea Utara. Kamu tahu lagu apa mereka nyanyi semasa jalan-jalan atau melepak dengan kawan-kawan?

"Majulah Korea Utara. Panjang kan Umur jeneral Kim Jong-il"

Kalau kita, ada ke nak nyanyi lagu-lagu macam tu?

Selain itu, saluran TV mereka pun cuma ada 1 sahaja, juga saluran kerajaan yang banyak memaparkan berita berkenaan negara mereka, dokumentari negara mereka dan kejayaan atlit negara mereka.

Sistem pendidikan mereka juga berbeza. Mereka ada belajar bahasa inggeris juga tetapi yang menarik nya, cikgu mereka akan mengajar satu subjek untu membenci Amerika Syarikat dan negara-negara lain yang bersekutu dengan Korea Selatan semasa perang Korea dahulu.

2 orang budak perempuan yang berlatih bersungguh-sungguh untuk Mass Games tersebut supaya dapat membuat persembahan di depan Jeneral mereka. Jika mereka dapat membuat persembahan tersebut tanpa kesilapan, mereka di anggap sebagai ahli komunis yang sempurna. Tapi akhirnya Jeneral Kim Jong-il tidak hadir semasa persembahan tersebut.

Rupanya baru aku tahu yang Mass Games ini juga diadakan di semua negara-negara komunis. Negara komunis amat menitik beratkan sukan gimnastik. Patutlah negara-negara blok komunis dan bekas negara komunis seperti Russia, China, Romania dan lain-lain lagi, hebat dalam sukan gimnastik.

Tapi aku tabik kepada pengarah filam ini, Daniel Gordon, yang membuat dokumentari ini. Sebelum ini beliau juga pernah membuat filem dokumentari, The Game of Their Lives, tentang pemain bola sepak Korea Utara semasa Piala Dunia 1966. Ingat tak Piala Dunia itu? Ya. Skuad Korea Utara berjaya mengalahkan Itali 1-0 dalam pertandigan tersebut. Gol oleh Pak Doo-Ik, menjadi mimpi ngeri Itali sehingga hari ini. Pak Doo-Ik yang berpangkat koperal dalam askar, di naikkan pangkat menjadi sarjan kerana gol itu.

Setelah menonton filem tersebut, aku berasa lega dan syukur kerana tinggal di Malaysia. Bukan negara komunis dan bebas membuat pilihan sendiri untuk hidup. Walaupun ada beberapa keputusan pemerintah Malaysia yang aku kurang senangi, namun aku lega kerana pemerintahan beliau, Malaysia kekal aman dan sentosa. Harap Malaysia terus kekal seperti ini, jangan cuba menerapkan fahaman komunisme di dalam Malaysia.



Gambar Upacara Mass Games

AKU NAMPAK MONYET PAKAI BAJU BATIK NAIK BAS JUMAAT LEPAS

Hari jumaat lepas, aku pulang ke rumah aku di Batu pahat. Aku tahu, selasa depan aku akan balik untuk cuti raya, tetapi aku pulang atas hal-hal kekeluargaan.

Aku pulang ke Batu Pahat keseorangan kali ini. Dan aku pulang menaiki bas. Bukan bas ekspres, tapi bas tambang, atau ada juga orang panggil bas lompat atau loncat. Aku tak tahu kenapa orang menggelarkan bas tersebut sedimikian rupa walaupun bas tu tak lah melompat atau meloncat. Tapi aku lebih suka menggelarkan nya bas perang.

Semasa menunggu bas di Bus Station Segamat, aku perasan yang ramai budak asrama ingin pulang ke kampung masing-masing. Cuti raya untuk mereka sudah bermula. Macam mana aku tahu mereka budak asrama? Mudah saja, mereka perlu pakai baju batik kalau nak keluar asrama.

Jumlah mereka ramai, dan mereka pakai baju batik yang berlainan corak. Mungkin dari sekolah yang berlainan. Akhirnya bas sampai. Maka berebutlah mereka macam kambing lari masuk ke kandang sebab hujan. Berebut-rebut nak naik. Diorang ni tak tahu beratur ke? Berasak-asaklah mereka naik ke bas.

Jumlah budak asrama termasuk beberapa penumpang lain (yang tak memakai baju batik) yang mahu naik ke bas ke Air Hitam tu tak sampai 20 orang pun. Kenapa nak berebut-rebut. Tempat duduk dalam bas tu boleh menampung hampir 40 orang penumpang. Jadi, semua orang pun akan dapat tempat duduk. Aku tak nampak sebab kenapa nak berebut-rebut naik. Ke mereka tak belajar matematik dekat sekolah? Ataupun semuanya fail dalam subjek tersebut?

Yang paling membuatkan aku agak marah ialah sebab budak-budak asrama ni sanggup menolak seorang pak cik tua yang hendak naik bas tersebut. Nasib baik pak cik tu tak jatuh. Bukan sekali, tapi 2 kali pak cik tu di tolak. Sekali dengan budak lelaki, sekali dengan budak perempuan. Perempuan pun sama je perangai rupanya.

Kemudian di atas bas, memekak pulang budak-budak ni dalam bas. Terjerit-jerit macam monyet dalam bas. Menjerit-jerit ke arah seorang budak sekolah perempuan cun (bukan budak asrama sebab tak pakai baju batik), dengan tujuan hendak tackle awek tu. Come on lah, mana ada cara tackle awek menjerit jerit "Oi budak depan. Aku nak nombor telefon kau." Nampak sangat masih hanyir.

Yang membuatkan aku marah, makin lama makin kuat pulak mereka menjerit. Driver bas dah sound pun, diorang masih buat tak tahu. Mereka semakin galak. Kali ni mereka melompat-lompat dalam bas pula. Memang macam monyet.

Akhirnya, ada seorang brother berbadan sasa bangun dari tempat duduk beliau dan sound budak-budak ni. Baru lah senyap sikit mereka semua. Aku berterima kasih kepada brother tersebut. Baru lah aku boleh tidur akhirnya.

Akhirnya aku sampai ke rumah. Esok nya, semasa aku hendak keluar dengan abang aku, aku ternampak dengan salah seorang budak yang membuat perangai monyet di atas bas tu. Rupa-rupanya salah seorang budak asrama tu tinggal satu taman dengan aku. Tak sangka aku duduk satu taman dengan monyet. Aku rasa monyet tu patut di tangkap dan di hantar ke zoo.

LOVE HURTS

Sejak kebelakangan ini, aku suka dengar lagu ini, nyanyian Incubus. Nak kata aku baru putus cinta, tak juga. Cuma aku suka lirik lagu ini.

Sedikit petikan lirik lagu ini...

Love hurts...
But sometimes it's a good hurt
And it feels like I'm alive.
Love sings,
When it transcends the bad things.
Have a heart and try me,
'cause without love I won't survive.



Love Hurts - Incubus

Kamis, 04 Oktober 2007

JADUAL FINAL EXAM AKU DAH KELUAR!!!

Jadual final exam aku tahun ini dah keluar. Ni jadualnya:

Isnin 22/10/07 - Hubungan Etnik

Isnin 29/10/07 - Bahasa Arab

Rabu 31/10/07 - Managerial Economic

Khamis 1/11/07 - Sales Management

Isnin 5/11/07 - Global Retailing

Selasa 6/11/07 - Channel Management

Sabtu 10/11/07 - Marketing Communication

Yang menggembirakan aku cuma minggu pertama sebab ada seminggu gap antara exam. Tapi aku sangat sibuk semasa minggu kedua. Aku harap dengan adanya gap yang panjang tu, aku dapat belajar ECO 555 dengan lebih baik. Aku tak nak mengulang paper ni lagi.

Macam mana pulak dengan jadual final exam kamu semua? Adakah seperti apa yang kamu harapkan? Atau tidak?

Rabu, 03 Oktober 2007

PEMERHATIAN AKU TERHADAP GADIS-GADIS DI BULAN RAMADAN INI

Pemerhatian aku terhadap gadis-gadis sepanjang bulan ramadan... Di sekitar Batu Pahat dan Segamat...

1. Bohsia di taman aku bercuti sepanjang bulan ramadan. Tak pernah aku nampak mereka sepanjang bulan ramadan ini. Biasa kalau hari-hari biasa, berkeliaran mereka satu taman. Bohsia di taman aku berumur sekitar 14 tahun sehingga awal 20-an. Bagus mereka ni, menghormati bulan puasa.

2. Awek melayu yang biasa pakai skirt atau seluar jeans pendek di Summit Batu Pahat (aku selalu nampak dia sebab dia kerja dekat Summit), dalam bulan puasa ni memakai pakaian yang lebih sopan.

3. Amoi di Summit masih lagi seksi. Mereka bukan islam. Jangan salahkan mereka. Lagipun lepas puasa aku nak usha lagi...

4. Kawan aku kata, awek nya pakai tudung sepanjang ramadan. Tapi bukak balik lepas raya (macam tahun lepas juga).

5. Sepanjang bulan ramadan ini juga, makin ramai awek cun yang aku jumpa di UiTM Segamat ni. Lagi-lagi di perpustakaan sebab 2-3 hari ni aku lepak di sana.

6. Awek yang menjaja di bazar ramadan UiTM atau bandar Segamat tak de seorang pun yang betul-betul cun. Dekat bazar Batu Pahat ada 2-3 orang yang cun.

7. Ramai juga perempuan tak puasa makan di kawasan awam. Dah 3-4 orang juga aku nampak. 1 daripadanya di Petronas Gemereh. Aku dengan Bell nampak dia makan coklat. Makin berani kaum wanita sekarang ni.

Samapai di sini saja entri aku hari ini. Memang satu entri yang mengarut. Ini lah akibatnya kalau aku menaip entri dalam keadaan kenyang, mengantuk dan tiada idea.

Selasa, 02 Oktober 2007

AKU MULAKAN ENTRI BULAN OKTOBER DENGAN MEMBALAS TAG TONGAH

Sudah agak lama aku tak update blog. Bukan malas, tapi komitmen aku terhadap pelajaran sangat berat kebelakangan ini. Sehingga telah bertukar bulan dari september ke oktober.

Banyak test dan major asignment yang perlu di hantar. Maklumlah, dah dekat final exam. Akhirnya aku dapat juga kesempatan untuk mengupdate blog hari ini.

Pertama sekali, aku hendak balas tag dari salah seorang bloggers, Tongah. Dia tag aku dan aku agak suka tag dia ini. Tag yang mudah aku rasa. Cuma perlu tunjuk kan dekstop pc atau laptop saja. So, ini dekstop aku yang terkini


Sekarang aku gunakan wallpaper gambar arnab itu. Mungkin bagi sesiapa yang pernah lihat friendster aku dan juga tengok layout blog aku ini akan beranggapan aku minat arnab. Salah jawapan kamu, ini semua kebetulan. Aku tak pernah memelihara arnab pun. Kucing pernah lah.

Ini adalah wallpaper kumpulan AFI untuk album mereka, December Underground, gambar wallpaper ini juga merupakan cover album mereka.

Nak kata aku minat sangat band ni, tak de lah sangat. Tapi lagu-lagu band ini boleh tahan. Aku jarang nak guna wallpaper yang bertemakan warna putih tetapi aku suka wallpaper ini.

Tak de penerangan lain yang boleh aku bagi kerana dekstop aku tak macam orang lain. Aku juga guna window biasa-biasa je, bukan vista. Pernah aku guna blind tapi sebab makan RAM, aku terus uninstall.

Ok. Kena tag orang pulak. Aku malas nak tag orang sebab dah banyak kali aku tag, tapi orang tak buat pun tag tu. So aku tak nak tag sesiapa. Aku sudi di tag oleh orang tapi tak kan tag orang lagi...huhu...